Kru ksz tidak berputus asa dan bertekad meneruskan perjuangan.
Blog "UMAT TERAKHIR" telah dibangunkan semula untuk kali ke tiga dan kini masih aktif. Tahniah atas semangat waja kru KSZ yang tidak kenal erti putus asa.
http://umat-akhir.blogspot.com
Sebahagian dari ARKIB ksz yang sempat saya rakam. Saya postkan artikel menarik ini untuk percambahan ilmu dan mengembalikan kekuatan minda untuk meneroka mistri yang tersimpan kukuh di alamaya dan kehidupan manusia, rahsia yang wajar dirungkai bersama. pesanan ikhlas dari Admin Umat Terakhir
FRIDAY, FEBRUARY 26, 2010
SISTEM FITNAH: Prelude
Review syair “For The Love Of The King”
TERDAPAT beberapa perkataan yang disebutkan dalam syair “For The Love Of The King” yang mungkin menimbulkan persoalan mengenai maksudnya kepada sesetengah daripada kita. Dalam artikel kali ini, kita akan cuba mencari penjelasan mengenai maksud syair itu dan cuba mencari penjelasan mengenai individu Tha-Djel yang digambarkan sebagai (raja yang belum bermahkota) raja kepada Gog Magog Bloodlines (keturunan Yakjuj Makjuj). Kita bukan mahu bercerita mengenai Gog Magog Bloodlines serta sejarah perjalanan mereka dalm artikel ini, tetapi mencari satu sisi yang terselindung di sebalik kisah mitos dan amalan mistik masyarakat Eropah dari keturunan Yakjuj Makjuj pada masa lampau yang mempunyai pertalian dengan Tha-Djel.
Tha-Djel the Girtab,
Barchiel, Saitziel, Sosul of Girtab,
of Akra-Bu,
O master of knowledge,
O Concentrator, in Southwest Bethchon,
Sahaqnab by night,
by the soul of Serpent,
by the blood of Kings,
O Spirit, the Seeing Day Moon of Tha,
and O dead stars,
reborn from smoke of Opopnax,
with iron trinket,
and blue-green-dark-red candle,
and blackthorn tree,
me, us, sons, maidens, we wait,
overwhelm spirits,
reborn Tha by earth stop,
be sole king, be everything.
Barchiel, Saitziel, Sosul of Girtab,
of Akra-Bu,
O master of knowledge,
O Concentrator, in Southwest Bethchon,
Sahaqnab by night,
by the soul of Serpent,
by the blood of Kings,
O Spirit, the Seeing Day Moon of Tha,
and O dead stars,
reborn from smoke of Opopnax,
with iron trinket,
and blue-green-dark-red candle,
and blackthorn tree,
me, us, sons, maidens, we wait,
overwhelm spirits,
reborn Tha by earth stop,
be sole king, be everything.
Pada baris pertama iaitu ‘Tha-Djel the Girtab’ disebutkan bahawa Tha-Djel ialah Girtab. Maka, apa pula Girtab itu. Setelah mencari maklumat melalui sumber-sumber lemah (pencarian melalui sumber-sumber lebih meyakinkan masih diteruskan), ditemui bahawa Girtab bermaksud bintang yang juga dinamakan sebagai Bayer Theta iaitu salah satu bintang yang membentuk imej Scorpio (dalam zodiac).
Girtab di hujung anak panah
Melalui maklumat yang diperoleh dari sumber-sumber astronomi pula, Bayer Theta terletak pada kedudukan taburan bintang yang dapat dilihat dari pelbagai sudut oleh manusia di Bumi. Manakala melalui sumber Celt pula, Bayer Theta adalah simbolik kepada maksud ‘ia memerhati manusia dari setiap sudut pada waktu malam’ ataupun sudut pemahaman mereka adalah sebaliknya iaitu, Bayer Theta bukan dilihat manusia tetapi ia yang melihat manusia. Pengertian itu juga seiras dengan maksud yang kita sedia maklum iaitu All Seeing Eye.
Ia juga diterangkan melalui baris ‘O Spirit, the Seeing Day Moon of Tha’. Day Moon juga adalah nama jolokan kepada matahari atau juga mungkin merujuk kepada bayangan bulan yang terbias di langit cerah ketika hari siang. Itu bukan persoalannya, ia lebih berkait kepada perkataan ‘seeing’ yang disatukan dengan Day Moon dan sinonim dengan terma ‘All Seeing Eye’.
Kadar tenaga yang terdapat pada bintang Girtab pula ialah 960 kali lebih besar berbanding matahari di kedudukan 272 tahun cahaya dari bumi. Manakala sainzya pula ialah 3.7 kali ganda lebih besar berbanding matahari.
Girtab adalah bintang paling terang di bahagian selatan dalam formasi Scorpio iaitu pada lekukan di bahagian ‘ekor’ Scorpio. Apa pula kaitan Tha-Djel dengan bintang zodiac Scorpio? Simpan dulu persoalan ini.
Kita lihat pula baris ‘Barchiel, Saitziel, Sosul of Girtab’. Mengenai Saitzel dan Sosul, kita belum menemui penjelasan. Kita lihat dahulu maksud Barchiel. Ia juga masih berkisar mengenai zodiac. Barchiel dikatakan nama yang diberikan bagi mewakili satu entiti yang bernaung di bawah zodiac Pisces. Ia juga diberi dengan jolokan panggilan sebagai ‘pembawa harapan’ kepada umat manusia. Entiti Barchiel juga dikatakan pernah hidup bersama manusia, dan akan kembali menyinari manusia seperimana bintang (bila?). Barchiel juga dikatakan akan datang semula ke alam manusia melalui pintu (portal) yang menyerupai asap bersama Tha-Djel untuk membawa manusia ke kehidupan baru. Penjelasan itu mungkin berkaitan dengan baris ‘reborn from smoke of Opopnax’. Kita akan mendalami Smoke of Opopnax dalam sambungan Tenaga Ritual akan datang.
Jika diamati syair tersebut, kita akan dapati bahawa Tha-Djel diangkat sebagai raja yang dinanti-nantikan oleh kelompok manusia yang mengagungkan lelaki misteri itu melalui syair. Ia juga menerangkan serba ringkas mengenai ritual dalam mengagungkan Tha-Djel yang dikatakan akan kembali sebagai raja, dan sebagai ‘segala-galanya’.
Demikian serba sedikit yang disentuh mengenai syair itu, itu pun hanya mengenai beberap aperkara yang mampu dijelaskan. Masih terdapat beberapa perkara yang belum sedia untuk dijelaskan.
--
Dalam merungkai kaitan Tha-Djel dengan kitaran bintang Scorpio, kita berbalik kepada kaitan ritual mengikut kitaran peredaran bulan (rujuk Tenaga Ritual Bahagian 4). Dalam amalan Celt, terdapat 12 jenis bacaan dalam tempoh setahun iaitu satu bacaan berlainan pada setiap bulan mengikut kitaran pusingan zodiac. Pada kitaran Scorpio, nama Tha-Djel akan diagungkan sebagai memperingati seorang lelaki yang dikatakan mempunyai kecerdikan para dewa pada satu zaman lampau. Bacaan itu pula mempunyai banyak versi, sama juga seperti masalah versi-versi Bible.
Mengagungkan sesuatu yang selain daripada Allah adalah satu kesalahan besar. Maka, ia menjadi satu fitnah terbesar. Apa yang dimaksudkan dengan fitnah. Mungkin ramai sudah faham dengan maksud fitnah, maka kita hanya akan sentuh sedikit dan ringkas sahaja mengenai fitnah dalam bab ini.
Mengatakan bahawa ada kuasa lain yang lebih berkuasa melainkan Allah juga adalah fitnah. Ia juga sama dalam kes triniti dan politeism yang menjadi anutan sebilangan besar manusia, ia adalah satu fitnah yang menidakkan kekuasaan Allah. Ia juga satu fitnah bahawa Allah mempunyai anak. Ia juga satu fitnah apabila mengatakan tuhan itu banyak. Fitnah-fitnah ini digerakkan dalam satu sistem yang tersusun dan terancang. Demikian serba sedikit mengenai fitnah yang kebanyakan daripada kita sudah lama faham.
--
Manisfestasi wajah
Nabi Isa tidak dilahirkan dengan jolokan nama Christ, baginda dilahirkan dengan nama יהשוה (dalam Aramaic) atau Yeshua atau Yishua atau Jehoshua atau juga disebut Isa dalam sebutan Arab, disebut Jesus dalam sebutan Inggeris. Nama jolokan Christ pula diambil dari sebutan Greek iaitu Christos bermaksud penyelamat. Majoriti daripada kita sedia tahu perkara ini.
Berdasarkan sejarah agama Kristian, manifestasi wajah Jesus dibuat oleh dua individu iaitu Sister Marie of Saint Peter di Perancis pada 1840-an dan Saint Veronica Berenice yang dikatakan hidup semasa hayat Jesus. Dalam sumber lain pula, Sister Maria Pierina de Micheli di Milan Itali pada 1930-an juga dikatakan menjadi individu yang melakar wajah jesus bagi mengesahkan lakaran-lakaran sebelumnya selepas dikatakan mendapat visi yang sama. Semuanya wanita.
Menurut tradisi itu, pada 1843, Sister Marie dikatakan dibayangi wajah seorang lelaki yang mengatakan dirinya adalah Jesus. Marie kemudian dikatakan terus dibayangi wajah lelaki tersebut secara lengkap dan juga dikatakan mengalami visi mengadakan perbualan bersama Jesus dan ibunya Mary. Dalam visi itu, Mary dikatakan diperintah supaya melakar wajah Jesus dan menyebarkannya kepada orang ramai.
Dalam tradisi Kristian melalui kisah Saint Veronica pula, wanita ini dikatakan tinggal di Jerusalem semasa hayat Jesus dan menyaksikan Jesus menanggung kayu salib di belakang badannya sebelum dihukum salib. Veronica dikatakan sebagai saksi yang melihat peristiwa salib. Dalam peristiwa itu, Veronica memberi sapu tangannya kepada Jesus untuk mengelap peluh di dahi Jesus. Selepas Jesus menyerahkan semula kain sapu tangan itu kepada Veronica dan terus menanggung kayu salib, Veronica dikatakan tidak henti-henti dibayangi wajah jesus. Juga dikatakan, wajah Jesus kemudian terlukis dengan sendirinya di atas kain sapu tangan tersebut dan disimpan Veronica sehingga sentimen kebencian kaum Yahudi terhadap Jesus semakin berkurangan.
Saint Veronica dengan sapu tangannya
Menerusi sumber Katolik, terdapat lebih 100 variasi wajah Jesus yang didakwa sebagai mendapat bayangan daripada ‘Holy Spirit’. Jumlah tersebut juga termasuk bayangan yang dibuat Sister Marie, Saint Veronica dan Sister Maria. Persoalannya, jika semua mengatakan mendapat bayangan daripada bantuan ‘Holy Spirit’, mengapa pula bayangan itu tidak sama. Atau mungkin individu-individu yang mendapat bayangan itu tiada kemahiran melukis? Mana satu wajah yang betul?
Setiap wajah Jesus yang digambarkan pasti mempunyai perbezaan, mana satu yang betul?
Kita sebagai umat Islam pula sememangnya ditegah untuk melakar wajah para nabi, para sahabat, malaikat, syurga dan sebagainya bagi menjauhkan akidah Muslim daripada tersesat.
Menurut Gary Petty dalam artikelnya melalui majalah Popular Mechanics bertajuk ‘What Did Jesus Look Like?’ dijelaskan mengenai beberapa ciri yang terdapat pada wajah Jesus.
Kata Petty, di Amerika Utara, wajah Jesus digambarkan sebagai kurus, tinggi, berambut perang, berambut panjang, berkulit cerah, mata hitam. Tambah Petty lagi, wajah Jesus banyak dilakar ketika era Eropah klasik sebagai seorang yang tegap dan tinggi. Manakala di Afrika, Jesus digambarkan dengan penampilan yang tidak sama.
Petty turut memetik hasil tulisan Mike Fillon yang mengatakan, saintis British menggunakan kaedah yang sama dengan kaedah forensik polis dalam membantu ahli arkeologi Israel untuk menjejak dan mencipta semula wajah Jesus melalui peninggalan sejarah yang ditemui.
Melalui kaedah forensik itu, berdasarkan penemuan tulang-tulang orang Yahudi di sekitar Jerusalem, mereka menyimpulkan bahawa seseorang lelaki Yahudi mempunyai purata ketinggian 5 kaki 1 inci, dan Jesus juga mungkin mempunyai ketinggian yang hampir sama manakala purata berat badan pula sekitar 50 kilogram (110 pound).
Petty juga menyangkal tanggapan mengenai rambut Jesus yang dikatakan panjang. Imej berambut panjang adalah tidak secocok dengan penemuan ahli forensik sejarah. Imej berambut panjang adalah tidak sesuai dengan budaya dan kepercayaan Yahudi pada masa itu seperti disebutkan dalam Kitab Bible Corinthians 11:14 versi Revised King James yang menyebut “…it is a shame for a man to have long hair..”.
Dalam versi New American Bible pula disebut “Does not nature itself teach you that if a man wears his hair long it is a disgrace to him” juga dalam Corinthians 11:14.
Dalam Corinthians 11:14 versi King James pula menyebut: “Every man praying or prophesying, having his head covered, dishonoureth his head.”
(Selalu ada orang yang cuba menafikan dengan bertanya kepada saya, “dari Bible versi mana kamu ambil ayat itu? ayatnya berbeza dengan dalam Bible yang saya sedang pegang”. Saya tanya semula supaya mereka berfikir, “jika banyak versi..masih tulenkah ayat-ayat dalam Bible yang didakwa sebagai kata-kata Tuhan?” – Sheikh Ahmed Deedat, semoga Allah merahmati jasad dan rohnya)
Ulas Petty lagi, keterangan dalam Bible juga boleh mewakili budaya masyarakat Yahudi pada zaman Jesus, maka Jesus juga tidak berambut panjang kerana untuk menghormati budaya bagi memudahkan kerja dakwahnya. Jika Jesus berambut panjang, orang Yahudi akan memusuhinya dan dakwah Jesus akan terganggu. Maka. Jesus semestinya berambut pendek demi dakwahnya.
Ulasan Petty tidak berakhir di situ, beliau tetap mengaitkan rambut panjang Jesus supaya selari dengan gambaran perihal wajah Jesus yang ada pada hari ini. Petty menjelaskan, Jesus hanya berambut panjang sekali dalam hidupnya iaitu selepas mengadakan sumpah setia dengan pengikutnya melalui upacara meminum wine. Petty tetap mencari kontradiksi dengan mengaitkan meminum arak adalah salah di sisi perkara yang terkandung dalam sumpah setia itu.
Di sini, kita dapat melihat bahawa penjelasan yang diberikan adalah bersalahan sesama sendiri. Jesus tidak minum arak, tetapi mengapa pula Jesus mesti minum wine dalam melengkapkan upacara sumpah setia itu? Petty terus berusaha menafikan dengan mengatakan Jesus tidak pernah tertakluk kepada sumpah itu. Jadi, bagaimana pula dengan pengikutnya yang dikatakan turut meminum wine dalam upacara itu kerana mereka sememangnya tertakluk dengan sumpah itu?
Bagi kita sebagai umat Islam, para nabi adalah manusia yang taat kepada Allah maka arak atau minuman sejenis dengannya sentiasa dijauhi para nabi. Kita melihat kontradiksi ini melalui perspektif agama yang kita cintai iaitu Islam. Islam ada jawapannya. Dakwaan bahawa Jesus minum arak dan bentuk wajahnya adalah fitnah semata-mata. Ia mungkin sengaja diwujudkan bagi mewakili seorang manusia lain.
Berbalik kepada isu rambut Jesus yang dikatakan panjang, Petty memetik dalam Kitab Revelation 1 yang mengatakan rambut Jesus ‘putih seperti kapas’dan ‘mata bercahaya seperti api’. Masih tidak kukuh, dinyatakan dalam ayat itu ialah rambut putih, bukan panjang. Penanda aras melalui warna dan ukuran juga tidak pernah sama maksudnya.
--
Wajah Jesus yang digambarkan dalam kepercayaan Nasrani adalah sesuatu yang direka-reka, ia bagi membolehkan ingatan terhadap wajah itu melekat pada pemikiran, minda dan memori manusia. Apabila nanti ada seorang lelaki datang dengan wajah yang sama pada akhir waktu, manusia akan membuat tanggapan bahawa itulah Isa yang hadir sebagai penyelamat umat manusia. Imej berambut putih juga sangat secocok dengan imej Merlin. Lelaki yang sama. Ia satu perancangan fitnah yang teratur. Fitnah terhadap Isa, fitnah terhadap Allah, fitnah terhadap agama yang mentauhidkan Allah.
Bagi kita pula sebagai umat Islam, kita ditegah sama sekali untuk melakar wajah para nabi. Hanya al-Mahdi yang akan membantu kita mengenali siapa Nabi Isa yang sebenar ketika dunia akan ditamatkan segala episodnya.
..artikel ini akan bersambung..insya-Allah
oleh Konspirasi Teoris
(sempena Maulidur Rasul, perbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w)
--
RUJUKAN / SUMBER:
National Aeronautics and Space Administration (NASA)
PaganLibrary.com
Meditations on the life of Christ
Acts of Reparation to Jesus Christ
Veil of Veronica
Holy Face of Jesus
Catholic Encyclopedia
What Did Jesus Look Like?, Popular Mechanics, Gary Petty
Bible KJV
Bible RKJV
13 comments: