SLOGAN KE ARAH NEW ORDER OF THE NEW WORLD
Sebelum kita pergi kepada langkah sewajarnya untuk menyemai semula kewarasan di kalangan umat Islam di negara ini, adalah baik sekiranya kita mengenal taktik sebenar musuh agama kita dalam Mind Game.
Ini adalah intipati kepada Mind Game yang telah berjaya membelenggu pemikiran manusia-manusia dungu bukan sebangsa mereka yang mereka gelar sebagai goyyim untuk tunduk patuh kepada segala kehendak mereka tanpa goyyim sedari (dalam konteks Zionis).
Sejak dua dekad ini di Malaysia pula, minda pengikut taksub politik (bertuhankan demokrasi) kerap disogok dengan istilah-istilah baru bermula 1998 apabila situasi politik negara mula berubah. Istilah-istilah itu ialah LIBERTY , PEOPLE POWER, HAK RAKYAT, HAK SAMA RATA dan WANG RAKYAT.
Istilah-istilah itu pada asasnya ialah istilah yang tidak membawa sebarang pengertian sehinggalah ia diberi pengertian secara salah oleh proksi-proksi Zion yang bersembunyi dalam pentas politik orang Melayu di Malaysia. Kami memanggil proksi-proksi itu sebagai The Conmen yang sedang menyesatkan pengikut-pengikut dan sekutu-sekutu politik mereka .
Matlamat dalam penggunaan istilah-istilah itu hanya satu, iaitu menyemai sentimen kemarahan rakyat terhadap pemerintah untuk mencapai tujuan memperoleh kuasa demokrasi. Ia adalah istilah yang bertujuan membakar semangat radikal dan kedunguan rakyat.
Istilah yang sama telah berjaya menunjukkan hasil huru-hara di Libya , Mesir, sekarang di Syria dan beberapa negara Islam yang lain. Istilah LIBERTY, PEOPLE POWER, HAK RAKYAT, HAK SAMA RATA dan WANG RAKYAT menjadi asas kepada kekuatan mereka hari ini. Istilah yang sama juga pernah berkumandang semasa Revolusi Perancis dan Revolusi Iran serta ketika berpecahnya Turki Uthmaniyah.
Ia adalah himpunan istilah yang berbahaya kepada pemikiran. Pemerintahan golongan Sunni di Iran tumbang disebabkan istilah-istilah itu yang berjaya meracuni pemikiran rakyat untuk menumbangkan pemerintahan sedia ada, begitu juga di empayar Turki Uthmaniyah. Istilah yang beracun kepada tingkat kewarasan akal sekiranya diberi pengertian yang salah.
Istilah-istilah itu memberi pentakrifan secara persepsi kepada rakyat mengikut selera sang proksi. Rakyat menjadi mudah terpengaruh apabila perjuangan individu itu disandarkan kepada PEOPLE POWER dan HAK SAMA RATA. Muncul satu cetusan perasaan ‘megah’ atau sekadar ‘perasan megah’ apabila ada individu muncul kononnya memperjuangkan hak rakyat.
Hakikatnya, rakyat tidak mendapat apa-apa melainkan hanya berjuang bermatian untuk menempatkan individu itu di atas takhta demokrasi atas nama hak rakyat. Rakyat menjadi semakin buta untuk menilai kewarasan bagi setiap tindakan mereka dalam masa memperjuangkan takhta individu tersebut.
Dana-dana dari luar dibawa masuk melalui skim money laundering ke dalam akaun-akaun proksi dan NGO-NGO yang didalangi proksi bagi menjayakan slogan-slogan untuk menampal istilah-istilah itu di pemikiran rakyat. Kemarahan rakyat dibakar bagi menyemai semangat HAK RAKYAT dan LIBERALISASI yang kononnya akan lebih menjamin maksud keadilan yang mereka sendiri tidak pernah jelaskan secara terang.
Apabila muncul istilah HAK SAMA RATA dan LIBERALISASI, maka Islam juga akan jatuh setaraf dengan agama lain. Itulah yang kita tidak mahu ia berlaku. Hak-hak beribadat di kalangan umat Islam akan lebih mudah dipersoal, begitu juga dengan lain-lain perkara termasuk cara hidup umat Islam yang akan lebih mudah diusik tanpa hormat.
Dia mahu menyelesaikan 'masalah kamu semua' yang mana dia menganggap kamu semua sebagai masalah dengan menjadikan kamu sekular sepertinya bagi menyelesaikan masalah itu
Bagaimana mahu menafikan semua itu daripada berlaku sekiranya perkembangan masa kini sedang condong ke arah itu? Laungan azan mereka minta supaya diperlahankan, bacaan al-Quran di masjid dan surau mereka minta dihentikan. Semua itu sedang berlaku dalam konteks masyarakat liberal yang mereka mahu cipta untuk kamu semua. Mereka mahu kamu menjadi sekular seperti mereka.
Tugas kita pula ialah mengembalikan kewarasan sebilangan umat yang telah termakan pujukan dan tipu daya proksi Zion dalam menjunjung slogan-slogan dalam istilah-istilah itu. Masa untuk kita semakin suntuk dan masa itu harus digunakan dengan penuh bijaksana sekiranya anda semua adalah umat yang mencintai agama yang diredhai Allah.
------
ISTILAH YANG MERACUNI
Orang yang lemah pemikirannya dan tidak mengenali realiti sangat mudah terpengaruh dengan slogan-slogan itu. Ia kedengaran seperti laungan slogan yang menjanjikan hak sama rata untuk semua. Malang lagi apabila ada umat Islam sendiri yang tidak sedar bahawa perjuangan menaikkan istilah-istilah itu hanya akan memakan diri sendiri.
Golongan yang tidak memahami pengertian rezeki adalah golongan yang mudah disesatkan. Jika sesuatu perkara itu bukan rezeki kita, maka sampai bila-bila pun ia tidak akan menjadi hak kita. Ada dua istilah yang menggunakan perkataan hak dalam himpunan slogan-slogan itu iaitu HAK RAKYAT dan HAK SAMA RATA. Maka, jangan pula dipusing-pusing menjadikan hak sebagai haq pula.
Apakah hak sama rata yang mahu dituntut itu? Hak sama rata JENIS APA yang mahu dituntut itu? Jenis nafsu atau jenis wang? Jika kamu semua memerhati dengan berhati-hati, anda akan mampu melihat bahawa perjuangan hak sama rata itu lebih menjurus kepada HAK NAFSU-NAFSI.
Namun, pemikiran kamu dialihkan kepada hak-hak yang mengaitkan hak-hak orang miskin dan kebajikan rakyat. Saya bukan pro-pemerintah sekiranya saya bercakap begitu, tetapi saya memihak kepada agama saya dan orang-orang yang ikhlas berjuang untuk agama saya dengan cara yang waras.
Bukan kita mahu menafikan hak-hak orang miskin dalam mendapatkan bantuan, tetapi semua itu sedang dijalankan walaupun tidak sempurna. Peratus kemiskinan juga menurun, lihatlah kepada fakta bukan bersandarkan persepsi yang cuba disemai ke pemikiran anda semua.
Masalah itu timbul apabila kita masih dengan sikap lama iaitu mengharapkan pemerintah untuk menjalankan perintah-perintah agama (dalam konteks kebajikan) sedangkan kita semua tidak berbuat apa-apa yang sewajarnya. Agama mengajar kita bersedekah kepada yang memerlukan, namun ada sebilangan kita yang hanya tahu menuduh pihak lain tidak menjalankan kebajikan sedangkan kita sendiri diperintahkan untuk bersedekah.
Berapa ringgit yang kita belanjakan untuk kebajikan dan kebahagiaan orang miskin dalam masa setahun? Berapa ringgit? Hanya bayar zakat fitrah tetapi bukan zakat-zakat lain dan juga bukan memberi sedekah sendiri secara terus kepada orang-orang miskin? Tetapi kita begitu hebat mengecam pihak lain yang difikirkan tidak melakukan kebajikan sedangkan kita sendiri tiada roh untuk melakukan kebajikan.
Untuk membangunkan umat, kita perlukan kerjasama kolektif dengan bersedekah. Jangan hanya tahu menuding jari kepada pihak lain andai kita sendiri terlalu kedekut untuk bersedekah dan berbakti kepada sesama umat.
Kenapa itu semua berlaku? Bukankah bersedekah kepada orang miskin itu terkandung dalam perintah Allah? Mengapa mesti menyalahkan pihak lain yang dituduh mengabaikan kebajikan umat Islam? Itulah salah satu punca perpecahan apabila berlaku budaya menuding jari (blame game) sedangkan kita tidak berperanan untuk saling melengkapi. Adakah menyalahkan orang lain itu juga terkandung dalam perintah Allah?
Sisi yang kurang jelas kelihatan ialah perjuangan HAK SAMA RATA yang bertunjangkan lendiran nafsu-nafsi. Seorang proksi secara terang dalam temubual bersama Yahoo! News beberapa bulan lalu menegaskan bahawa akan memberi jaminan hak sama rata kepada golongan gay, lesbian, transgender dan biseksual. Itu adalah hak sama rata nafsu-nafsi. Namun, adakah persoalan nafsu songsang itu yang proksi itu galakkan pengikutnya berfikir, TIDAK SAMA SEKALI, persoalan itu disenyapkan dengan mengalihkan perhatian kepada persoalan hak sama rata dalam konteks orang miskin. Proksi itu hanya mengajak pengikut berfikir mengenai hak sama rata dalam konteks orang miskin sehingga pengikut taksubnya itu lupa terhadap perintah bersedekah dan menunaikan zakat yang diwajibkan kepada semua umat Islam.
Andai diseru kepada pengikut taksub supaya bersedekah dan melakukan kebajikan, dan semua orang Islam melakukan kebajikan, maka tidak akan timbul isu kebajikan. Melakukan kebajikan bukan tanggungjawab pemerintah semata-mata, tetapi tanggungjawab semua umat Islam. Namun, pemikiran segolongan manusia telah dihala ke arah meletakkan tanggungjawab kebajikan ke atas bahu pemerintah semata-mata walhal kebajikan itu adalah tanggungjawab bersama umat Islam.
Mengapa harus menuding jari sehingga mencipta perpecahan yang berasaskan tuding menuding dan salah menyalahkan orang lain. Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang mengajak pengikutnya melakukan kebaikan. Mengapa pemimpin itu menggalakkan pengikutnya menyalahkan orang lain tanpa menyeru pengikutnya melakukan kebaikan bagi menyelesaikan masalah orang miskin dan hak-hak rakyat? Namun, ia boleh diputar belit dengan menimbulkan soalan baru iaitu KALAU SEMUA ORANG BERSEDEKAH, APA PULA TANGGUNGJAWAB PEMERINTAH, JADI PEMERINTAH TIDAK PERLU BUAT KEBAJIKANLAH? Kembalilah kepada keadaan dan fakta sebenar untuk melihat segala jawapan kepada soalan yang diputar belit itu. Sekali lagi, saya tidak memihak kepada pemerintah sekiranya saya bercakap begitu. Saya tidak mahu melihat kita sesama umat Islam tenggelam dalam kancah salah menyalahkan orang lain tanpa kita menjalankan perintah bersedekah dengan sewajarnya.
Islam sudah lama memberi ubat kepada masalah hak orang miskin iaitu menganjurkan amalan sedekah kepada seluruh umatnya. Apabila kita kembali kepada perintah, akan selesailah masalah. Sudah nampak? Pemerintah itu bukan ubatnya kerana manusia tidak sempurna sifatnya, parti pembangkang juga bukan ubatnya kerana tidak relevan anjurannya, tetapi perintah-perintah yang terkandung dalam ajaran Islam adalah ubat-ubatnya. Umat beramal kebajikan adalah jauh lebih jelas daripada negara berkebajikan yang sehingga kini tiada keterangan individu penganjur yang menjelaskan inti negara berkebajikan itu.
Dalam meniti titian halus bagi menemukan jawapan kepada kekeliruan itu, kita harus kembali kepada perintah Allah mengenai sedekah kerana umatlah yang harus menghidupkan amal kebajikan, umat seluruhnya.
Apabila kita meniti konteks liberalisasi dalam masyarakat Islam yang cuba diliberalkan oleh penganjur liberalisme dunia politik demokrasi baru, kita harus tahu had-had dan sempadan-sempadan mengikut perintah-perintah Allah. Anjuran mereka itu liberal kepada konteks hak-hak asasi manusia, tetapi Islam itu universal. Mana yang lebih besar?
Sebenarnya, PEOPLE POWER, HAK RAKYAT dan HAK SAMA RATA yang diberi pengertian mengelirukan itu adalah sebahagian daripada palam pencucuh liberalisme. Apa yang dimaksudkan dengan pengertian yang salah itu, ia adalah memberi pengertian yang sehingga melupakan kita kepada tanggungjawab kita sendiri dalam menunaikan hak-hak itu kepada saudara-saudara kita seperti bersedekah yang saya sebutkan tadi.
Manakala liberalisme itu pula adalah api kepada huru-hara. Apabila jiwa rakyat semakin dikongkong dengan semangat kononnya memperjuangkan hak rakyat, hak sama rata dan people power, maka huru-hara akan tercipta. Rakyat akan hilang pertimbangan demi memperjuangkan slogan-slogan itu sehingga rakyat-rakyat yang berjaya dipengaruhi terlupa kepada hak-hak orang lain yang tidak mahukan huru-hara. Hak siapa pula yang dinafikan apabila mereka melakukan huru-hara untuk menuntut sesuatu yang mereka kata bahawa itu hak mereka. Hak-hak orang yang mahukan keamanan pula dinafikan. Apabila bercakap mengenai hak, kita harus faham mengenai pengertian hak secara keseluruhan dan bukan mementingkan hak kelompok kita sahaja.
------
ISLAM BEBERAPA KALI JATUH DISEBABKAN ISTILAH-ISTILAH ITU
Sedarlah. Sejarah kehancuran Turki Uthmaniyah dan kejatuhan golongan Sunni di Iran adalah berpunca daripada istilah-istilah itu yang diperjuangkan oleh orang Islam sendiri yang telah terpesona dengan ‘keindahan’ sebutan istilah-istilah itu.
Istilah-istilah itu hanya indah ketika disebut, tetapi perit apabila pengertian sebenarnya sudah dicapai oleh golongan yang serius memahukannya. Sejarah telah membuktikan, belajarlah daripada kesilapan mereka terdahulu yang akhirnya menyesali dan meratapi kejatuhan Islam oleh tangan-tangan mereka sendiri. Janganlah menjadi tangan-tangan yang menghancurkan agama sendiri akibat termakan tipu daya musuh-musuh Islam yang mencipta slogan-slogan itu untuk kamu semua.
Untuk memahami bagaimana istilah itu tercipta dan digerakkan bagi menjatuhkan negara-negara Islam, anda semua harus faham permainan tipu daya. Slogan-slogan itu juga penuh tipu daya jika pemikiran anda sangat lemah dan sangat bodoh untuk menilainya.
Lihat sahaja di Eropah, lihatlah bagaimana hak sama rata telah meruntuhkan moral masyarakat mereka. Lihatlah di Amerika, lihatlah bagaimana liberalisme menjatuhkan moral masyarakat mereka. Lihatlah di negara-negara Barat, lihatlah bagaimana sekularisme membenamkan moral masyarakat mereka.
Andai diperhatikan secara halus, liberalisme juga adalah sekularisme, tetapi dalam jenama yang lain. Apabila masyarakat sudah hidup dalam liberalisme, maka perlahan-lahan masyarakat itu akan menjadi sekular.
Sekular terbentuk apabila hal ehwal agama dipisahkan daripada kehidupan manusia. Dalam pada itu, liberalisme juga memperkenan hak kepada golongan nafsu-nafsi atas dasar menghormati hak asasi manusia. Apabila hak asasi manusia dalam konteks liberalisme lebih diutamakan melebihi larangan agama, maka ia menjadi sekular.
Dalam liberalisme, masyarakat diberi hak melakukan seks sejenis kerana ia adalah hak asasi manusia walaupun ia membelakangi larangan agama. Sesuai sekali dengan motto Novus Ordo Seclorum yang cuba menjadikan manusia menuju ke arah sekularisme dan terpisah daripada ajaran agama dalam apa cara sekalipun.
Menjadi masalah besar ialah istilah-istilah yang kedengaran seperti pro-rakyat itu lebih condong kepada liberalisme. Manakala liberalisme pula jelas condong kepada sekularisme. Maka, semua slogan-slogan yang berupaya mencipta sentimen rakyat untuk terlibat dalam kancah huru-hara itu sebenarnya menuju ke arah sekularisme. Anda perlu meneliti perkara ini dengan sehalus mungkin kerana tipu daya mereka itu sungguh halus.
Maka dengan itu juga, akan muncul suara-suara yang mengatakan pemerintah sedia ada juga sekular. Dengan itu, kita juga wajar malah harus merungkai persoalan ini dengan halus. Undang-undang sedia ada menetapkan zina, liwat, homoseksual dan seks sejenis (kesalahan nafsu-nafsi) sebagai kesalahan yang boleh didakwa dan jika sabit kesalahan akan dihukum mengikut peruntukan sedia ada. Tetapi menjadi persoalan ialah hukuman itu tidak dilaksanakan mengikut hudud, timbul pula persoalan baru iaitu hudud.
Manakala hukuman bagi kesalahan membunuh pula ialah mandatori gantung sampai mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan. Hukuman mati kepada kesalahan membunuh adalah selari dengan kehendak hudud walaupun ia di bawah jenama Kanun Keseksaan dan ia tidak tertakluk kepada umat Islam yang melakukan kesalahan itu semata-mata. Sesiapa sahaja yang disabit kesalahan membunuh akan digantung sampai mati sebagai hukuman mengikut Kanun Keseksaan (Penal Code).
Menjadi pertikaian ialah hukuman yang ditetapkan bagi hukuman zina dan seks sejenis yang memerlukan empat saksi. Mengikut peruntukan dalam Enakmen Syariah negeri-negeri Melayu, hukuman bagi zina ialah pula tidak mengikut hudud. Itu pertikaian yang timbul. Pemerintah pula berkata, ia tidak boleh dilaksanakan kerana akan timbul situasi tidak adil sekiranya wujud kes orang Islam berzina dengan orang kafir di mana orang Islam akan direjam sampai mati dan orang kafir akan terlepas daripada hukuman itu kepada hukuman yang tidak melibatkan hukuman maut atau lebih ringan.
Bagaimanapun, timbul pertikaian lain apabila draft hudud yang dibuat oleh sebuah negeri suatu masa dahulu menetapkan kesalahan liwat yang mengelirukan iaitu menjadi kesalahan meliwat apabila melakukan liwat bersama lelaki dan wanita selain isteri. Klausa ‘selain isteri’ menimbulkan kekeliruan dalam mentafsir kesalahan liwat. Apabila definisi terhadap undang-undang kesalahan liwat diberikan dengan maksud yang mengelirukan, ia juga akan menimbulkan kekeliruan semasa undang-undang itu dilaksanakan.
Isu hudud di negara ini tidak ubah seperti kapal yang akan karam, sekejap timbul dan sekejap tenggelam. Apabila parti Islam menimbulkan isu ini, rakan dalam pakatannya akan menentang dengan pendirian yang tidak pernah berubah. Pendirian parti bukan Islam dalam pakatan itu tidak pernah berubah dan kekal teguh, tetapi malangnya pendirian parti yang membawa imej Islam dalam pakatan yang sama pula kerap berubah. Pendirian yang tidak tetap dan tidak jelas. Pendirian yang sungguh memalukan dan menjatuhkan maruah orang Islam di mata orang kafir sehingga orang kafir tidak segan silu lagi dengan sinis berkata: “begitulah orang Islam, tiada pendirian”.
Mengapa orang kafir boleh berkata begitu kepada anda semua wahai orang Islam? Kerana itu HAK MEREKA yang kamu orang Islam perjuangkan atas label HAK SAMA RATA dan HAK BERSUARA mengikut acuan LIBERALISASI tajaan pemimpin-pemimpin yang kamu puja-puja. Kamu semua sedang dibawa ke arah SEKULARISME yang sebenar-benarnya dengan bermodalkan air liur melaungkan HAK SAMA RATA dan LIBERALISASI yang hanya merugikan agama kamu sendiri. You got pranked, but it is not a funny prank.
------
SEMUA ITU DEBU
Slogan-slogan itu semua debu yang menyesakkan pemikiran anda semua. Pengikut taksub menjadi kurang waras apabila terlalu mempertahankan slogan-slogan itu melebihi perintah Allah. Masalah hak kamu semua akan selesai sekiranya kamu semua termasuk saya kembali mengamalkan perintah Allah tanpa menyalahkan orang lain atas kelalaian kita sendiri.
Fahami pengertian rezeki, kalau semua itu rezeki kita maka tiada satu pun yang dapat menghalang kita daripada mendapat hak-hak kita. Namun, perlu juga sedar bahawa setiap hak itu ada batas-batasnya dan jangan sesekali pernah cuba untuk bertindak melebihi batas. Jangan kita menjadi golongan yang melampaui batas.
Bagaimana untuk membersihkan debu-debu itu wahai saudara-saudara semua, caranya mudah. Fahami perintah serta amalkan perintah dan semua masalah akan selesai dengan pertolongan Allah. Bersedekah, berbaik sangka, bersatu padu, menjaga maruah agama dan taat perintah Allah, itu yang paling utama untuk kita laksanakan berbanding slogan-slogan yang dicanang melalui tin-tin kosong politik yang membawa kamu ke arah sekular.
Islam jatuh kerana umatnya menjunjung slogan-slogan itu melebihi penghayatan terhadap perintah dan peringatan Allah.
Kalau ada di antara kamu yang tidak bersetuju dengan kata-kata saya kerana saya menempelak parti-parti politik yang anda pertuhankan dalam agama demokrasi, sila tampil kepada saya dan buktikan bahawa saya ini salah.
Saya akan sedia berjuang bermati-matian bersama kamu jika kamu dapat meyakinkan saya bahawa anda berjuang di pihak yang benar dan Islam terbela di pihak anda. Perkembangan semasa menunjukkan Islam melukut lemah di sisi perjuangan anda. Sila buktikan kepada saya bahawa saya telah membuat pernyataan yang silap mengenai perjuangan anda. Saya bukan pro-pemerintah, maka jangan tanya saya mengenai isu-isu pemerintah. Sebaliknya, anda yang menjadi pengikut taksub politik (political zombies) yang perlu meyakinkan saya terhadap jalan yang anda sedang pilih.
Saya pilih Islam.
Insya-Allah, saya akan menulis lagi di sini.
Untuk maklumat tambahan mengenai perkaitan slogan-slogan itu dengan Kerajaan Tunggal Dunia di bawah Novus Ordo Seclorum, sila rujuk bahan-bahan di senarai bawah:
- The Protocols of The Learned Elders of Zion
- Pawns in the Game
- International Movement and National Security
- dan bahan-bahan berkaitan
Jangan jadi pemalas yang malas membaca dan bodoh untuk berfikir melainkan hanya tahu angguk-angguk sahaja.
Bagi mereka yang tidak tahu maksud Novus ordo Seclorum, anda boleh merujuk sumber-sumber lain di blog ini dan juga melalui penerbitan-penerbitan lain.
---------
Ini hal lain: Muslimdairyz, kenapa kamu perlu berpusing-pusing menjawab soalan-soalan saya dalam blog kamu? Tidak faham soalan atau buat-buat tak faham? Apabila pernyataan-pernyataan saya tidak memihak kepada pemimpin kesayangan kamu, maka kamu label saya sebagai 'child conspiracy' yang mengambil ayat kamu secara sekerat-sekerat dan kamu pusing-pusing masuk ke lorong lain pula? Takkanlah saya nak kena copy paste semua artikel kamu dalam blog ini ^_^ please grow up. Kamu tanpa rasa malu dan tanpa rasa rendah diri dengan selamba mengherdik orang lain di blog kamu. You are nobody to me. Please grow up... Saya tidak keliru.
Kamu pernah jumpa pemimpin kesayangan kamu itu, kamu tak pernah jumpa pun dengan dia kan? Dia itu susah nak berjabat salam dengan para pengikutnya sendiri kan? apatah lagi nak menjawab soalan-soalan yang boleh memerangkap dirinya sendiri, terlalu berhati-hati.. terbaik... ^_^ Kalau ditanya soalan-soalan yang 'lebih-lebih' kepada dia, dia akan cepat melatah dan marah kembali orang yang bertanya itu. ^_^ Spin-spin ni saya tak main la.
Anda tidak menjawab dalam 3 minit itu dan tidak mencerahkan soalan-soalan saya dalam 3 minit itu. Jangan cepat menutup soalan itu dengan berkata: "DAN PERMINTAAN KAMI..ISU INI HABIS PADA SEKADAR INI.." tanpa menjawab soalan-soalan saya. Kamu mahu saya copy paste semua artikel itu pula? Jangan juga merepek mengatakan saya mengubah ayat-ayat kamu seperti petikan yang saya tampal dalam artikel saya sebelum ini. Para pembaca semua, ini bukan bergaduh, tapi usik mengusik sahaja.
Saya tidak terlebih dos dalam pengkajian konspirasi dan tidak taksub konspirasi membabi buta, tetapi petunjuk yang ada jelas menunjukkan wujud segolongan manusia di negara ini yang sedang membawa kamu semua ke arah Novus Ordo Seclorum bermodalkan slogan-slogan itu.
---------
Abatasa, terima kasih kerana memberi saya ruang untuk menulis di sini.
-CRUDGEL-