Saturday, June 22, 2013

Mengapa Masalah Tidak Selesai


Mengapa masalah masyarakat
makin cuba diselesaikan semakin tidak selesai?
Kerana golongan yang memperkatakan masalah
mendatangkan lagi masalah
Kerana memahami masalah
dan cara menyelesaikannya tidak ada kaedah
Tidak ada kaedah, asalkan buat sahaja, itu adalah satu masalah
Ada yang tidak tahu sumber masalah itu juga masalah
Bagaimana hendak menyelesaikan masalah
jika tidak tahu dari mana sumbernya masalah
Ertinya pokok masalah disuburkan, buah masalah dicegah
Kalau faham pokoknya, tebang sahaja pokoknya,
tidak ada pokok tidak adalah buah
Ada yang tidak tahu di antara masalah dengan bukan masalah
Yang masalah bukan dikatakan masalah,
yang bukan masalah dikatakan masalah, lagi bermasalah
Ia macam orang tidak kenal padi dengan lalang,
padi dimusnah, lalang dibiarkan tumbuh, mudah bercambah
Ada juga perkara kecil dianggap masalah besar,
yang besar dianggap masalah kecil, ini juga masalah
Ini akan berlaku percanggahan
sesama yang memikirkan masalah
Bercanggah pendapat di dalam menilai masalah,
ini adalah masalah, masalah di dalam masalah,
masalah bertambah-tambah
Satu puak hendak mencegah, satu puak lagi membiarkan masalah
Ada golongan lagi ada masalah atau tidak ada masalah
peduli apa, itu bukan saya punya masalah
Aku fikir aku sahaja, jangan menimpa aku sudahlah
Sikap ini juga adalah masalah
Kita adalah satu juzuk daripada masyarakat
Mana boleh tidak memikirkan masyarakat yang bermasalah
Ada lagi masalah yang jadi masalah, yang bukan masalah dicegah
Sedangkan itu adalah berfaedah kepada umat
setidak-tidaknya faedah setempat
Ada orang faham masalah itu adalah masalah
tapi kerana hendak jaga hati ramai, dibiarkan sahaja
seolah-olah ia bukan masalah
Lebih-lebih lagilah bermasalah, yang jadi masalah itu
dipertahankan oleh kuasa
Kerana dapat untung peribadi atau kerana hendak nama
atau hendak berkuasa dilindungi oleh kuasa
Kalau yang berkuasa sudah buat masalah, lagilah bermasalah
Siapa lagilah yang mampu mencegah masalah?!
Apa yang diperkatakan tadi
itulah masalah umat Islam sedunia hari ini
Menyelesaikan masalah tidak seia sekata lagi
Perpaduan, keselarasan, rasa bersama sudah tidak ada
Ada yang membiarkan, ada yang hendak membanteras,
ada yang mempertahankan
Maka umat Islam kehilangan kekuatan,
kehilangan kedaulatan,
musuh campurtangan
Mengapa terjadi sedemikian?
Terjadinya ini semuanya adalah kerana tidak dirujuk lagi
kepada wahyu
Masing-masing golongan merujuk kepada akal,
dan kepada nafsu
sedikit sekali yang merujuk kepada wahyu

Dari: PBT

9 comments:

Punx said...

dunia gila
manusia gila
engkau gila
dia gila
aku gila

SEMUA GILA!!

Vigilant said...

Hmmm...
dah namanya pun 'Pentas Opera'...
layan...

cikguie said...

dalam maksud sajak ni...fikir2

laguni said...

makin ramai yang gilakan dunia
daripada gilakan Allah tu pasai banyak masalah...

setanberiman said...

ramai yang mengaku beriman tapi tingkah laku lebih dahsyat daripada setan huhu dunia, dunia.

Anonymous said...

takde yg gila....Permasalahan ummah dari zaman Othman bin Affan higgalah ke hari ini adalah Kehilangan "ikhlas" didalam dada-dada ummat Muslim. Kerana ada sesuatu KERANA menyebabkan masalah bertimpa-timpa. Dimana sebenarnya duduk diam mereka yg beranama Mukhlisin yg dinyatakan olih ALLAH swt didalam ALquran. Seek them,listen to their advise and u will find out, what the solution is.

jjj said...

macam mana nak dapatkan keikhlasan tu anon?

Anonymous said...

Nak dapat keikhlasan bukan seperti memetik jari.Kata Al Ghazalli ,
Hakikat manusia itu sesat kecuali orang yg berilmu,
Hakikat orang berilmu itu tidur kecuali orang yg mengamalkan ilmunya,
Hakikat orang yg mengamalkan ilmunya itu tertipu kecuali orang yg bertakwa,
Hakikat orang yg bertakwa itu keliru kecuali orang yg ikhlas.
Utk menndapatkan ikhlas itu daki lah tangga yg disebutkan diatas nescaya engkau miskin disisi manusia tetapi kaya disisi Allah.
Engkau berseorangan dikhalayak yg ramai,walhal engkau berjamaah ketika berseorangan.
Jazakallah hu kahiran kasiran.

Chandler Edwards said...

Thanks!

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan