Saturday, May 28, 2011

PETANDA



Bulan Penuh Dua Hari Berturut-Turut

Saya tertarik ulasan seorang pengunjung merujuk kepada artikel perang dunia ke3 berkaitan fenomena alam yang seakan petunjuk kepada sesuatu yang bakal terjadi. Pengunjung ini menggunakan nama pena "Putu Mayam". Terima kasih saudara Putu, walaupun kurang sedap di baca namun hakikatnya semasa kecil dahulu saya amat meminati makanan putu mayam ini. Saya pun merasa hairan kenapa beliau memilih nama ini. Mungkin beliau mempunyai sebab tertentu ataupun tiada sebarang sebab hanya suka-suka. Hanya dia sahaja dapat menjawabnya.

Putu Mayam adalah makanan kaum India dan biasanya ia dimakan sebagai sarapan dan ada kalanya juga di makan sebagai hidangan petang hari. Sedap.!! Ya memang sedap dan ia dapat disediakan dengan ringkas. Bahannya hanyalah tepung yang di jadikan seumpama "bihun" atau meehun atau mee siam... ditaburkan kelapa (muda) parut dan gula merah. Orang Melayu sering makan putu buluh atau putu piring yang seakan sama rasanya dengan makanan ini.

Kita lupakan Putu Mayam ini dan kita tinjau apa yang cuba di sampaikan oleh pengunjung tersebut. Saya tidak berhasrat memaksa para pembaca mempercayainya bulat-bulat kerana ia hanyalah cetusan minda beliau sahaja. Apa salahnya kita menghayati pandangannya yang mungkin dapat membantu kita menilai setiap fenomena dan peristiwa yang bakal terjadi. Perkara yang lebih penting ialah supaya kita tidak jumud dan hanya berserah sahaja membiarkan diri kita tenggelam dalam kekeliruan.



Pandangan Beliau:


Perkara-perkara yang perlu diperhatikan sebagai petanda-petanda yang terdekat.





1.Bulan penuh selama 2 hari pada bulan april 2011. Kebiasannya hanya pada mlm ke 15 sahaja. Tetapi apa yang berlaku malam 15 dan malam 16 bulan mengambang penuh. Satu fenomena yang jarang berlaku. Isyarat kepada RAJA segala-gala RAJA dari keturunan ADAM.

2. Bunyi guruh bergema seolah-olah ada frekeunsi yang lebih halus sering berulang-ulang. kemungkinan HAARP digunakan. Supaya wujudnya gempa. Kecoh dan harubirukan dan kemudian bantuan akan sampai. Dan meneliti sejauh mana tindakbalas GOYYIM pada keadaan. CHAIN REACTION. Contoh terbaru JEPUN selepas ACHEH.

3. Projek makanan "halal" dimulakan seiring dengan krisis makanan dunia. Pesanan:- Sediakanlah garam banyak-banyak.

4. Tsunami skala yang lebih besar (10-10.4) akan berlaku ditengah-tengah Lautan Atlantik. Jepun, Mexico, Barat negara Amerika (USA) seperti bandaraya Los Angeles, Colombia, Filipina, Timur Laut Australia, Utara New Zealand dan Sedikit Timor Timur. Syukur Malaysia (Tanah yang Dijanjikan terlindung dari perkara ini). kapal perang pengangkut pesawat dan kapal Hidrografi dan covert USA lama dah berpusing-pusing satu dunia. Anak implan mereka (termo nuklear) lama dah tertanam hanya petik punat sahaja akan berlaku. Tanah Jawi sahaja tidak berani puak-puak ini hendak tanam. Tanam-tanam hilang. pening kepala puak-puak ini. Hanya krisis dalaman akan dimulakan dengan "Percikan api yang kecil" dengan harapan "bagaikan api dalam sekam" yang telah lama tersimpan akan menjadi marak. Politik picisan dimainkan tanpa mengira platform mana. Ingat gajah-gajah berperang pelanduk tetap jadi mangsa! Gajah-gajah ini adalah keturunan-keturunan Yahudi yang telah berhijrah sejak kurun ke 18 lagi ke Tanah JAWI dan telah pun memegang tampuk-tampuk di atas. Laksana Kamal Artartuk! Jadi jangan jadi pelanduk. Buat tidak reti sahaja. Sebab Tuhan lagi MAHA PERANCANG.

5. Pelik. Kristian Orthodox dan Konservatif akan berlawan dengan Kristian Pelampau. Yahudi Orthodox berlawan dengan Rejim Yahudi (*Zionis). Begitu juga Islam Radikal akan berlawan dengan Islam yang Moderate. Buddha Fanatik akan berlawan dengan Buddha yang diam dan Zuhud (sedikit contoh di Tibet dan Sempadan Burma Thailand). Dan akan berterusan.

6. Kebangkitan rakyat Mesir adalah perlambangan kebangkitan rakyat Singapura. Mesir negara yang banyak kepala patung-patung Singa purba. Manakala Singapura kepala singa zaman moden. Lihat keputusan pilihanraya Singapura baru-baru ini. Perang saudara di Libya adalah sebagai perlambangan Perang saudara di Thailand yang akan bertumpu di Selatan. Perlambangan Terusan Suez adalah Segenting Kra. Hindu tidak dapat dipastikan di mana berlaku. Mungkin juga Nepal (kot).

Percaya jangan. hanya Manikam sahaja yang mengenal Jauhari.

Sekian.




Perhatikan katanya yang terakhir, "hanya Manikam sahaja yang mengenal Jauhari" peribahasa yang terbalik. Sepatutnya "hanya Jauhari yang mengenal Manikam". Adakah ini juga ada sesuatu maksud yang tersembunyi?

Perkara yang paling hampir dengan kita ialah perkara tiga (3) dan empat (4).

Krisis Makanan: 
Sediakanlah garam banyak-banyak.  
 Mengapa "GARAM"?

Hanya krisis dalaman akan dimulakan dengan "Percikan api yang kecil" dengan harapan "bagaikan api dalam sekam" yang telah lama tersimpan akan menjadi marak. Politik picisan dimainkan tanpa mengira platform mana. Ingat gajah-gajah berperang pelanduk tetap jadi mangsa! Gajah-gajah ini adalah keturunan-keturunan Yahudi yang telah berhijrah sejak kurun ke 18 lagi ke Tanah JAWI dan telah pun memegang tampuk-tampuk di atas. Laksana Kamal Artartuk! Jadi jangan jadi pelanduk. Buat tidak reti sahaja. Sebab Tuhan lagi MAHA PERANCANG.
 Kamal Artartuk ?

Saya tidak bersedia untuk memberi ulasan atau komen, biarlah pembaca sendiri menilainya.

48 comments:

Anonymous said...

mender nih ?

Anonymous said...

persediaan mungkin berlaku kemarau 3 tahun berturut kot... tapi masih tak paham kenapa garam? garam simbolik pasal apa neh? huhuhu...

Anonymous said...

garam "Kalsium Klorida" bolih menutralkan banyak spisis racun.Racun yang paling bahaya sekali masa hadapan ialah racun dari nuklear.

kemudian diikuti olih keracunan dari asap gunung berapi,lepas pada itu ada beberapa jenis gas nadir dalam tanah yang akan keluar jika berlaku gempa bumi dan belahan tanah berlaku pada plet bumi yang mengumpulkan gas-gas beracun tersebut.

garam bolih menutralkan banyak jenis racun.yang paling baik ialah garam galian semulajadi.ketika berlaku letupan nuklear atau 'super valcano',gunung berapi besar, seluruh dunia akan bergelap kerana asap tebal menghalangi cahaya matahari.

mungkin kegelapan dalam masa 3 minggu,3 bulan atau bertahun.industri pertanian dan penternakkan akan pupus/mati,air minuman bersih akan berkurangan ramai akan mati kebulur dan penyakit merebak dari bawaan viktor....

akibatnya yang lain bakteria dan kuman mudah berjangkit dan merebak dengan pantas.epidemik atas bawaan kuman-kuman ini akan mengakibatkan orang kafir seperti terkena kancer kronik dan bisul-bisul satu badan, muslim pula mungkin akan mengalami selsema dan batuk-batuk.

dengan memakan garam galian akan meningkatkan daya metabolisma tubuh dan menyahkan toksin dari dalam badan.toksin nuklear atau racun gunung berapi yang terserap ketubuh akan keluar melalui perpeluhan atau proses buang najis akibat dimangkinkan olih proses kimia larut dari garam galian tadi...

Wallahualam...
by kuih semprit.

Anonymous said...

Ah tak caya lah...

aku rasa garam tu untuk halau jin tabur sekelIling rumah.Masa bulan mengambang bukan ke serigala jadian dan gimau jadian banyak...huhuhu

Anonymous said...

banyak ko punya songeh..

ni cerita akhir zaman lah ko bawa cerita mitos karut marut tu pulak...

podahhh....gimau jadian konon...

Anonymous said...

haa!!! tu lah ngko tak tahu.Kat kampung aku banyak cerita Gimau Tepok dengan Tok Paroi.Dua-dua ni gimau tapi jenis jadian, usia dah lanjut kulit lehernya dah labuh menjulai sampai ke bumi...selalu datang bila bulan mengambang pecah dua sisi...

kalau tabur garam ngan bertih dia tak cakar pintu rumah kita.

tu lah ngko tak tahu,mitos konon ...

Anonymous said...

macam cerita Siri Tamar Jalis 'bercakap dengan jin" jer ko ni...

biyor betul yop!

Anonymous said...

aa aah !!! yer lah tu ...dua gimau putih yang nakal,degil dan hampehhhhh..

sekor barat sekor timur...

huhuhu,,,layannnn!!!

Anonymous said...

eh! ngko jangan kata gitu, Gimau tu jaga makam Tok Wali dan anak cucu keturunan dia...kutuk-kutuk lah...di kerkah leher ngko nanti baru tahu...hihih

Anonymous said...

hanya "wali" yang kenal Gimaunya :)

biyor jer lah yg tak mau percaya tu...

Anonymous said...

gimau belah utara ngan selatan tak de ker yop?

Anonymous said...

ada jugak aku dengan yang utara dan selatan ni.tapi jenis malu-malu suka menyelam dan berendam dalam air...nanti dia timbullah tu...

code 10...

Anonymous said...

Masa boleh bergurau kita bergurau la ... Nanti bila tiba masanya tak sempat nak senyum ... Berdoa banyak2 dan bacalah Surah Al-Khafi banyak2 ... Hafal lagi bagus ... Tak baik memperlekeh ... Walau tak percaya tapi jangan perlekehkan orang ...

Anonymous said...

jadi saudara percayalah cerita gimau yang mamat ni cerita tu?

Anonymous said...

apa pulak aku bergurau...ni bukan gurauan...

kalau ko baca surah al kahfi pun pasti ko kena fahanm cerita 7 pemuda dengan seekor ANJING.

kalau ko reflek cerita tu ke diri sendiri,anjing tu bermakna 'anjing atau serigala jadian' juga ada dalam diri setiap orang.sifat kebinatangan itu/keanjingan yang ada dalam diri mesti di nutralkan agar jadi anjing yang jinak menjaga pintu 'gua'.

setakat baca surah al kahfi tak faham maknanya pun tak guna juga.al quran yang diamalkan mesti mampu di buktikan baru bolih jadi penangkal dajjal.

ramai org tak faham maksud Nabi SAW tentang surat al kahfi..:)

Anonymous said...

yes,corret...anjing tu juga bermakna hawa nafsu.:)

Anonymous said...

Menurut kajian guru hikmah,hawa nafsu itu tingkatannya akan naik dan turun mengikut jumlah bulan dan situasi bulan pada masa itu.

Sekurang-kurangnya ada 7 tingkatan hawa nafsu...antaranya lawammah,amarah,haiwaniyah....bila nak lepas dari pengaruh nafsu ini, ia sentiasa turun dan naik mengikut kondisi seseorang.Tak betul kalau nafsu terus meningkat satu tahap ke satu tahap.Dia mesti naik dan turun dulu baru sampai kekedudukkan yang tetap...

Carilah cerita bulan dan manzil-manzil bulan dalam al quran kalau nak faham....

Anonymous said...

kiranya yang ngko cerita ni tentang hakikat surah al kahfi lah ye...bolih tahan juga.

Bro bagi lah pepanjang sikit cerita surat al kahfi tu.Aku mengaku, memang tak berapa nak faham maknanya.Hafal sudah,baca pun selalu tapi aku rasa biasa jer tak de apa2 power pun...

Anonymous said...

ah ah...bro ,

lanjutkan juga cerita nafsu turun naik tu yer...ala nanti kami belanjalah makan briyani wadi hadramaut...ala yang kat kl tu...:) :) :)

Sabikan S. said...

majoriti tidak akan ambil kisah cerita dari orang yang berkaki ayam dan tak sekolah tinggi atau langsung tak sekolah.
bila dah digelar sejarah, baru lah ramai tahu/faham apa yg diperkatakan, betul atau salah.

majoriti menggunakan akal dan ilmu yg telah dikuasai nafsu dalam sedar atau tidak.
Tuhan akan tempelak manusia dengan kejadian yang tidak masuk akal.... bila lagi Tuhan nak buat, kan dah akhir zaman katanya...

Kebenaran dari Tuhan, Iblis pun cipta kebenaran, dan manusia pun cipta kebenaran... siapa lagi benar? Kadangkala kebenaran Tuhan dikalahkan, lalu manusia tertipu, sebab kebenaran terpaksa TUNDUK dahulu dengan KETETUAN TUHAN (TAKDIR)...

Keagamaan sudah, Kerohanian sudah, sekarang Ketuhanan. Awal Tuhan, Akhir pun Tuhan. Tak gitu....

Garam ni benda paling asas dalam makanan jasmani sahaja... cuba tak ada garam? Datuknya Ahmad Albab pun hilang selera... ada lebih penting selain garam sahaja... garam tak boleh bawak mati.

Bila Tuhan yang jadi RAJA segala2 RAJA dah berisyarat.... sama2 lah kita (saya juga), untuk kembali mencari permata yang hilang milik alam, iaitu Tuhan yang dipupuskan, Tuhan yang dipinggirkan, Tuhan yang disorokkan, Tuhan yang dijajakan, Tuhan yang dikutip buang sesuka hati itu...walaupun beranut agama nenek moyang nabi...

ADAM Manusia dari Tuhan di AWAL dunia, Manusia juga kembali kepada Tuhan juga di AKHIR dunia... bukannya agama, bukan kebenaran manusia, bukan Kebaikan manusia dan etc.

dan sudah nyata TUHAN HANYA SATU... dan fitrahnya semua orang tahu ....iaitu ALLAH. Nak cari apa lagi? Apa lagi yg tersangat penting?

Anonymous said...

kiranya yang ngko cerita ni tentang hakikat surah al kahfi lah ye...bolih tahan juga.

Bro bagi lah pepanjang sikit cerita surat al kahfi tu.Aku mengaku, memang tak berapa nak faham maknanya.Hafal sudah,baca pun selalu tapi aku rasa biasa jer tak de apa2 power pun...
May 29, 2011 7:45 AM

****************************************

aku pun sokong saranan ante ...:)..sila sambung lagi bro.ramai yang cepat buat kesimpulan.tu tandanya "tak berapa nak sihat"...:)

Anonymous said...

Sekurang-kurangnya ada 7 tingkatan hawa nafsu...antaranya lawammah,amarah,haiwaniyah....bila nak lepas dari pengaruh nafsu ini, ia sentiasa turun dan naik mengikut kondisi seseorang.Tak betul kalau nafsu terus meningkat satu tahap ke satu tahap.Dia mesti naik dan turun dulu baru sampai kekedudukkan yang tetap...

Carilah cerita bulan dan manzil-manzil bulan dalam al quran kalau nak faham....
May 29, 2011 7:41 AM

>>>>>>>>>>>>>>>

yes ..aku setuju...aku pernah dengar yang ni.Tahap yang tetap tui ialah Nafsu Mutmainnah.Selagi tak sampai Nafsu Mutmainnah ternyata seseorang tu tak bolih dikatakan "sudah mengenal".

wqallahualam ...org ceritalah :)

Anonymous said...

ringkasannya

7 pemuda = 7 tingkatan hawa nafsu?

dan....ada anjing yang menjaga gua...!

Anonymous said...

Nafsu ada 7 jenis,iaitu :

1. Nasfu Amarah/Sarakah
- adalah nafsu yang berbangga apabila membuat sesuatu kemungkaran.
- mereka adalah dari golongan yang bersultan di mata dan beraja di hati.
- mereka adalah golongan ahli neraka.

2. Nafsu Lawamah/Haiwaniyah
- adalah nafsu yang menyedari apabila melakukan kemungkaran.
- golongan ini baramal tetapi masih ada riak, hasad dengki dan sebagainya.
- nafsu mereka selamat tetapi dalam bahaya.
- mereka adalah golongan ahli neraka.

3. Nafsu Marhamah
- adalah nafsu yang telah dapat membuang sifat mazmumah.
- walaupun begitu, mereka masih mengkritik diri sendiri.
- mereka adalah golongan ahli neraka.

4. Nafsu Mutmainah
- adalah nafsu yang lemah lembut.
- mereka mendapat ketenangan dan hilang gelisah di jiwa.
- mereka adalah wali kecil.
- golongan ini adalah dijamin syurga.

5. Nafsu Raudiah
- adalah nafsu yang berusaha untuk melatih diri untuk makrifat dengan Allah Taala.
- mereka bergaul dengan orang ramai tetapi hatinya kepada Allah Taala semata-mata.
- mereka adalah wali besar.

6. Nafsu Kamaliah
- adalah nafsu yang sempurna, nafsu para-para nabi, rasul

7. Nafsu Mardiah
- adalah nafsu yang paling kemuncak. Nafsu yang paling di redhai Allah Taala.

Anonymous said...

Anjing yang menjaga pintu gua ialah satu faktor lain dalam proses menguruskan,mengawal dan menjaga 7 rahsia-rahsia yang ada dalam gua.

Mestilah anjing yang sudah baik dan jinak ....dalam hal ini ialah seorang MASTER atau Guru...!

Anonymous said...

1. Nasfu Amarah/Sarakah
- adalah nafsu yang berbangga apabila membuat sesuatu kemungkaran.
- mereka adalah dari golongan yang bersultan di mata dan beraja di hati.
- mereka adalah golongan ahli neraka.

2. Nafsu Lawamah/Haiwaniyah
- adalah nafsu yang menyedari apabila melakukan kemungkaran.
- golongan ini baramal tetapi masih ada riak, hasad dengki dan sebagainya.
- nafsu mereka selamat tetapi dalam bahaya.
- mereka adalah golongan ahli neraka.


***********************************

perhatikan dua jenis nafsu ini.fahamkan sifat dan tingkatannya.kat sinilah dajjal,syaitan jin atau syaitan manusia menakluk kita dan menghambakan kita.nafsu rendah ini ialah kelemahan yang ada pada kita.

Anonymous said...

3. Nafsu Marhamah
- adalah nafsu yang telah dapat membuang sifat mazmumah.
- walaupun begitu, mereka masih mengkritik diri sendiri.
- mereka adalah golongan ahli neraka.

4. Nafsu Mutmainah
- adalah nafsu yang lemah lembut.
- mereka mendapat ketenangan dan hilang gelisah di jiwa.
- mereka adalah wali kecil.
- golongan ini adalah dijamin syurga.

*****************************

lihat pula dua nafsu yang berikutnya....nafsu ini ialah tingkatan atas dan juga pertengahan.sekurang-kurangnya ini yang kita cari.kat sini diri dah mula steady dan mampu bertahan cuca / serangan musuh terutama dajjal dan iblis.jangan bimbang kalau ia terus turun naik yang penting tak jatuh terus ke tahap paling bawah...

tapi sebelum tu dua nafsu yang terawal tadi perlu di kawal.ia akan naik dan turun berulang-ulang kali.kadang-kadang ada yang tak perasan.tu yang ada dah jadi baik/good boy tetapi terjerumus ke tingkatan maksiat semula...sebabnya dia tak tahu bahawa kita mesti selalu mengawal dan memerhati tingkatan graf nafsu sendiri.

Anonymous said...

Mestilah anjing yang sudah baik dan jinak ....dalam hal ini ialah seorang MASTER atau Guru...!
May 29, 2011 7:01 PM

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

huhu... master pun dikirakan anjing gak ke bro!

:)

Anonymous said...

- bagaimana nak jalankan PROSES pengawalan nafsu ini?

- asal-usul/datang dari mana nafsu tu pada kita?

- apakah hasil atau natijahnya bila nafsu dah meningkat tinggi?

salam Tuan, minta tolong bagi tunjuk ajar lagi...:)

Anonymous said...

Anonymous said...

ah ah...bro ,

lanjutkan juga cerita nafsu turun naik tu yer...ala nanti kami belanjalah makan briyani wadi hadramaut...ala yang kat kl tu...:) :) :)
May 29, 2011 7:50 AM

***************************************

hihihi...bertanya banyak sangat ni mahu nanti naik pengerasnya ni...:)

Anonymous said...

hahaha...kena hulur 15 juta RM tu weih!...barang baik punya...:)

Anonymous said...

garam yang berasal dari kawasan Gunung Himalaya dan berada dalam bentuk asalnya. Ia adalah garam organik yang paling tulen, berkhasiat, paling bersih dan mempunyai struktur geometrik kristal yang amat sempurna.

Suatu ketika dahulu garam bukit dikenali sebagai ”Raja Garam atau emas putih” kerana ia hanya dihidangkan kepada golongan diraja sahaja. Elemen garam yang amat kecil memudahkan sel badan kita untuk menyerap unsurnya. Ia tidak cerna dalam badan malah ia tidak mengandungi kalori merbahaya.

Garam Bukit Hpa mengandungi 84 elemen semulajadi yang diperlukan oleh badan kita seperti hydrogen, lithium, berullium, boron, carbon, nitrogen, oxygen, fluoride, sodium, magnesium, aluminium, silicum, phosphorus, sulphur, calcium dan sebagainya. Sebaliknya garam biasa (dari laut) selepas proses pembersihan hanya mengandungi natrium klorida dan bahan tambahan (bahan awet).

Garam Bukit Hpa dihasilkan secara semulajadi selama jutaan tahun dapat membebaskan tenaga di dalam badan kita dan dapat menseimbangkan kadar metabolisma tubuh. Sedangkan garam laut yang melalui proses kimia bukan dihasilkan secara semulajadi akan bertindak sebagai racun dimana tubuh sendiri cuba menyingkirkannya secepat mungkin untuk melindungi dirinya. Ini menyebabkan bebanan mendadak pada tubuh kita untuk menyingkirkan garam laut yang kaya dengan Natrium Klorida terutama pada organ penyingkiran seperti ginjal.

Sekiranya kandungan Natrium Klorida terlalu tinggi dan badan gagal menyingkirkannya, pengkristalan semula berlaku dimana badan akan menggunakan protein lemak haiwan yang tidak dicernakan untuk membentuk asid urik supaya dapat menghindarkan garam.

Oleh kerana badan tidak dapat membuang asid urid, asid urik akan mengikat dirinya dengan natrium klorida untuk membentuk kristal baru dan menempatkan dirinya terus kedalam sendi tulang dan berlakunya sakit sendi (arthritis) atau Ghout.

Oleh itu selamatkanlah diri dan keluarga anda dengan menggunakan garam bukit HPA yang semulajadi tanpa bahan tambahan dan pewarna. Garam Bukit HPA berkhasiat untuk mengimbangkan tekanan darah, meningkatkan kekuatan badan dan oksigen di dalam badan, menguatkan struktur tulang, baik untuk jantung, angin ahmar, migrain, kencing manis, darah tinggi, ghout dan batu karang, kesihatan luaran dan dalaman, meleraikan gumpalan sel darah merah, menganjalkan saluran darah, melarutkan gumpalan kalsium ke dalam darah, membekalkan zat mineral berbentuk ionik yang seimbang, melancarkan sistem saraf, membantu memperbaharui semula sel-sel, membantu pergerakan usus, sistem metabolik menjadi lebih sempurna, membantu penyerapan vitamin serta penyembuhan penyakit kulit dan lain-lain.

Anonymous said...

Kalau kita selalu masuk hutan,mungkin kita akan jumpa(bukan gimau Tepok tau) ...tapi satu kubang atau lopak tempat binatang berkumpul.

Lopak ni biasanya tak banyak air cuma lembab dan kadang-kadang ada kelihatan benda jernih macam berkaca halus berkilatan....haaa...tu lah bahan yang di panggil garam galian binatang.

Garam galian binatang ni betul-betul semulajadi,biasanya ada ketulan besar yang tertanam jauh dalam bumi,yang keluar tu sikit sahaja.Khasiat garam galian ni pun baik utk zaman Keracunan nuklear dan valcano nanti.

Sebabnya binatang pun dah test...sesape jumpa lopak ni gerenti bolih kaya itupun kalau terjumpa pula pusat simpanan ketulan besarnya.

Wallaualam...

Anonymous said...

cehhh!!! korang lebih percaya pada garam dari Kuasa Allah SWT sendiri.

Kalau majukan diri tingkatan taqwa jadi orang yang muqarabin jangankan kuman,racun,bisa malah iblis dengan dajjal pun calibut.

Bidaah langsung...:P

Anonymous said...

Sememangnya maa...tu kami minta terangkan maksud dan pengertian surah al kahfi tu.ada yang tersurat dan tersirat kat situ.kunci dan benteng muta'qin...

Anonymous said...

Anonymous said...

hahaha...kena hulur 15 juta RM tu weih!...barang baik punya...:)
May 29, 2011 7:33 PM

*****************************

sebelum ni bertih ngan garam,pastu nasi briyani hadramaut ...la ni 15M hinggit pulak yer...

cepat naik graf nafsu nampak...:P

Anonymous said...

huhuhu...barang baik bukan senang nak dapat maaa!...kalau bagi-bagi jer macam beri berlian free ke bebudak nanti dia buat main lastik burung....

letak $ 15M baru ada appiciet cikit...baru nak hargai sepanjang hayat...hihihi:)

Anonymous said...

bro-bro,bila nak sambung surah al kahfi entah ni...murid-murid bersusun ni...

Anonymous said...

free settel lah dulu...huhu..

Anonymous said...

fee...settel lah dulu :)

Anonymous said...

hutang dulu mas kawein leh tak..!

Anonymous said...

hutang bley! tapi kena cagar harta terutama geran tanah..hahaha...:)

Anonymous said...

betul tu...minta jer cagaran sebagai insuran tak nanti depa cabut lari tak mau bayak utang...kalau tak setuju cari jerlah yg free/jual murah tapi belum tentu kualiti lagi...hahah

psttt...bro aku punya bagilah dikaun 90% ...bolih lah yer!....hahaha

Anonymous said...

Anonymous said...

- bagaimana nak jalankan PROSES pengawalan nafsu ini?

- asal-usul/datang dari mana nafsu tu pada kita?

- apakah hasil atau natijahnya bila nafsu dah meningkat tinggi?

salam Tuan, minta tolong bagi tunjuk ajar lagi...:)
May 29, 2011 7:23 PM

************************************

- bagaimana nak jalankan PROSES pengawalan nafsu ini?
------> pertama-tama sekali mesti cari guru yang dah settel masalah nafsunya...nak buat sendiri bikin bolih gak kot, tapi nanti tak de sesiapa nak recognisation,atau iktiraf,atau sahkan kita dah selesai kerja....tak de sape nak pantau dan tolong kita manalah tau darurat ke...

Anonymous said...

Anonymous said...

Mestilah anjing yang sudah baik dan jinak ....dalam hal ini ialah seorang MASTER atau Guru...!
May 29, 2011 7:01 PM

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

huhu... master pun dikirakan anjing gak ke bro!

:)
May 29, 2011 7:20 PM

************************************

sifat kehaiwanan tu semua ada pada manusia,manusia makan tumbuhan,daging,minum air,kawin-kawin dlln....kan sama jer dengan sifat dan faktor2 biologi haiwan...dalam kes tadi manusia ibarat anjing...tapi anjing yang dah jinak,maknanya nafsu di sudah bersih...baru bley membersihkan orang lain (jadi Guru)..:)

Nurul Ashikin said...

Allah itu benar, rasul itu benar, quran itu benar , hidup dan mati kemudian hidup semula itu benar, qiamat itu benar, syurga tempat balasan orang yang baik itu benar, neraka tempat orang yang jahat itu benar. Sesiapa yang mendustainya ia keluar dari iman sebenar.

Kepada yang tidak percaya, lihatlah pada dirimu sendiri. Udara yang kamu sedut, air yang kamu minum, makanan yang masuk kekerongkong mu , kalau buka anugerah dari Allah yang maha besar, tidaklah mampu kamu berbuat apa apa.

Ingatlah diriku dan insan semua, tiap yang awal ada akhir. tiap yang tercipta akan binasa. Bersedialah dengan amal untuk bertemu DIA.

Anonymous said...

Salam..garam kan penyedap makanan..tanpa garam mungkin x rasa apa..garam harga dia murah tetapi senantiasa dilupakan berbanding gula yang selalu menjadi krisis..asam garam..maka jangan lah kita lupa pada asalnya kita dijadikan..suatu hari garam akan menjadi rebutan dan mungkin juge boleh berbalah kerananya..

ukhwahislamm said...

Mengarut ini....percayalah pada hadis dan Al-Quran

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan