Apabila
sesuatu bangsa menguasai negara
dan sesuatu bangsa lainnya
Secara fizikal
negara dan bangsa itu
sudah hilang kemerdekaannya dan kebebasannya
Kerana negara
itu tidak ada kuasa mentadbir
dan menentukan nasib negara dan bangsanya
Apabila
penjajah itu menerapkan
ideologinya, didikannya, budayanya
dan buah fikirannya
Cengkaman
penjajah itu
sudah semakin menyerap dan kuat
Satu, dijajah
di segi fizikal
dan kedua, dijajah di segi mental dan rohani
Lama-kelamaan
bangsa yang dijajah itu
berubah watak
Rupanya sahaja
tidak berubah
tapi cara berfikir, sifat, akhlak dan budaya
sudah sama dengan penjajah
Apabila bangsa
itu menuntut kemerdekaan
dan diberi kemerdekaan
tidak kiralah cara apa pun
Terungkailah
satu bentuk penjajahan
iaitu penjajahan fizikal
tapi tinggal satu lagi
penjajahan mental dan rohani
Penjajahan
fizikal walaupun sudah lama
merdeka dan bebas
Adakalanya
penjajahan mental dan rohani
beratus tahun masih bertapak kekal
Kesan daripada
penjajahan
yang asalnya secara fizikal
Di dalam pada
itu ramai manusia tidak tahu
ada dua penjajah yang mereka tidak
sedar
Penjajahnya
nafsu dan penjajahnya syaitan
Dua bentuk
penjajahan ini
ramai orang kena jajah sampai mati
Sekalipun dia
pandai, kaya
tentera, polis dan orang ramai
Dua penjajah
ini pemimpin dan ulama
pun kena jajah
secara tidak sedar
Dua penjajah
ini amat dahsyat
Kerana ramai
orang tidak sedar dia dijajah
kecuali orang yang bertaqwa
Penjajahan dua
jenis makhluk ini
dahsyat dan hebat
Kerana orang
yang dijajahnya
dibuat seperti bola
Tidak mampu
lagi mengawal
dan mentadbir dirinya
Di dalam diri
ada dua penjajah yang berkuasa
Nafsu, syaitan
yang bermaharajalela
Dua penjajahan
ini hingga memasukkan manusia
ke dalam Neraka
oleh PBT
Selepas Zuhur
03 – 09 – 2001