Saturday, April 30, 2011

Ninja Melayu dan Mayang Mengurai


Mayang Kelapa

Saya pun berjalan menuju ke bilik. Namun langkah saya terhenti apabila terdengar satu perkataan dari mulut datuk, perkataan yang benar-benar menimbulkan perasaan aneh dalam diri saya.

"...Mayang Mengurai, tak sia-sia aku hantarkan kau belajar pondok..."

Saya tahu dan yakin bahawa kata-kata itu ditujukan pada ibu saya. Siapakah ibu saya sebenarnya?

Nampaknya Puteri Mayang Mengurai yang sering muncul dalam hikayat-hikayat Melayu dahulukala itu memang wujud dan dicatat oleh para pengembara China purbakala. Jika saya ada peruntukan besar, saya ingin ke Beijing (bukan ke Beijing untuk membuktikan Hang Tuah seorang Cina) tetapi untuk menggali segala rekod maharaja China tentang orang-orang Melayu dan lautnya. Orang-orang China dahulukala jujur dalam mencatat tidak seperti golongan kiasu kini yang pembohong dan tamak haloba.

Sebab itu saya katakan, jika anda belajar sejarah menurut cara dan gaya yang saya ajarkan, bukan cara sejarahwan Malaysia yang pemalas, anda akan jumpa banyak perkara yang menakjubkan. 450 tahun dijajah kuasa Eropah menyebabkan kita, orang Melayu seolah-olah masuk ke dalam 'black hole' yang apabila pada tahun 1957 kita kembali ke bumi, kita mengalami amnesia, lupa sejarah kita yang lalu.

Ketika saya teringatkan semua peristiwa itu, saya masih terbaring di atas katil, beransur pulih dari kesakitan. Di sisi saya terletak kemas kitab "As-Syamailul Muhammadiyah' karangan Imam At-Tirmizi.Sungguh banyak tentang peribadi nabi s.a.w tertulis di dalam kitab itu. Membaca peribadi nabi s.a.w sedikit sebanyak meneguhkan peribadi saya dalam berjuang menghadapi hidup ini.

Airmata saya tiba-tiba mengalir deras.Saya masih teringatkan datuk dan ibu. Datuk telah lama pergi,ketika saya masih darjah enam. Kehilangan datuk menyebabkan saya kehilangan segala misteri negeri Perak, negeri kesayangan dan tempat lahir saya. Saya hilang sumber cerita dan penglipurlara. Saya tidak sempat untuk bertanya lagi tentang sejarah Melayu, lebih-lebih lagi kini saya bergelar sejarahwan.

Saya mencapai beg tangan saya. Saya keluarkan satu balutan kain kuning dari dalam beg tangan.

Sebilah badik yang mempunyai mata berlok;seolah-olah keris kecil, tergenggam kemas di tangan saya. Saya merenung bahagian mata badik yang beralun-alun seperti ular yang menyusur. Maafkan aku Mayang Mengurai, detik hati saya. Air mata saya mengalir lagi.

Tiada yang lebih menyeksakan seorang gadis yang berumur 15 tahun apabila patah salah satu tempat bergantungnya. Dia tidak sempat untuk mengenal siapa Mayang Mengurainya. Dia belum sempat untuk mencari asal-usulnya. ****
* yeah! anda boleh ikuti episod yang menarik ini dalam artikel sepenuhnya ...... sabar !


Cerita Ninja Melayu 


Bermula dari penceritaan asal usulnya, maka terbitlah ungkapan yang melakar senyuman pembaca. Rupanya Bangsa Melayu juga mempunyai sejarah Ninja nya yang tersendiri... baca petikan artikel di bawah.


Pagi esoknya, saya lihat ibu memunggah barang-barang di dalam rumah.Habis berselerak segala benda di tengah rumah, di dalam bilik terutamanya. "Ibu cari apa?" saya bertanya.

Namun ibu diam sahaja. Saya pun masuk ke bilik. Saya mencapai sebuah buku dan membacanya sambil berbaring. Tidak berapa lama kemudian, saya terdengar bunyi tapak kaki di luar. Saya pun bergegas mengintai di celahan tingkap bilik yang terbuka sedikit. Saya lihat ibu berjalan ke arah belukar di kanan rumah dan menghilang. Saya perasan dia memegang sesuatu yang dibalut kain kuning.

Saya kenal barang yang dibalut kain kuning itu. Kalau tak silap saya, ia adalah sebilah keris purba pemberian datuk saya sebelah ibu. Datuk saya bernama Ngah Jabor, merupakan cucu seorang panglima jajahan Larut dan Matang. Saya rapat dengan datuk saya itu. Dia suka bercerita apabila kami berkunjung ke rumahnya. Salah satu cerita yang paling saya gemar ialah tentang sejarah Negeri Perak. Mungkin salah satu sebab saya menyukai sejarah ialah faktor datuk saya yang seorang ini. Pengetahuan sejarah tentang Negeri Perak sungguh luas. Apa yang dia ceritakan banyak selari dengan buku Cempakasari Negeri Perak yang saya baca kemudian hari.

Ya. Dari sini timbul beberapa persoalan yang menarik berkaitan Ninja dan Samurai Melayu...

Sebenarnya raja-raja Perak ada banyak panglima tersembunyi. Cuma tidak dikenali sahaja sebab berada di dalam hutan, bukan di istana. Saya bagi contoh yang hampir ia macam samurai dan ninja. Keduanya satu perguruan tapi samurai bekerja dengan kerajaan, manakala ninja bergerak bebas, jadi assasin atau askar upahan.

Moyang saya 'ninja' ini, tapi mereka setia pada Sultan, cuma tidak bekerja di istana. Sampai masa tenaga mereka diperlukan. Ini antara sebab kuasa Siam hanya sampai ke Kedah sahaja.

Tentang panglima raja tu,memang terbahagi kepada dua... satu yang rasmi dilantik ikut protokol istana dan biasanya ada persalinan (uniform). Satu lagi panglima tak rasmi tapi bertaatsetia dengan Sultan. Kenapa tak nak kerja kat istana. Ha...ini ada rahsianya. Biasanya ini panglima yang ada amalkan tarikat tertentu. Mereka ni orang zuhud. Sultan bila sudah terancam atau panglima istananya sudah tidak mampu bertahan, akan guna talian hayat; maknanya akan 'call' panglima-panglima tak rasmi ini.

Setelah Raja Abdullah dibuang negeri, British membiarkan Perak tidak bersultan pada suatu ketika... namun tiba-tiba berusaha mewujudkan kembali institusi Sultan dengan meminta kerabat raja menaikkan Sultan baru,kenapa agaknya? Kenapa tak jadikan Perak macam Melaka, P.Pinang atau Singapura?

Ini pula cerita lain, kes nasi lemak... hah ha!

Encik Radzi (MerahSilu) amat berani mempertahankan nasi lemak. Ya saya pun amat marah kepada kebodohan pihak yang mensabotaj makanan kesayangan orang Melayu ini. Selama ini,nasi lemak dihidangkan kepada generasi ke generasi, tidak pula menyebabkan semua rakyat Malaysia obesiti. Betul-betul kiasu sampai makanan pun di 'genocide'kan.

Adiputra pun makan nasi lemak, tapi tiada pula menyebabkan otaknya mereng,tak gitu Encik Radzi?

go go go ... baca jangan tak baca... 
artikel penuh  "Don't cry,Srikandi"

17 comments:

Anonymous said...

Mayang Mengurai tu senjata ampuhnya kerambit.Seni kerambit adalah warisan Mayang Mengurai,yang di sorok tu bukan badik tapi semestinya kerambit.

Kerambit banyak jenis termasuk satu yang di panggil rafiil...Semua kerambit ini ilham dari rekabentuk bunga kenangnga,ada yg bengkok,lurus,bercabang dua,tiga.dan ada satu yang paling bahaya....di panggil Kerambit NAKAL,Suka menyorok di sanggul rambut seperti sekuntum bunga kenangga yang di sanggul bersama siputan rambut.

Hebat Mayang Mengurai tu...Dia seorang Puteri bukan ninja...cuma pengetahuan tambahan.

Nana Narita... said...

Ninja yang sorok-sorok ni di panggil Ronin.Ronin maknanya ninja tak bertuan.Dia adalah ninja lawan bagi ninja tasauf tadi....huhuhu.

Ronin....

x ronin said...

Ronin tak bertuan tu bahaya tu...kena cari expert khas untuk kurung.:)

Setiap zaman mesti ada yang bolih pangkah kasi clear line itu ronin.

Jaga lubang-lubang dia selalu masuk ikut situ lepas tu attack kepala. Nak kasi keluar balik, kecik kan salur darah.Kontrol makan dan banyak Zikirullah...

Salam sekadar bagi tip ronin-ronin....hihihi.

couverv said...

mayang mengurai ni gapo dio ?

couverv said...

bhai aku x berapa faham la pasal pa raja Perak tuh, cube citer cube citer pasal nasi lemak, hah tapi BI la , harap ada yg sudi bacolah yo.

http://couverv.blogspot.com/2011/04/fake-foods-stabbing-nasi-lemak.html

Anonymous said...

Pegi dahhh, Podahhh...!!! chit!

Makan Nasi lemak bolih obesiti konon.!!!...Nenek Aku (Dah Meninggal) bolih hidup sampai 89 tahun umurnya.Bolih katakan selalu makan nasi lemak dengan cendol pandan Malayu lagi....(slurppp Bestnya).Tak de pun obesiti.

Umurnya 80 tahun bolih cangkul rumput kat laman,tak de kencing manis,takde darah tinggi,tak de sakit jantung dan macam2 lagi...cuma kena penyakit dah tua jer...itu aje!.

Yang sebenarnya punca penyakit tu pasal makan tak baca Bismillah....kalau baca pun tak ikhlas...baca Bismillah tak di hadirkan dalam hati.Lepas tu kalau kunyah nasi lemak biar hancur paling tidak pun 20-40 kali kunyah ...barulah telan.Pasal nasi tu bersirat dah bercampur santan muda.Orang sekarang main telan jer,petua makan tak reti.

Nabi Pesan: Makan bila lapar berhenti sebelum kenyang."....lagi pesan Baginda:"Isi perut tu 1 per 3 untuk makanan,1 per 3 untuk air dan 1 per 3 untuk pernafasan."

Test perut tu dengan bernafas kalau angin dah tak sampai ke abdomen hampir dengan pusar tu tandanya perut terlalu penuh/fulll....Mak bapak kena lah ajar anak-anak sedari kecik lagi,jangan-jangan mak bapak pun 2X5 jer...tu yang jadi macam tu tu.

Lagi satu hasil nak beli nasi lemak tu halal ke tak?!!

Kalau tak halal carilah alasan lain sebelum buat tuduhan pada nasi lemak tu...Nasib baik nenek aku dah tak de lagi kalau dia dengar mau di seliginya sape yang mencemarkan nama baik nasi lemak kegemaran dia tu...

citttt!

Anonymous said...

Yang dikatakan nasi lemak obersiti tu nasi lemak lain kot!!!keh keh keh.

Anonymous said...

Nampak nasi lemak jer yang tak bagusnya,macamana dengan soya bean,air soya,tau fu fa,tauhu basah,tauhu kering,foo cuk,yong tau foo,kicap,dan banyal lagi bahan dari soya.Makan soya banyak-bvanyak lagi bahaya bro!!!.Bolih meningkatkan hormon feminin.Lelaki bolih jadi sotong,kakak-kakak,aauwwww!!!,lady boy...@nu tak naik,'tiang bendera patah'...dan macam macam lagi.Makan tahu produk SOYA banyak bolih merencatkan hormon jantan kanak-kanak lelaki.Lagi bahaya bro!!!kena kaunter attack balik baru tau....

Anonymous said...

Diorang tu makan air nasi lemak 'lima puluh sen' tu jadi overcity....wawawaa....

Pak GuardS said...

woi!!! lari tajuk lah...

Ni cerita ninja dengan Nenek Mengurai,Sape yang memandai cerita nasi lemak pulak ni!!!!!!

Pi main jejauh..

Anonymous said...

apa pulak lari tajuk...cer ko baca komen Merah silu/Radzi Sapiee tu...kan dia kata adiputra makan nasi lemak pun tak jugak mmereng jadi sewel...

Ko ni jadi Jaga konon tapi tak reti baca rupanya....buto huruf ke hapa...

Anonymous said...

Pak Guards mana sekolah pantang awek lalu jer tiup wisel...podahhh!!!

Ais Sagat said...

Mayang mengurai = Rambut panjang dan mengurai cecah ke lantai

Kata Tok Wan,dia dah tua dah, dah tak buat ubat lagi.Tapi ada satu cucu dia yang ambil alih.
Entah lah!katanyalah...

Neutronboy said...

as salam,

Boleh x ceritakan lebih lagi pasal 'ninja' ni.. saya pernah juga dengar bahkan ada versi yg sifat mereka ni mcm cerita naruto tuh...

Pasal penubuhan semula institusi kesultanan tuh...

Hmm terima kasih ya

Anonymous said...

Ninja ialah Istilah Hollywood bagi Agen Rahsia (Shinobi)

Anonymous said...

Ronin ialah Samurai yang tidak Bertuan (tidak Berkhidmat dengan Klan Samurai)...



patutnya orang melayu kita tak payah pakai istilah Jepun.... pakai Istilah Melayu macam '' Panglima Hitam ''

Anonymous said...

Although I've since switched from a Canon consumer camera to a Nikon prosumer camera (the D300), I still use the Nikon version of the same lenses. A tripod or sturdy table is a must when holding any superzoom camera steady. The portal has been packaged with all these lenses and is an effort towards making it a single stop shop for photographers looking for Nikon camera lenses.

Feel free to surf to my web page - nikon d7100

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan