Saturday, August 13, 2011

Proksi Mason di Alam Melayu

Berduyun turun menguasai Tanah Melayu

BERDASARKAN dokumen-dokumen politik ketika zaman era revolusi industri di Eropah, beberapa tanah dan gugusan kepulauan di Asia Tenggara telah mula dimasuki puak Mason ketika itu. Namun, dokumen-dokumen itu tidak pula menyebut Mason dalam butir yang jelas. Puak-puak Mason masuk ke wilayah ini dengan pelbagai tugasan sulit. Mereka datang dalam banyak kumpulan dan berlainan pula tugasan.

Puak dari Sepanyol dan Portugis datang dengan misi pencerobohan untuk membuka jalan bagi mendapat habuan daripada puak-puak lain, Britain dan Belanda pula datang dengan beberapa puak mereka lagi.


asas bendera Malaya/Malaysia


Puak-puak dari London membawa politik penjajahan dan agenda ekonomi komanwel, manakala puak-puak dari Syarikat Hindia Timur Inggeris datang bersama tentera-tentera bantuan untuk memperkuat tampuk politik Inggeris di Tanah Melayu dan Singapura, puak-puak Inggeris dari sekitar jajahan mereka dari sekitar Tanah Arab pula datang bersama agenda missionary.

Masing-masing puak datang bersama tugasan masing-masing.Orang putih (orang Inggeris) yang tiba di gugusan ini membuat rencana yang hebat untuk kelangsungan budaya dan tatacara pemikiran mereka yang mereka bawa kepada generasi kita yang sebelum ini.

Sejak kemasukan puak-puak Mason melalui penjajahan orang putih, pelbagai cara dilakukan bagi menyekat kemarahan orang Melayu. Ia termasuklah dengan melantik proksi-proksi dari kalangan orang Melayu sendiri untuk mengawal orang Melayu. Proksi yang dilantik itu pula bukan seperti kempeitai yang dilantik oleh Jepun di kalangan orang Melayu.

Proksi-proksi yang dilantik Inggeris itu ada yang dilantik secara rasmi dan ada pula yang dilantik secara tidak rasmi oleh Residen-residen Inggeris. Namun, kebanyakan mereka adalah dari kalangan pembesar Melayu yang berpengaruh. Nama-nama mereka pula tidak penting untuk disebutkan dalam konteks ini.

Setelah lebih 300 tahun dalam kelambu penjajahan Inggeris, pemikiran orang Melayu berada pada tahap kebergantungan yang tinggi terhadap Inggeris. Malah, ada orang Melayu pada waktu itu yang mempercayai bahawa hanya orang Inggeris sahaja yang mampu menjaga mereka.


mangsa
melayu terpinggir

Melayu pada ketika itu tidak ambil kisah dengan kehadiran imigran asing dari tanah besar China dan benua kecil India ke negeri mereka, ia kerana orang Melayu ketika itu berasa cukup selesa dalam ‘jagaan’ orang Inggeris.

Semasa zaman pendudukan Jepun, ada juga sebilangan besar orang Melayu yang sangat berharap supaya Inggeris segera kembali ke Malaya untuk menyelamatkan mereka daripada kekejaman Jepun. Dalam minda orang Melayu ketika itu hanya berkisar mengenai orang Inggeris itu lebih baik daripada orang Jepun. Juga berfikiran bahawa hanya orang Inggeris yang tahu bagaimana cara untuk menjaga mereka dengan baik. Kalau tidak percaya, tanyalah kepada datuk-nenek dan moyang anda yang masih hidup.

Jika mengikut kepada perjanjian beberapa negeri Melayu Bersekutu dengan Inggeris sebelum kemasukan Jepun, ia mensyaratkan bahawa Inggeris akan menjalankan urusan pentadbiran di negeri-negeri Melayu dan menjaganya selagi ada bulan dan matahari.

Namun, selepas kemasukan Jepun yang berjaya mengusir Inggeris, perjanjian itu secara termanya sudah terbatal dengan sendiri kerana Inggeris tidak menjaga negeri-negeri Melayu sebagaimana yang dipersetujui dalam perjanjiannya dengan raja-raja Melayu di negeri-negeri Bersekutu. Perjanjian terbatal kerana Inggeris gagal menjaga negeri-negeri Melayu daripada ancaman Jepun.

Disebabkan ada proksi-proksi yang dilantik Inggeris di kalangan orang Melayu, maka sentiment kebergantungan terhadap Inggeris berjalan rapi meskipun Jepun sedang menjajah Malaya ketika itu. Ia ibarat bernikah dengan orang lain (Jepun) tetapi hati mencintai orang lain (Inggeris), itulah yang dialami sebilangan orang Melayu semasa Jepun menduduki Malaya.

Inggeris sedar secara teknikal bahawa perjanjian itu telah terbatal dengan sendirinya sebaik sahaja mereka gagal mempertahankan Malaya daripada kemasukan Jepun. Pelbagai taktik digunakan untuk menjadikan orang Melayu kembali bergantung harap secara serius terhadap Inggeris termasuk berusaha membuat perjanjian yang baru dan mencipta ancaman-ancaman baru kepada orang Melayu.

Perjanjian yang baru itu ialah Malayan Union bagi memastikan seluruh Malaya berada di bawah kekuasaan Buckingham secara total melainkan hanya Melayu dan Islam sahaja yang berada di bawah subjek raja-raja Melayu.

Selain itu, ideologi komunis tiba-tiba mengganas di Malaya sehingga orang Melayu buntu memikirkan bagaiman acara untuk mengekang kekejaman komunis. Mahu tidak mahu, Melayu perlu bergantung harap kepada Inggeris untuk memerangi komunis.

Adakah komunis itu ditaja Inggeris bagi memastikan orang Melayu terus bergantung harap kepada Inggeris dan demi menjayakan Malayan Union? Kebarangkalian itu sangat hampir kerana communist internationale juga lahir dari idea seorang Mason. Komunis digunakan untuk mencapai cita-cita demokrasi dunia. Apabila komunisme ditolak, maka kapitalisme dan demokrasi akan dipilih. Mereka menawarkan ubat kepada Melayu. Ubat itu adalah demokrasi.

Kita sibuk menentang Malayan Union dan juga sibuk memerangi komunis, di sebalik kesibukan itu, negara haram Zionis dibina di Palestin tatkala kita sedang sibuk memerdekakan tanah air. Ketika itu jugalah, proksi-proksi baru ramai dilantik di kalangan komunis dan di kalangan orang Melayu. Malaysia juga terus sibuk menyelesaikan ancaman komunis sehingga 1989.

Proksi-proksi itu terus dilantik dan dijaga oleh Mason sehingga hari ini, dan berhubungan rapat pula dengan entiti-entiti Mason seperti National Endowment for Democracy dan sebagainya yang dipantau oleh pertubuhan-pertubuhan Masonic.

Demikian adalah rentetan ringkas bagaimana Mason merencanakan huru hara di Malaya dan sehingga Malaysia kini. Mereka mahu kita bergantung kepada mereka melalui proksi-proksi mereka. Proksi komunis masih ada di Malaysia, begitu juga dengan proksi Mason. Andai komunis sekali lagi mencetus huru hara, kita mungkin akan jatuh ke kancah kebergantungan mengharapkan bantuan seperti separuh abad yang lalu.

Kini, Masons berbangga kerana mempunyai seorang proksi terbaik di Malaysia. Proksi yang memiliki jumlah pengikut yang sangat taksub terhadapnya sehingga menolak segala kewarasan demi perjuangan yang dinamakan politik baru yang diperbaharui. Biarpun datang pelbagai petunjuk daripada Allah, petunjuk kebenaran itu tetap dinafikan oleh para pengikut taksub sang proksi ini.

New Politics, New Order, New World.

Bersambung..

- Artikel Khas dari CRUDGEL

6 comments:

Anonymous said...

semua berpunca dr umno yg menerima pakai saranan yahudi lord reid..

Anonymous said...

DAP PAS tak masuk loji taik jugak ke?

Anonymous said...

Yahudi Yakjuj dan Makjuj (Yahhudi Khazar / Abkhanazi)merupakan tulang belakang dan master mind kepada kedatangan penjajah British, Belanda, Portugis dan Sepanyol di alam Melayu. Sekarang kita berada dalam sistem politik (demokrasi, perlembagaan), sistem kewangan (mata wang, bank pusat)dan sistem sosial (cara berpakaian, makanan)yang ditinggalkan dan yang dibawa masuk penjajah hingga kini. Penjajah juga meninggalkan salinan mereka(orang yang dididik dan diasuh minda mereka yang tidak jauh bezanya dengan penjajah)dan melantik dalam kalangan orang politik dan NGO secara langsung atau tidak langsung sebagai proksi mereka. Oleh sebab perkara ini tidak terdedah secara ketara dan seperti 'angin lalu' maka kita tidak menganggapnya suatu perkara terasing lagi.

STALKER said...

Anon 6.50pm & Anon 7.29pm,
UMNO & PAS adalah mangsa, dalam UMNO ada proksi, dalam PAS juga ada proksi, dalam PKR juga ada proksi. Ia tidak seperti yang kamu sangka.

Anon 3.40am,
Beberapa NGO di Malaysia memang ada pertalian rapat dengan Zionis, begitu juga dengan pertubuhan-pertubuhan politik.

Anonymous said...

Bagaimana untuk kita tinggalkan segala aspek ciptaan Yahidu yang telah... orang kata... sebati dengan dunia kita sekarang? Hutang piutang itu ciptaan Yahudi, proksi dan parti politik itu juga ciptaan mereka... pendek kata semualah.

Saya terfikir... adakah kita perlu Play By Their Rules tetapi pada masa yang sama maintainkan prinsip and asas-asas Islamiyah kita. Biar moderate tetapi tegas di mata diorang? Kalau certain isu yg menyentuh Islam secara total seperti isu murtad sebagai contoh, baru kita bertindak sejajar dengan syariat Islam?

Itu yang saya dengar dari ceramah Syeikh Imran Hosseini dulu. Kerana beliau berpendapat yang kita tidak akan mampu menandingi Kuasa Yahudi dan Barat sehinggalah pertolongan Allah itu sampai... dan itulah Imam Mahdi dan bala tentera-nya yg gagah tiada tandingan.

Mohon pencerahan.

-AkuAnonJugak-

Anonymous said...

Assalamualaikum..
Selagi kita takutkan mati dan cintakan dunia selagi itulah mereka ini tidak akan terlawan oleh sesiapa..
Berkenaan dgn sistem yg berjalan dlm negara ini,usah pelik jika mereka tidak menghapuskan sistem beraja krn England juga masih menjalankannya..
Muslihat ini sebenarnya mudah dibaca ttp utk menerangkannya adalah spt menggenggam bara api,pasti akan terbakar tangan ttp itulah kenyataan yg terpaksa kita semua telan..
Sejarah mencatatkan antara sebab di Nusantara itu penduduknya menganut Islam adalah apabila Rajanya menganut Islam..Ertinya di Nusantara ini dari Rajalah kita semua mengenal agama yg benar ini..
Ini kerana Umat Nusantara mempunyai sikap loyal kpd Raja..
Raja2 ini dahulunya didampingi oleh ulama2 dari Timur Tengah sehinggakan Raja2 ini menjadi Ahli Agama,mengimamkan solat Jumaat,membaca Khutbah dan menjadi Hakim kpd masalah2 rakyat..
Oleh itu Sikap Loyal inilah yg akan juga digunakan utk melemahkan umat Islam diMalaysia ini oleh musuh2 Allah..
Jgn marah dulu..bc smpai habis..
Apa yg perlu British lakukan adalah memisahkan dahulu Generasi Raja2 dari Ulama2 Timur Tengah..Jauhkan mereka dari Kitab2,lekakan mereka dgn kekayaan,masukkan budaya barat dlm pemikiran mereka..
Sbb itulah British meletakkan wakilnya iaitu Residen sebagai penasihat kpd Raja2..British mengambil sikap berkawan dgn Raja2 krn langkah2 yang akan diambil oleh Rakyat bergantung kpd titahnya..
Apabila Institusi yg didukung oleh Rakyat ini semakin jauh dari agama maka mudahlah kerja2 merosakkan Akidah dikalangan Rakyat..
Lihatlah pd Royal2 Club yg tertaburan diMalaysia ini dan aktivinya2..
Semuanya berkisar kpd penyuburan budaya2 yg asing dari budaya kita..
Sikap Loyal yg terdidik dari dahulu akan menahan Rakyat dari menegur Raja2 maka makin mudahlah kerja2 merosakkan mereka..
Sedangkan mereka ini dahulunya menepati hakikat keahlian sebagai Ketua agama..
Kini mereka kehilangan watak itu angkara kerja2 jahat British..
Maka Institusi ini perlu dipulihkan supaya Rakyat kembali kuat dgn akidah krn Rakyat(makmum)akan kuat Tauhidnya jika Imamnya(Raja) itu diberkati Allah..
Wujudnya mereka kini adalah sebenarnya peringatan Allah bahawa mereka pernah menerajui Kibaran Islam dinegara kita ini dahulu..
Pd sy ada hikmahnya kekebalan mereka itu ditarik krn kekebalan itu hanyalah lambang ketakutan,krn org belajar ilmu kebal krn takut mati,takut luka dan takut tewas..Lgpun ianya akan menyebabkan mereka menjadi Maksum sedangkan sifat2 itu hanya layak kepada Rasul2 Allah sahaja..
Seorang mukmin tidak perlu kpd entiti2 lain utk menjaganya selama mana ia hanya bergantung kpd Allah SWT,tidak perlu takut diancam jika tidak melakukan kesalahan..
Sy tidak mahu menyentuh tentang politik kepartian krn didalamnya itulah org2 beriman manjadi keliru dan lbh mambawa mudharat..
Pentas demokrasi ini adalah bertujuan utk melemahkan penyatuan umat,lalu terlalu byk kerosakan didalamnya..Krn dlm Politk kepartianlah sikap loyal manjadi mangsa paling kritikal utk disalah gunakan..Sbb inilah kerosakan dan Fitnah makin menjadi-jadi krn Surah Al-Kahfi tidak dirujuk dlm menterjemah pengerian Kuasa dan apa yg diperbuat oleh Zulqrnain dgn Kekuasaan ditimur dan di barat yg Allah berikan kpdnya ..
Dunia yg kita duduki ini sebenarnya adalah dlm Fasa umat Islam tanpa Imam..
Lalu mereka berpecah-pecah mengikut Ijtihad masing2..
Pd masa yg sama sistem Kapitalism semakin ditolak oleh masyarakat barat krn menjadikan rakyat mereka terjerumus dgn perhambaan zaman moden krn berhutang seumur hidup..
Ertinya penduduk dunia sudah mula bersiap utk menanti Suatu sistem yg akan menyelamatkan mereka..Dunia sudah sedia utk menanti pemimpin akhir zaman dlm sejarah manusia..
Putera Mahkota Arab Saudi pun telah kembali ke rahmatullah menjadikan putera2 King Fadh kini hanya tinggal 3 org sahaja lalu kita semakin hampir kpd Gerbang permulaan Tanda2 kimat yg Kubra menurut Hadith2 Rasulullah s.a.w..

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan