Engkau selalu menyangka orang lain
akan merosakkan engkau
Engkau selalu sahaja prejudis
dengan musuh-musuh engkau
Engkau merasakan musuh-musuh
engkau
akan membinasakan engkau
Rupa-rupanya musuh-musuh engkau
sekali-sekala sahaja merosakkan
engkau
Orang lain, adakalanya engkau
terselamat
daripada kejahatannya
Tapi engkau sama ada disedari atau
tidak
setiap hari dirosakkan oleh
perkara
yang sangat rapat dengan diri
engkau
Setiap hari engkau dirosakkan
oleh ilmu dan kepandaian engkau
Setiap masa engkau dirosakkan
oleh nama, glamour engkau
Sering sahaja engkau dirosakkan
oleh harta dan kekayaan engkau
Jawatan dan kekuasaan engkau
itulah
yang selalu merosakkan engkau
Amanah yang diberikan kepada
engkau
itulah yang selalu merosakkan
engkau
Cara engkau berfikir itulah yang
merosakkan engkau
Keyakinan engkau itulah
yang banyak merosakkan engkau
Ideologi yang ada di kepala engkau
itulah
yang merosakkan engkau
Sedangkan kalau musuh engkau
merosakkan engkau,
mudah engkau sedar
Orang lain merosakkan engkau,
cepat engkau dapat mengesannya
Tapi kalau ilmu, harta, pangkat,
kekuasaan,
nama dan glamor yang merosakkan
engkau
Payah engkau hendak insaf dan
sedar
Engkau tidak terasa dirosakkan
olehnya
Engkau terasa itu semuanya adalah
kejayaan engkau
Itu semuanya adalah kemajuan yang
engkau tempa
dan kejayaan yang engkau buat
di dalam kehidupan engkau
Engkau rasa telah berjaya di dalam
kehidupan engkau
Kerana itulah payah engkau hendak
sedar
Engkau rasa itu adalah satu
kejayaan bukan kerosakan
Engkau tertipu di dalam kehidupan
engkau
Oleh:
PBT
Selepas Asar
27 Muharam 1421H