Sunday, July 22, 2012

PETUALANG Karpet Merah

Kekesanan perlaksanaan strategi rahsia di dunia Arab bakal menjadi menu menarik ciptaan USA dan NATO (baca zionis) untuk menguasai dunia. Keghairahan penganut Islam negara ini turut mengalu-alukan kemenangan Islam Brotherhood di Mesir sehingga terlupa atau sengaja melupakan apa yang terjadi pada Iraq dan Libya. Bahagiakah rakyat Iraq? Bahagiakah rakyat Libya? Majukah Mesir dalam era baru selepas terjebak dalam satu permainan catur Zionis secara rahsia?  Selamatkah Syria selepas ini apabila pendemo bertukar menjadi pemberontak?

USA merampas Emas Iraq

Andai kata Mesir berperang dengan Israel selepas ini, siapa akan membantunya? Tak perlulah kita memikirkan Islam akan bangkit, sebaliknya semua itu adalah kosmetik untuk pembangunan peristiwa yang lebih menyakitkan. Kita harus ingat bahawa Iarael tetap mengidamkan seluruh Sinai dan dataran Nil atas legasi ketaksuban bangsa Israel (lihat protokol zionis). Apabila Syria tunduk, tiada lagi kuasa Arab yang mampu mengawal tindak tanduk Israel selepas ini. 

Kekalutan baru dan sengketa akan direncanakan dan diatur teliti untuk menjuruskan peperangan baru antara penguasa Islam Mesir dan kerajaan Israel. Melalui peperangan ini Mesir dijangka akan alami kekalahan teruk kerana belum sempat bersedia selepas alami kekacauan dalaman yang tidak pernah akan reda. Akhirnya terpaksa menyerahkan sebahagian dari negara mereka kepada Israel bagi memperolehi jaminan keaamanan. Sempadan negara Israel akan melebar luas ke arah barat meliputi seluruh Sinai hingga ke tebing Nil. Ia memang menjadi cita-cita Zionis sejak sekian lama.

Lubnan juga akan mengalami nasib yang sama. Tiada lagi kelibat tentera Syria yang akan membantu. Selama ini Syria memainkan peranan penting dan banyak memberi bantuan jika mendapat ancaman Israel. Kerajaan baru Syria nanti mesti memihak USA, jika tidak ia akan diperangi berterusan oleh USA dan NATO dan akan mengalami nasib sebagaimana Iraq. 

Itu di negara Arab. Selain dari negara Arab di manakah negara yang dilabel sebagai negara Islam? Asia Tengah dan Asia Tenggara. Apakah nasib negara Islam di Asia Tengah sekarang ini? Bagaimana pula kedudukan negara Islam Asia Tenggara? Masihkah kita terselamat dari permainan catur Yahudi ini? Tentu ada yang melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pendedahan ini. Tidak mengapa, jika ia ditaqdirkan berlaku ia tetap akan berlaku walaupun kita tidak sukakannya.

Namun biarlah mereka yang sukakannya melakukan onar, kita seharusnya segera melepaskan diri bagi mengelak dari ikut menjadi tentera penyemarak api hasutan USA dan sekutunya. 

Kita harus bersyukur, tanpa kita sedari kita telah terselamat dari satu bencana sebelum ini namun seperti yang kita ketahui ia pasti akan terus dicaturkan sehingga cita-cita Yahudi tercapai sepenuhnya. 

Jika kita tidak bersyukur, pasti Allah tidak akan memberi kemenangan sekali lagi kepada kita. Nauzubillah.

Negara Terlepas Ancaman APPC?

Peristiwa yang perlu dijadikan iktibar. Kepada seluruh rakyat fikirkan sejenak hakikat ini.

Amerika Syarikat terus mengamalkan sikap biadabnya dengan mencampuri urusan negara lain. Sebelum ini mereka mengakui Indonesia adalah antara negara yang termasuk dalam senarai itu. Kuasa besar itu seolah-olah tidak senang duduk jika membiarkan negara lain mengurus diri sendiri.

Umum tahu Amerika Syarikat jugalah yang memainkan peranan mempengaruhi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melantik Australia mengetuai pasukan antarabangsa di Timur Timor dengan menuduh Indonesia gagal menangani masalah di wilayah itu. Mereka memberi tekanan kepada bekas Presiden BJ Habibie yang akhirnya bersetuju membenarkan tentera Australia menjejaki bumi Timor Timur hingga memaksa tentera Indonesia berundur.

Sikap keterlaluan Duta Besar Amerika Syarikat ketika itu, Robert Gelbard, campur tangan dalam urusan dalaman Indonesia adalah episod memalukan lakonan kuasa besar dunia itu. Menteri Pertahanan negara itu, William Cohen pernah datang ke Jakarta memberi amaran kepada Indonesia supaya tidak mencampuri urusan Timor Timur. Katanya, jika Indonesia berdegil, Amerika Syarikat akan memberi tekanan kepada negara itu. Lihat betapa hina rakyat Indonesia diperlakukan sedemikian rupa.

Belum pun isu itu reda, Gelbard memaksa pula Menteri Kewangan, Bambang Sudibyo supaya tidak menggantikan Ketua Badan Penyehatan Perbankan Nasional (BPPN), Glenn Yusuf. Mereka mengancam jika Glenn digantikan, kepentingan ekonomi Amerika Syarikat di Indonesia akan tergugat, bermaksud segala bantuan kewangan yang terjalin dengan institusi kewangan antarabangsa, akan dibekukan.

Gus Dur dalam pidato sulungnya selepas menjadi presiden menegaskan mahu merenggangkan dirinya dengan kuasa besar. Seperti negara Asean lain, Indonesia melihat campurtangan asing akan memporak-perandakan negara yang dibina rakyat atas landasan demokrasi.

Kuasa asing ini akan memainkan jarum beracunnya secara perlahan-lahan untuk menjadikan pemimpin sesebuah negara itu bonekanya sebelum mengaut kekayaan yang ada. Kebiasaannya, semua ini dilakukan oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA), badan yang mempunyai agenda besar untuk menjatuhkan pemimpin yang tidak mengikut kata Amerika Syarikat.

Mungkin pada sesetengah pihak, semua ini dianggap sebagai cerita lama. Malah ada yang berpendapat apabila ada masalah politik domestik negara membangun, kerap kali CIA dijadikan sebagai alasan untuk dipersalahkan.

Namun yang jelas, walaupun pada dasarnya CIA sebagai agensi untuk mengumpul maklumat bagi pihak Amerika Syarikat, semuanya itu dilakukan bagi menjayakan agenda yang tersembunyi. Dengan menguasai politik dan pemimpin domestik sesebuah negara, kuasa besar itu akan mudah menentukan dasar luar negara lain berkiblat kepadanya.

Seperti di Indonesia, perkara yang sama juga boleh berlaku di Malaysia. Amerika Syarikat tidak akan senang hati selagi banyak negara di rantau ini tidak patuh mengikut telunjuknya. Beberapa percubaan mereka di Malaysia untuk menjatuhkan pemimpin sedia ada semakin dapat dihidu. Mereka tahu tanpa pemimpin dan kerajaan yang kuat, Malaysia tidak mungkin stabil.

Justeru, Amerika Syarikat akan menyokong apa juga tindakan oleh sesiapa sahaja yang berusaha melemahkan kerajaan. Dan inilah yang sebenarnya cuba dilakukan oleh seorang warga selama ini.

Dia membina politik hasil atas usaha pijakan ke atas maruah bangsa. Bagi mencapai maksud politiknya dia sanggup menyimpan dan memelihara anjing kepada agen Barat Douglas H. Paal melalui agensi Asia Pacific Policy Centre (APPC) yang diwujudkannya dengan pelaburan jutaan ringgit.

Keringat bangsa dan wang rakyat digunakan bagi menjahamkan negara untuk duduk di bawah belenggu kuasa asing (menjangka akan mendapat dokongan menguasai keadaan). Mujur Tuhan menyelamatkan negara ini dari malapetaka yang menakutkan itu. Manusia ini sememang pengkhianat dan wajar dan layak mendapat kutukan seumur hidupnya.

kredit utk Taminsari


Tak perlu emosi, anggaplah ini satu pandangan untuk difikirkan. Asia Tengah - Asia Barat termasuk utara Afrika - Asia Tenggara. Negara Islam mesti dikawal sepenuhnya. Berjayakah mereka?

Tuesday, July 3, 2012

Melayu, Islam dan Kehancuran..


Saya amat menghargai pesanan seorang sahabat yang amat ikhlas. Melahirkan rasa cemas dan bimbang malapetaka akan melanda Tanah Melayu khasnya dan Malaysia amnya. Rupanya masih ada sekelumit umat Melayu yang perihatin serta mempunyai kewarasan, mampu menteliti keadaan semasa. Masalah yang diketengahkan ialah siapa Melayu dan siapa pula Islam?

Kenapa ada pihak yang mempertikai siapa Melayu itu dan diharap ia tak bepanjangan. Janganlah hendaknya melemparkan tuduhan bahawa Melayu itu tidak penting kerana ia bakal menghempap muka sendiri. Melayu adalah Bangsa bukan Agama. Sekali lalu nampak ada kebenaranya, namun untuk apa ia diperkatakan? Sebelum datangnya agama itu di manakah kiblat kita?



Bukankah Bangsa Melayu ini terwujud dari sifatnya yang khas sebagai Muslim? Baca kembali sejarah dan perhalusi dengan detail, mana datangnya Melayu. Kenapa sesaorang yang baru Islam (saudara baru) dituduh oleh kaumnya sebagai "masuk Melayu"? Melayu dan Islam tidak pernah bercerai tanggal umpama isi dan kuku. Melayu sanggup menerima sesiapa sahaja yang beragama Islam walaupun seorang saudara baru. Sudi mengangkat mereka sebagai taulan malah ada yang sanggup jadikan kaum kerabat dan saudara sendiri. Memang hebat bangsa ini. Terasnya Islam. Akhlaknya Islam. Hidupnya atas paksi Islam.

Warga Melayu itu tetap akan diangkat sebagai Warga Islam kecuali mereka yang keliru atau sengaja memutar kata di pentas politik untuk tujuan mengelirukan. Ia sesuatu yang amat malang di zaman akhir bagi sebuah bangsa yang hidup dibawah naungan kalimah tauhid ini.

Suka diingatkan bahawa Rasulullah saw juga seorang dari bangsa Arab. Adakah Rasulullah saw menghina bangsanya? Dia sering berdoa memohon agar Allah memberi hidayah kepada bangsanya.
" Allahummahdi qaumi fainnahum la ya’lamun (Ya Allah berilah petunjuk kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengerti) "
Jika Baginda Rasulullah saw sendiri sering mendoakan untuk kaumnya (bangsanya), mengapakah kita tidak lakukan hal yang serupa?

Sehingga ini, kita dapati ada di kalangan anak bangsa sendiri yang ikut meremehkan bangsa Melayu ini sehingga ada yang sanggup berkata "adakah Allah akan tanyakan kepada kamu nanti mengenai bangsa mu?" Saya fikir ia telah tersilau dengan petua beberapa pemimpin pujaannya yang juga meremehkan bangsa sendiri. Bukankah bangsa itu asalnya bermula dari keluarga? Keluarga membesar menjadi kelompok (puak), kelompok membesar menjadi kaum dan seterusnya menjadi bangsa.

Ulama sufi termasyhur Syeikh Ahmad al Fathani pernah mengangkat kaumnya dimata dunia. Dia membicarakan persoalah bangsa Melayu ini dan amat mengasihi bangsa ini. Siapakah kita jika hendak dibandingkan dengan ulama tersohor ini?
"HINGGA penghujung tahun 1880-an Masihi, belum dijumpai takrif tentang istilah Melayu dalam pelbagai aspek oleh putera dunia Melayu sendiri, kecuali hanya dibicarakan oleh Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani dalam banyak tempat yang secara terpisah.
Sebelum membicarakan pelbagai aspek peradaban dunia Melayu, penulis petik kembali kalimat Sheikh Ahmad al-Fathani yang beliau tulis dalam bahasa Arab dan pernah diterjemah dan dimuat dalam buku Hadiqatul Azhar war Rayahin: Asas Teori Takmilah Sastera Melayu Islam, jilid 1.Petikan itu ialah:
"Iaitu kesatuan semua bangsa Melayu, al-Malayuwiyah itu dibangsakan kepada Milayu, dengan baris di bawah (kasrah) huruf Mim, atau baris di atas (fathah) dan baris depan (dhammah) huruf Ya'. Mereka adalah kelompokatawa segolongan besar manusia. Negeri-negeri mereka adalah sesubur-subur negeri dunia".
"Negeri Melayu itu terletak di antara negeri India dan Cina. Adalah alam Melayu itu terdiri dari kebanyakan pulau yang terpencar-pencar atau terpisah-pisah". 
http://hanputra.blogspot.com/2012/03/dunia-melayu-menurut-sheikh-ahmad-al.html



Apabila Islam bertapak dibumi Melayu, berlaku satu keajaiban. Ia telah mengubah seluruh penduduknya sepakat menjadi penganut agama suci ini, Islam. Sehinggakan bila disebut sahaja perkataan Melayu ia bermaksud sebuah bangsa yang beragama Islam. Itulah keunikan "Melayu". Ia terus berlanjutan sehinggalah datangnya penjajah keparat yang cuba mengubahnya dengan berbagai cara. Mereka ingin menjadikan Melayu sebagai satu entiti berasingan dari Islam. Dalam kata lain, Melayu adalah bangsa dan Islam adalah agama. Berjayakah mereka? Akhirnya mereka gagal dan kecewa.

Melayu dapat diistilahkan sebagai "Kesatuan Kaum Muslimin Nusantara". Sesiapa yang bukan Islam di kalangan warga Nusantara tidak layak memakai pakaian ini.

Islam dan Melayu masih berpaut rapat sehinggalah ada ulama tempatan cuba mengubahnya. Adakah dia ikhlas menyatakan bahawa dia tidak lagi berminat kepada Melayu? Seolah Melayu itu tiada kaitan dengan Islam. Dia membuat fatwa sendiri untuk memisahkan Melayu dan Islam sebagaimana hajat British dahulu. Penjajah gagal, tetapi bangsa sendiri telah berjaya lakukannya.

Kita faham niatnya, menggunakan landasan Islam bagi meraih pengaruh. Persoalannya adakah ia wajar? Adakah pengikutnya ikut faham apa yang terlukis di hatinya? Ia memberi fatwa yang cukup mengelirukan sehingga ada pihak mengambil kesempatan. Mereka yang ingin murtad tetapi masih mahu diterima sebagai Melayu.

Kita dapat lihat bagaimana demokrasi kepartian ini merosakkan struktur yang telah terbina kukuh sekian lama. Akibat darinya, bangsa ini tidak lagi mampu bersatu dan terciptalah pertelingkahan berterusan. Berjaya juga akhirnya Yahudi melaksanakan pecah dan perintah setelah menyusup masuk ke dalam pertubuhan yang memekai lencana agama. 

Seorang lagi sahabat memberikan pandangan yang lebih keras. Pada pandangannya akan berlaku sesuatu yang amat kita takuti, iaitu perseteruan dan permusuhan sesama anak bangsa. Melayu akan berbunuhan sesama sendiri demi menegakkan ego masing-masing. Ada diantara mereka sanggup bersepakat dengan musuh Islam (Nasrani dan Yahudi) untuk memusnahkan apa yang terbina sejak puluhan tahun (aman sentosa, damai dan makmur). Sementara Yahudi dan Nasrani hanya menantikan waktu kedua-dua pihak yang berseteru itu lemah dan letih (lihat: Protokol Zionis) sebelum menguasai keadaan. Kita akan kembali terjajah.

Hanya apabila tiba saat itu, saat yang cukup memeritkan. Segalanya hancur lebur dan memakan banyak korban secara sesia. Baharulah bangsa ini tersedar dari kesilapan mereka. Setelah kekuasaan hilang dan menerima azab dari kejahilan sendiri, akan muncul sebilangan anak bangsa Warga Melayu bangun untuk memimpin gerakan baru. Mereka bergerak atas satu paksi, kalimah "La Ilaha Illallah" bukannya atas paksi politik sebagaimana sekarang. Melayu yang masih kasih kepada politik hanyalah bakal jadi mangsa dan makanan musuh Islam (baca Nasrani dan Yahudi). Mereka akan menjadi domba-domba demi kepentingan penjajah baru.

Adakah Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan terakhir yang dapat berlangsung dengan aman? Aidil Fitri terakhir yang mesra dan meriah? Tanda-tandanya semakin nyata. 

Tidak mustahil pula ianya satu syarat untuk terbentangnya sebuah pentas baru, peralihan kepada sesuatu yang asing kepada kita. Sesuatu yang baru sepenuhnya. 



Kepimpinan Akhir Zaman

Imbas kembali. Dua bentuk kepimpinan yang mewakili cara Rasulullah saw untuk memimpin umat. Khalifah adalah Pemerintah yang adil manakala ulama pula bertanggung jawab untuk membantu khalifah. 

Umat Islam sudah lama ketiadaan 2 bentuk kepimpinan ini untuk memimpin umat Islam melalui sebuah Daulah Islam. Kuasa untuk memerintah kerajaan dan mentadbir agama telah dirampas oleh Yahudi dan kuncu-kuncunya (termasuk Nasrani dan agen Yahudi).

Jatuhnya kuasa daulah, negara dikuasai oleh kuasa asing. Kuasa itu kemudiannya diserahkan kepada umat Islam yang sanggup meletakkan perintah manusia (demokrasi) terlebih atas dari perintah Tuhan. Lalu sistem ini dipertahankan pula oleh ‘ulama mereka’ yang berbai’at dengan mereka dengan janji setia yang berlandas perlembagaan mereka. Maka dengan itu tamatlah hak Khalifah dan Ulama Pewaris Nabi tanpa disedari oleh umat Islam.

Tipu daya Iblis yang diperturunkan kepada kaum Yahudi tidak lain hanyalah untuk membuat manusia terjerat di dalam sistem hidup yang akan melenyapkan Islam dari muka bumi ini. Tanpa Islam bermakna putuslah perhubungan manusia dengan Allah SWT. Yahudi pula mewakilkan urusan jahat itu kepada Kristian untuk melenyapkan Islam. Kristian pula mewakilkan urusan untuk melenyapkan Islam itu kepada umat Islam dengan menyogokkan kuasa untuk memerintah.

Setelah 50 tahun merdeka, umat Islam mula sedar keadaan tidak menyebelahi umat Islam walaupun umat Islam yang menerajui kerajaan. Islam yang sudah tinggal nama dan Al Quran yang hanya tinggal tulisan perlu dihidupkan semula. Ia memang wajar. Cahaya untuk menyuluh jalan perlu dihidupkan. 

Yahudi telah menyediakan satu cahaya untuk dijadikan panduan bagi mengantikan cahaya Al Quran yang telah hilang itu. Manusia pun mulalah berpandukan kepada cahaya itu setiap hari. Cahaya itu terbit dari barat dan terpancar ke dalam rumah-rumah melalui peti-peti talivisyen.

Now is the time to peak of the end of time. Islam mula diperjuangkan. Perseteruan diantara Islam dan Kristianakan terus berlangsung dan ia tidak akan dapat diselesaikan di meja perundingan. Setelah menguasai seluruh pelusuk dunia, pergerakkan umat Islam akan terus diperhatikan dan dipantau dengan rapi. Semua ruang untuk membina kembali Daulah Islam sudah ditutup rapat. 

Tidak ada negara yang sesuai untuk Khalifah bertapak di dunia ini. Kalau Khalifah menjadi warga negara Malaysia, maka Khalifah mesti mematuhi undang-undang kerajaan Malaysia. Mana mungkin Khalifah mematuhi peraturan yang selain dari Al Quran. Jelas bahawa sesuatu akan berlaku sebelum ianya terjadi. Mungkinkah setelah demokrasi hnacur lebur?

Bolehkah Khalifah menjalankan hukum-hukum Islam di dalam negara seperti Malaysia sekarang ini? Mahukah orang-orang bukan Islam (terutamanya Nasrani) serahkan kuasa kepimpinan negara kepada Khalifah yang diutus oleh Allah SWT? Maka apa yang cuba dikatakan disini ialah, sudah tidak ada ruang lagi untuk Khalifah yang bakal diutuskan oleh Allah SWT untuk menegakkan Daulah Islam di dunia ini. Yahudi telah menutup semua ruang untuk Khalifah dan Daulah Islamiah untuk muncul kembali tanpa umat Islam sedari.

Tetapi kita juga harus sedar bahawa Iblis amat mengetahui akan kekuasaan Allah SWT. Iblis sedar Allah SWT mampu mengadakan sesuatu walaupun semua ruang telah ditutup. Oleh itu kita sebagai umat Islam yang masih cintakan Islam mesti mengharapkan Allah SWT memilih kita sebagai hambanya yang diberi peluang untuk terlibat di dalam proses membangkitkan Islam untuk kali kedua. Bagaimana ia akan dibangunkan, tak perlulah kita bahaskan. Ia hak mutlak Allah swt.

Kita nantikan keajaiban ini dengan syarat menolak jauh-jauh apa yang telah Yahudi tawarkan dan pastikan Nasrani (Kristian) tidak menjadi sokong yang membawa rebah. Jauhilah mereka demi keselamatan seluruh kaum Muslimin. Mereka tidak akan sesekali redha terhadap Islam.

Allah SWT akan mengutuskan hamba-hambaNya yang jahil tapi ikhlas untuk mengeluarkan umat Islam dari kejahilan. Allah SWT akan mengutuskan hamba-hambaNya yang miskin tapi ikhlas untuk mengeluarkan umat Islam dari kemiskinan. Allah SWT akan mengutuskan hamba-hambaNya yang hina tapi ikhlas untuk mengeluarkan umat Islam dari kehinaan. Ini adalah kerana mereka yang berilmu, yang kaya dan yang berdarjat sudah tidak ikhlas lagi kepada Allah SWT. Mereka bermegah-megah dengan ilmu-ilmu mereka, mereka bermewah-mewah dengan harta benda mereka dan mereka berbangga-bangga dengan darjat mereka. Tiadalah yang mereka punya melainkan kerugian.

Islam akan bermula lagi dalam keadaan asing. Sejarah Pasti Terulang.

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan