Monday, December 23, 2013

Brazil jadi Kutub Utara manakala India jadi Kutub Selatan. Malaysia dijangka membeku 2015?


Manusia suka kepada perkara ganjil. Bersediakah kita semua untuk menyaksikan fenomena yang menakutkan? Kata Nabi saw :apabila mendengar berita tentang "Pemuda Bani Tamin dan Bendera Hitam dari Timur", segeralah kamu ... walau terpaksa merangkak di atas "salji"  maka, hadis berkenaan menceritakan tentang kesusahan merangkak atas "salji" (salji tebal). Pada asalnya kita anggap ia (hadis) hanya untuk negara Russia atau negara2 sejuk.Ia amat janggal bagi umat Islam di tanah Arab dan Asia Tenggara.  Amat tidak munasabah bagi kita di Asia Tenggara ini.


Tetapi bayangan mengenai salji itu seolah menceritakan kesusahan yang bakal terjadi (kepada umat Islam) kerana salji menutupi bumi. Memandangkan majoriti penganut Islam berada di daerah panas termasuk kita di Malaysia, ia cukup mencabar akal kita. Rasulullah saw adalah benar, baginda tahu apa yang kita tidak tahu.


Kini semakin hari semakin jelas perubahan sedang berlaku dimana negara yang dahulunya bercuaca panas pasti akan beralih menjadi negeri bersalji satu hari nanti. Kebenaran hadis tersebut semakin nyata.



Jangan panik atas kejadian di Mesir dan Vietnam. Malaysia juga bakal menerima nasib sama malah mungkin lebih teruk darinya satu hari nanti. Allah Maha Berkuasa atas segalanya. Maha Adil. Kenyataan alHadis: "matahari akan keluar dari Barat" akan berlaku melalui satu kejadian peralihan kutub dari utara ke selatan begitulah sebaliknya. Jika ingin ditafsirkan bahawa kiamat semakin dekat, tiada salahnya. Sememangnya kiamat semakin hampir bukannya semakin menjauh.

MATAHARI AKAN KELUAR DARI BARAT

PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH


Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari.

Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut.. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai.

Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.

Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas.

Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 batu setahun pada tahun 2007. Ia bergerak sepantas 26 batu sebulan pada tahun 2013.

Terkini kepantasannya 1 batu setiap hari!!

Kelajuan pergerakan Kutub makin bertambah Dalam masa 2 tahun kutub ia akan sampai ke Siberia untuk berada di kedudukan 40 darjah.

Pada titik ini ia akan meluru merentasi garis Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan. Ini boleh berlaku dalam jangka waktu yang sangat pantas samada beberapa hari atau beberapa jam.

Jika ini berlaku, seluruh geografi akan berubah. Ada tempat yang timbul. Ada tempat yang tenggelam. Air akan mencari tempatnya. Ada tempat mengalami banjir. Ada tempat berubah menjadi padang pasir.

Amerika selatan khususnya Brazil akan menjadi Kutub Utara manakala India akan menjadi Kutub Selatan. Malaysia dijangka berada sebaris dengan India. Tidak tenggelam tapi membeku.

Khatulistiwa pula berada di Antartika

Peralihan kutub yang semakin pantas membuatkan saintis mengagak keseluruhan medan magnet bumi akan " flip" di mana kompas yang dahulunya menunjuk ke utara akan beralih arah ke selatan.

Semasa pergerakan " flip" peralihan kutub dari 40 darjah utara ke 40 darjah selatan pergerakan besar air boleh mencetuskan mega tsunami yang menenggelamkan tempat-tempat sebagaimana yang berlaku kepada Atlantis.

Antara negara yang dijangka tenggelam terus ialah India dan Australia Barat. Bandar-bandar ditepi laut akan ditenggelami air

Peta dunia akan berubah dalam masa dua tahun selepas peralihan kutub berlaku. India akan tenggelam terus. Begitu juga Australia barat.

Apabila berlaku "flip" pada kutub medan magnet bumi akan menjadi lemah. Medan magnet yang kuat melindungi bumi dari kerosakan oleh sinaran matahari. Kini bumi akan lebih terdedah kepada kesan dahsyat akibat gejolak api di matahari, angin solar, ribut surya dan "sun spot".

Manakala "flip" juga bakal mengakibatkan berlaku gempa bumi, letusan gunung berapi, banjir, tsunami dan taufan yang dahsyat yang belum pernah berlaku sedahsyat itu.

Pergerakan kutub memang sedang berlaku. makin hari makin laju. Pergerakan kutub dapat dilihat dengan fenomena berbagai bencana alam yang kerap berlaku.

Bilakah peralihan sepenuhnya kutub akan berlaku?


Mengikut anggaran saintis ianya akan berlaku pada 2015.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui kerana semuanya adalah perencanan Ilahi.

Samada merujuk kepada Komet ISON atau kejadian langit yang lain yang belum muncul, berikut adalah sabdaan Rasulullah SAW dan kata-kata sahabat tentang fenomena bintang berekor yang bakal disaksikan di akhir zaman.

Terdapat sabdaan Rasulullah s.a.w dan Saidina Ali tentang sejenis komet yang memberi indikasi sejarah. Samada hadis dan sabdaan tersebut merujuk kepada kehadiran Komet ISON, hanya Allah swt yang Maha Mengetahui.

Sabda Rasulullah S.A.W "
“..antara tanda muncul Imam Mahadi ialah munculnya bintang berekor dengan ekornya bercahaya menerangi langit dan menyebabkan tenggelamnya kawasan pantai”

Kata Saidina Ali RA mengungkapkan dalam catatannya (Jufr Ahmar),

"Kedatangan Al Mahdi akan di dahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun) dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad.

Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah. Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyonsong fajar. Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit.

Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya. Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang- orang yang baik, dan ia merupakan kerugian bagi orang -orang yang jahat".

Antara fakta Komet ISON ialah:

1. ISON digelar “ Komet abad ini”
2. ISON akan berada paling hampir dengan matahari pada 28 November 2013.
3. ISON akan berada paling hampir dengan bumi pada 26 Disember 2013
4. ISON dapat dilihat seperti matahari kedua di siang hari.
5. ISON boleh dilihat diwaktu siang dan malam.
6. ISON memiliki ekor sepanjang 57,000 Km.
7. ISON adalah komet yang paling mudah dilihat oleh ramai orang.
8. ISON akan dilihat 15 kali ganda kecerahan cahaya bulan.
9. ISON akan menghasilkan ribut suria yang sempurna@perfect Solar Storm.
10. Bumi akan merempuh debu2 komet ISON pada 14 Januari 2014.

Artikel ini ditulis bukan untuk menggempar dan menakutkan. Apa yang bakal terjadi akan tetap terjadi.

Semoga setelah membaca artikel ini, saudara- saudari serta anak-anak ku bertambah kesedaran dan keinsafan. Bertambah taat pada Allah. (Persoalan yang mungkin timbul ialah, jika sekiranya India menjadi kutub nanti bagaimanakah caranya kita hendak pergi ke Makkah? Laut sekitar India telah membeku, menghalang lalulintas laut. Penggunaan kapal terbang juga terganggu kerana kabus tebal. Mungkinkah kita perlu berjalan kaki mengharung salji untuk ke sana?)

Apapun kita tahu Allah Maha Adil, Tambahlah akan amalan agama. Di waktu yang sama terus peka dengan perubahan-perubahan serta lebih rajin membaca dan mengkaji fenomena perubahan kutub ini.

- Harakatul Muqawamatul Islamiyyah

KOMPAS

Kalau ikut arah utara kompas untuk ke Kutub Utara, belum tentu kita sampai ke Kutub Utara sekarang ini. Keadaan medan magnet bumi kini sudah berganjak pada kadar 40 batu setahun. Saintis mengatakan ia perkara normal, tapi anehnya mereka mengatakan ia hanya berlaku dalam kekerapan 100,000 tahun sekali; sudah tentu kalau dikira dalam sejarah kewujudan manusia dibumi ia bukanlah sesuatu yang normal untuk umat manusia.

Ia juga menjadi semakin memberi kesan terhadap kegiatatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Ia memaksa lapangan terbang tersebut ditutup selama sebulan bagi kerja-keja pengubahsuain.

Kedudukan arah baru itu bagi mengambil kira anjakan medan kutub utara, yang berganjak dari Kanada Utara kearah Russia pada kadar 40 batu setahun. Ini bermakna arah kompas kita berganjak 40 batu menghampiri Russia bebanding setahun lalu. Kira-kira setiap 5 hingga 10 tahun, anjakan kutub magnet bumi akhirnya akan mengakibatkan jajaran kompas and arah utara sebenar semakin ketara. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai.





Wandering of the Geomagnetic poles
Movement of magnetic poles from 1590 to 2010

The magnetic poles or dip pole are computed from all the Gauss coefficients using an iterative method. Magnetic poles derived in this fashion are more closer to the experimentaly observed poles. Based on the current WMM model, the 2010 location of the north magnetic pole is 84.97°N and 132.35°W and the south magnetic pole is 64.42°S and 137.34°E. The Google map below illustrates the movement of the magnetic poles during 1590 to 2010 derived from the GUFM (1590 – 1980) and IGRF (1981 – 2010) models. The GUFM model (Jackson et al., 2000, Four centuries of geomagnetic secular variation from historical records, Phil. Trans. Roy. Soc. Lond. A, 358, 957- 90.) covers the period 1590 -1990 and is based on ship log data. The path reflects the chaotic and independent movement of magnetic poles. For example, the present rate of progression of the north magnetic pole (55 km/year) is significantly higher than that of the South Pole.



Figure. Trace of the magnetic dip poles during 1590 - 2010 as derived from geomagnetic models. Click on the icons for the year. 

The magnetic field from 1590 - 1980 (green line) is given by the GUFM model, while the field from 1980 - 2010 (red line) is given by the 10th generation of the IGRF. The locations of the poles (1590-2010) are available for download here: North Pole , South Pole.

http://www.abovetopsecret.com/
.

89 comments:

Anonymous said...

Apakah persediaan malaysia dalam perubahan cuaca yang ketara ini?Bagaimana dengan tahap stuktur ekonomi negara yang bakal terjejas?Kesan dari perubahan cuaca tersebut akan mengubah rekabentuk infraskuktur,sosial enonomi dan tabiat makanan.Kita bernasib baik,kerana kita adalah pemain achor kepada kewangan islam.Sepatutnya,sistem kewangan tersebut terarah kepada maqasih syariah dengan lebih tepat.Begitu juga dgn dasar perjanaan tenaga di masa hadapan, termasuk industri oil and gas.Kesimpulannya kita,terpaksa menolak TPPA dengan asas yang kukuh, utk memperbaharui ekonomi negara di landasan tersendiri.

Anonymous said...

My postulation,
3 pergerakan bumi.
1. Mengorbit matahari dgn paksi sendeng 23 darjah dlm masa setahun.
2. Putaran barat ke timur dlm masa 24 jam.
3. Putaran utara ke selatan yg sgt perlahan. Bila masanya paksi putaran bersetentang tepat 0 darjah dgn matahari satu belahan bumi mengalami siang dan satu belahan lagi mengalami malam yg berpanjangan selama 72 jam. Bila paksi putaran berganjak sedikit sahaja dr 0 darjah, putaran bumi barat ke timur akan jadi seolah olah bertukar dr timur ke barat, tp yg sebenarnya adalah perubahan paksi bumi utara ke selatan berdasarkan rujukan darjah pengorbitan bumi mengelilingi matahari. Mk ketika itulah berlakunya kebalikan dan matahari muncul dr sebelah barat.

Anonymous said...

keterangan yang baik. terima kasih

Anonymous said...

Artikel ini adalah bahan bacaan yang baik, tetapi malangnya ia bukan bahan rujukan yang baik, kerana tidak memberikan sebarang kredit mahupun rujukan kepada sumber-sumber daripada mana fakta ini diambil.
Tanpa rujukan kepada sumber fakta, artikel ini hanyalah sampah, hatta ia membawa kebenaran sekalipun.

Anonymous said...

Cuaca malaysia macam negara chile selatan.Rumput yang dingin,sg berais {membeku}.Sungai kelantanpun beku.Berangin sejuk.Negara marcelo salas.Malaysia tak masuk world cup saje la.

Anonymous said...

NFC boleh ternak lembu skala besar2an.Mesti masyuk.Lembu baka baru.

Anonymous said...

ISON dah hancur. skarang nk tgk komet mana pulak?

Anonymous said...

ya, ISON telah berlalu pada 29 Nov lalu....

Al Mahadaya said...

Di waktu dajal satu hari spt sehari, sebulan, setahun. Bumi akan semakin perlahan putarannya sebelum berhenti dan kemudian berpusing di arah berlawanan. Di ketika itu matahari terbit dari barat maka pintu taubat di sebelah barat di tutup.

nmshariff said...

Setuju...berilah kredit sumber pada yg berhak

Aa said...

Setakat berita ini cuma jangkaan saintis dan dikait dengan hadis.. bagi saya ia boleh dipercayai kalau mahu dan boleh juga tidak. terserah. Kan kita semua suka kaji perkara pelik? ha ha.. harap ada yang berubah dan lebih beribadat.

Anonymous said...

huh.. kan ada sumber asal kat sana.. Harakatul Muqawamatul Islamiyyah

lalapost.com said...

menipu no satu. di negara arab memang sudah biasa musim sejuk sampai -darjah dan kebetulan taun ini negara itu turun salji dan di mesir memang pernah turun salji sepuluh tahun yg lalu...kalau di vietnam memang selalu turun salji tolong la jgnbuat artikel yg tipu sangat, dah la x de credit

ujat said...

huhu ...Yg ko sakit ati,, apsal? nak pecaya percayalah kalau xnak pecaya ye sudah. apsal tuduh orang tipu? ini hanya artikel peringatan, kalau blum kena blum tahu. bodo punya olang.. banyak makan lala kot.....

Anonymous said...

Haha btl ini artikel peringatan ja.ikt pada pembaca la.xpyh nak kutuk2

Anonymous said...

Dok tak dok lala panas knp? Hahahahah

Unknown said...

Bagi saya jika itu hahya teori dan bukan fakta, janganlah kaitan dgn alquran dan hadis...jika salah maka org persalahkan alquran dan hadis...bknya sains...itu bahaya...janagan tafsir semborono

cloud said...

Lol..bro.. ko letak artikel planet marikh yang mataharinya terbit dari arah berlawanan kan. Baca dan pahamkan betul2 ape itu 'retrogate motion'. Retrogate motion tu ilusi yang terjadi kerana beza kelajuan pergerakan antara bumi dan marikh..kelajuan yang berbeza ini menyebabkan ilusi .Bukannya bertukar arah putaran.

Cerita tanpa bukti dan rujukan..hanyalah setaraf khabar angin. Mcm majalah mustikaaaa hehehe. Sedap baca..tapi tak wujud.

Walaupun aku tak setuju. Tak bermakna aku tak percaya dgn hadis Rasullullah s.a.w :)

cloud said...

Setujuuuuu :)

cloud said...

Aik. Sampai bole masuk topik tppa tu wakakaka. Gila sasar jauh

Anonymous said...

???

Anonymous said...

Apa sibuk nak ramal kiamat bila.

Entah esok entah lusa kita mati.Sempat ke kita nak taubat.

Anonymous said...

tuan tanah, boleh komen sikit fenomena ikan tamban naik di Lahad Datu selasa lalu? ada kaitan kemunculan IM? kenapa Lahad Datu? Ada kaitan ke kes pemberontakan tempoh hari? Kenapa di Lahad Datu? Ada apa ye di Lahad Datu? Ada sesiapa yang boleh bagi tau....mungkin tuan ADDP boleh cerita kot? Hari ini matahari dilihat dengan mata kasarku amat bersinar dan amat cantik...walaupun komet ISON dah jauh dari matahari....

akuapis said...

Ni artikel peringatan kn?kita ambil yg +ve jela,klu yg -ve kita cari jwpnny sndri.tp ikut hadis ni antara petanda2 kiamat,disamping gjala sosial etc.wallahualam.

Anonymous said...

pembaca sekalian..blog ni dah ade reminder kat bawah tu "Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih"...jadi jgn la emo sangat..

Anonymous said...

satu analisis ilmiah sains yang tidak mustahil berlaku dengan izin Allah s.w. ....tiada kaitan dengan kiamat

nnn said...

Bagi aku, kiamat x akan tejadi selagi baginda IM tak uncul. Itu janji nabi kita saw, Setuju x? Sabar lah menanti. Yg penting betulkan saf.. aha

Anonymous said...

Boleh maing salji laaa pah no

Anonymous said...

Komet ison paling dekat ngan bumi hari ini 26 disember. 14 januari lak partikel debu ison sampai kat atmosfera bumi. ..

Anonymous said...

Xde salah pn artikel ni. Utk peringatan kita jgk

Anonymous said...

hari kiamat pasti muncul....sedarlah umat islam....nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda yg berbunyi lebih kurang macam ni: barang siapa yg berpegang pada al-Quran dan sunnahku mak ia tidak tersesat...makautk mengetahui mengenai hari kiamat...kaji lah Al-Quran bukan teori sains yg di pelepori oleh kebanyakannnya org buka islam.....maaf la jika tersinggung

Anonymous said...

3. ISON akan berada paling hampir dengan bumi pada 26 Disember 2013
4. ISON dapat dilihat seperti matahari kedua di siang hari.
5. ISON boleh dilihat diwaktu siang dan malam.

26 disember 2013 harini kan?

Anonymous said...

14 januari bersamaan dgn hari maulidur rasul...subhanallah.

Anonymous said...

Komet ison paling dekat ngan bumi hari ini 26 disember. 14 januari lak partikel debu ison sampai kat atmosfera bumi. ..

Anonymous said...

bersedia sebelum terlambat,umur umat nabi muhammad s.a.w ada lebih kurang 1500 tahun,sekarang berapa hijrah 1434?,renung-renungkanlah,nabi isa pun dah nak turun?,kalau saya silap betulkan

air api said...

suka pk pk :)

Unknown said...

Usaha atas iman usaga atas amal, jangan cajao pekara sia2.. Hari ni cacakap melangit esok mati ke bawah tanah ju

Lekiu said...

Kita serah saja kes nie kpd Allah Taala. Malaysia pun dah semakin melingkup. Demo tak henti2. Kacau bilau jadi agenda USA.. !!! Malaysia pasti akan karam dan tergadai kepada Cina lahanat.

Biarlah mereka dengan lelabunya kita bersedia untuk merangkak atas ais jika ianya terjadi nanti. Perbaiki iman.

Unknown said...

Pintu taubat allah swt sentiasa terbuka seluas langit di langit dan laut yg terbentang..

Unknown said...

Bkn hak kita tentukan bila pintu taubat allah swt akn tertutup.. Dia yg Maha Pencipta.. Dia Maha Pengampun..

Unknown said...

Perbaiki diri sebaiknya jika kita nk org lain sebaik yg kita mahu..

Unknown said...

the author cannot even differentiate between Earth's north pole and Earth's magnetic pole... what credibility does the author have to comment on Allah's doing? He is just disillusioned self driven prophecy. Magnetic north movement relates to the Iron core density movements as the core is a liquid. Dear author, do some read up.. internet is not only for porns.

airplanes using compass? what is this? 1910? nowadays it uses GPS and ground references.

Anonymous said...

Berusahalah kembali ke jalan yang benar... mencari Allah swt, bukan hanya mendengar berita semata. Tak kisahlah cerita ini benar atau tidak, sekurang2nya penulis cuba sedarkan kita bahawa masa akhir semakin dekat. Orang muda jangan leka, kita perlu bersedia menanti apa sahaja yang bakal terjadi. Demi Allah sesungguhnya kiamat akan terjadi, cuma kita tak tahu bila.

... said...

Jangan takut selain Allah

Anonymous said...

dakwah & tabligh

Anonymous said...

Lai salaha mindu nillahi kaa syifah....

Anonymous said...

senang citer la,kebanyakkan apa yang di terangkan kat atas bertepatan dengan keadaan yang berlaku dan tepat seperti yang didalam al-quran dan hadis,yang dok kutuk ni bukan aper,diorang ni bertuhankan duit,Animisme. dan gila kuasa,tak boleh terima yang dunia dah hamper kiamat sebab takut hilang harta......baca al-quran,jangan takat baca arab jer,bacalah tafsirnya sekali baru faham , kenal allah dan islam.nak tau lebih lanjut tu....pegi kat al-quran korang tu baca balik tafsir balik....dan fahami...jangan main maki2 orang jer

Unknown said...

memacam ade skrg...dulu 2012....skrg nih plak....cuma allah lebih mengetahui

Anonymous said...

Wallahua'lam..

Anonymous said...

Allah maha besar!

Anonymous said...

Allahuakbar! tak kira lah artikel ni sahih atau tak,yang penting ambil iktibar dan persiapkan diri...benda yang jauh dengan kita adalah masa lalu dan yang dekat dengan kita adalah kematian yang pasti.

Unknown said...

x salah pun nak bagi info @ bt sbarang kajian..jgn duk mngutuk @ membangkang je....btl ke x btl ke tu atas kpercayaan masing2,kita ada agama...yg kutuk2 tu duk sibuk nak baca&ambik tahu jgk bt apa??matang skit,jgn kolot

Unknown said...

x salah pun nak bagi info @ bt sbarang kajian..jgn duk mngutuk @ membangkang je....btl ke x btl ke tu atas kpercayaan masing2,kita ada agama...yg kutuk2 tu duk sibuk nak baca&ambik tahu jgk bt apa??matang skit,jgn kolot

azmi said...

Bodo

Anonymous said...

Mmg betul pintu taubat tutup saat tu. Tapi bukan untuk barat sahaja. Untuk semua manusia.sebab ianya tanda2 besar kiamat

azmi said...

Tettt..anda salah..sila cuba lagi tahun depan..

azmi said...

Please refer magnetism..

Asfan Ash said...

Some people dont have logic. (in b4, kuasa Allah memang tak terjangkau dengan logik). Benda macam ni memang wajib akan keluar setiap kali ada fenomena alam terjadi. Tsunami dulu pun ada kisah lebih kurang camni. Siap ada masjid magic lagi -__-

Yang aku sedih ni golongan terpelajar pun share kat Facebook. sedih

Anonymous said...

Manusia menanti pengakhiran alam semesta sudah beratus-ratus tahun,disebabkan perkara itu ilmu kaji bintang dikuasai para cendekiawan.Coba lihat ke dalam diri kita sebagai orang muslim.Mau mati dalam keadaan yang bageimana? Ibarat meluncur di lautan deras dengan hanya menggunakan layar.Nah tentu saja anda yang mengendalikan kemana maunya.Justeru itu perkemaskan saja dirimu itu wahai manusia..kerna tiada esok bagimu jika senantiasa dalam kerugian.Agama dalam kehidupan atau kehidupan dalam agama.Mudah ditutur tapi sukar dimengerti.

Unknown said...

10. Bumi akan merempuh debu2 komet ISON pada 14 Januari 2014.

Aiyoo. Da 10 hari lepas. Malaysian! Wake up. Jangan la asyik sebar tanpa selidik.

Yang tak boleh bla siap ada yang percaya bulat2 tak periksa hujung pangkal.

Anonymous said...

Potong stim

Anonymous said...

Pelik..ramai dikalangan kita yg bijak pandai lagi..masih nak pertikai soal fakta2 yg saintifik.....selama ini pun kita guna panduan waktu solat guna falak, ramalan gerhana pun guna falak....dahulu saintis2 yg masyhor pun org2 Islam..so..ini bukan masalah ramalan dan hukum logik sahaja..ini hasil kajian dan penyelidikan...tak percaya juga cuba ambil kayu sekarang dan tegakan kat kaw lapang tenguk bayang kayu semasa gelincir matahari...dan lihat sendiri perbezaan arah bayang kayu tadi,,,,bukankah telah lari begitu jauh sudut darjahnya (angel) ....dan bandingkan dengan keadaan sebelum2 ini...jika ada pernah buat pemerhatianlah...
Apa yg pasti kiamat semakin hampir dan pintu taubat juga hampir tertutup bila tiba masa matahari terbit dari barat... mungkin org tak kisah tapi aku kisah.....

Unknown said...

Ambil yang jernih buang yang keroh..

Unknown said...

Ambil yang jernih buang yang keroh..

Anonymous said...

Janganlah di ulang- ulang Kiamat pasti datang. ITU dah jelas. Jelas dalam Quran Dan Hadis. Yg dipersoalkan adakah fenomena Comet Ison ; perubahan kutub utara Dan selatan; salji di Indonesia adalah perkara benar? Nak ingatkan sesama manusia tentang kiamat tak perlu tunngu fenomena diatas berlaku. Di Selangor setiap malam ada majlis ugama. Pi Kat situ ambil Ilmunya Dan amalkan. Tak payah tunggu comet ison Dan yg sewaktu dgn nya. Baru baru kisah salji di Indonesia. Cuba check website jabatan meteorology Malaysia. Depa kata palsu. Kalau dah palsu kenapa nak ambil ikhtibar Dan kaitkan dgn Kiamat. Nak ambil ikhtibar baca Quran Dan Hadis. Hadir majlis ilmu. Sesiapa yg nak Kaya Dan mengamal Surah Al- Waqiah insyallah akan mengambil ikhtibar tentang kiamat. wassalam.

Anonymous said...

sekarang da nak masuk bln 2 2014.cuaca skg cm da brtambah sejuk sangat2.

Anonymous said...

Malaysia dijangka turun salji tahun 2015..yezza x perlu ke luar negara..gua boleh main salji betul2 ahaha

Anonymous said...

Tetapi malaysia akan salji dulu baru beku kan? Maksudnya malaysia akan salji lebih kurang dalam disember atau november pastu pada 2015 beku? Ni, malaysia kan sebaris ngan india tetapi waktu tu india sudah menjadi kutub selatan.....nantI bumi akan dipenuhi air kerana disebabkan atlantika waktu tu sudah mencapai 40 degree celcius.....disebabkan antartika tu aisberg yang besar sangat, maka tenggelamlah tanah tanah sebab antlantik sudah cair........

Anonymous said...

Ada jugak yang buat ramalan terengganu akan salji hari ni...

Anonymous said...

korang semua perasan x yang sekarang masa telah berubah hingga kini? kini,1 hari sama dengan 23 jam bukan lagi 24 jam.....................................kalau masa semakin cepat,semakin cepatla kiamat.......

Anonymous said...

Masyaallah..

Anonymous said...

P.O.Y.O

Anonymous said...

Otak Lembu Kau ni

Anonymous said...

awk sape anonymous...mna saje sy bc artikel awk ada...spe awk

Anonymous said...

Mohon share tuan dlm fb sy arka maya. Dah share pun..:-B

Anonymous said...

Saya melihat fenomena angin sejuk yang ada di negara kita sekarang ni sebagai tanda2 kebesaran Allah yang boleh mentakdirkan apa sahaja yang dikehendakiNya..pada bila-bila dan dimana mana.

Hari ni langsung tak muncul matahari. Ianya amat menginsafkan.

Anonymous said...

Hari ni matahari beraksi..

Anonymous said...

Laaa... Kan jabatan meteorology Malaysia dan keluar statement pasal kenapa cuaca sejuk di Malaysia. Pi lah ke web sitenya dan baca. Pasal Medan kutub dan compass. Kalau betul arah compass berubah; Cuba check arah sejadah kamu Kat rumah dan gunakan compass untuk Cari arah kiblat. Sama ke tidak.

Anonymous said...

Segala galanya Allah yang Maha Berkuasa, kita tunggu dan lihat apa yang berlaku pada cuaca tahun 2015

umi dan abi umar umairah said...

Alhamdulillah.., satu usaha dakwah yang baik.., biarpun tak disertakan rujukan tetapi hakikatnya itulah yang berlaku..., memang daratan bumi ini bergerak.., klu tak salah saya ada kajian dari Prosefor Jepun tentang pergerakan tanah di bumi...di mana ada yang mendekat dan ada yang menjauh...

Kita adalah ummah akhir zaman.., cuma mungkin kita bukan ummah peringkat terakhir akhir zaman kerana kiamat akan berlaku apabila ibadah haji sudah tdak wujud, majoriti yang wujud di dunia adalah golongan Romawi dan tiada seorangpun yang berjiwa Islami hidup..., yang tinggal adalah seburuk2 manusia...

Cuma kita mungkin akan melalui zaman hentaman meteor sepertimana yang diungkapakan dalam surah Ad-Dukhan. Jika kita melalui zaman itu, berdoalah agar kita mati dalam iman dan jika ditakdirkan hidup untuk melalui zaman itu.., berdoalah moga kita menjadi pejuang agamanya kerana pada ketika itu ialah menjadi zaman pemisah antara yang haq dan yang bathil....

Anonymous said...

Saya rasa tak perlu tunggu dan lihat. Kalau nak beramal tu beramal lah sekarang. Nak buat baik buat lah sekarang. Kalau ada dalam surah AdDhukan ambil dan amalkan. Sama juga kalau kita tunggu Kiamat datang. Ia pasti datang. Jadi lebih baiklah sekarang daripada menunggu.

Anonymous said...

tldr. fo.

En.sarif said...

cukup la berbahas, btaubat la kalian semua,perbanyakkn beristighfar dan bselawat smoga mendapat perlindungan dbawah arasyi Allah..jgn btengkar,buang sifat melayu,kite sesama islam adalah bersaudara,, taubat nasuhah..igt mati,bekalkn amalan yg ckup sblm mati..astaghfirullah

Anonymous said...

No pun sama mcm oak zat

Anonymous said...

Sejujurnya saya katakan ini adalah 'permainan' nakal dan percubaan pelaku melihat sejauh mana orang orang di sini gusar dan melatah. Telah banyak 'barang mainan' di edarkan, sebagai contoh cerita ular besar di muara sungai muar. Sekejap je begitu heboh, di tambah-tambah dengan konon pawang dari india, kemudian terlupa bawak seruling ular, sampai lapangan terbang, orang di sini minta dia balik saja. Di tambah dengan melibatkan istana johor, kononnya pada malam berkenaan raja akan datang. Terlalu sesak di jembatan lama pada malam memuja supaya ular keluar. Ada banyak lagi versi. Begitu juga kisah kingkong di johor. Apa yang saya dah khabarkan versi tidak ilmiah. Kalau versi sedikit ilmiah, ingat tak konon gambar hantu dalam gua hira'. Beratus ribu singgah facebook penulisnya. Rupa-rupanya sememang sengaja diletakkan patung hodoh di belakang orang. Lebih ilmiah dengan matematik dan penglibatan puak maya inca. Kononnya tarikh 21 dis 2012 adalah kiamat. Apa jadi? Lepas itu sibuk cakap pasal tersilap itu dan ini.
Pasal perubahan arah matahari terbit ni, kenapa tiba-tiba keluar data yang 'ilmiah' megatakan itu dan ini. Siap dengan mana utara dan selatan. Bukan main pandainya dia. Sedikit saja berita bohong, berilmiah dan beragama maka kejutan peringkat kebangsaan ataupun mungkin antarabangsa. Dia bersusah payah menambah.
Dulu ingat tak beberapa halaman al quran hilang cetakan(kabur sebahagian dan ada yang penuh) apa yang berlaku?
Ok apa kata agama islam. Secara amnya peringkat kiamat adalah mengikut kronoloji seperti hadith2 nabi dan al quran. Kan cantik kuliah us tv alhijrah Badli Shah tu. Tanda kecil dulu, banyakkan lepas itu tanda besar, lepas itu barulah muncul yang lain - lain. Pembohongan terhadap ugama bukan sahaja berlaku dalam islam, ugama lain juga ada pelakunya. Ia bukan sahaja dilakukan oleh pelaku yang mahir agama tetapi yang jahil agama tapi bijak yang lain bertujuan kepentingan diri. Pada malam di jembatan muar, peniaga jalanan kenyang poket tebal tersenyum lebar. Ini adalah contoh iklanpercuma yang memberi keuntungan besar. Sama juga kenapa radio dan tv tidak menyiarkan lagu hari raya dewasa ini. Satu pengaliran wang yang besar berlaku kesan iklan lagu hari raya. Apa akan mereka berhelah jika tiada apa -apa berlaku apabila sampai masanya. Penutupnya jangan diharapkan ia berlaku semasa hayat kita ada begitu untuk anak dan cucu-cicit kita amin. Plain n neutral opinion only. Tq

Anonymous said...

Sya xnk komen apa.. cuma sya nk cakap skrg dh tahun 2015..

....
..

~Pejuang_Kebenaran~

Unknown said...

Maaf sebelumnya jika lewat Tempat ini saya menceritakan kisah hidup saya niat saya hanyalah semata ingin berbagi tapi semua tergantung Anda percaya atau tidak yg jelasnya ini nyata tidak ada rekayasa……
Syukur alhamdulillah kini saya bisa menghirup udara segar di indonesia karnah sudah sekian lama saya ingin pulang ke kampung halaman namun tak bisa sebab,saya harus bekerja di negri orang (Arab Saudi) karna ada hutang yang harus saya bayar di majikan yaitu 157 juta untuk uang indo namun saya tidak pusing lagi sebab kemaring saya di berikan Info oleh seseorang yang tidak saya kenal,katanya kalau mengalami kesulitan baik dalam Kesehatan atau Ekonomi,Terlilit hutang silahkan minta bantuan sama
AKI DANU di Nomor telfon 082 390 678 649 di jamin bantuan beliau 100% …
Jadi saya beranikan diri menghubungi beliau dan menyampaikan semua masalah saya dan alhamdulillah saya bisa di bantu,kini semua hutang saya sama majikan di Saudi semua bisa terlunasi dan punya modal untuk pulang kampung,,,,
Jadi buat yang pengen seperti saya silahkan hubungi AKI DANU di nomor 082 390 678 649 Anda tidak usah ragu akan adanya penipuan atau hal semacamnya sebab saya dan yg lainnya sudah membuktikan keampuhan bantuan beliau kini giliran Anda trimahkasih



Butuh angka TOGEL 2D/3D/4D,SGP/HKG/MALAISYA/TOTO MAGNUM/DIJAMIN1OO% TEMBUS

SILAHKAN HUBUNGI AKI DANU (((((082 390 678 649))))

ANGKA GHOIB SINGAPURA 2D/3D/4D

ANGKA GHOIB HKG 2D/3D/4D

ANGKA GHOIB MALAISYA

ANGKA GHOIB TOTO MAGNUM,KUDA LARI,4D/5D/6D

ANGKA GHOIB LAOS,THAILAND

ANGKA GHOIB MACAU

ANGKA GHOIB VIETNAM

Joaquin said...

Hola amigos de me gusto mucho el post, me parece excelente y los quiero invitar si en algun momento viene y vistan Mexico, dense una vuelta en la ciudad de Cancún, sol, mar arena y mujeres bellaz, por eso igual les quiero recomendar que adquieran el servicio de Transporte Aeropuerto Cancun es un excelente serivicio :D saludos

pelaburan najwa mohammed said...

Pendudukan: Harta Tanah / perhotelan
kedudukan: Pengarah Urusan
Nama: Najwa Mohammed
Bandar: Miri
Pinjaman saya mendapat: Rm 1.5 juta
kadar faedah: 1%
E-mel saya: najwamohammed369@gmail.com


Halo, saya mengucapkan terima kasih kepada allah almight untuk kebaikan dan keberkasaan yang saya dapatkan dari AASIMAHA ADILA LOAN FIRM tahun ini 2020, saya ingin kita medium ini membiarkan muslim saya di malaysia, Tahun lepas saya telah memohon pinjaman banyak kali dan saya bodoh , Tahun ini ketika saya sedang menonton berita perniagaan saya di Aljazeera, saya melihat nama AASIMAHA ADILA AHMED LOAN FIRM pada wawancara menerangkan pakej mereka dan bagaimana mereka memberi pinjaman dan dana amal kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan tahun ini. Oleh itu, saya mendengar dan menghubungi mereka dengan kenalan mereka di televisyen, saya memohon Rm 1.5 juta, pada kadar 1% dan pinjaman saya telah diluluskan dan saya mendapat pinjaman saya semudah mungkin. Saya mendapat pinjaman saya dan melabur lebih jauh ke hartanah suami saya. suami saya dari indonesia, banjir yang terjejas rumah keluarga kami di jakarta, sejak kami mendapat pinjaman, kami telah memperbaiki banyak hal dan membayar hutang bank juga.Jika anda ingin perusahaan pinjaman yang nyata dan sah, anda bebas memohon sekarang dan dapatkan pinjaman anda .Mengingatkan diri anda untuk menjadi kuat dan tidak pernah berputus asa. Semakin banyak anda jatuh, semakin kuat anda menjadi bangun. Jangan pernah menyerah tidak kira apa. Buat janji kepada impian anda seolah-olah anda berjanji kepada anak anda. Saya berharap anda lebih besar tahun. Mungkin allah memberkati mereka allah

MOHON SEKARANG
E-mail****aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
Whatsapp **** + 447723553516

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan