Thursday, June 28, 2012

APA DAH JADI? Lain Diharap Lain Pula Terjadi


Saham FGVH Naik Mendadak Dalam Masa Singkat, Petanda?


Harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) mencatatkan peningkatan 19 peratus walaupun hanya selepas dua puluh minit mula didagangkan di Bursa Malaysia hari ini.

Dibuka pada harga RM4.55, harga saham FGV meningkat 18 peratus kepada RM5.41 pada jam 9.19 pagi - menjadikan ia saham syarikat paling laris didagangkan di pasaran.
FGV merupakan IPO terbesar di Asia dan kedua terbesar di dunia, selepas Facebook.

hmmmm... persepsi


Syarikat gergasi minyak sawit Malaysia itu telah menarik senarai pelabur terkemuka, termasuk pelaburan global Qatar Investment Authority dan syarikat insurans Hong Kong, AIA Group Ltd

FGV menganggar akan mengumpul RM9.93 bilion (AS$3.12 bilion) daripada IPO, yang telah banyak terlebih dilanggan.

Merupakan pengendali ladang kelapa sawit ketiga terbesar di dunia, FGV adalah syarikat milik Felda - sebuah agensi kerajaan yang menyediakan tanah kepada golongan miskin di luar bandar.

FGV kini menjual buah kelapa atau minyak sawit mentah serta minyak sawit diproses kepada pihak ketiga.

Menurut FGV, dana yang diperoleh daripada penyenaraiannya itu akan digunakan untuk menanam semula pokok kelapa sawit yang sudah matang serta untuk mengembangkan lagi perniagaan hiliran untuk menjadi pemain global yang lebih lengkap. MALAYSIA KINI



Kita tunggu apa kata mereka yang memandang sinis dengan langkah FGVH ini.

Mungkin ada yang kesal seumur hidup, mungkin ada yang nak kaya cepat. Apa pun langkah ini adalah yang terbaik untuk pengangkat peneroka felda ke tahap terbaik. Ramai bakal jadi jutawan kelak. Kalau mereka bijak, bukan menjualnya malah menambah lagi pelaburan. FGVH dari sumber halal berasal dari usaha felda sendiri.Lihat artikel sebelumnya di sini. Masalah spekulatif itu masih meragukan dan nampak menjurus kepada "judi".

Sebenarnya inilah langkah yang paling berani yang diambil kerajaan untuk mengkayakan kaum bumiputra yang menjadi peserta teramai rancangan felda (peneroka). Adakah langkah ini tidak baik? Bagi yang buta saham tentu sahaja akan membuat tuduhan melulu tambahan pula ia telah dipolitikkan dengan hebat sebelum ini.

Ada pihak yang mahu melihat FGVH gagal dalam penyenaraiannya. Tidak mustahil juga mereka cemburu kepada langkah berani ini. Kejayaan FGVH seumpama kejayaan dan kebijakan pemerintah. Inilah yang mereka (pembangkang) bimbangkan. Realitinya dapat dilihat hari ini. Kenaikan mendadak saham FGVH sebanyak 19% sebaik sahaja dibuka adalah diluar jangkaan. Harga saham menerima kenaikan sebanyak RM0.86 dalam sekelip mata. Ia menggambarkan Syarikat dari Malaysia ini akan bertukar menjadi antara gergasi baru di dunia.

Betulkah Felda akan muflis?


Berita Seblumnya
419.54 juta saham FGVH dapat sambutan
Oleh Mahanum Abdul Aziz
mahanum@bharian.com.my
2012/05/08


PENYENARAIAN FGVH di Pasaran Utama Bursa Malaysia mampu mengubah nasib peneroka FELDA.Tawaran untuk institusi Bumiputera terima lebihan langganan keseluruhan sebanyak 17 kali

SEJUMLAH 419.54 juta saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) yang ditawarkan khusus untuk institusi Bumiputera dan pelabur yang diluluskan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sempena penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malay-sia, mendapat sambutan sangat menggalakkan.

Sumber industri berkata, MITI menerima lebihan langganan keseluruhan sebanyak 17 kali bagi saham yang ditawarkan di bawah bahagian berkenaan.

“Penyenaraian FGVH sesuatu yang dinanti-nantikan pelabur kerana ia mempunyai prospek yang kukuh pada masa depan, sekali gus mampu memberi pulangan yang tinggi kepada pelabur.

“Tawaran langganan menerusi MITI ditutup Jumaat lalu dan kementerian itu menerima sambutan menggalakkan daripada pelabur dengan kadar lebihan langganan sehingga 17 kali,” katanya.

Sempena penyenaraiannya, FGVH membuat tawaran awam permulaan (IPO) berjumlah 2.19 bilion saham, yang difahamkan adalah IPO yang terbesar di Asia tahun ini.

Mengikut draf prospektus IPO yang dikemukakannya kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC), daripada jumlah itu, sebanyak 1.92 bilion saham yang mewakili 52.5 peratus modal terbitan dan berbayarnya yang diperbesarkan akan ditawarkan untuk langganan pelabur institusi, manakala 273.61 juta saham atau 7.5 peratus lagi akan ditawarkan kepada pelabur awam.

Bagi tawaran kepada pelabur institusi itu, sebanyak 1.5 bilion saham akan diperuntukkan untuk langganan pelabur institusi dan pelabur terpilih Malaysia dan asing, manakala 419.54 juta saham diperuntukkan untuk institusi Bumiputera dan pelabur terpilih yang diluluskan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Daripada sejumlah 273.61 juta yang akan ditawarkan untuk langganan pelabur awam pula, 200.65 juta saham akan diperuntukkan untuk peneroka FELDA, kakitangan FELDA yang layak serta individu yang banyak menyumbang kepada pembangunan syarikat itu, manakala 72.96 juta saham lagi kepada orang awam Malaysia.

Apabila disenaraikan, FGVH yang kini dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan menerusi FELDA dianggarkan bakal memiliki modal pasaran berjumlah RM18 bilion.

Penyenaraian itu juga membolehkan FGVH mengumpul dana untuk mengembangkan perniagaan di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Sebelum ini terdapat laporan media mengatakan IPO FGVH itu turut mendapat sambutan menggalakkan daripada bakal pelabur Eropah dalam misi yang diketuai Ketua Eksekutif FGVH, Datuk Sabri Ahmad di London baru-baru ini yang bertemu dengan pengurus dana Britain dalam usaha menarik pelabur Eropah melanggan saham syarikat itu.

Selain London, Sabri dan kumpulannya juga mengunjungi bakal pelabur berpotensi di Hong Kong dan Singapura untuk objektif yang sama.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, FGVH mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM1.01 bilion dengan pendapatan sebanyak RM7.47 bilion. Berita Harian.


Sunday, June 24, 2012

Peluang Nato (USA-Israel) Menawan Syria




Syria Tembak Pesawat Pejuang Turki

ANKARA: Syria menembak jatuh pesawat pejuang Turki di Laut Mediterranean dan Ankara memberi amaran mereka akan mengambil tindakan tegas berhubung insiden itu.

Tindakan itu dilihat mungkin membuka dimensi baru dalam penentangan terhadap Presiden Syria, Bashar al-Assad.

Syria menyatakan pesawat Turki itu sedang terbang rendah dan dalam kawasan perairannya apabila ditembak.

Perdana Menteri Turki, Tayyip Erdogan, berkata pihak tentera Turki dan Syria akan bekerjasama bagi mencari dua anak kapal pesawat F-4 itu.

"Turki akan menyatakan pendirian selepas insiden itu disiasat dan tindakan yang akan diambil," katanya. Lapor mStar

Syria tembak pesawat F-4 Turki

23 Jun 2012

Turki kehilangan jet tentera F-4, seperti dalam gambar, selepas ditembak oleh Syria semalam.

ISTANBUL - Syria menembak jatuh pesawat pejuang Turki di Laut Mediterranean dan memberi amaran akan mengambil tindakan tegas berhubung insiden itu, yang mungkin membuka dimensi baru dalam penentangan terhadap Presiden Syria, Bashar al-Assad.

Syria mendakwa pesawat F-4 itu sedang terbang rendah dan berada dalam kawasan perairannya apabila ditembak, awal pagi waktu Malaysia.

Tentera laut kedua-dua negara sedang terlibat dalam operasi mencari kedua-dua juruterbang jet itu.

Perdana Menteri Turki, Tayyip Erdogan berkata, pihak tentera Turki dan Syria akan bekerjasama bagi mencari kedua-dua juruterbang pesawat F-4 yang hilang itu.

"Turki akan menyatakan pendirian selepas insiden itu disiasat dan tindakan lanjut akan diambil," katanya.

Sementara itu, jurucakap Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon berkata, beliau mengikuti keadaan itu dengan teliti.

"Saya berharap insiden yang serius ini dipandang serius oleh kedua-dua pihak melalui saluran diplomatik," katanya. Lapor SH

Kadaan masih terkawal buat sementara waktu namun pihak NATO tentu akan menggunakan insiden ini untuk menekan Syria. Tidak mustahil Washington sedang melakar plan baru untuk memaksa Syria tunduk terhadap kemahuannya. Kita tahu penentangan di Syria juga adalah plan terancang mereka untuk menumpaskan pemimpin Islam yang tidak sekata dengan mereka (juga Malaysia?).


Syria pula tentu menggunakan insiden ini untuk mengalih tumpuan dunia terhadap penentangan dalaman.

Peperangan bakal meletus? Ia amat pasti jika dilihat pada keadaan semasa di mana Bashar sedang bergelut menghalang rampasan kuasa. Insiden ini juga memberi ruang kepada Bashar untuk satukan kembali rakyatnya terhadap ancaman luar. Mampukah beliau?  Persoalan yang makin hangat ialah kedudukan Russian dan Iran. Adakah Russia akan membabitkan diri jika Syria diserang? Kita tahu bahawa hubungan Russia dan Syria memang cukup rapat sehingga ada satu pengkalan Tentera Lautnya diperairan Syria. Sementara Iran pula telah sedia maklum menjadi penyokong kuat kerajaan Bashar.

Perhati dengan teliti perkembangan ini kerana ia akan memberi maklum kebangkitan Regim as Sufyani di negara Syam (Syria) ini seperti dikhabarkan oleh Baginda Junjungan SAW. Perkara ini telah disentuh dalam artikel sebelum ini.

Israel tetap akan usahakan terlaksananya rancangan mengujudkan Israel Raya sebagaimana disebut dalam "Protocl of Zion". Sama ada berjaya atau tidaknya niat mereka itu. tidaklah menjadi soal. Apa yang penting usaha mereka membangunkan angin Arab Spring itu menjadikan negara Arab berpecah belah dan menjadikan politik kucar kacir. Ramai penduduk dunia telah termakan hasutan zionis melebelkan pemimpin Islam semuanya "zalim" dan perlu digantikan. 

Syria bukanlah sebuah negara yang lemah. Sebab itu ia tidak diganggu selepas kejatuhan Saddam. Api pemberontakan diatur dengan cukup teliti untuk melemahkan pemerintah Syria dan akan menampakkan seolah pemberontak memang mengharapkan pertolongan dari proksi zionis ini. Dengan itu, Israel atau USA tidak akan dapat dipersalahkan jika mereka turut menyerang Syria nanti.

Andaikata Bashar mampu menangani gangguan USA-Israel ini, Bashar akan menjadi semakin kuat dan persekutuannya dengan Russia, Iran dan China akan mengubah keadaan. Jika ini berlaku tidak mustahil regim Bashar lah yang akan menjadi as-Sufyani. Ia bakal diikuti oleh kebangkitan kuasa Syiah di rantau tersebut. Nasin pendokong dan pengikut ASWJ akan mejadi mangsa. Semoga andaian ini salah. 

Apa pun setiap ucapan al Amin Junjungan Besar Rasulullah SAW adalah benar, maka as Sufyani tetap akan muncul di sana (Syam). Siapa sahaja yang berkuasa adalah sama sahaja.

AP melaporkan panjang lebar mengenai insiden ini. AP adalah jaringan berita milik Yahudi dan sudah tentulah ia akan memberi komen yang akan membantu tuannya USA-Israel.


Syria: downing of Turkish plane not a hostile act

ANKARA, Turkey (AP) — Syria said Saturday that it shot down a Turkish military jet because the aircraft had violated its airspace, but Turkey threatened retaliatory action as it searched for its two missing pilots.

Both sides signaled they do not want to escalate an incident that has the potential to explode into a regional conflict, but the downing of the Turkish reconnaissance plane on Friday was a dramatic sign that the violence gripping Syria increasingly is spreading outside its borders.

Tensions already were high between Syria and NATO-member Turkey. The neighbors used to be allies before the Syrian revolt began in March 2011, but Turkey has become one of the strongest critics of the Syrian regime's brutal response to the country's uprising and is playing host to civilian and military Syrian opposition groups.

Germany and Iraq urged Turkey and Syria to remain calm and not let the unrest in Syria become a wider conflict in the area. In a telephone interview with Turkish TV news channel A Haber on Saturday, Syrian Foreign Ministry spokesman Jihad Makdissi said the downing of Turkey's F-4 plane was an "accident, not an attack."

"An unidentified object entered our air space and unfortunately as a result it was brought down. It was understood only later that it was a Turkish plane," A Haber quoted Makdissi as saying in a translation of the interview. "There was no hostile act against Turkey whatsoever. It was just an act of defense for our sovereignty."

The plane went down in the Mediterranean Sea near Syria, and its two Turkish pilots remain missing. "What is important now is that Turkey and Syria are working together to find the pilots," Makdissi said.

Turkish President Abdullah Gul and other officials said Saturday that their government is trying to assess the exact circumstances of the incident and would take unspecified retaliatory steps accordingly. Gul conceded that Turkish aircraft may have unintentionally violated Syrian airspace.

It was not clear if Turkey was contemplating military retaliation, increased sanctions, or other possible steps, including demands for compensation or an apology. But Faruk Celik, the Turkish Labor and Social Security Minister, said his nation would retaliate "either in the diplomatic field or give other types of response."

"Even if we assume that there was a violation of Syria's airspace — though the situation is still not clear — the Syrian response cannot be to bring down the plane," Celik told reporters. "The incident is unacceptable. Turkey cannot endure it in silence."

Turkey has joined nations such as the United States in saying that Syrian President Bashar Assad should step down because of the uprising in his country that has killed thousands of people. Turkey also has set up refugee camps on its border for more than 32,000 Syrians who have fled the fighting.

Turkey said after an April border shooting incident — in which two people in a Turkish refugee camp died— that it would call on its NATO allies to intervene should it feel its security was being threatened.

Turkish Foreign Minister Ahmet Davutoglu met with military officials Saturday to assess what steps to take and to coordinate the search and rescue operation for the two missing pilots and the plane's wreckage, the Foreign Ministry said. The minister also met with Erdogan, but there was no announcement made after either of the meetings.

A Turkish official familiar with the meeting said Turkey was examining the plane's radar route and other flight data to ascertain whether the aircraft was flying over Syrian territory when it was shot down. The official spoke on condition of anonymity because he was not authorized to brief journalists and would provide no further details.

On Friday, Syria said its forces shot down a Turkish military plane that had entered its airspace. The plane, an unarmed F-4, went down in the Mediterranean Sea about 8 miles (13 kilometers) from the Syrian town of Latakia, Turkey said.

In Baghdad, Iraqi Foreign Minister Hoshyar Zebari said Saturday that the recent defection of a Syrian pilot to Jordan and the downing of the Turkish jet showed that the Syrian conflict could have far-reaching repercussions.

"Our main concern is the spillover of the crisis into neighborhood countries. No country is immune from this spillover," he said. "If this conflict were to turn into all-out sectarian or civil war, Iraq would be affected, Lebanon would be affected, Jordan would not be immune, (and) Turkey could be (affected)."

German Foreign Minister Guido Westerwelle said he was "greatly worried" by the incident, urged a thorough investigation and welcomed Turkey's cool-headed reaction in the incident's immediate aftermath.

U.N. Secretary-General Ban Ki-moon was following the situation closely and hoped the incident would be "handled with restraint by both sides through diplomatic channels," a spokesman said. The Turkish government said the aircraft was a reconnaissance plane, not a fighter jet. Gul said it is "routine" for such jets flying at high-speeds to unintentionally violate other countries' air spaces for short periods of time. "Was that the case, or did (the incident) occur in our own air space? These facts will emerge," he said.

Syria claimed the jet violated its air space over territorial waters, penetrating about 1 kilometer (0.62 mile). It said Syrian forces only realized it was a Turkish jet after firing at it. Turkish Deputy Prime Minister Bulent Arinc and other government ministers urged restraint. "We must remain calm and collected," he said. "We must not give premium to any provocative speeches and acts."

The leader of Turkey's main opposition party, Kemal Kilicdaroglu, said the downing of the plane was unacceptable, but he also urged calm. "All diplomatic channels must be kept open. We are expecting a coolheaded assessment of the incident," he said.

__ Associated Press writers Lara Jakes and Kay Johnson in Baghdad, and Juergen Baetz in Berlin, contributed to this report.





Thursday, June 7, 2012

Muslihat USA semakin nyata dan Regim As-Sufyani akan bangun menerajui Syria


REGIME CHANGE: Cuba fikirkan mengapa USA begitu sibuk mahukan Regime Change berlaku di seluruh negara Islam? Hanya di negara Islam!!! Mereka tak pernah berhenti dari melakukan "konspirasi" dan merancang supaya pemimpin negara-negara ini digantikan. Soalnya diganti dengan "siapa?". Mahukah USA menggantikan pemimpin sekarang dengan mereka yang tak seia sekata dengan mereka atau yang memihak kepada musuh mereka?
Yahuda, Nasara dan AsSufyani?

Jelas dan nyata ia akan digantikan dengan seorang pemimpin pro USA dan Israel. Umat Islam dipersenda dengan begitu buruk dan hina seolahnya hanya layak menjadi makanan mereka (mee segera?). Kini melalui pelbagai saluran, fitnah dilontar kepada dunia bahawa regim sekarang "zalim" dan perlu diganti. 

Kita amat sangsi dengan dakwaan pengeboman dan pembunuhan rakyat awam di Syria itu semua adalah kerja tentera kerajaan.  USA dan Yahudi sanggup meruntuhkan bangunan sendiri demi membangunkan prasangka ke atas musuh. Tidak mustahil taktik yang serupa diaplikasikan di Timur Tengah. Mereka mampu lakukan apa sahaja termasuk fitnah dan maklumat palsu. (Sebab itu kerajaan Najib tidak membenarkan tentera mengawal upacara BERSIH yang lalu dan anggota polis yang bertugas pula  tidak dibenarkan membawa senjata api kerana Najib telah menghidu permainan ini).

Strategi propagandis mereka amat berjaya. Sehinggakan ada dikalangan umat Islam sendiri turut merelakan diri menjadi alat membantu sebar luaskan propaganda ini. Berkumandanglah Slogan "Perjuangan Rakyat", "Arab Spring", "Revolusi", "Kebangkitan Islam", "Reformasi", "Kebebasan Sejagat" dan "Kerajaan Zalim".

Ia memberi maklum bahawa apa yang berlaku di negara Arab itu semuanya adalah hasil dari kerja tangan mereka (USA-Israel), bukannya sebuah "Kebangkitan Islam" sebagaimana yang dilaung-laungkan oleh media dunia (media milik siapa?). 

peneraju huru hara dunia

Kini usaha terakhir mereka untuk menjatuhkan Assad sedang dikekang kemas oleh dua anggota tetap Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) iaitu Russia dan China. Jika tidak kerana penggunaan veto dua anggota ini, PBB tentunya sudah memberi lampu hijau kepada USA dan sekutunya NATO untuk bertindak mencampuri secara langsung dalam kegawatan politik Syria, sebagaimana yang berlaku di Libya. Sejauh mana China dan Russia mampu bertahan, masih lagi menjadi tandatanya.

Kita harus ingat bahawa apa yang berlaku sekarang akan berlanjutan sehingga saat bangunnya satu regim ganas di Syria. Pesanan ini telah disampaikan oleh Baginda Rasulullah SAW kepada kita. regim ini dinamakan oleh baginda sebagai As-Sufyani.

Regim As-Sufyani ini akan berusaha mencari dan membunuh Imam Mahadi ketika pembaiatan (ikrar taat setia) para wali Allah, ulama dan seluruh umat Islam kepadanya nanti. Ini bermaksud, selagi belum wujud kerajaan As-Sufyani, kemunculan Imam Mahadi masih lagi jauh. Kemelut di Syria sekarang adalah penentu kelahiran As-Sufyani yang amat menakutkan itu. Siapakah mereka?

Tidak mustahil juga mereka ini masih lagi keluarga Assad, jika mereka masih mampu bertahan atas bantuan Iran, Russia dan China. Atau pemimpin baru pro Yahudi yang dipersetujui USA setelah kejatuhan Assad nanti.

Dalam apa keadaan pun, pemimpin Syria nanti (As-Sufyani) bukanlah pemerintah Islam yang mesra al Mahdi. Keadaan ini membayangkan kebangkitan Islam sebagaimana yang digembar gemburkan oleh beberapa pemimpin politik Islam dan antara bangsa adalah "dusta" semata-mata. Jika mereka yang menjadi pemerintah Syria nanti membawa syiar Islam, mengapa perlu menyerbu Makkah untuk membunuh al Mahdi?

Selanjutnya diikuti oleh kemunculan Dajjal di sempadan antara Iraq dan Syria kerana kedua-dua peristiwa ini saling berkaitan.

Berita dibawah ini adalah laporan keadaan semasa politik antarabangsa berkaitan Syria.

Putin: Russia, China United Against Syria Intervention

Two Nations Hope to Block UN-Imposed Regime Change

by Jason Ditz, June 05, 2012 news.antiwar.com
Speaking at a joint press-conference with his Chinese counterpart Hu Jintao, Russian President Vladimir Putin said that the two nations had pledged closer cooperation and were united in opposing Western intervention against Syria and Iran.
Chinese Foreign Ministry spokesman Liu Weiman said that the two nations are calling for an end to violence in Syria on both sides and want to start a political dialogue between Assad and the rebels.
The comments are a harsh rebuke to Secretary of State Hillary Clinton’s comments over the weekend. Clinton demanded that Russia immediately endorse regime change in Syria, saying that it was time to oust Assad.
Russia and China have vetoed several UN efforts to punish Assad for the ongoing unrest, and spearheaded the effort by Kofi Annan to launch a ceasefire. The rebels have declared the ceasefire over as of this weekend, launching a massive offensive. #


AL MAHDI

Satu petunjuk penting, jika kita mahu mengenal pasti bila munculnya Imam Mahdi, perhatilah dengan teliti apa yang berlaku di Syria ini. Serentak dengan itu juga akan berlaku pemberontakan dan pembunuhan merebut kuasa di antara waris as Saud di Arab Saudi. Penduduk Madinah telah melarikan diri ke Makkah termasuklah Imam Mahadi.

Bagaimana pula dengan Syuib Bin Salleh (Pemuda Bani Tamim) itu? Dalam masa yang tidak jauh dengan penggempuran As-Sufyani ke atas Makkah nanti, akan bangkitlah seorang satria perkasa bermisai nipis mengungguli sebuah daulah di timur dunia. Daulah Islamiyyah ini bakal diserahkan untuk ditadbir oleh al Mahdi. Di manakah terletaknya "daulah" tersebut?

Berbalik kepada "regime change" tajaan USA ini. Malaysia juga bakal mengalaminya dalam masa terdekat dan tentunya tiada siapa yang mampu menghalangnya. China dan Russia pasti terlalu sibuk, tidak akan datang membantu kita sebagaimana Syria kerana mereka juga belum tentu dapat pertahankan negara Arab tersebut.

Rakyat Malaysia, khasnya Umat Islam bakal mengalami kejutan besar bila berlakunya "regime change" nanti. Seluruh sistem politik dan pentadbiran akan berubah dengan drastiknya mengikut halacara Yahudi. Jika dikatakan orang Melayu (maksudnya Islam Ahlus Sunnah wal Jamaah) akan melepaskan pentadbiran kepada pengikut Wahabi dan Islam Liberal, memang ada logiknya. Tak mustahil pula ia akan beralih tangan kepada kaum Nasrani kemudiannya.

Petunjuk ke arah tersebut semakin ketara. As Sufyani bakal segera muncul di Syria dan juga negara kita Malaysia. Untuk itu wajarlah kita bersedia menghadapi apa sahaja kemungkinan. Langkah pertama yang wajar dilakukan ialah menjauhi "Islam Liberal". Islam Liberal ini ciptaan Yahudi dan ia adalah musuh utama ASWJ (ASWJ adalah pegangan para wali Allah dan ulama terdahulu).

Sesiapa yang bersubahat atau bersekongkol dengan Islam Liberal ini, mereka adalah dengan sendirinya terkeluar dari rangkaian al Mahdi. Itu memang pasti kerana Islam Liberal adalah agama "hawa nafsu". Seterusnya ambil langkah segera kembali kepada "SYAHADAH" dengan sebenar-benar kembali. Berpegang teguhlah pada tali-tali Allah, jangan lagi bercerai berai. Allah telah janjikan "kemenangan" kepada mereka yang berjuang pada jalan Allah. Apa yang lebih manis ialah akan dapat bersama dengan perjuangan al Mahdi.

satria akhir zaman?


Beberapa Maklumat Penting Mengenai As Sufyani
Muhammad Idrisi asks:
“Is there any ease after this hardship or problems will increase till the advent of Imam Mahdi, enlighten us may Allah reward you with every good. Please make du’a for us; and how to be of the soldiers of the Mahdi, if we live till his time. And what is the way to attain true love for the Family of the Prophet not as a claim?”
Answer of Shaykh Muhammad al Yaqoubi:
“Time is full of unrest and hardships; the Sufyani has not yet appeared and Allah is the one who knows; Imam Mahdi will emerge only after him; yet between the two, there are wide wildsin which the Jewish people would have power over the land of Syria, which is part of the job of the coming Sufyani. If I had the choice, I would have withdrawn from all public activities; but the dress of Shari’ah puts on us the obligation to support the oppressed and clarify the rulings, even if we know through the reality that what comes after is worse. Having knowledge of the Divine Decree to be should not prevent us from following the command of the Shari’ah; so long as Allah put us in the position of Fatwa, admonishment and guidance.”
sumber



Sebuah hadis yang riwayatkan oleh Hudzaifah Al-Yamani menerangkan mengenai penguasaan lima buah sungai.

"(Di antara tanda2 kedatangan Imam Mahdi adalah) Jika mereka telah menguasai Sudan dan berusaha menguasai Arab. Setelah itu tanah Arab akan sangat terlihat jelas oleh mereka sehingga mereka dapat mengejar orang2 yang bersembunyi di perut bumi. Ketika mereka mula bergerak menuju tanah Arab, seorang Sufyani telah menyiapkan 360 orang tenteranya untuk menuju Damsyik."

(Nota: Kuasa Barat telah pun berjaya memecahkan negara Sudan dengan mengisytiharkan Sudan Selatan sebagai negara baru mulai 9 Julai 2011.)

Dari Hudzaifah Al-Yamani meriwayatkan dari Jabir Al-Ansari:

"Suatu hari Rasulullah saw berbual dengan para sahabatnya lalu datanglah Jibrail as seraya berkata: "Allah swt telah mengucapkan salam penghormatan kepadamu atas anugerah yang diberikan padamu berupa As-Salam." Kemudian Rasulullah saw bertanya kepada Jibrail as apakah yang dimaksud dengan As-Salam. Jibrail as menjawab: "As-Salam adalah nama untuk lima sungai iaitu Sihun, Jihun, kedua-dua sungai Furat dan sungai Nil di Mesir. Kelima-lima sungai ini telah dijadikan hadiah bagimu, keluargamu dan pengikut2mu." Jibrail as berkata lagi: "Aku memberikan khabar kepadamu bahawa Imam Mahdi tidak akan muncul sebelum orang2 kafir menguasai kelima sungai itu."

Setakat ini empat sungai telah berada di bawah penguasaan kaum kafir kecuali Sungai Nil.

Dengan terpecahnya Sudan kepada dua negara di mana penduduk Sudan Selatan majoritinya beragama Kristian dan animis, maka penguasaan Sungai Nil yang melalui Sudan oleh kuasa asing kini akan menjadi lebih mudah.

Jika laluan Sungai Nil yang berpunca dari Sudan diempang nescaya bahagian sungai tersebut di Mesir akan menjadi kering.

Jika Amerika Syarikat berjaya melaksanakan rancangan jahat mereka di Sudan, Mesir akan tertekan dari segi politik dan ekonomi disebabkan kebergantungan besar negara itu kepada sumber air dari sungai Nil.

Malah usaha ke arah itu sudahpun bermula dengan pengumuman negara miskin Ethiopia mahu membina empangan yang dikenali sebagai Projek Empangan Grand Millennium berharga AS$4.7 bilion.

Projek tersebut dijangka siap pada tahun 2015 iaitu tahun di mana Imam Mahdi dikatakan akan muncul!

Projek tersebut akan menjana tenaga elektrik sebanyak 5,000 megawatt dan mampu menyalurkan bekalan tenaga elektrik kepada negara baru Sudan Selatan. sumber

Monday, May 28, 2012

Rahsia Terdedah: Kenapa Karpal Mengatakan PM Selepas Ini Bukannya Anwar Ibrahim Tetapi Lim Guan Eng


Karpal Tersasul?

Bakal PM dalam perjuangan Karpal

Karpal sudah tahu apa yang bakal berlaku nanti dan telah lama melakar peluang. Dia sudah bersedia  untuk menggerakkan satu komplot terhebat dalam sejarah politik Malaysia. Dia tahu dan sememangnya dia mahu Anwar jatuh sebaik sahaja melaksanakan tugasnya membantu mereka (DAP) menguasai politik negara. Dalam Pakatan Rakyat sekarang, DAP cukup mantap dan bakal mendominasi pakatan politik ini. Suara majoriti menentukan siapa yang akan menguasai pemerintahan. Hasrat DAP ini tidak boleh dipandang remeh.

Musuh Islam ini diangkat sebagai Imam?

Dilema Melayu kembali lagi. Kali ini kita terpaksa menonton sesuatu yang mungkin aneh jika dilihat pada kaca mata senerio semasa. PAS akan menjadi penentu sama ada akan terus bertuankan Lim Guang Eng (seperti kata Karpal Singh) atau beralih arah menyambut salam kaum Melayu dalam UMNO yang sangat dibenci oleh mereka.

Mereka kan lakukan apa yang mereka kehendaki


Semakin kuat desas desus kemungkinan terjadi nanti, Anwar bakal diketepikan oleh Pakatan Rakyat walaupun memenangi PRU nanti (?) Kita akan lihat nasibnya ditentukan oleh musuh Islam, DAP. Beliau masih bernasib baik jika dilantik untuk sementara waktu sehingga DAP mendapat lampu hijau dari PAP Singapura.

Tersasul atau Gila? Seorang peguam boleh tersasul?

Sebagai anggota rangkaian "DEMOKRASI" ciptaan Yahudi ini, Najib juga mungkin akan tewas dalam PRU nanti. Ini tak mustahil apabila sebahagian besar pengundi baru adalah anak muda yang cetek ilmu politik. Anak muda biasanya mempunyai darah panas dan suka memberontak, jadi mereka seringkali menuntut perubahan walaupun ianya tidak munasabah. Mereka hanya "suka" yang baru walaupun tidak faham apa akan berlaku jika tersalah pilih. Lazimnya mereka tidak mampu untuk berfikir jauh ke hadapan. Anwar telah berjaya mengeksploitasi kelebihan ini.

Sebab itu Islam menetapkan bahawa umur paling awal sesaorang berwatak matang ialah ketika mencapai umur 25 tahun (Nabi dilantik pada umur 25 tahun). Padanan ini amat munasabah. Sewajarnya hanya mereka yang berumur 25 tahun ke atas sahaja diberi keizinan untuk memilih. Demokrasi Dajjal telah mengubah fitrah manusia menyebabkan huru hara baik dalam pemikiran ataupun dalam kewarasan.

Sesuatu perkara pelik bakal tercipta. Bangsa Melayu yang terpecah kini berperanan menjadi penentu kejayaan Bukan Melayu menguasai negara. Walaupun telah berkurun menjadi milik mutlak mereka. Lebih mengaibkan, Bukan Islam dilantik menjadi pemerintah negara Islam. Tentu aneh bukan? 

Tidak terdapat tanda-tanda Umat Melayu (semestinya Islam, walaupun pernah difatwakan "kafir" oleh sebahagian dari mereka) akan kembali bersatu setelah wujud kebencian yang melebihi batas antara dua kelompok terbesar bangsa ini, iaitu PAS dan UMNO. Islam itu bersaudara, tetapi dalam politik ia diizinkan untuk bermusuh. Pelik bunyinya bukan? Tetapi itulah sebenarnya yang terjadi. Cuba renungi semula secara jujur, antara PAS dan UMNO ini siapa yang lebih membenci siapa?

Bertambah sukar difahami apabila para ulama yang diketahui lebih memahami Sunnah dan alQuran dengan rela mengizinkan berlakunya perseteruan yang tidak masuk akal ini.

Kemelut Anwar sebagai ketua pembangkang tentu akan semakin terhakis jika PKR alami kemerosotan pengaruh dalam PRU nanti. PKR dilihat semakin lemah akibat beberapa keadaan "luar biasa" yang melanda parti mereka. Isu LGBT dan Islam Liberal sangat menggusarkan orang Melayu yang tidak berparti politik. Perkara "luar biasa" dan kejadian amalan seks bebas amat tidak disukai oleh orang Melayu.

Layakkah Anwar menjadi Perdana Menteri sandai parti yang diketuainya hanya mampu menang beberapa kerusi sahaja? Jika dia tidak layak, siapakah yang lebih layak?

Ada lagi faktor lain yang wajar kita beri perhatian. Walaupun BERSIH 3.0 dianggap berjaya dan kerap dihebahkan oleh PKR bahawa ia disertai ratusan ribu penunjuk perasaan, namun perangkaan yang dilapor oleh BBC hanya cuma sekitar 25 ribu orang sahaja. Anwar dikatakan terpaksa menipu demi untuk menggambarkan kejayaan bantahan awam tersebut. Di sebalik itu, ramai diantara pendemo melahirkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan Anwar secara tiba-tiba mengambil alih (merampas) BERSIH 3.0 ini selepas Ambiga mengarahkan perhimpunan bersurai secara aman.

Siapa sebenarnya ketua BERSIH 3.0? Anwar atau Ambiga?


Fasa Kedua Kejatuhan Anwar selepas kegagalan 16 September:
- bila penyokong dan si cilik bersuara.

BERSIH 3.0 dianggap anti-klimak, di mana peranan Anwar Ibrahim dan Azmin Ali mula dipertikaikan di kalangan aktivis-aktivis BERSIH sendiri.

“Pembangkang, Keadilan tidak sepatutnya mengambil bahagian dalam perhimpunan ini, ianya telah dihijack,”kata Benji Lim, salah seorang penyokong BERSIH yang tidak berpuas hati dengan penglibatan Anwar Ibrahim dan Azmin Ali dalam perhimpunan BERSIH, 28 April.

Benji Lim, seorang aktivis pembikin filem mahu mendengar sendiri jawapan Anwar tentang penglibatannya ketika sidang media di ibu pejabat PKR, 30 April.

Ketika timbul soalan berkaitan dengan ‘bahasa isyarat tangan’ yang disifatkan ramai pihak sebagai bahasa isyarat supaya peserta BERSIH rempuh-masuk ke Dataran Merdeka, Anwar dan Azmin menafikannya.

Ketika itu Benji Lim mula bersuara dan meluahkan kekesalan yang terbuku di hatinya.

“Apa maksud anda (Anwar) bahawa anda tidak menghasut peserta ? Saya berada di sana. Ketika penghalang (ke Dataran Merdeka) dibuka, ia seperti rempuhan. Rakyat boleh terbunuh apabila mereka cuba untuk menyeberang ke Dataran Merdeka dan anda membiarkan sahaja apa yang dilakukan oleh orang ramai”, kata Lim.

Anwar cuba memenangkan Lim dengan berkata ini adalah sidang media untuk para wartawan dan dia akan diberi layanan berasingan selepas ini.

“Tidak, saya mempunyai hak untuk tahu, kenapa anda mendakwa PKR tidak menghasut peserta. Saya juga adalah seorang warganegara”, kata Lim yang cuba ditenteramkan oleh staf PKR lain.

Big Fan Meragui

Kenyataan Benji Lim disokong oleh ‘big fan‘ Anwar, Ahmad Ali Karim yang menulis di laman peribadinya, ahmadalikarim.wordpress.com.


Anwar Ibrahim memeluk Ahmad Ali dalam satu program pada 23 Mei 2010 


Apakah Datuk Seri Anwar Ibrahim benar-benar seorang yang baik dan pemimpin yang baik?"

“Mengapa Azmin tidak memberitahu lelaki India supaya berhenti membuka penghadang rintangan ke Dataran Merdeka?"

“Mengapa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menggunakan megafon untuk memerintahkan Peserta BERSIH supaya tidak memasuki Dataran Merdeka apabila beliau tahu penghadang rintangan telah dibuka?"

“Mengapa Datuk Seri Anwar Ibrahim melarian diri?"

“Mengapa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak membantu atau melindungi peserta Bersih 3,0 apabila mereka berada dalam bahaya?"

“Adakah Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap benar atau beliau berbohong apabila beliau menafikan memberi isyarat kepada Azmin untuk membiarkan lelaki India membuka penghadang rintangan ke Dataran Merdeka?,” itu soalan-soalan yang dikemukakan Ahmad Ali yang berumur 9 tahun.

Selalunya sentuhan deria kanak-kanak berumur 9 tahun seperti Ahmad Ali berpihak kepada kebenaran.

Kata orang, kanak-kanak tidak mungkin berkata bohong dan deria kanak-kanak amat sensitif untuk membezakan antara baik dan tidak baik.

Bahkan tiga orang lagi adik beradiknya, Aiman amani, Aeshah Adlina dan Anisah Afifah turut menyokong pandangan Ahmad itu.

Terima kasih kerana menulis tentang article saya dalam post ini. Saya rasa terkejut dan gembira melihat gambar saya. Ya, dulu saya memang suka Anwar Ibrahim. Saya rasa sangat gembira dan merasa seperti bermimpi bila dapat berjumpa dan ambil gambar dengan Anwar Ibrahim. Sebab itu saya sangat marah dan kecewa bila Anwar berubah. Saya juda marah, sedih dan kecewa bila tonton video Anwar signal untuk rempuh Dataran Merdeka sebab perbuatan itu melanggar undang-undang. Pemimpin yang baik tidak melanggar undang-undang. Anwar juga tidak betanggung jawab sebab dia lari setelah melihat orang merempuh Dataran Merdeka. Dia idak melindungi dan menolong orang ramai di situ. Anwar juga tidak hormat polis dan kerajaan. Parti pembangkang mesti adil dan menghormati kerajaan, polis dan undang-undang walaupun mereka tak suka kepada kerajaan. (komen adik Ahmad Ali dalam AIDC)


BERSIH berjaya ?

Seorang lagi penyokong BERSIH, Lydiawati Osman menyalahkan Anwar dan Azmin sebagai ‘pengacau’ yang menghasut peserta supaya merempuh ke Dataran Merdeka, meskipun Pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga memberi arahan supaya peserta bersurai.

“Saya berasa tertipu berarak untuk Bersih dan untuk Ambiga,”kata Lydiawati ketika meluahkan kekecewaan Anwar merampas perhimpunan tersebut untuk kepentingan politik peribadinya.

“Pengorbanan saya untuk menghadapi sebarang kemudaratan tubuh badan, bukannya murah untuk dibeli dengan propaganda pembangkang.

“Saya tidak akan berarak lagi jika Anwar dan pengacau-pengacaunya dibenarkan untuk mengambil alih apa yang sepatutnya dimiliki oleh masyarakat sivil.

“Kami telah mencipta kesedaran ini, kami berjuang untuk ini, kami telah ditangkap dan merasa tidak selesa untuk ini tetapi akhirnya Anwar dan pengikutnya telah mengutip ‘kejayaan’ dari Bersih 3.0.

“Anwar dan Pakatan Rakyat tidak demokrasi dalam mengutip ‘keuntungan’ daripada ini,” luahnya.

Menurutnya, jika tanpa penglibatan Anwar dan para pengikutnya, sudah pasti BERSIH 3.0 berakhir dengan aman dan damai.

Saat Kejatuhan Anwar



Lim Chee Wei “Huru-hara dan detik mula pengakhiran untuk Anwar,” 
kata Lim Chee Wei, Presiden Majlis Peguam.


Kenapa Lim Chee Wei yang sebelum ini dilihat sebagai antara penyokong utama Ketua Umum PKR berpendapat BERSIH 3.0 sebagai detik permulaan era kejatuhan Anwar ?

Puncanya, huru-hara dan keganasan yang berlaku semasa perhimpunan BERSIH 3.0 yang bermula dari bahasa isyarat tangan yang disifatkan arahan untuk merempuh ke Dataran Merdeka.

Menurutnya, tindakan Azmin itu merupakan paku terakhir dalam keranda politik mentornya, Anwar Ibrahim.

“Orang ramai melihat Anwar hilang kawalan dan menghantar askar-askar pengacaunya untuk memusnahkan segala-galanya,” katanya sambil menambah bahawa Anwar Ibrahim tidak mungkin dapat merealisasikan cita-cita menjadi PM, ekoran tindakannya yang desprado dan terdesak sudah dikesan oleh rakyat jelata dalam perhimpunan BERSIH 3.0.

Menurutnya, peserta-peserta BERSIH yang memecahkan kereta peronda polis tidak akan terdorong untuk melakukan perbuatan itu, jika tidak dihasut dan individu yang menghasutnya adalah Anwar Ibrahim.

“Anwar tahu jika mereka melakukan huru-hara di jalanan, polis akan bertindak. Hanya dengan itu, kawan-kawannya dalam media asing akan mendapat banyak liputan menarik tentang huru-hara lagi di negara majoriti Muslim yang lain”

Katanya, sebagai seorang berbangsa Cina, beliau melihat sejak dari tahun 2008, inilah saat Anwar tidak sesuai untuk menjadi PM kerana tidak menepati ciri-ciri pemimpin demokrasi.

“Saya dengan ini menulis, inilah detik mula pengakhira kerjaya politik Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu pada 28 April 2012,” tegasnya.


Sindrom Penafian

The Wall Street Journal (WSJ), berpendapat Anwar sepatut mengaku bersalah terhadap pertuduhan melanggar undang-undang ketika demonstrasi jalanan Bersih 3.0, 28 April lepas, sekiranya beliau percaya perubahan yang dilaksanakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak memadai.

Pada kejadian tersebut, Anwar, Azmin dan Ketua PKR Cabang Rembau Badrul Hisham Shaharin dikenakan pertuduhan menghasut Tangam Raju, Rajesh Kumar Gejinder dan Farhan Ibrahim supaya membuka sekatan di sekeliling Dataran Merdeka yang dilarang dimasuki peserta perhimpunan.

Menurut WSJ dalam rencananya bertajuk “‘Malaysian People’s Court, Anwar’s civil disobedience and the next election” berpendapat cara lebih kukuh untuk menyakinkan orang ramai bahawa undang-undang yang tidak adil adalah dengan mengaku bersalah dan membayar denda menjelang berlangsungnya pilihan raya umum.

Jika Anwar terus mengamalkan sindrom penafian dan menuduh pendakwaan bermotif motif ia akan meletakkan kes ini dengan kes pertuduhan liwat yang pernah dilaluinya.

“Bagaimanapun, kes ini berbeza. Anwar bertindak melanggar tuntutan sivil dan kini beliau perlu menanggung padahnya.

“Jika Anwar ingin melanggar tuntutan sivil, beliau tidak boleh berpura-pura tidak bersalah, pada waktu yang sama,” tulisnya.

Jika Anwar menang sekalipun di mahkamah dalam kes tersebut, bermakna beliau tidak mahu bertanggungjawab di atas insiden rempuhan di Dataran Merdeka pada 28 April dan meletakkan seratus-peratus kesalahannya kepada rakyat untuk melepaskan tengkuknya.

Dan inikah teladan pemimpin baik yang diwar-warkan oleh para pengikutnya sebagai bakal PM ?.

Kes ini sama seperti pada hari kejadian, di mana selepas beliau didakwa memberi arahan dan para peserta mula masuk untuk ‘bertempur’ dengan polis, Anwar mula menghilangkan diri.

Sekiranya Anwar mengaku salah dan memohon maaf, sekurang-kurang dapat meredakan kekecewaan individu-individu seperti Benji Lim, Ahmad Ali, Lydiawati Osman, Lim Chee Wei dan ramai lagi yang pro-BERSIH.

Sekaligus membuktikan Anwar Ibrahim masih lagi lelaki Melayu-Islam yang budiman sepertimana yang pernah disebut oleh bekas sahabat lamanya, Ustaz Ismail Mina.

Di kalangan blogger-blogger pro-pembangkang seperti ktemoc dan CT Ali sudah membahaskan tentang liabiliti hubungan akrab Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.

Malah, blogger Amenoworld merupakan antara individu yang menyalahkan Anwar dan Azmin dalam kejadiam melanggar perintah mahkamah memasuki Dataran Merdeka, 28 April itu.

Berikut kronologi foto-foto bahasa isyarat Azmin, Anwar yang bukan lagi menjadi rahsia umum.

Minit 00:01 - Kelihatan Anwar sedang memalingkan muka ke arah Azmin, ketika Chegu Bard sedang berucap. Anwar duduk di atas sebuah trak pikap, dihadapan Bank CIMB Masjid Jamek





Minit 00 : 06 - Kelihatan Anwar mula beri isyarat tangan kepada Azmin



Bermula minit 00 : 08 - Kelihatan tangan Anwar merewang-rewang di atas kepala seorang lelaki berbaju oren seorang aktivis PAS, Mazlan Aliman yang menunjukkan isyarat tangan berbentuk arahan kepada Azmin





Bermula minit 00 : 14 - Rakaman dari sisi Azmin pula. Azmin dikatakan berdiri di atas kereta supaya dapat melihat isyarat-isyarat Anwar. Turut kelihatan adalah orang kanannya, R Thangam yang juga dapat melihat isyarat-isyarat Anwar



Azmin berpaling kepada Thangam yang sedang menunjukkan ibu jari ke arah penghadang Dataran Merdeka


Thangam mengesahkan arahan Anwar itu daripada Azmin


Azmin menganguk-angukkan kepala sebagai mengesahkannya


Seorang lelaki lagi yang turut berada di samping Azmin tunjuk isyarat ibu jari yang mungkin membawa maksud 'OK' kepada Chegu Bard

Cuba dengar secara teliti apa yang diucapkan oleh Chegu Bard sebagai orang yang memegang loud speaker ketika itu..


Kedengaran suara..'masuk..masuk..masuk' ketika Azmin mula turun dari tempat tinggi


Mulai minit 00 : 30, Thangam mula buka penghadang Dataran Merdeka


sumber AIDC

Anwar Tidak Relevan?

Karpal sudah melihat Anwar tidak lagi relevan untuk diangkat sebagai Perdana Menteri jika PR berjaya kelak. Beliau terus mengalih arah dan perjuangkan agar Lim anak Kit Siang menjadi PM pertama keristian di Malaysia. Kita tidak tahu apa reaksi Anwar dan juga pegawai-pegawai PKR terhadap kata-kata Karpal ini. Lebih malang nama Hj Hadi selaku Presiden PAS tidak disentuh langsung. Ini membanyangkan hasrat yang terpendam dihatinya selama ini. Seolah-olah PAS langsung tidak dihormati oleh rakan sepakatannya. PAS hanya seperti melukut di tepi gantang.

Karpal sememangnya tidak pernah berhasrat mengangkat Anwar sebagai PM walaupun itu yang nyata dipermukaan. Anwar hanya dipergunakan untuk dapatkan sokongan undi dari penyokong PAS disamping PKR sendiri bagi membantu DAP menjadi juara. Karpal memang mengenali siapa sebenarnya Anwar, malah pernah membuat kenyataan bahawa Anwar sememangnya adalah seorang yang tidak bermoral dan pengamal seks songsang.

Itulah manusia Karpal yang tidak pernah mempunyai sedikit pun rasa belas dan kasihan kepada kaum Melayu dan masih tegas dan konsisten menentang Islam dalam apa jua bentuk. Bagaimamana PAS menilai perkara ini, terus menjadi tanda tanya.

Pastinya perubahan akan berlaku nanti bila DAP menuntut jawatan Perdana Menteri setelah mendomonasi kerusi dalam PR selepas PRU13. DAP pasti telah menduga PAS akan membelot jika bukan Islam dari DAP menjadi Perdana Menteri kelak.

Namun kita tidak tahu sejauh mana perancangan yang mereka sediakan bagi menghalang penyatuan  semula kaum Melayu (Islam) bila jawatan Perdana Menteri dirampas oleh kaum pendatang bukan Islam yang sisokong oleh Singapura.


Penglibatan Langsung Anwar dalam BERSIH 3.0

Kelihatan jelas Anwar terdesak setelah dipersoalkan bertubi-tubi mengenai peristiwa rempuhan Dataran Merdeka. Jawapan yang diberikannya ..........

Anwar dilihat gagal memberi jawapan memuaskan


Saturday, May 26, 2012

DAYUS - jika biarkan Bukan Melayu perintah Bumi Melayu


Masa depan Melayu semakin kritikal. Mereka mengasak dari pelbagai arah. Kalau dulu sebelum bersekutu dengan Melayu (?) mereka beranni mengungkapkan kata-kata hina dan persenda kepada Melayu (tuan tanah), maka kali ini dengan bantuan hebat sekumpulan pemberontak (jika kita dapat katakan begitu) mereka tentunya lebih berani dan menjadikan peluang ini istimewa untuk memalukan kaum peribumi sebagaimana pengalaman mereka di Singapura. Seterusnya mengawal keadaan untuk menjadi penguasa mutlak.


Dayuskah Melayu jika biarkan kerenah mereka menjadi "kurang ajar"? Berani mereka bermimpi sedemikian rupa setelah berjaya mengapikan Melayu supaya berpecah belah. Adakah Melayu semakin Dayus?
Hari ini mereka nampak lembut terhadap Islam dan Melayu sebab mereka inginkan kuasa. Apabila kuasa diperolehi nanti, rasalah akibatnya. Maklumlah mereka bukan sahaja mendapat sokongan dalaman, tetapi luaran terutama pulau kecil di selatan tanah air yang sentiasa mengikuti perkembangan politik di negara kita. Menunggu masa sahaja untuk bertindak. Apakah kita masih buta?
Pemimpin-pemimpin mereka (ultrakiasu) selalu berulang alik ke sana (Sin) mencari dan memberi maklumat. 


Wajarkah
Tanah Melayu
ber PM Bukan Melayu?

SAYA sebenarnya sudah malas untuk menulis dalam akhbar Utusan/Mingguan Malaysia. Keluar sahaja artikel, saya terus diserang. Tetapi bila akhbar ini diserang sedemikian rupa oleh ultra kiasu, malas atau tidak terpaksalah juga saya tampil, bukan membela tetapi berkata benar.

Isu bukan Melayu sebagai Perdana Menteri bukan hari ini dibangkitkan oleh parti ultra kiasu. Tetapi sejak dahulu lagi. Cuba pembaca buat kajian kenyataan demi kenyataan parti anti Melayu dan anti Islam ini sejak dahulu lagi.

Bermula daripada ucapan-ucapan mereka dalam kempen pilihan raya umum (PRU) 1969, sehingga berlangsungnya PRU 1969 pada 10 Mei, diikuti perarakan kemenangan ultra kiasu di Kuala Lumpur 12 Mei, seterusnya membawa tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969 dan selepas itu.

Saya tidak ingin mengungkap lagi apa yang telah berlaku. Biarkan sejarah berlalu. Tetapi provokasi mereka amat melampau. Saya menyeru kepada semua pembaca meluangkan masa membaca buku sejarah Peristiwa 13 Mei 1969 dalam pelbagai versi. Antaranya tulisan Goh Cheng Teik (1971), Leon Comber (1985), Tunku Abdul Rahman (2007) dan lain-lain lagi.

Kata-kata seperti "Melayu sudah jatuh", "Kuala Lumpur sekarang Cina punya", "Ini negeri bukan Melayu punya", "kita mahu halau orang Melayu" dan kata-kata seumpama itu adalah perkara biasa yang sering diulang-ulang sesama mereka hari ini. Saya bukan mahu mengapi-apikan. Tetapi inilah bukti bagaimana sikap ultra kiasu tidak pernah berubah.

Pada saya yang baik itu, baiklah. Perlu disokong. Namun, bila tiba bahagian mungkar, maka perlu ditolak.

Hari ini mereka nampak lembut terhadap Islam dan Melayu sebab mereka inginkan kuasa. Apabila kuasa diperolehi nanti, rasalah akibatnya. Maklumlah mereka bukan sahaja mendapat sokongan dalaman, tetapi luaran terutama pulau kecil di selatan tanah air yang sentiasa mengikuti perkembangan politik di negara kita.

Menunggu masa sahaja untuk bertindak. Apakah kita masih buta? Pemimpin-pemimpin mereka selalu berulang alik ke sana mencari dan memberi maklumat.

Ultra kiasu anak beranak itu cuba mempertahankan pengerusinya dengan merujuk kepada Perlembagaan yang menyatakan bahawa jawatan Perdana Menteri terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Namun, katanya, berdasarkan realiti politik selama ini, perdana menteri Malaysia akan tetap seorang Melayu.

Ya, saya tidak nafikan, tetapi jagalah adab-adab bila berbicara. Tidakkah kita tinggal di negara sebelah timur. Bila bercakap, berlapik kerana ini menyentuh sensitiviti orang lain.

Sama seperti isu perkataan 'pendatang'. Perkataan ini amat sensitif. Kenapa tidak ada lagi orang Melayu yang bercakap menggunakan perkataan ini? Kerana ingin menjaga hati orang lain. Inilah adab-adab yang perlu kita belajar.

Saya cadangkan parti ultra kiasu ini menganjurkan kursus kepada ahli-ahlinya. Kalaupun tidak ramai boleh berbahasa Melayu atau masih gagap, sekurang-kurangnya belajar menjaga sensitiviti kaum lain, terutama bangsa majoriti.

Isu bukan Melayu menjadi Perdana Menteri amat sensitif kepada Melayu kerana ini adalah tanah air tumpah darah mereka kerana setiap bangsa ada tempat tumpah darahnya. Apakah kita masih tidak sedar?

Kecualilah kalau kita masih terpengaruh dengan pemimpin ultra kiasu Singapura itu. Beliau pernah berkata: Mengikut sejarah katanya, orang Melayu telah mula berhijrah ke Malaysia dalam bilangan yang kecil, cuma kira-kira 700 tahun yang lalu. Daripada 39 peratus orang Melayu di Malaysia hari ini, kira-kira satu pertiga daripada mereka ialah pendatang-pendatang baru seperti Setiausaha Agung UMNO, Datuk Syed Jaafar Albar, yang telah datang ke Tanah Melayu dari Indonesia sebelum perang, ketika berusia lebih daripada 30 tahun.

"Dari itu, adalah salah dan tidak logik bagi sesuatu kumpulan yang tertentu itu memikirkan bahawa mereka adalah lebih adil dipanggil rakyat Malaysia, dan orang lain boleh menjadi rakyat Malaysia hanya dengan kegemaran mereka."

Utra kiasu itu berkata lagi, beliau dapat menyusun-galur nenek moyangnya sehingga 100 tahun di Singapura. Beliau menolak pendapat bahawa orang Melayu adalah Bumiputera Gugusan Pulau-Pulau Melayu (Lee Kuan Yew, 1965; Flether, 1969).

Saya yakin ramai ultra kiasu masih terpengaruh dengan kata-kata ultra kiasu itu. Saya tidak nampak Utusan Malaysia bersikap tidak beretika dan tidak bertanggungjawab dalam melaporkan berita. Utusan tidak boleh asyik nak mengalah sahaja di kala orang lain terus menyerang. Mereka juga harus bertindak seperti akhbar Rocket, Suara Keadilan dan Harakah.

Pemimpin ultra kiasu berkata, "Apabila DAP muncul di muka depan Utusan, ia pasti berita buruk/ masalah politik kerana ia gaya putar belit mereka." Persoalan saya, apakah UMNO atau Barisan Nasional mendapat liputan yang baik di muka hadapan akhbar-akhbar mereka? Tidak juga. Jadi, sebenarnya, mengata orang dia yang lebih.

Saya berpegang kepada prinsip, "kita tidak akan menyerang jika tidak diserang. Tetapi kita tidak akan menyerang, tanpa tentangan".

Menurut ultra kiasu itu, Utusan sengaja mencipta "isu yang tidak wujud" demi kepentingan politik dan berkempen menakut-nakutkan orang ramai, seperti "fitnah" bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa jika UMNO tumpas, Melayu akan hilang kuasa politik.

Pada saya, bukti sudah jelas di depan mata, apa yang terjadi kepada Melayu di Singapura apabila ultra kiasu memegang kuasa. Terbelakah orang Melayu? Ada atau tidak, Melayu menjadi presiden Singapura selepas itu? Begitu juga kedudukan Melayu dalam jawatan berkaitan strategik dan keselamatan seperti perkhidmatan polis, tentera, pilot, imigresen dan sebagainya. Janganlah buat tidak tahu. Perancangan ultra kiasu sudah termaktub dalam sejarah.

Lepas ini mungkin ada yang berkata dalam blog saya, ada yang terasa nak murtad apabila membaca pandangan saya. Saya tidak boleh berbuat apa-apa. Saya hanya berkata benar. Jika ada yang mahu murtad disebabkan pandangan dan hak saya untuk bersuara, saya serahkan kepada Allah SWT. Tetapi saya tidak boleh berdiam diri melihat sahaja perancangan jahat orang lain.

Kenyataan balas pengerusi ultra kiasu dibuat semata-mata strategi untuk menarik orang Melayu menyertai mereka setelah Tunku Abdul Aziz keluar parti.

Kepada orang Melayu berada dan yang menyertai parti ultra kiasu ini, insaflah. Banyak lagi parti lain yang matlamatnya lebih jelas daripada parti ini.

Pada saya, jika benar pun dari segi undang-undang, tidak perlu bercakap, kerana ia menyakitkan orang lain. Apakah mungkin Singapura berperdana menteri Melayu walaupun perlembagaan negara tersebut tidak menetapkan bangsa Cina sahaja yang akan menjadi perdana menteri? Apakah peluang tersebut akan diberikan kepada Melayu? Jauh panggang dari api.

Saya bukan membela Utusan atau membela UMNO. Ada beberapa perkara yang saya tidak boleh bersetuju. Tetapi itu bukan bermakna kita boleh biarkan sahaja mereka diserang.

Yang baik, sokonglah, yang salah, saya tolak. Tetapi ultra kiasu ini tidak sedemikian, termasuk ultra kiasu Melayu, buat baik - salah, buat jahat - lagi salah. Semua jadi serba salah. Inikah ciri orang bertamadun?

PROF. MADYA DR. MOHD. RIDHUAN TEE ABDULLAH
Ketua Jabatan, Jabatan Kenegaraan dan Ketamadunan, Universiti Pertahanan Nasional 
Malaysia



Wednesday, May 23, 2012

Tanda-tanda Kekacauan Awam

BEBAS, Malaysia akan menjadi negara bebas. Ini dibuktikan oleh PKR, mereka bebas lakukan apa sahaja walaupun mengingkari perintah mahkamah. 


siapa yang dominan?

Sebelum ini mereka mengangkat dan menyokong aktivis LGBT, sokongan kepada keselamatan Israel, menaja Islam Liberal, membenarkan aktiviti tajaan DAP untk kristiankan orang Melayu dan banyak lagi aktiviti songsang. Mereka bebas lakukannya. Sekiranya dibawa ke mahkamah, akan muncullah tuduhan bahawa mereka dianiaya dan difitnah.

Apa sahaja yang dilaksanakan pemerintah, bagi mereka adalah sesuatu yang zalim dan diluar batas kemanusiaan. Tetapi perlakuan brutal pengikut mereka akan dihalalkan walaupun merosakkan harta awam.

Inilah contoh negara bebas yang bakal dilaksanakan kelak bila memerintah. Dipercayai, selepas ini akan berlaku banyak kekecohan di Malaysia walau siapa pun yang menang pilihanraya nanti. Rakyat menjadi bebas melakukan apa sahaja termasuk rusuhan di jalanan. Bukankah ia menjadi dasar perjuangan cara baru iaitu "bebas"? Ia bakal merebak kepada melampiaskan dendam dan marah kepada kaum asing yang selama ini begitu giat menghina bangsa Melayu dan Islam. Ini menjurus kepada rusuhan kaum pula. Tanda-tanda ini semakin ketara.

Andaikata mereka (trio BERSIH) menang dalam kes mahkamah nanti (bukan disebabkan oleh UMNO harapnya), tindakan yang lebih dahsyat akan mereka lakukan. Mereka akan lebih berani dan sanggup melakukan lebih dari apa yang berlaku dalam BERSIH 3.0. Secara tidak langsung kerajaan sudah tidak lagi mempunyai kuasa dalam menegakkan undang-undang negara. Bawa senjata salah, tak bawa senjata pun salah. Setiap insiden akan dituduh sebagai khianat. Mahkamah pula dilabel sebagai alat kerajaan. Tuduhan ini masih dipakai walaupun terlepas dari hukuman penjara kerana kes liwat. Mahkamah tidak pula dipuji sebagai adil atau menarik balik tuduhan sebelumnya.

Kalau menang dalam perbicaraan, mereka akan kata mereka memang tidak bersalah dan yang bersalah ialah anggota keselamatan serta pegawai pendakwaraya, tetapi kalau kalah ia akan dikatakan sengaja dizalimi pemerintah. Dalam situasi ini apa yang mampu dilakukan? Biarkan sahaja apa yang mereka mahu walaupun nanti melibatkan senjata api dan bom? Kita tahu, USA sedang memerhati dengan penuh minat, bilakah masanya yang sesuai untuk mereka masuk campur. Perancangan telah berjalan dengan cukup baik walaupun sedikit gagal pada siri BERSIH terbaru (3.0). Ia akan diteruskan melalui plan baru.

Kita boleh bayangkan keadaan negara selepas mereka (PR) menang dalam PRU nanti. Berlaku berbagai kemelut baru. Mampukah PAS bangunkan model negara Islam dan laksanakan HUDUD? Hanya yang dapat kita harapkan ialah PAS lebih dominan kali ini dan dapat menguasai keletah DAP yang hanya berminat kepada kesejahteraan kaum Cina dan agama kristian. 

Jika Hudud hendak dilaksanakan (PKR pun tidak menyokongnya) ia bakal ditentang oleh kaum Cina dan sebahagian kaum India Kristian yang dikuasai oleh DAP. Jika melaksanakan juga, akan berlakulah "perang salib" di semenanjung Melayu ini. Satu lagi menjadi punca huruhara. Kecuali PAS membenamkan niat mereka untuk menjadikan Malaysia Negara Islam dan melaksanakan Hukum Hudud. Jika itu berlaku sia-sia sahaja mereka berkempen mendapatkan undi orang Islam dengan menjanjikan sesuatu yang tak pasti. Model undang-undang berkaitan jenayah dan kewangan pun belum ada. Berkata tidak disertai persediaan hanyalah dusta semata-mata.

PKR pasti akan hanyutkan Islam ASWJ dan menerapkan Islam Liberal sebagaimana yang berlaku di Indonesia sekarang. Percakaran antara penganut Islam akan bermula dan meruncing. Apakah nanti akan berlaku perselisihan dan pembunuhan sesama Islam pula? Mungkin juga tidak, kerana PAS sendiri sudah mula tercemar dengan Islam Liberal ini.

Apa yang membimbangkan ialah, ahli UMNO yang selama ini berdiam diri dan bersabar akan bertukar rupa menjadi harimau ganas. Kemungkinan ini tidak dapat diketepikan. Semangat kebangsaan yang wujud dalam UMNO cukup kuat dan bakal meletus bila diasak secara melampau terutama jika Islam dan Kesultanan Melayu tergugat.

Keadaan ini juga menarik minat USA dan Israel. Kenapa? Akan berlaku kekacauan yang tak berkesudahan memudahkan urusan mereka menguasai negara.

Dalam apa keadaan pun, huru hara tidak akan dapat dihalang dari muncul. Kecuali PAS dan UMNO bersetuju bersama. Ia akan menghalang semua musuh Islam termasuk PKR menjahanamkan negara ini. Namun seperti semua tahu, kenyataan Mursyidul Am PAS, Presiden PAS dan beberapa Naib Presiden mereka mencerminkan hala tuju yang bakal mereka lalui.

Syarat yang tidak masuk akal yang diketengahkan oleh ulama PAS jika mahu berkerjasama menyelamatkan ummah, cukup menghiba perasaan. Tentunya mereka yang sayangkan Islam akan terkesan dan kehairanan kerana ianya keluar dari mulut seorang yang bertaraf ulama yang dihormati.

Persoalan yang bakal timbul, umat Melayu semakin kecewa dengan gelagat ulama politik ini dan akhirnya, ulama akan dicampak ke tepi. Semakin hari semakin terhakis kercayaan terhadap ulama. Mereka tidak lagi mampu menjadi dahan untuk berteduh dan bergantung harap dalam menjaga kebajikan Islam. Bayangan hitam yang menakutkan umat Islam. Apakan daya kita sebagai rakyat marhain yang tiada sebarang kuasa dan pengaruh.

Jika ditinjau, syarat yang dikenakan kepada UMNO adalah sangat ganjil. Ia hanya bagi memulakan perbincangan mengenai nasib dan masa depan Islam dan Melayu, bukannya bergabung.

Adakah PAS pernah ajukan perkara yang sama kepada PKR sebelum berkerjasama dengan mereka? Apa syarat yang pernah dikenakan sebelum bersama dengan DAP, yang amat jelas menolak Islam dan Melayu. Mampukah PKR dan DAP mengubah dasar parti mereka dengan menerima Islam? Jika tidak, mengapa UMNO diberi syarat sedemikian? Tak ubah seperti satu mainan, selain dari hanya mahu mempersenda ianya bakal memerangkap. Amat malang bagi kaum Muslimin yang terpaksa berhadapan dengan saudara seagama mereka sendiri selepas ini.

Benarlah seperti kata sesetengah penulis "Demokrasi adalah tangan Iblis".

..........................

Tiga pemimpin PKR mengaku tidak bersalah
NORAWAZNI YUSOF
22 Mei 2012



KUALA LUMPUR - Tiga pemimpin PKR didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap tuduhan menyertai perhimpunan haram Bersih 3.0, pada 28 April lalu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin masing-masing mengaku tidak bersalah di luar kandang tertuduh di hadapan hakim Mahmud Abdullah.

Mereka juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan bersubahat dengan mengingkari perintah mahkamah majistret dan menghasut penyokong demontrasi membuka sekatan besi halangan.

Anwar, Azmin dan Badrul didakwa secara berasingan telah menyertai suatu protes jalanan bagi maksud membantah perintah Mahkamah Majistret di bawah Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah yang dibuat oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April 2012.

Zaki Asyraf adalah seorang penjawat awam yang mengeluarkan perintah melarang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka iaitu kesemua permukaan tanah disempadani Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab kecuali kawasan diduduki Kelab Diraja Selangor serta orang awam diberi amarab agar tidak hadir, berada atau mengambil bahagian dalam apa-apa perhimpunan dari 28 April hingga 1 Mei 2012.

Perbuatan itu didakwa dilakukan oleh mereka di sepanjang Jalan Tun Perak, di sini, antara 2.30 dan 3 petang, 28 April lalu.

Pendakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 4 (2) (c) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736)yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000.

Mahkamah membebaskan kesemua mereka dengan ikat jamin RM500 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Anwar, Azmin dan Badrul didakwa secara bersama- sama dengan penyokong demonstrasi melebihi 5 orang yang masih bebas telah bersubahat dengan Tangam Raju, Rajesh Kumar Gejinder, dan Farhan Ibrahim @ Alias untuk mengingkari perintah yang dibuat Zaki Asyraf Zubir.

Perintah itu ialah melarang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka ( iaitu semua permukaan tanah yang disempadani Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja, dan Jalan Kelab kecuali kawasan yang diduduki oleh Kelab Diraja Selangor di bawah hak milik tanah) dan orang awam diberi amaran agar tidak hadir, berada atau mengambil bahagian dalam apa-apa perhimpunan dari 28 April hingga 1 Me lalu.

Ini kerana keingkaran mereka bertiga dan penyokong bersih 3.0 mungkin menyebabkan rusuhan atau gaduh-gempar di kawasan tersebut, dan kamu pada hari dan tempat yang sama telah bersubahat dengan menghasut supaya ketiga-tiga mereka yang disebut di atas membuka sekatan beri halangan.

Kesalahan tersebut dilakukan oleh kesemua mereka pada jam 3 petang, tarikh dan tempat yang sama.

Ketiga-tiga mereka didakwa mengikut Seksyen 188 dibaca bersama Seksyen 109 dan 34 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan itu, mereka dibebaskan dengan bon peribadi RM500 tanpa jaminan wang tunai.

Mahkamah juga menetapkan 2 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yaakob, manakala peguam Karpal Singh Deo, Sivarasa mewakili Anwar, Azmin dan Bahrul Hisham.


KEJUTAN?

Akhirnya Terjawab Jua Kenapa Anwar Boleh Bebas Kes Liwat



Sewaktu kes liwat yang melibatkan Anwar dengan saiful hendak dibicarakan pada 2008 dan 2009, Anwar bermati-matian menolak Peguam Negara , Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai ketua pendakwaraya.

Akhirnya Peguam Negara menarik diri daripada mengendalikan kes berkenaan dan menyerahkannya kepada Peguamcara Negara , Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Sepanjang perbicaraan berjalan, banyak kerenah Anwar dilayan oleh pendakwaraya dan pihak pendakwaraya juga dilihat terlalu mengikut kerenah pihak peguam Anwar. Banyak suara-suara sumbang ketika itu yang menuduh Peguam Negara telah dibeli oleh Anwar dan Anwar akan bebas.

Akhirnya benar Anwar dibebaskan....

Dah bebas satu hal....kemudian nak failkan rayuan pun puas didesak. Setelah desakan demi desakan , dah sampai saat-saat akhir sebelum tempoh merayu tamat barulah rayuan dikemukakan oleh pihak pendakwaraya...

Kenapa kerenah Anwar dilayan ?

Kenapa Anwar bebas ?

Kenapa susah nak buat rayuan ?

Semuanya telah terjawab hari ini.....


Kemunculan bekas Peguamcara Negara , Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden sebagai peguambela Anwar dalam kes rusuhan bersih di Mahkamah Sesyen KL hari ini menjawab segala persoalan diatas.

Selamat maju jaya kepada Datuk Yusof. Nama dan khidmat Datuk selama berpuluh-puluh tahun akhirnya tercalar begitu sahaja. Jangan salahkan masyarakat jika mereka memandang Datuk sebagai api dalam sekam atau gunting dalam lipatan, kerana Datuk sendiri yang dedahkan pekung busuk Datuk selama ini.


SIAPA YANG BERKONSPIRASI? SIAPA YANG MENGATUR KEADAAN? 
Jika Anwar jadi Perdana Menteri, persoalan: berapa lama dia dapat bertahan? Mampukah dia pertahankan keamanan seperti sekarang? Mampukah dia menghalang musuhnya melakukan hal serupa dengan apa yang dia telah lakukan? 

Friday, May 18, 2012

Keruh Lumpur UMNO-PAS ... mencari jalan pulang


Secara tiba-tiba. Muncul dua perkara yang amat menarik perhatian saya pada hari ini. Setelah beberapa hari terkedu akibat terlalu memikirkan sesuatu yang tidak ada jawapan mutlak. Kemana hala tuju Bani Jawi selepas ini jika kemelut yang melanda masih memacu kearah bertentangan. Menjauhi nilai murni Muslim yang beriman kepada Tuhannya Allah Subhana Wa Ta'ala.


Dua perkara ini menjadikan pertanda bahawa dalam kekalutan yang membingitkan itu, masih ada momentum positif. Semoga langit akan menjadi semakin cerah. Juga diharap ia akan membuahkan hasil lumayan yang sewajarnya disyukuri oleh seluruh umat Islam negara ini kecuali mereka yang gagal memahami nikmat yang tercurah.

Pertama: "Kembali kepada matlamat asal kaum Muslimin" 

Ini adalah perkara terpenting dan utama dalam usaha mengangkat martabat setiap Insan ke sisi Tuhannya. Dapat dikesan kewujudan semangat baru iaitu rindu kepada syahadah. Semakin hari semakin memuncak. Kesedaran mengenainya akan membantu setiap insan budiman mencari jalan ke arah tersebut.

Dalam pada itu sebuah organisasi telah muncul. Mereka bersama beberapa ulama yang selama ini mengasing diri telah membangunkan usaha tarbiah secara mudah, tersusun dan moden. Namun konsepnya tidak lari dari tatacara ulama terdahulu. Berkumpul bermuzakarah dan menambah baik amalan harian sambil perkuatkan kefahaman Tauhid masing-masing. Ia berbentuk terbuka dan percuma, boleh disertai oleh semua golongan yang ingin menambah ilmu.

Organisasi ini tidak melibatkan diri dengan siasah-politik. Jemaah ini sentiasa merendah diri, menghormati insan lain dengan penuh kasih dan sayang (arRahman arRahim). Diwujudkan dalam bentuk NGO yang berdaftar dan mempunyai wakil di semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak. Mereka amat faham perjalanan demokrasi ini dan percaya bahawa politik membawa kepada kemusnahan ummah.

Setelah memahami selok belok dan asal usul DEMOKRASI, manusia Melayu (khususnya) mampu menilai semula hala tuju yang wajar. Semakin hari semakin ramai yang faham dan cuba untuk keluar dari sistem yang dipenuhi najis ini. Apa pilihan lain yang ada sekarang, jika kita mahu keluar darinya? Ada dan ianya sentiasa terbuka.

Iaitu kembali kepada Allah, baik semasa senang atau semasa susah. Niat untuk mendapatkan pertolongan Allah akan sentiasa dimakbulkan sekiranya diiringi dengan keikhlasan. Untuk mencapai keikhlasan pula kita wajib menjiwai "Tauhid" dan jadikannya sebagai asas dalam semua tindakan. 

Pernahkah kita terfikir bahawa Surah al Ikhlas itu tiada sepatah pun perkataan "ikhlas" di dalamnya? Kenapa ia dinamakan IKHLAS? Sebaliknya yang ada hanya merupakan pengucapan "tauhid" (pengakuan bahawa Allah itu Ahad). Dikiaskan bahawa membaca 3 kali surah ini sama seperti membaca seluruh alQuran. Betapa hebat surah pendek ini. Kita tidak pernah ambil peduli apa lagi mengkajinya menyebabkan kita terkial-kial mencari makna sebenar "ikhlas" itu. Pokoknya jika kita ber"tauhid" bermakna kita ber"ikhlas". Saya percaya ramai yang memahaminya lebih dari apa yang saya sendiri faham. Harap ada diantara para pembaca dapat membantu.

Setelah kita semua disyihir dan dimanipulasi oleh demokrasi kepartian (politik), kita telah kehilangan arah. Harus benar-benar dimengerti bahawa demi mencipta peluang menguasai muka bumi ini, Yahudi Zionis mencipta satu sistem yang tidak mudah kita melepaskan diri. Demokrasi, Kapitalisma dan kini Liberalisma telah berjaya menarik kita keluar dari paksi tauhid. Maka tenggelam lemaslah kita semua dan terus hidup dalam keliru.

Seorang sahabat (.) mengulas:
Demokrasi adalah sistem permainan yang paling licik dan kotor juga alat senjata rahsia Yahudi untuk memperkudakan dunia... Hasilnya, manusia.. Umat Islam.. Bani Jawi juga tak ketinggalan dan sentiasa menuding jari sesama... 
Siapa yang untung didalam kehanyiran sistem ini?..
Walau apa pun yang berlaku, Yahudi tetap untung. Itulah tujuan sistem ini diwujudkan.

"Mereka merencanakan makar.. tetapi ALLAH adalah sebaik-baik yang menjalankan makar..."
Apa gunanya saling tuding-menuding jari? 
Apa gunanya saling besengketa lantaran kerana politik.. parti? Semuanya sama, tak lebih sifatnya dari lubang najis khinzir.. Busuk lagi membusukkan. 
Apa tujuan kita dihantar oleh ALLAH ke planet bumi@dunia ini? Just for happy or make some fun?.. Or to be hanky panky?.. Just for nothing?.. Idont know? What da *#@&!!! Kalau lu orang tak tau apa jawapannya.... 
Kenal agama..... Kenal diri...... Cari jalan pulang...... 
Hidup ini untuk mati.. Untuk kembali kepada Sang Pencipta.

Kedua: "Kesatuan Jemaah di bawah Kalimah Agung, La Ilaha Illallah" 


Kembalilah kepadaNya jika mahu selamat. Tiada jalan pintas untuk "mencapai kejayaan" kecuali bersatu dan berjemaah serta rapatkan saf.

Jangan sesekali kita remehkan saudara kita sekalipun kita lebih berilmu darinya. Rasulullah saw tidak pernah meremehkan para sahabatnya walaupun baginda telah dijamin syurga. Mengapa kita meningalkan sunnahnya hanya mengejar mimpi Yahudi Laknatullah, iaitu pangkat dan harta?

Sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan akan menanggung akibatnya. Tak perlu kita mengambil tugas berat ini. Malaikat telahpun menjalankan tugasnya mencatit setiap geraknya, dia bakal dihakimi dan menerima balasan setimpal. Bertawakkallah kepadaNya dengan sebenar-benar tawakkal. Kita tak perlu menempelak dan menuduh sembarangan, ia amat dilarang. Jika kita lakukannya juga dengan sendirinya kita mengkhianati Ummah dan Jemaah, satu pesanan dari Rasulullah saw bahawa kita akan selamat jika berada dalam Sunnah dan Jemaah..

Seorang lagi sahabat, Aminuddin Yahya menulis dalam blognya:
Alhamdulillah, berita palimg gembira buat saya setelah pulang dari tanah suci Mekah ialah apabila membaca kenyataan TGNA dan TGHH yang menyatakan PAS bersedia untuk bermuzakarah dengan sesiapa saja baik NGO maupun UMNO. Ini kenyataan yang ditunggu-tunggu oleh semua umat islam yang sudah mual dengan statement2 politik yang menanamkan sifat benci membenci antara umat islam. Sebagai pemimpin kita harus mempunyai jiwa besar dan sanggup mengenepikan kepentingan peribadi demi menjaga maslahat ummah.
Inilah slogan yang cuba saya jelaskan tentang Melayu Sepakat Islam Berdaulat (MSIB). Walaupun ada yang mendakwa bahawa slogan ini bersifat rasis dan tidak islamik namun hakikatnya hanya orang Melayu saja yang berupaya untuk memastikan islam dibela ditanah air ini. 
Sejarah membuktikan bagaimana kesatuan bangsa Melayu ini telah berjaya melaksanakan hukum islam semenjak zaman kesultanan Melayu Melaka. Ianya hanya terungkai apabila penjajah masuk dan memecahkan umat islam disamping membawa bangsa-bangsa lain ke Tanah Melayu. Mana mungkin DAP, MCA, MIC atau Gerakan akan membela islam. Mungkin UMNO fasik tetapi mereka tidak pernah menolak islam sebagai agama. DAP, MCA, MIC dan Gerakan mungkin “baik” tetapi mereka tidak pernah menerima islam sebagai agama yang benar. Mana yang lebih mulia.
Apa salahnya duduk berbincang? Apa aibnya PAS dan UMNO bermuzakarah? Hanya yang buta dan tuli terhadap kebenaran akan mengatakan ia sesuatu yang mustahil dan tidak berfaedah. Kalau ada yang berkata begitu sila nyatakan nas dan dalilnya. Saya sejak dari awal lagi sangat optimis bahawa selepas PRU13 nanti akan terjadi satu penyatuan antara kedua2 parti ini. Bagaimana bentuknya; kita tunggu dan lihat.

Kenyataan ini telah disambut dengan baik oleh TPM TS Muhyidin yang menyatakan kesediaan UMNO untuk bermuzakarah dengan PAS asalkan dibuat demi kepentingan umat islam.
Nah, jalan kini sudah terbuka, apa ditunggu lagi. Jika kedua-dua pihak masih segan silu untuk bertemu saya dengan rasa rendah diri ingin menawarkan untuk menjadi orang tengah. Mungkin saya seorang yang kerdil namun jiwa saya besar dan membuak2 untuk melihat penyatuan ini.
Saya berdoa tidak ada lagi “tangan2″ dibelakang yang menggagalkan usaha murni TGNA dan TGHH ini.  dipetik dari Suara Dari Gunung: Jalan sudah terbuka


Semoga taboo demokrasi ini segera hilang. "Islam" dan "Melayu" dapat dibuang jauh-jauh. Mungkin ada yang tertanya-tanya ungkapan ini. Jika membuang Melayu, masih ada yang sanggup menerimanya tetapi amat sukar menerima cadangan untuk membuang Islam. Mana mungkin Islam dibuang. Jika begitulah jawapannya, saya ucapkan syukur tak terhingga dan terima kasih. Ini menunjukkan kita semua masih sayangkan Islam dan amat kasih kepada agama suci ini. Islam yang telah tercemar dengan najis demokrasi. Mungkin ada yang masih musykil dan kurang setuju.
Sheikh Maulana Imran Nazar Hossein berkata, memperjuangkan Islam melalui jalan demokrasi ialah satu langkah yang amat silap kerana kekotoran yang terdapat dalam demokrasi akan mengotorkan Islam itu sendiri. Katanya lagi, tidak wajar mengheret kesucian Islam untuk masuk ke dalam jalan politik demokrasi.
Walaupun kita kata membuang "Islam" dan "Melayu" (dari segi maknawi - sudud politik sahaja), kita semua akan berada dalam satu kepaduan baru, Islam dan Melayu tidak lagi dibaca secara terpisah kerana kita semua dari Bani Jawi. Masyarakat Jawi adalah satu rumpun bangsa di timur dunia yang memang terkenal dengan kehebatan ilmu keislamannya. Buang istilah "Islam", buang istilah "Melayu" dalam persekitaran politik demokrasi akan mengembalikan kita kepada "JAWI".

Jawi adalah satu perkataan khusus yang menggambarkan satu kesatuan Melayu dan Islam, tidak lagi berpisah dan bercerai berai. Islam murni dan gabungannya dengan galur agama Hanif telah wujud sekian lama dalam Jawi ini. Tiada lagi perlu dirisaukan dan dengan sendirinya kita dapat keluar dari perangkap assobiah yang memecah belah.

Bangsa Jawi tidak terikat dengan asal usul keturunan. Melayu, Banjar, Jawa, Minangkabau, Bugis, Mindanau, Acheh, Pathani dan sebagainya. Kita dalam satu keluarga besar dan bersedia menerima sesiapa sahaja dari mana kumpulan pun untuk menjadi ahli keluarga bangsa Jawi dengan syarat Islam dan "masuk jawi". Sanggup menerima pakai budaya bangsa ini dalam kehidupan seharian.

Bahasa Jawi berserta tulisannya wajar dikembalikan semula melalui gerak kerja dalam semua lapangan. Ia akan membantu menarik semula masyarakat untuk mudah membaca alQuran yang penuh mukjizat itu. Ia jua memberi ruang terbuka bagi membolehkan para penyelidik muda mengkaji ilmu dalam kitab-kitab lama yang kini berhabuk dalam gerobok. Pelajari pelbagai hikmah yang telah hilang dari persada untuk dijadikan panduan menuju Allah Subhana Wa Taala.

Dalam JAWI sudah tersedia ada Islam dan Melayu. Setelah menjadi sebahagian dari Bani Jawi ini, kita tidak memerlukan assobiah dalam bentuk "Islam" atau Melayu lagi. Pertikaian yang tercetus dan menyakitkan itu akan tamat dengan sendirinya. Islam tetap menjadi tonggak unggul dalam Bani Jawi. Sesiapa yang bukan Islam tidak tergolong dalam Bani Jawi ini walaupun dia mengaku sebagai Melayu.


Maklumat terbaru:

Nik Aziz meletakkan beberapa syarat ketat jika UMNO mahukan muzakarah. Keikhlasannya mula diragui. Semakin keruh semakin celaru...  Apakah niat dia yang sebenar?

???

Muzakarah: Nik Aziz Letak Syarat, Sebelum PRU


Muzakarah: Nik Aziz letak syarat, sebelum PRU

KUALA TERENGGANU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan muzakarah bersama Umno diadakan sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Bagaimanapun, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan Umno perlu mematuhi beberapa perkara yang akan ditentukan oleh Pas sekiranya ingin bersatu dan mencapai kesefahaman.
“Kalau Umno nak bersatu (dengan Pas), tukar dasar kebangsaan dia, bubuh (letak) Islam. Bukan buat keputusan secara berseorangan, tetapi perlu buat secara rasmi bahawa Umno tukar dasar kebangsaan kepada Islam.
“Umno kena terima Pas sekali dengan pakatan (pembangkang). Bila Umno dah ubah dasarnya, mereka kena bersama dengan pakatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-37 Pas Kawasan Kuala Terengganu di Markaz Tarbiyyah Pas di Kuala Ibai, dekat sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkara disebalik kesudian Pas untuk mengadakan muzakarah dengan Umno sebagai suatu permulaan kepada kerjasama parti demi penyatuan orang Melayu khususnya umat Islam.
Katanya, muzakarah diminta oleh agama Islam dan sepatutnya adalah untuk kebaikan semua pihak dengan niat yang benar-benar ikhlas.
Rabu lalu, Nik Aziz menyatakan persetujuannya agar Pas membuka pintu untuk bermuzakarah dengan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Umno.
Kenyataannya itu mendapat reaksi positif Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Umno bersedia untuk bermuzakarah dengan Pas asalkan tujuannya untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara. – Bernama
 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan