Mulanya mereka bawakan Demokrasi kemudian mereka galakkan pula Demonstrasi. Malaysia juga turut galak bermain dalam drama ini atas arahan pengarah luar negara. Siapa pula dalang dalam negara? Untuk tujuan apa mereka bangunkan suasana ini?
2. Saorang negarawan yang kembali dari lawatan ke Mesir ketika masih panas "riot spring". Seperti kita semua maklum satu demonstrasi besar di Kaherah telah berjaya menjatuhkan Kerajaan Hosni Mubarak.
3. Tetapi kesan demonstrasi tidak hanya terhad kepada kejatuhan Kerajaan. Ekonomi Mesir merosot dengan amat teruk. Mesir, yang banyak bergantung kepada pelancongan mengalami kemerosotan 80 peratus semasa demonstrasi berlaku. Hari ini pun pelancong belum kembali dan banyaklah hotel yang kosong.
4. Serangan terhadap polis adalah satu jenayah. Sudah tentu jika polis diserang, maka polis terpaksa menggunakan kekerasan. Jika polis guna kekerasan maka ini akan dijadikan isu oleh yang berdemonstrasi.
5. Mungkin kerana ingin mengelak daripada tindak balas maka polis diarah berundur dan tinggalkan tempat demonstrasi tidak dikawal. Keadaan ini merbahaya kerana orang awam tidak mendapat perlindungan polis lagi.
6. Sudah tentu pemulihan ekonomi terganggu. Pelancong tidak kembali dan jauh sekali pelaburan oleh pelabur tempatan dan asing. Pengangguran bertambah dan yang miskin menderita bertambah.
7. Walaupun demonstrasi diterima dalam demokrasi (baca: Sekular), ia tidak boleh diguna dengan sewenang-wenangnya. Jauh daripada memberi manfaat kepada rakyat, ia menambah masalah bagi rakyat.
8. Pihak tertentu merancang untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran pada menjelang/sesudah pilihanraya. Apakah benar demonstrasi ini bertujuan untuk membersihkan proses pilihanraya?
9. Jika disemak tuntutan yang dibuat, ia lebih merupakan tuduhan terhadap Kerajaan dan bukanlah tuntutan sebenar. Tujuannya ialah untuk memburuk-burukkan pemerintah supaya dapat meraih sokongan dalam pilihanraya akan datang.
10. Walaupun pengurusan pilihanraya di Malaysia mempunyai beberapa kelemahan tetapi hakikatnya di Negara ini parti lawan masih boleh menang. Sehingga pada tahun 2008 parti lawan dapat menawan lima buah negeri, satu wilayah dan berjaya mengurangkan ahli Dewan Rakyat sehingga tidak tercapai matlamat dua pertiga seperti yang biasa dimenangi oleh parti Kerajaan.
11. Bandinglah dengan pilihanraya di negara-negara lain termasuk jiran terdekat kita di mana parti bukan Kerajaan tidak dapat wakil dalam dewan sama sekali. Yang menang daripada parti lawan akan dituduh dengan pelbagai tuduhan dan dihadapkan ke mahkamah. Maka mahkamah pun menghukum mereka salah dan tidak dapat mengambil tempat mereka dalam dewan. Ada yang dibenar masuk tetapi tidak berani bercakap. Kalau bercakap pun tidak akan dilapor dalam media.
12. Ada pula diwujudkan kumpulan pembangkang dalam parti Kerajaan. Ini adalah satu sandiwara politik.
13. Dalam pilihanraya yang baru lepas pun banyak tekanan digunakan oleh Kerajaan berkenaan. Sebab itu jumlah calon pembangkang yang menang amat kecil.
14. Malangnya terdapat di Malaysia parti yang berasas dari parti negara jiran ini yang ingin supaya negara ini juga menerima contoh pentadbiran negara jiran. Seperti dengan parti di negara jiran, pada mulanya janji dibuat untuk mendirikan Kerajaan yang baik dan adil. Apabila sahaja rakyat memberi kepercayaan jenis pemerintahan yang didirikan jauh berbeza daripada yang dijanjikan.
15. Memang pun ada sekatan tertentu di negara ini terhadap kebebasan liberal yang didapati di negara barat. Sekatan ini diperlukan kerana mengelak daripada huru-hara berlaku.
16. Pada 1969 berkempen dibenar sepenuhnya iaitu enam minggu. Pada masa kempen, parti politik menggunakan perkauman untuk menarik sokongan. Parti-parti Kerajaan pun terpaksa menggunakan soal perkauman. Balas-membalas berkenaan isu ini dalam kempen menyebabkan ketegangan antara kaum-kaum. Dengan itu berlakulah 13 Mei yang berdarah.
17. Untuk mengurangkan kemungkinan kempen membakar hati, maka dikurangkan masa berkempen. Lagi pun parti pembangkang berkempen sepanjang masa. Perhimpunan dalam rapat parti pembangkang lebih kerap daripada parti Kerajaan. Demikianlah kebebasan di Malaysia.
18. Tidak ada sebab kukuh kenapa demonstrasi perlu diadakan di negara ini. Wakil Rakyat parti lawan begitu ramai. Jika kajian perlu dibuat berkenaan undang-undang dan pengurusan pilihanraya, peluang yang banyak terdapat dalam dewan-dewan untuk membangkit dan membahas perkara-perkara ini. Tetapi peluang-peluang ini tidak digunakan sepenuhnya. Sebaliknya demonstrasi hendak diadakan. Apa tujuannya? Membersihkan pilihanraya atau mencuba memburukkan imej parti Kerajaan.
19. Di Mesir ketika ditanya kenapakah pentadbiran negara Islam tidak ada yang baik. Mahu tidak mahu, terpaksalah diakui bahawa orang Islam mudah diperalatkan.
20. Sehingga kini apakah kebaikan yang dapat diraih melalui demonstrasi selain ianya menjadi "demon" baru yang dahagakan darah? Adakah mampu para pendemo dan ketua mereka membaiki keadaan setelah hancurnya keamanan? Rakyat hidup dalam huruhara dan kelumpuhan ekonomi.
Demonstrasi yang dianjurkan selepas ini akan memberi petiunjuk jelas bahawa ia sememangnya dilakar oleh parti politik kaum pendatang (rakan Yahudi). Keuntungan dari siri demonstrasi ini lebih menguntungkan mereka berbanding parti watan (Melayu).
Pernah seorang rakan mengutarakan pandangan. Ada baiknya juga rakyat negara ini merasai bagaimana indahnya bertuankan Bintang Tiga. Tidak cukup dengan pengalaman nenek moyang mereka yang hidup dalam suasana ketakutan sepanjang amukan Bintang Tiga dahulu. Mungkin setelah hilang apa yang ada baharulah orang Melayu segera menjadi lebih matang. Wajarkah saranan ini?
Dari sudud lain ia kelihatan seperti "Menang Sorak, Kampung Tergadai".
Apabila tergadai, mudahlah Yahudi yang kini berpengkalan di Singapura meratah ekonomi Malaysia pula. DEB tidak mungkin diteruskan dan dasar Malayan Union akan kembali semula untuk memihak kepada "Kaum Pendatang" yang juga bersikap persis Yahudi Laknatullah.
Setelah tergadai, bagaimana pula ia dapat ditebus kembali?. Tanyalah kepada orang Melayu Singapura.
"Yang Dikejar Tak Dapat, Yang dikendong Berciciran". Adakah ini bakal terjadi kepada bangsa hebat bernama Melayu?
"Yang Dikejar Tak Dapat, Yang dikendong Berciciran". Adakah ini bakal terjadi kepada bangsa hebat bernama Melayu?
9 comments:
Salam,buat bani jawi.
Jadilah diri yang cerdik,berjiwa luhur,tutur yang molek.
Bangsa melayu mesti keluar dari penjajahan zionist melalui proksi kelahiran mereka, united malay organisation. Jangan berdemo! Tolong jangan teeperangkap jerat zionist ini. Fokus hanya satu saja! Waris british@zionist iaitu united malay national organisation mesti ditamatkan riwayatnya. Bangsa melayu kini parah hasil acuan united malay national organisation lebih 60 tahun..pembentukan minda kita dalam mempertahankan KUASA, KEMEWAHAN dan NAFSU duniawi mengakibatkan kita alpa bahawa rasuah, zina, judi, bunuh itulah yang melemahkan jiwa islam @melayu kita. Yang haram dalam tak sedar telah jadi halal . Jadi perangilah united malay national organisation swbagai perjuangan tunggal. Tolak dap,pkr kemudian cerita.
assalamu'alaikum,salam ukhuwah semoga anda dirahmati Allah swt.Mudah bukan utk menuding jari utk mencari kesalahan daripada membetulkan kesalahan tersebut.Kita membenci politik kepartian kerana pada kita ia sistem Yahudi utk memerangkap kita dlm kegelapan dari cahaya.Kita ambil contoh UMNO ibarat orang yg sedang sakit teruk apakah tergamak kita membiarkan mereka terlantar sakit pastinya bagi orang yg beriman ia akan cuba sedaya upaya utk mencari ubat agar sakitnya boleh sembuh lalu kita beri nasihat jgn makan ini makan itu nanti akan memberi mudharat kpd kesihatan.Apa yg realitinya tidak begitu malah diberi racun agar cepat padamnya.Hinanya kkita jika sebagai pendakwah melalui apa badan sekalipun kita tak mengambil ruang dan peluang ini utk membetulakan salah laku mereka. Selagi mana mereka tetap dgn ucapan kalimah syahadah mereka tetap insan yg beragama Islam tiada hujah & alasan utk menidakkan keIslaman mereka apatah lagi mendoakan keburukan atas mereka.Ingatlah wahai saudaraku tak kira dari aliran parti mana atau tak berparti musuh sentiasa menunggu peluang utk merebut kekuasaan dari bangsa ini, apakah terlau hinanya mereka di dlm umno atau samakah mereka spt Kamal Atartuk higga Islam dilanyak sedemekian rupa.Lihat sejarah Syeikh Badiuzzaman Said An Nursi apakah beliau melakukan pertentangan dgn pemerintah.Beliau adalah seorang tabib yg cuba utk menyembuhkan penyakit yg dialami oleh pemerintah Turki dgn kerja2 dakwah dan risalah AnNur nya utk mengembalikan masyarakat Turki kpd agama Allah.Aku berharap dan berdoa agar banyak lahirnya Syeikh Badiuzzaman Said An Nuri di Malaysia amin wassalam wallahu'alam.
Salam kasih,
Berkenaan tahaluf siyasi dan beza hubungan UMNO-MCA-MIC-GERAKAN vs PAS-DAP-PKR
UMNO masih dominan dalam Barisan Nasional dan parti komponen tidak pernah menyongsangkan polisi kufar mereka. Oleh itu parti komponen bukan Islam dalam Barisan dianggap kafir zimmi iaitu yang tak memudaratkan Islam
PAS pula akur dengan polisi Kritianisasi DAP dan Pluralisme dan Liberalisme PKR-kerjasama ini mudarat ke atas umat Islam.
Minta diperpanjangkan.
Wassalam.
umno mesti dihapuskan baru lah warisan freemason akan berakhir di Tanah Suci melayu ini. Bukti nya satu aja , adakah malaysia di bawah pemerintahan UMNO menjadikan Islam di tempat yang tertinggi? Yang tertinggi sekali adalah pusat judi di Genting Highland. Siapa yang membenarkan Pusat judi itu dibina? Hyukum Hudud di mana kedudukannya? Lihat lah cara hidup pemimpin pemimpin umno tu, adakah selari dengan cara hidup orang islam? keluarga sendir pun bergelumang dengan perkara haram, ada yang jadi perogol, kaki minum. kaki betina , artis (anak perempuan sapa tu)? isteri sendiri mendedahkan aurat sambil terkinja kinja berdangdut. Fikir lah tuan tuan sekelian , siapa yang sudah ditipu oleh golongan zionis ini dan di tipu oleh al daja. Ya , begitu mudah kita boleh mengenalai mereka bukan? Demontrasi itu adalah kebebasan manusia yang tertindas, apakah nanti jika Partai umno kalah di tangan PR maka orang orang umno tidak akan buat demo? sekarang pun orang orang umno sering buat demo di negeri PR. Fikir ya, jangan tak fikir. Sekian wassalam.
Setuju dengan anon 8.14am. Cuma jgn demo krn walaupun dibuat secara aman untuk menzahirkan denyut nadi suara rakyat yang tertindas dan teraniaya, ada pihak akan memanipulasikan dan akhirnya yang datang berdemo secara aman akan dipersalahkan dan digambarkan sebagai tidak bertamadun. Ini memang kaedah zionist melalui pengeliruan. Ya kita umat melayu telah lama terkeliru hinggakan sesama bangsa pun berpecah. Apakah root causenya? Jadi balil pada punca kekeliruan dan pecahkan, nyahkan dan tamatkan agar minda kita bebas merdeka dari keliru dan terbelenggu permainan licik waris zionist@british di tanah malayu ini. Maka malayu tiada pilihan selain menamatkan riwayat UNIted malay national organisation agar jadi insan merdeka. Ingat kata Sheikh Abdul Qadir Jailani; musuh akan datang bagai semut hitam berjalan di permukaan batu hitam...UNIted mno bukan bangsa kulit putih, sama bangsa...tapi proksi british yang menyambung dakyah british@zionist ..kita mungkin akan menentang kalau mereka berupa bangsa inggeris..tp kalau sama kulit dgn kita..akhirnya terpedayalah kitpa lebih 60tahun..tp byk yg telah musnah..susah utk dikembalikan jiwa rph islam melayu yg telah hilang tidak termasuk hasil mahsul kekayaan tanah melayu ini. walaubagaimanapun its not too late to begin...pertama pemusnah melayu telah disedari, seterusnya kita mesti sedarkan seluruh warga malayu terutama mereka yg bernaung di bawah panji wakil @proksi british ini. jangan memusuhi mereka, beri kesedaran dan kefahaman.. mereka sebenarnya telah terkeliru akibat buaian kuasa, harta kemewahan dan nafsu duniawi ..
assalamu'alaikum,masalah kita yg paling besar suka benar menyebar aibkan kesalahan org lain utk menguatkan hujah kita.jika bercita-cita utk menasihati org lain jgn ada bias dgn sesuatu golongan yg menentangnya.jadikan diri kamu di tengah2.masalah ini amat rumit dan bukan kpd akal dan ilmu kita yg tak seberapa utk menilai dam mengadili.Banyak perkara yg perlu diketahui, segala pemahaman masalah hendaklah mendasar jgn diambil setakat buahnya sahaja.kemudian daripada itu berikan pendapat dan resolusi dlm penyelesain masalah yg dihadapi.Kita ambil contoh mudah ramai org berkata penyelesain segala masalah adalah dgn didirikan daulah Islamiah di negara ini akan tetapi persoalannya mati disitu.Pertama yg perlu diketahui siapa yg nak dijadikan panduan ,tentulah Rasulullahsaw selusuri dan buat kajian bagaimana Rasulullahsaw mula2 melakukan kerja dakwah,kaji ayat2 Allah dari mula hingga akhir dan apa yg Nabisaw lakukan dgn penurunan ayat tersebut.Ikut tertib Nabisaw dan tidak mustahil kamu akan dimusuhi oleh manusia banyak sehingga da yg sanggup memerangi kamu. apa tidaknya sistem yg ada pada hari ini akan diruntuhkan sedangkan manusia pd hari tak merasai langsung diri mereka dizalimi oleh sistem itu sendiri dan ia merasa selesa duduk didalamnya.Ini kerja yg amat payah dan sulit kerana dimasa ini khususnya di M'sia kebanyakan umat tahu tentang Islam tapi mereka tak sedar mereka telah masuk dlm selimut fitnah yahudi dajjal laknatullah dan berperanan dlm menjayakannya.Insaflah dan kembalilah antara sedar &tahu adalah 2 perkara yg amat berbeza,wallahu'alam wassalam.
Slm maghrib..
ada hadiah menarik..
http://youtu.be/knpwZDDnL48
makacih..
saya pon heran juga dengan pati pas ni, dengar khabar di Teganu yb mat said ada buat penerangan/ ceramah beri tahu hebahan kepada seluroh rakyat jelata ke segenap cerok rantau berkenaan SESATnya pati pas ni. maknanya dalam negeri seluroh Terengganu, pahamlah akan segala rakyat jelata kecil besar tua muda jantan dan betinanya bahawa PAS ni PATI AJARAN SESAT, dengan cara sesunggohnya menteri besar Mat said yang memegang kerajaan pada tarikh tersebut bersama dengan para pembantunya telah menyatakan bahawa sesunggohnya pas ini sebuah PATI AJARAN SESAT. hidop OMNO, tahniah yb kerana berjaya menyedarkan rakyat bahawa pas sesat dan OMNO tidak sesat
Yang paling saya tak buleh paham bagaimana pas boleh bersetuju membenarkan orang pengikut agama lain buleh guna pekataan ALLAH, tapi dengar khabar pekataan itu tak sesuai, akan tetapi dengan kebenaran daripada pas tersebut beratus ribu naskah kitab injil telah dicetak pakai pekataan Allah dan beredar di malaysia timor. Ini semua rakyat tak tahu yang menteri PAS punya kereja, saya harap sangatlah YB mat said dapat memberi penjelasan macamana pekara ini boleh berlaku, kerana apa kalau menteri OMNO tentu dia tak akan beri kebenaran mencetak kitab injil guna pekataan Allah. Menteri OMNO jaga pekara ini dari dulu lagi sepertimana mereka menjaga tempat tempat judi belesen, rumah rumah persundalan, kilang arak dan sebagainya. Sekarang ni musim orang kempen /ceramah nak mengundi harap dapatlah Datok yb naik ke pentas menerangkan kepada rakyat jelata berkaitan pekara pekara di atas. Hidop OMNO
Post a Comment
Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.