Tuesday, January 22, 2013

Isa AS Dikuburkan Sebelah Rasululah SAW Di Madinah



Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r. 'anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Aku bersumpah dengan Zat yang memegang nyawaku sesungguhnya Nabi Isa 'alaihissalam akan diturunkan di kalangan kamu lalu memerintah dengan penuh keadilan. Setelah turun daripada langit baginda akan mematahkan salib-salib Nasara yang mereka sembah. Yakni berakhirlah agama Nasrani lalu menaikkan agama Islam dan membunuh babi yang telah dihalalkan oleh orang-orang Nasrani untuk dimakan.

Baginda akan menghapuskan cukai yakni cukai-cukai tidak dikenakan lagi terhadap orang-orang bukan Islam kerana baginda akan menyebarkan Islam ke merata-rata tempat. Dan ahli-ahli kitab yang terdiri daripada orang-orang Yahudi akan beriman kepadanya kerana kedatangannya itu. Maka dengan itu tidaklah ada lagi jizyah. Alasan lain ialah pada masa itu harta dan kemewahan yang merimpah-ruah menyebabkan tidak perlunya lagi kepada cukai.

Telah disebut dalam Hadis sebelum ini bahawa Nabi Isa 'alaihissalam hidup selama 40 tahun (Fathul Bari, jilid 3, ms. 262). Lalu baginda kemudiannya meninggalkan dunia yang fana ini menuju alam yang baqa' (kekal). Dikatakan di dalam Hadis yang tertentu bahawa baginda juga akan berkahwin dan mempunyai anak. Baginda juga akan dikebumikan berhampiran kuburan Rasulullah s.a.w.

Selepas baginda wafat maka tidak ada dinyatakan cara terperinci mengenai penggantinya di dalam Hadis. Hanya Allah sahajalah yang tahu siapa penggantinya. Walaubagaimanapun terdapat di dalam hadis menyatakan bahawa selepasnya agama Islam menjadi lemah. Hafiz Ibn Hajar r. 'alaihi menukilkan satu daripada Sunan Ibn Majah bahawa Islam akan terhapus sebagaimana warna pada kain yang luntur akibat dibasuh.

Pada ketika itu seorangpun tidak mengetahui apa itu Solat, Puasa, Haji dan Zakat. Sekumpulan orang tua lelaki dan wanita yang tinggal akan berkata: "Kami telah melihat datuk nenek kami dahulu mengucapkan Kalimah "Laa-ilaha-illallah" maka dengan itu kami juga membacanya dan selain daripadanya tidaklah kami tahu apa-apa."

ismadiyusuf.blogspot.com


Isa Ibnu Maryam as

Siapakah Isa as itu sebenarnya? Kenapa dalam banyak-banyak Nabi dan Rasul, Isa as mendapat tempat istimewa di sisi Banginda Rasulullah SAW? Malah tidak juga disebut mengenai makam Saidina alMahdi walaupun dia Imam kepada umat akhirzaman dan juga keturunan Baginda.

Tidak mustahil sifat kegilaan Yahudi mampu membaca dan mengetahui sesuatu dari peristiwa ganjil ini. Apa jua yang bakal terjadi ia akan membawa kita berfikir jauh di luar kotak pemikiran biasa. Yahudi menjadi semakin gentar dan tentunya akan menghalang kebenaran dari tersebar. Usaha mereka untuk mengkristiankan seluruh manusia melalui strategi leberal anjuran Jesuit akan terhalang terutama terhadap kaum Muslimin.

Timbul persoalan adakah Isa Ibnu Maryam itu anak Baginda SAW? Dalam satu riwayat hadis menyebut bahawa salah seorang isteri baginda bertaraf bidadari di syurga bernama Maryam. Adakah Maryam ini isteri baginda sebelum baginda dizahirkan ke dunia? Malah dalam beberapa kias, disebutkan bahawa Adam itu bapa jasad sementara Muhammad Rasulullah SAW adalah bapa roh serta telah wujud sebelum jasad Adam ditempa. Semua roh manusia berasal dari roh Baginda. Banyak riwayat termasuk hadis qudsi menyebut bahawa Roh Baginda telah wujud sebelum adanya lain-lain makhluk. Wujud dalam bentuk cahaya, dinamakan Nur Muhammad. Perkataan Muhammad Rasulullah juga telah sedia tertulis pada dinding syurga dan dapat disaksikan oleh Nabi Adam semasa dia cuba bangun untuk kali pertama..

Secara logiknya atas sifat manusiawi Isa as tentu mempunyai bapa di kalangan manusia juga. Jika tidak bagaimana hendak disimpulkan kejadian ini, walaupun pada secara maknawinya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Akibat dari kebenakan akal manusia, Baginda difitnah sebagai anak Allah atau anak Jin atau lebih dahsyat dikatakan ibu Isa as itu terlibat dalam maksiat zina. Namun Allah ingin menguji keimanan bani Israel dengan menjadikan Maryam ibu Isa as mengandung tanpa menyentuh kaum lelaki.

Rasulullah saw tahu rahsia sebenar. Rasulullah saw adalah manusia yang "benar" tetapi amat bijaksana.

Jika tidak kenapa Rasulullah SAW menyediakan tapak kuburan untuk Isa as di sebelah kuburannya walhal Saidatina Fatimah tidak diizinkan walaupun telah diminta.  Maaf, pandangan ini agak kontroversi kerana idak disokong oleh hadis sahih. Anggap sahaja sebagai sebuah wacana pemikiran kritis. Walaupun begitu, ia tidak akan menggugat akidah umat Islam kerana semua umat Islam wajib beriman kepada kewujudan alMasih anak Maryam ini.

Di akhir zaman ini, Nabi Isa as difitnah dengan dahsyatnya. Paulus dengan bantuan rahib agama pagan Greek telah memalsukan ayat-ayat Injil. Baginda dikatakan berbapakan Allah dan diangkat sebagai tuhan. Malah untuk sesuakan dengan "tiga tuhan" agama purba Mesir dan Greek, diangkat Jibrail (rohkudus) juga sebagai satu lagi tuhan. Sesuatu yang sangat biadap. Siapakah punya angkara jika bukan kaum Yahudi yang menyelewengkan akidah kaum Nasrani (kini dipanggil Kristian).

Akhirnya atas usaha jahat pertubuhan yang bernama Jesuit (berselindung sebalik jubah paus khatolik) menjadikan kristian semakin jauh dari ajaran murni injil. Pengujudan Bible mengantikan nama Injil juga menunjukkan keadaan tersebut. Sepertimana yang kita sedia maklum, Bible mempunyai berbagai versi. Ada pula versi "protest" yang sedang giat di ketengahkan sekarang. Mana satu yang betul? Tentunya kesemuanya tidak lagi membawa mesej sebenar dari Nabi Isa as.

Kitab suci (?) yang sering dipinda beulang kali ini, menjadikan agama kristian yang ada sekarang tak ubah sebagai satu  "label" yang mana menjadikan agama hanya pada nama sahaja. Ia juga dianjurkan supaya menghalalkan semua perkara yang diharamkan. Kristian telah berjaya di liberalkan sepenuhnya sebagai agama yang mengharuskan arak, judi, zina, liwat, dan berbagai-bagai lagi maksiat atas nama "kasih sayang" Jesus. Lagi satu penghimaan kepada Baginda Isa Alaihissalam.

Setelah berjaya memfitnah Nabi Isa as, kini bernafsu besar untuk memfitnah Allah swt pula. Islam juga sedang diusahakan menjadi agama liberal. Akhir nanti semua ajaran Nabi Mujammad saw juga akan mengalami nasib yang sama seperti agama kristian ini. Halalkan semua yang telah diharamkan atas alasan akal. Inilah yang dihajatkan oleh Zionis melalui rangkaian Jesuit mereka.

Jauhi Islam Liberal yang bakal menghalalkan aktiviti maksiat termasuk LGBT. 

Monday, January 14, 2013

112 angka dari mana dan kenapa ia dipilih berbanding 121?




Kenapa Angka 112? Siapa yang tentukan? Ada Agenda Kristian? Agenda Sulit Jesuit?

Beberapa perkara telah dikesan meragukan. Pelik dan di luar kebiasaan. Ramai akan menafikan bahawa perhimpunan yang baru selesai itu ada campurtangan Jesuit atau agenda tersembunyi kristian. Adakah ia sememangnya mempunyai kaitan dengan "penyerahan kalimah Allah" kepada masyarakat SYIRIK (3 tuhan) tersebut masih menjadi misteri.

Secara tidak langsung sebuah Parti Islam yang mempunyai pengaruh besar dalam negara telah terperangkap tanpa sedar dalam caturan ini. Melihatkan kehadiran besar ahli-ahlinya membanjiri stadium, disamping ramai pemimpin tertingginya ikut serta, ia dilihat seolah perhimpunan ini anjuran mereka.

Tidak mustahil IKD antara yang bertanggung jawab menamakan perhimpunan ini sebagai 112 kerana sesuai dengan peranan dan gerak kerja mereka dalam melakukan perang saraf untuk PR. IKD dikesan mempunyai kaitan dengan sebuah badan kristian di Jerman. Juga dipengaruhi oleh badan-badan NGO luar negara yang ada kaitan dengan Jesuit.

Isu nama Allah baru sahaja tercetus hasil desakan Lim Guan Eng (s/u DAP) serta pengisytiharan sokongan terhadapnya oleh Haji Hadi dan Anwar Ibrahim. Tidak mustahil Haji Hadi telah dipaksa tetapi sebagai ketua nombor satu, Anwar secara konsisten menyokongnya malah kerap mempertahankannya.

Memandangkan bantahan masyarakat Islam semakin meningkat dan meluas, dibimbangi ia memberi kesan negatif terhadap PR maka isu Kalimah Allah ini tidak dibangkitkan dalam ucapan pemimpin PR pada perhimpunan ini. Secara tidak langsung, ia merencatkan sedikit perencanaan mereka untuk membulatkan desakan bagi menjayakan rancangan sulit yang diatur (murtadkan belia Melayu yang lemah iman),


112 ada kaitan dengan nombor khas "the LORD god".  



Perhimpunan Bersih 4.0 atau yang “rebranding”nya berbunyi KL#112, telah berlalu. Tercapai atau tidak niat dan hasrat mereka untuk mengumpul sejuta orang itu tidak mahu kita bicara di sini. Sepertimana tajuk di atas, kenapa angka yang dipilih untuk menandai perhimpunan ini ialah 112.

Ianya berlangsung pada 12hb Januari 2013. Sepatutnya angka 121 yang dipilih. Bukankah setahun yang lalu angka 901 digunakan untuk perhimpunan di Jalan Duta pada hari keputusan pembicaraan Anwar, iaitu 9hb Januari 2012. Dengan mengguna format yang digunapakai di Malaysia (bukan di Amerika Syarikat) angka yang logik diguna untuk perhimpunan 12 januari itu ialah 121 atau 1201.

Dengan sedikit carian dalam internet kita dapat temui angka 112 adalah suatu angka yang ada kaitan dengan Bible Kristian dari susun atur angka dalam bahasa Hebrew yang memberi pengertian Tuhan mereka. Kajian numerologi dari susunan abjad dari 22 abjad dalam bahasa Hebrew ini memberikan pengertian angka 112 itu bermaksud “The LORD God” atau YHVH Elohim [YHVH = Yahaweh (atau Jehovah), inilah nama yang sebetulnya untuk Tuhan Kristian, bukannya Allah, perkara ini dibicara dalam posting Paderi Indonesia akui kalimah Allah hanya untuk orang Islam.



The Unity Holograph shows how God supernaturally integrated these names with each other, the Greek title for the Father, and the Shema. The John 1.1 fragment of the Creation Holograph shows how God designed the creation verses - Genesis 1.1 and John 1.1 - upon the numerical value of His Own Name:
Genesis 1.1 + John 1.1 = 2701 + 3627 = 6328 = Sum(112)

Of great significance is the fact that the number 112, the order number of the triangle, is the Hebrew gematria of JEHOVAH-ELOHIM or LORD God.

The Triangle is the 112th triangular number 6328 and 112 is the value of Jehovah-Elohim (LORD God) and 6328 in ascending digits is 2368, the value of Jesus Christ. (http://www.fivedoves.com)


Dalam pada itu, kalimah Allah dapat diperhina dengan menyamakan Allah Yang Maha Esa dengan Tuhan Triniti mereka, puak-puak gereja mengajak rakyat Malaysia berhimpun mengagungkan “The LORD God” mereka. Umat Islam kita berpecah belah dalam isu kalimah Allah ini – dalam pada sesetengah mereka membenarkan puak gereja mengguna kalimah Allah, kali ini mereka mengagungkan pula angka yang mengangkat nama Tuhan Kristian ini. Astaghfirullah

Wallahu’alam  (dari Karim’s Blog) 

Apakah ada pakar strategi dalam perhimpunan semalam yang membawa agenda Kristian? Penggunaan syihir kepercayaan mereka mengkaburi niat sebenar? 

Sejajar dengan beberapa peristiwa sebelum ini, pemilihan angka dan tarikh adalah penting dalam halacara pangaturan jadual oleh zionis dan juga alat mereka, Jesuit. Perkara ini telah dibongkar melalui kajian penyelidik teori konspirasi.


Paderi Indonesia akui kalimah Allah hanya untuk orang Islam

KUALA LUMPUR 11 Jan. – Seorang paderi dari Indonesia, Jahja Iskandar mengakui bahawa kalimah Allah adalah khas untuk umat Islam.

Perkara itu didedahkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang merujuk kepada perakuan di dalam buku tulisan paderi tersebut iaitu Mengapa Nama Yahweh Semakin Popular.


Katanya, berdasarkan buku itu, Jahja memberitahu bahawa kata yang tepat bagi nama Tuhan sembahan orang Kristian berasaskan bahasa asli perjanjian lama, iaitu Ibrani (bahasa digunakan orang Yahudi) ialah Elohim.

Menurut Wan Zahidi, jika diterjemah ke bahasa Arab, maka kata yang tepat bagi menggantikan Elohim ialah Ilah bukan Allah, berasaskan terjemahan paling awal ke bahasa Arab iaitu Inskripsi Zabad pada tahun 512.

“Sehubungan itu, Yayasan Lentera Bangsa yang diasaskan oleh Jahja telah menerbitkan kitab suci Indonesia Literal Translation (KS-ILT) yang mana terjemahan itu tidak lagi tertera kalimah Allah, sebaliknya menggunakan Elohim sebagai nama sembahan orang Kristian.

Laporan di atas diambil dari UM



Wednesday, January 9, 2013

Rebut Nama Allah - Hanya 'JESUIT' Yang Mahu Menjerat Kaum Muslimin - Allah mempunyai anak bini.



Allah mempunyai Anak dan Bini? Wajarkah? Kalau 'tuhan' selain bernama ALLAH nak dikatakan beranak berbinikan manusia, kemudian dikatakan pula anak tuhan itu dipanggang matahari dan mati - Lantaklah. Tak akan ada siapa yang peduli. 

Kenapa sibuk sangat ketagih nak pakai nama Allah kepada satu 'tuhan' mirip pagan? Bukankah mereka telah menamakannya God? Yahweh? Yehova? Lord? Tidak cukup lagi? Tuhan tiga serangkai berasal dari agama pagan Greek dan Rome. Ini semua kerja Paulus laknat. 

Yehova


Apa yang menakutkan, lepas ni, mungkin akan ada pula ukiran berhala yang bernama Allah selain berhala nabi Isa yang mereka sembah?? Selama ini mereka menyembah salib. Dah jemukah dengan salib? Nak sembah yang lain pula? Mereka bangga tuhan mereka (tuhan 2rd grade) dipasung dan disiksa. Tuhan disiksa manusia???

Mereka ukir patung dan sembah


Jijik. Sungguh menjijikkan. 

Yehweh


Jelas, Allah tidak mempunyai anak tetapi sebahagian dari Umat Islam (melayu termasuk beberapa ulama senget) menggesa supaya Allah diperakui mempunyai "anak" dan "bini". Beriaya2 benar. Bersungguh2 benar mahu ianya dibenarkan. Berimankah mereka dengan alQuran? 

ALLAH itu Esa, dan kepada-Nya segala kebaktian dan doa panjatkan. “Dia adalah ALLAH, Tuhan yang Tunggal, ALLAH tempat meminta segala sesuatu, tidak memiliki anak dan tidak diberanakkan. Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia”. (Al-Ikhlas : 1 – 4)

Jika kerajaan sekarang tidak berusaha mempertahankannya, kerajaan sekarang ini juga wajar ditolak.

Jika puak liberal dan wahabi songsang (sekutu nasrani) pula memerintah, entah apa akan jadi kepada umat Muhammad. Sebelum ini tidak pernah terlintas akan berlakunya "kegilaan" ini. Puak kristian semakin galak nak tuntut itu dan ini, amat menjijikkan. Mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk merosakkan akidah kaum muslimin. Dalam hal ini, kerajaan harus tegas jika tidak mahu melihat Islam dihina berterusan.

Adakah mereka akan  terlepas dari dosa hanya kerana mengaku sebagai ahli syurga? Agama jenis apakah mereka?

Lihat kenyataan ini:


Paderi-paderi Kristian tidak sepakat dalam masalah ini; bahawa ALLAH adalah Tuhan kepada Musa dan Jesus, sebaliknya mereka sepakat untuk mengatakan bahawa Yahweh adalah nama Tuhan yang dicatat sebanyak 9,000 kali dalam Alkitab (Injil). Walaupun gereja (mazhab) Roman Katolik pernah menyatakan bahawa ALLAH dan Jehova adalah Tuhan yang sama, tetapi kenyataan ini dibantah beberapa gereja lain seperti Gereja Baptis, Gereja Anglican, termasuk para ilmuwan Katolik sendiri.

Dave Armstrong, seorang tokoh dari Gereja Roman Katolik menerangkan ‘sikap sebenar’ Vatican terhadap kalimah ALLAH. Dalam artikel “Does the Catholic Church Equate Allah and Yahweh?”, beliau berkata: “Hakikatnya, tidak mungkin untuk menyamakan ALLAH dan Yahweh, kerana kita beriman kepada Tuhan yang terdiri daripada 3 kesatuan, dan Muslim (dan Yahudi) tidak demikian. Vatican II hanyalah menggunakan ‘bahasa diplomasi’ dalam kenyataan tersebut”.

Pemahaman ini juga dizahirkan banyak mubaligh Kristian; mengatakan bahawa ALLAH dan Yahweh adalah Tuhan yang berbeza. Sepertimana Sam Shamoun membantah Syeikh Jalal Abualrub yang menghasilkan buku berjudul The Prophet of Mercy. Sam Shamoun menulis sebuah artikel dengan tajuk ALLAH of Islam, Is He Yahweh God of the Bible? untuk menyangkal dakwaan Syeikh Jalal Abualrub bahawa ALLAH adalah Tuhan dalam Alkitab.

Begitu juga Rob Phillips, Pengarah Komunikasi bagi Missouri Baptist Convention, seorang mubaligh Gereja Baptis yang terkenal, beliau nyatakan bahawa Malaysia merupakan antara negara yang beliau selalu kunjungi dalam misi penyebaran agama Kristian, bahawa ALLAH bukanlah Tuhan yang dinyatakan dalam Alkitab, melalui artikel beliau bertajuk Yahweh (the God of the Bible) vs Allah (the god of the Koran).

Alasan mereka sangat mudah; bahawa Yahweh atau Jehovah yang dinyatakan dalam Alkitab merupakan kesatuan Tiga Entiti sementara ALLAH itu Tunggal, tidak memiliki anak. Mereka juga berkata ALLAH adalah nama Tuhan Bulan, salah satu Tuhan agama Pagan di Tanah Arab sementara Yahweh atau Jehovah adalah nama Tuhan kepada Musa dan Jesus. Justeru menamakan Tuhan dalam Alkitab selain dari Yahweh atau Jehovah, terutama menggunakan nama ALLAH, merupakan sebuah kesalahan besar oleh umat Kristian.

ALLAH, bukanlah nama kepada Tuhan Bulan seperti pemahaman beberapa ilmuwan Kristian, sebaliknya nama Tuhan Yang Tunggal yang menciptakan jagatraya ini. Masyarakat Arab sejak dahulu lagi memanggil ‘ALLAH’ kepada Tuhan Yang Tunggal tersebut. Mereka menamakan Kaabah sebagai ‘Rumah ALLAH’ dan menamakan anak lelaki mereka sebagai ‘Hamba ALLAH’, seperti Abdullah bin Salam. Ini semua adalah kesan dakwah tauhid yang dibawa oleh Nabi Ibrahim as di Mekah.

Kristianofobia dalam sejarah

Seandainya desakan demi desakan terus dilakukan sebahagian komuniti Kristian, terutamanya dalam tuntutan untuk menggunakan nama ALLAH sebagai ganti kepada kata ‘Tuhan’ atau ‘Yahweh’, kemungkinan “Kristianofobia” boleh meletus.

Kristianofobia pernah berlaku kepada umat Yahudi dan Islam satu ketika dahulu. Sejarah penyebaran agama Kristian yang panjang, mencatatkan pelbagai kisah dan rupa.

Peristiwa-peristiwa yang pelbagai ini bukan sahaja diakui oleh lawan, malah para ilmuwan Kristian ketika membicarakan tentang sejarah agama mereka.

Henry Charles Lea, seorang sejarawan Amerika, menulis tentang Mahkamah Inkuisi di Spanyol dalam empat jilid bukunya: A History of the Inquisition of Spain. Sementara itu Peter de Rosa dalam bukunya, Vicars of Christ: The Dark Side of the Papacy menjelaskan peranan Gereja Roman Katolik kepada umat Yahudi, Islam dan gereja-gereja lain seperti Gereja Unitarian dan Protestant. Manakala Gustave Le Bon dalam bukunya La Civilisation Islamique er Arabe menerangkan keadaan umat Islam ketika Baitulmuqaddis ditakluk oleh tentera salib.

Lalu dalam masalah kalimah ALLAH, kita tidak tahu, apakah Lim Guan Eng benar-benar berdoa kepada Tuhan sambil menyeru nama ALLAH atau hanya memanggil ‘Tuhan’. Sebaliknya kita selalu dengar penganut Kristian di Malaysia hanya menyeru ‘Tuhan’ dalam doa-doa mereka, bukannya ALLAH. Justeru untuk apa DAP menjuarai sebuah isu walhal umat Kristian di Malaysia sendiri jarang memakai kalimah ALLAH.

Oleh itu, sangatlah menghairankan apabila ada kumpulan Kristian di Malaysia yang bersungguh-sungguh memperjuangkan penggunaan kalimah ALLAH sebagai ganti nama Yahweh, sedangkan dunia Kristian sendiri bertelagah dalam masalah ini. Kita berharap agar agama tidak dijadikan modal politik: sama ada agama Kristian ataupun agama Islam.

Umat Islam di Malaysia tidak pernah mengharamkan upacara keagamaan kaum lain, terutamanya agama Kristian walaupun jumlah penganutnya hanya sekitar 9 peratus sahaja. Kerajaan tidak pernah menghalang ritual yang dibuat oleh umat Kristian, selagi mana ia tidak melibatkan umat Islam, seperti perayaan Maulid Nabi Isa (Hari Kelahiran Jesus) walaupun kebanyakan Gereja Kristian menyesatkan amalan tersebut. ALLAH menyatakan tentang pengakuan seluruh manusia terhadap Diri-Nya dalam Perjanjian Terakhir: “Siapakah Yang memiliki langit yang tujuh dan Yang memiliki ‘Arsy yang besar?” Mereka akan menjawab: “Kepunyaan ALLAH.” Katakanlah: “Maka apakah kamu tidak bertakwa?” Katakanlah: “Siapakah yang di tangan-Nya berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi, tetapi tidak ada yang dapat dilindungi dari (azab)-Nya, jika kamu mengetahui?”
Mereka akan menjawab: “Kepunyaan ALLAH.” Katakanlah: “(Kalau demikian), maka dari jalan manakah kamu ditipu?” (Al Mu’minun: 86-89)

Namun kita bimbang umat Islam di Malaysia keliru akibat penggunaan kalimah ALLAH lantas mengalami krisis keimanan.

Sekadar persoalan; kenapa hanya Kristian di Indonesia dan Arab sahaja yang menggunakan kalimah ALLAH, sementara bangsa lain di dunia memanggil ‘Tuhan’ dalam terjemahan Alkitab mereka? Jika ini adalah usaha untuk mendekatkan bangsa Melayu kepada agama Kristian, bererti tindakan tersebut menyalahi undang-undang negara.

Hakikat pengabdian Jesus kepada Yahweh

Sekiranya umat Kristian di Malaysia, terutamanya Gereja Sidang Injil Borneo dan Gereja Roman Katolik tetap mahu menggunakan kalimah ALLAH sebagai kata ganti Yahweh, bererti kita telah bersetuju kepada satu kesimpulan yang tidak ada perselisihan di antara kita: bahawa Tuhan ALLAH itu Esa, dan kepada-Nya segala kebaktian dan doa panjatkan. “Dia adalah ALLAH, Tuhan yang Tunggal, ALLAH tempat meminta segala sesuatu, tidak memiliki anak dan tidak diberanakkan. Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia”. (Al-Ikhlas : 1 – 4)

Hal ini telah dijelaskan oleh Jesus bahawa Tuhan itu Tunggal dalam Perjanjian Baru: “Dengarkanlah hai orang Israel, Tuhan kita, Tuhan itu Esa” (Markus 12 : 29). Jesus telah menggunakan perkataan “kita” yang menunjukkan seluruh bangsa Israel termasuk diri baginda hanya boleh menyembah satu Tuhan sahaja, sekaligus menafikan bahawa dirinya adalah Tuhan.

Nabi Musa telah menegaskan bahawa ibadah dan penyembahan hanya kepada Tuhan yang Tunggal tersebut dalam Perjanjian Lama: “Jangan ada padamu Tuhan lain di hadapan-Ku. Jangan kamu membuat patung yang menyerupai apa pun, yang ada di langit di atas, atau yang ada di bumi di bawah, atau yang ada di dalam air di bawah bumi. Jangan sujud menyembah kepadanya atau beribadah kepadanya, sebab, Aku Tuhan kamu, merupakan Tuhan yang cemburu” (Keluaran 20 : 3 – 5 dan Ulangan 5: 7 – 9) Lantaran itu Jesus tidak pernah menyuruh muridnya menyembah dirinya, tetapi berkali-kali menegaskan bahawa seluruh kebaktian khusus untuk Yahweh sahaja. Dalam Perjanjian Baru, ketika baginda berkata kepada Iblis: “Engkau harus menyembah Tuhan mu, dan hanya kepada Dia sahaja engkau berbakti” (Lukas 4 : 8). Jesus tidak menyuruh Iblis menyembah dirinya tetapi beribadah hanya kepada Tuhan Yang Esa, malah Jesus sendiri pun beribadah kepada Tuhan tersebut.

Tidaklah wajar seorang Tuhan menyembah Tuhan yang lain. Jesus mengajar muridnya untuk berdoa terus kepada Tuhan Yang Esa, bukan kepada dirinya, sepertimana ajaran Nabi Yohanes kepada muridnya: “Jawab Jesus kepada mereka ‘Apabila kamu berdoa, katakanlah ‘Bapa, disucikanlah nama Mu, datangkanlah kerajaan Mu, berikanlah kami setiap hari makanan yang secukupnya, dan ampunilah kami terhadap dosa kami, sebab kami juga akan memaafkan setiap orang yang bersalah terhadap kami, dan janganlah Engkau mendatangkan cubaan kepada kami” (Lukas 11 : 2 – 4)

*Penulis ialah pengkaji Perbandingan Agama, Mazhab, Falsafah dan Tamadun

dipetik dari AIDC


Rungut seorang Pakcik...

Dalam banyak hal cuba kita bayangkan bila lalu dekat gereja ada salib dan ada nama Allah di situ... agak-agak Tok Lebai kopiah tu boleh jawab ke bila budak tadika tanya nanti ... "Nama Allah kat gereja tu sama ke nama Allah kat masjid..????? "

Kesannya bukan hari ini sahaja malah akan terbawa kepada muda mudi yang akan nanti bersalib dileher beserta nama Allah... itukah yang Tok Lebai mahu ???

Pakcu cuma buat ramalan ..gerun juga kalau terjadi....minta berlindung....walahualam




Inilah yang bakal terjadi..



- Agaknya apa pandangan saudara apabila ada anak2 muda Melayu yang membaca risalah ini?

- Semakin faham islam? atau makin keliru siapa itu Allah?

- Makin kuat aqidahnya atau semakin berkecamuk?

- Adakah kita mampu menyekat penyebaran sebegini rupa atau kita akan sentiasa menuding jari menyalahkan Majlis2 Agama, Majlis Raja2, NGO2 islam atau sesiapa saja asalkan bukan kita?

Adakah logik bila kita kata “ORANG BUKAN ISLAM BOLEH GUNA KALIMAH ALLAH TAPI JANGAN MENYALAHGUNAKAN NYA?” Bagi saya kenyataan ini ibarat kita kata pada Pencuri “KAMU AMBIK PISTOL INI TAPI JANGAN GUNAKANNYA UNTUK MENCURI”.

Agak2nya pencuri tu akan insaf ?
 
Aminuddin Yahya


Aduhai Pemimpin Melayu, di mana maruah anda? 

Recent Posts

Entri di "King of the East"

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan