Sunday, February 10, 2013

Minta Nyawa, DHD target baru?




Serius, kemelut melanda persekutuan rapuh. Kenapa tiba-tiba Dr Harun Din jadi penting?  Ramai kalangan rakyat Islam Malaysia menghormati Dr Harun Din berbanding Nik Aziz atau Hj Hadi Awang termasuk mereka yang tidak menyokong gabungan tersebut.

Tersebar berita mengejutkan baru-baru ini Dr Harun Din membuat perjumpaan rahsia dengan Ketua PR, Anwar Ibrahim sehingga menimbulkan pelbagai persoalan. Akhirnya perkara yang sebenar berlaku telah terbongkar. Dr Harun Din secara tiba-tiba menjadi orang penting.

Anwar yang bergegas jumpa Dr Haron Din, Bukan sebaliknya. Ini menjadikan berita semakin menarik. Apa tujuan penyebar berita sebelum ini dan mengapa mereka berbohong?

Apa sebenarnya yang berlaku?

Walaupun sebelum ini Anwar membuat kenyataan bahawa apa yang diptuskan dalam Majlis Syura PAS tidak penting dan tidak akan menggugat keputusan PR sebelum ini (merujuk kepada Isu Penggunaan Nama Allah) pertemuan sulit secara tergesa-gesa ini mengundang perhatian mendalam ahli-ahli PAS dan PKR. Tidak mustahil DAP juga ia turut memerhati dengan penuh minat. 

Adakah Nik Aziz dan Haji Hadi sudah ditenggelami oleh kekuatan baru dalam PAS diterajui Dr Harun Din? Tidak sukar rasanya kita menelah dan membuat kesimpulan. Ia berikutan dari peristiwa sebelum ini dimana Nik Aziz dan Haji Hadi terpaksa menelan kembali kata-kata mereka sehingga dipersenda sebagai pemimpin flip flop. Kelemahan ini membawa kepada merudumnya sokongan ahli PAS kepada mereka. 

Adakah keadaan ini sengaja dirancang oleh Anwar untuk memberi lebih kuasa kepada kumpulan tajaannya? Meruntuhkan kredibiliti Haji Hadi agar proksinya (Ahmat Sabu) mengambil alih kepimpinan PAS (dari Haji Hadi yang mewakili kumpulan ulama). Memandangkan Dr Harun Din yang mempunyai pengaruh besar dalam PAS walaupun tidak menonjolkan diri, Anwar biimbang PAS akan menjadi penghalang kepada rancangannya untuk terus menjadi ketua pembangkang seterusnya calun PM. Dia semakin terdesak mencari jalan supaya kepimpinan ulama dalam PAS jatuh ke tangan golongan yang pro kepadanya. Walaupun Dr Hasan dan Nasha telah tewas, namun Dr Harun dan beberapa penyokong setianya masih kekal bertahan.

Setelah gagal menguasai Dr Harun Din sebagaimana mudah dia mempengaruhi Nik Aziz dan Haji Hadi, atau menyingkirkannya sebagaimana 2 anggota jemaah ulama PAS sebelum ini, Anwar terpaksa menukar strategi dengan cara memujuknya pula (?)  Atau, ada sesuatu yang sengaja dirahsiakan dari kita semua - Anwar mempunyai pelbagai taktik hebat untuk memastikan dia terus kekal sebagai ketua.

................

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang jumpa Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din dan bukan sebaliknya, kata sumber dalaman yang tidak mahu disebut nama di sini ketika menghubungi AIDCNews hari ini.

“MSO, orang Anwar, dia terbalikkan cerita kata Haron Din jumpa Anwar, walhal Anwar yang pergi jumpa Haron Din.

“Dia (MSO) sengaja spin cerita, dia nak tunjuk Anwar masih relevan hinggakan Haron Din terpaksa datang melutut kepada Anwar,”kata pemberi sumber itu.

Ketika ditanya, kenapa Anwar perlu jumpa Haron Din, pemberi sumber itu menjawab, “Anwar minta nyawa daripada Pas. Rujuk blog MIK.”

Blog MIK, medan-info-kita.blogspot.com dalam artikel bertajuk “Sebenarnya Anwar Yang Pergi Melutut Berjumpa Dr Haron Din….! BUKAN Haron Din Yang Pergi Berjumpa Anwar” menjelaskan perjumpaan itu diadakan di rumah Timbalan Mursyidul Am Pas itu di Bangi pada 4 Februari.

Lapornya, kedatangan Anwar sejurus selepas mendapat tahu keputusan mesyuarat Majlis Syura Pas tidak mencalonkan Ketua Umum PKR sebagai Perdana Menteri jika sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

“Pertemuan pada malam 4 Februari di rumah Dr Haron Din di Bangi. Anwar bergegas ke sana untuk mintak nyawa dengan Timbalan Mursyidul Am itu.

“Mesyuarat Majlis Syura menetapkan bahawa mereka tidak akan terima Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pakatan Berjaya menawan Putrajaya. Majlis Syura berpendirian bahawa calon yang lebih layak adalah Presiden PAS sendiri, Haji Hadi Awang,”lapor blog itu.

Kenyataan pemberi maklumat dan MIK senada dengan kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim baru-baru ini yang mendakwa sentimen terkini menyaksikan akar umbi Pas menolak kepimpinan Anwar Ibrahim yang berpunca Ketua Umum PKR itu menolak keputusan Majlis Syura Ulama Pas berhubung isu kalimah Allah.

Zahrain berkata Tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Nik Mat mengunjungi dan menyambut hari lahirnya di kediaman Pengerusi DAP, Karpal Singh baru-baru ini juga ada kaitan dengan penolakan Anwar.

Katanya, Nik Aziz kini telah sedar bahawa ahli Pas di peringkat akar umbi telah menolak persetujuan pakatan pembangkang sebelum ini yang mahu melantik Anwar sebagai Perdana Menteri jika pembangkang menguasai Putrajaya.

Itu semua menyebabkan Pas terdesak berbincang dengan DAP mencari calon alternatif menggantikan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Zahrain menambah, kepercayaan ahli Pas terhadap Anwar mula terhakis ekoran beberapa isu besar termasuk dakwaan membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dengan sebuah video seks.

““Jelas sekali Anwar kini merupakan liabiliti pakatan pembangkang dan mereka sedang mencari calon baru bagi menggantikan Anwar,” katanya.

Sumber: AIDC

9 comments:

jj said...

Melayu wajib bersatu memperkasa ummat Muhammad. Mengapa bercerai berai? JIKA Melayu tidak bersatu, bakal menjadi makanan bukan Melayu. Jika Islam tidak bersatu, akan jadi makanan Bukan Islam.

Sudikah anda?

Anonymous said...

sangat setuju yang anwar adalah liabiliti pakatan rakyat. ini adalah kerana anwar merupakan product keluaran UNIted malay national organisation yang semua maklum perjuangkan assabiyah, liberalisme, pluralisme. UNIted MNO amat licik menelirukan umat malayu utk membawa idelisme mereka sbg waris british di Tanah Malayu ini. Tolak anwar bererti menolak zionisme caturan UNTited MNO!

TM said...

sama2 desak Dr Haron jadi calon PM, bukan Anwar

Kandell Nano said...

Melayu!!!..
Buang UMNO n buang PAS,dan segala parti yang ada dibakul sampahkan..
Bergabung dengan wadah 'syahadah'..'kalimah tauhid'.
Amcam..ada berani???..

AruL.AriffieN said...

Hanya kerana politik umat manusia berpecah belah. Senang cerita selagi adanya politik democrazy ini wujud, selagi itulah ia tetap akan berlaku. Hanya menunggu waktu dan ketika syiar islam akhir zaman muncul. Ia bukan dari serpihan politik2 sampah ini, tapi dari sejumlah kecil umat islam yang telah lama dahagakan syiar islam berlandaskan hukum Allah SWT. Apa yang berlaku sekarang hanya permulaan kepada bangkitnya Islam di akhir zaman. Semoga kita berada dikalangan umat2 yang terpilih.

Anonymous said...

Hehehe...penulisan tuan kali ini kurang menyengat/sangat lemah bleh saya katakan kurang melakukan homework. Tuan terus/menjurus kepada konklusi sedangkan topik perbincangan masih menjadi rahsia antara mereka (nama pun rahsia...so xde sape pun tahu melain kan mereka amnya Pencipta mereka khususnya)...skop tuan sekitar isu berbangkit kebelakangan ini menyebabkan tuan mengandaikan sahaja.... Saya mengikuti penulisan tuan sejak dari 2010, banyak informasi saya boleh garap hasil homework tuan, namun kebelakangan ini kerap menyerang pihak pembangkan berbanding pihak kerajaan. Hakikatnya kerajaan sekarang begitu pasti bekerja keras secara tidak sedar merialisasikan agenda "mereka"...cuba bongkarkan...!!!

ADMIN said...

Quot.... Hakikatnya kerajaan sekarang begitu pasti bekerja keras secara tidak sedar merialisasikan agenda "mereka".

Betul kata saudara. Saya setuju. Pemerintah menghadapi zaman "perit" sekarang ini, saya akuinya. Cuma kita terpaksa memilih antara yg buruk dan yg lebih buruk.

Anonymous said...

Yup..
Membongkar 'Lubang Najis'..
Baunya sahaja sudah memualkan!
Apatah lagi isi..lendir..tinjanya..
Paeng! menusuk jiwa.
Tetapi itulah hakikat kehidupan yg terpaksa kita tempuhi di bumi bertuah ini.
Choose between BAD and WORST..

Democracy-the pretty shit

Anonymous said...

Saya setuju dgn kata-kata 'antara yg Buruk dan yg LEBIH BURUK. Kita renungkan maksudnya secara mendalam.

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

Recent Posts

Entri di "King of the East"

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan