# RETRO KSZ
..sambungan the PILLARS * NGO-NGO pro ZIONIS,
Maklumat ini cukup penting untuk diketahui dan difahami oleh anak bangsa hinggalah ke jenerasi terakhir zaman ini. Tanpa mengetahuinya, kita akan terus dijajah di luar sedar melalui siri-siri "mind control" yang terus menerus dipasang oleh Yahudi Zionis.
Perangkap-perangkap baru sentiasa digarap untuk memastikan semua Orang Islam ikut terjerat dan menjadi GOYYIM sebagaimana kaum Nasrani sekarang. Apa yang malang, Malaysia dan Indonesia kini menjadi fokus mereka dan seperti yang diketahui, pelbagai kejanggalan telah terpapar di depan mata. Apa yang penting bagi mereka ialah "baling batu sembunyi tangan". Belakulah adegan yang tidak pernah berlaku. Bertelingkah dan saling salah menyalahkan.
Organisasi-organisasi The Pillars (Projek Underground)
BAHAN peledak (gun powder) sudah dimasukkan ke dalam laras senapang, peluru juga sudah dimasukkan dan ditekan-tekan sedikit supaya ia mampat dengan tekanan yang sepatutnya, tinggal hanya picu sahaja yang perlu ditarik dengan jari telunjuk supaya senapang itu meletup dan pelurunya meluru keluar mengena tepat ke jantung musuh.
Senapang itu tidak seperti senapang-senapang automatik yang lazim digunakan dalam siri-siri perang moden. Ia seperti senapang yang biasa digunakan semasa zaman Perang Saudara (Civil War) di Amerika pada beberapa ratus tahun dahulu. Ia juga kerana perumpamaan terhadap senapang itu sebenarnya merujuk kepada perang saudara yang sedang diciptakan untuk menjayakan gelombang kedua.
Senapang itu sudah siap diisi peledak dan peluru. Hanya menunggu masa untuk diletupkan, ditembak ke arah sasaran yang semakin terdedah.
-----
Organisasi-organisasi The Pillars sentiasa mengambil peluang terhadap perkembangan di Asia Barat. Malah sebelum tercetusnya Arab Spring, organisasi-organisasi itu telah lama merancang untuk menstrukturkan semula tradisi politik di Asia Barat.
Bukan sekadar merancang, organisasi-organisasi itu mewujudkan pula sub-sub organisasinya yang mana sub-sub itu masuk secara senyap-senyap ke Asia Barat untuk ‘mendakyahkan’ pemikiran dunia baharu kepada golongan sivil di negara-negara Asia Barat dan Afrika. Pemikiran yang sudah lama diperkenalkan di Eropah dan sebahagian dunia lain tetapi diperbaharui mengikut keperluan pra-syarat kepada cetusan gelombang kedua.
Pemikiran liberalism dengan pendekatan-pendekatan baharu, menggalakkan golongan sivil bergalak mesra dengan hak-hak asasi manusia yang tidak mereka benar-benar fahami dan memasukkan segala pemikiran agresif dan militan dalam menuntut revolusi dan reformasi ke arah dunia baharu yang menjanjikan kesenangan dan keadilan kononnya. Ia adalah pemikiran-pemikiran yang ditaja oleh The Pillars. Pemikiran yang mengheret manusia ke lembah sekular dan akhirnya mati kelekaan di lembah itu secara senyap-senyap.
Foundation For The Future (FFF), sebuah organisasi yang pada kertasnya didirikan untuk melibatkan (mengheret?) masyarakat di Asia Barat dan Afrika untuk menyokong badan-badan bukan kerajaan (NGO) di dalam usaha membangunkan demokrasi dan kebebasan. Ia bermakna FFF adalah berfungsi sebagai ‘memujuk’ masyarakat Asia Barat dan Afrika untuk menyokong NGO yang akan membawa mereka ke arah demokrasi dan kebebasan.
Apa pula NGO-NGO yang dipastikan untuk mendapat sokongan masyarakat Asia Barat dan Afrika? Ia adalah National Endowment for Democracy (NED), National Democratic Institute (NDI) dan banyak lagi jenama NGO lain yang mana diketahui melancarkan operasi Arab Spring dan Mission Occupy di Asia Barat. Ia juga adalah The Pillars.
Hasrat utama The Pillars dalam konteks masyarakat sivil ialah menjadikan demokrasi sebagai tujuan utama masyarakat itu dalam membina semula negara mereka setelah diberi perkhabaran mengelirukan bahawa sistem sedia ada adalah tidak adil dari kaca mata hak asasi manusia.
Ia memberi fokus kepada kebebasan, hak asasi manusia, kebebasan bersuara, keadilan dan membawa sistem pilihanraya demokrasi ke arah yang dikatakan lebih demokratik, memberi akses kepada ketelusan maklumat, kebebasan pertubuhan, kebebasan media, memberi kuasa kepada wanita (hak asasi wanita dalam ruang lingkup hak asasi manusia) dan beberapa lagi fokus lain.
Ia juga kedengaran sama dan selari dengan setiap gerakan NGO tertentu yang bertebaran di seluruh dunia hari ini iaitu menyuarakan fokus-fokus yang sama.
Perlu sensitif terhadap perkembangan ini ialah keperluan untuk menjejak gerakan-gerakan mereka di Asia Barat dan juga sebahagian dunia yang lain. Mereka telah bergerak di Tunisia dan Mesir, mereka telah berjaya di sana. Mereka juga telah bergerak di Libya dan telah berjaya. Sekarang mereka masih bergerak di pentas dunia.
Apabila dilihat daripada lingkaran NGO-NGO ini termasuk FFF, NED dan NDI, didapati bahawa NGO-NGO ini mempunyai negara tumpuan yang berbeza-beza. Contohnya FFF memasukkan Turki, Mesir dan Iraq ke dalam senarai mereka melalui wakil-wakil (ejen-ejen pillars) yang dilantik dari negara-negara itu. Manakala NED diketahui beroperasi melalui ejen-ejennya di Mesir, Libya dan Syria. Beberapa pertubuhan lagi sedang cuba melebarkan operasi ke Arab Saudi. Lain-lain NGO pula melibatkan zon-zon berbeza.
---
Sila fahami baik-baik.
Ini adalah benang untuk anda. NGO-NGO berkenaan mempunyai zon-zon operasi yang berbeza. Apabila dihubung-kait setiap NGO itu dan juga zon-zon operasi mereka, kita akan dapati semua zon yang terdapat dalam senarai operasi NGO-NGO itu membentuk zon-zon yang menjadi sebahagian daripada The Greater Israel.
Perkara yang boleh dilihat di sini ialah wujud keselarian NGO-NGO itu dalam mengadakan kerjasama untuk mendirikan demokrasi mengikut kehendak mereka di zon-zon yang menjadi sebahagian daripada rancangan The Greater Israel. Untuk melihat pertalian antar NGO-NGO ini, kita wajar melihat plan The Greater Israel kerana zon-zon pengoperasian NGO-NGO itu secara jelas membentuk sebuah peta yang dinamakan sebagai The Greater Israel.
Maka tidak hairan apabila FFF mengatakan bahawa mereka adalah sebuah organisasi bebas yang ditubuhkan untuk melibatkan masyarakat di Asia Barat dan Afrika untuk menyokong NGO-NGO di dalam usaha membangunkan demokrasi dan kebebasan. Jelas di situ.
Apabila agenda NGO-NGO itu mendapat sokongan masyarakat, maka jaringan ke arahThe Greater Israel dan The New Order of the New World akan terbentuk dengan sendiri dalam rangka kerja yang dibangunkan dalam ruang lingkup kelalaian akibat kesibukan masyarakat Asia Barat sendiri.
Masyarakat yang terlibat memberi sokongan terhadap gerakan demokrasi di bawah NGO terbabit dan juga sub-sub-sub (pecahan sub ketiga) NGO yang lebih kecil adalah secara tidak langsung diheret dalam menjayakan The Greater Israel. Dalam erti kata lain, masyarakat di Asia Barat (minoriti sebahagiannya) dipaksa untuk sibuk dalam memperjuangkan demokrasi yang secara halusnya membawa ke arah The Greater Israel yang mempunyai perisa liberalism berencah sekularism Zionis.
Dalam zon lain yang berbeza dengan zon Asia Barat, terdapat rancangan licik lain yang tidak kurang sama besarnya dengan The Greater Israel iaitu The Greater World. (Rujuk artikel: Kotak tidak berkunci).
Gerakan-gerakan NGO yang berfungsi sebagai The Pillars itu adalah kerja-kerja penting dalam menggerakkan dunia ke arah New World Order (NWO) gelombang kedua. Mesir pula sedang diheret ke dalam Dasar Desentralisasi selepas melalui Reform 2.0(pernahkah anda dengar terma dasar desentralisasi ini dalam matapelajaran sejarah, tahu apa tujuannya?), lain-lain negara yang sudah kecoh di Asia Barat juga akan mengalami nasib yang sama.
Turki secara tidak langsung terlibat sama dalam kekecohan di Syria apabila terdapat beberapa serangan daripada Syria terhadap Turki. Petanda-petanda awal terhadap konflik lebih besar pula kerap kedengaran apabila diramalkan bahawa akan tercetus perang besar di Asia Barat akibat hubungan Syria dan Turki yang semakin terdedah kepada kebuntuan pemulihan hubungan kedua-dua negara.
Pertembungan antara sebuah negara sekular (Turki) dengan sebuah pemerintahan Syiah (Syria) akan menyebabkan umat Islam di Asia Barat terus terhimpit di tengah-tengah. Ia juga akan mengundang sentimen tidak selesa di kalangan negara-negara Islam yang lain di sekitarnya dan seluruh dunia dan akhirnya mewujudkan ketegangan yang lebih buruk.
Setiausaha Kerajaan Amerika, Hillary Clinton juga pernah mengeluarkan kenyataan mengaku bahawa Amerika ada membekalkan senjata kepada pemberontak di Syria dengan alasan membantu mereka menggulingkan pemerintahan rejim kejam di Syria. Soal Clinton menyokong pihak yang mana adalah tidak penting, lebih perlu kita fokus ialah keperluan Amerika (gerakan bawah tanah yang terpisah daripada keputusan kerajaan Amerika) untuk menyemarakkan ketegangan di Syria.
Jadi, wujud benang baharu apabila Clinton secara tidak berhati-hati mengeluarkan kenyataan seperti itu. Benang yang menghubungkan gerakan bawah tanah Amerika bersama-sama FFF, NED, NDI dan sebagainya dalam menjamin terbentuknya The Greater Israel dengan mengambil peluang daripada kelekaan dan kesibukan masyarakat Asia Barat berperang sesama mereka.
Di sini, penafian yang mengatakan Amerika tidak terlibat dalam penyaluran dana kepada FFF, NED dan NDI adalah tidak berasas sama sekali sebaik sahaja Hillary Clinton mengeluarkan kenyataan sedemikian. Ia kerana terdapat banyak benang lain yang menghubungkan Amerika dan Eropah (perkakas Israel) untuk mencipta kekecohan dan konflik di Asia Barat sehingga menjadi faktor sibuk dan faktor leka bagi masyarakat Arab di sana.
Kini, gerakan-gerakan NGO itu sudah masuk pula ke Yemen, Jordan dan Qatar. Masyarakat sivil di sana sedang didedahkan kepada kisah-kisah ‘mitos’ demokrasi yang menjanjikan hak sama rata serta kebebasan dan keadilan untuk semua. Seminar-seminar dan kursus-kursus diadakan bagi memberi pendedahan kepada golongan belia di sana terhadap ‘mitos’ demokrasi dan ‘manfaat’ yang akan mereka dapat apabila demokrasi diamalkan secara yang ‘sepatutnya’. Apabila timbul pula konflik baharu di negara-negara berkenaan pada masa hadapan, ia adalah sesuatu yang tidak menghairankan. Di Morocco pula, ia digerakkan dengan cara lain. Dalam gerakan ini, ia melibatkan sebahagian Afrika serta keseluruhan Asia Barat dan juga negara-negara Arab termasuk Kota Mekah dan Madinah di Arab Saudi. Ia adalah massive agenda yang akan memberikan shocking sensation kepada seluruh dunia.
Soal NGO-NGO itu memihak kepada siapa adalah tidak penting. Paling perlu diberi fokus ialah kesan yang akan timbul iaitu ketegangan yang menjanjikan campur tangan Amerika, Eropah dan khidmat nasihat Israel yang turut mempunyai kepentingan besar di Asia Barat. Apabila ketegangan itu berlaku di Asia Barat, maka Israel akan memainkan peranan dengan alasan ia juga mahu menjaga kepentingannya di Asia Barat walhal Israel lebih selesa menganggotai Kesatuan Eropah dalam hubungan antarabangsanya.
Kisah di sebelah sana ialah The Greater Israel. Manakala kisah di sebelah sini (di sebelah kita) pula ialah The Greater World. Kedua-dua itu digerakkan oleh organisasi-organisasi ‘bebas’ yang dinamakan sebagai The Pillars of the Zionist.
---
The Print of Projects
“Long before uprisings and popular protests started to tip the political balance in theMiddle East, the Cairo-based Resources for Development Center (RDC) understood the powerful tool for political mobilization that internet could be, sidestepping official restrictions on freedoms of expression, speech and opinion. RDC developed the‘Reform 2.0’ project, thanks to a grant from the Foundation for the Future, and with the ambition to train 100 NGOs and 10,000 young internet users to advocate for change. Less than six months after the initiation of the project, RDC has already trained dozens of youth to develop online advocacy groups and campaigns, and drawn over 1,500 members – from Egypt and beyond - to the project..” – FFF 2011 Public Report on Egypt.
“Half of Yemen’s 22 million citizens are under 16 years of age and the population is set to double by 2035. In general, these youths make up a large portion of unemployment and casualties from violence but rarely have representation in government or civil society. Limitations on freedom of speech in the country also limit the youth voice in both formal and informal communication channels. The Youth Leadership Development Foundation (YLDF) in Sana’a has been working since 2005 to empower youth with its economic center that develops youths’ job skills, a learning center for young girls, and trainings on human rights and citizenship. The Foundation for the Future aids in this last goal through its sponsorship of the project, “Youth for Human Rights-Training of Trainers.” – FFF 2012 Public Report on Yemen.
“The Foundation exercises the widest possible flexibility in its activities within the region,seeking to draw on indigenous reformers and their ideas, and to include them in innovative approaches which nurture grass-roots civil society organizationsand their leaders and recognize the creativity of governments as they encourage such organizations to join them in strengthening democratic processes and institutions.” – FFF: The Mandate.
Print bagi gerakan ini adalah hampir sama dalam menggerakkan agenda mereka ke seluruh dunia. Istilah Reform 2.0 (di Mesir), Morocco Reform 2.0 (di Maghribi), Revolution 3.0 (di Syria) dan sebagainya yang menggambarkan siri-siri perjuangan segolongan tertentu adalah didirikan atas agenda yang sama walaupun digerakkan dalam mood yang berbeza iaitu sama ada secara agresif, secara occupy atau sebagainya.
Benang yang tidak digambarkan dengan cara jelas dalam gerakan ini ialah ia masih bergantung kepada gerakan-gerakan yang mendapat kerjasama dengan NGO-NGOThe Pillars yang bekerja untuk menjayakan The Greater Israel dan The Greater Worlddalam konteks ruang lingkup perubahan sistem politik atau sistem pilihanraya dalam kancah demokrasi melalui siri-siri yang bersambung-sambung dari semasa ke semasa.
Sentimen yang dimainkan pula adalah berkisar mengenai working-class environmentyang mampu mempengaruhi golongan sivil untuk sama-sama turut serta dalam gerakan-gerakan NGO pillars seperti ini, ia adalah mind game. Kata lain, projek-projek yang dijalankan itu menjadikan working-class sebagai sasaran untuk diperdayakan dan seterusnya golongan itu dimasukkan ke dalam agenda masyarakat yang kononnya berjuang untuk mendapatkan demokrasi mengikut pengertian yang mereka sendiri tidak faham.
Petikan-petikan daripada laporan-laporan di atas adalah biasa sahaja apabila dibaca secara sekali imbas. Namun apabila diteliti secara lebih kritis, didapati bahawa projek-projek yang dijalankan adalah untuk memainkan peranan working-class environment(dan mempermainkan perasaan working class) dalam mencapai cita-cita mendirikan dunia baharu yang lebih demokratik mengikut definisi The Pillars. Paling perlu dilihat ialah zon-zon pengoperasian NGO-NGO berkenaan yang melibatkan zon-zon The Greater Israel.
Istilah-istilah yang menggambarkan siri-siri perjuangan golongan tertentu itu adalah terang-terangan digerakkan oleh NGO-NGO yang menjunjung agenda The Pillars.Ruang lingkup ia digerakkan ialah masih dalam ketumpatan kedunguan yang sama iaitu berputar dalam ruang politik, demokrasi, pilihanraya, sistem pemerintahan dan sebagainya yang melibatkan kuasa pemerintahan dan proses penentuan kuasa pemerintahan di sesebuah negara.
Pada tempoh antara tahun 2010 hingga 2011, Jerman mengambil keputusan tegas mengharamkan NED dan NDI daripada terus beroperasi di negara itu. Selain, itu negara-negara lain termasuk Rusia dan China juga mengambil langkah sama di samping memantau NGO-NGO lain yang dikhuatiri mempunyai jaringan rahsia dengan NED dan NDI serta lain-lain NGO antarabangsa yang menjunjung agenda The Pillars.
Langkah Rusia dan China menunjukkan bahawa NED dan NDI melantik proksi-proksi dari kalangan NGO-NGO tempatan di sana untuk menggalas cita-cita NED dan NDI dalam paksi The Pillars untuk menempatkan dunia di sebelah sini sebagai The Greater World. Ia kerana Rusia dan China sudah sedia tahu dengan The Print dalam gerakanThe Pillars.
----
Halangan kepada Amerika dan Israel di rantau Asia Timur
Kebangkitan China dalam persekitaran ekonomi Asia dan Dunia menjadi penghalang besar kepada Amerika dan Israel untuk mengukuhkan kepentingannya. Manakala lokasi strategik laluan dunia seperti Malaysia dan Singapura pula adalah antara faktor penting untuk menjamin kepentingan Barat dalam persekitaran ekonomi dunia.
Untuk menenggelamkan China, maka lokasi strategik seperti Singapura dan Malaysia adalah satu keperluan kepada Amerika dan Eropah. Dalam kes Singapura, kepentingan tersebut sudah dinikmati Amerika dan sekutu, namun mereka masih memerlukan satu jaminan besar di Malaysia untuk mengukuhkan kedudukan di Singapura. Tanpa menguasai polisi-polisi Malaysia, kepentingan mereka yang berpangkalan di Singapura juga boleh terancam pada bila-bila masa.
Terus menjadi penghalang kepada cita-cita Amerika dan Israel ialah hubungan rapat Malaysia dengan China. Ia kerana China adalah satu-satunya kuasa besar di Asia Timur yang mampu melemahkan kekuasaan Amerika dan Israel dalam konteks ekonomi dunia.
Bagi menjamin kepentingan Amerika dan Israel sehingga dapat menyekat kemaraan China dalam hubungan diplomasinya dengan dunia luar, maka menguasai Malaysia adalah satu keperluan kerana Malaysia selama ini memainkan peranan memulihkan imej China di mata dunia dan kesan daripada pemulihan imej itu, China berkembang pesat selepas dunia melihat hubungan Malaysia dengan China, iaitu selepas dunia melihat China yang komunis itu tidak bermain helah ketika menjalankan kegiatan ekonomi dan perdagangan dengan negara luar seperti Malaysia.
Lebih parah kepada Amerika ialah, ekonomi China tumbuh pesat pada ketika Amerika dan Israel sedang menghadapi masalah ekonomi. Amerika pula lebih tertekan apabila Israel tidak henti-henti meminta Amerika menyalurkan dana kepada rejim Zionis pada ketika ekonomi Amerika sendiri sedang tercungap-cungap.
Berdasarkan latar belakang hubungan Malaysia-China itu (sekadar memetik sedikit sahaja), maka kemaraan China harus disekat oleh Amerika dan Israel bagi membolehkan mereka kembali menjadi pemain utama dalam perdagangan dunia.
Selain faktor China, reputasi lokasi strategik Malaysia dalam laluan perkapalan dagang dunia sejak sebelum zaman penjajahan juga adalah satu faktor penting buat Amerika dan Israel. Menguasai laluan kapal dagang di Selat Melaka juga berupaya menenggelamkan kemaraan China dalam sektor dagang. Kepentingannya juga sama seperti Amerika dan Israel menguasai Terusan Suez.
Apabila ekonomi China berjaya diruntuhkan melalui rancangan-rancangan strategik, maka ia memberi petanda bahawa Amerika dan Israel mempunyai peluang cerah untuk mendirikan The Greater World di sebelah sini. Untuk tujuan itu, Malaysia yang terletak di laluan dagang Selat Melaka perlu diletakkan proksi bagi menjamin kepentingan Amerika dan Israel dengan lebih berkesan. Kata lainnya juga, Malaysia tertakluk kepada kepentingan strategik ekonomi yang perlu dikuasai Amerika dan Israel.
Bagi mencapai tujuan itu, Malaysia juga tidak terlepas daripada agenda The Greater World yang digerakkan Amerika dan Israel melalui NGO-NGO The Pillars of Zionist. Gerakan-gerakan itu kemudian menyusup masuk ke Malaysia melalui NGO-NGO tempatan yang bekerja untuk menjayakan NGO-NGO pillars dan ramai yang mengkaji konspirasi dunia juga sudah lama tahu mengenai perkara ini.
Bahkan, ejen-ejen FFF juga sudah ada di Malaysia sejak tahun 2005 hingga 2006. Sejak itu, NGO-NGO tempatan yang baharu pula mula ditubuhkan atas beberapa kepentingan termasuk politik, hak asasi manusia, hak kebebasan dan bermacam-macam jenama. Selain itu, NGO-NGO tempatan yang semakin banyak tumbuh bagai cendawan selepas hujan itu pula menggerakkan agenda-agenda yang selari dengan agenda-agenda yang digerakkan FFF dan juga NGO-NGO pillars seperti NED dan NDI. Ia memperlihatkan NGO-NGO tempatan tidak ubah seperti perkakas kepada FFF, NED dan NDI dalam menggerakkan agenda-agenda tertentu.
Tambahan pula, FFF sentiasa menggalakkan masyarakat tempatan di sesebuah negara supaya menyokong agenda yang digerakkan NGO-NGO yang bermotifkan hak asasi manusia, prinsip keadilan sivil, hak sama rata, sistem pilihanraya dan sebagainya. Bukankah ia kelihatan seperti ada benang kecil yang menghubungkan semua gerakan itu dengan ‘seni’ jahitan yang sangat halus?
Hubungan Malaysia dengan China yang diamalkan pada masa ini adalah penghalang kepada Amerika dan Israel untuk menguasai ekonomi dunia dengan lebih agresif di benua sebelah sini. Kegagalan menguasai semula Selat Melaka (selepas merdeka) juga adalah penghalang kepada Amerika, Eropah dan sekutu Zionis untuk menguasai perdagangan dunia di sebelah sini.
Maka, Malaysia harus dimasukkan dalam senarai ‘wajib dapat’. Dengan itu, usaha-usaha ke arah itu dijalankan sejak penghujung tahun 2001 dengan melantik proksi-proksi yang diyakini mampu menggalas cita-cita Amerika dan Israel. Ia diperhebatkan lagi semenjak tahun 2005 hingga hari ini melalui proksi-proksi yang dipercayai.
Proksi-proksi yang bergerak dalam ruang lingkup politik itu pula diberikan latihan secukupnya melalui NGO-NGO tempatan yang menjadi sekutu kepada NGO-NGOpillars bagi menggerakkan skim mind control terhadap para pengikut. Ia digerakkan melalui asuhan terhadap minda pengikut untuk menjunjung slogan yang sama, iaitudemokrasi, hak sama rata, slogan rakyat, hak asasi manusia untuk semua dan sebagainya.
Manakala The Print dalam gerakan itu pula tidak jauh bezanya dengan print-print yang terdapat di Asia Barat dan Afrika. Apabila ia digerakkan atas kertas kerja utama (master working paper / master print) yang sama, maka print serta plot lokal yang terhasil juga adalah lebih kurang sama. Dalam menjayakan semua itu, segala-galanya menjadi mangsa manipulasi dalam ruang lingkup the print.
---
Proxies of the Pillars
Agenda The Greater World di bawah motto NWO sememangnya perlu dijayakan melalui proksi-proksi yang diberikan tugasan-tugasan tertentu. Manakala The GreaterIsrael yang bakal didirikan secara eksklusif di Asia Barat juga memerlukan kerjasama daripada proksi-proksi melalui tugasan-tugasan khas yang tertentu.
Untuk agenda The Greater World, proksi-proksi ini bergerak dalam rangka kerja tersusun sambil mengemudi gerakan-gerakan NGO pillars secara rahsia dan pada masa sama menjaga kepentingan Israel supaya tidak tergugat oleh dasar-dasar luar sesebuah negara.
Proksi-proksi ini biasanya (kita ambil zon Asia sahaja) lebih selesa mengeluarkan kenyataan yang melonjakkan reputasi Amerika dan Israel, tetapi kurang gemar menyentuh soal China. Ia kerana sebarang pengucapan proksi yang boleh membantu melonjakkan reputasi China akan menjejaskan peluang Amerika di Asia.
Jadi, permainan yang dimainkan proksi adalah menjaga kepentingan Amerika dan Israel. Segala-galanya dibulatkan kepada Amerika dan Israel (secara nyata atau secara berkias) dengan mengambil contoh demokrasi di Amerika adalah terbaik dan sebagainya iaitu mengangkat Amerika sebagai contoh terbaik untuk diteladani orang Asia.
Pada masa yang sama, setiap negara-negara proksi yang mengamalkan dasar pro kepada sesama Asia kerap kali dipinggirkan oleh proksi atas sebab motif utama ialah mengangkat Amerika sebagai contoh teladan.
Maka, propaganda kemudian ditiup oleh proksi-proksi kepada para pengikut supaya tidak memandang kepada sesama Asia, tetapi lebih kepada mengajak atau mempengaruhi pengikut supaya mengambil Amerika sebagai contoh terbaik untuk diteladani, lebih kurang sama dengan istilah American-dream dalam hal hak asasi manusia dan sebagainya.
Proksi-proksi pula kebiasaannya jelas kelihatan pro kepada Amerika dan Israel. Ia kerana, The Greater World yang menjanjikan kuasa hebat kepada proksi itu memerlukan sokongan daripada Amerika dan Israel. Kata lainnya, The Greater Worldmenjanjikan kuasa pemerintahan yang sangat hebat kepada proksi.
Dalam keadaan masa kini, iaitu pada ketika Arab Spring menjadi babak paling suspen dalam pementasan wayang NWO, ia (Arab Spring) kerap kali dijadikan modal oleh proksi-proksi untuk mempengaruhi para pengikut supaya menggerakkan revolusi di negara-negara mereka sendiri.
Arab Spring adalah antara cubaan terbesar The Hidden Hand pada abad ini untuk menjayakan NWO dalam gelombang kedua. Sebagaimana dalam Perang Dunia Kedua (WW2), essence utama dalam menjayakan gelombang pertama NWO ialah kekacauan dan huru-hara di serata dunia.
---
The Essence
Essence atau pati utama dalam menjayakan NWO gelombang pertama ialah kekacauan yang tercipta di seluruh dunia akibat peperangan. Jadi, NWO gelombang pertama sudah dijayakan semasa WW2.
Maka untuk mengheret dunia ke dalam gelombang kedua NWO, maka essence yang sama diulang guna, tetapi dalam mood yang berbeza. Jika dalam WW2 (gelombang pertama NWO), dunia diheret ke kancah perang antara negara-negara, maka dalam gelombang kedua ini negara-negara Islam pula diheret ke kancah perang saudara-saudara.
Ia terkandung dalam skim wang perang (rujuk artikel: Wang Perang) bagi mengurangkan kos perang Amerika dan Israel. Ia kerana Amerika dan Israel terpaksa menanggung kos yang sangat tinggi dalam siri-siri peperangan yang disertai mereka sebelum ini sebagaimana dalam WW2, Perang Teluk, Perang Afghanistan dan sebagainya sehingga menyebabkan ekonomi kedua-dua negara sekutu itu mengalami kejatuhan melampau. Malah, Israel sendiri mengalami masalah inflasi dan kenaikan harga hartanah yang membebankan.
Untuk mengurangkan kos itu, satu print baharu dirancang sejak tahun 2005 bagi meneruskan agenda kekacauan seluruh dunia. Print itu pula berfungsi menyelamatkan Amerika dan Israel daripada terlibat secara langsung dalam perang-perang gelombang kedua itu. Ia dilaksanakan dengan mencipta kekacauan dalaman di negara-negara sasaran iaitu negara-negara yang selama ini sangat liat untuk tunduk kepada Amerika dan Israel.
Kekacauan dalaman itu kemudian berubah menjadi perang saudara sebagaimana yang berlaku di Asia Barat sekarang ini. Ia tidak akan berjaya dilaksanakan tanpa gerakan-gerakan bawah tanah yang dijalankan NGO-NGO pillars yang berperanan menyemarakkan api kemarahan masyarakat sivil di negara-negara sasaran supaya melakukan revolusi menukar rejim pemerintahan.
Kekacauan yang tercipta itu pula memungkinkan proksi-proksi Israel dan Amerika diangkat naik menjadi pemerintah baharu di negara-negara sasaran dan pada masa sama bersandiwara seolah-olah mereka itu tidak suka kepada Israel, tetapi pada masa yang sama mengambil setiap nasihat Zionis yang disumbat ke dalam rongga telinga mereka.
---
Kos gelombang kedua
Segala perancangan jahat Zionis berjalan dengan sangat rapi dan teratur sehingga mampu memperdaya golongan-golongan yang sentiasa sibuk bertelagah sesama sendiri. Essence terpenting dalam menjayakan gelombang kedua ini pula meresap masuk ke dalam negara-negara sasaran dengan amat mudah sekali. Ia kerana mangsa-mangsa (anda semua) sedang lalai.
Gelombang kedua ini mengakibatkan pertumpahan darah yang sangat banyak sebelum ia dijayakan. Sama juga seperti gelombang pertama semasa WW2, banyak darah ditumpahkan semasa WW2 iaitu sebelum gelombang pertama itu dijayakan. Jadi, kos yang ditanggung oleh dunia ialah darah.
Amerika dan Israel sudah tidak mahu menanggung kos (darah) itu dan juga kos-kos yang lain (kos belanja kewangan). Maka, mereka mencipta ‘perniagaan’ baharu dengan menjadikan mangsa-mangsa menuntut kos (darah) sesama mereka. Mereka juga melantik petualang-petualang (proksi) untuk menjalankan ‘perniagaan’ itu. Manakala tugas ‘promosi’ bagi ‘perniagaan’ itu pula dijalankan oleh ‘firma-firma pengiklanan’ yang dimainkan oleh NGO-NGO pillars. Mungkin dengan perumpamaan itu boleh menjadikan anda sebagai orang-orang yang faham.
Jika anda terus leka dan lalai akibat terlalu sibuk bertelagah sesama sendiri dan terlalu sombong untuk duduk semeja demi kepentingan agama dan perpaduan umat yang dituntut agama, maka bersedialah untuk menanggung kos ini dengan membayarnya menggunakan emas cair berwarna merah.
-STALKER-