MELAYU
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka
~ Usman Awang
Sajak Dato Onn
Ketika mendengar berita itu
(malam aku di muka radio)
hujan menerjah dinding jendela
aku tunduk mengingatmu.
Aku tau sedu di Tambak Johor
suaramu bicara di ruang istana
tegas tanjak menyosong angin
keris bersilang bendera kuning.
Tapi siapa akan lupa, tanyalah
anak-anak yang sekarang jadi dewasa
gemparnya MacMichael di bumi bertuah
menyababkan namamu harum di lembah.
Meski kita berlainan biccara
dalam kenangan namamu terpaku
jasa baktimu hidup selama
meski kerenda diranap sepi.
Tegak tanjak ketinggalan jejak
bendera kuning kehilangan lonjak.
- Usman Awang, Januari 1962
Masihkah Melayu seperti dahulu? Hidup berseni bertingkah teliti, terlimpah kasih digenangi sayang, tiada sempadan. Masihkah Melayu seperti dahulu? Ikhlasnya menyuburi jiwa, akhlaknya mendahului segala, hormatnya amat ketara. Masihkah Melayu seperti dahulu? Agamanya tunggak bicara. Agamanya sentiasa dipersada. Dalam setiap perkara dan suasana, agama tetap diutama. Adat bersendi Kitabullah, makan minum dimula Bismillah, Semua kerja tersimpul Tawakkal Alallah. Dalam Syariat berpaksikan Hakikat, ceria bahagia diselimuti Tarikat, terus menerus mengharap anugerah Makrifat.
Masihkah Melayu seperti dahulu?
Masihkah Melayu seperti dahulu?
Masihkah Melayu seperti dahulu?
Kembalinya semua itu, tanda akan bangkitlah satu "bangsa baru" di pengakhiran zaman. Selepas tersisih sekian lama, meniti buih-buih masa. Diracik halus akidah jiwa. Dipersenda dalam tawa.
Kebangkitan yang dinanti oleh setiap hati yang suci murni. Setiap kalbu yang menyerah diri hanya pada Ilahi. Terjadilah peristiwa yang sukar dimengerti oleh manusia yang jiwanya terjajah rapi. Keliru dan hilang jati diri. Rela hina menjadi abdi.
Kebangkitan yang dinanti oleh setiap hati yang suci murni. Setiap kalbu yang menyerah diri hanya pada Ilahi. Terjadilah peristiwa yang sukar dimengerti oleh manusia yang jiwanya terjajah rapi. Keliru dan hilang jati diri. Rela hina menjadi abdi.
Tamatkanlah segala sengketa. Janganlah lagi terus keliru. Antara Islam dan Melayu tetap utuh tetap padu. Terus tersatu bersisip rindu. Bangkitlah menjadi manusia baru. Insan Islam bernama Melayu. Tidak lagi rela berseteru.
2 comments:
Melayu sekarang sudah berpecah-belah..ada parti PAS dan ada UMNO kalau tak cukup ada lagi PKR..ada juga melayu bodoh yg masuk DAP.Melayu Mudah Lupa-sebenarnya Melayu Tak Sedar Diri..sibuk berkelahi sesama sendiri..anakcucu kita org murtadkan..Kita bermati-matian kerana Parti Politik pilihan kita,bermusuhan demi berebut kuasa dan jawatan..
Musuh kita yg sebenar belum lah kita kenali..
Melayu Tak Sedar Diri bukan lagi Melayu Mudah Lupa..itu lah Melayu Yang Terkini
Islam cuma dikulit sahaja..kalau tanya apa itu ilmu tarikat.hakikat apatah lagi makrifat-yg bertudung dan berserban pun terpinga-pinga..tak tau nak jawab dia kata-"itu ilmu salah tu..tak boleh belajar nanti susah nak mati!"
Tengok lah dungunya Melayu..
Selagi kita tak tau yang mana musuh yg mana kawan..macamana alter melayu mau tersentak?melainkan terus dibuai mimpi-mimpi indah Pak Kaduk atau Si Luncai dengan Labunya..
Bersatu kita teguh,bercerai kita roboh..
Post a Comment
Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.