Menjadi kelainan kali ini. Sukar dipercaya. Bagaimana mahu huraikannya?
Bagi orang Melayu dan Islam mungkin agak berbeza. Malunya bukan kepalang. sifat semula jadi orang Melyu yang amat pemalu. Malu bukan kerana lakukan kesalahan tetapi malu diejek orang, disindir dan dihina. Malu kerana tersilap memberi kepercayaan. Malu kerana hilangnya integriti pejuang yang amat disanjung.
Telenovela menjelang Pilihanraya. Kelainan resipi, teraneh dalam dunia dari Malaysia.
Semua mulai berbisik, inikah orangnya yang bakal menjadi 'kepala' bangsa yang disegani, bangsa yang penuh sopan santun, bangsa yang berakhlak. Tidak silap kalau dikatakan semuanya telah rosak kerana fikiran telah dirosakkan. Bangsa apa ini? Melayu? Betulkah dia berbangsa Melayu? Apa agamanya? Islam? Benarkah dia seorang Islam? Apakah Islam membenarkan perilaku sedemikian?
Malunya bukan kepalang. Kenapa malu? Bukankah dia hanya melakukan kesalahan diri yang tiada kaitan dengan masyarakat? Dia baik dan mesra rakyat. Kenapa soal seperti ini dipertikai pula? Salah laku seks adalah salah laku personal. Tak perlu dikaitkan dengan kepimpinan. Betul kan?
Di satu sudud lain, masih belum pasti dia perlakukan itu. Kalau benar berlaku, mana buktinya? Jangan main tuduh-tuduh sembarangan. Mungkin juga kerajaan menjadi dalang membiaya sipendusta, membawa cerita palsu untuk memalukan dia. Ada kemungkinannya. Ya ada kemungkinan.
Di dalam dunia ini ramai juga pemimpin yang terseret dengan soal maruah dan skandal dipecat atau terpecat. Tetapi kes ini tak serupa. Ini berlaku di Malaysia. Ketelusan mahkamah kita tidak sama dengan mahkamah luar. Masyarakat kita juga tidak sama dengan masyarakat luar.
Di sini masih lagi boleh menjadi penghibur popular, ucapannya didengari dan dipercayai ribuan malah ratusan ribu pendengar. Skandal walau apa sahaja tidak langsung memberi kesan. Ada yang tidak akan percaya sampai mati kerana amat yakin kepada ketokohan manusia hebat ini. Apa ilmu dia agaknya, sampai macam tu sekali. Politikus lain mati akal dan cemburu bukan kepalang. Gelagatnya mendungukan musuh. Orang alim juga mempercayainya. Dia manusia bersih kata mereka.
Sesuatu yang lain dari yang lain wujudnya di Malaysia.
Masyarakat kita sanggup berduyun-duyun membanjiri mahkamah semasa pemimpin hendak dijatuhkan hukuman. Tidak pernah berlaku di negara luar walaupun negara jiran kita Indonesia. Dalam pada itu kes Khir Toyo adalah terkecuali, kerana dia tiada penyokong barangkali. Susah hendak kita faham undang-undang dan kehakiman di Malaysia. Walaupun hakim dihina dan dipertikai, tertuduh masih tidak dicaj sebagai 'menghina mahkamah' dan dilepaskan. Akhirnya dia dibebaskan terus dari pertuduhan hanya kerana wujud kecacatan kecil. Memang hebat mahkamah Malaysia.
Di Malaysia, segalanya sukar dijangka. Kalau ikutkan bukti dan keterangan, Peguam Bela sudah 'mengaku kalah' dan membuat ulasan bahawa mereka tidak lagi mampu bertahan. Tertuduh enggan mengangkat sumpah dan enggan menjadi saksi untuk membela dirinya. Kalau di luar negara, tertuduh telah sah bersalah dan tak perlu apa-apa lagi hujah sokongan. Keengganan menjadikan diri sebagai saksi pembela (bukan pendakwa) menunjukkan dia bersedia untuk 'mengaku salah' secara terhormat. Apa yang berlaku? Sejarah baru telah ditulis pada hari itu bahawa dalam keadaan ini pun tertuduh masih boleh terlepas dari tuduhan. Hebat sungguh mahkamah Malaysia.
Kalau dikatakan dia 'Pemimpin Anugerah Tuhan' maka kita mungkin akan menjadi percaya kerana keajaiban ini. Selain dari ini. juga banyak berlaku keajaiban-keajaiban lain seperti kes omega, kes supir isteri, kes imam Majid Negara, kes Soros dan sebagainya. Tetapi dalam hal pembancuh kopi ini ada kemungkinan juga "tidak", kenapa pula 'tidak'?? Ada sedikit keraguan kerana ia sangat menyentuh perasaan.
Hakim barangkali 'takut' atau 'gerun' dengan ancaman serangan para pengikut "sitertuduh" yang ramai, beribu-ribu orang itu (sebelum itu dikatakan nak bawa 100 ribu) berduyun berhimpun di perkarangan mahkamah. Mahu tak kecut perut. Macam-macam boleh jadi. Boleh jadi juga benar dakwaan ini. Masuk akal. Tak taulah dia kena ugut ke tidak. Adakah ia boleh disifatkan sebagai ugutan emosi? Susah mau cakap bila berlaku di Malaysia yang serba aneh ini.
Sebelumnya pemerintah pernah dilabelkan sebagai kerajaan zalim kerana dituduh menguasai mahkamah. Yakni hukuman telah siap ditetapkan oleh pemerintah (kononya) sebelum perbicaraan bermula. Mahkamah hanya dianggap sebagi 'rubber stamp' untuk menyumbat musuh politik ke penjara. Memang zalim kalau macam itu, fitnah dan penjarakan. Tak patut dibiarkan.
Mahkamah dan undang-undang atau hakim pernah dituduh sebagai alat kepada pemerintah. Secara lojiknya jika tuduhan ini benar, mengapa dia tidak sahaja disumbat ke dalam penjara? Malahan seperti yang tercatat dalam laporan akhbar, wujud fakta kukuh yang menunjukkan tertuduh melakukannya. 80 peratus pengalisis pembicaraan ini juga (termasuk dari negara luar) menyatakan dia memang bersalah. Bukti kukuh dan munasabah.
Adakah pemerintah telah tidak mampu mempengaruhi mahkamah? Jika ya, sejak bila dan kenapa? Pelik dan aneh undang-undang di Malaysia. Satu dunia 'tercengang' dan kebingungan.
Maka dari itu, terdapat pula bunyi-bunyian baru. "Kerajaan Takut" kepada huruhara. Ada juga bunyi-bunyian lain "USA dah ugut Najib", ada yang menyebut bahawa "Kerajaan semakin lemah dan takut kepada reputasi, kehebatan dan karisma 'tertuduh'" dan paling mengarut ialah "Soros dah rasuah Hakim". Rakyat Malaysia juga pandai dan bijak dalam membuat persepsi dan spekulasi. Berdasarkan kepada logik masing-masing.
Mana satu betul? Entahlah, mungkin semuanya betul. Apa yang penting 'tertuduh' tidak diperakukan sebagai 'Tak Bersalah' sebaliknya 'Dilepas dan Dibebaskan'. Apakah ia sama maknanya di sisi Undang-Undang? Ramai yang masih terpinga-pinga. Itulah salah satu telenovela menjelang pilihanraya.
Banyak sirinya. Ada telenovela sisipan yang masih panas, belum lagi tamat siarannya.
Telenovela baru dan telenovela lama yang diperbaharui pun ada. Selesai sahaja keluar mahkamah dan terlepas dari hukuman penjara', muncullah sesuatu yang menggemparkan terpacul dari mulutnya. Sama ada sengaja atau tidak hanya dia sendiri yang tahu.
Undang-undang seks akan dipinda jika 'dia' menjadi PM. Seksualiti Merdeka yang menyokong LBGT dan seks bebas akan dilepaskan melakukan aktivitinya. Inilah maksud yang kita dapat faham dari kenyataannya kepada media antarabangsa.
Yang paling hebat ialah bersedia menambil tanggung jawab menjaga "keselamatan" negara (haram) Israel dan mengangkat martabat sebagai rakan politik (hubungan diplomatik) dengan musuh rakyat Palestin yang tertindas ini. Bagi menjamin rakan Islamnya untuk terus memberikan sokongan, kenyatan-kenyataan susulan terpaksa di palu selepas itu seperti bentuk "spin", konar mengonar berlaku. Matlamat penting ialah untuk mendiamkan dan mengamankan penduduk desa yang kurang pendedahan dengan berita dunia.
Ada banyak lagi yang terselindung. Tak tersurat. Hanya yang rajin mencari dan mengkaji sahaja yang tahu mengenainya. Apa dia? Berat, lebih berat dari yang lainnya. Pernah dengar nama JIL? Jaringan Islam Liberal. Perkara ini benar, bukan tuduhan atau pembohongan. Mengangkat Islam Liberal setaraf dengan undang-undang syarak. Mungkin juga mahkamah Syariah akan dijumudkan kerana semuanya bakal dibicara dalam mahkamah sivil.
Arak dibenar diminum oleh pengamal Islam Liberal. Boleh berkahwin antara agama tanpa perlu menukar agama. Tidak menghalang dakwah agama lain kepada orang Melayu. Membenarkan murtad. Kristian menggunakan nama Allah di gereja. Tak percaya? Sila ke Indonesia dan saksikan sendiri. Indonesia sekarang adalah lubuk Islam Liberal. Presiden mereka sendiri kebanyakannya mengamal Islam Liberal. Kata orang Indonesia lah. Tengok drama Indonesia pun kita dah boleh tahu, kan? Nama mereka pun dah banyak tukar seiring dengan nama kristian. Betul tak?
Sebahagian dari Ulama bukan politik pernah membuat fatwa, Islam Liberal bukan agama menyembah Allah tetapi "lucifer" yang dicipta Yahudi Amerika atas jenama Islam Moden. Tuhan kepada Islam Liberal, Kristian Liberal, Hindu Liberal dan Zionis sama sahaja iaitu Lucifer. Ini adalah perkara sebenar yang akan berlaku. Tak percaya? Cuba try test angkatlah 'dia' sebagai PM. Tak kan dia nak kasi tahu sekarang. Biarlah dia dapat Putrajaya dahulu dan ubah apa-apa yang perlu untuk kekalkan kuasa. Kalaulah nak rasa. Tapi ingat, jangan pula menyesal dan hantukkan kepala ke dinding nanti ya?
Persoalan muncul bertalu-talu, PAS akan membiarkan sahaja ianya terjadi? Keterlaluan jika dikatakan Tuanguru dan Ulama dalam PAS tidak tahu mengenainya. Mustahil PAS akan menyokong usaha Islam Liberal yang sesat ini. Ya, kita perhalusi. Ia satu persoalan yang sangat menarik.
PAS? Ahh itu perkara mudah. Semua ahli parlimen PAS adalah penyokongnya kecuali beberapa kerat (mungkin dalam PRU nanti dah kena tebas). Kalau PAS pecat pun tak mengapa, mereka akan masuk PKR atau Bebas tetapi menyokong PKR. Mudah bukan? Gula-gula mujarab yang tidak dapat ditolak ialah, biarkan semua persoalan ini kerana tujuan kita ialah menawan Putrajaya. Lepas itu kita boleh bincang. Haa tersangatlah terujanya politikus-politikus ini.
Soal Liberalisma dam Plularisma amatlah jelas jika kita tinjau siri-siri ucapannya di luar negara (tentulah dalam bahasa Inggeris). Penyokong PAS rata-rata tak begitu mahir dalam beberapa istilah khas dalam bahasa ini. Sokongannya kepada Liberalisma dan Pluralisma memang padu, tak dapat dinafikan. Adakah dia akan menukarkannya untuk mengikut kehendak Ulama PAS selepas berkuasa kelak, tersangatlah tipis.
Dalam masa terdekat dia tak akan membenarkan sebarang sekandal mengganggu. Kalau perlu ugut, dia akan ugut atau lebih mudah bagi sahaja bantuan kewangan. Politik kalau tak ada wang, amat memeritkan. Janji semua ini selesai dengan cantik. Dia tahu ramai yang masih percaya cakapnya, yakin dengan kebersihannya. Semua tuduhan adalah 'fitnah'.
Begitu banyak skandal muncul terdedah, namun rakyat masih memberikan kesetiaan tak berbelah bagi kepadanya. Bukankah ia sesuatu yang aneh? Atau mungkin juga musuh politiknya yang sebenarnya lemah dan tak bermaya? Gagal menggunakan isu besar sebegini ini sebagai senjata.
Kenapa terkedu? UMNO sudah tewas sebelum bertanding? Mana pergi para pemimpin mereka yang gegar berceloteh dalam Perhimpunan Agung dulu? Semua diam membisu. Strategi apa yang UMNO nak pamirkan? Inilah perkara yang cukup memeningkan para pilitkus dalam dan luar negara. Mungkin juga kerajaan yang ada sangat lembik walaupun nampak ada sedikit otot dan tenaga berbanding tahun 2008 yang lalu. Begitu ramai Ahli Majlis Tertinggi selain 3 Naib Presiden, banyak mendiamkan diri. Betul juga kalau ikut kata Daim, Najib seorang Jeneral tanpa askar.
Kenalah diakui, Anwar Ibrahim memang hebat. Melayu pertama yang mempunyai kehebatan sepertinya. Hebat? Benarkah begitu? Inikah yang dibanggakan sebagai hebat? Jika tidak, siapa sebenarnya yang hebat?
Bukannya dia yang hebat sebenarnya. Rakyat Malaysia yang hebat. Terutama Melayu yang menganut agama Islam. Mereka inilah sebenarnya yang hebat. Mengapa dikatakan demikian?
Hebat kerana mempunyai perangai yang pelik.
Andaikata pemimpin yang melakukan kesalahan sebegini terdiri dari pemimpin kerajaan, belum masuk mahkamah lagi sudah dianggap bersalah dan dipaksa meletak jawatan. Mereka yang berada di barisan bertentangan akan berlaku sebaliknya, diangkat dan disanjung. Malah dibela sepenuh hati sebagai "mangsa fitnah" walaupun maklumat sahih betaburan di hadapan muka.
Rakyat Malaysia memang hebat. Mengapa tidak. bukankah dalam sastera Melayu banyak peribahasa yang boleh dianalisa. Pepatah Melayu ada menyebut "Pohon tak kan bergoyang kalau tak dihinggut beruk" ehh betulkah perumpamaan ini..? Ada juga rasanya kata peribahasa " Dengar dentuman guruh, tempayan dipecahkan".. betul? Anggap betul sajalah ya?
Kerajaan yang bakal wujud selepas pemimpin ini berjaya dalam Pilihan Raya nanti tentulah lebih hebat lagi. Entah apa yang mereka lakukan nanti tak dapat kita bayangkan langsung. Pastinya yang aneh-aneh belaka.
"Malaysia Hebat" akan menggantikan slogan "Malaysia Boleh".
Nak tahu apa lagi yang aneh? Melayu bukan UMNO menentang UMNO, Cina menentang UMNO dan India juga ada yang menentang UMNO.
DAP tak pedulikan MCA/Gerakan/MIC sebaliknya memerangi dan mengutuk UMNO. Persalahkan UMNO. Inginkan kematian UMNO. Adakah UMNO itu mewakili bangsa Cina? Bangsa India? Tidak, UMNO adalah lambang bangsa Melayu. DAP memerangi Melayu dan menggunakan Melayu bukan UMNO untuk sama-sama kuburkan Melayu UMNO. Pelik kan?
UMNO kesaorangan dalam mempertahankan diri dari serangan bertali arus dari rakan seagama (PAS), rakan sebangsa (PKR) dan juga Parti rasis Cina (DAP). Semuanya menyerang UMNO tanpa belas kasihan. Kesihan mula timbul mengenangkan nasib UMNO sekarang. Seolah-olah UMNO diserang dari seluruh dunia. Atas sebab apa? Sebab mereka telah 50 tahun memerintah dengan aman damai dan maju sebagaimana sedia ada. Sebab dasar UMNO banyak membantu memandaikan ramai orang Melayu. Sedikit sebanyak dapat kayakan orang Melayu walaupun Cina telah mendominasi ekonomi tanpa sempadan.
Bagi PAS, mereka katakan UMNO gagal bawakan pemerintahan negara Islam. Gagal laksanakan undang-undang Islam (HUDUD). Malangnya, gagasan PAS yang wujud dalam PR juga tidak akan mampu melaksankannya. Tentangan dari DAP amat jelas. PKR hanyak memejam mata tidak pernah menyokongnya. Kenapa UMNO dipersalahkan? Sekiranya PAS mampu mendesak PKR (kalaupun DAP tak setuju) tuntutan mereka masih relevan dan boleh diterima. Kalau dalam gagasan PR sendiri mereka bermimpi lain-lain kenapa UMNO yang dipersalahkan? HUDUD masih boleh dilaksana jika PAS bersama sepakat dengan UMNO. Mereka tidak mahu lakukannya dan masih mahu bersama dengan PKR yang lebih sekular dari UMNO, semua orang tahu itu.
Bukanlah ikhlas PAS mahukan negara Islam atau HUDUD. Mereka inginkan sesuatu yang lain dari itu. Nampaknya seperti "dendam tak sudah". Bab dendam seperti ini, tiada rundingan dapat diadakan dengan mereka. Kesian UMNO... ahh marah pula juak PAS nanti. Apa nak buat, itu semuanya benar.
Menagpa pula DAP begitu bencikan UMNO, bukannya MCA atau Gerakan? Bagi mereka MCA dan Gerakan sudah jadi mayat. Sudah mati. Tambahan pula UMNO amat mementingkan kebajikan bangsa pribumi (Melayu, Iban, Melanau, Kadazan, Dusun dan beratus-ratus lagi) Bukan hanya Melayu sahaja. Tetapi dendam komunis sebenarnya menjiwai hati pemimpin DAP. DAP memang membenci Melayu yang tidak menyokong perjuangan komunis dahulu malah menjadi askar menentang mereka pula. Bagi mereka selagi PAS dan PKR masih berguna dan membantu hasrat mereka, mereka akan bersama, perinsip anti Islam tetap mereka pelihara kemas. Adakah PAS dan PKR telah menjadi alat bagi DAP? Ada kemungkinannya.. walaupun disangkal keras oleh PKR dan PAS.
Pernahkah anda dengar DAP cadangkan supaya Chin Peng dibenar kembali ke Malaysia? Apakah alasannya? Anwar Ibrahim juga pernah menyuarakan sokongan terhadap desakan DAP ini. Mohamad Sabu pula menyokong perjuangan komumis. Mungkin teruja dengan cerita kehebatan mengenai Rashid Maidin atau Shamsiah Fakeh. Dia pernah membayangkan bahawa PAS juga memuja perjuangan sahabat Chin Peng, iaitu Abdullah CD dan Mat Indera. Tidak mustahil dalam diam-diam, dasar PR adalah menyokong gerakan komunis. Agak keterlaluan pula andaian ini. Tapi nampat seperti logik pula.
Aneh sungguh politik Malaysia.
Paling menarik penonton ialah telenovela Trivoli Villa arahan pengkritik India Nallakaruppan, dulunya rakan baik hero ini. Semua tahu tu. Hero terhebat abad ini berbangsa Melayu setaraf hero Tamil bernama Sivaji. Popular tak terhingga hingga ke seluruh dunia. Mana tidaknya, heroinnya juga menonjol imej bagaikan superstar. Shamsidar mempunyai wajah jelita (dulu lebih jelita lagi, macam heroin hindustani 10 tahun lalu, masa sesi lakonan intim tersebut). Itu kata Nalla lah baru-baru ini.
kalau nak lebih sedap kenalah tunggu siaran eksklusif telenovela ini nanti. Nalla dah tak sabar tu.
Bukan itu sahaja, heroin ini juga dikatakan amat kaya bertaraf jutawan. Wanita Melayu yang paling kaya kata setengah orang. Dah bersuami dengan orang kaya juga, katanya jutawan juga. Rakan dan juga pembantu setia kepada hero. Nalla si pengarah pernah memberitahu, dia juga jadi pelakon tambahan sebagai supir khas membawa pasangan ini dalam kereta mewah menuju kondo mewah bagi melepaskan rindu dendam. Bukan sahaja hiroin ini yang tergilakan hero hansen tu, ramai lagi heroin-heroin tambahan amat berkenan si hero berkenaaan juga berasmaradana di tempat yang sama. Kata pengarah tersebut.
Yang paling syok bila isteri hero berkenaan ikut serta membela dan macam setuju dengan kekuatan laki dia ber..... pelik kan?
Kisah Trivoli Villa ini tentu sahaja akan menjadi telenovela paling hebat sepanjang zaman. kalah semua siri telenovela Latin America. Di jamin paling mengghairahkan.
jangan panik ini hiasan sahaja
Ramai sedang menanti episod seterusnya. Entahlah, betul ke Nalla ni? Dah kena saman 100 juta. Bukannya sikit-sikit. Ada ke duit dia kalau kalah nanti? Takot wooo!
Kesimpulannya, manusia anugerah ini cukup terkenal sebagai manusia imunity. Jadi tak usahlah buang masa. Tak payahlah nak bukakan apa sahaja rahsia keburukan dirinya walaupun benar. Orang tak akan percaya. Apatah lagi kisah menerima wang dari Yahudi dan rakan baik Zionis. Tak akan ada orang yang mahu percaya punya. Sia-sia sahaja. Baik layan telenovela, biarkan saja dia jadi PM. Malaysia akan jadi negara bebas sebebasnya.
Inilah telenovela Manusia Agung akhir zaman yang cukup prestij. Dah tu kaya raya pula (jutawan senyap) dan dah jadi manusia berkuasa, dan.. dan jangan lupa.. amat disukai ramai. Terutama wanita. Tak percaya? Ikut sukalah nak percaya ke tidak. Lebih baik percaya saja. ooo Sivaji...
PEMERHAT POLITIK SEMPOI
jangan mare ye?
.jpg)
























.jpg)

.jpg)

.jpg)

