Asalamualaikum wbt...
Saya adalah cucu atok zamany..ingin membuat
satu pengmuman berita yg sedih dari Mekah berkenaan atok zamany yg
telah dilapurkan hilang pada Malam Lailatulqadar di Masjidil Haram Mekah
bersamaan dgn 26 Ramadhan waktu Msia.
Mengikut cerita dari
sahabat2 dia yg ada bersama pada waktu itu, seperti biasa dia akan
menjadi Imam solat malam. Setelah selesai solat2 sunat malam itu mereka
melakukan zikir dan tahlil, kemudian dalam jam 3 pagi Mekah.. hadir satu
cahaya dan kabus tebal yg sangat harum mengililingi mereka. Lebih
kurang 1 jam.. kemudian atok bangkit utk solat sunat syukur dan sujud
syukur... selesai selepas itu, dia bangkit dan berjalan mengikut kabue
dan cahaya itu pergi meninggalkan semua makmum dia itu dan terus hilang.
Itu sebab saya katakan dia pergi bersama2 Lailatulqadar. Mungkin inilah
pertama kali saya dengar pernah terjadi kepada manusia dan yg paling
saya tak sangka ia berlaku kepada atok saya sendiri. Memang sejak 6
bulan kebelakangan ini dia banyak memberi wasiat kepada saya. Semuanya
dia serah kepada saya melalui lawyernya. Malah dana yg dia usahakan itu
juga telah diberi amanah kepada saya utk mentadbirnya. Kemudian kata2
akhir dia yg paling saya sedih sekali ialah "Atok tak mahu menyusahkan
sesiapa.. atok pergi ini jangan kamu tunggu kepulangan atok kerana atok
terus mengadap Allah utk selama2nya". Kata2 ini diucapkan semasa dia nak
berangkat hari itu. Saya anggap ia mungkin satu gurauan atok saja...
rupa2nya ia benar2 terjadi.
Ada 3 org sahabat dia bermimpi cerita
yg sama semasa di Mekah itu.. dimana atok datang dan beritahu mereka
tak payah cari dia kerana dia dah pergi untuk selama2nya. Jadi oleh
sebab itu mereka balek terus hari ini dan tak perlu tunggu lagi di
Mekah. Tapi semua urusan telah mereka lakukan di kedutaan disana dan
hanya berang2 dia yg saya terima di Airport Changi Spore tadi. Mereka
terpaksa bertolak semula ke Australia, Indonesia dan Brunei. Hanya
seorang saja dari Spore..yg lain transit saja utk jumpa saya.
Jadi...
inilah berita yg saya terima dan hingga disini saja usaha atok zamany
kepada umat islam di Msia, kawan2 dan sahabat handai dimana dia
memperjuangkan dan memberi kesedaran kepada ramai orang terutama semua
sahabat2nya didalam blog ini. Saya terpaksa memengang amanah yg telah
dia beri dan blog ini mungkin akan saya sambung...tapi saya tidak pandai
dan berpengelaman macam atok. Mungkin mula sekarang saya kena belajar
menulis seperti atok cuma bagaimana ya ???
Bagi pihak atok zamany
dan seluruh kaum keluarganya, saya memohon ampun dan maaf jika
sekiranya ada kata2 atok yg menyinggung perasaan semua,, haraplah
dimaafkan. dan kepada sesiapa yg telah memberi hutang apa2 juga..
hendaklah dihalalkan atau boleh bertemu saya untuk saya jelaskan
segalanya. Jika mengikut wasiatnya... dia tiada berhutang kepada sesiapa
pun kerana semuanya telah ia jelaskan dahulu sebab memang pekara ini
telah saya tanya dan pastikan sebelum dia berangkat ke Mekah tempoh
hari. Tetapi... manalah tahu ada lagi yg tertinggal... mohon email saya
dengan menggunakan alamat yg sama blog ini..ya.
Sekian dahulau dari saya dan terima kasih.
saya yg benar:
zaman
https://kubranewszamany.blogspot.com/2019/05/brexit.html?showComment=1558940458968#c8033242304793732019