Monday, January 14, 2013

112 angka dari mana dan kenapa ia dipilih berbanding 121?




Kenapa Angka 112? Siapa yang tentukan? Ada Agenda Kristian? Agenda Sulit Jesuit?

Beberapa perkara telah dikesan meragukan. Pelik dan di luar kebiasaan. Ramai akan menafikan bahawa perhimpunan yang baru selesai itu ada campurtangan Jesuit atau agenda tersembunyi kristian. Adakah ia sememangnya mempunyai kaitan dengan "penyerahan kalimah Allah" kepada masyarakat SYIRIK (3 tuhan) tersebut masih menjadi misteri.

Secara tidak langsung sebuah Parti Islam yang mempunyai pengaruh besar dalam negara telah terperangkap tanpa sedar dalam caturan ini. Melihatkan kehadiran besar ahli-ahlinya membanjiri stadium, disamping ramai pemimpin tertingginya ikut serta, ia dilihat seolah perhimpunan ini anjuran mereka.

Tidak mustahil IKD antara yang bertanggung jawab menamakan perhimpunan ini sebagai 112 kerana sesuai dengan peranan dan gerak kerja mereka dalam melakukan perang saraf untuk PR. IKD dikesan mempunyai kaitan dengan sebuah badan kristian di Jerman. Juga dipengaruhi oleh badan-badan NGO luar negara yang ada kaitan dengan Jesuit.

Isu nama Allah baru sahaja tercetus hasil desakan Lim Guan Eng (s/u DAP) serta pengisytiharan sokongan terhadapnya oleh Haji Hadi dan Anwar Ibrahim. Tidak mustahil Haji Hadi telah dipaksa tetapi sebagai ketua nombor satu, Anwar secara konsisten menyokongnya malah kerap mempertahankannya.

Memandangkan bantahan masyarakat Islam semakin meningkat dan meluas, dibimbangi ia memberi kesan negatif terhadap PR maka isu Kalimah Allah ini tidak dibangkitkan dalam ucapan pemimpin PR pada perhimpunan ini. Secara tidak langsung, ia merencatkan sedikit perencanaan mereka untuk membulatkan desakan bagi menjayakan rancangan sulit yang diatur (murtadkan belia Melayu yang lemah iman),


112 ada kaitan dengan nombor khas "the LORD god".  



Perhimpunan Bersih 4.0 atau yang “rebranding”nya berbunyi KL#112, telah berlalu. Tercapai atau tidak niat dan hasrat mereka untuk mengumpul sejuta orang itu tidak mahu kita bicara di sini. Sepertimana tajuk di atas, kenapa angka yang dipilih untuk menandai perhimpunan ini ialah 112.

Ianya berlangsung pada 12hb Januari 2013. Sepatutnya angka 121 yang dipilih. Bukankah setahun yang lalu angka 901 digunakan untuk perhimpunan di Jalan Duta pada hari keputusan pembicaraan Anwar, iaitu 9hb Januari 2012. Dengan mengguna format yang digunapakai di Malaysia (bukan di Amerika Syarikat) angka yang logik diguna untuk perhimpunan 12 januari itu ialah 121 atau 1201.

Dengan sedikit carian dalam internet kita dapat temui angka 112 adalah suatu angka yang ada kaitan dengan Bible Kristian dari susun atur angka dalam bahasa Hebrew yang memberi pengertian Tuhan mereka. Kajian numerologi dari susunan abjad dari 22 abjad dalam bahasa Hebrew ini memberikan pengertian angka 112 itu bermaksud “The LORD God” atau YHVH Elohim [YHVH = Yahaweh (atau Jehovah), inilah nama yang sebetulnya untuk Tuhan Kristian, bukannya Allah, perkara ini dibicara dalam posting Paderi Indonesia akui kalimah Allah hanya untuk orang Islam.



The Unity Holograph shows how God supernaturally integrated these names with each other, the Greek title for the Father, and the Shema. The John 1.1 fragment of the Creation Holograph shows how God designed the creation verses - Genesis 1.1 and John 1.1 - upon the numerical value of His Own Name:
Genesis 1.1 + John 1.1 = 2701 + 3627 = 6328 = Sum(112)

Of great significance is the fact that the number 112, the order number of the triangle, is the Hebrew gematria of JEHOVAH-ELOHIM or LORD God.

The Triangle is the 112th triangular number 6328 and 112 is the value of Jehovah-Elohim (LORD God) and 6328 in ascending digits is 2368, the value of Jesus Christ. (http://www.fivedoves.com)


Dalam pada itu, kalimah Allah dapat diperhina dengan menyamakan Allah Yang Maha Esa dengan Tuhan Triniti mereka, puak-puak gereja mengajak rakyat Malaysia berhimpun mengagungkan “The LORD God” mereka. Umat Islam kita berpecah belah dalam isu kalimah Allah ini – dalam pada sesetengah mereka membenarkan puak gereja mengguna kalimah Allah, kali ini mereka mengagungkan pula angka yang mengangkat nama Tuhan Kristian ini. Astaghfirullah

Wallahu’alam  (dari Karim’s Blog) 

Apakah ada pakar strategi dalam perhimpunan semalam yang membawa agenda Kristian? Penggunaan syihir kepercayaan mereka mengkaburi niat sebenar? 

Sejajar dengan beberapa peristiwa sebelum ini, pemilihan angka dan tarikh adalah penting dalam halacara pangaturan jadual oleh zionis dan juga alat mereka, Jesuit. Perkara ini telah dibongkar melalui kajian penyelidik teori konspirasi.


Paderi Indonesia akui kalimah Allah hanya untuk orang Islam

KUALA LUMPUR 11 Jan. – Seorang paderi dari Indonesia, Jahja Iskandar mengakui bahawa kalimah Allah adalah khas untuk umat Islam.

Perkara itu didedahkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang merujuk kepada perakuan di dalam buku tulisan paderi tersebut iaitu Mengapa Nama Yahweh Semakin Popular.


Katanya, berdasarkan buku itu, Jahja memberitahu bahawa kata yang tepat bagi nama Tuhan sembahan orang Kristian berasaskan bahasa asli perjanjian lama, iaitu Ibrani (bahasa digunakan orang Yahudi) ialah Elohim.

Menurut Wan Zahidi, jika diterjemah ke bahasa Arab, maka kata yang tepat bagi menggantikan Elohim ialah Ilah bukan Allah, berasaskan terjemahan paling awal ke bahasa Arab iaitu Inskripsi Zabad pada tahun 512.

“Sehubungan itu, Yayasan Lentera Bangsa yang diasaskan oleh Jahja telah menerbitkan kitab suci Indonesia Literal Translation (KS-ILT) yang mana terjemahan itu tidak lagi tertera kalimah Allah, sebaliknya menggunakan Elohim sebagai nama sembahan orang Kristian.

Laporan di atas diambil dari UM



16 comments:

Anonymous said...

maaf saudara... perkara ini telah di putuskan oleh pihak mahkamah... dan diakui oleh Menteri Nazri.... walau kita pusing mcm mana pun... Perlembgaan kita sendiri yg menjerut leher umat Islam... kita tak jlnkan sisitem Khalifah dan Syariah sepenuhnya... so apa2 hal mereka boleh mencabar di mahkamah... sory bro...

Anonymous said...

yg mutahak sejauh mana sensitif umat islam sayangkan agamanya. x yah nak kait ngan p'bgaan ke aperbende. syg x kamu ngan agama kamu? itu kisahnya.

kjaan x la teruk sngt dan x sokong beri nma Allah kat kristian macam anwar buat tuh. so what? khalifah? how? can mat sabu do it? until full riot then.. hj hadi and anwar has to responsible what ever come

ishh said...

jelas, jesuits adalah syaitan yg jd dalang semua ini. rakyat melayu Islam perlu disedarkan, jgn tertipu lagi.. siapa jesuits dan mcmana dia bersembunyi? cari dan terus cari jgn jd bodoh ikut telunjuk mereka

Anonymous said...

yg ye nye.. kita sendiri dok lalai... sibuk dgn hiburan. kalau iman dah tebal... letak pedang kat leher suruh murtad kita lebih sanggup mati.

Anonymous said...

minta maaf... saya tak pandai... kenapa Nabi tidak marah atau melarang org yahudi dan nasrani di madinah menggunakan nama Allah di dlm kitab mereka... secara logiknya... agama yahudi dan nasrani yg diselewengkan ada dulu... baru ada Islam... pastinya didlm kitab mrk ada nama ALLAH sbb mereka guna bahasa arab sampai hari ini mrk masih guna kalimah Allah. boleh sesiapa jelaskan... minta maaf banyak2 seandainya soalan saya menginggung sesiapa... saya tanya secara ilmiah.

Anonymous said...

kepada anon di atas mana ade dorang guna bahasa arab..kitab yg di selewengkan menggunakan bahasa ibrani atau hebrew..termasuk kitab injil yg diselewengkan..nabi isa dan musa kedua-duanya di utuskan utk bangsa yahudi.. kemudian di eropah mereka terbitkan yg terbaru yg di panggil perjanjian baru..dalam perjanjian baru ni lar ade konsep trinity..iaitu konsep 3 tuhan..jd xde penggunaan kalimah Allah dlm kitab mereka pada zaman dahulu..dan ramai juga yg berpendapat kitab2 yg diselewengkan yg mengandungi kalimah Allah adalah dibuat selepas zaman Khalifah ar-Rasyidin..namun masih lg di perbincangkan..namun begitu mengenai isu kalimah Allah di M'sia baru2 ini adalah alasan mereka yg tidak munasabah yg mana para ilmuwan dan ulama kita berpendapat mereka menimbulkan isu ini utk mengelirukan anak cucu kita di masa hadapan..dlm perbincangan pada tahun 2010 kalau x silap saya, alasan yg diberikan adalah kerana mereka mahu membuat bible versi bahasa Melayu..jd ilmuwan kita sangkal kerana kalimah Allah bukanlah pengertian bahasa bagi god,lord atau tuhan dlm bahasa Melayu..kalimah Allah bukan bahasa..dlm erti kata lain jika muslim cina mahu berdoa dlm bahasa mandarin mereka akan sebut Allah..begitu juga bahasa hindi mahupun english..Allah bukanlah transalasi bg mana2 bahasa yg mahukan pengertian perkataan tuhan..dan bg Muslim tuhan itu Allah dan bukan pada pengertian bahasa..Allah adalah seperti yg di sebut dalam surah Qulhuwallah hu ahad..jd mustahil nak disamakan dgn tuhan dlm bible yg ada anak melainkan utk mengelirukan umat Islam sendiri..

Anonymous said...

Hmm...
Bangsa yg sangat fanatik dgn simbol,angka dan sihir tahap cipan senggugut.
Comfirm sok lusa mati katak..tapi takkan bangsa sendiri je yg mati katak...ajak lah sekali ngan bangsa2 lain skali.
Pedajjal tak sudah-sudah.

ishh said...

quot "kita sendiri dok lalai... sibuk dgn hiburan. kalau iman dah tebal... letak pedang kat leher suruh murtad kita lebih sanggup mati"

Ye btul sesangat stetmen ni, tapi anak cucu kita baru nak kenal iman dan disogok mende bukan2, apa hal? niat dorang bukan sekarang tp masa depan, bila anak cucu kita lemah iman.. senang nak tarik masuk agama dorang. sekarang pun dah ramai kena balun.. (apsal hj hadi tak terfikir, buat stetmen sokong. kan dah susah?) hehe kita nak selamat yg belum kental, kalau dah kental tentu takdak hal

Anonymous said...

Kite kene syorkan pade pihak Jesuit Kristian supaye amik seluruh isi Quran dan gunekan dlm gereje mase khutbah pagi Ahad,bkn setakat amik name "ALLAH" je!!Itu baru betul.Dan bagi tau kat sume org Kristian supaye bace Quran ari-ari...Quran terjemahan kan manyak dijual kat kedai-kedai buku.Bagi tau puak-puak Kristian x yah buang mase tulis Bible Melayu.Membazir tenage je...dan also membazir duit..Kite pun suke dan memang nak sume org Kristian amalkan ajaran yg ade terkandung dlm Quran.

Anonymous said...

Kalau kita tidak benarkan orang-orang Kristian,Hindu,Buddha,Sikh dan Bahai menggunakan nama 'ALlah' dalam kehidupan beragama mereka bermakna kita beranggapan bahawa mereka bukanlah makhluk ciptaan ALlah Ta'ala. Sebaliknya hanya orang-orang Islam sahaja yang diciptakan oleh ALlah Ta'ala.Orang-orang bukan Islam semuanya dijadikan oleh satu TUHAN LAIN...dan dari bahan yang lain.Kalau semua orang Islam dijadikan dari tanah tentu semua orang Kristian dijadikan bukan dari tanah tetapi dari tahi unta dan semua orang Hindu dijadikan dari tahi lembu, orang Buddha dari tahi naga dan orang Bahai dari tahi kuda.Dan juga semua orang-orang bukan Islam bukanlah berasal dari Adam dan Hawa sebaliknya dari makhluk lain yang juga sepasang.Wallah-hu-a'lam bissawab.

Anonymous said...

benang basah beb!! kejap ok kejap tak ok. nak panggil apa ikut suka depa la.. tapi jangan sesekali anggap Allah berbini dan ber anak. heh takkan tak faham kot. melalut kemana anon 3:48?

Anonymous said...

Ya anon 3:48,pengertian kejadian makhluk yg sbnr mmg la begitu,kita smua makhluk Allah.dijadikan dr tanah yg sama xkira agama yg kit a anuti.tp isunya di sini ialah pengertian ALLAH pd mereka yg kita tentang,itu SAHAJA xyah p jauh..abis naif nak bagi dorang guna jgak,dakwahkn@pahamkan mereka tentng pengertian yg sebenar seperti yg sepatutnya,ape itu ALLAH...(saya mntak maaf byk,saudara2 semuslim yg lbh bijaksana mgkn blh tambah)

Anonymous said...

bla fikiran dah beku, mana sempat nak fikir. tokguru dah setuju, mika ikut saja. las2 kona baring 360. apa dah jadi? nak sedapkan hati dan lekakan pengikut carilah kambing hitam untu disembelih. politik 3suku agama suku.

ada ke patut kalimah agung ini nak di bagi pada penganut syirik 3 tuhan? maafla nuar, kali ini kami tak setuju dengan tindakan anda.

Anonymous said...

Goοd post. I'm facing many of these issues as well..

Here is my web blog; ephedrine caffeine aspirin

Mas Ayuzy said...

Surah Al-Kafirun kan ada lah baca tafsir muktbar, pikir hak kita bkn hak dia

Unknown said...

112 -nombor emergency dunia,direct dgn satelit

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan