Mayang Kelapa |
Saya pun berjalan menuju ke bilik. Namun langkah saya terhenti apabila terdengar satu perkataan dari mulut datuk, perkataan yang benar-benar menimbulkan perasaan aneh dalam diri saya.
"...Mayang Mengurai, tak sia-sia aku hantarkan kau belajar pondok..."
Saya tahu dan yakin bahawa kata-kata itu ditujukan pada ibu saya. Siapakah ibu saya sebenarnya?
Nampaknya Puteri Mayang Mengurai yang sering muncul dalam hikayat-hikayat Melayu dahulukala itu memang wujud dan dicatat oleh para pengembara China purbakala. Jika saya ada peruntukan besar, saya ingin ke Beijing (bukan ke Beijing untuk membuktikan Hang Tuah seorang Cina) tetapi untuk menggali segala rekod maharaja China tentang orang-orang Melayu dan lautnya. Orang-orang China dahulukala jujur dalam mencatat tidak seperti golongan kiasu kini yang pembohong dan tamak haloba.
Sebab itu saya katakan, jika anda belajar sejarah menurut cara dan gaya yang saya ajarkan, bukan cara sejarahwan Malaysia yang pemalas, anda akan jumpa banyak perkara yang menakjubkan. 450 tahun dijajah kuasa Eropah menyebabkan kita, orang Melayu seolah-olah masuk ke dalam 'black hole' yang apabila pada tahun 1957 kita kembali ke bumi, kita mengalami amnesia, lupa sejarah kita yang lalu.
Ketika saya teringatkan semua peristiwa itu, saya masih terbaring di atas katil, beransur pulih dari kesakitan. Di sisi saya terletak kemas kitab "As-Syamailul Muhammadiyah' karangan Imam At-Tirmizi.Sungguh banyak tentang peribadi nabi s.a.w tertulis di dalam kitab itu. Membaca peribadi nabi s.a.w sedikit sebanyak meneguhkan peribadi saya dalam berjuang menghadapi hidup ini.
Airmata saya tiba-tiba mengalir deras.Saya masih teringatkan datuk dan ibu. Datuk telah lama pergi,ketika saya masih darjah enam. Kehilangan datuk menyebabkan saya kehilangan segala misteri negeri Perak, negeri kesayangan dan tempat lahir saya. Saya hilang sumber cerita dan penglipurlara. Saya tidak sempat untuk bertanya lagi tentang sejarah Melayu, lebih-lebih lagi kini saya bergelar sejarahwan.
Saya mencapai beg tangan saya. Saya keluarkan satu balutan kain kuning dari dalam beg tangan.
Sebilah badik yang mempunyai mata berlok;seolah-olah keris kecil, tergenggam kemas di tangan saya. Saya merenung bahagian mata badik yang beralun-alun seperti ular yang menyusur. Maafkan aku Mayang Mengurai, detik hati saya. Air mata saya mengalir lagi.
Tiada yang lebih menyeksakan seorang gadis yang berumur 15 tahun apabila patah salah satu tempat bergantungnya. Dia tidak sempat untuk mengenal siapa Mayang Mengurainya. Dia belum sempat untuk mencari asal-usulnya. ****
* yeah! anda boleh ikuti episod yang menarik ini dalam artikel sepenuhnya ...... sabar !
Cerita Ninja Melayu
Bermula dari penceritaan asal usulnya, maka terbitlah ungkapan yang melakar senyuman pembaca. Rupanya Bangsa Melayu juga mempunyai sejarah Ninja nya yang tersendiri... baca petikan artikel di bawah.
Pagi esoknya, saya lihat ibu memunggah barang-barang di dalam rumah.Habis berselerak segala benda di tengah rumah, di dalam bilik terutamanya. "Ibu cari apa?" saya bertanya.
Namun ibu diam sahaja. Saya pun masuk ke bilik. Saya mencapai sebuah buku dan membacanya sambil berbaring. Tidak berapa lama kemudian, saya terdengar bunyi tapak kaki di luar. Saya pun bergegas mengintai di celahan tingkap bilik yang terbuka sedikit. Saya lihat ibu berjalan ke arah belukar di kanan rumah dan menghilang. Saya perasan dia memegang sesuatu yang dibalut kain kuning.
Saya kenal barang yang dibalut kain kuning itu. Kalau tak silap saya, ia adalah sebilah keris purba pemberian datuk saya sebelah ibu. Datuk saya bernama Ngah Jabor, merupakan cucu seorang panglima jajahan Larut dan Matang. Saya rapat dengan datuk saya itu. Dia suka bercerita apabila kami berkunjung ke rumahnya. Salah satu cerita yang paling saya gemar ialah tentang sejarah Negeri Perak. Mungkin salah satu sebab saya menyukai sejarah ialah faktor datuk saya yang seorang ini. Pengetahuan sejarah tentang Negeri Perak sungguh luas. Apa yang dia ceritakan banyak selari dengan buku Cempakasari Negeri Perak yang saya baca kemudian hari.

Ya. Dari sini timbul beberapa persoalan yang menarik berkaitan Ninja dan Samurai Melayu...
Sebenarnya raja-raja Perak ada banyak panglima tersembunyi. Cuma tidak dikenali sahaja sebab berada di dalam hutan, bukan di istana. Saya bagi contoh yang hampir ia macam samurai dan ninja. Keduanya satu perguruan tapi samurai bekerja dengan kerajaan, manakala ninja bergerak bebas, jadi assasin atau askar upahan.

Moyang saya 'ninja' ini, tapi mereka setia pada Sultan, cuma tidak bekerja di istana. Sampai masa tenaga mereka diperlukan. Ini antara sebab kuasa Siam hanya sampai ke Kedah sahaja.
Tentang panglima raja tu,memang terbahagi kepada dua... satu yang rasmi dilantik ikut protokol istana dan biasanya ada persalinan (uniform). Satu lagi panglima tak rasmi tapi bertaatsetia dengan Sultan. Kenapa tak nak kerja kat istana. Ha...ini ada rahsianya. Biasanya ini panglima yang ada amalkan tarikat tertentu. Mereka ni orang zuhud. Sultan bila sudah terancam atau panglima istananya sudah tidak mampu bertahan, akan guna talian hayat; maknanya akan 'call' panglima-panglima tak rasmi ini.
Setelah Raja Abdullah dibuang negeri, British membiarkan Perak tidak bersultan pada suatu ketika... namun tiba-tiba berusaha mewujudkan kembali institusi Sultan dengan meminta kerabat raja menaikkan Sultan baru,kenapa agaknya? Kenapa tak jadikan Perak macam Melaka, P.Pinang atau Singapura?
Ini pula cerita lain, kes nasi lemak... hah ha!
Encik Radzi (MerahSilu) amat berani mempertahankan nasi lemak. Ya saya pun amat marah kepada kebodohan pihak yang mensabotaj makanan kesayangan orang Melayu ini. Selama ini,nasi lemak dihidangkan kepada generasi ke generasi, tidak pula menyebabkan semua rakyat Malaysia obesiti. Betul-betul kiasu sampai makanan pun di 'genocide'kan.

Adiputra pun makan nasi lemak, tapi tiada pula menyebabkan otaknya mereng,tak gitu Encik Radzi?
go go go ... baca jangan tak baca...
artikel penuh "Don't cry,Srikandi"
go go go ... baca jangan tak baca...
artikel penuh "Don't cry,Srikandi"
as i see it, the israel plank will alienate most every jew in nyc (intentional?) and the wikileaks segment shows naiveté at best. also, there’s no mention of 9/11 as is par for the course for peace groups. i had a conversation with graeme macqueen over the weekend (at the buildingwhat? conference at the university of hartford, which went wellhttp://www.investigatebuilding7.org/). graeme said that in the anti-war groups to which he belongs, people see him as a kook for his 9/11 truth views and 9/11 truth activism. given that 9/11 was used as one of the alleged justifications for invading (and keeping us in) iraq, it’s so odd that the peace groups denigrate 9/11 truth, wouldn’t you say?