Saturday, March 24, 2012

Pengkhianat Agama 100 tahun lalu, iktibar yang wajar direnungi



Kilat Kilau permulaan Sejarah Kelam Negara Islam hasil "Konspirasi" British dan Zion memusnahkan kedaulatan dan keagungan alFatih. Tiada siapa pun yang menjangka taktik halus yang begitu licik diatur oleh British dan Zion sebagai langkah meruntuhkan sebuah Empayar Islam terunggul di Selatan Eropah.

Mulai dari sini berlakulah kegoncangan yang amat mengecewakan seluruh kaum Muslimin. Tidak pernah terfikir sebelum itu bahawa Kerajaan Kekhalifahan Islam ini akan berkubur mudah di tangan British dan Zionis Antrabangsa. Siapakah musuh sebenar Turki Ottoman pada waktu itu? Pada luarannya nampak seperti gerak kerja British dalam Tentera Bersekutu Eropah. Hakikatnya Turki tumbang kerana permainan pengkhianat yang menjadikan Empayar Islam Turki hancur luluh. Jika tidak kerana pengkhianat ini, Turki tidak akan tumbang dengan mudah.

Hampir 100 tahun berlalu, sejarah gelap ini masih lagi diperkatakan. Terutamanya mereka yang merindui kerajaan Khalifah Islam. Namun tiada siapa yang mampu lakukan apa-apa selain hanya berserah kepada takdir. Islam terus menerus mengelonsor dari pengaruh dunia dan terus dipersenda hingga kini. Sejak dari saat itu negara Eropah yang diketuai British telah merobek seluruh tanah jajahan Turki untuk dibahagikan sesama mereka.

Tahun Hijriah 1342 wajar dikenang kembali untuk memperoleh sedikit penawar juga sisa semangat yang masih wujud dalam jiwa Mulimin. Sekarang ialah tahun Hijriah 1433. Sembilan tahun lagi genaplah 100 tahun kejatuhan kerajaan besar ini. Adakah 100 tahun ini bermaksud akan bangun pembaharu kepada agama atau akan muncul semula pengkhianat yang akan merudumkan lagi keadaan penganut Islam sedunia? Apa yang kita semua harapkan ialah, akan segera bangun satu gerakan kebangkitan murni mengembalikan kegemilangan Islam.

Kita cukup berharap akan meningkatnya kesedaran mengenainya. Penganut  Islam mesti melihat hakikat bahawa kejatuhan kerajaan besar Islam selama 100 tahun ini adalah suatu masa cukup panjang dan sepatutnya ada cahaya baru untuk mengembalikan semula kegemilangannya.

Namun seperti yang kita semua ketahui, keadaan sebaliknya sedang terjadi. Islam berpecah kepada beberapa kumpulan kecil dan gemar pula bercakaran sesama sendiri. Masing-masing berjuang memperkuatkan pengaruh di kalangan jemaah Islam, bukannya berusaha menambah keahlian dari kalangan bukan Islam. Dalam kecamukan ini, pihak luar terutamanya Kristian terus menerus mencari ruang memurtadkan seberapa ramai kaum Muslimin.

Di luar keadaan ini, tidak dinafikan wujudnya sekelompok umat Islam yang melarikan diri dari permasalahan yang ada dan lebih selesa menggelar diri mereka sebagai kumpulan terasing. Tidak mustahil pula kumpulan inilah sebenarnya yang akan bangun menjadi pejuang sebenar tanpa bergantung kepada sebarang kepentingan. Jauh dari kumpulan-kumpulan yang sedang berselisih itu. Untuk mengenali mereka, pastikan apa yang mereka perjuangkan ialah "Laa Ilaaha Illallah Muhammadar Rasulullah" bukan selain darinya. Pakaian mereka ialah "syahadah". Makanan mereka "zikir". "Tawakkal" adalah senjata mereka. Mereka sentiasa "bersama Allah dalam senang atau susah".  Bagi mereka, "Cukuplah Allah sebagai Pelindung".

Hanya mereka sahaja yang layak menyekat berkembangnya fahaman Islam Liberal yang bakal menyengat masyarakat Islam, di negara ini khasnya.

Dengan berkembang pesatnya penganut Kristian Liberal (bukan Katholik atau Protestan seperti yang diperkatakan) kepada seluruh manusia di muka bumi ini meliputi Jepun, Korea, Hongkong, Taiwan dan kini China bermakna Yakjud dan Makjuj sedang mengumpulkan balatentera terakhirnya untuk merosakkan seluruh isi muka bumi ini. Islam Liberal juga akan menjadi sebahagian dari kalangan mereka. Fenomena ini sedang cuba dibongkar oleh kru KSZ (Umat Terakhir). Anda boleh layari http://umat-akhir.blogspot.com/ untuk cuba memahami mesej yang tersirat.

Kenapa Islam Liberal juga dikatakan akan menjadi sebahagian dari tentera Yakjuj dan Makjuj akhir zaman ini? Kita akan temui jawapannya nanti bila mengenali pembawaan dan prinsip yang mereka ketengahkan. Satu kemungkinan besar, akhirnya nanti Islam Liberal akan jadi seiring dengan Kristian Liberal. Liberalisma menuju Pluralisma bakal  menguasai seluruh pelusuk dunia. Seterusnya mengangkat seorang Ketua Bersama. Itulah yang dirancang oleh Paus Jesuit (Black Pope) melalui rangkaian gelap Vatican bernama Jesuits.

 
Black Pope 

Islam Liberal membenarkan perkahwinan campur dengan mana-mana penganut agama tanpa perlu menukar agama (kisah Presiden Suharto dan isterinya Ibu Tien). Islam Liberal juga menghalalkan khamar atas alasan kesihatan dan peminumnya tidak kemabukan. Menganggap semua penganut tidak kira agama, layak mendapat syurga. Bukan terhad kepada kaum Muslimin sahaja. Istilah kafir akan dihapuskan. Tiada agama rasmi dalam mana-mana negara. Contoh terbaik pelaksana Islam Liberal ialah Turki dan kini menular ke Indonesia. Iraq juga sedang berubah ke arah yang sama. gerakan kristianisasi di Iraq kini dalam kapasiti yang sungguh membimbangkan. Semua negara Islam yang telah dibebaskan oleh USA mempunyai laluan mudah untuk menjadikan Islam Liberal sebagai anutan menggantikan fahaman Alussunah Wal Jamaah.

 
Siapa Perencana Kelahiran Islam Liberal?

Sejak kejatuhan kerajaan Khalifah di Turki, masyarakat Islam bagaikan anak ayam kehilangan ibu. Belajar mencari jati diri masing-masing dalam keadaan terasing. Negara Arab juga dipecah kecilkan dalam kelompok politik yang penuh sengketa dan curiga. Walaupun Arab Saudi muncul sebagai negara baru ber "amir" kan seorang Arab Badawi, keseluruhan hal ehwal pentadbirannya masih banyak bergantung kepada nasihat dan tunjuk ajar British dan kini USA, begitu juga Jordan dan negara-negara beraja Teluk.

 

Pada tahun 1923M, pengkhianat bernama Ataturk mengambil alih pemerintahan Turki dan menghapuskan seluruh sistem Keislamannya. Seratus tahun kemudian (era sekarang) tidak mustahil pula peristiwa yang sama akan kembali berulang bagi negara-negara yang masih terselamat.

Pengkhianat alaf baru bakal muncul (atau telah pun muncul?) akan menghakis kesekian sisa Islam yang wujud di kalangan umatnya dalam dunia moden. Adakah kita semua mahu memanggil kembali roh jahat Ataturk yang memungkinkan kelahiran manusia jahat ini? Tandanya telah wujud di alam nyata. Semakin ramai manusia yang perpura-pura. Inilah manusia penyamar yang berlakon sebagai agamawan. Berusaha keras menipu keseluruhan manusia yang jujur kepada agamanya dan menukarkan mereka menjadi alat untuk kepentingan dirinya. Matlamat akhirnya ialah kuasa dunia.

Tidak mustahil pula golongan inilah yang dipanggil sebagai As Sufyani dalam beberapa hadis Rasulullah SAW.

Turki adalah negara pertama yang menjunjung Islam Moden (kononya) dengan membuat ketetapan bahawa hukum syariat adalah zalim dan keterlaluan. Hukum syariat dikatakan perlu dikaji semula kerana ia menghalang kebebasan manusiawi mengecapi kehidupan sempurna. Oleh itu segala yang berkaitan dengan syariat pegangan ulama dan tabien akan diwartakan sebagai ketinggalan dan jumud. Perkataan sekular pula telah diangkat sebagai cara hidup baru di dunia Turki. Kini ia dikembangkan menjadi anutan atas nama Islam Liberal.

 

Islam Liberal menolak semua hukum syariat dan menghalalkan apa sahaja yang mereka fikir baik untuk manusia termasuk kepentingan maksiat dan nafsu syahwat. Hukum al Quran yang dipakai oleh ulama terdahulu terutamana di kalangan Ahlissunah wal Jamaah dianggap kuno dan lapuk. Perlu di tafsir semula. Lahirlah agama baru yang telah terkeluar dari garis yang dibawa oleh Nabi SAW.

Kita cuba kenali manusia ini yang terkenal sebagai pengkhianat terulung. Anggaplah ia sebagai satu iktibar untuk kita bagi mengelak kesilapan ikut bersubahat merosakkan agama.

Kisah silam ini mesti diangkat untuk menjadi pelajaran kepada kita semua tidak kira berada dalam mana-mana golongan politik atau komuniti. Adalah menjadi tanggungjawab untuk kita semua mengenali musuh sebenar agama di kalangan kita. Jika tidak, kita pasti akan tersalah langkah ikut bersubahat dalam keadaan tidak sengaja memusuhi Allah dan RasulNya.




Mustafa Kamal Ataturk al-Ghazi
Beliau ialah Mastafa Kamal Ataturk yang diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H (1924M).

Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan belaiu ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Adajuga yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa.

Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal. H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul al-Zi'bu al-Aghbar atau al-Hayah al- Khasah li taghiyyah telah menulis: "Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika. Golongan Yahudi ini dinamakan dengan Yahudi Daunamah yang terdiri daripada 600 buah keluarga. Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun 1095H (1683M), tetapi masih menganut agama Yahudi secara senyap-senyap".

Ini diakui sendiri oleh bekas Presiden Israel, Yitzak Zifi, dalam bukunya Daunamah terbitan tahun 1377H (1957M): "Ada kumpulan-kumpulan agama yang masih menganggap diri mereka sebahagian daripada Nabi Israel...... Antara mereka ada satu kumpulan iaitu kumpulan Daunamah yang Islam hanya pada zahir tetapi mengamalkan ajaran Yahudi secara senyap-senyap".

Ketika Mustafa kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M).

Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika (tempat asalnya). Disini bermulanya usaha Ataturk dalam memusuhi Khalifah Uthmaniyyah dan agama Islam. Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera, beliau telah mengingatkan rakan-rakan pegawainya agar tidak tertipu dengan pemikiran dunia Islam. Belaiu telah mengubah ucapan Assalaualakum kepada Marhaban Bikum (Selamat Datang).

Tindakan belaiu selanjutnya ialah menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan dan Kebebasan yang bertujuan untuk menghapuskan Kerajaan Uthmaniyyah yang menurutnya mengamalkan pemerintahan kuku besi, tetapi malangnya Pertubuhan Bersatu dan Maju yang ketika itu juga bergiat cerdas menentang pemerintahan Islam telah menjadi batu penghalang kepada pengerakan Ataturk ini.

Imej Mustakam Kamal menonjol selepas meletusnya Perang Dunia Pertama apabila beliau dipilih sebagai panglima pasukan ke -19 di Sinaq Qal'ah. Pasukannya dapat mengalahkan tentera British sebanyak dua kali di Semanjung Ghalibuli di Balkan Darnadil mestkipun kekuatan tentera British mampu mengalahkan tentera Artaturk.

Dengan kemenangan tersebut, Ataturk telah dinaikkan pangkat kapten dan kemudiannya jeneral pada tahun 1335H. (1916M). Pada hakikatnya, kemenangan yang dicapai oleh Mustafa kamal adalah kemenangan yang disengajakan dirancangkan oleh tentera Inggeris supaya reputasi Ataturk dipandang tinggi oleh Kerajaan Uthmaniyyah. Ini kerana peperangan di antara tentera Uthmaniyyah dengan tentera bersekutu berlanjutan selama beberapa hari tanpa mana-mana pihak mencapai sebarang kemenangan sehingga menyebabkan kedua-dua belah pihak bertahan dikawasan masing-masing untuk beberapa bulan. Akirnya pihak Inggeris secara mengejut tanpa disangka-sangka telah meninggalkan kawasan pantai Ghalibuli.

Pada tahun 1337H (1918M), Ataturk telah mengetuai satu pasukan tentera di Palestin. Beliau telah menghentikan peperangan terhadap Inggeris, musuh Kerajaan Kerajaan Uthmaniyyah secara mengejut dan membenarkan Inggeris mara ke sebelah utara tanpa mendapat sebarang tentangan. Ketika itulah belaiu mengadu jatuh sakit dan telantar di di Kem Nablus.

Tindakannya itu telah menimbulkan pelbagai spekualasi dan tanda tanya, lantas beliau membawa pasukan tenteranya ke utara sehingga ke Damsyik. Di sana, beliau telah mengeluarkan perintah supaya menghentikan tentangan terhadap Inggeris sekaligus membuka peluang kepada Inggeris untuk mara ke wilayah-wilayah Uthmaniyyah.

Selepas kekalahan Turki dan perisytiharan gencatan senjata, Inggeris meminta khalifah membubarkan Dewan Rakyat yang berkuasa menentukan kekuasaan khalifah. Selepas pembubaran itu, Inggeris mencetuskan pula huru hara dalam istana Kerajaan Uthmaniyyah sepanjang tempoh dua tahun 1337 - 1338H (1918-1919M) dan meminta khalifah menghentikan angkara yang sengaja mereka rancangkan itu.

Mereka kemudian mencadangkan Mustafa Kamal untuk memikul tugas tersebut. Ini supaya Mustafa dapat menjadi orang yang berupaya memenuhi aspirasi rakyat dan satu-satunya pegawai tinggi tentera yang layak mendapat penghargaan daripada pihak tentera. Kedudukkan dan kehebatan Mustafa kamal kini kian terserlah di mata orang ramai, manakala reputasi institusi khalifah pula semakin menurun.

Pada waktu yang sama beliau telah merealisasikan perancangan Pihak Bersekutu untuk menguasai wilayah-wilayah Kerajaan Uthmaniyyah. Taktik yang digunakan oleh Inggeris untuk menjayakan rancangan tersebut ialah dengan membebaskan Greek daripada penguasaan Izmir dan ini terang-terang bercanggah dengan teks perjanjian yang telah dimenteraikan oleh Pihak Bersekutu.

Semua ini berjalan dengan pantas sekali apabila tentera Greek melepaskan tembakan kepada orang Islam Turki di jalan-jalanraya, memaksa mereka menanggalkan tarbus yang kemudian dipijak-pijak dengan kaki, menanggalkan purdah yang dipakai oleh wanita Muslim, membakar perkampungan Islam di Izmir dan menyembelih orang Islam tanpa belas kasihan.

Di tengah-tengah kegawatan tersebut, kapal Ainabuli telah berlabuh di perairan Izmir di tengah-tengah armada laut Inggeris dan Greek, lalu Ataturk menuju ke Izmir dan mengerah segala keupayaannya dan memperlihatkan modus operandi yang menyakinkan dalam menentang Greek.

Ataturk mengutus telegram kepada khalifah menjelaskan keadaan yang genting ini. Akan tetapi kerajaan mendesak beliau pulang untuk mengelakkan belakunya kekacauan daripada terus menibulkan huru-hara. Khalifah cuba memujuk Ataturk tetapi beliau tetap enggan pulang malahan menghantarkan telegram kepada baginda, "Saya akan tinggal di Anadul sehingga kemerdekaan dapat dicapai."

Ataturk mula melancarkan revolusi yang disokong sepenuhnya oleh Inggeris dan beliau telah berjaya pada peringat permulaan. Ini berlaku apabila gerakan beliau telah disertai oleh para pemimpin muda dan pemikir-pemikir yang meletakkan syarat agar tidak membabitkan khalifah. Pertempuran di antara tentera Uthmaniyah dengan Greek telah berlanjutan selama satu setengah tahun.

Semasa pertempuran sedang berlaku, Pihak Bersekutu telah mengumumkan bahawa mereka berkecuali. Sungguh menghairankan kerana senjata-senjata yang dibelakkan kepada Mustafa Kamal adalah dari Rusia hasil perancangan rapi pihak Inggeris di Busfor sekalipun Rusia memang memusuhi Kerajaan Uthmaniyyah.

Pada 23 Mac 1921M (1340H), tentera Greek mencetuskan kembali api peperangan. Pada bulan September tahun yang sama, pertempuran di antara kedua-dua belah pihak terhenti apabila Greek menarik keluar tenteranya dari Izmir. Dua hari selepas itu, tentera-tentera Uthmaniyyah mula memeasuki Izmir tanpa menggunakan sebarang kekerasan.

Propaganda Barat telah membesar-besarkan kemenangan pimpinan Mustafa Kamal ini dan menyebarkannya dengan cepat ke negara-negara Islam. Orang Islam telah tertipu dengan tindakkan Mustafa yang berjaya memenuhi aspirasi mereka sehinggakan Ahmad Shauqi pernah memuji belaiu melalui sebuah qasidah yang mengumpamakan Ataturk seperti Khalid bin al-Walid.

"Maha Besar Allah betapa kemenangan yang penuh keajaiban, Khalid Turki hidupkanlah kembali, Khalid Arab".

Malangnya impian mereka yang tertipu dengan tindakan Mustafa.  3 Mac 1343H (1924M), tersiar berita tentang pembubaran Kerajaan Khalifah. Khalifah dan kerabat diraja telah dihalau keluar dari negara Turki, manakala dua buah kementerian iaitu Kementerian Wakaf dan Kementerian Undang-undang Syari'ah telah dimansuhkan.

Sekolah-sekolah agama telah ditukar menjadi sekolah-sekolah awam. Musuh-musuh Islam melihat bahawa penghapusan Khilafah Islamiah bukanlah suatu perkara mudah. Ia hanya akan tercapai dengan cara menonjolkan seorang wira yang agung dan Mustafa merupakan orang yang digelar wira tersebut. Pihak Inggeris telah melaksanakan rancangan ini bersama-sama Mustafa Kamal sendiri.

Mereka juga telah membebaskan Greek dari Izmir dengan mendakwa Mustafa adalah pahlawan sebenar yang menjayakan kemenangan tersebut. Seluruh rakyat mula mempercayai perkara ini dan bagi Inggeris inilah masa yang paling sesuai untuk memasukkan jarumnya bagi menghancurkan Islam.

Sungguh menghairankan, cara ini masih tetap digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk melancarkan serangan terhadap Islam sehinggalah hari ini. Inggeris mengiktiraf kemerdekaan Turki dan mengundurkan tenteranya apabila Ataturk membubarkan pemerintahaan khalifah.

Pernah seorang ahli Parlimen Inggeris menyoal Lord Carrizon (Menteri Luar British ketika itu) dalam Dewan Parlimen Britain tentang pengiktirafan kemerdekaan Turki. Lord Carrizon membalas, "Apa yang berlaku ialah Turki telah dikuasai tanpa sebarang tentangan kerana kita telah menguasai kekuatan spiritualnya iaitu Sistem khilafah Islam".

Syeikhul Islam, Mustafa Sabri selepas melarikan diri ke Mesir pernah berkata, "memang mudah sekali Inggeris menjadikan Mustafa Kamal sebagai wira pada saat mereka menekan Khalifah dan mengulingkan baginda".

"Dalam episod ini terserlahlah kebolehan Ataturk pada pandangan orang Islam. Ataturk adalah seorang lelaki yang tidak ada tolok bandingnya bagi Inggeris. Beliau telah meruntuhkan kesucian Islam (lebih-lebih lagi peradabannya) dalam masa satu hari sahaja sedangkan pihak Inggeris sendiri tidak mampu untuk melakukannya walaupun setahun".

"Apabila Inggeris berasa yakin dengan keupayaan dan kekuasaan Ataturk, mereka melantiknya menjadi ketua kerajaan boneka tersebut dan sesudah itu mereka pun keluar dari negara kami."

Sesungguhnya pembubaran Sistem Khilafah Islamiah merupakan titik tolak dalam urutan strategi yang didokong oleh Ataturk demi untuk memisahkan agama Islam daripada sistem pemerintahan di Turki dan meminggirkan Islam daripada aspek kehidupan. Ataturk melarang pakaian-pakaian Islam sebaliknya mewajibkan pemakaian fesyen-fesyen Barat.

Dalam tempoh beberapa tahun sahaja, beliau telah berjaya menghapuskan perayaan Hari Raya Aidil-fitri dan Hari Raya Aidil-adha serta melarang orang Islam mengerjakan Ibadah Haji. Beliau turut menutup beberapa buah masjid, umpamanya mengubah Masjid Besar Aya Sofea menjadi sebuah gereja dan selepas itu mendikannya sebuah gedung.

Dalam urusan munakahat, belaiu melarang poligami dan membenarkan perkahwinan wanita Islam dengan bukan Islam. Beliau membatalkan cuti hari Jumaat, melarangkan azan dalam Bahasa Arab dengan menukarkannya kepada Bahasa Turki. Disamping itu, belau turut menghapuskan penggunaan huruf-huruf Arab dalam penulisan dan menukarkannya kepada huruf Latin.

Tindakan yang dilakukan oleh Ataturk ini nyata sekali telah memisahkan budaya Turki daripada akar umbi agama Islam dan menghapuskan satu peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Turki iaitu agama Islam sebagi agama rasmi negara Turki. 

Ataturk berusaha dan berkerja keras untuk menghapuskan para penentangnya. Beliau membakar akhbar-akhbar, menangkap ketua-ketua pengarang akhbar dan juga mengawasi para ulama. Ataturk juga telah mengasaskan Parti rakyat Republikan pada tahun 1342H (1923M) dan menjadikan presidentnya sehinggalah belaiu meninggal dunia pada tahun 1357H (1938M).

Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama Latifah Hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan dengan kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita.

Ketika Ataturk terlantar menunggu saat kematiannya, beliau begitu takut jika tidak ada orang yang dapat mengantikannya dan mampu meneruskan apa yang telah dilakukannya sebelum ini. Lalu beliau memanggil Duta Britain di Turki, Bercy Lorren ke kediamanya di Istanbul meminta duta tersebut menggantikannya sebagai presiden.

Ataturk mempunyai kuasa untuk memilih pengganti sebelum beliau mati, tetapi duta tersebut menolak permintaan Ataturk. Mustafa Kamal dikebumikan dalam keranda timah setelah disembahyangkan di istana presiden yang dihadiri oleh beberapa orang pemimin kanannya yang saling bercanggah pendapat sama ada patut atau tidak belaiu disembahyangkan. Jenazahnya kemudian di bawa ke Ankara dalam upacara rasmi.

Jawatan presiden kemudianya disandang oleh rakan Ataturk, Esmat Enunu pada tahun 1357H (1937M). Dipetik dari ENSIKLOPEDIA ISLAM SAFIR  http://nuuralif.multiply.com/journal/item/117/mustafa_kamal_antartuk

 
Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan. Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab
yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Tidak seorang pun yang berani menguruskan memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium selama 15 tahun sehingga tahun 1953). 

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Ataturk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"

Dalam satu versi lain diceritakan bahawa Ataturk menghadapi azab yang sungguh dahsyat sehingga memberi aib kepada para penyokong yang mendewakannya. Bagi menutup aib tersebut mereka cuba menyembunyikan maklumat tersebut kepada awam dan membuat dakwaan bahawa Ataturk amat dirindui oleh rakyat. Namun maklumat sebenar akhirnya dapat diketahui juga.

Selepas kematian Ataturk, Allah memperlakukan mayatnya dengan hina sekali. Ia tidak dimandikan, dikapankan, disembahyangkan atau dikebumikan dengan secepat mungkin sepertimana yang dipinta oleh Islam bahkan beliau diawet dan diletakkan di ruangan istana Dolmabahce selama 9 hari 9 malam. 

Kemudian mayatnya dipindahkan ke Ankara dan dipertontonkan di hadapan Grand National Assembly Building. Pada 21 November 1938, mayat beliau dipindahkan ke Muzium Etnografi di Ankara. 15 tahun kemudian, pada tahun 1953, barulah mayatnya diletakkan di sebuah bukit Resat Tepe di Ankara. 

Sebenarnya jasad Ataturk pernah dikebumikan tetapi tidak diterima bumi. Pada awalnya, mayat Ataturk dikebumikan di Istanbul tetapi keesokkan harinya mayat Ataturk dimuntahkan kembali. Sudah beberapa kali para ulama Turki cuba mengebumikannya di Istanbul, namun kejadian yang sama turut berlaku dan mereka berpendapat bumi Istanbul hanya layak untuk pejuang-pejuang Islam seperti Sultan Muhammad Al-Fatih dan Sultan Abdul Hamid II sahaja. Ataturk tidak layak bersama mereka.

Kemudian Ataturk dibawa ke Ankara namun kejadian yang sama turut berlaku seperti mana di Istanbul dan akhirnya Ataturk hanya diletakkan begitu sahaja di bawah binaan batu marmar seberat 44 tan. 

Untuk melindungi keaiban ini, penyokong-penyokong Ataturk menggambarkan bahawa kejadian tersebut adalah petunjuk betapa rakyat Turki masih lagi mengharapkan ‘kepulangannya’. 

Inilah akibat kepada Firaun generasi kedua yang selalu menentang kebenaran dan bermegah-megah dengan apa yang dilakukan. Kuasa Allah mengatasi segala-galanya dan Islam tetap subur di mana sahaja walaupun gegaran sekularisma datang menghempap, namun Islam pasti dijulang. 

Dari Abdullah bin 'Amr r.a, Rasulullah saw bersabda : "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat."
Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri saya) sebelum muhasabah diri orang lain. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt. Apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

###

Demikianlah peristiwa azab untuk mereka yang mengkhianati agama, telah Allah tunjukkan di atas muka bumi lagi. Bagaimana di alam-alam lain selepas itu?

Jauhilah Islam Liberal dan usaha menggagalkannya adalah sesuatu yang wajar.

Semoga bermenfaat, amin.

 

Wacana Minda:

Pernahkah membaca atau mendengar ungkapan ini?

"Demokrasi bukanlah tempat orang-orang yang  jujur dan warak. Demokrasi bukanlah arena untuk si lurus bendul. Demokrasi adalah kandang 'babi-babi' berbulu ayam berkeliaran di dalamnya."

2 comments:

pemerhati said...

Semoga negara kita masih dilindungi oleh Allah dari dajal2 kecil ni..dan kita sedia maklum siapa pendokong institut kajian dasar di sini.. utk iblis attarturk, dia tak layak dimaaf kan sampai bila2. kalau di di cincang lumat pun masih tak dapat membayar apa yg dilakukannya. jahanam lah kau dalam neraka!

Anonymous said...

Agungnya kuasa dan kebesaranNya. Ditunjukkan di dunia ini, aamiin!

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan