Saksi mengatakan, jet-jet NATO sekurang-kurangnya melakukan lima serangan terhadap sasaran yang berbeza di Tripoli pagi Selasa (10/5), Associated Press melaporkan.
Salah satu serangan dikhabarkan telah mengenai sebuah bangunan yang digunakan oleh anggota parlimen negara itu.
Serangan lainnya telah menyebabkan gumpalan asap naik ke udara berdekatan pejabat televisyen Libya dan pejabat berita JANA.
Para kakitangan kerajaan Libya mengatakan empat kanak-kanak tercedera, dua di antaranya mengalami luka parah, oleh pecahan kaca yang disebabkan oleh ledakan dari serangan NATO di kota Tripoli malam Selasa.
Wartawan di ibukota Libya tidak diizinkan untuk meninggalkan hotel mereka tanpa pengawalan dari pasukan pemerintah.
Pesawat-pesawat tempur NATO telah meningkatkan serangan mereka terhadap sasaran di Tripoli, satu langkah yang mendapat kecaman keras dari Cina dan Rusia ketika serangan menyebabkan kematian putra Gaddafi, Saif al-Arab, dan tiga cucu penguasa Libya itu pada tanggal 30 April lalu.(fq/prtv)
sumber
1 comments:
Israel 'BABI' Raya nak tunjuk besar kpala....
Post a Comment
Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.