Thursday, October 11, 2012

TERCALAR bila....





Maruah PAS semakin tercalar akibat terlalu mengikut kehendak politik secara membabi buta. Benarkah begitu?

Apa yang terhidang ketika ini menunjukkan mereka "Hanya menurut kehendak politik DAP" Kata seorang dari cerdik pandai  PAS yang dihormati kawan dan lawan.

Kerjasama Pas-DAP bercanggah kehendak Islam - Datuk Dr. Shahnon Ahmad. 


Sejauh mana benarnya pandangan "Ahli PAS Seumur Hidup ini? Mungkin sahaja ada yang akan kata ia adalah agenda musuh (UMNO) kerana sukar sekali untuk menafikannya.

Kita tidak mahu mempertilkai kepentingan PAS kepada orang Melayu kerana sejak dari dahulu PAS diterajui oleh orang Melayu yang berpendidikan agama. Maknanya PAS juga tidak dapat dipisahkan dari Orang Melayu sebagaimana UMNO.  Kenapa pendekatan mereka hari ini jauh berubah? Untuk siapa? Adakah PAS sudah bosan untuk membela bangsa ini dengan bersetuju menghapuskan segala hak istimewa (tak seberapa pun) Bumiputra? 

Islam juga salah satu hak istimewa Melayu yang dipersetujui oleh British semasa menyerahkan kedaulatan negara kepada pribuminya. 

Adakah DAP sedia menerima hakikat ini jika "bendera" pun mereka sanggup pertikai? Mengenai bendera yang mereka sediakan itu, amat disangsikan keikhlasan mereka. Adakah ia menjadi satu persedian untuk bergabung dengan Singapura sebagaimana yang pernah diceritakan dahulu? Kenapa ia tidak menggunakan warna "hijau"?


Dengan itu, kejasama PAS dan DAP amat mengelirukan dan mencerminkan kekalutan baru yang akan muncul. Dibimbangi ia akan menjadi bala bencana kepada umat ini. 

Sebenarnya kalau kita kaji secara mendalam, Orang Melayu tiada sebarang masalah dan boleh terus memerintah Negara ini tanpa bergabung dengan MCA, MIC atau DAP. Apa yang wajar dan pelu ialah PAS dan UMNO bergabung "kerana Allah" dengan semngat Islam dan semangat Melayu. Malangnya Melayu lebih suka bergaduh sesama sendiri. Lupa kepada pesanan dari jenerasi terdahulu: BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH. Perkara paling sadis ialah persoalan "adalah kita sedang berada atas landasan Islam?" Inilah yang cuba di ketengahkan oleh Dr Shahnon.

Tentu sahaja ada dalang yang memainkan jarum halus untuk mencipta perpecahan ini. Kota yang kukuh ini akan dihancurkan dari dalam. Siapakah yang akan untung dari gejala ini? Mereka ialah yang sedang galak menikmati hasil dari tanggukan di air keruh.


Perjuangan politik Pas kini tidak lagi menepati kehendak Islam apabila parti itu bekerjasama dengan DAP, kata Sasterawan Negara Prof. Emeritus Datuk Dr. Shahnon Ahmad (gambar).

Beliau berkata, apa yang dilakukan oleh Pas sekarang ialah hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana Pas sepatutnya memimpin dalam memperjuang Islam.

Shahnon yang juga anggota Pas seumur hidup berkata adalah sangat menyedihkan kerana kerjasama Pas dengan DAP itu bukan seperti yang diharapkan dan ia bercanggah dengan pendekatan yang diambil Rasulullah SAW ketika memerintah dan bekerjasama dengan golongan bukan beragama Islam.

"Sepatutnya DAP tertakluk kepada peraturan Islam kalau mereka hendak bekerjasama dengan Pas," katanya hari ini.

Beliau yang juga bekas anggota Parlimen Sik berkata, dasar Pas sekarang tersasar daripada perjuangan asalnya apabila terpaksa menuruti kehendak DAP.


DAP sebelum ini telah menyatakan tidak akan menyokong pertubuhan negara Islam di negara ini seperti yang dimahukan pas.

Shahnon yang pernah bertugas sebagai Pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, pendekatan Rasulullah SAW bekerjasama dengan kaum Yahudi, Kristian dan munafik bukanlah seperti kerjasama Pas dan DAP sekarang kerana ketika itu Islam yang memerintah dan memimpin kaum-kaum berkenaan.



Apa yang bagusnya dari pelbagai kemelut ini ialah, semakin hari semakin terbongkar "kerja jahat DAP" yang ingin hapuskan kekuasaan Orang Melayu (baca: Kekuasaan Orang Islam) di negara sendiri.

Seperkara lagi ialah Orang Melayu kini semakin sedar siapakah sebenarnya Anwar Ibrahim. Selama ini dia telah diangkat dan disanjung sebagai pejuang Islam Tulin. Inilah kehendak Allah, inilah cara Allah untuk mencelikkan mata yang sekian lama tersilau dalam persekitaran. Daripada pelbagai suasana yang wujud, terburailah beberapa rahsia yang selama ini disembunyi kukuh. Saya tidak bercerita mengenai orang lain, saya sendiri pun mengalami hal yang serupa.

Manusia yang dilabelkan sebagai "orang warak" ini sebenarnya tidak pernah sayang kepada agamanya atau bangsanya sebaliknya hanya mencintai dirinya sendiri. Ia rela memartabatkan "Islam Liberal" yang mirip "Kristian Liberal" berbanding pegangan majoriti Muslim Malaysia iaitu ASWJ. Secara tidak langsung pembongkaran ini mengesahkan beberapa berita mengenai salah laku sosial yang dituding ke arahnya. Demi memberi ruang kepadanya meneruskan aktiviti yang bersalahan dengan syarak, dia rela meninggalkan ASWJ dan memperjuangkan "Islam Liberal" yang sesat lagi menyesatkan itu.. 

Terserahlah kepada orang Melayu jika masih mahu mengatakan ini hanya satu tohmahan, namun dari kaca mata dunia, sudah terang lagi jelas apa yang berlaku. Buktinya ada di mana-mana. Hanya mereka yang secara rela menutup pintu hati dan akal sahaja yang masih ter"block" dan ketinggalan. 



update.............


Berita terkini masih melibatkan hal yang berkaitan.


PAS Bakal Pecat Haron Din & Shahnon Ahmad...  ??





Laman Suara PR semalam mengecam keras Datuk Dr. Shahnon Ahmad kerana menyifatkan kerjasama DAP-PAS adalah bercanggah dengan Islam. Kata laman tersebut yang mengaku membawa aspirasi Anwar/PR tulen, Shahnon tidak patut mengeluarkan kenyataan begitu tanpa merujuk kepada kepimpinan atasan lalu menyarankan agar Shahnon disingkirkan dari PAS.

Selain Shahnon, Dato’ Dr. Haron Din juga tidak ketinggalan menjadi kecaman laman tersebut kerana menyifatkan fahaman liberal yang disokong Anwar adalah salah dan tidak ingin PAS dikaitkan dengannya.

Kenyataan Haron Din dan Shahnon Ahmad dilihat bertentangan dengan pendirian PR yang dipersetujui bersama oleh ketiga-tiga parti PKR, DAP dan PAS yang membawa imej parti berbilang kaum dan kepercayaan.





Sumber-sumber dalaman PAS memberitahu bahawa tulisan di laman Suara PR itu telah benar-benar mengejutkan golongan pro-Ulama di dalam PAS. Bagaimanapun, mereka agak ‘segan’ untuk menyanggahnya secara terang-terangan, bimbang dianggap mengkhianati kesepakatan.

Dari kacamata politik PR, apa yang ditulis oleh laman tersebut tentulah tepat dan wajar diterima kerana jelas Shahnon dan Haron Din tidak berpijak di bumi nyata. Kedua-dua mereka nampaknya masih menafikan hakikat bahawa PAS itu adalah sebahagian dari PR di mana hala tuju PR wajib dan tidak dapat dielak dari menjadi hala tuju PAS juga.

Oleh itu, tindakan mereka mengkritik persoalan asas yang menjadi tali pengikat pakatan itu dianggap sebagai satu pengkhianatan kepada PR dan juga PAS.

Lebih-lebih lagi apabila PAS telah menerima baik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika PR memerintah. Ini bermakna, PAS sedia dan redha akan ke arah mana jua Anwar ingin membawa negara ini.

Justeru tindakan Haron Din menolak fahaman liberal Anwar serta tindakan Shahnon mengkritik kerjasama dengan DAP adalah sama dengan menolak mentah-mentah Pakatan Rakyat, sekali gus PAS itu sendiri. Ini kerana, PAS adalah PR dan PR adalah PAS.

Kewujudan individu seperti Haron Din dan Shahnon di dalam PAS pastinya menyukarkan usaha PR untuk mempamerkan kekuatan gabungan pakatan mereka kepada rakyat. Dan pastinya juga menyukarkan usaha PAS untuk meyakinkan DAP dan PKR mengenai kesetiaan mereka terhadap pakatan tersebut.

Apatah lagi dengan keadaan di mana PAS masih lagi belum dapat memulihkan ketegangan antara parti itu dengan DAP yang ditimbulkan oleh Nasharuddin Mat Isa.

Sehingga kini, kepimpinan tertinggi PAS masih berdiam diri. Mungkin pening memikirkan cara untuk menghadapi perkembangan terbaru ini tanpa memperjudikan sokongan umat Melayu Islam dan tanpa menyinggung DAP dan Anwar atau menjejaskan Pakatan Rakyat.

PAS cukup maklum bahawa Haron Din dan Shahnon masing-masing punya pengaruh dan kekuatan sendiri di kalangan penyokong PAS dan orang Melayu. Mengambil tindakan tegas terhadap mereka bermakna bala kepada PAS. Sedangkan bala yang bernama Dato’ Dr. Hasan Ali juga, PAS masih terkial-kial untuk menepis.

Memandangkan PRU hampir tiba dan penyokong mereka juga semakin resah maka PAS perlu membuat pilihan iaitu sama ada menerima hakikat bahawa parti itu dan PR adalah satu, atau keluar saja dari pakatan yang mengelirukan mereka itu.

PAS tidak boleh menjulang seorang Perdana Menteri berfahaman liberal tetapi di masa yang sama ingin menegakkan Islam. Dan PAS tidak boleh bekerjasama dengan DAP yang membawa agenda Kristian, tetapi di masa yang sama ingin menegakkan Islam.

Justeru, Haron Din dan Shahnon dan semua penyokong PAS perlu melihat artikel di laman Suara PR itu sebagai satu cabaran untuk memilih hanya satu jalan untuk meneruskan perjuangan. Sesungguhnya tiada siapa yang boleh menyusuri dua jalan yang bertentangan, kecualilah jika diri mereka dikerat dua dan diheret menuju kedua-dua destinasi dalam keadaan tidak bernyawa. - Darul-Ehsan Today


Inilah Dunia Politik Orang Melayu

Semoga semakin ramai yang sedar dan faham ke mana arah tuju yang Anwar hendak bawa kita semua. Sesuatu yang jauh terpesung dari apa yang saya sendiri fikirkan satu masa dahulu. Apa yang menyedihkan ialah PAS telah pun dapat dipesongkan dari landasannya oleh manusia bernama Anwar ini sehingga tidak relevan lagi untuk menjadi dahan pergantungan kaum Muslimin. Sesuatu yang amat malang.

Apa yang pasti "tidak menyokong Anwar" tidak bermakna menyokong apa sahaja yang dilakukan oleh UMNO. Harap faham kedudukan sebenar. Pandanglah jauh ke hadapan. Jangan terperangkap dalam "jerat" politik tidak matang. 

Bermuafakatlah dengan hati yang tenang demi agama tercinta.

13 comments:

Anonymous said...

sama jelah bro.. UMNO pun sama.. british takkan bg kemerdekaan selagi kita tak ikut cara hidup dia org... so... hanya UMNO je yg akan folow cara hidup dia org

Anonymous said...

Tapi Biritsh juga yang membenarkan PAS ditubuhkan. Tak pelik ke tu? Tentu ada muslihat yang British aje yang tahu.

Anonymous said...

Macam kata tnguru nik aziz dlm cara demokrasi boleh la kerjasama ni. Sebab tu okje jv ngan dap ni macamumno mca dll. Masih lagi dlm kerangka dempkrasi la bukan sistrm islam lagi. Dah faham ke belum ni hehe

Anonymous said...

ada yg masih xfaham isu nih... pendek akal hehe

Deepest Tycoon said...

Salam beb.

Demokrasi = lubang najis tahap dewa.
Jika hendak memartabatkan islam dengan demokrasi sebagai tools...something big trouble beb.
"Pangkah PAS anda akan masuk syurga"....
anak haram mana yg buat kenyataan ini,terang-terangan syirik beb...Walnauzubillah.
Pada2lah dalam bermain politik.

Kita layan dulu.....Aces High! Iron Maiden.
Yeahhhhh!!!....

cinapong said...

ha ha ha........ memang memang tong taik... asyuuuk beb,

surga? huh...
ulam2 kata camgitu..

cacai pong gorenglah... angussss beb.. lelong surga haha

Anonymous said...

dengan pelbagai krenah dan fatwa melalut////// tak menguntungkan orang islam... sekarang ni nak panggil diorang ulamak ke tok gutu ke dah tak gamak.

Anonymous said...

Pangkah PAS, masuk syurga? Mudahnya jalan nak ke syurga.

Anonymous said...

PAS sudah menjadi fasik bila mulutnya memfasikkan muslim yg lain. Apa yg diamanatkan hj hadi kepada umno pada 1982 telah berbalik kepada PAS sendiri. Kini, setelah 30 tahun berlalu, kedua duanya duduk dlm tong najis. Ingatlah.. berpada pada dlm berpolitik berpaksikan demokrasi acuan/ciptaan barat. Matlamat menghalalkan cara, UMNO & PAS adalah sama taik an busuknya, cuma mereka yang memperalatkan agama paling dilaknat.

aman said...

Saya setuju pandangan di atas

BERPADA2LAH dengan mainan politik yang merosakkan ini (tong taik) apa lagi mereka yang beurusan atau bertuankan Yahudi Zionis

Anonymous said...

apa yang pelikknya...british benarkan tubuhnya pas pasti ada agendanya tersendiri...nah sekarang terang lg bersuluh...perpecahan umat islam dinegara nih..pas dgn agendanya..umno agendanya..pkr agendanya...di situ dh nampak berpecah belah....jadi lagi senanglah..british nak cucuk jarummmm....ingatlah..kejatuhan melaka dulupun dari dalam masykt melayu sendiri...jadi tali barut....sejarah dulu tak ada pengajankah?????....
kenapa dimusim hj seluruh umat islam dunia boleh bersatu...tp hakikat balik negara masing masing....dgn.agenda tersendiri....kalau melihatkan penyatuan umat islam dimusim hj boleh menggerunkan puak zion....namun hakikat sebenar tidak kesampaian...mudah mudahan Allah akan bg petunjuk dan jalan utk penyatuan umat islam di Malaysia dn selruh dunia....

Anonymous said...

#ralat....pengajaran

Anonymous said...

susah nk ckp kalau org dah totok pas n anuwar.. org nasihat bukan dasar sokongan pada umno ke umngok ke..

"Apa yang pasti "tidak menyokong Anwar" tidak bermakna menyokong apa sahaja yang dilakukan oleh UMNO. Harap faham kedudukan sebenar. Pandanglah jauh ke hadapan. Jangan terperangkap dalam "jerat" politik tidak matang. "

baca balik kot totok2 ni xbaca abes, baca skit da melenting

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

Recent Posts

Entri di "King of the East"

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan