Sunday, July 22, 2012

PETUALANG Karpet Merah

Kekesanan perlaksanaan strategi rahsia di dunia Arab bakal menjadi menu menarik ciptaan USA dan NATO (baca zionis) untuk menguasai dunia. Keghairahan penganut Islam negara ini turut mengalu-alukan kemenangan Islam Brotherhood di Mesir sehingga terlupa atau sengaja melupakan apa yang terjadi pada Iraq dan Libya. Bahagiakah rakyat Iraq? Bahagiakah rakyat Libya? Majukah Mesir dalam era baru selepas terjebak dalam satu permainan catur Zionis secara rahsia?  Selamatkah Syria selepas ini apabila pendemo bertukar menjadi pemberontak?

USA merampas Emas Iraq

Andai kata Mesir berperang dengan Israel selepas ini, siapa akan membantunya? Tak perlulah kita memikirkan Islam akan bangkit, sebaliknya semua itu adalah kosmetik untuk pembangunan peristiwa yang lebih menyakitkan. Kita harus ingat bahawa Iarael tetap mengidamkan seluruh Sinai dan dataran Nil atas legasi ketaksuban bangsa Israel (lihat protokol zionis). Apabila Syria tunduk, tiada lagi kuasa Arab yang mampu mengawal tindak tanduk Israel selepas ini. 

Kekalutan baru dan sengketa akan direncanakan dan diatur teliti untuk menjuruskan peperangan baru antara penguasa Islam Mesir dan kerajaan Israel. Melalui peperangan ini Mesir dijangka akan alami kekalahan teruk kerana belum sempat bersedia selepas alami kekacauan dalaman yang tidak pernah akan reda. Akhirnya terpaksa menyerahkan sebahagian dari negara mereka kepada Israel bagi memperolehi jaminan keaamanan. Sempadan negara Israel akan melebar luas ke arah barat meliputi seluruh Sinai hingga ke tebing Nil. Ia memang menjadi cita-cita Zionis sejak sekian lama.

Lubnan juga akan mengalami nasib yang sama. Tiada lagi kelibat tentera Syria yang akan membantu. Selama ini Syria memainkan peranan penting dan banyak memberi bantuan jika mendapat ancaman Israel. Kerajaan baru Syria nanti mesti memihak USA, jika tidak ia akan diperangi berterusan oleh USA dan NATO dan akan mengalami nasib sebagaimana Iraq. 

Itu di negara Arab. Selain dari negara Arab di manakah negara yang dilabel sebagai negara Islam? Asia Tengah dan Asia Tenggara. Apakah nasib negara Islam di Asia Tengah sekarang ini? Bagaimana pula kedudukan negara Islam Asia Tenggara? Masihkah kita terselamat dari permainan catur Yahudi ini? Tentu ada yang melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pendedahan ini. Tidak mengapa, jika ia ditaqdirkan berlaku ia tetap akan berlaku walaupun kita tidak sukakannya.

Namun biarlah mereka yang sukakannya melakukan onar, kita seharusnya segera melepaskan diri bagi mengelak dari ikut menjadi tentera penyemarak api hasutan USA dan sekutunya. 

Kita harus bersyukur, tanpa kita sedari kita telah terselamat dari satu bencana sebelum ini namun seperti yang kita ketahui ia pasti akan terus dicaturkan sehingga cita-cita Yahudi tercapai sepenuhnya. 

Jika kita tidak bersyukur, pasti Allah tidak akan memberi kemenangan sekali lagi kepada kita. Nauzubillah.

Negara Terlepas Ancaman APPC?

Peristiwa yang perlu dijadikan iktibar. Kepada seluruh rakyat fikirkan sejenak hakikat ini.

Amerika Syarikat terus mengamalkan sikap biadabnya dengan mencampuri urusan negara lain. Sebelum ini mereka mengakui Indonesia adalah antara negara yang termasuk dalam senarai itu. Kuasa besar itu seolah-olah tidak senang duduk jika membiarkan negara lain mengurus diri sendiri.

Umum tahu Amerika Syarikat jugalah yang memainkan peranan mempengaruhi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melantik Australia mengetuai pasukan antarabangsa di Timur Timor dengan menuduh Indonesia gagal menangani masalah di wilayah itu. Mereka memberi tekanan kepada bekas Presiden BJ Habibie yang akhirnya bersetuju membenarkan tentera Australia menjejaki bumi Timor Timur hingga memaksa tentera Indonesia berundur.

Sikap keterlaluan Duta Besar Amerika Syarikat ketika itu, Robert Gelbard, campur tangan dalam urusan dalaman Indonesia adalah episod memalukan lakonan kuasa besar dunia itu. Menteri Pertahanan negara itu, William Cohen pernah datang ke Jakarta memberi amaran kepada Indonesia supaya tidak mencampuri urusan Timor Timur. Katanya, jika Indonesia berdegil, Amerika Syarikat akan memberi tekanan kepada negara itu. Lihat betapa hina rakyat Indonesia diperlakukan sedemikian rupa.

Belum pun isu itu reda, Gelbard memaksa pula Menteri Kewangan, Bambang Sudibyo supaya tidak menggantikan Ketua Badan Penyehatan Perbankan Nasional (BPPN), Glenn Yusuf. Mereka mengancam jika Glenn digantikan, kepentingan ekonomi Amerika Syarikat di Indonesia akan tergugat, bermaksud segala bantuan kewangan yang terjalin dengan institusi kewangan antarabangsa, akan dibekukan.

Gus Dur dalam pidato sulungnya selepas menjadi presiden menegaskan mahu merenggangkan dirinya dengan kuasa besar. Seperti negara Asean lain, Indonesia melihat campurtangan asing akan memporak-perandakan negara yang dibina rakyat atas landasan demokrasi.

Kuasa asing ini akan memainkan jarum beracunnya secara perlahan-lahan untuk menjadikan pemimpin sesebuah negara itu bonekanya sebelum mengaut kekayaan yang ada. Kebiasaannya, semua ini dilakukan oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA), badan yang mempunyai agenda besar untuk menjatuhkan pemimpin yang tidak mengikut kata Amerika Syarikat.

Mungkin pada sesetengah pihak, semua ini dianggap sebagai cerita lama. Malah ada yang berpendapat apabila ada masalah politik domestik negara membangun, kerap kali CIA dijadikan sebagai alasan untuk dipersalahkan.

Namun yang jelas, walaupun pada dasarnya CIA sebagai agensi untuk mengumpul maklumat bagi pihak Amerika Syarikat, semuanya itu dilakukan bagi menjayakan agenda yang tersembunyi. Dengan menguasai politik dan pemimpin domestik sesebuah negara, kuasa besar itu akan mudah menentukan dasar luar negara lain berkiblat kepadanya.

Seperti di Indonesia, perkara yang sama juga boleh berlaku di Malaysia. Amerika Syarikat tidak akan senang hati selagi banyak negara di rantau ini tidak patuh mengikut telunjuknya. Beberapa percubaan mereka di Malaysia untuk menjatuhkan pemimpin sedia ada semakin dapat dihidu. Mereka tahu tanpa pemimpin dan kerajaan yang kuat, Malaysia tidak mungkin stabil.

Justeru, Amerika Syarikat akan menyokong apa juga tindakan oleh sesiapa sahaja yang berusaha melemahkan kerajaan. Dan inilah yang sebenarnya cuba dilakukan oleh seorang warga selama ini.

Dia membina politik hasil atas usaha pijakan ke atas maruah bangsa. Bagi mencapai maksud politiknya dia sanggup menyimpan dan memelihara anjing kepada agen Barat Douglas H. Paal melalui agensi Asia Pacific Policy Centre (APPC) yang diwujudkannya dengan pelaburan jutaan ringgit.

Keringat bangsa dan wang rakyat digunakan bagi menjahamkan negara untuk duduk di bawah belenggu kuasa asing (menjangka akan mendapat dokongan menguasai keadaan). Mujur Tuhan menyelamatkan negara ini dari malapetaka yang menakutkan itu. Manusia ini sememang pengkhianat dan wajar dan layak mendapat kutukan seumur hidupnya.

kredit utk Taminsari


Tak perlu emosi, anggaplah ini satu pandangan untuk difikirkan. Asia Tengah - Asia Barat termasuk utara Afrika - Asia Tenggara. Negara Islam mesti dikawal sepenuhnya. Berjayakah mereka?

19 comments:

Anonymous said...

salam saudara...
sy ada hntr email kt saudara..
hrp tidak keberatan...

abts said...

wa alaikumussalam, terima kasih.

Living Seed said...

kes kat syiria tu i think kes lain skit..pemimpin mereka bashar al-asad seorang syiah...mereka membunuh islam sunni tanpa perikemanusiaan...USA hakikatnya tidak membantu so call PEMBERONTAK..ttp USA, RUSSIA, IRAN(kuasa syiah) TELAH MEMBANTU KERAJAAN SYIRIA SENDIRI memerangi ISLAM SUNNI..mohon Faham..

point u yg lain i think saya setuju

Harith said...

Tiada kebahagiaan dalam menegakkan kebenaran. Yang ada onak dan ranjau berduri. Siapa yang mahu keselesaan , duduklah di rumah goyang kaki. Jadilah manusia yang pentingkan diri sendiri. Apa yang tejadi kepada rakan muslim yang ditindas, kita tidak ambil peduli. Atas alasan, ini konspirasi Yahudi. Tapi kita terlupa, konspirasi Allah, akan mengatasi. Walau selicik mana si Yahudi.

Allah tak tengok maju atau tidak sesebuah negara itu. Allah tengok sejauh mana rakyat sesebuah negara itu mengamalkan Islam dan mempertahankan kebenaran.

Anonymous said...

salam tuan....Alhamdulillah atok dah kembali di blog...

Dindo Ktiwul said...

Harus segra negara malaysiya ini dicuitin..baru mereka ketahuan apa yang ada dialamnya.
Ayuh segera dicuitin negara ini,kamu sekalian para yahudi dan anjing2nya.
Cerita besar hanya baru mau bermula.
Usak kabur atau mabur bila ia tangi.

abts said...

terima kasih sdr anon 2.25

OrgOrg said...

terima kasih anon 2.25

dalam kes ini malaysia adalah target utama dirantau asean

adakah sejarah akan berulang?

hanya melayu saja mampu bunuh melayu

sekian

. said...

Mereka tidak lupa dan alpa..
hanya mungkin kita yang lupa...

Walau beliung yang diguna untuk menebang balak kempas..

Hakikatnya..

Hanya kayu jua yang dapat menumbangkan kayu..

Anonymous said...

OrgOrg,

Memang benar. Sejarah banyak menceritakan bahawa memang Melayu yang memusnahkan bangsa Melayu sendiri. Mereka rela diri diperalatkan oleh orang asing untuk melemahkan bangsa mereka seterusnya menjajah segala jiwa dan harta benda.

Kini bangsa Melayu masih lagi membunuh bangsa mereka sendiri. Pertarungan Umno dan Pas berterusan tidak akan menguntungkan mana-mana pihak. Yang untuk ialah pihak kapitalis dan zionis.

Ketua pakatan pun ada bayangan diperalatkan, tetapi nampaknya demi kuasa beliau tidak teragak-agak untuk membunuh bangsanya sendiri. Umno, memang sudah lama menegakkan agenda penjajah. Pas parti tidak berpendirian, mudah terpedaya.

Tetapi ketiga-tiga puak inilah pembunuh orang Melayu sendiri yang sebenar... demi menegakkan demokrasi.

Mahtar said...

setuju !!

Arku said...

Kembali kepada asal usul siapa kita..susuri keturunan hingga ke lapisan yang teratas sekali..dan kaji kenapa mereka2 ini mempertahankan PUSAKA mereka selama beribu tahun...serta mereka2 ini TUNGGU apa? Bayangkan Malaka (Tanah Pusaka Mala) sebelum kedatangan apa2 Agama serta penjajahan. Kita adalah aman..hidup penuh dengan perkongsian..tiada kekangan diatas tanah Pusaka sendiri. Tapi bila datang Agama semua MABOK..lupa asal usul serta MUZIUM kan Pusaka sendiri. Ditambah lagi dengan penjajahan Kapitalis..semuanya bertambah hancur. Penjajahan era kini hanya menggunakan PROKSI..KITA MASIH LAGI TERJAJAH walaupun watak penjajah adalah wajah Melayu tapi melayu berkiblatkan kepada BARAT. Melayu yang MABOK serta LUPA ASAL USUL, SIAPA DIRI MEREKA SEBENAR. Inilah konsep PECAH dan PERINTAH oleh kapitalis. (Dari Mala yang menunggu Maya)

Anonymous said...

janggallah komen kat atas tu

SmartRabbit said...

Aku berpendapat syiah n sunni mmg tak boleh duduk sekali. Tapi aku sgt terpegun yang penganut syiah percaya pd imam ali, imam mahdi dan kitab2 mereka. Bg mereka sunni itu palsu dan bg sunni pula syiah adalah ajaran sesat. Akan tetapi bila berperang syiah tidak bw syiah itself sebaliknya bw nama islam. So sepatutnya peperangan antara sunni dan syiah x bole dibiarkan terjadi. Sedang syiah terus berusaha memantapkan akidah mereka dgn ajaran2 mereka, tepapi sebaliknya yg berlaku pd pengikut sunni ialah terus leka.
Aku pun agak musykil bila mana pemimpin2 dr kalangan sunni atau syiah yg mati terbunuh x kira dlm peperangan atau pun akibat di bom melalui helikopter tentera yahudi, muka mereka masih kelihatan elok dan diperlihara Allah. Bygkan tak masuk akan bila bom yg hinggap di kepala mereka masih tidak mampu hancurkan badan mereka wpun mereka terkorban.
So aku berpendapat wpun ada sedikit perselisihan antara sunni dan syiah sepatutnya kita sebagai pengguna internet tidak perbesarkan isu yg dimainkan diperingkat antarabangsa utk mengelak kita secara tidak sengaja menyemai rasa benci kepada sunni or syiah. Sunni or syiah tetap membawa nama islam dlm peperangan. Wallahualam.

Anonymous said...

PAS & PKR PUAKA BANGSA AGAMA DAN BANGSA. MOGA TUHAN MELAKNAKNYA DIDUNIA SERTA MERTA.

nikmatismail said...

krisis di syria menunjukkan bahawa media di malaysia dan barat berat sebelah. mereka hanya menunjukkan kematian rakyat yang disebabkan oleh tentera syria, mereka tidak pernah sekali pun menunjukkan kemusnahan dan kematian yang yang dilakukan oleh pihak pemberontak sekarang. Siapa yang memberi senjata berat kepada pihak pemberontak? ini bukan setakat tunjuk perasaan tetapi full scale "civil war" cuma media hanya menyebelahi satu pihak sahaja.

Anonymous said...

Hanya sedikit sahaja yang benar2 faham kemelut dan peristiwa di negara Arab juga dinegara2 Islam lain. Saya amat setuju pandangan sdr nikmatismail. Skrip yang sama untuk Iraq, Libya, Mesir dan Syria cuma pendekatan sedikit berbeza dengan apa yang terjadi. Media dikuasai USA Yahudi, semua paparan juga memehak apa yang mahu mereka sampaikan.

Betul, siapa yang supply senjata? Demonstrasi bertukar jadi pemberontak? Sama sahaja seperti Libya... Masih lagi ada suara bohong dari penyokong Amerika di negara kita tanpa sedar Malaysia juga sedang diatur untuk dijahanamkan... BOM adalah buatan ejen USA/Zionis untuk burukkan nama pemerintah. Ia sangat pasti.

- wakkandar

Anonymous said...

maaf saudara yg kagum dgn syiah laknatullah,mereka adalah syaitan dan iblis yg bersembunyi di sebalik serban dan jubah.Bagi aku baik pas mahupun umno sama shj masing2 mahukan kuasa sehingga lupa siapakah musuh kita sebenarnya.bersatulah wahai pimpinan pas &umno nanti kelak agama ,bangsa dan negara juga yg rugi jgn terlampau dibawa-bawa dendam kesumat& hasad dengki yg meluap sesungguhnya mereka adalah saudara kamu sendiri,hulurkan tangan & berlapang dadalah kalian sesungguhnya apa yg kalian pekikkan amat dibimbangi akan memakan diri hentikan segala persengketaan yg terus membara padamkan ia dgn air kemaafan yg dingin lagi mendamaikan jgn kerana ulah kalian rakyat marhain yg menanggung akibat,kalian akan dipertanggungjawabkan!!!!!!

Jlink said...

kes2 yang berlaku dnegara asia tgh kita semua tahu.so ambil lh iktibar dari peristiwa itu/hati2 dgn permainan puak2 yang bersekutu dgn zionis..apa yang perlu kita ingat/pikir adalah negara kita Malaysia..
Jngan lah kita semua[melayu] menjadi peminta sedekah/pengemis di negara sendiri..
sbbnya..... Melayu VS Melayu dek prebutan kuasa.

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan