Wednesday, October 24, 2012

NGO-NGO SEKULARIS pro-Zionis

# RETRO KSZ
Ulang Siar:  Pillars - Permainan Yahudi Mengatur Dunia


AMERIKA sebagaimana diketahui, memang sedang dikuasai Yahudi Zionis sekular. Ada yang berpendapat penguasaan Zionis sekular di Amerika adalah dari segi penglibatan syarikat-syarikat gergasi milik Yahudi dalam ekonomi Amerika, itu bukan jawapan tepat, tetapi kenyataan itu membantu kita menemui titik kepada satu perkara penyebab.

Ada pula yang berpendapat, Yahudi Zionis menguasai Amerika dengan cara mengawal media-media utama di Amerika, itu juga bukan jawapan tepat, tetapi kenyataan itu juga dapat membantu kita pergi kepada satu perkara penyebab.




Tidak kurang juga yang berpendapat bahawa penguasaan Yahudi Zionis sekular di Amerika adalah dari segi penglibatan individu-individu Yahudi dalam politik Amerika sehingga mempengaruhi dasar-dasar politik dan hubungan luar Amerika, itu juga bukan jawapan tepat, kenyataan itu juga membantu kita untuk melihat perkara penyebab utama yang menyumbang ke arah penguasaan Yahudi Zionis di Amerika.

Penguasaan Yahudi Zionis di Amerika bukan disebabkan oleh perkara-perkara itu. Bagaimana syarikat-syarikat gergasi milik Yahudi mampu mencengkam ekonomi Amerika itu ada faktor utama yang mendokongnya. Begitu juga dengan kemampuan media-media milik Yahudi dalam menguasai penapisan maklumat awam di Amerika, keadaan itu mampu berlaku disebabkan ada faktor pendokongnya.

Kepesatan pengaruh Yahudi Zionis dalam politik dan pentadbiran dasar-dasar Amerika juga tidak akan mampu dicapai sekiranya tidak ada faktor itu, faktor yang mendokong untuk memastikan Yahudi Zionis benar-benar menguasai Amerika supaya memberi manfaat kepada negara haram Israel.

Pasti sahaja ada tiang-tiang yang mendokong semua kemampuan Yahudi untuk menguasai Amerika. Tanpa tiang-tiang itu, syarikat-syarikat gergasi milik Yahudi Zionis tidak akan mampu mempengaruhi ekonomi Amerika, media-media milik Yahudi juga tidak akan mampu mempengaruhi tapisan maklumat sebaran am di Amerika, politikus-politikus Yahudi juga tidak akan mampu mempengaruhi dasar-dasar pentadbiran Amerika, segala-galanya berkaitan kepentingan Yahudi tidak akan mampu menguasai Amerika sekiranya tidak ada tiang-tiang itu.

Tiang-tiang itu sentiasa memastikan segala-gala yang berkaitan Yahudi diangkat tinggi dalam dasar-dasar pentadbiran Amerika. Tiang-tiang itu jugalah yang mengangkat negara haram Israel supaya dapat berdiri di tengah-tengah dunia Arab di Asia Barat selepas tamat Perang Dunia Kedua.

Ia umpama tiang Joachim dan tiang Boaz sebagaimana dijadikan jata pertubuhan-pertubuhan rahsia, konspiratus Freemason dan lain-lain pertubuhan yang menjalankan operasi rahsia yang berkongsi cita-cita yang sama. Jata berupa tiang bagi setiap sesuatu yang rahsia untuk menjalankan setiap sesuatu yang tidak ada rahsia.

Tiang-tiang itu pula menggalakkan tiang-tiang lain tumbuh bersama asalkan tiang-tiang baharu itu juga membawa manusia ke arah sekularisme. Tiang-tiang itu pula bertindak memperkukuhkan tiang-tiang baharu supaya setiap tiang itu menjadi bilah-bilah besi penjara kepada manusia yang terperangkap dalam hawa nafsu mereka.
-----

Tiang-tiang yang menegakkan liberalisme dan sekularisme

Kemampuan Yahudi Zionis sekular menguasai Amerika mengikut hawa nafsu mereka adalah berpunca daripada kewujudan tiang-tiang itu dalam mendokong sekularisme dan liberalisme. Tanpa tiang-tiang itu, sekularisme dan liberalisme akan mudah runtuh akibat respond daripada golongan-golongan konservatif yang menolak kedua-dua nilai negatif tersebut supaya tidak merosakkan nilai moral masyarakat.

Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan tiang-tiang itu dan apakah fungsi-fungsinya? Kita tidak mahu ada yang pening-pening dengan fakta-fakta yang hanya boleh disusun bersilangan dengan melihat benang-benang halus, terma-terma atau jargon-jargon yang digunapakai dalam pengkajian konspirasi kritikal, Umat Terakhir akan cuba menyampaikan dengan terma-terma yang sesuai dengan tingkat pemahaman semua pembaca yang disayangi.

Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendokong kehendak hawa nafsu Yahudi Zionis sekular adalah tiang-tiang itu. Bagaimana tiang-tiang itu berfungsi? Sila fahami baik-baik. Kita lihat Amerika terlebih dahulu, kemudian baharu kita melihat dunia pula.

Yahudi Zionis sekular bergerak secara kolektif dan tersusun. Mereka menubuhkan NGO-NGO untuk mendokong kepentingan Yahudi di Amerika dan seluruh dunia. NGO-NGO itu bertindak memberi tekanan kepada pentadbiran Amerika supaya menjaga kepentingan Yahudi. Bukan kerana tekanan tauke-tauke Yahudi yang memberi wang kepada kerajaan Amerika, sebaliknya kerajaan Amerika yang terpaksa memberi wang kepada Yahudi (negara haram Israel) akibat tekanan NGO-NGO pro-Zionis.

Masyarakat Yahudi campuran telah beranak-pinak sehingga angka juta-juta di Amerika (Yahadut Caucasia melalui hubungan darah keturunan Gog Scythia yang berasimilasi dengan bangsa-bangsa yang tinggal di Padang Ragut Eurasia dan juga bangsa-bangsa Pergunungan Caucasia sebelum memasuki Eropah dan berhijrah ke Amerika), atas sebab bilangan mereka itu ramai, maka NGO-NGO yang digerakkan golongan berdarah Yahudi memainkan peranan mereka untuk memberi tekanan kepada kerajaan Amerika.

Kita lihat dari segi iklim politik Amerika. Setiap kali ada pilihan raya di negara itu, NGO-NGO pro-Zionis akan melakukan perang saraf (seperti kempen politik juga) supaya para pengundi Amerika memilih calon-calon yang menyebelahi kepentingan mereka. Kewujudan NGO-NGO Yahudi sekularis itu pula bukan rahsia dan sedia diketahui kewujudan mereka oleh masyarakat umum, namun mereka menjalankan operasi mengikut kehendak pertubuhan-pertubuhan rahsia. Gerakan mereka dalam perjalanan politik demokrasi Amerika pula amat terang nyata.

NGO-NGO itu akan bekerjasama sesama mereka dalam memastikan calon-calon pilihan raya yang pro-Zionis menjadi pilihan rakyat Amerika (walaupun bilangan pengundi di Amerika adalah sedikit kadar peratusannya). Mereka gigih bekerja dalam memastikan kepentingan mereka terjamin, sedangkan kita asyik gigih tidur dan bercakaran sesama sendiri.

Manakala dalam dasar-dasar pentadbiran Amerika pula, setiap dasar yang dijalankan kerajaan Amerika dibuat berdasarkan tekanan-tekanan yang diterima daripada NGO-NGO pro-Zionis. Kita ambil contoh penguatkuasaan undang-undang anti-semitik di Amerika, undang-undang itu dibuat selepas kerajaan Amerika menerima tekanan daripada NGO-NGO Yahudi di sana. Nampak sedikit? Nampak maksud people’s power for the sake of the Jew and Zionism?


Dalam industri automotif di Amerika pula, syarikat permotoran General Motor (GM) milik Yahudi berjaya didokong sebagai kenderaan paling menjadi pilihan rakyat Amerika selepas NGO-NGO Yahudi memainkan peranan mereka. NGO-NGO Yahudi memainkan peranan mereka supaya setiap kenderaan keluaran GM menjadi pilihan rakyat Amerika. Bukan kerana Yahudi memiliki GM sudah bermakna Yahudi telah menguasai indiustri automotif di Amerika dan sebahagian dunia. Kalau tiada yang membeli kenderaan-kenderaan keluaran GM, maka GM tidak akan menjadi gergasi automotif di Amerika sana. GM mampu menjadi begitu adalah kerana ada faktor yang membuatkan rakyat Amerika memilih kenderaan-kenderaan keluaran GM. Faktor itu adalah wujudnya NGO-NGO Yahudi yang mendokong supaya kepentingan Yahudi diutamakan.

Kalau melihat politik, ekonomi dan dasar-dasar yang pro-Zionis, kita tidak akan mampu melihat bagaimana tiang-tiang itu membawa manusia ke arah liberalisme dan sekularisme. Tiang-tiang itu juga sentiasa memperkukuhkan tiang-tiang baharu.

NGO-NGO Yahudi sentiasa bergerak dengan melaungkan slogan-slogan yang dicipta oleh bangsa mereka. Paling popular ialah hak sama rata yang menjadi antara penyebab terciptanya istilah anti-semitik yang memusatkan bangsa Yahudi semata-mata dan meminggirkan keturunan-keturunan Semitik yang lain terutama bangsa Arab, sebaliknya mereka sentiasa menganggap bangsa mereka lebih superior melebihi bangsa-bangsa lain di dunia dan ketinggian kesombongan mereka itu sendiri tidak sama rata.

Hak sama rata pula menjadi antara penyebab terciptanya istilah liberalisme yang perlahan-lahan mengheret bangsa manusia Gentiles ke arah sekularisme. Bagaimana NGO-NGO Yahudi sekular bekerja untuk menegakkan sekularisme melalui cara memperkukuhkan tiang-tiang baharu yang lain?

Contoh, golongan lebian, biseksual, gay dan transgender (LBGT) atau golongan ketagihan seks juga memperjuangkan hak-hak mereka untuk bebas melakukan kegiatan kotor tanpa halangan daripada mana-mana pihak. Lalu, golongan ketagihan seks itu menubuhkan persatuan-persatuan NGO mereka sendiri untuk memperjuangkan hak songsang mereka itu.



Atas nama hak sama rata, maka NGO-NGO Yahudi sekular bertindak menyokong NGO-NGO ketagihan seks dalam memperjuangkan apa yang dikatakan sebagai hak-hak mereka. Dalam masa yang sama, NGO-NGO Yahudi sekular bersama NGO-NGO ketagihan seks memberi tekanan kepada pemerintah supaya mengiktiraf hak-hak seksualiti mereka. Itulah yang telah berlaku di negara-negara Eropah.

Gereja-gereja Nasrani di beberapa buah negara Eropah akhirnya terpaksa akur kepada kehendak hawa nafsu golongan ketagihan seks akibat daripada usahasama tekanan yang diberikan oleh NGO-NGO sekularis Yahudi dengan NGO-NGO ketagihan seks. Dalam kes itu, Jerman sejak tamat Perang Dunia Kedua sehingga hari ini sentiasa berwaspada dengan NGO-NGO sekularis Yahudi kerana Jerman sentiasa menyedari akan peranan yang dimainkan oleh NGO-NGO sekularis Yahudi itu dalam mencorakkan hala tuju dunia melalui jalan slogan hak sama rata dan people’s power.

Daripada memetik contoh di Amerika, kita sudah pergi ke sedikit contoh di Eropah pula. Sekarang kita lihat pula dunia yang sudah dipasang dengan modus operandi NGO-NGO sekularis Yahudi pro-Zionis.

Kekacauan dan huru-hara yang berlaku di beberapa buah negara di dunia juga didokong oleh tiang-tiang yang sama. Negara-negara Islam bergolak dan berperang saudara kerana tergila-gilakan cinta demokrasi, karya agung kisah cinta politik berdarah yang dikarang dalam bentuk puisi-puisi cinta yang diperindahkan dengan slogan-slogan yang menyemarakkan resah di jiwa manusia-manusia yang dungu.

NGO-NGO Yahudi sekular pro-Zionis menyusup masuk ke negara-negara (terutama negara-negara Islam) di dunia untuk menyemarakkan semangat cinta demokrasi. Dana-dana luar adalah lebih mudah disuntik melalui gerakan NGO yang bekerjasama dengan golongan pemberontak pencinta demokrasi politik keduniaan di negara-negara sasaran (rujuk penjelasan perkara sama dalam artikel Money Laundering dalam blog ini).

Slogan-slogan bermotif politik demokrasi yang merenggangkan hubungan umat sehingga mencetus perang saudara atau percakaran sesama umat, slogan-slogan itu disemarakkan melalui dokongan NGO-NGO Yahudi sekular yang membantu NGO-NGO bermotif politik di negara-negara sasaran. Ia adalah modul sama seperti yang dilakukan dalam taktik politik di Amerika. Kejayaan mengawal politik di Amerika memberi keyakinan besar kepada NGO-NGO Yahudi untuk melebarkan modus operandi ke serata dunia.


Menurut laporan risikan yang disebarkan kepada umum di negara-negara Islam bergolak, gerakan NGO-NGO Yahudi sekular mula menyusup masuk ke negara-negara Islam sejak lima tahun yang lalu, tempoh yang sangat singkat itu telah memberi kesan yang besar terhadap segala kekacauan yang berlaku di sudut-sudut dunia. Slogan demokrasi ditiup oleh pemimpin-pemimpin masyarakat yang bekerjasama dengan NGO-NGO dari luar untuk menyemarakkan jiwa rakyat yang memberontak supaya tercipta kekacauan untuk meruntuhkan keamanan sedia ada.

Sesunggunya iblis itu sentiasa membisikan keraguan ke dalam hati manusia. Akibat slogan-slogan itu yang disulam bersama maklumat yang bercampur aduk antara yang benar dan palsu, maka keraguan di hati rakyat berjaya disuburkan untuk melakukan pemberontakan dan kebencian terhadap kepimpinan sesama umat sedia ada. Akibatnya juga, muncul golongan yang dungu menuntut apa sahaja yang dikatakan sebagai hak-hak mereka tetapi pada masa yang sama menafikan hak-hak orang lain.

Dalam modus operandi global yang digerakkan NGO-NGO Yahudi sekular untuk menjadikan manusia fokus kepada demokrasi sehingga tercetusnya huru-hara, berdampingan dengan parti-parti politik tempatan atau gerakan-gerakan radikal tempatan atau gerakan-gerakan NGO tempatan adalah satu kemestian bagi NGO-NGO sekularis Yahudi untuk memastikan rancangan mengheret bangsa manusia ke arah sekular sebagai satu kenyataan.

Parti-parti politik tempatan, kumpulan-kumpulan radikal tempatan atau golongan-golongan pemberontak tempatan diberi tunjuk ajar berkenaan taktik-taktik ampuh untuk menggulingkan pemerintah sedia ada. Laporan rasmi di Mesir dan beberapa negara di Asia Barat (dilaporkan kepada umum, sila rujuk sumber-sumber laporan rasmi) juga mengesahkan penglibatan NGO-NGO asing seperti NED dan NDI dalam plot kekacauan yang berlaku di Mesir suatu masa dahulu. Mission Occupy, menduduki Dataran Tahrir (mercu landmark utama di kawasan tumpuan) sebagai penggalak tekanan kepada orang ramai untuk memulakan pemberontakan dan provokasi. Sama juga seperti yang pernah berlaku di China (1989) yang mana golongan pelajar dan muda-mudi China berkampung (occupy) di Dataran Tiananmen untuk memberi tekanan kepada pemerintah China (sila rujuk sejarah China moden). Semuanya (mission occupy) bermula di dataran-dataran awam yang menjadi landmark sesebuah kawasan. Paten mission occupy yang sama walau di mana sudut dunia sekali pun.

Apabila misi itu tercapai (biarpun ada yang terkorban kerana nyawa Gentiles tidak mempunyai apa-apa harga di kaca mata Zionis), maka langkah seterusnya ialah memastikan nilai-nilai sekular dapat occupy di negara itu sebelum runtuhnya bangsa itu akhibat mengikut hawa nafsu sekularis Yahudi. Apabila sudah runtuh segala nilai moral dan akhlak, maka langkah seterusnya akan menyusul.

Semuanya runtuh. Mesir masih kacau bilau walaupun pemerintahan lama sudah digulingkan, rakyat juga yang terngadah terhuyung-hayang mencari jalan lurus selepas terhantuk kerana pemimpin pilihan mereka masih tidak dapat menikmati kuasa pemerintahan sebagaimana yang diharapkan sebelum terciptanya huru-hara. Pemimpin harapan mereka belum mendapat kuasa, lebih menderita ialah mereka sendiri kerana terumbang-ambing dibadai ombak dunia demokrasi tajaan sekularis Yahudi Zionis melalui NGO-NGO yang sebelum itu pernah mengajar mereka untuk memberontak.

Semuanya runtuh. Rakyat negara China berubah perlahan-lahan memeluk sekularisme, nilai moral runtuh sama sekali didorong kemajuan dan pemodenan selepas China mengubah dasar ekonomi kepada polisi ekonomi yang lebih liberal sebagaimana yang dikehendaki oleh golongan ‘terpelajar’ yang berkampung di Dataran Tiananmen. Slogan liberal sangat berpengaruh, kesannya ialah runtuh. Memang China hari ini berubah menjadi negara maju dan progresif, namun kos melepas (opportunity cost, istilah ekonomi) yang ditanggung China ialah keruntuhan nilai moral masyarakatnya yang semakin teruk sebagai bayaran kepada slogan liberal yang dicintai sebilangan manusia, kos melepas yang sama sebagaimana sedang ditanggung Amerika dan negara-negara Eropah akibat tangan-tangan yang mendirikan tiang-tiang yang sama.

NGO-NGO Yahudi sekular sudah sedia wujud di kebanyakan negara di dunia memainkan mind game untuk meniupkan semangat demokrasi secara psikologi ke arah hak sama rata yang liberal dan akhirnya menjerumuskan manusia ke kancah sekular tanpa disedari. Mulanya mereka meniup semangat melalui slogan-slogan untuk memperjuangkan demokrasi, kemudian atas nama demokrasi kebebasan bersuara maka keluarlah golongan lain pula untuk bersuara galak menuntut kebebasan masing-masing, semuanya diliberalkan dan akhirnya semua dipaksa terjerumus ke lembah sekular yang menyesatkan.
-----

Tiang-tiang itu sedang berdiri di celah-celah kita semua. Tiang-tiang itu sedaya upaya mahu menongkat ‘langit gelap’ di atas papan catur supaya ‘langit gelap’ tidak runtuh dan supaya catur dapat terus dimainkan dalam kecerahan cahaya buatan yang bukan daripada cahaya yang sebenar (cahaya, nur yang lurus).

Berdirilah tanpa berpaut pada tiang-tiang itu. Runtuhkanlah tiang-tiang itu supaya ‘langit gelap’ itu juga turut sama runtuh. Apabila langit gelap itu runtuh, baharulah kita akan dapat melihat langit yang sebenar dan menikmati cahaya yang sebenarApabila cahaya yang sebenar sudah mula menerangi, maka cahaya buatan tidak akan mempengaruhi apa-apa manfaat lagi.

NGO-NGO Yahudi sekularis sentiasa memerhatikan peluang apabila kita berselisih dan bersengketa sesama sendiri, mereka kemudian mendirikan tiang-tiang (bersekongkol dengan NGO-NGO tempatan yang bermotif mencipta huru-hara) untuk kita supaya kita hanya mampu berdiri dengan berpaut pada tiang-tiang itu.



Kita tidak perlukan tiang-tiang itu.
Kita tidak perlukan tiang-tiang itu untuk berpaut.



Kita ada tiang-tiang kita sendiri.
Tegakkanlah tiang-tiang kita.
Tiang-tiang agama yang mengajar kita untuk berfikiran waras dan bersatu padu.



-STALKER-
Blog Umat Terakhir

Sunday, October 21, 2012

Yahudi Bersembunyi Disebalik Liberalisme dan Seks Bebas




Oleh ZAINAL RASHID AHMAD
Pengurus Besar Penerbitan Kandungan TV Al Hijrah

PADA awal abad ke-20 (1905-1980), ahli falsafah Perancis yang terkenal Jean Paul-Sartre mencabar kewujudan Tuhan dengan menyatakan: "Sekalipun Tuhan itu ada, ia masih boleh ditolak, kerana Tuhan menghalang kebebasan kita".

Sartre, pemenang Hadiah Nobel 1964, antara ilmuwan besar Barat yang mempromosi aliran pemikiran existensialisme. Aliran ini kemudiannya meledakkan bahana fikir yang amat besar di seluruh dunia, malah sangat dibangga-banggakan oleh masyarakat sastera sejagat.


Existensialisme sangat berkembang-biak dalam budaya cerdik pandai masyarakat Barat, dan menjadi tunjang kepada kebangkitan sastera di Eropah dengan dikepalai oleh Albert Camus (1913-1960) melalui novel The Outsider (1942). Camus dengan sumbangan seninya yang mempertikaikan Tuhan, turut menerima Anugerah Nobel (1960).

Seratus tahun kemudian, Barat dipenuhi dengan kepelbagaian gerakan "ilmiah" yang saling bersekutu dalam menentang Tuhan dan nilai-nilai agama. Ancamannya di dunia Islam pada awal hingga pertengahan abad ke-20 amat terkekang. Namun kehadiran Salman Rushdie melalui novel The Satanic Verses pada 1988 mula menggoncang keadaan. Akhirnya, pada dekad pertama abad ke 21, gerakan anti agama menyerap masuk ke negara Islam dan mula bersikap anti Islam.

Kehadiran pelobi liberalisme, pluralisme dan penyokong kemerdekaan seks untuk pengamal Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) adalah kombinasi sekutu-sekutu gerakan anti Tuhan/Agama yang mula berdiri dengan berani mendepani masyarakat Malaysia yang selama ini ditunjangi oleh nilai agama sebagai amalan kehidupan. Sekali gus menentang Islam.

Selain negara ini, ancaman gerakan penentang Tuhan ini turut mengancam masyarakat Indonesia yang juga berpegang pada Islam sebagai nilai kehidupan.

Menurut Ketua Program Pendidikan Islam, Universiti Ibnu Khaldun, Bogor Indonesia, Dr. Adian Husaini, pelobi liberalisme mengambil kesempatan di atas meledaknya gerakan keterbukaan dunia terhadap ekonomi, politik dan hak asasi, dengan menyusup masuk ke akar umbi negara bangsa untuk menentang nilai-nilai agama terutama di kalangan masyarakat yang berpegang teguh pada hukum agama sebagai teras kepada nilai kehidupan.

"Pelobi liberalisme mahu setiap agama tunduk kepada perubahan. Idea terpenting dalam liberalisasi ialah the idea of progress yakni idea tentang kemajuan dan tidak ada yang tetap. Bagi pelobi sekularisme dalam mengembangkan pluralisme, tiada lagi syariat dan hukum. Agama hendaklah berubah mengikut peredaran masa," jelasnya.

Justeru katanya, kehadiran Irsyad Manji untuk mencabar amalan Islam dan budaya luhur di Malaysia dan Indonesia, adalah agenda yang jelas untuk mempromosi liberalisasi antara pelbagai agama.

"Mengapa dia mengembangkan liberalisme? Baginya Irshad Manji, sekarang tidak lagi sekatan, contohnya perkahwinan Muslim dan bukan Muslim. Itu boleh demi liberalisasi," kata Adian.

Dr. Adian berkata demikian ketika dijemput menjadi panel Bicara terbitan TV Alhijrah baru-baru ini. Turut hadir sebagai panel, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail. Program Bicara yang bersiaran langsung selama sejam ini, dihoskan Pakar Motivasi, Amin Idris.

Berhubung isu penyebaran dan penularan gerakan sekularisme yang sangat agresif dalam mempromosi budaya menentang Tuhan dan nilai-nilai beragama di kalangan umat Islam, Shahlan berkata, sekularisme ini ialah ibu segala macam pemikiran yang berkembang dengan kaedah perancangan jahat untuk memisahkan kehidupan duniawi dan ukhrawi.

"Mereka menolak nilai-nilai umat Islam yang selama ini berpegang pada iktikad keyakinan wujudnya Hari Kebangkitan. Jika sudah tidak ada lagi iktikad kebangkitan semula, apa ertinya dosa dan pahala, apa erti syurga dan neraka," tegasnya.

Bagi pelobi sekularisme yang berjuang mempromosi liberalisme dan pluralisme pula, beliau menyifatkannya sebagai golongan yang menolak Islam dan Rukun Negara. Bukankah Rukun Negara pertama itu sendiri meletakkan Kepercayaan Kepada Tuhan, jika tidak percaya wujudnya Tuhan, "nanti akan timbul pula isu atheist.

Mereka mahukan segala nilai Islam yang berkaitan dengan keimanan turut ditolak. Tiada lagi panduan nilai agama dan tidak ada lagi kepercayaan kepada ketuhanan apa lagi hal-hal keimanan kepada yang ghaib, juga tidak ada lagi hukum hakam dalam Fiqh," katanya.

Shahlan turut menyeru cendekiawan Islam supaya bersatu dalam soal mendepani dan menentang gerakan anti agama ini. Katanya, pemikir dan aktivis Islam harus duduk bersama, bersepakat dan menyusun strategi yang ampuh bagi menyingkir pengaruh serta penularan idea sekularisme yang berpaksikan pada pluralisme, liberalisme dan mendokong gerakan LGBT yang terang-terangan didokong oleh beberapa pemimpin dan nama-nama tempatan yang sengaja mencabar Islam dan institusi kenegaraan.

"Bahayanya tuntutan golongan Liberalisme ini dalam konteks Malaysia, mereka menolak apa yang telah termaktub dalam perlembagaan kita. Jika dibiarkan mereka akan menuntut supaya anak yang baru lahir dalam keluarga Islam pun tidak secara automatiknya beragama Islam," katanya.

Tegas Shahlan lagi, anasir sekularisme ini turut mendesak supaya mualaf yang memeluk Islam juga bebas kembali ke agama asal mereka. Malah, bagi isu tuntutan untuk bertukar agama, tidak perlu dirujuk di mana-mana mahkamah Syariah, malah sebaliknya, tiap pemohon bebas bertukar agama dengan memohon di mahkamah sivil.

Merujuk kepada suasana di Indonesia masa kini, Dr. Adian melahirkan kebimbangan kerana penyusupan gerakan anti agama ini kini bertapak kukuh dan mempunyai pengaruh di negara umat Islam terbesar dunia itu.

"Akar liberalisme agama sebenarnya berakar dari Yahudi. Munculnya liberal judaism membentuk sektor utama dalam agama Yahudi," tegasnya.

Malah Dr. Adian turut membentangkan fakta, betapa Indonesia sangat terbuka pada pengaruh sekularisme yang bersifat memusuhi agama kerana negara itu antara yang terawal di rantau ini disusupi aliran freemason yang dianggap ibu bagi segala pemberontakan terhadap agama.

"Gerakan liberal Barat yang digelar freemason bermula pada 1717, kemudian masuk ke Amerika pada 1735. Freemason Berjaya melaksanakan Revolusi Amerika pada 1176 dan 12 tahun sebelum kejayaan revolusi itu, mereka sudah bertapak di Indonesia pata 1764," jelasnya.

Disoal mengenai Irshad Manji, Dr. Adian menjelaskan, Irshad Manji berani berterus terang sebagai wanita Muslim yang mengamalkan gaya hidup lesbian, malah mencabar Fatwa Majlis Ulama Indonesia (MUI) berhubung pengharaman lesbian.

"Irshad Manji menolak dan mencabar MUI dan menyifatkan fatwa pengharaman itu sebagai tidak merujuk pada al-Quran. Malah dicelanya ulama sebagai golongan yang belum tentu diterima Tuhan," katanya.

Dengan nada memperingatkan pejuang Islam di Malaysia agar berhati-hati dan bersiap-siaga mendepani jihad menentang golongan anti Islam ini, Dr. Adian mendedahkan, liberalisme ini akhirnya akan menghancurkan agama. Golongan anti agama ini tidak mahu berpegang pada hukum Allah malah mahu mengaturkan hidup berdasarkan nilai-nilai kebebasan dalam tafsiran mereka sendiri.

Hedonisma

Mengakhiri debat dalam Bicara, Shahlan turut mengingatkan remaja Islam agar berwaspada dengan gejala hedonism (hiburan tanpa batas), yang turut dilihat sebagai anasir anti agama yang menyusup masuk ke dalam masyarakat melalui keindahan 'seni' yang mereka cipta.

"Hedonisme turut menjadi alat penyusupan ideologi pluralisme dan sekularisme, kerana hedonisme turut mempromosi budaya kebebasan berhibur yang semata-mata untuk memuaskan nafsu," tegasnya.

Shahlan meminta umat Islam menelaah diri, serta kekal konsisten dalam mempertahankan Islam. Umat Islam sudah terlalu terbeban dengan masalah perpecahan dan sengketa sesama umat. Anehnya di saat-saat kita menghulur tangan untuk bersatu padu sesama agama dan bangsa, ada saja suara-suara yang menolak atas berbagai alasan.

Hal ini harus difikirkan oleh kita bersama bahawa siapakah watak-watak yang mahukan kita berterusan berpecah seperti hari ini. Siapa pula watak belakang tabir yang mahukan pemikiran Liberalisma berkembang biak dalam negara?

"Agenda idealisme anti-Islam ini harus diperangi. Adalah malang bagi umat Islam sekiranya, gerakan jahat ini berjaya menjajah kita semata-mata kerana Islam itu menjadi lemah kerana perpecahan dan sengketa sesama umatnya," tegasnya.

Eksistensialisme

Aliran pemikiran eksistensialisme ini muncul pada abad ke-19 dan ke-20 dan di pelopori oleh seorang berketurunan Yahudi, Jean-Paul Satre (Kailani, 2002). Mazhab ini juga didukung oleh individu seperti: ahli falsafah dan teologi Denmark, Soren Kierkegaard (1813-55), tokoh atheis Jerman, Friedrich Nietzsche (1844-1900), ahli ontologi Jerman, Martin Heidegger (1889-1976), ahli falsafah Katolik Perancis, Gabriel Marcel (1889-1973), ahli falsafah dan pakar psikiatri Jerman, Karl Jaspers (1883-1969), novelis dan ahli falsafah Perancis, Simone de Beauvoir (1908-86) dan ahli fenomenologis Perancis, Maurice Merleau-Ponty (1908-61) (Priest, 2001).



Aliran mazhab eksistensialisme ini berfokuskan kepada fitrah kewujudan manusia. Dengan kata lain, manusia dianggap sebagai dilahirkan tanpa sebarang tujuan (Keow, 2008). Adakah anda bersetuju? Ahli-ahli eksistensialisme dan para pengikutnya hanya melihat realiti sebagai sesuatu yang bersifat subjektif dan hanya boleh didefinisikan oleh individu yang berkenaan sahaja.

Aliran mazhab ini mula memasuki aliran pemikiran masyarakat lewat tahun-tahun selepas Perang Dunia Kedua. Satre mula menggunakan perkataan ‘existentialism’ atau eksistensialisme dalam satu kuliahnya yang terkenal iaitu pada Oktober 1945 yang bertajuk Existentialisme and Humanism (L’Existentialisme est un Humanisme).Berdasarkan kuliah yang diberikan oleh Satre, aliran pemikiran ini berpandangan bahawa seseorang individu seharusnya bertanggungjawab ke atas diri sendiri dan mempunyai kebebasan untuk menentukan matlamat serta membuat keputusan sendiri tanpa merujuk sebarang autoriti luar.

Begitulah keadaannya bagaimana Yahudi mengubah cara hidup manusia untuk meninggalkan agama secara perlahan-lahan dan menjadikan nafsu sebagai tuhan. 

Thursday, October 11, 2012

TERCALAR bila....





Maruah PAS semakin tercalar akibat terlalu mengikut kehendak politik secara membabi buta. Benarkah begitu?

Apa yang terhidang ketika ini menunjukkan mereka "Hanya menurut kehendak politik DAP" Kata seorang dari cerdik pandai  PAS yang dihormati kawan dan lawan.

Kerjasama Pas-DAP bercanggah kehendak Islam - Datuk Dr. Shahnon Ahmad. 


Sejauh mana benarnya pandangan "Ahli PAS Seumur Hidup ini? Mungkin sahaja ada yang akan kata ia adalah agenda musuh (UMNO) kerana sukar sekali untuk menafikannya.

Kita tidak mahu mempertilkai kepentingan PAS kepada orang Melayu kerana sejak dari dahulu PAS diterajui oleh orang Melayu yang berpendidikan agama. Maknanya PAS juga tidak dapat dipisahkan dari Orang Melayu sebagaimana UMNO.  Kenapa pendekatan mereka hari ini jauh berubah? Untuk siapa? Adakah PAS sudah bosan untuk membela bangsa ini dengan bersetuju menghapuskan segala hak istimewa (tak seberapa pun) Bumiputra? 

Islam juga salah satu hak istimewa Melayu yang dipersetujui oleh British semasa menyerahkan kedaulatan negara kepada pribuminya. 

Adakah DAP sedia menerima hakikat ini jika "bendera" pun mereka sanggup pertikai? Mengenai bendera yang mereka sediakan itu, amat disangsikan keikhlasan mereka. Adakah ia menjadi satu persedian untuk bergabung dengan Singapura sebagaimana yang pernah diceritakan dahulu? Kenapa ia tidak menggunakan warna "hijau"?


Dengan itu, kejasama PAS dan DAP amat mengelirukan dan mencerminkan kekalutan baru yang akan muncul. Dibimbangi ia akan menjadi bala bencana kepada umat ini. 

Sebenarnya kalau kita kaji secara mendalam, Orang Melayu tiada sebarang masalah dan boleh terus memerintah Negara ini tanpa bergabung dengan MCA, MIC atau DAP. Apa yang wajar dan pelu ialah PAS dan UMNO bergabung "kerana Allah" dengan semngat Islam dan semangat Melayu. Malangnya Melayu lebih suka bergaduh sesama sendiri. Lupa kepada pesanan dari jenerasi terdahulu: BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH. Perkara paling sadis ialah persoalan "adalah kita sedang berada atas landasan Islam?" Inilah yang cuba di ketengahkan oleh Dr Shahnon.

Tentu sahaja ada dalang yang memainkan jarum halus untuk mencipta perpecahan ini. Kota yang kukuh ini akan dihancurkan dari dalam. Siapakah yang akan untung dari gejala ini? Mereka ialah yang sedang galak menikmati hasil dari tanggukan di air keruh.


Perjuangan politik Pas kini tidak lagi menepati kehendak Islam apabila parti itu bekerjasama dengan DAP, kata Sasterawan Negara Prof. Emeritus Datuk Dr. Shahnon Ahmad (gambar).

Beliau berkata, apa yang dilakukan oleh Pas sekarang ialah hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana Pas sepatutnya memimpin dalam memperjuang Islam.

Shahnon yang juga anggota Pas seumur hidup berkata adalah sangat menyedihkan kerana kerjasama Pas dengan DAP itu bukan seperti yang diharapkan dan ia bercanggah dengan pendekatan yang diambil Rasulullah SAW ketika memerintah dan bekerjasama dengan golongan bukan beragama Islam.

"Sepatutnya DAP tertakluk kepada peraturan Islam kalau mereka hendak bekerjasama dengan Pas," katanya hari ini.

Beliau yang juga bekas anggota Parlimen Sik berkata, dasar Pas sekarang tersasar daripada perjuangan asalnya apabila terpaksa menuruti kehendak DAP.


DAP sebelum ini telah menyatakan tidak akan menyokong pertubuhan negara Islam di negara ini seperti yang dimahukan pas.

Shahnon yang pernah bertugas sebagai Pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, pendekatan Rasulullah SAW bekerjasama dengan kaum Yahudi, Kristian dan munafik bukanlah seperti kerjasama Pas dan DAP sekarang kerana ketika itu Islam yang memerintah dan memimpin kaum-kaum berkenaan.



Apa yang bagusnya dari pelbagai kemelut ini ialah, semakin hari semakin terbongkar "kerja jahat DAP" yang ingin hapuskan kekuasaan Orang Melayu (baca: Kekuasaan Orang Islam) di negara sendiri.

Seperkara lagi ialah Orang Melayu kini semakin sedar siapakah sebenarnya Anwar Ibrahim. Selama ini dia telah diangkat dan disanjung sebagai pejuang Islam Tulin. Inilah kehendak Allah, inilah cara Allah untuk mencelikkan mata yang sekian lama tersilau dalam persekitaran. Daripada pelbagai suasana yang wujud, terburailah beberapa rahsia yang selama ini disembunyi kukuh. Saya tidak bercerita mengenai orang lain, saya sendiri pun mengalami hal yang serupa.

Manusia yang dilabelkan sebagai "orang warak" ini sebenarnya tidak pernah sayang kepada agamanya atau bangsanya sebaliknya hanya mencintai dirinya sendiri. Ia rela memartabatkan "Islam Liberal" yang mirip "Kristian Liberal" berbanding pegangan majoriti Muslim Malaysia iaitu ASWJ. Secara tidak langsung pembongkaran ini mengesahkan beberapa berita mengenai salah laku sosial yang dituding ke arahnya. Demi memberi ruang kepadanya meneruskan aktiviti yang bersalahan dengan syarak, dia rela meninggalkan ASWJ dan memperjuangkan "Islam Liberal" yang sesat lagi menyesatkan itu.. 

Terserahlah kepada orang Melayu jika masih mahu mengatakan ini hanya satu tohmahan, namun dari kaca mata dunia, sudah terang lagi jelas apa yang berlaku. Buktinya ada di mana-mana. Hanya mereka yang secara rela menutup pintu hati dan akal sahaja yang masih ter"block" dan ketinggalan. 



update.............


Berita terkini masih melibatkan hal yang berkaitan.


PAS Bakal Pecat Haron Din & Shahnon Ahmad...  ??





Laman Suara PR semalam mengecam keras Datuk Dr. Shahnon Ahmad kerana menyifatkan kerjasama DAP-PAS adalah bercanggah dengan Islam. Kata laman tersebut yang mengaku membawa aspirasi Anwar/PR tulen, Shahnon tidak patut mengeluarkan kenyataan begitu tanpa merujuk kepada kepimpinan atasan lalu menyarankan agar Shahnon disingkirkan dari PAS.

Selain Shahnon, Dato’ Dr. Haron Din juga tidak ketinggalan menjadi kecaman laman tersebut kerana menyifatkan fahaman liberal yang disokong Anwar adalah salah dan tidak ingin PAS dikaitkan dengannya.

Kenyataan Haron Din dan Shahnon Ahmad dilihat bertentangan dengan pendirian PR yang dipersetujui bersama oleh ketiga-tiga parti PKR, DAP dan PAS yang membawa imej parti berbilang kaum dan kepercayaan.





Sumber-sumber dalaman PAS memberitahu bahawa tulisan di laman Suara PR itu telah benar-benar mengejutkan golongan pro-Ulama di dalam PAS. Bagaimanapun, mereka agak ‘segan’ untuk menyanggahnya secara terang-terangan, bimbang dianggap mengkhianati kesepakatan.

Dari kacamata politik PR, apa yang ditulis oleh laman tersebut tentulah tepat dan wajar diterima kerana jelas Shahnon dan Haron Din tidak berpijak di bumi nyata. Kedua-dua mereka nampaknya masih menafikan hakikat bahawa PAS itu adalah sebahagian dari PR di mana hala tuju PR wajib dan tidak dapat dielak dari menjadi hala tuju PAS juga.

Oleh itu, tindakan mereka mengkritik persoalan asas yang menjadi tali pengikat pakatan itu dianggap sebagai satu pengkhianatan kepada PR dan juga PAS.

Lebih-lebih lagi apabila PAS telah menerima baik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika PR memerintah. Ini bermakna, PAS sedia dan redha akan ke arah mana jua Anwar ingin membawa negara ini.

Justeru tindakan Haron Din menolak fahaman liberal Anwar serta tindakan Shahnon mengkritik kerjasama dengan DAP adalah sama dengan menolak mentah-mentah Pakatan Rakyat, sekali gus PAS itu sendiri. Ini kerana, PAS adalah PR dan PR adalah PAS.

Kewujudan individu seperti Haron Din dan Shahnon di dalam PAS pastinya menyukarkan usaha PR untuk mempamerkan kekuatan gabungan pakatan mereka kepada rakyat. Dan pastinya juga menyukarkan usaha PAS untuk meyakinkan DAP dan PKR mengenai kesetiaan mereka terhadap pakatan tersebut.

Apatah lagi dengan keadaan di mana PAS masih lagi belum dapat memulihkan ketegangan antara parti itu dengan DAP yang ditimbulkan oleh Nasharuddin Mat Isa.

Sehingga kini, kepimpinan tertinggi PAS masih berdiam diri. Mungkin pening memikirkan cara untuk menghadapi perkembangan terbaru ini tanpa memperjudikan sokongan umat Melayu Islam dan tanpa menyinggung DAP dan Anwar atau menjejaskan Pakatan Rakyat.

PAS cukup maklum bahawa Haron Din dan Shahnon masing-masing punya pengaruh dan kekuatan sendiri di kalangan penyokong PAS dan orang Melayu. Mengambil tindakan tegas terhadap mereka bermakna bala kepada PAS. Sedangkan bala yang bernama Dato’ Dr. Hasan Ali juga, PAS masih terkial-kial untuk menepis.

Memandangkan PRU hampir tiba dan penyokong mereka juga semakin resah maka PAS perlu membuat pilihan iaitu sama ada menerima hakikat bahawa parti itu dan PR adalah satu, atau keluar saja dari pakatan yang mengelirukan mereka itu.

PAS tidak boleh menjulang seorang Perdana Menteri berfahaman liberal tetapi di masa yang sama ingin menegakkan Islam. Dan PAS tidak boleh bekerjasama dengan DAP yang membawa agenda Kristian, tetapi di masa yang sama ingin menegakkan Islam.

Justeru, Haron Din dan Shahnon dan semua penyokong PAS perlu melihat artikel di laman Suara PR itu sebagai satu cabaran untuk memilih hanya satu jalan untuk meneruskan perjuangan. Sesungguhnya tiada siapa yang boleh menyusuri dua jalan yang bertentangan, kecualilah jika diri mereka dikerat dua dan diheret menuju kedua-dua destinasi dalam keadaan tidak bernyawa. - Darul-Ehsan Today


Inilah Dunia Politik Orang Melayu

Semoga semakin ramai yang sedar dan faham ke mana arah tuju yang Anwar hendak bawa kita semua. Sesuatu yang jauh terpesung dari apa yang saya sendiri fikirkan satu masa dahulu. Apa yang menyedihkan ialah PAS telah pun dapat dipesongkan dari landasannya oleh manusia bernama Anwar ini sehingga tidak relevan lagi untuk menjadi dahan pergantungan kaum Muslimin. Sesuatu yang amat malang.

Apa yang pasti "tidak menyokong Anwar" tidak bermakna menyokong apa sahaja yang dilakukan oleh UMNO. Harap faham kedudukan sebenar. Pandanglah jauh ke hadapan. Jangan terperangkap dalam "jerat" politik tidak matang. 

Bermuafakatlah dengan hati yang tenang demi agama tercinta.

Monday, October 1, 2012

Kejutan - UFO, Piramid dan ... Balai Rong Bukit Siguntang



banyak rahsia terpendam di Tanah Melayu ini

Tak masuk akal langsung, tak pernah pula didengar wujudnya piramid di Tanah Melayu dan Kalimantan. Apa sebenarnya yang terjadi? Kalau benar, kenapa pula dirahsiakan dari umum? Pelik, memang pelik.




Yang tak tahannya apabila dikatakan....

semua rahsia ini akan menjadi sifar dan dipadamkan jika wujud satu kerajaan yang bukan lagi dikuasai oleh Melayu, ia akan dipadamkan apabila muncul satu pemimpin bukan Islam yang akan memimpin orang Islam di negara ini disebabkan kesilapan anak bangsa sendiri.

Biar betul!!

Oops..  No No...  ia bukan beunsur politik, sori kawan! Jauhi politik gila babi tapi pastikan Melayu terus berada di atas... OK?

Terima kasih kepada saudara "Nana" yang mendorong saya untuk membaca posting tersebut. Seronok juga dengan cara pembentangannya. Sesekali terasa macam masuk akal.. Kadang-kadang tertanya pula.. eh ye ke?





Satu masa dulu pernah heboh pasal penemuan piramid di dasar laut. Juga dikatalan cuba dirahsiakan dari umum. Kenapa?

..Di laut sekitar Okinawa, berdekatan Pulau Yonaguni, telah dijumpai sebuah struktur piramid menyerupai ziggurat di dasar laut! Piramid ini terletak kira-kira 100 kaki ke dalam laut dan mempunyai gerbang, tangga dan jalan berturap batu. Pakar mengatakan usia piramid ini berdasarkan ujian radiokarbon ialah kira-kira 8000 tahun Sebelum Masehi, dan peradaban ...Jepun ketika itu hanyalah berdasarkan cara hidup memburu binatang dan mengumpul makanan untuk sara diri. Peradaban piramid di Mesir bermula kira-kira 5000 tahun selepas itu.

Satu penemuan yang masih dirahsiakan oleh 'para pengkaji' ialah tulisan mirip tulisan Rencong (tulisan melayu purba) telah ditemui di barat daya struktur itu terukir di sebelah dalam.


PELIK KAN? SEBUT SAHAJA "MELAYU" SEMUA PIHAK CUBA RAHSIAKAN... ada apa sebenarnya? 


Berbalik kepada penemuan sebuah Piramid Terbesar dalam dunia yang ditemui di hutan belantara Pahang ini. Jika ia benar-benar wujud, tentu sahaja pihak keselamatan terutamanya askar telah mengetahuinya. Adakah ia juga melibatkan khazanah dan rezab emas di Banjaran Titiwangsa? Tulang belakang Semenanjung Tanah Melayu. Adakah semua ini hanya boleh digunakan oleh alMahdi dan kerajaannya kelak?

Fikir.. fikir,,, fikir

Tak apalah, biarlah masa menentukan sama ada ianya benar atau hanya rekaan kerana sampai sekarang semua pihak memilih untuk mendiamkan diri.  Entah apa sebabnya kita pun tak tahu. Satu waktu dulu Cik Siti Molek bernama Srikandi di Mistisfiles pernah cuba buka rahsia ini dan dimaklumkan kemudiannya dia dihalang dari meneruskannya. Siapa yang mengjalangnya? Kemudian, kesah ini terus menjadi tandatanya...

Kini ia bergema kembali apabila blog rakan "Mil of Malaysia" membukanya semula tetapi dalam bentuk santapan ringan dan santai sesuai dengan gaya penulisannya. Mungkain ramai pembaca sudah pun membacanya di sana.



Kita buka semula ruang ini untuk berbincang sejauh mana dakwaan ini masuk akal.

Cuba teliti penulisan tersebut:



PENDEDAHAN EKSKLUSIF : PIRAMID MELAYU


PROLOQUE

1. Selamat bertemu kembali

2. Ketika anda membaca artikel ini, saya sudah tidak berada di negara ini, lokasi saya sekarang ini terletak beribu-ribu kilometer dari anda semua dan saya harap cuaca di sini akan membentuk otak serta akal yang sofistikated.

3. Saya ingin menceritakan sedikit tentang satu rahsia besar yang wujud dalam alam Melayu terutama di bumi yang sangat bertuah ini iaitu Piramid Melayu dan teknologi canggih yang terkait dalam sejarah nusa bangsa.

4. Sebelum itu biar saya ingatkan, ia macam cerita sains fiksyen tetapi inilah realiti sebenar.

5. Cuma saya kira sudah sampailah anak bangsa tahu perihal rahsia ini dari MAKLUMAT DAN KOD YANG DIWARISI ZAMAN-BERZAMAN DARIPADA LELUHUR YANG LANGKA.

6. Log-log ini dan semua rahsianya akan menjadi sifar dan dipadamkan jika wujud satu kerajaan yang bukan lagi dikuasai oleh Melayu, ia akan dipadamkan apabila muncul satu pemimpin bukan Islam yang akan memimpin orang Islam negara ini disebabkan kesilapan anak bangsa sendiri.

7. Sebelum masa itu sampai, (harap-harap tidak berlaku), biarlah saya nukilkan sedikit di sini sebagai kunci yang akan mengerakkan servo-servo motor saraf minda anak-anak bangsa saya untuk membuat kajian, melihat ke dalam diri sendiri, melirik ke alam masa depan tentang nasib agama, bangsa dan negara kita.

SABDA RASULULLAH YANG DISEMBUNYIKAN

8. Saya bukanlah pakar hadis.

9. Tetapi apa ada kemungkinan sabda atau hadis Rasulullah yang tersembunyi yang menunjukkan kebangkitan bangsa Melayu dan nusatara ini satu hari nanti.

10.Apakah wujud sabda atau hadis yang wujud dalam himpunan riwayat Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Abi Da’ud dan sebagainya?

11.Marilah kita renungkan hikayat ini yang dikata diambil dari sabda Rasulullah sendiri dan tersembunyi dalam kitab Hikayat Raja-raja Pasai yang berbunyi :

“Sepeninggal aku telah wafat kelak,akan muncul sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya.”“Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu, serta kamu Islamkan sekalian isi negeri itu, serta ajar mereka mengucap dua kalimah syahadat.

Kerana dalam negeri itu kelak banyak orang yang akan menjadi wali Allah.”“Tetapi semasa kamu hendak pergi ke negeri itu, hendaklah kamu singgah mengambil seorang fakir di negeri Mengiri, bawalah fakir itu bersama-sama belayar ke negeri Samudera itu.”

12. Pernahkan anda mendengar hadis ini, terpulang, mungkin ia termasuk dalam kategori hadis yang lemah dan boleh ditolak ke tepi, tetapi benarkah atau ia sebagai satu petunjuk, satu rahsia?

NEGARA MELAYU DAN SEMUA HIMPUNAN RAHSIA YANG TERKANDUNG DI DALAMNYA.

13.Pertama sekali saya dok selalu berfikir siapakah pembina-pembina Piramid ini, adakah mereka manusia atau makhluk yang dicipta selepas Adam atau manusia yang telah sedia lahir sebelum Adam diturunkan.

14.Atau mungkin ia milik kerajaan Melayu Sriviyaya yang pernah menjadi kuasa besar sebelum kedatangan Islam di rantau ini, bukan itu sahaja, Srivijaya ini pada dahulunya pernah menjadi satu kuasa macam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada zaman itu.

15.Terdapat keanehan dalam kewujudan bangsa Melayu termasuklah jurai keturunan raja-rajanya dan ini kita boleh lihat dalam buku Sejarah Melayu karangan W.G Shelabear.

16.Tersebut kisah dua adik beradik iaitu Wan Empuk dan Wan Malini yang tinggal di Bukit Siguntang, pada satu malam mereka melihat ada cahaya dilangit dan turunlah “Balai Rong Berpusing” yang mendarat di kawasan padi mereka.

17.Padinya berbuahkan emas.

18.Dari perut “Balai Rong Berpusing” itu keluarlah tiga orang anak raja dengan senjata yang pelik-pelik, kemudian keluarlah seekor lembu berwarna perak.

19.Dari mulut lembu itu, keluar seorang lelaki pendek yang bernama “Bard” dan dia kemudian menikahkan Wan Empuk dan Wan Malini dengan dua orang putera raja itu.

20. Persoalan yang menarik di sini ialah, apakah “Balai Rong Berpusing” itu merupakan sebuah kapal angkasa? kerana tidak ada bahasa yang sesuai pada zaman itu maka ia dinamakan demikian.

21.Cuba perhatikan senjata pelik-pelik yang dibawa oleh anak-anak raja ini.

22.Yang paling menarik adalah lembu berwarna perak, sudah pasti ianya metalik dan lembu itu mungkin merujuk kepada satu kenderaan atau robot atau mecha.

23.Mulut yang terbuka? mungkin merujuk kepada pintu atau ruang kokpit, entahlah, saya pun tidak tahu.

PYRAMID MELAYU

24.Dahulu heboh juga dalam blog saya apabila ada orang yang mendedahkan tentang kewujudan pyramid dalam alam Melayu ini, sehingga ramai pembaca yang terkena renjatan elektrik apabila mendapat tahu perihal itu.

25.Sebelum itu, ada beberapa buah blog lain yang juga ada menceritakan sedikit sebanyak kewujudan pyramid tersebut.

26.Orang Melayu juga sudah maklum tentang sebuah pyramid dalam dasar laut Okinawa tetapi asas kepada dakwaan pyramid dalam laut ini dibina Melayu jutaan atau ribuan tahun sebelum ini tidaklah diketahui dan kebenaran kepada dakwaan tersebut masih longgar.

27.Sejak dari hari itu saya dihujani pelbagai soalan dan dijemput masuk ke dalam perbincangan untuk orang Melayu mengetahui tentang pyramid tersebut.

28.Sebelum ini maaf, tidak banyak yang saya boleh dedahkan pasal pyramid itu yang mana lokasinya terletak di sebuah hutan yang masih dara dalam Semenanjung Malaysia.

29.Paling mudah, kita boleh katakan dalam sempadan negeri Pahanglah, lokasi tepat maaflah, tidak dapat saya nak beritahu, biarlah ia kekal menjadi rahsia saya.

30.Pyramid kita tidak sama dengan pyramid yang wujud di Mesir, yang mana setelah ribuan tahun masih kekal dengan bentuknya.

31.Hari ini bangunan yang disebut pyramid pada alam Melayu ini telah pun dilitupi hutan rimba, dan orang melihatnya sebagai gunung yang tinggi.

32.Umpama kita ambil tudung saji, letak di tanah, kambuskan sedikit tanah ke atasnya, sehingga menjadi busut kecil, beberapa bulan atau setahun selepas itu, busut kecil itu akan ditumbuhi rumput, hilang bentuk saji itu.

33.Samalah kesnya dengan pyramid alam Melayu tersebut.

TEKNOLOGI PYRAMID YANG TERLALU MAJU DAN TAK TERCAPAI DEK AKAL

“SUIS UNTUK MENYALAKAN SUMBER CAHAYA DARI DARI CELAHAN DINDING YANG MENERANGI BAHAGIAN DALAM PIRAMID YANG SANGAT LUAS. BILA DILIHAT PADA BAHAGIAN DINDING TIADA SEBARANG MENTOL CUMA ADA SEOLAH JALURAN BESI YANG BERCAHAYA DAN TERBENTUK DINDING BERCAHAYA YANG MENERANGI PIRAMID,” (dari saksi yang masih hidup dan masuk ke dalam)

34.Dari ayat itu, kita tahu pyramid tersebut menjanakan kuasa, kuasa apa yang dipakai tidaklah diketahui tetapi ia hampir kepada tenaga elektrik cuma puncanya, golongan ini sudah pandai menuai kuasa dan tenaga dari kristal-kristal yang terdapat banyak dari dalam bumi dan manusia macam kita sehingga kini tidak tahu bagaimana untuk mengurai rahsia kristal-kristal yang dijadikan Allah ini.

35.Ia sama dengan pendapat mengenai logam emas, kita tahu emas boleh dijadikan matawang dan barang perhiasan tetapi ada pendapat menyatakan, emas boleh dijadikan sumber pengekalan awet muda, bagaimana emas melewatkan proses ketuaan, tidaklah saya tahu.

36.Sama dengan tumbuhan lain, seperti bunga, apakan Allah menjadikan bunga hanya sekadar untuk dijadikan perhiasan atau herba sahaja?

37.Apa kaitan bunga dengan pembinaan aura pada badan manusia?

38.Pyramid Melayu ini sebenarnya amat besar binaannya dan lebih besar dari yang berada di Mesir atau diseluruh dunia.

39.Usianya lebih tua, ada pendapat menyatakan ia bukan dibina oleh manusia pada zaman ini.

40.Terdapat pintu masuk yang diukir indah, coraknya lebih halus, sesuai dengan sifat orang Melayu yang kreatif dengan seni artistiknya.

41.Ada dua pintu masuk yang berbentuk shaft, satu mengadap matahari turun dan satu mengadap matahari naik.

42.Kedua-dua shaft ini dengan binaan tangga akan bertemu di tengah-tengah dan membentuk satu lagi shaft yang akan turun ke bawah.

43.Persoalannya dari puncak pyramid ke dasar sejauh 300 kaki ada misteri yang sangat sukar dikupas akal.

44.Kewujudan sebuah BANDARAYA dan kewujudan TEKNOLOGI yang boleh dipakai untuk mempercepatkan perjalanan dari destinasi A ke B (Macam STARGATE atau WORMHOLE)

45.Setakat ini sahajalah kupasan saya mengenai pyramid itu dan ia terhenti dengan kewujudan sebuah bandaraya kerana saya fikir tidak eloklah saya pergi lebih jauh dan mendedahkan terlalu banyak rahsia.

PYRAMID DAN KESELAMATAN NEGARA

46.Kawasan pyramid dan sekitarnya dikategorikan sebagai kawasan yang paling merbahaya dan ia dijaga oleh PENJAGA SULIT YANG SETIA MENJAGA RAHSIA.

47.Ada orang yang pernah masuk dan bila keluar mendapat penyakit misteri tetapi akan pulih seperti sedia kala dalam jangka masa beberapa minggu.

48.Pada masa sekarang, perimeter kawasan pyramid itu dijaga oleh para panglima yang menjaga warisan itu turun temurun.

49.Mereka yang pernah masuk memberitahu, ada tombol atau suis, tombol ini sangat penting untuk melihat apa yang berlaku di dalam kerana cahaya yang dikeluarkan sangat berlainan dengan cahaya lampu yang dipakai oleh manusia biasa.

50.Persoalannya, apa cahaya ini mempunyai mainan pada mata manusia untuk diperlihatkan sesuatu yang tersirat dan tersurat.

51.Udara dan suasana di dalamnya juga berbeza.

52.Pendek kata siapa yang melihat dan memasuki pyramid ini pasti akan pening kepalanya kerana kemajuan teknologi para pembinanya.

PYRAMID-PYRAMID LAIN

53.Dari maklumat yang ada pasa saya, negara mempunyai sekurang-kurangnya 3-4 pyramid lain termasuk satu di kawasan hutam Sarawak atau Sabah.

54.Saya harap, rakyat atau orang-orang lama yang mengetahui pasal Pyramid di Tanah Melayu ini agar melontarkan pendapat mereka atau menghubungi saya terus.

55.Di Indonesia dan di tempat-tempat lain pun ada pyramid.

BESI ANEH

56.Kalau tidak salah saya tidak berapa dahulu di sebelah utara Malaysia, penyelidik dari Universiti Utara Malaysia ada membuat kajian tentang sebuah kawah hentaman meteor.

57.Yang aneh sekali dalam dan di dasar kawah itu mereka menemui tombak, kayunya sudah hancur tetapi mata tombak masih berada dalam keadaan baik dan sempurna.

58.Aneh lagi kerana mata tombak itu tidak terjejas apa-apa pun kerana hentaman meteor, komet atau tahi bintang yang berlaku jutaan dahulu kesan ledakannya macam bom nuklear.

59.Bayangkan kalau Malaysia mempunyai atau sudah pun ada teknologi besi ini?

60.Adakah dengan kajian teknologi-teknologi pelik ini, negara sudah mempunyai teknologi EMPnya sendiri.

61.Adakah negara kita merupakan satu-satunya angkatan tentera yang mempunyai empat cabang dalam perkhidmatan iaitu udara, laut, darat dan ……

62.Sila ikuti blog saya….untuk persoalan-persoalan yang dijamin akan menyebabkan anda mual dan akan muntah untuk menunggu saya update dan menjawab persoalan saudara.

63.OOO ada laluan shorcut, iaitu segelas teh tarik dan sekotak rokok.

–SEKIAN

Nak percaya boleh tak nak percaya pun boleh......... diangkat dari blog SOLDADU... hehe 
http://militaryofmalaysia.net/2012/09/pendedahan-eksklusif-piramid-melayu/#more-1231
 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan