Monday, March 26, 2012

pelik bin benar; ZALIMNYA KEBAJIKAN

Malangnya nasib Melayu. Hujan di nanti, kemarau yang tiba. Kerajaan Pilihan Rakyat Selangor yang kononnya Lebih Berkebajikan dan membela rakyat miskin dan tertindas di bawah BN, kini melakukan tindakan tidak berperi kemanusiaan. Melayu semakin sengsara di negeri Selangor.



Tidak disangka, janji menjadi Kerajaan yang Lebih Baik, rupanya penyangak yang cukup buas mencengkam kehidupan rakyat bagaikan sebuah negara Komunis. Dari hari ke hari bukannya kebajikan yang rakyat nikmati sebaliknya kesengsaraan yang bertimpa-timpa. Orang Melayu yang mengangkat PAS dan PKR sebagai wakil mereka, kini memangsakan mereka pula. Usahawan Melayu (bukannya semua sokong BN) ini telah dianiaya dengan zalimnya di tanah air sendiri. Selain dari pengusaha tersebut berapa ramai lagi pekerja dan anak beranak pengusaha terlibat akan menderita kerugian?

Belum pernah wujud kerajaan negeri seganas ini di Malaysia kecuali kerajaan PKR Selangor ini. Cukuplah rasanya bertuankan manusia hipokrit sedemikian. Mereka tidak pernah fikirkan rakyat, sebaliknya mencuba untuk kayakan diri sendiri. Tanah ini telah dirampas dan diserahkan kepada sebuah Syarikat Swasta milik mereka. 

Layakkah mereka diangkat sebagai pelindung? Sebagai Pentadbir? Sebagai Kerajaan? Mereka akan memusnahkan Melayu dan Islam. 

Oleh itu tinggalkanlah mereka semua dan jika dapat humbankan sahaja semuanya ke dalam penjara bila mereka kalah kelak. Mereka hanya layak mendiami pagar besi penjara sahaja. Jika tidak seluruh Selangor akan rosak binasa kerana mereka tidak pernah rasa serik..

Tindakan yang semakin menjengkelkan. Sudahlah Agama Islam dipermainkan dengan dahsyat, sekarang orang Melayu pula dipermainkan. Apa yang sedang dibawa oleh PAS dan PKR untuk bantu orang Islam dan Melayu? Atau tangan ghaib DAP yang membuat keputusan?

Mana perginya penasihat Ekonomi Selangor yang berucap bagaikan seorang dewa itu?

Kerajaan jenis apakah ini? Melayu tidak digalakkan untuk maju? Selangor di ambang kejatuhan akibat ahli politik yang rakus dan zalim.


Semoga Allah menjatuhkan bencana besar kepada manusia zalim ini. Jika tanah hak milik bukan Melayu, tiada sebarang tindakan mereka lakukan. Sebaliknya jika kaum Melayu cuba berdikari untuk menjadi pengusaha, berbagai tekanan diambil bagi menggagalkannya.

Bravo Selangor. Melayu beri undi, Melayu juga yang ditindas.


Tindakan zalim rampas tanah
WARTAWAN SINAR HARIAN
25 Mac 2012


KUALA SELANGOR - Kerajaan Selangor disifatkan zalim apabila bertindak rampas tanah pertanian yang diusahakan petani dan penternak di Taman Pertanian Bistari Jaya kerana menyebabkan mereka rugi ribuan ringgit dan hilang sumber rezeki.

Malah, slogan ‘Negeri Berkebajikan’ yang dilaungkan kerajaan Pakatan Rakyat itu turut dipertikaikan kerana tindakan mereka itu langsung tidak memikirkan nasib petani dan penternak di kawasan itu.

Kesal dengan tindakan tergesa-gesa Kerajaan Negeri itu, mereka bertindak berhimpun secara aman di taman tersebut sambil membawa poster dan kain rentang yang mendesak keputusan merampas tanah pertanian itu ditarik semula.

Penternak ikan air tawar, Mohd Fadzil Ibrahim berkata, mereka terima notis dari anak syarikat Kerajaan Negeri, Kumpulan Hartanah Selangor Berhad agar kosongkan tanah dalam tempoh 14 hari.

“Seramai 25 petani dan penternak yang usahakan tanah pertanian di sini terima notis kosongkan tanah yang akan berakhir pada 27 Mac ini. Mereka langsung tidak memberi peluang untuk kami membuat rayuan,” katanya ketika ditemui semalam.

Beliau berkata, mereka telah lama usahakan tanah pertanian di situ dan keluarkan belanja yang besar termasuk dapatkan pinjaman institusi kewangan untuk mengkomersialkan pertanian dan penternakan mereka.

“Tiba-tiba dapat notis kosongkan kawasan, siapa yang tidak kecewa. Terasa sedih jugalah sejak sekian lama tanah ini menjadi sumber pendapatan tiba-tiba diminta untuk mengosongkannya tanpa mendapat sebarang bayaran pampasan,” katanya.

Mohd Fadzil berkata, beliau mendapat tawaran Kerajaan Negeri sebelum ini untuk usahakan tanah pertanian itu pada tahun 2000 dan usahakannya sehingga kini.

“Ketika itu saya sanggup berhenti kerja sebagai pelukis pelan untuk usahakan ternakan ikan air tawar secara komersial kerana saya lihat prospek besar dalam bidang ini. Sebanyak RM3 juta dilaburkan,” katanya.

Katanya, kumpulan petani dan peenternak juga telah menyerahkan memorandum kepada Menteri Pertanian dan Industari Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, dalam usaha sahkan status tanah tanam kekal pengeluaran makanan pada 2007.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang, Sulaiman Abdul Razak mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berbincang dengan penternak dan petani yang terlibat bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.

Laporan Khas Kezaliman Kerajaan Selangor

BN sering dituduh kejam, zalim, tindas rakyat dan pelbagai lagi tuduhan-tuduhan jahat lain yang dilemparkan oleh pembangkang. Mereka cukup bijak mengalihkan perhatian rakyat untuk menutup perkara-perkara buruk yang mereka lakukan.

Hari ini kami di selangordaily.com ingin berkongsi dengan anda kisah kemunafikan dan kezaliman kerajaan Selangor dibawah pemerintahan PKR dan DAP.

Sebidang tanah seluas 142 hektar telah diberikan oleh Kerajaan Selangor pada tahun 1998 di Bistari Jaya , Kuala Selangor untuk dijadikan sebagai Taman Agroteknologi. Kemudian pada tahun 2000 selepas Kementerian Pertanian memperkenalkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Taman Agroteknogi tersebut bertukar menjadi TKPM.

Tujuan diwujudkan TKPM adalah seperti berikut
Mewujudkan zon pengeluaran makanan yang kekal;
Menggalakkan penyertaan usahawan tani dan swasta dalam pengeluaran makanan dan;
Penanaman berterusan dan pengeluaran tanaman makanan yang berkualiti.

Antara konsep dan ciri-ciri projek pula dirangka seperti berikut
Melibatkan MOU antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
Kerajaan Persekutuan akan menyediakan kemudahan asas/ infrastruktur ladang
Kerajaan Negeri akan menyediakan tanah yang perlu digazet sebagai TKPM


Kerajaan negeri Selangor ketika itu telah bersetuju dan telah menandatangan MOU dengan Kementerian Pertanian bagi menjayakan TKPM di Bistari Jaya.

Seramai 25 orang peladang terlibat dalam menjayakan projek tersebut. Antara projek pertanian yang dijalan dalam TKPM tersebut adalah
Penternakan ikan(keli dan talapia)
Ikan hiasan
Pemprosesan ikan kering
Kilang memproses makanan ikan
Ladang ternakan ayam
Kebun sayur dan buah-buahan
Pusat semaian pokok dan bunga


Hasil usaha keras Kementerian Pertanian dan Jabatan Pertanian Selangor selaku pembimbing,serta usaha keras para peladang juga projek berjalan dengan lancar. Sejak diwujudkan sehingga kini hasil pertanian berjumlah 25.3 juta telah berjaya dikeluarkan dari TKPM tersebut. Peladang-peladang dari kawasan terbabit juga antara pembekal bahan pertanian utama di Lembah Klang.

Disangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari, itulah perumpamaan yang layak digunakan apabila mengenangkan nasib peladang-peladang di kawasan tersebut sekarang. Usaha keras mereka selama tidak akan berkekalan. Semuanya akan musnah tidak lama lagi.

Pada 14 Mac 2012, Kumpulan Hartanah Selangor Berhad iaitu sebuah GLC yang diterajui oleh Khalid Ibrahim telah menghantar notis kepada petani-petani di kawasan tersebut agar mengosongkan tanah berkenaan dalam tempoh 14 hari. Jika tidak dikosongkan tindakan undang-undang akan diambil.


Alasan mereka bahawa tanah tersebut diteroka secara tidak sah.

Persoalannya kini, jika tanah itu diteroka secara tidak sah, bagaimana mungkin Kementerian Pertanian serta Jabatan Pertanian Selangor boleh terlibat bersekongkol dengan pekebun haram ?

Jika mereka pekebun haram maka sudah tentulah Agro Bank juga tidak akan memberi pinjaman kepada petani-petani di kawasan tersebut.

Sebenarnya apa yang terjadi semuanya adalah kerana dendam politik. Mereka cuba menafikan perjanjian persefahaman yang telah dipersetujui antara kerajaan negeri yang diterajui oleh BN ketika itu dengan Kementerian Pertanian. Jika tiada persefahaman atau diteroka secara haram mana mungkin Jabatan Pertanian boleh terlibat dalam projek tersebut.

Kerana dendam politik PKR dan DAP sanggup menjadikan para petani sebagai mangsa. Segala apa yang diusahakan oleh petani-petani selama ini yang semuanya orang Selangor akan jahanam dalam sekelip mata tidak lama lagi kerana kerakusan politik mereka. Inikah yang dinamakan kerajaan kebajikan ?

















Nasihat saya, cukuplah sepenggal Raksasa Gila ini memerintah. Segalanya punah ranah. Menuduh orang lain salah guna kuasa dan rasuah, diri sendiri lebih parah. Mereka kini sedang gila 'pasir' yang banyak dibawah tanah di kawasan pertanian ini. Inilah kerajaan yang "Mabuk Pasir" yang diangkat ol;eh rakyat Selangor. Akan muncul lebih banyak pendedahan agar rakyat Selangor membuka mata dan melihat siapa di sebalik Kerajaan Selangor yang sebenarnya.

12 comments:

Anonymous said...

Kadang2 bila fikirkan akan sikap2 penyokong2 pembangkang atau belia2 yang ingin sangat rasa perubahan pemerintahan, rasa macam nk biarkan je PR ini menang kuasai Malaysia ini. Biarkan penyokong kuat mereka ini yang sering menyalahkan sebelah pihak saja iaitu kerajaan semuanye tak betul sampai langsung tiada satupun kebaikan kerajaan ini dipuji, malah menganggap pihak PR ini macam maksum yg tak akan melakukan kesalahan.

Apa saja yg dilakukan kerajaan dianggap tidak betul, jika tidak diberi bantuan dikata makan duit rakyat, jika diberi bantuan kata nk pancing undi... contohnya bantuan baucar buku dan BR1M baru2 ini, abis selama 4-5 tahun ini yg kerajaan telah keluarkan berbilion RM semata-mata hendak beri bantuan tu macam mana pula? sepanjang 4-5 tahun ini semakin ramai usahawan muda yg berjaya memulakan perniagaan hasil drpd bantuan Dana Belia 1 Malaysia.

Tidakkah pernah kita terfikir, Malaysia adalah negara demokrasi... jika pembangkang yg memerintah negara kita suatu hari nanti, sudah tentu mereka juga akan melakukan perkara yg sama yg dilakukan oleh kerajaan sekrang ini untuk mengekalkan kuasa mereka. Malah mungkin lagi teruk lagi, sedangkan belum menguasai seluruh Malaysiapun kita boleh lihat agenda yg tidak bermoral.

Oleh itu, tidak perlula kita taksub sangat dengan gelombang "Regime Change" kononnya dinegara kita ini, bagi saya kerajaan yg sedia ada ini tidak perlu ditukar, hanya perlu diperbaiki dan mungkin kita perlu menghapuskan sistem pentadbiran bercorak demokrasi ini yg dicipta oleh kafir. Kita bangkitkan semula pemerintahan secara Khalifah... biarkan ulamak2 yang betul2 dipercayai sahaja yang memilih siapakah yg sebenar2 layak menjadi pemimpin kita. Insya-ALLAH.

Anonymous said...

Salam saudara kat atas tu. Saya sangat sokong pandangan saudara. Nak gaduh buat apa? Baik kita berpakat baiki keadaan dan libatkan ulama dalam pemerintahan. Masanya pun dah dekat nak kiamat, tak payah nak gaduh2 sama sendiri. Perlahan2 beralih kepada pemerintahan khalifah, itu cukup baik. Semoga ramai yang sedar. Terima kasih.

Anonymous said...

Susah nak cakap sekarang. Ulamak dah masuk politik dah tak ikhlas lagi. Haram jadi Halal dan Halal jadi haram. Spin sana spin sini. Korner 180 darjah.. Paksa orang sokong mereka kalau tak mahu masuk neraka.. adess.. Mereka tak kan mampu menjaga kebenaran demi politik.. betul tak?

Anonymous said...

Hidop DAP hidop PKR hidop PAS......... biarlaa melayu selangor mati dalam timbunan sampah.. angkat la cina DAP jadi tuan, selamat berbahagia wahai selangor.. hahaha.. mau ka malaysia jadi milik mu wahai DAP? Tak aper nanti abg Nuar kasi tolong ar?

Anonymous said...

Assalamualaikum Saudara,

parti keadilan RAKYAT,ketuanan RAKYAT, pakatan RAKYAT dan mcm2 RAKYAT lagi digunakan untuk menunjukkan yg rakyat menyokong mereka. Perkataan rakyat itu sudah kelihatan begitu sinonim dengan mereka.AMAT2 MENJIJIKAN!Majoriti warga Malaysia patut menolak mereka yang menjuarai perkataan RAKYAT ni, tetapi x melakukan apa2 kecuali MENYUSAHKAN RAKYAT!

Nurrohi said...

Semoga rakyat Malaysia semakin terbuka hati dan fikiran mereka, boleh menilai mana baik dan buruk.Tidak terpengaruh dengan propaganda semata.Mereka hanya minoriti yang tamak, rakus dan cenderung utk memonopoli kekayaan tapi berupaya memanipulasi golongan majoriti?!.Rakyat tidak kira apa jua kaum dan latar belakang, elakkan drpd menjadi MANGSA dlm sistem yg korup ini. Sesiapapun akan bebas bila berlindung dengan Tuhan.

Ya diharapkan juga rakyat muslim Malaysia BERANI menegakkan kebenaran AlQuran dan Sunnah. BERANI dan BEBAS (drpd politik?!)utk mentaati pemimpin pewaris nabi yg tepat.
Kebangkitan rakyat yg BENAR adalah bersama PEMIMPIN yg BENAR. Pemimpin yg benar adalah hakmilik semua.Kekhalifahan boleh diterima oleh semua rakyat, muslim dan non muslim.Non Muslim pun boleh menilai mana pemimpin muslim yg baik yg boleh menjaga mereka.Dikalangan non muslim juga ada pemimpin yg tiada kepentingan peribadi dan boleh bekerjasama demi utk kesejahteraan semua.Peringatan untuk Rakyat,jangan sudah terantuk baru tengadah.

Anonymous said...

Tanda sudah banyak muncul rakyat akan menerima nasib buruk akibat menolak 'kebenaran' sebaliknya menerima kepalsuan. Apabila nafsu menggantikan akal, maka berlakulah kemusnahan. Akan datanglah keluhan yang tidak akan pernah selesai setelah tersilap congak. "peduli apa dengan moral?".... sudah cukup menggambarkan jenerasi yang sudah rosak..

Anonymous said...

Selangor akan hilang terus dari BN kerana PR akan lakukan apa sahaja menghalangnya. Jangan nak harapkan kerana BN Selangor pun semakin tenggelam kecuali Noh Omar.

Anonymous said...

kalau cakap pemimpin PR pun pemimpin BN susah nak dengar nak buat macam mana,selalu pemimpin PR berceramah memberitahu rakyat tak rugi pangkah PR sebab kerajaan BN akan tetap memberi bantuan seperti mereka yg menyokong BN,kekadang mereka yg menyokong PR ni lebih beruntung dari penyokong BN sendiri,lebih menghiris hati penyokong BN apabila pemimpin BN sering berkata apa jua yg di beri kepada tanpa mengira fahaman politik,inilah yg menyebabkan penyokong BN menyampah dgn BN,

Anonymous said...

-faisal-

'kuman di seberang laut nampak tapi gajah di depan mata tak nampak', inilah penyakit yg melanda orang melayu sekarang ni.kalau dah taksub pada parti politik pilihan kalbu, ramai yg sanggup tutup sebelah mata penyelewengan yg dilakukan 'geng sendiri'. sudah2 la, semua orang ada buat salah, umno yg dah lama berpakat dengan mca dan mic yg pada awal2 lagi tak terima hukum hudud/islam boleh pulak, tapi bila pas berpakat dengan dap/pkr mcm2 tuduhan dibuat.saya tak menolak hakikat kelemahan pemerintahan pas/dap/pkr,cuma meragui keikhlasan penulis dalam "menyebarkan/memperjuangkan kebenaran" .
saya percaya isu politik ni akan 'sejuk' dari blog2 mcm ni lepas pru 13 dan jika umno/bn menang besar dlm pru 13 nanti.

jadi kesimpulannya sebarkanlah kebenaran seadil-adilnya, kalau pihak A ada buat salah tegurlah dengan berhemah begitu juga kalau pihak B buat salah.pilihlah pemimpin @ parti mana pun yg anda suka, tapi perlu diingat kebanyakan politician cuma nak 'maintain'@ dapat kuasa dan wang utk kawal rakyat, cuma sedikit saja yg benar2 berjuang utk kebenaran. semoga ALLAH S.W.T membantu kita...amin...

ADMIN said...

salam faisal, saya mohon maaf atas kesakitan yang saudara terpaksa tempuh.

Ada sedikit kesilapan sangkaan saudara. Kami cuba betulkan sebaik mungkin. Sukalah dimaklumkan bahawa kami tidak pernah mengangkat BN/UMNO melebihi PAS dan PKR. Mereka juga serupa kerana berada dalam pelukan sekular. Mungkin saudara tidak tahu apa yang kami perjuangkan. Tidak mustahil juga saudara tidak tahu apa yang kami tahu. Sekiranya BN/UMNO menang dalam pilihanraya nanti, kami akan terus perjuangkan sesuatu yang telah kami tetapkan iaitu Islam.

Demi Islam kami membawa persembahan ini. Kami tidak sanggup melihat Islam terus dihina kemudian hari. Apa yang telah berlaku sudah cukup perit dan memalukan. Melayu Islam tidak mampu mempertahankan agamanya dari dipermainkan DAP. Sorry to say, DAP di belakang gerakan missionary kristian (jesuit). Mendapat dana menghancurkan Islam di negara ini atas nasihat PAP Singapura. Mereka telah berjaya di sana.

Buat waktu ini PKR/PAS/DAP tidak boleh dibenar memerintah. Keadaan sekarang jelas menunjukkan jika mereka memerintah, PAS hanya akan menjadi alat semata2, jauh sekali dapat selamatkan Islam. Isu akidah di Selangor menunjukkan kegagalan besar PAS menjaga umat Islam. Cukup jelas PKR lebih membawa agenda Islam Liberal, yang akan melingkupkan seluruh umat. Mungkinkah saudara tidak pernah membuat study apa itu Islam Liberal? Harap saudara mengkajinya supaya faham kemana PKR hendak bawa umat Islam negara ini.

Anwar sedang mencari jalan supaya Malaysia menerima nasib sebagaimana Iraq, Libya, Mesir dan Syria. Dia bersetuju dengan dasar penaklukan USA terhadap negara Islam. Satu lagi saudara perlu kaji. Setelah melakukannya, saudara akan faham kenapa kami sering membangkitkan isu ini.

Semoga Allah selamatkan Umat Islam Malaysia dan jauhi Anwar Ibrahim dari kemenangan.

Kami akan terus buat teguran selepas PRU nanti kepada mana2 pihak yang menentang Islam tidak kira UMNO atau PAS. Bagi kami PKR tak perlu diambil kira kerana mereka lebih menumpukan kepada dendam kesumat. Mereka tidak inginkan hudud atau kerajaan Islam. Kami tahu kerana dia telah lama menjadi agen Soros, NED dan Asia Foundation yang membawa agenda Islam Liberal. Menuju Pluralisma menyamakan semua agama dunia anutan NWO. Itu sebab kami menentang PR bukan atas dasar sokongan kami kepada mana-mana parti politik.

Jika dasar UMNO lebih menguntungkan Islam, apa salahnya kami membela mereka?

Sebenarnya kami juga bimbang apa yang dilakukan UMNO, sering membantu ketua2 cawangan dan bahagian untuk menjadi kaya (sumber kewangan parti). Bukan kami tak tahu, malah kami juga tidak bersetuju dengannya. Sama sahaja dengan dasar PKR walaupun mereka cuba sembunyikan. PKR itu asalnya dari UMNO juga. Namun buat waktu ini PKR terlalu jauh menyimpang dari matlamat menyelamatkan bangsa dan agama. Saudara harus membacanya sejauh itu. Bukan dalam kerangka politik kebudak-budakan.

Secara amnya kami lebih sayangkan PAS, namun 75 peratus pemimpin sekarang adalah jelmaan PKR dan seiring dengan dasar PKR. Inilah sebabnya kami tidak senang dengan PAS sekarang. Masalah baru yang lebih berat ialah DAP. DAP dominan dalam PR, bukan sebagaimana MCA dan MIC. Merbahaya bila DAP menguasai pentas politik pemerintah kelak. DAP akan ikut jejak PAP mengenepikan Melayu dan sekularkan Islam.

ADMIN said...

Kami berterus terang dengan saudara kali ini setelah saudara beberapa kali menyindir kami. Kami pun tidak berkecil hati. Kerana apa yang cuba kami lakukan ialah menyedarkan sebahagian pembaca supaya menjadi pemain politik bijak dan professional. Bukan ikut-ikutan atau tegar tak tentu dasar. Kami utamakan keselamatan Islam dari apa sahaja. kami harap saudara lebih faham apa agenda sebenar yang kami bawa.

Biarlah Islam dapat terus bernafas dengan aman sehingga bangunnya Pemuda Bani Tamim nanti. Kami tidak mahu ikut berdosa membiarkan mereka mempersenda Islam. Kami lakukan apa yang kami mampu, walaupun hanya menulis di blog.

Jika PAS mahukan Putrajaya, bersatulah dengan UMNO dan dalam diam paksa UMNO ikut kehendak PAS. Kami pasti kali ini suara PAS akan didengari oleh UMNO. Kami akan memberikan sokongan sepenuhnya. Jauhi PKR yang telah dinodai oleh Yahudi Amerika. Yang penting ialah selamatkan Islam dari dirosakkan oleh zionis melalui wakil2 mereka..

Diharap saudara boleh faham maksud kami.

Sekian, wassalam.

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan