Saturday, March 17, 2012

PAS kini berada dalam bahaya

Adakah benar Parti Islam Se Malaysia (PAS) kini dalam kepayahan mengharung masa depan? Terdapat suara-suara dalaman parti itu sendiri yang menggambarkan PAS sedang tersepit akibat terlalu imtim dengan DSAI yang sebelum ini dijangka akan memberi keuntungan meraih sokongan pada Pilihan Raya, sudah bertukar menjadi bebanan kepada mereka. Berbagai kemelut yang sedang dihadapi oleh Ketua Pembangkang itu lebih menyusahkan PAS. Mereka terpaksa memikul tugas tambahan untuk membersihkan nama DS Anwar Ibrahim yang semakin tercemar.



Berdasarkan keupayaan parti Islam itu meraih sokongan luar biasa pada PRU12 lalu, PAS menjangkakan kali ini mereka pasti akan dapat meruntuhkan kerajaan BN sebagaimana yang mereka hajatkan sejak merdeka lagi. Untuk itu mereka bersungguh-sungguh untuk menjadikan PRU13 ini sebagai titik mula menjadi pemerintah negara bersama sahabat dalan Pakatan Rakyat. Malangnya DSAI telah melakukan kesilapan besar membuat pengakuan untuk menyokong usaha mempertahankan keselamatan negara haram Israel yang amat dimusuhi PAS.

Akibatnya PAS berada dalam keadaan tertekan dan keliru sama ada mahu menyokong DSAI atau menentangnya. Kekeliruan ini mengwujudkan kemelut dalaman antara penyokong ulama dan penyokong moderat pro DSAI. Dari beberapa peristiwa menunjukkan penguasaan ulama merosot teruk memaksa kepimpinan PAS untuk terus membela DSAI dalam apa jua masalah yang timbul.

Amat menyedihkan apabila PAS secara terbuka menzahirkan kegagalan mempertahankankan prinsipnya. Usaha membela rakyat Palestin dari keganasan Yahudi Israel terpaksa diketepikan semata-mata kerana keyataan DSAI tersebut. PAS tidak mampu memperbetulkan sikap DSAI dalam perkara ini. PAS dilihat terlalu lemah. Gagal dan tiada kuasa atau pengaruh untuk menguasai DSAI sebagaimana yang dipunyai oleh DAP.

Nasib PAS akan ditentukan dalam PRU13 nanti sama ada pengundi Islam masih mahu menerima mereka setelah membuat keputusan berketuakan seorang yang pro Israel. Selain itu, prinsip seksualiti yang dibawa oleh DSAI terutamanya berkaitan LBGT sudah mengaibkan PKR serta menjadikan sebahagian besar rakyat negara ini kurang senang. Secara tidak langsung PAS bersubahat merelakan LBGT dibenar diamalkan dalam negara jika PR menang nanti.

Peranan DAP yang membawa watak Chauvinist juga menambah parah dan menghakis maruah PAS. Sebahagian dari pengundi atas pagar, Melayu khasnya pasti menolak parti politik yang berjuang atas landasan tersebut kerana ia amat merugikan Islam dan Melayu. PAS terpalit sama sebagai anggota subahat yang kelihatan tidak mampu mempertahankan hak Melayu dan Islam dari ancaman DAP. PAS gagal menyaingi UMNO dalam kes ini sebagaimana UMNO menguasai anggota BN, MIC, Gerakan dan MCA.

Adakah PAS kini telah bertukar bentuk dan hanya menjadi cabang kepada PKR? Atau proses penyerapan ke dalam PKR sebagaimana PSRM sedang bermula? Apabila kepimpinan ulama dalam PAS kehilangan gigi, maka proses ke arah itu kelihatan amat logik. Selain dari itu, para penyokong PAS juga telah berubah cara, kini mengikut trend reformasi ala PKR. Sebahagian besar kepimpinan PAS sendiri berkiblatkan pemimpin PKR tersebut berbanding para pemimpin ulama dalam PAS sendiri.

Apa yang jelas, PAS sedang berubah. Perubahan ini cukup membahayakan kedudukan dan pengaruh parti Islam itu sendiri. Apa yang dibimbangi, yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula bakal berkeciciran. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pandangan ini, tetapi pastinya ramai juga yang bersetuju dengannya.

Kerenah Anwar semakin merosakkan Pas
Oleh Zulkiflee Bakar


 
Anwar Ibrahim bersama Abdul Hadi Awang pada sidang akhbar 
di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

APABILA ahli-ahli Parlimen pembangkang melatah dengan mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat, kelmarin bagi mempertahankan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai sokongan beliau kepada keselamatan negara Israel ia sudah membuktikan bahawa isu berkenaan benar-benar memberi tekanan kepada mereka.

Apatah lagi sehari sebelum itu Anwar yang selama ini dianggap jaguh bercakap dan berpidato, terkedu dengan tindakan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang 'memerangkap' beliau mengenai istilah contingent.

Semua orang tahu bahawa Anwar sudah terperangkap dalam isu ini dan beliau sememangnya mengeluarkan kenyataan menyokong sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel.

Kalau Anwar tidak berbuat demikian dan tidak bermaksud demikian kenapakah Majlis Syura Ulama Pas memberi kata dua kepada beliau untuk menarik balik atau menyaman The Wall Street Journal (WSJ).

Berikutan itu pemimpin-pemimpin pembangkang termasuk Pas tidak ada pilihan, selain terpaksa mempertahankan Anwar.

Pas yang sebelum ini dilihat lantang dalam isu Israel termasuklah mendesak Anwar, ternyata hangat-hangat tahi ayam. Ia sekali gus bermakna kepimpinan Pas juga sudah semakin boleh menerima penjelasan dan pendirian Anwar mengenai Israel.

Sebenarnya, penulis diberitahu oleh penyokong-penyokong Pas dan sumber dalaman parti itu bahawa Pas semakin rimas dengan kerenah Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sudah menjadi beban kepada pembangkang dan ia paling banyak menyusahkan Pas.

''Ini kerana tindakan Anwar banyak bertentangan dengan prinsip perjuangan Pas tetapi kepimpinan parti tidak boleh berbuat apa-apa kerana pengaruh Anwarinas di dalam Pas terlalu kuat dan kukuh,'' kata salah satu sumber itu ketika dihubungi.

Bagaimanapun dalam isu Israel kata sumber tersebut tekanan ahli-ahli di peringkat akar umbi begitu ketara, mereka tidak mahu kepimpinan atasan bertolak-ansur lagi dengan Anwar.

Ada antara mereka dalam perjumpaan dan mesyuarat tertutup dengan kepimpinan pusat dan negeri secara lantang bertanya sampai bilakah Pas hendak menjadi 'pencacai' untuk mencuci dosa-dosa Anwar.

''Mereka hairan kenapakah Pas sanggup terus mempertahankan Anwar sedangkan sepatutnya parti itu bertindak menyingkirkan pemimpin PKR tersebut kerana beliau lebih banyak membawa masalah daripada mendatangkan manfaat kepada pembangkang terutamanya Pas.

''Sebahagian ahli Pas berpendapat, pemimpin-pemimpin mereka jauh lebih baik daripada Anwar tetapi malangnya Pas terpaksa menghabiskan masa untuk mempertahankan tingkah laku Anwar,'' kata seorang pemimpin Pas di sebuah negeri ketika dihubungi.

Selain itu penulis diberitahu di kalangan sesetengah pemimpin dan ahli Pas terutamanya mereka yang menyokong kepimpinan ulama semakin bosan dengan tindak tanduk Anwar yang cuba menggambarkan dirinya sentiasa berada dalam posisi teraniaya, difitnah dan menjadi mangsa konspirasi.

Menurut pemimpin tersebut, walaupun suatu ketika dakwaan Anwar itu dipercayai oleh penyokong pembangkang termasuk Pas tetapi apa yang berlaku sejak kebelakangan ini menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena kepada Anwar.

''Dalam banyak kes Anwar dilihat hanya membuat penafian semata-mata begitu juga dalam rakaman video seks yang dikaitkan dengan beliau baru-baru ini. Hujah Anwar terlalu rapuh dengan menganggap is konspirasi sedangkan bukti-bukti menunjukkan sebaliknya.

''Seharusnya Anwar melakukan tindakan bagi membersihkan namanya termasuk memanggil pakar-pakar asing membantunya tetapi beliau tidak berbuat demikian.

''Begitu juga dalam isu Israel, kalau betul WSJ salah atau media tempatan salah, kenapa tidak saman? Kenapa Anwar hanya sekadar menafikannya,'' kata beliau.

Selain itu penyokong-penyokong Pas di peringkat akar umbi juga kecewa dengan sikap pemimpin-pemimpin kanan parti itu yang dilihat lebih banyak tunduk kepada Anwar berbanding melihat kepada kepentingan perjuangan Pas.

Seorang pemimpin daripada golongan ulama ketika ditanya mengenai perkara ini berkata, beliau hairan kenapakah Pas terlalu percayakan Anwar sedangkan beliau kini sudah menjadi liabiliti kepada pembangkang.

Katanya, tindak-tanduk Anwar banyak menjejaskan imej Pas sebagai rakan sekutu, apatah lagi Pas berimej perjuangan Islam tetapi bersekongkol dengan Anwar, yang dilihat melakukan banyak tindakan kontroversi berkaitan Islam.

''Dalam beberapa pertemuan, saya pernah secara terbuka membangkitkan perkara ini, saya katakan kalau Pas masih lagi mahu bersama Anwar, saya bimbang orang Melayu terutamanya atas pagar akan menolak Pas dalam pilihan raya akan datang.

''Saya juga telah berikan pandangan bahawa Pas kena hati-hati dalam isu Israel ini kerana kelompok penyelidikan Pas sendiri mendapati bahawa kenyataan Anwar itu tidak diputar-belitkan oleh mana-mana media termasuklah Utusan Malaysia,'' katanya.

Selain itu, menurut beliau, turut memberi kesan kepada Pas ialah 'road show' yang dilakukan oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr.Hasan Ali yang mendedahkan pelbagai kepincangan Pas.

Kata beliau apa yang menimbulkan persoalan di kalangan penyokong-penyokong Pas ialah kegagalan pemimpin-pemimpin parti itu menyanggah pendedahan Dr.Hasan terutamanya berkaitan Anwarinas dan peranan DAP.

''Sebahagian besar penyokong Pas yang menghadiri ceramah Dr.Hasan merasa hairan kerana pemimpin Pas tidak menjawab balik segala pendedahan beliau. Ini menyebabkan mereka cenderung untuk mempercayai bahawa pendedahan Dr.Hasan adalah satu kebenaran,'' kata beliau.

Hakikatnya, banyak lagi yang didedahkan oleh pemimpin berkenaan kepada penulis tetapi mesej yang ingin beliau sampaikan ialah bagaimana perjuangan politik Pas kini berada dalam bahaya kerana kerenah Anwar yang semakin mengancam perjalanan politik parti itu.

Apa pun sama ada pemimpin-pemimpin Pas akan mengakui atau tidak segala yang didedahkan ini terpulang kepada mereka tetapi apa yang pasti selagi parti itu berada dalam pakatan pembangkang, ia bukan sahaja semakin menghakis imej Islam parti itu tetapi juga boleh meranapkan perjuangan politik mereka.

petikan dari UOL


Benarkah ianya berlaku kepada PAS? Jika benar ianya berlaku, ia akan menjadi satu peristiwa malang bagi umat Islam Malaysia kerana parti ini mewakili perjuangan Islam. Perlukah satu platfom baru dibangunkan untuk memperjuangkan Islam?

12 comments:

............... said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

-faisal-

ya PAS memang tersepit antara sokong anwar(pkd/dap) atau keluar dari pakatan rakyat dan bergerak solo dan terpaksa berhadapan dengan risiko menjadikan parti2 lain(pkr,dap,umno/bn) sebagai lawan(musuh) dalam pilihan raya.Dalam kes ni PAS memilih utk terus bersama2 pakatan rakyat(pkr/dap) walaupun terpaksa berhadapan dengan kerenah pkr dan dap.

PAS sememangnya boleh memilih utk berdamai dan bersatu dengan umno/bn tetapi parti itu terpaksa berhadapan dengan risiko melupakan hasratnya utk melaksanakan hukum islam(hudud/qisas). walaupun sebelum ini PAS sudah pun menggantikannya dengan 'kerajaaan berkebajikan' sebenarnya PAS masih ingin melaksanakan hukum islam ini, akan tetapi apakan daya PAS tidak mempunyai sokongan yang cukup utk melaksanakannya(sama ada sokongan dari pakatan rakyat ataupun umno/bn).


Pada saya semua ni adalah resam dunia politik.cuba buka tv (tv3,tv1,tv2 dan lain2), baca paper(utusan dan lain2), apa yang kita dapat belajar daripada media2 tersebut?
'umno/bn baik/berjuang utk rakyat/ikhlas dan semua komen2 yang positif manakala PAS/pembangkang jahat dan cuba merosakkan perpaduan/bekerjasama dengan israel dan lain2 lagi komen2 yang negatif'. Sebenarnya corak propaganda seperti ini seringkali digunakan oleh parti memerintah kebanyakan negara lain contohnya parti PAP di singapura.Idea asasnya adalah 'menggunakan media2 arus perdana (terutamanya yg dikawal oleh kerajaan) utk menjatuhkan kredibiliti parti lawan dan sebarkan fitnah dan komen2 yg negatif supaya rakyat benci parti tersebut'. Bak kata pepatah yg saya pernah dengar 'pembohongan yg diulang-ulang, akhirnya akan menjadi kebenaran'.

soalan saya kepada penulis ;

siapa anwar ni?

penting sangatkah pendirian anwar?

tidakkah selama ini kita semua menyokong israel dengan membeli barangan/produk buatan negara/orang kuat regim zionist tersebut?

tidakkah islam melarang umatnya menyabarkan keburukan orang lain?

tahukah anda bahawa menyebarkan perkara yg tidak benar tentang seseorang digelar fitnah, manakala menyebarkan perkara yg benar tetapi hal2 yg buruk tentang seseorang itu digelar mengumpat , dan kedua2 ini adalah dosa besar?

Tahukah anda bahawa islam mementingkan saksi dan bukti2 yg kukuh dalam mendakwa seseorang ?

tahukah anda bahawa kenyataan penuh anwar ialah, 'saya menyokong semua usaha utk mengiktiraf regim israel , sekiranya israel menjamin keselamatan palestin dan menghormati aspirasi rakyat palestin,.

Dan tahukah anda ada banyak syarikat multinasional israel yg berdagang di malaysia (kapal dagang ZIM USA % ZIM ATLANTIC ,cimb guna khidmat syarikat elektronik israel dalam sistem e-bankingnya dan banyak lagi....)

saya nasihatkan penulis supaya tak terpedaya dengan mainan politik ni. kalau nak sebarkan kebenaran sebarkanlah kesemuanya jangan separuh2 saja.

-mofai_said@ymail.com-

-peace :)-

Anonymous said...

'saya menyokong semua usaha utk mengiktiraf regim israel , sekiranya israel menjamin keselamatan palestin dan menghormati aspirasi rakyat palestin,'.

Rasanya tak sama dengan statement asal Anwar.. Kalau dah suka, semuanya baik2 aja.

"Sebenarnya corak propaganda seperti ini seringkali digunakan oleh parti memerintah kebanyakan negara lain contohnya parti PAP di singapura.Idea asasnya adalah 'menggunakan media2 arus perdana (terutamanya yg dikawal oleh kerajaan) utk menjatuhkan kredibiliti parti lawan dan sebarkan fitnah dan komen2 yg negatif supaya rakyat benci parti tersebut'."

serupa juga dengan kerja yang dilakukan HARKAH. So apa bezanya?

matsabit

"tidakkah islam melarang umatnya menyabarkan keburukan orang lain?"

eloknya pergi ke blog PAS/PKR lihat sendiri bagaimana mereka melakukan aksi tersebut.

"Dalam kes ni PAS memilih utk terus bersama2 pakatan rakyat(pkr/dap) walaupun terpaksa berhadapan dengan kerenah pkr dan dap."

Jadi benarla PAS sedia memilih untuk disepit oleh PKR+DAP?

Anonymous said...

-faisal-

saudara anon March 18, 2012 5:03 PM, saya bukan penyokong pas @ pembangkang.saya juga bukan penyokong anwar. dan saya juga tak berapa suka anwar.tetapi saya cuma minta penulis berlaku adil dalam menulis artikel mereka. saya juga bersetuju semua parti politik(termasujk pas,umno,pkr,dap dan lain2)menggunakan corak propaganda menyalahkan/memburukkan parti lawan.

kalau anda penyokong umno/bn contohnya, anda cuma akan nampak kesalahan pembangkang dan begitu jugalah sebaliknya jika anda penyokong pembangkang anda akan cuma nampak kesalahan parti pemerintah.

kalau penulis nak mendedahkan kesalahan pas/pembangkang tak mengapa, saya cuma mintak mereka juga mendedahkan kesalahan parti pemerintah.

pada saya kalau sistem kepartian ini memecah-belahkan kita, adalah lebih baik kita bersikap 'neutral' dan biarkan ahli2 politik ini terjun dengan labu-labu mereka.....biarkan..he3


jadi bro.. tak perlulah emosional.....

:).......peace...
-mofai_said@ymail.com-

Anonymous said...

-faisal-

satu lagi baru2 ni seorang menteri mengaku dalam tv bahawa malaysia sememangnya berdagang dengan negara israel.Alasannya ialah 'dalam dunia hari ini susah kalau kita tak berdagang dengan israel,.


saya jugak marah dan tak setuju dengan anwar yg nak iktiraf israel(sekiranya israel iktiraf palestin)....tetapi sebagai umat islam saya lebih marah apabila mengetahui hakikat bahawa negara kita langsung tak berusaha memboikot dagangan dengan israel..


jadi mana lebih teruk? anwar yg baru nk iktiraf israel atau kerajaan yg dah sekian lama berdagang dan mengkayakan regim zionist?.kalau anda tanya saya, saya akan jawab dua2 teruk.

jadi berfikirlah dengan bijak...


peaCE :)

-mofai_said@ymail.com-

Anonymous said...

Ya, kita sepatutnya kasihani PAS atas apa yang terjadi. Mereka tidak menjangka keadaan kini sudah berubah. Mereka jangka Anwar seperti mana 30 tahun yang lalu. Apa pun , setelah terkena perangkap yahudi, segalanya akan berubah. Anwar pula terdesak untuk mandapat dana politik melawan UMNO, yang telah memecat dia dulu. Kebetulan pula USA nak kontrol dunia. Nak tanya sikit, dalam kadaan ni, adakah PAS turut dianggap bersubahat dengan Yahudi USA melakukan fasad terutama negara Islam apabila bersetia dengan Anwar?

- PASUMNO -

Anonymous said...

Sistem politik yg ada sekarang ni pun adalah sistem yg di reka oleh yahudi utk pecah belah kan umat dunia ni supaya akhir nya tunduk pd mereka. Mana mungkin PAS yg nak memperjuangakan Islam agama yg suci tapi menggunakan platform yg dipenuhi najis. Akhir nya ini lah padah nya. Pada pandangan saya PAS sedang menuju zaman gelap nya keyakinan masyarakat terutama golongan Islam yg ikhlas mahu kan sistem Islam yg tulen akan mula menjauhkan diri.PAS kena segera menyatakan pendiriannya atau berdepan dgn krisis yg semakin parah ini. Sepatut nya disuasana yg seperti ini kita sebagai umat Islam kembali mengoreksi diri masing2 & munajat meminta petunjuk dr yg Maha Kuasa. Segala kepentingan diri hemdak lah diketepikan. Survival Islam & umat Melayu wajb lah diutamakan. Tapi biasa lah mana mungkin puak yg berkepentingan mahu mengalah. Bertahun2 dah dihabiskan utk mengejar cita2 dan banyka wang dah dilabur kan. Dah habis bergolok bergadai hingga tergadailah prinsip.
Dalam keadaan sekarang Umat Melayu perlukan pimpinan seorang yg bertaraf Wali. Klu setakat org soleh pun belum mampu lagi utk menundukan kerakusan nafsu puak2 yg bertelagah ini. Sbb apa perlu yg bertaraf wali.. Krn kita perlukan satu karomah dr seorg wali utk menyelesaikan segala kemelut ini.Masa akan sampai nanti bila semua pihak menemui jalan buntu & tiada jalan keluar dr kemelut ini maka dgn secara karomah akan muncul lah kepimpinan wali ini. Umat Melayu adalah umat yg di janji kan utk berperanan di akhir zaman tetapi ramai dari kita yg tidak sedar akan hal ini. Bila sampai masa nya insyaallah umat melayu ini akan di sedarkan. Tunggu lah dgn penuh takut & harap pd Tuhan. Muga di segerakanM...
Al Fateh 2

Anonymous said...

setuju dengan pandangan anon 3:59 AlFatih 2, kekekiruan akan memuncak apabila menghampiri 2020, mungkin lebih awal..

Anonymous said...

-faisal-

saya juga setuju dengan anon March 19, 2012 3:59 AM, "Sistem politik yg ada sekarang ni pun adalah sistem yg di reka oleh yahudi utk pecah belah kan umat dunia ni supaya akhir nya tunduk pd mereka".

selagi dunia kita diperintah oleh 'politician' selagi itulah pergaduhan ini tak selesai.sebabnya ialah 'sistem politik' ini berfungsi atas dasar 'hak memilih pemimpin/kerajaan yg disukai rakyat yg majoriti'.jadi pihak yg 'minoriti' akan sentiasa tak puas hati terhadap puak 'majoriti.inilah apa yg sedang berlaku.

Anonymous said...

eleh ape kurang nyer ngan BN?? x support Israel konon tp terang2an bwk masuk kapal dagang dari Israel! Dah bertahun2 support ekonomi Israel utk bunuh rakyat Palestin yg tak berdosa tu. So ape kerajaan BN yg mulia nie da buat utk bantu melindungi rakyat Palestin??Podah la!! cakap tak serupa bikin!

Politik kat Malaysia nie mmg giler

Mahtar said...

Saya juga stuju dengan anon dan faisal. Inilah petangkap Yahudi yang tidak akan dapat kita lepasi kecuali atas pertolongan Allah.

Sistem politik ini tidak akan dapat dibuang, bagaimana hendak selamatkan agama yang sedang dipermainkan? bagaimana kita hendak selamatkan diri dari bersubahat? Sistem ini juga bakal diambil kesempatan oleh kuffar untuk memerintah... merbahaya kepada Islam terutama puak Kristian telah membuat deklarasi sulit untuk berjuang menjadikan kristian agama rasmi negara (kes greja PPinang)

Nurun Nur 9111 said...

salam semua,

hmm,sedapnya makan kuih lapis..berlapis2...mak kata nak makan kuih lapis syok kalu siat satu2 lapis...tapi ada jugak yg suka ngap gitu jer,lagi sedap dikatanya..peduli apa,lapis tak lapis,janji aku kenyang,ye tak?hehe...maaf tuan rumah,di hari jumaat yg mulia ni annur suka pulak merepek meraban kat blog orang...apela aku ni kan?

-Annur-

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan