Thursday, April 19, 2012

Babi Ada Di Mana-Mana

Kalau tak yakin, jauhilah. Yang cantik tidak semestinya baik. Yang hebat tak semestinya halal. Terlalu banyak yang haram berbanding yang halal. Pengeluar makanan bukan Islam harus dicurigai kerana sudah wujud tanda bahawa umat Islam dikhianati.

DNA babi juga digunakan

Jika masih mahu juga mencari yang haram walaupun sudah mengetahuinya, tiada siapa yang mampu membantu anda. Anda yang bertanggung jawab terhadap diri anda sendiri. Atas dorongan nafsu yang membuak, biasanya manusia akan mencari seribu alasan untuk menghalalkannya walaupun jelas haram..

tercemar dengan babi

Perkara ini di highlight kembali sebagai peringatan agar kita dapat berwaspada dengan perkara subhah dan yang meragukan. Kita sering terlupa  dan ada yang belum pernah mengetahuinya. Babi ada di mana-mana. Jangan sampai tabiat 'babi' menguasai hati dan perangai kita.

Babi dan arak adalah satu dari punca penyakit jiwa manusia. Manusia menjadi engkar terhadap sifat kemanusiaan yang ada pada dirinya. Ingatlah musuh telah pun tahu keduanya ini akan menjatuhkan tahap keimanan manusia Islam. Ia digunakan sebaiknya dalam industri makanan dan minuman milik mereka. Terutama mereka yang amat membenci Islam seperti Yahudi dan Nasrani. 

arak halal?

Mulai sekarang perlu ada usaha pemerintah memperbanyakkan produk terjamin halal disamping setiap muslim berusaha agar tidak mencuba makanan yang tidak diketahui statusnya. Jika JAKIM sendiri sering ditipu dengan 'sijil halal palsu' dan JAKIM sendiri tiada kuasa mutlak menghalang produk haram dipasarkan dengan bebas dalam negara, bagaimanakah nasib kita?

Mampukah kita hanya berharap kepada logo 'halal' tersebut? Sudah sepatutnya sebuah badan khas menjaga kebajikan Islam khasnya makanan halal serta mempunyai kuasa undang-undang ditubuhkan di negara ini. Disamping itu sebuah Badan Berkanun yang bertanggung jawab menjalankan kerja-kerja penyelidikan khusus terhadap setiap makanan dan sumber makanan perlu ditubuhkan segera. Sebagai negara Islam kita wajib melaksanakannya. Keduanya boleh disatukan di bawah satu organisasi.

Andai kata negara ini diperintah oleh bukan Islam, perkara yang lebih buruk akan terjadi. Saya percaya Islam akan dinodai dengan dahsyat. Sebelum ini terjadi, kerajaan mesti mengambil inisiatif segera menjaga kebajikan rakyat yang beragama Islam. Jangan biarkan orang Islam termakan babi atau bahan tercemar babi. 

Amat diragui, bukan Islam di Malaysia semakin tidak menghormati Islam. Telah wujud sikap diskriminasi serta sabotaj yang disengajakan. Sejauh mana mereka menghormati Islam dan penganutnya? Jujurkah para pengilang dan penjual makanan bukan Islam kepada orang Islam? Jawapannya sangatlah jelas. Kecuali ada undang-undang khusus yang kukuh digubal untuk menghalangnya. Mampukah Malaysia lakukannya?

barbican juga - anda meminumnya?

Sejauh manakah kita berhati-hati terhadap perkara HARAM? Terutamanya makanan yang akan mendarah daging? Babi dan komponennya ada di mana-mana sekarang sehingga pinggan mangkok pun ada yang diperbuat dari abu tulang makhluk ini.

ada dna babi

Babi dan anjing adalah najis berat. Sejauh mana kita dapat menghindarkan diri darinya? Tanyalah diri anda sendiri. 

Di bawah disiarkan kembali satu artikel penuh kontroversi satu waktu dahulu. Kepada mereka yang kaya raya dan sering menginap di hotel mewah serta mampu berbelanja besar, berhati-hatilah perangkap subhah ini. Atau anda rasakan 'babi' jenis ini sudah berubah menjadi 'halal'?.

Ada sesuatu yang menarik dan eksklusif untuk diketahui. Produk hebat dan mahal sebegini menjadi tarikan kaum kaya dan mewah.

Waspada Dengan Pinggan Mangkuk  "BONE CHINA".
zamreda

 
















bas rupa babi pun ada (lowkahpin.blogspot.com)

KUALA LUMPUR: Umat Islam perlu berwaspada apabila membeli pinggan mangkuk dan perkakasan makanan seperti cawan dan piring daripada seramik kerana ada jenama tertentu mengandungi campuran tulang haiwan, termasuk tulang babi.

Tinjauan di beberapa gedung beli-belah di ibu negara mendapati tiada label diletakkan bagi memaklumkan pengguna bahan campuran digunakan untuk menghasilkan perkakasan itu.

Berbanding dengan kedai kasut yang biasanya meletakkan label ‘kasut diperbuat daripada kulit babi’ di ruang jualan, peniaga yang menjual pinggan mangkuk mengandungi campuran tulang haiwan tidak memaklumkannya kepada pembeli.

Pegawai Penyelidik Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Hatijah Hashim, ketika diminta mengulas, berkata orang ramai boleh mengenali perkakasan yang mengandungi tulang haiwan kerana kebanyakannya tercatat Bone China di belakangnya.

Bone China adalah istilah komersial digunakan pembuat perkakasan pinggan mangkuk yang mengandungi tulang haiwan.

“Berbanding penggunaan kaca dan tembikar sepenuhnya, perkakasan yang mengandungi tulang haiwan ditumbuk halus itu biasanya diimport dari Jepun dan United Kingdom. Ia dicampurkan bagi menjadikannya lebih berkilat dan cantik.

“Ia biasanya lebih eksklusif dengan harga mencecah RM8,000 satu set,” katanya.

Namun, katanya, peniaga sepatutnya lebih bertanggungjawab dengan meletakkan label di ruang jualan bagi memudahkan umat Islam mengenal pasti sama ada perkakasan dibeli dicampur tulang haiwan.

Bagaimanapun, beliau berkata, umat Islam boleh menghubungi CAP di talian 04-8299511 untuk kepastian.

Pengarah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin, berkata pihaknya pernah menerima aduan umat Islam yang khuatir mengenai penggunaan perkakasan seramik yang dikatakan mengandungi tulang haiwan.

“Namun, kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak mempunyai bukti kukuh. Pihak berkuasa perlu menubuhkan unit khas untuk membuat kajian makmal,” katanya.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zainal Abidin Jaffar, pula berkata pengguna yang ingin mendapatkan kepastian boleh membawa perkakasan itu untuk dianalisis oleh Unit Pemantauan dan Penguatkuasaannya.

kredit to bharian.

Senarai barang yang mengandungi unsur Babi

NOTA TAMBAHAN ... waspada
dari Sharina Bahrin ..tq ...

Wall Photos
Perhatikan titik Merah di dalam simbol merah persegi yang ditunjukkan di atas bar coklat seperti:

Bounty bar Chocolate / Marikh / sneaker ... ia ditunjukkan secara khusus di belakang, sebelah no. berat kandungan.

Cap Ini bermakna

bahawa produk-produk ini mengandungi gelatin yang berasal dari daging babi!!

Mereka meletakkan tanda ini untuk memberi amaran/makluman kepada vegetarian bahawa coklat tersebut mempunyai kandungan bukan vegetarian, bahawa ia mengandungi bahan dari glatin haiwan termasuk "babi".

TOLONG berkongsi info ini dengan semua rakan anda dan ingat bahawa "Siapa memberi Peringatan yang BAIK Kepada yang lain AKAN Mendapat KEBAIKAN dan rahmat dari ALLAH S.W.T

By: Aliff Cullen


Sunday, April 15, 2012

Ranjau Getir PRU13 - Cahaya Samar Di Hujung Lorong


pertembungan bekas ketua pemuda umno 
dan timbalannya

Masa semakin suntuk untuk bebaskan diri dari pelbagai tekanan yang muncul bertali arus. Sesuatu yang tidak disangka telah berlaku. Menjadi persoalan sekarang, mampukah dibersihkan segala tohmahan dan sisa-sisa kotoran (fitnah?) yang melanda? Bagi seorang yang berkaliber dan berkarismatik seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, perkara ini sepatutnya tidak berlaku. Dimanakah silapnya beliau yang satu waktu dahulu amat disanjung tinggi dan bersih malah mempunyai watak mualim yang warak kini terpaksa berhadapan dengan persoalan yang bercanggahan dengan wibawa dirinya?

Bagi yang mengikuti perkembangan perjuangan DSAI, ramai yang menggelengkan kepala kehairanan. Pada awalnya ramai yang beranggapan bahawa ini semua disebabkan oleh tindakan mantan PM yang melakukan penganiayaan terhadapnya. Namun apabila mantan PM sudah tidak lagi menerajui negara, DSAI masih lagi menghadapi pelbagai tuduhan yang menakutkan. Amat malang bagi seorang pejuang agama dan pejuang bangsa yang disegani pada suatu waktu dahulu telah terperangkap dalam kancah kemelut sosial dan politik. Masihkah DSAI terus terusan bergantung harap dengan profail seorang mangsa yang teraniaya sedangkan TMD, mantan PM yang dikatakan punca kejatuhannya sudah lama meninggalkan politik negara. 

Jika pada peringkat awal, alasan ini masih relevan digunakan sebagai alasan, tetapi sekarang sudah tidak lagi mampu membantu meningkatkan karier politiknya. Kembali kepada mantan PM, TDM seorang yang sangat sayang kepadanya. Ramai pihak yang tahu episod hubungan TDM dengan DSAI sejak dari peristiwa Rusuhan 13 Mei 1969 lagi. Sejak itu, TDM memang berhasrat mengajak DSAI menganggotai UMNO dan bersama berjuang dengannya. Namun DSAI telah menolak ajakan ini kerana ingin berdikari sebagai pemaju Belia Islam melalui ABIM. 

Jika benar TDM seorang yang tidak jujur dan hanya mempergunakan DSAI sebagai alat politik, kenapa TDM begitu berusaha untuk menaikkan nama DSAI dalam politik sehingga menyinggung banyak pihak? DSAI melonjak begitu drastik mengalahkan banyak senior dalam UMNO ketika itu. Sehingga berjaya menjadi orang nombor dua pentadbiran negara dalam masa yang singkat. TDM sentiasa memberikan bantuan sokongan perjalanan politik beliau.

seperti masih ada rahsia tersembunyi

Secara logiknya, jika DSAI tidak lakukan sesuatu yang menyakiti, TDM tentu sahaja akan terus menyelamatkannya dari disingkir walaupun seluruh ahli UMNO semakin geram dan iri hati kepadanya. Niat TDM tidak lain hanya ingin menyerahkan jawatan nombor satu kepadanya apabila dia bersara. Masih menjadi tandatanya. TDM mungkin masih menyimpan rahsia lain yang tidak dimaklumkan kepada umum atas sebab-sebab tertentu atau memang menjadi prinsip peribadi beliau.

Namun tiada siapa yang menyangka apa yang berlaku, belum sampai dua bulan TDM bercuti di luar negara berlakulah kegawatan ekonomi Asia Tenggara dan TDM segera menamatkan percutiannya. Pada masa percutiannya itu, dia menyerahkan seluruh kuasa kepada timbalannya DSAI selaku pemangku jawatan PM, seolah-olah ingin melepaskannya kepada DSAI dalam masa terdekat. Ramai yang percaya begitu. Tak lama selepas itu, ramai yang terlopong apabila mendengar berita DSAI dipecat dari semua jawatannya dalam kerajaan dan parti. Seluruh Malaysia manjadi panik. Sejak itu bermulalah episod "REFORNASI" yang kita kenal pada hari ini. Di sebalik reformasi serta siri demonstrasi anjuran mantan TPM ini, kita tidak mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

Dari sinilah bermulanya sejarah baru Malaysia. Bertitik tolak menuju kemelut perpecahan bangsa Melayu dan kebangkitan parti rasis Cina (DAP). Kesannya sungguh dahsyat apabila kedua-dua pihak iaitu kerajaan dan kesatuan baru pembangkang yang diterajui oleh DSAI mula berbalas-balas serangan, satu demi satu. Bangsa Melayu mula hadapi sindrom hilang arah. Menjadi kecamuk dan keliru. Tidak jelas siapa yang benar dan siapa pula yang salah. Berarak ke hulu dan ke hilir dalam keadaan terpinga-pinga.

Kita tahu sejak dari awal DSAI telah menunjukkan keupayaan luar biasa, berkarismatik dan unggul. Pengaruhnya menonjol sejak dari zaman mudanya lagi. Kebolehannya berucap sejak zaman persekolahan dan Universiti (Malaya) menjadikan dia seorang yang sangat popular. Pada masa itu UM mempunyai Speaker Corner yang sentiasa dipenuhi para pelajar terutama yang tertarik dengan ucapan dan syarahan para pemimpin pelajar mengenai isu semasa. Dia mampu menarik perhatian pendengar dan bijak serta berkeupayaan mengolah sesuatu isu. Anwar Ibrahim adalah jaguh yang amat disegani disamping beberapa rakan baiknya seperti Hishamudin Rais dan juga pemimpin pelajar dari universiti lain, termasuk pemimpin kontroversi Melayu sekarang, Ibrahim Ali. 

Pada zaman itu semua golongan muda amat mengenali Anwar dan berdiri teguh di belakangnya. Dia amat terkenal ketika itu walaupun masih muda belia, ramai berharap dia akan menjadi PM satu masa nanti. Rakan-rakan yang berjuang bersamanya ketika itu sudah tidak lagi bersama dengannya pada hari ini termasuklah mantan PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Walaupun satu masa dahulu, Anwar dianggap amat hebat dan disanjung sebagai pemimpin pejuang rakyat teraniaya. Masa telah berubah dan halatuju perjuangan juga ikut berubah. 

Rupa-rupanya Anwar menjadi cepat dewasa disebabkan perhubungan dengan rakannya di Indonesia semasa masih lagi bergelar mahasiswa. Anwar terpengaruh dengan prinsip perjuangan politik Indonesia malah ikut terpengaruh dengan gaya hebat Sukarno. Sehingga kini Anwar masih berhubung dengan sahabat-sahabatnya di sana. Sayang sekali Anwar juga ikut terpengaruh dengan bawaan Islam Liberal yang semakin rancak di Indonesia. Pejuang rakyat Indonesia juga sangat dekat dengan para idealis pejuang komunis (sesuatu yang malang). 

Sukarno

Kebanyakan ahli Jaringan Islam Liberal Indonesia adalah bekas pejuang komunis yang gagal dalam cubaan merampas kuasa pada pertengan 60an lalu. Mereka diburu oleh tentera kerana dendam terhadap kematian 6 orang pemimpin kanan tentera yang dibunuh kejam oleh pihak komunis (peristiwa 30 september). 

Sebagai langkah untuk menyelamatkan diri dari diburu mereka menyelinap masuk ke dalam dua golongan kiri masyarakat awam. Ramai juga yang menyertai gereja sebagai penganut Kristian dan sebahagian lagi telah menyertai kumpulan pergerakan Islam Baru yang kini dikenali sebagai Islam Liberal Indonesia. Sebab itulah selepas kejatuhan Sukarno (yang telah mula menyukai komunis melalui Subandrio), secara tiba-tiba kristian Indonesia menjadi kuat dan brutal. Islam Liberal pula semakin ramai dan menonjol mencari populariti.

Secara tidak langsung Anwar telah terdedah kepada kedua-duanya secara senyap. Pertana Islam Liberal yang dianuti oleh ramai pejuang kaum marhain dan kedua, terhasut dengan beberapa halacara Sosialis komunisma. Perkara ini tidak didedahkan kerana situasi Malaysia, baik politik atau keagamaan sangat berbeza dengan Indonesia yang lebih rencam disebabkan dasar Pancasila.

Sosialisma tidak diterima oleh orang Melayu begitu juga komunisma. Islam Liberal pula tidak mampu menyerap ke dalam masyarakat kerana Malaysia menolak semula aliran selain dari ASWJ. Atas sebab itu, sehingga kini Anwar tidak bersedia mempamirkan pegangannya yang sebenar.

Dia seorang yang bijak berkomunikasi sehingga para pemikir pun akan terpukau. Eratnya Anwar dengan Indonesia amat terserlah. Gambaran negatif terhadap dirinya terluput mudah melalui cara dia mengajukan alasan. Diakui memang mengkagumkan.

Kata seorang rakannya: "Anwar kalau ke Jakarta disambut bukan sebagai narapiadana, tetapi sebagai VVIP bertaraf Perdana Menteri dan diberikan bilik penginapan suite malahan lebih besar dari bilik perdana menteri Najib,"

Rakyat Malaysia hanya tahu Anwar (DSAI) memiliki pola pemikiran sosialis apabila dia mula giat menganjurkan siri demostrai pelajar di pertengahan tahun 70an. Pembawaan sosialisma secara total masih diteruskan oleh sahabatnya Hishamudin Rais secara terbuka. Anwar bijak menyembunyikan identitinya. Perkara-perkara yang tidak serasi masyarakat akan dirahsiakan namun kebelakangan ini, bila dia berucap di luar negara, pola sedemikian mula terserlah. 

Secara tidak sengaja dia tersasul menyokong pluralisma agama yang pada dasarnya sejajar dengan kefahaman dan bawaan Islam Liberal (mungkin juga disengajakan?). Sejak itu pendedahan demi pendedahan telah merebak dengan cepat. Banyak bukti telah dikumpulkan oleh para pengkaji dalam dan luar negara.

Kini kedudukannya semakin terancam apabila beliau tersalah congak dan mengeluarkan kenyataan peribadi "mempertahankan keselamatan negara Israel" dan "akan meminda undang-undang kesalahan seks yang dianggap lapuk", semakin ramai penyokongnya mengambil keputusan untuk tidak bersamanya lagi.

Tidak disangka-sangka, sebahagian besar dari mereka yang bersamanya menubuhkan dan menjadi peneraju parti Keadilan sudah keluar meninggalkannya dan sebahagian besarnya bertindak menjadi ahli politik bebas. Dari kenyataan mereka ini muncul pula berbagai cerita baru. 

Agak mengejutkan bila DSAI dikaitkan dengan ramai pemimpin Yahudi Amerika. Rahsia perhubungannya dengan Penyangak mata Wang, George Soros dan Perasatuan Yahudi Amerika mula dibocorkan oleh bekas orang kuatnya. Amat sukar dipercayai. Namun memang itulah yang terjadi. Banyak bukti telah diketengahkan. Apa yang menghairankan, mengapa begitu ramai rakan yang berpaling?

Dengan alasan-alasan pelbagai, tetapi rata-rata kurang senang dengan hubungan baiknya dengan rangkaian Yahudi Antarabangsa. Seperti yang kita tahu Yahudi Amerika bertanggung jawab melaksanakan perancangan Yahudi yang digariskan dalam "protokol zionis", jadi secara tidak langsung DSAI sudah menjadi sebahagian dari jentera mereka. Mungkin dia telah diperangkap. Bagi orang Islam, penglibatan dengan Zionis amatlah mendukacitakan walau atas apa alasan sekalipun.

DSAI dan Al Gore


Selepas itu mencul pula perbincangan sensasi mengenai hubungan serasi antara DSAI dan Salman (Satanic Verses) Rushdie dalam satu sesi ceramah di India. Apa yang menarik, DSAI telah menghantar mesej  kepada rakan dan ahli PKR bahawa dia telah memboikot acara tersebut kerana kehadiran Salman. Sedangkan maklumat yang disahkan adalah sebaliknya. Kita tidak tahu apa tujuannya dia menghantar mesej tersebut. Salman adalah mimpi terburuk bagi orang Islam, dia sanggup menghina alQuran dan Rasulullah saw. Sesuatu yang sangat menjuijikkan. Namun Salman mendapat sanjungan Yahudi Zionis. Jika benar DSAI menerima Salman sebagai rakan, ia sesuatu yang amat menyedihkan.


Salman terselamat dari ancaman bunuh yang
diarahkan oleh Pemimpin Iran kerana bukunya
Satanic Verses yang menghina Islam

Secara kebetulan pula pendedahan beberapa insiden berkaitan seks telah diputar semula yang dikatakan melibatkan DSAI.  Beberapa bukti kukuh telah diketengahkan kepada umum termasuk analisa pakar di luar negara. Antara yang paling popular ialah mengenai "China Doll" yang pernah disiarkan dalam sebuah majalah porno di Jepun. DSAI amat bernasib baik atau memang seorang yang pandai mengatur strategi. Beliau masih mampu menafikan cerita itu semua dan membuat alasan ia adalah rekayasa pemerintah, sekaligus ia dianggap sebagai fitnah.

Dalam beberapa keadaan, DSAI sebagai manusia pasti tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan. Walaupun beliau terlepas dari tuduhan meliwat dalam dua kesnya di mahkamah, namun tindak tanduknya dalam mempertahankan diri telah menunjukkan kebenaran bahawa insiden ini memang berlaku cuma tidak dapat dibuktikan (syarat pembuktian yang ketat).

Terbaru muncul semula kisah hubungan sulitnya dengan isteri seorang daripada pembantu kanannya. Ia dikatakan akan dibongkar bersama beberapa bukti dan maklumat baru. DSAI juga dituduh mengamalkan biseksual. Ramai yang mendakwa tahu hal berkaitan aktiviti seks DSAI, mereka tidak berani ke hadapan kerana pada hemat mereka, pembuktian di mahkamah sangat rumit dan memerlukan bukti yang padu dan jitu. Tambahan pula ia berkaitan seorang kenamaan yang ada pengaruh politik. Ia bukanlah semudah yang dijangka. Namun kata mereka, kebenaran tidak akan dapat ditutup selamanya. Ia tetap akan muncul juga sama ada lambat atau cepat.

Cerita baru yang tidak kurang panasnya, DSAI dicabar supaya melakukan sumpah laknat sebagai seorang Islam bagi menafikan gejala seksual yang tertuju kepada dirinya. Jika dia tidak bersedia melakukannya bermakna dia sememangnya terlibat. Cabaran ini kelihatan sangat berat dan sekaligus menjadi satu tuduhan. DSAI sepatutnya segera mengambil kesempatan ini dan menyahut cabaran tersebut. Sekiranya dia benar-benar tidak bersalah, mengapa pula harus menolaknya? Satu tindakan yang cukup mudah, sekaligus membersihkan dirinya dan meningkatkan sokongan masyarakat terhadapnya. Kesan terhadap keengganannya pula akan memberi impak yang besar juga. Boleh melunturkan sokongan terhadap pasukan pimpinannya. Sebagai seorang Muslim yang bermaruah dia sepatutnya menyahut cabaran ini.

Satu lagi pendedahan muncul, sama ada benar atau tidak masih dalam perhatian. Dikatakan wujud sengketa dalaman pentadbiran Kerajaan Selangor. Jika benar, ia akan menambahkan lagi keruncingan. Anwar (DSAI) dikatakan ikut masuk campur dalam urusan pentadbiran Menteri Besar, TS Khalid. Ada maklumat tambahan (hal negatif) mengenai jentera kerajaan Selangor, dimana setiap pemimpin PR Selangor dikatakan sedang berlumba-lumba untuk mengkayakan diri sebelum tertutupnya peluang. Menggambarkan bahawa nasib PR di Selangor dalam PRU nanti adalah meragukan.

Sesungguhnya perjalanan perjuangan DSAI terutama dalam politik penuh dengan liku, dipenuhi ranjau. Kita wajar bersimpati kepadanya kerana dia telah berjuang dengan gigih pada peringkat awal dan hampir mencapai kemuncak, kini sedang bergelut dengan pelbagai skandal. 

Harapan bangsa ini untuk mendapat seorang pejuang tulin yang mampu menjaga agama dan bangsa tidak kesampaian. Kita perlu menanti lagi sehingga munculnya manusia ikhlas, jujur dan berkalibar seperti dihajatkan. Semoga Allah memelihara bangsa ini sehingga bangunnya pemimpin agung yang amat dinantikan itu.

berita semasa:

1. HASAN ALI CABAR ANWAR BERSUMPAH, BUKTI DIA BUKAN BISEKSUAL


Anwar Ibrahim dicabar bersumpah laknat bagi membuktikan dirinya bukan seorang biseksual seperti didakwa bekas rakan karibnya, Senator Datuk S Nallakaruppan.

Pengerusi Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) itu juga dituntut menjelaskan semua persoalan berhubung isu moral yang mengaitkan dirinya dengan beberapa individu termasuk Shamsidar Taharin, isteri Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Media sebelum ini menyiarkan kenyataan Nallakaruppan yang mendakwa Anwar seorang biseksual manakala adik Azmin, Ummi Hafilda pula mendakwa Anwar mempunyai hubungan sulit dengan Shamsidar.

“Kalau dia berani, dia mesti bersumpah laknat dengan menyebut ‘Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya, Anwar Ibrahim, menafikan tuduhan-tuduhan (disebutkan setiap tuduhan itu), dan jika saya menipu, saya akan dilaknat’.

“Anwar perlu jawab dakwaan ini dan jika tidak bersalah, buktikan. Saya menunggu jika dia mampu sumpah laknat dan lahir dari keikhlasan hatinya.

“Saya orang pertama akan ucap tahniah, berjabat tangan dan memeluk dia,” katanya pada Ceramah Umum di Taman Uda, kelmarin.

Hasan berkata, Anwar kini menghadapi masalah dan menyebabkannya semakin lemas, malah rakyat kini dilihat tidak lagi menghormati atau mengendahkan ucapan mahupun pandangannya.

“Bekas pemimpin PR termasuk orang kuat Anwar, Senator Ezam Mohd Nor (bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan) dan Datuk Zulkifli Noordin (Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu), turut meninggalkannya kerana tidak sanggup melihat moral Anwar,” katanya.

Menurutnya, beliau mengenali Anwar secara peribadi memandangkan kedua-duanya pernah belajar di universiti sama serta mengikuti kursus sama, malah sering berhubung sewaktu menjadi penjawat awam sebelum ini.

“Anwar perlu ‘membersihkan’ dirinya, saya sayang dia (Anwar), saya akui dia berkebolehan dan berkemampuan, memang saya kawannya tapi saya tidak berkompromi atas masalah moral,” katanya.

sumber:Sg Rapat


2. PAKATAN RAKYAT SELANGOR KUCAR KACIR, TUNGGU MERUDUM


Keadaan pentadbiran negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat yang dikuasai PKR semakin berkecamuk dan kelam kabut. Menteri Besar dan Penasihat Ekonomi sedang bertelagah kerana bercanggah pendapat. Abdul Khalid Ibrahim dan Anwar Ibrahim sering bergaduh besar dalam bilik mesyuarat mahu pun pertemuan empat mata.

Malah insiden maki hamun dan jerit menjerit dan tumbuk meja apabila mereka berdua bermesyuarat sudah menjadi perkara lumrah dan diketahui umum. Asas perselisihan faham ialah kerana Menteri Besar tidak mahu mengikut telunjuk Anwar dan mahu mentadbir negeri ikut cara ala korporat yang dipelajarinya semasa menerajui Kumpulan Guthrie dan PNB.

Malah ramai daripada kroni-kroninya yang sudah bersara diambil bekerja dan ditempatkan di jawatan-jawatan besar dalam anak-anak syarikat kerajaan negeri. Malah dengar khabar 'ex-girlfriend' Khalid pun diambil bekerja dipejabat Menteri Besar walaupun sudah lanjut usia (ini satu lagi cerita menarik!).

Khalid tidak mahu mendengar cakap Anwar yang meminta beliau menyalurkan dana untuk membantu aktiviti parti. Kerajaan lain dan parti lain kata Khalid, tetapi mahu tidak mahu dia terpaksa juga beri peruntukan, umpamanya bagi penubuhan Pikom, satu kumpulan dianggotai aktivis parti yang ditugaskan menyebarkan maklumat mengenai program serta dasar Pakatan Rakyat.

Pikom dikawal oleh Azmin Ali selaku Pengerusi PKR Selangor dan semua petugas kumpulan itu adalah daripada lantikannya. Berjuta ringgit peruntukan kerajaan negeri telah disalurkan namun Pikom gagal berfungsi seperti diharapkan. Menteri Besar amat marah kepada Azmin apabila mendapat tahu Timbalan Presiden PKR itu menyalahguna dana Pikom untuk tujuan kempennya sesama pemilihan parti dua tahun lalu.

Maklumat dalaman seperti ini membuktikan sikap hipokrit dan talam dua muka pemimpin-pemimpin PKR dan Pakatan Rakyat. Apabila berceramah kepada rakyat terutamanya kepada masyarakat kampung dan luar bandar, merekalah jaguh melawan rasuah, penyalahgunaan kuasa, telus dan adil, tetapi hakikat adalah sebaliknya. Masing-masing sibuk mengumpul harta dan mengaut kekayaan sebanyak mungkin.

Setelah Perdana Menteri datuk Seri Najib Tun Nazak mengumumkan kejayaan besar program transformasinya, GTP, Pakatan Rakyat Selangor mula gusar dan bimbang. Ini kerana Barisan Nasional telah membuktikan bahawa ia terus mampu membela rakyat dan membawa kemajuan ekonomi kepada negara berbanding pembangkang yang hanya pandai bercakap dan menabur janji.

Bermula dari Menteri Besar, Exco, wakil rakyat, ahli majlis termasuk juga pegawai-pegawai di pejabat Menteri Besar dan SUK, semuanya sedang sibuk 'buat duit'.

Mereka tahu nyawa politik mereka hanya tinggal beberapa hari lagi. Sebab itu suasana sana politik Pakatan Rakyat Selangor kini sudah lesu dan tidak bermaya.

Unit media dan komunikasi yang ditubuhkan di bawah sebuah anak syarikat bernama CCSB yang mengendalikan TV Selangor dan menerbitkan akhbar mingguan Selangorkini sudah pun tinggal nyawa ikan dan operasi hampir lumpur.

Ini bermakna jutaan ringgit dana awam telah dibazirkan begitu sahaja dan malah dengar khabar banyak yang masuk ke dalam poket pemimpin PKR dan pihak pengurusan!

Mereka tidak lagi berminat untuk membela nasib rakyat mahu pun membangunkan negeri, malah tidak lagi berdaya untuk mempertahankan benteng politik dalam menghadapi kekuatan BN.

Seperti seorang yang sedang nazak, Pakatan Rakyat Selangor hanya menunggu masa sahaja tamatnya hayat politik mereka menjelang PRU ke-13.


sumber:minda-hijrah

Friday, April 13, 2012

Kenapa perlu jadi munafiq dan hipokrit?

Free dan Hipokrasi

Telah menjadi satu perkara utama dalam hidup rakyat Malaysia. Semuanya kalau boleh nak "free". Adakah barang-barang "free" akan dihargai? Pada waktu ini hanya sedikit sangat yang bersyukur.

Kita lihat kerajaan Libya semasa era Gaddafi, macam-macam rakyat dapat secara percuma. Rujuk sini. Jika rakyat menghargainya, pastinya dia masih hidup hingga hari ini. Seperti yang kita tahu dia mati dalam keadaan yang sangat menyayatkan. Dia dibunuh kejam kerana dihasut USA dengan dakwaan kejam, berkroni, zalim, gila seks dan sebagainya. Jadi adakah rakyat Libya menghargai apa yang mereka dapat dalam kehidupan seharian sehingga sanggup melakukan kerja jahat membunuh pemimpin sendiri. Masih mengaku sebagai umat Islam? Kini Libya dalam kancah huru hara berpanjangan. Inilak kerja Yahudi USA melalui CIA, FBI, NED dan entah berapa banyak lagi agensi yang terlibat.

Berhati-hati dengan penasihat dari USA. Merekalah yang menjaja pelbagai kecurangan pemimpin Islam Timur Tengah sehingga berlaku apa yang disebut Arab Spring itu. Mereka lakukan kerana untuk mengangkat kroni mereka sebagai pemimpin bagi memudahkan agenda mereka. Mereka sebenarnya di sebalik semua angkara durjana ini.

Kini negara kita pula di adu domba dengan mengatakan kerajaan sekarang tidak cekap, ketirisan, beli kapal selam dengan harga mahal, dan berbagai-bagai lagi rekayasa untuk menipu rakyat. Bila fakta sebenar dikeluarkan (kes kapal selam misalnya) semua diam membisu. Dibangunkan pula isu lain. Inilah namanya hipokrasi.

Lepas satu, satu perkara timbul. Dari kes TOL, muncul pula Turun Harga Minyak, kes Gaji Minima dan kini kes PTPTN. Janji yang manis-manis untuk rakyat seolah mereka lebih bijak dari orang lain. Pada hal kes "sampah" di Selangor pun masih belum selesai lagi. Mereka mula mecipta isu baru bagi melenyapkan kelemahan mereka sendiri terutamanya mengenai "Sokongan Keselamatan Negara Israel" yang masih panas. Kes salah laku seks yang dibangkitkan Datuk Nalla juga sedang disepikan.

Mereka sengaja menekan kerajaan dengan cara begini supaya rakyat membenci kerajaan.  Kebencian rakyat kepada kerajaan akan menjadi kelebihan kepada mereka. Sama seperti yang berlaku di negara Arab. Kita sedang mengikut mereka dari belakang. 

Saya membaca satu ulasan yang bernas dari seorang bekas pemimpin yang amat mengetahui hal sebenar mengenai PTPTN. Saya setuju pandangannya bahawa PTPTN tidak perlu dimansuhkan sebaliknya baiki supaya lebih mesra rakyat. Persekolahan percuma dari Darjah Satu sehingga Tingkatan Enam sudah memadai. Mereka yang memasuki Pusat Pengajian Tinggi harus mempunyai tanggung jawab membiayai sendiri pengajian kerana mereka bakal mendapat pangkat dan perolehan yang besar selepas tamat belajar nanti berbanding persekolahan biasa.

Bagi membolehkan pelajar yang miskin meneruskan pelajaran, PTPTN ini sebenarnya cukup membantu. Mana-mana pelajar yang cemerlang, wajar dilepaskan dari membayar balik dengan menukarnya menjadi biasiswa sebagai galakan dan penghargaan.

Wajarkah pelajar di Universiti Swasta dipercumakan? Siapa pula yang akan menanggung kos tersebut? Ia tidaklah mudah sebagaimana yang digambarkan. Kajian mendalam wajar dibuat terlebih dahulu. Tetapi atas kepentingan politik, semuanya nampak cantik kerana ia semata-mana kosmetik dan janji yang tak pasti. 

Kita faham kenapa isu ini timbul. Ketua Pembangkang ingin menguasai kampus dan berharap gimik sebegini akan menarik sokongan padu dari pelajar. Pelajar juga menjadi alat demonstrai beliau. Tetapi ia tetap disulami agenda penipuan. Kerana manusia yang berada di sebalik penubuhan PTPTN adalah dia sendiri. Kini kelemahan dan kesalahan yang ada diletakkan atas bahu orang lain. Ini lagi satu hipokrasi oleh si hipokrit. Di manakah kejujurannya?

Kerajaan ada formula sendiri yang akan menyelesaikan isu ini. Satu rumusan yang lebih komprehensif dan masuk akal. Bukannya menggula-gulakan perkataan "percuma atau free" kepada rakyat. Jangan samakan yang miskin dengan yang kaya. Yang berusaha dengan yang goyang kaki. Yang suka belajar dengan yang suka berdemo. Baharulah "adil" namanya. 

Bagaimana kalau rakyat minta segalanya dipercumakan?

Kita lihat kembali sejarah dan tujuan kenapa diwujudkan PTPTN ini. Untuk itu saya siarkan pandangan bekas pemimpin tersebut.

1. Baru-baru ini saya berjumpa dengan sekumpulan mahasiswa yang begitu terpengaruh dengan janji Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghapuskan pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Mereka yang terpengaruh dengan janji Pakatan ini tidak memahami sejarah dan pemimpin yang mewujudkan PTPTN sendiri.

2. Apabila Anwar mengumumkan beliau akan menghapuskan pinjaman PTPTN mereka bersorak sakan tanpa melihat asal ususl kemunculan dana ini.

3. Pada awal 1991, Perdana Menteri Keempat, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (Tun) mengumumkan pelan jangka panjang Wawasan 2020 iaitu ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berasaskan kepakaran dan teknologi serta mewujudkan rakyat berpendapatn tinggi. Justeru, mahu tidak mahu jumlah pelajar pengajian tinggi juga perlu ditambah dengan banyaknya agar selari dengan hasrat Wawasan 2020 itu.

4. Selain itu, perkembangan pesat Institut Pengajian Awam dan Swasta, kemunculan begitu ramai pelajar yang lulus cemerlang dalam pengajian peringkat menengah sejak penghujung alaf lalu menyaksikan kerajaan tidak lagi mampu menyediakan peruntukan yang besar dalam pemberian pinjaman dan biasiswa melalui Jabatan Perkhidmatan Awam seperti sebelum itu.

5. Atas sebab itulah kerajaan menubuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566).

Hipokrasi Anwar Ibrahim

6. Siapakah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika PTPTN ini ditubuhkan? Nyata sekali PTPTN ditubuhkan di bawah batang tubuh pemimpin yang hari ini ke hulu ke hilir mendakwa PTPTN menekan mahasiswa, zalim dan merupakan tanggungjawab kerajaan untuk memberi pendidikan percuma sehingga ke universiti.

7. Tujuan PTPTN ialah untuk mengambil alih peranan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang sebelum ini merupakan agensi pemberian pinjaman pendidikan terbesar kerajaan selain Majlis Amanah Rakyat (MARA). PTPTN bertujuan mewujudkan satu tabung pinjaman pendidikan yang tidak lagi memerlukan peruntukan kerajaan saban tahun seperti JPA sebelum ini.

8. Malangnya PTPTN bermula dengan langkah yang salah apabila mengenakan caj sehingga 4% setahun ke atas pinjamannya. Ini menimbulkan kemarahan para pelajar yang terasa mereka dibebani oleh pinjaman pendidikan yang terlalu tinggi apabila mula bekerja.

9. Tapi sekali lagi pengenaan caj 4% ini dilakukan di bawah pengawasan Menteri Kewangan mana? Orang yang sama hari ini yang mendakwa pinjaman PTPTN dan caj pengurusan, yang jauh lebih rendah daripada zaman beliau, sebagai zalim dan menindas mahasiswa.

10. Namun kerajaan Barisan Nasional yang prihatin ini kemudiannya menurunkan kepada 3%dan setereusnya menganjurkan skim baru yang hanya mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 1% sahaja. Dan ingatlah semua ini berlaku bukan lagi pada zaman pemimpin "rakyat" bernama Anwar Ibrahim memegang kuasa.

11. Sungguhpun kita mengetahui sikap hipokrasi pemimpin Pakatan ini, namun kita juga harus menerima hakikat bahawa wajah, struktur dan bentuk PTPTN boleh diberi nafas baru yang menjadikannya lebih mesra rakyat.

PTPTN Perlukan Perubahan Drastik

12. Sehingga tahun lalu seramai 885,564 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu membayar balik pembiayaan pendidikan masing-masing yang berjumlah RM5.3 bilion. Pada Oktober tahun lalu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dr. Hou Kok Chung berkata, 114,125 peminjam telah diluluskan penangguhan bayaran balik disebabkan menyambung pelajaran, masih belum bekerja dan dalam proses tawaran yang melibatkan amaun sebanyak RM967.18 juta.

13. Ini bermakna masih ada lagi ruang untuk pelajar yang telah lulus pengajian memohon penangguhan bayaran semula. Namun masih ramai yang tidak berpuas hati kerana PTPTN mewajibkan mereka mula membayar balik enam bulan selepas habis pengajian. Jika tidak mampu membayar maka perlu melakukan rayuan dan bergantung atas budi bicara para pegawai PTPTN. Malahan saya dimaklumkan PTPTN mempunyai budi bicara untuk mengurangkan bayaran bulanan sehingga serendah RM 50 sebulan.

14. Namun masalah yang besar ialah mengenai jumlah yuran pengajian yang begitu tinggi di Institut Pengajian Tinggi Swasta sehingga menyebabkan ada antara pelajar lulusan vokasional dan teknik berhutang dengan PTPTN sehingan RM 45 ribu ke 50 ribu sebaik tamat pengajian.

15. Dalam keadaan inilah kerajaan harus menganggap memberi pinjaman pendidikan tinggi kepada para pelajar merupakan satu bentuk pelaburan yang kalau tidak lebih penting pun tentulah sama penting dengan pelaburan pembangunan lain.

16. Pada hemat saya PTPTN perlu menggunakan skim pembayaran balik pinjaman MARA yang lebih mesra pelajar dan sangat bertimbang rasa. Ini membolehkan pelajar menikmati pelbagai potongan diskaun selain menggalakkan kerja keras mahsiswa menumpukan kepada pelajaran. Jika pelajar yang mendapat kelulusan baik diberi potongan tertentu, maka lebih ramai yanga akn menumpukan kepada pelajaran berbanding menghabiskan masa berhibur dan berdemontrasi.

17. PTPTN sebagai organisasi yang berkait rapat dengan kerajaan tidak harus menjadi seperti bank yang mengenakan pelbagai caj dan faedah sehingga membebankan mahasiswa.

18. PTPTN mendapat dana permulaan daripada kerajaan. Saya percaya kerajaan boleh menambah dana tersebut jika PTPTN mempunyai strategi yang berkesan untuk menjadi sebuah organisasi yang mapan pada masa akan datang.

19. Justeru PTPTN harus mengambil langkah seperti MARA yang kini khabarnya mempunyai cabang pelaburan sendiri bagi mengumpul dana untuk organisasi dan aktiviti mereka. Atau sekurang-kurangnya PTPTN boleh mencontohi model pengurusan dan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)yang mampu mendapat keuntungan bagi menampung kos operasi dan membayar dividen kepada penyimpannya.

20. PTPTN boleh memohon dana khas kerajaan untuk pelaburan dalam industri tertentu yang tidak berisiko tinggi tetapi mempunyai pulangan sederhana. Kos pengurusan PTPTN dan juga kerugian daripada pemberian diskaun kepada pinjaman pelajar boleh ditampung dari sumber keuntungan pelaburannya, bukan daripada pinjaman pendidikan itu sendiri seperti yang berlaku sekarang.

21. Dengan peruntukan berbilion daripada kerajaan, adalah mustahil untuk PTPTN tidak mampu untuk mencari peluang pelaburan yang mencukupi untuk membiayai pengurusan organisasinya dan juga menampung kekurangan dana pinjaman akibat pelupusan dan juga pengurangan bayaran balik pinjaman.

22. PTPTN juga boleh melakukan pelbagai aktiviti mengutip dana untuk tabung pinjaman ini jika syarikat korporat, dermawan dan rakyat percaya mereka membuat kerja membantu mahasiswa bukannya menindas mahasiswa.

23. Yang utuma dan penting ialah PTPTN tidak seharusnya mengambil jalan senang dengan memberi pinjaman dan mengutip bayaran semata-mata sehingga ia menjadi satu bebanan politik kepada rakyat.

24. Belajarlah daripada agensi lain terutamanya daripada MARA yang bukan sahaja berupaya menaja para pelajar ke luar negara tetapi juga memberi pinjaman yang sangat fleksibel dan mesra mahasiswa.
http:SUMBER

Tahniah kerana membantu menjawab isu PTPTN ini. Tetapi mungkin ramai yang tak perasan kerana teruja dengan istilah "tak kena bayar balik" dan akhirnya berpusing kepada "pelajaran percuma'. Bagaimana pula nasib mereka yang jujur dan telah membayar PTPTN sebelum ini? Perlukan dibayar balik kepada mereka apa yang telah mereka bayar? Jika untuk adil, semua mesti dibayar balik kepada bekas pelajar tersebut. Sesuaikah tindakan ini? Bagaimana pula yang pelajar di Luar Negara, adakah kerajaan terpaksa menanggungnya juga?


demo pelajar ada dalangnya

Bila isu ini dimainkan semula oleh Anwar Ibrahim, maka kami rasa perlu postkan entri ini semula untuk tunjukkan siapa sebenar munafiq besar dalam isu ini.

SENDIRI BIKIN SENDIRI KOMPLAIN. Ada maruah ke tidak wahai Bekas Menteri Kewangan?
 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan