Seorang wanita masih muda, cantik molek telah dicalunkan sebagai Perdana Menteri menggantikan kerajaan UMNO pimpinan DSN. Berita sestasi bakal menghiasi 2012 disamping berita ayahnya akan dipenjara atas kesalahan salah laku seks.
Suatu kelainan hidangan permulaan 2012 dari Pakatan Rakyat. Demi menyandarkan harapan sisa-sisa pengaruh DSAI, anaknya kini dicadang untuk mengetuai kerajaan jika DSAI bersalah dalam penghakiman 9HB Januari 2912 nanti.
Berita ini tidak menjadi sensasi pada awalnya kerana ia dianggap sebagai satu gurauan. Ia kemudiannya semakin panas bila dilihat DSAI telah pasti akan gagal dalam pembelaannya di mahkamah. DSAI juga semakin tertekan apabila rancangannya menganjurkan revolusi 901 kurang mendapat sambutan.
Jalan keluar dari kedua-dua keadaan ini, satu watak mewakilinya wajar diangkat. Mustahil isteriya merangkap presiden PKR, DS Wan Azizah atau timbalannya mampu menggalas tugas tersebut. Yang paling menghairankan, kenapa Hj Hadi tidak dipilih. Adakah Tuan Guru Hj Hadi tidak layak? Sekurang-kurangya menanti hasil pilihanraya 13 sebelum putuskan siapa yang lebih dominan. Apa yang pasti DAP tidak akan bersetuju jika Tuan Guru Hj Hadi di lantik mengetuai PR. Bakal menjadi berbualan hangat bertali arus.
Politik tetap politik. Inilah hasil dari sangkar demokrasi yang tak kunjung sudah menampilkan permainan "JUDI" halal dalam era moden. Persoalan terus muncul bagaimana Tuan Guru Haji Hadi sanggup menerima wanita sebagai "IMAM"?
Seorang wanita muda yang tidak pernah teruji diangkat sebagai ikon menagih simpati masyarakat. Bukankah ia seakan satu perjudian? Mungkin TG Hj Hadi atau TG Nik Aziz ada fatwa mengenainya. Kita tunggu fatwa mereka nanti.
Ia mungkin dikira satu persediaan untuk menggoyah dan memberi tekanan padu kepada kerajaan Najib yang semakin yakin sekarang ini. Kita tahu Nurul Izzah bukanlah calon terbaik berdasarkan pengalaman atau perwatakan sebagaimana ayahnya. Namun harus diingat bahawa pengaruh bapanya menjadi pencetus sokongan kepadanya. Dia pasti tidak mampu mencipta dasar yang hebat-hebat sebagaimana BN lakukan, namun bukan dia sebenarnya yang bakal melakar dasar baru Malaysia sebaliknya Timbalannya (kemungkinan terkuat) Lim Kit Siang. Atau majlis penasihat yang bakal diwujudkan kemudian. Bunyinya cukup cantik dan menawan...
Bersedialah menanti para menteri dari DAP yang selama ini begitu lantang memaki hamun Melayu termasuk pencetus 13 Mei lalu. Harap Melayu tidak mudah lupa.
KISAH 42 TAHUN LAMPAU
Petikan bahasan palimen oleh YB Kulim Bandar Baru terhadap YB Ipoh Timur
Malai Si ! Butuh Melayu !
Pada 11 Mei Jalan Changkat Dollah, “KL sekarang Cina punya”.
Pada 12 Mei Jalan Ipoh, Jalan Tunku Abdul Rahman, “Melayu balik kampung, Melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.”
Di Jalan Khir Kampung Baru, depan orang Melayu ini kenyataan parti Yang Berhormat Ipoh Timur, “Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu, sekarang kita sudah ada kuasa”.
Pada 12 Mei depan Balai Polis Jalan Pudu...“...Semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”
Pada 12 Mei. Okey nanti kejap lagi. Saya hendak habiskan. Biar dia faham. “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan Melayu punya, mata-mata lancau.”
Pada 12 Mei Jalan Canvel, “Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu.” Pada 12 Mei Jalan Bukit Bintang, “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.”
Politik baru. Sesuatu yang baru dan semakin baru dan kelabu. Melayu menerima Komunis sebagai tuan dan sedang bermula pula sistem dinasti. DINASTI dalam pemerintahan semakin diterima oleh masyarakat Malaysia.
Kenyataan dari Datuk Zulkifli Nordin menarik untuk diteliti:
Nurul Izzah calon PM?
MELAKA 30 Dis. – Pembangkang akan menonjolkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar sebagai calon Perdana Menteri yang baru jika mereka berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Mendedahkan perkara tersebut Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, itu adalah taktik terbaru yang dirancang oleh pakatan pembangkang untuk meraih simpati rakyat.
“Perkara ini telah dipersetujui oleh Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat dan mereka juga telah menubuhkan Majlis Penasihat Perdana Menteri yang dianggotai oleh semua pemimpin tertinggi dari DAP, Pas dan PKR.
“Taktik baru ini mereka tonjolkan seolah-olah mereka sudah yakin Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga bapa Nurul Izzah akan didapati bersalah dalam perbicaraan kes liwat yang akan diputuskan pada 9 Januari ini.
“Dengan mencalonkan Nurul Izzah, pembangkang yakin rakyat terutama golongan muda pasti akan simpati terhadap bapanya yang kini menghadapi kes liwat,” katanya.
Beliau ditemui Utusan Malaysia selepas menghadiri majlis perjumpaan Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti Tabika dan Taska Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Yayasan Melaka hari ini.
Mengulas lanjut Zulkifli berkata, pemimpin pembangkang melihat penampilan Anwar yang dikaitkan dengan kes liwat tidak memungkinkan mereka untuk meraih sokongan rakyat seterusnya memenangi pilihan raya kali ini.
“Saya diberitahu pemimpin tertinggi pembangkang tidak bersetuju untuk menyandarkan harapan kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail begitu juga Timbalan Presiden, Azmin Ali,” ujarnya.
Justeru katanya, pemilihan Nurul Izzah dilihat adalah pilihan tepat untuk meraih simpati rakyat bagi memastikan pembangkang menang pada pilihan raya nanti. ~UtusanOnline