Wednesday, August 29, 2012

Mimpi Yang Disangka Indah



Sebalik mimpi yang amat membahagiakan terselit racun hebat yang bakal memusnahkan segalanya. Disinilah terletaknya kebijaksanaan kaum Muslimin yang diterajui oleh orang Melayu untuk menghidu racun yang tersembunyi disebalik kamanisan madu.

Seorang sahabat telah meluahkan pandangan yang cukup merimaskan.

Sesiapa yang berpelajaran tentu sahaja mengenali GESTAPO. Jika di Indonesia ia merupakan "sumpah berdarah" yang cukup mengerikan. Ia menjadi tunjang kewujudan PAP, father of DAP. Perlu diingat, sejarah lampau menunjukkan betapa dahsyatnya keperitan bangsa Melayu dibawah kekuasaan Bintang Tiga walaupun hanya dalam waktu yang sangat singkat. Kita tahu bangsa apakah yang menguasai Bintang Tiga. Berapa banyak kemusnahan yang mereka lakukan. Jenerasi kini mungkin tidak merasai keperitan seumpama ini malah ada yang tidak terjebak dalam kekacauan kaum 1969.

Kesedaran ini wajar diutarakan bagi menginsafi sebahagian dari anak bangsa agar tidak bertindak melampaui batasan yang mana nanti tentu sukar untuk berpatah balik untuk memperbetulkannya.

RENCANA DAP?

Terus terang dapat diperkatakan terhadap perkembangan politik semasa, jelas sekali jikalau dipandang sekali lalu, DAP akan berupaya menggugat kekebalan orang Melayu dalam arena politik tambahan pula mereka mendapat sokongan padu dari kaum Cina yang lebih bersifat berpura-pura. Kini kegelisahan orang Melayu semakin ketara kerana dari satu segi mereka mula muak dengan UMNO yang rata-rata pemimpinnya (dari bawah sampai ke atas) hanya mementingkan diri sendiri dan kroni.

Boleh sahaja jika ingin mempersalahkan UMNO yang berjaya mentadbir negara ini sejak merdeka, namun dari sudud kepentingan masa hadapan adakah ianya berbaloi? Lazimnya kelemahan pemerintah mudah ditelah kerana ia sering diperhatikan.

Suatu yang perlu diingat, berbanding mereka yang berkuasa dengan yang belum berkuasa siapakah dapat menelah mana yang lebih baik? Tidak mustahil apa yang ada disebalik gambaran menarik tersimpan beberapa unsur yang lebih dahsyat. Buat waktu ini, tergambar musibah yang bakal menanti kita, kaum Muslimin Malaysia.

DSAI menjadi taruhan yang terbaik untuk melahirkan rasa kurang senang kepada pemimpin UMNO dan diharap akan dapat memberi tekanan kepada pucuk pimpinan. Malangnya pemimpin UMNO yang baru dilantik dilihat kurang bermaya mengembalikan kekuatan dan gagal untuk "membersihkan" kecurangan para pemimpin UMNO dan para pegawai kerajaan.

Kali ini benar-benar meletakkan orang Melayu dan Umat Islam dalam delemma. Sementelah itu PAS pula berjaya mencuri undi melalui konsep Negara Islam yang dibawa dan kelihatan amat menarik perhatian.

Walaupun PAS menyedari hasrat mereka hanya sebuah ilusi semata. Kejutan telah berlaku. DSAI menerajui PKR setelah keluar dari penjara melonjakkan pengaruh parti itu ke satu tahap yang cukup mengejutkan. Kedudukan PKR sebelum itu amat lemah dan tak bermaya. Apakah DSAI akan berjaya menjadi PM selepas ini? Satu persoalan yang bermain diminda rakyat Malaysia. Apa yang menakutkan ialah dari mana sumber kewangan PKR membiayai kempen besar-besaran dalam Pilihan Raya yang lalu dan juga selepas itu?

Sebahagian pemikir Melayu sudah mencongak ia datang dari sumber masons atau jesuits yang juga menawarkan pekerjaan kepada DSAI sebaik sahaja keluar dari penjara. Mungkin PRU akan datang, keperluan dan sumber kewangan mereka akan lebih besar kerana peluang menang dilihat semakin cerah. DAP pula semestinya tidak akan melepaskan peluang keemasan ini.

Apa yang akan berlaku bila DAP mendesak DSAI mengubah peta pilihanraya kepada jumlah penduduk, kerana ia lebih realistik dalam keadilan sosial. Bayangkan jika KL dan Pulau Pinang serta beberapa bandar besar mendapat banyak kerusi, siapakah yang akan mendominasinya? Seterusnya DSAI sendiri boleh diketepikan (juga tidak mustahil menerima nasib seperti JF Kennedy, jika benar ia terlibat dengan illuminist). Bagaimana nasib orang Melayu ketika itu?

Jika di Singapura, mereka boleh lari ke Johor dan kini, Pulau Pinang mereka boleh lari ke Kedah dan Perak. Kalau Malaysia seluruhnya dikuasai mereka kemana orang Melayu akan lari? Terjun laut? Atau bakal hidup menjadi lanun diperairan?


Bila DAP dapat majoriti, amat mudah mereka melumpuhkan perjuangan orang Melayu amnya dan Islam khasnya. PAS akan terperangkap antara perjuangan Islam nya dengan kemabukan kuasa.

PKR tanpa DSAI dilihat tidak akan kemana-mana. Hanya mampu menawan 1 kerusi sahaja dalam PR11 ketika ketiadaan DSAI. Tanpa DSAI, PKR akan kembali usang dan terasing dan hanya hidup berharapkan simpati penyokong PAS. DAP tahu ini semua.

Nampak jelas halatuju DAP yang mendapat dokongan kuat dari abangnya atau sesuai dipanggil bapanya, PAP (Sin). Adakah akan berlaku huruhara selepas ini jika DAP mengambil alih kuasa? Dahulu terjadi 13 Mei akibat kemenangan Parti Gerakan (sama rentak dengan DAP - berlainan kulit tetapi sama isinya) dan tidak mustahil ia akan berlaku lagi. Namun kali ini tentu sahaja berbeza kerana apa yang terhasil dari pengalaman lalu, orang Cina tentu sudah bersiap sedia. Bagaimana halnya dengan orang Melayu/Islam?

Apakah orang Melayu/Islam akan ditarah sampai rata? Wujudkah sekelumit simpati kaum Cina terhadap orang Melayu? Orang Melayu tidak akan dibiarkan hidup senang dan kaya raya. Tidak sama sekali.

Kedudukan PAS yang terasa semakin kukuh hasil PRU12 lalu mendorong mereka terus menerus menyerang dan menghukum UMNO sebagai parti jahat yang memperjuangkan sistem politik kafir tetapi mereka lupa PKR juga berunsur yang sama. PKR adalah serpihan dari UMNO malah sebilangan dari mereka lebih ganas dari apa yang ada pada UMNO sekarang. Belang mereka hanya akan terburai apabila mendapat kuasa kelak. DAP sudah pasti faham mengenainya dan akan mempergunakan senjata ini untuk memerangkap pemimpin PKR. PKR bakal dihentak supaya sentiasa mengikut setiap kemahuan mereka. Siapa yang akan rugi?

Terbutakah mata mereka terhadap niat dan taktik DAP ini?

Agar ramai anak bangsa tersedar dari mimpi yang disangka indah itu.


Satu perkhabaran lagi untuk renungan kita bersama kemana halatuju DAP. Adakah ia kan menguntungkan bangsa Melayu apa lagi Penganut Islam?

Berikut adalah laporan akhbar the Star Mac lalu di bawah tajuk “Merging Will Make Us Stronger” (Penggabungan Akan Membuatkan Kita Lebih Kuat). Menurut PKR Bukit Bendera, Jason Ong, PKR dan DAP harus bergabung bagi menyukarkan PAS menubuhkan Negara Islam dan mengelakkan perebutan kerusi.
Katanya, “Ahli-ahli DAP kebanyakannya adalah dari kaum Cina dan PKR pula merupakan campuran Melayu dan India, jadi ia akan memberi keseimbangan jika kedua-dua parti ini bergabung. Lagipun DAP dan PKR punya banyak persamaan yang akan memudahkan penggabungan ini. Ia juga akan memudahkan kerana kita tidak perlu lagi melalui pemimpin-pemimpin parti yang berasingan.”
Tambahnya lagi, “adalah merupakan hak PAS untuk mempromosi ideologi Negara Islam tetapi sama ada ia akan dilaksana atau tidak adalah soal lain sama sekali”.
Tidak sabar kita menunggu respon PAS mengenai perkara ini. Antara respon yang dijangka ialah PAS akan menuduh UMNO memerintahkan akhbar the Star memutarbelitkan kata-kata Jason Ong untuk melaga-lagakan mereka dengan DAP dan PKR.
Apapun, rakyat tahu bahawa laporan tersebut benar dan tiada siapa memutarbelitkan apa-apa.
Kita setuju bahawa DAP dan PKR mempunyai banyak persamaan iaitu kedua-duanya tidak menginginkan Institusi Raja dan kedua-duanya menjulang konsep kesamarataan yakni ingin menghapuskan hak istimewa bumiputera.
Sebelum ini, PKR telah beberapa kali menguji sentimen orang Melayu terhadap Institusi Raja melalui beberapa tindakan mencabar dan memperlekeh titah Sultan dan PKR sedar bahawa majoriti masyarakat Melayu tidak boleh menerima sikap derhaka mereka.
Ini memaksa PKR berdolak dalih mengenai pendirian sebenar mereka dalam isu Raja-raja dan Hak Istimewa Bumiputera agar tidak dipinggirkan oleh pengundi Melayu. Beberapa kenyataan membela Melayu dibuat selepas itu sebagai ‘damage control’, antaranya oleh Nurul Izzah sendiri iaitu parti PKR akan tetap mempertahankan perlembagaan.
Namun, niat sebenar PKR kini terserlah apabila Jason Ong sendiri mengakui bahawa DAP dan PKR mempunyai banyak persamaan. Hakikatnya, PKR turut menyokong perjuangan DAP untuk mewujudkan Malaysian Malaysia asalkan Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai Perdana Menteri.
Jika gabungan ini menjadi kenyataan, di manakah kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat? Walhal, PAS telah pun bersetuju untuk menggugurkan Negara Islam dari perjuangan mereka, justeru kenapa isu Negara Islam masih membelenggu PR?
Ini membuktikan bahawa DAP dan PKR tidak pernah mempercayai PAS. Tetapi di masa yang sama, DAP dan PKR tahu bahawa PAS tidak serius untuk melaksanakan Negara Islam. Seperti kata Jason Ong, PAS boleh menggunakan Negara Islam sebagai bahan promosi tetapi itu tidak bermakna PAS ingin dan akan melaksanakannya. Pendek kata, PAS boleh mempromosinya sehingga hari kiamat tetapi tidak akan melaksanakannya.
Sebenarnya, DAP dan PKR tahu bahawa PAS tidak mungkin menentang perintah dan keinginan mereka yang menolak Negara Islam kerana pemimpin-pemimpin PAS semuanya tiada maruah belaka. PAS akan sanggup melakukan apa saja, hatta memperhambakan diri dan menerima cemuhan dan penghinaan PKR dan DAP asalkan mereka tidak dibuang dari Pakatan Rakyat dan terlepas peluang untuk ke Putrajaya.
Justeru, kenyataan Jason Ong itu perlu dilihat secara lebih luas dari sekadar masalah ideologi PAS. Kenyataan tersebut lebih menunjukkan ketidakyakinan PKR dalam menghadapi pilihanraya kali ini.
PKR sememangnya telah lama berada dalam keadaan nazak. Anwar Ibrahim sendiri khabarnya tidak yakin untuk bertanding di Permatang Pauh dan Nurul Izzah juga kemungkinan terbenam jika bertanding di Lembah Pantai.
Kita juga tidak boleh menolak desas-desus bahawa Anwar akan meninggalkan negara dalam masa terdekat kerana sedar yang dirinya sudah tidak lagi popular di sini. Dia dijangka hanya akan melancarkan serangan dari luar di samping menghulurkan bantuan kepada sahabat-sahabat zionisnya dalam misi ‘menjajah’ Malaysia.
Tanpa Anwar, akan lebih memudahkan PKR dan DAP bergabung kerana tidak mungkin gabungan itu boleh menerima dua tiga orang ketua sekali gus. Apatah lagi dengan semua calon-calon ketua yang ada iaitu Anwar, Kit Siang, Karpal, semuanya gila kuasa dan mempunyai sikap diktator.
Mana mungkin para diktator ini sanggup mengalah menjadi No. 2 atau No. 3.
Namun, dengan segala rahsia Anwar di dalam genggaman Karpal dan Kit Siang, kita tidak boleh menolak bahawa gabungan ini akan direalisasikan walaupun jika Anwar tidak lari keluar negara. Ini kerana, walaupun Anwar berada di atas, dia akan terpaksa akur kepada Karpal dan Kit Siang selama-lamanya. Pendek kata, gabungan PKR dan DAP hanya akan menguntungkan DAP sahaja.

Jika takdir menyebelahi bangsa Melayu dan Islam (semoga diizinkanNya), akan ramai diantara mereka tersedar dari khayalan dan mimpi yang bakal memusnahkan mereka kelak. Menghalang kemaraan DAP dan niat tersembunyi mereka bukan bermakna mengiakan kebejatan yang UMNO lakukan. Tidak sama sekali. Cumanya amat diharapkan agar orang Melayu dapat membuka minda dan bertindak mengikut akal waras bukan gelojak nafsu serta dendam. Dalam lain maksud, Islam mesti bersatu jika inginkan kejayaan.

Andaikata tiada ancaman DAP (kini berjangkit pula kepada MCA) serta sekutu mereka atau yang memihak serta sedia melaksana agenda tersembunyi mason/jesuits, kita bebas memilih sesiapa sahaja asalkan Islam untuk mentadbir negara. Siapa sahaja tetapi bukanlah yang besifat munafik dan hipokrit. Sementara menanti kebangkitan sebenar Islam akhir zaman. Dalam masa yang sama wajib kita berusaha agar dapat menghalang niat Zionis/Amerika menghuru harakan negara sebagaimana di Timur Tengah dan Asia Tengah. Ini adalah harapan jenerasi akan datang untuk membina kelompok dinamik berstatus pejuang tulin seiring dengan matlamat alMahdi. Kita wajar membina landasan untuk memudahkan urusan mereka. Bantulah mereka.

Teruskan berfikir.

12 comments:

. said...

Negoromu bakale diperintah karo wong kapir ndok...
Wal nauzubillah.

Anonymous said...

assalamu'alaikum,pejuang kebenaran tidak akan muncul sehinggalah kezaliman sampai kemuncaknya dan sejarah telah membuktikannya. Bansa Melayu yang amat sinonim dgn Islam hingga tak terpisah dgn identiti bangsanya.Bangsa yg terus dibuai lena dan mudah dimanupulasi tanpa menyedari mereka bersama musuh yg sebenarnya. Ada parti Melayu yg bersifat kebangsaan yg kononnya ingin membela nasib Melayu hanyut dgn slogan akibat terliur dgn harta &kuasa.Begitu juga dgn parti yg ingin mendaulatkan Islam membarah dendam kesumatnya terhadap saudara seagama walaupun diajak duduk semeja utk kebaikan bangsa tetap ditolak mentah2 seolah merasakan orang lain salah lalu merasakan ia sahaja yg betul,mereka lah yg lebih Islamnya agak2nya. Dimanakah bangsa Melayu hendak meletakkan amanah kepimpinan jika ini contoh yg ditunjukkan oleh mereka.Melihat kpd senario tak mustahil bangsa ini akan bergaduh sesama sendiri sambil bangsa lain melihat ini adalah peluang terbaik utk merealisasikan hasrat mereka utk berkuasa di TM.Jika kita lihat sejarah bangsa ini sama sekali tak pernah memadam hasrat utk berkuasa walau apa cara diawalnya membawa fahaman komunis dan disalut perjuangannya utk menghalau British sehingga ada anak watan yg terpengaruh &mengikuti perjuangan mereka. Malang sekali bangsa Melayu terus bersangka baik dgn bangsa ini malah amat malang memusuhi bangsa yg seagama.Aku tak dapat melihat bagsa ini akan sedar sehinggalah didatangkan musibah yg besar utk menyedarkan mereka utk itu aku memperingati diriku & saudara seagamaku utk bersatu dan kukuhkan aqidah & tauhid yg jitu, mantap dan kukuh sehingga tam mampu diganggu gugat oleh musuh Allah & Rasulsaw.

raja d hulu said...

amat setuju dengan pandangan anda

admin said...

. wrote...
"Negoromu bakale diperintah karo wong kapir ndok...Wal nauzubillah."

Semoga dilindungi Allah, sama2lah kita berdoa agar angan2 kafir dimusnahkan Allah swt. Amin.

abdhakim said...

Aku delok wong jowone kito seng temenanan rak sukak cino,tapi kok wong melayu seng rak kesah banget karo negorone dewe..Bangsa cina merupakan bangsa paling rasis dalam dunia,memang benar kalau sekat mereka dalam berpolitik mungkin dunia akan pinggirkan kita dan natijahnya ekonomi kita tidak membangun seperti mana sekarang.Tapi nak bagi muka pun patut-patutlah.Dan yang paling aku hangin,ada pulak melayu yang nak pertahankan Karpal singh ni.

eeee said...

Tkasih kang jowo, aku wong pathani pun rak sukak samo keturunan monggol tu. Apalah nasib kita, Melayu semakin kecut..

Fatin & Rizqi said...

Macam cerita tamil le pulak aku tengokkan..
Awal2 hero kalah teruk punya,kena belasah..kena humban..kena itu dan ini dan macam2 lagilah.
Final..hero menang tahap gaban..berapa ramai yang datang dia sapu semacam aje..

Agaknya waktunya dah nak sampai agaknye..intro bagi final episod..
......The awakening of the lost tribe........

**cuba2 jgn cubaa..
tak pernah rasa nak rasa..
...dia org nak sgt merasa penangan TKO.

Anonymous said...

Assalamualaikum.

sebagai umat islam, Kita beriman dgn Allah dan Rasul. Bila hidup dlm negara demokrasi. kita terpaksa menerima sistem pilihanraya dan parti2. diantara parti2 yg ada , UMNO, PKR , PAS, DAP , etc.... mana yg lebih baik untuk umat islam? mana yg berpolitik berlandaskan Islam? mana yg dipimpin oleh alim ulamak ? mana yg menyambung kerja nabi ? Jawpan nya.. pilihan terbaik ialah PAS.

Jadi kita wajib memilih PAS. ramai orang bercakap , tidak mungkin akan terjadi negara 100% negara islam. ramai orang cakap . Pas jadi kuda DAP. sebelum berkata, sila fahamkan dulu situasi. sila buka minda. sila baca Al-quran, Sila check hadith. sila kaji sejarah islam.Sila cari Ilmu.

1st skali, Dalam pas sendiri, untuk membuat keputusan , terdapat ahli majlis syura. untuk membuat keputusan, mereka rujuk Al-quran , Sunnah & Hadith. Mereka ini terdiri dari alim ulamak yg diakui ilmunya. Malah mursyidul am Pas sendiri , tersenarai dalam ulamak dunia yg tinggi ilmunya. Ulamak itu pewaris nabi. jadi ragukah anda oleh keputusan yg dibuat oleh mereka? orang yg sering bertahajud malam, beristikarah sblm membuat keputusan. Jadi pasti ada sesuatu yg mereka tahu dalam persetujuan untuk bergabung dgn PKR dan DAP.

2- Pergabungan dengan DAP dan PKR , nampak seperti pergabungan yg akan merugikan umat islam dan melayu. kerana mereka sendiri tidak mungkin bersetuju 100% untuk mewujudkan negara islam. tapi Hikmah di sebalik pergabungan ini adalah besar. ingat balik perjanjian hudaibiah. Perjanjian yg nampak berat sebelah dan merugikan umat islam. Tapi Allah dan rasulnya lebih mengetahui. dgn perjanjian damai hudaibiah. berduyun2 orang masuk islam tanpa diganggu kafir quraish. begitu juga dgn situasi skrg. negeri2 yg ditawan PR, kini memberi laluan kepada PAS untuk berdakwah dan mengenal islam. sila lihat betapa aktif ceramah2 agama di negeri2 yg ditawan PR? betapa aktif nya masjid2 menjalankan aktiviti keilmuan ? Di selangor sendiri , kini aktiviti2 keilmuan begitu meriah. Masjid Shah alam begitu aktif. berbanding semasa BN memerintah. Jadi pemahaman rakyat mengenai islam lebih mendalam. Dari konsert2 maksiat , kini dibalancekan dgn konsert2 islamic. Anak2 muda mula terpikat dgn islam. Perubahan ini sgt ketara akhir2 ini. ( saya salah seorang remaja yg mula terbuka hati )

3- Jika anda baca Al-Quran & Hadith. Anda tahu kita sedang berda di akhir zaman. Tanda2 yg kecil yg begitu jelas telah muncul. Apa kaitannya? Jika anda semua faham, sebenarnya kita sedang bersedia untuk kemunculan tanda yg besar. cuba lihat perkembangan semasa di seluruh dunia. gerakan2 islam sedang berkembang. Penganut islam sedang berevolusi di seluruh dunia. menentang pemimpin2 yg munafik, yg menolak Al-quran dan Sunnah. OK kembali ke Malaysia. Cita2 Pas dilihat agak mustahil untuk direalisasi kan . untuk membentuk negara Islam 100% berlandaskan HUDUD. Jadi, mereka sedang menanam semangat cintakan islam. dan membentuk jemaah yg kuat. untuk bersatu dengan jemaah2 islam yg lain di seluruh negara. dan untuk merealisasikan impian hidupnya kembali sistem pemerintahan khalifah islam yg agung. yg di pimpin oleh Imam mahadi. jadi jika anda memerhati kan situasi semasa dunia. semua gerakan2 islam diseluruh dunia sedang berkembang. Termasuk lah Pas yg mewakili malaysia. Pemimpin2 PAS juga mempunyai hubungan rapat dengan gerakan isam diseluruh dunia. Jika anda faham situasi ini, maknanya, impian untuk merealisasikan negara islam tidak hanya akan berlaku di Malaysia. Malah diseluruh dunia. Tapi, untuk sampai ke peringkat itu, sudah diceritakan, kita akan melalui perang yg besar. Perang menentang Yahudi, Kristian, dan kaum kafir yg lain. Malah kita akan menetang Dajal. Jadi.. siapakah mereka yg kita akan tentang? termasuklah org2 kafir dalam DAP dan PKR. MIC dan MCA.

Anonymous said...

Sambungan -

Jika anda faham setakat ini .. adakah para ulamak pas tidak tahu kenyataan ini ? mereka lebih faham Alquran dan hadith. Tp mengapa mereka masih bekerjasama dgn DAP yg kafir ? seperti yg saya katakan tadi. mereka lebih mengetahui, dan lebih jelas dgn perkara ini. Setakat ini itulah pilihan yg mereka ada untuk mengembangkan islam dan idealoginya. mereka diberi ruang .. Sampai masa kelak, kita tetap berbunuhan. itu adalah pasti. tapi selagi belum sampai masanya , ambil peluang itu untuk mengembangkan islam. ambil peluang itu untuk membuka minda rakyat . Ambil peluang untuk bercerita mengenai akhirat.

Bagaimana pula dengan umat islam yg dalam UMNO dan lain2 parti ? Jawapnnya , anda kena mengkaji balik dasar setiap parti. Adakah parti2 tersebut bercerita mengenai akhirat? Adakah parti tersebut meletakkan islam sebagai matlamat perjuangan ? adakah parti tersebut hanya memperjuangkan Kebangsaan , dan mertabat melayu ? adakah parti tersebut menerima Al-quran & Hadith sebagai panduan ?

Jadi jangan sempitkan pemikiran anda dengan situasi yg hanya berlaku didalam Negara. Berfikir lah dengan lebih luas lagi. Bacalah al-quran dan hadith. Sesungguhnya cerita penghabisan dunia itu sudah tertulis. Bersiap sedialah untuk bergabung dengan umat islam diseluruh dunia, bersatu dan memertabatkan kembali agama yg diredhai oleh Allah ini.

Pilih lah yg terbaik. Jika anda betul2 beriman dengan Allah dan Rasulnya. Anda tahu siapa patut anda pilih dalam PRU13.

. said...

Anonymous said...
Sept 15 8:32 & 8:35

Sorry bro,lu masih lagi sebahgian dari 'sistem ' ini.....kesan mind control sangat ketara..'hard core effect'
lu masih lg program yg belum bebas. masih terikat dgn low grade software...lu belum lagi dpt proper connection dr the source.
pesan gua pd lu bro...cari diri dan kenal diri bro...the game still running until...... unplug.

AruL.AriffieN said...

udah2 la tu admin nk spin cite ni admin nk jadi kuncu puak2 ameno ni...ingatlah!!!
kita merancang tapi sebaik2 perancang adalah ALLAH SWT...kita manusia biasa ni xtau apa yg akan berlaku masa akan datang & nampaknya admin ni dah macam bukan manusia biasa, lebih tau apa bakal terjadi kelak...tahniah, admin sangat hebat!!!

Anonymous said...

Alhamdulillah! Allah dah buat ketentuan-Nya. Dia Maha Mengetahui isi hati makhluk-Nya. Siapa yang ikhlas dan siapa yang hipokrit, semua Allah tahu. Itu sebabnya DAP, PKR dan PAS tewas dan UMNO dan BN menang. Tapi dah memang sikap bad looser, bila dah kalah pergi meroyan ke sana-sini kata orang tipu. Macam mana Allah nak tolong orang macam itu. Ingat hadith dan al-Qur'an! Siapa Nabi saw nampak ramai yang menjadi penghuni neraka? ...antaranya ulama!!!

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

Recent Posts

Entri di "King of the East"

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan