Artikel Pilihan

Pages

Friday, January 17, 2014

Peristiwa di Mesir sebagai Fitnah Akhir Zaman


Kumulakan Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Junjungan kemuliaan dan sanjungan buat Padukan Baginda Rasulullah saw dan ahli keluarga baginda saw.


Wahai Allah yang Maha Mengetahui, Wahai Rasul yang mulia lagi terpuji. Hamba berharap tulisan ini tidak lari dari kebenaran. Moga-moga hamba dilindungi dari melakukan fitnah ke atas Allah dan rasulNya jika hamba tersilap. Sesungguhnya kebenaran milik Allah yang Maha Agung serta RasulNya yang dikasihi.


Assalamualaikum buat para pembaca sekaliannya.



Beberapa hari ini kita dikejutkan dengan tragedi berdarah di Mesir. Pertelingkahan politik yang membawa kepada pertumpahan darah. Pertelingkahan antara penyokong bekas Presiden Mesir, Mohammad Morsi dan pihak berkuasa Mesir yang diketuai Jeneral Tentera Abdul Fattah Al-Sisi

Berlaku pembunuhan demi pembunuhan yang menggerunkan bagi siapa yang melihatnya. Tragedi yang berlaku di Syria kini berjangkit di Mesir.


Saya tidak menyokong kedua-dua baik Kerajaan Mesir mahupun pihak Ikhwanul Muslimin.


Saya tidak mahu melihat tragedi ini menurut perspektif manusia tapi saya mahu melihat tragedi ini dari perpektif Rasulullah saw, insan teragung yang diutuskan Allah ke dunia.


Adakah kita utamakan pendapat manusia lebih dari Paduka Baginda Rasulullah saw


Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:



Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Tidak akan terjadi hari kiamat kecuali setelah banyak peristiwa haraj. Mereka bertanya: Wahai Rasulullah, apakah haraj itu? Beliau menjawab: Pembunuhan, pembunuhan. (Shahih Muslim No.5143)

Paduka Baginda saw telah mengingatkan kita akan berlaku haraj yakni pembunuhan demi pembunuhan. haraj ini adalah salah satu fitnah akhir zaman yang selalu baginda saw pesankan.


Apakah yang kita perlu lakukan bila berdepan dengan fitnah ini?


Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:


Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Akan terjadi fitnah di mana orang yang duduk (menghindar dari fitnah itu) lebih baik daripada yang berdiri dan orang yang berdiri lebih baik daripada yang berjalan dan orang yang berjalan lebih baik daripada yang berlari (yang terlibat dalam fitnah). Orang yang mendekatinya akan dibinasakan. Barang siapa yang mendapatkan tempat berlindung darinya, hendaklah ia berlindung. (Shahih Muslim No.5136)


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra 

Rasulullah s.a.w. bersabda : "Fitnah akan terjadi. Pada ketika itu seorang yang duduk lebih baik daripada orang yang berdiri. Orang yang berdiri lebih baik daripada orang yang berjalan. Berkemungkinan fitnah itu akan menarik perhatiannya yang dilihatnya dari jarak yang jauh. Barangsiapa mendapat tempat perlindungan maka berlindunglah dia di situ."

Rasulullah saw berpesan agar berlindung dari fitnah. Rasulullah saw berpesan duduk diam itu lebih baik bahkan kalau boleh kita cari tempat berlindung dari fitnah tersebut. Rasulullah saw yang mulia itu mengingatkan fitnah itu bakal menarik perhatian dan sesiapa yang mendekati fitnah tersebut akan dibinasakan.


Apakah yang berlaku di Mesir ini? Adakah mereka menurut pesan Baginda Rasul saw yang terpuji itu atau menurut hawa nafsu mereka? Adakah kita gembira dengan apa yang berlaku? Berapa ramai yang binasa akibat tragedi ini?

Nyawa seorang Muslim itu sangat berharga di sisi Allah dan Rasul hingga baginda berpesan jangan terlibat dengan fitnah dan lindungilah diri. Tapi apa yang mereka berbuat? Berapa banyak nyawa yang berharga melayang.

Pemimpin yang zalim itu akan wujud di zaman manapun. Tapi mengorbankan nyawa sebegitu adakah Allah dan Rasul suka? Adakah ini yang dipanggil jihad?

Bila dua Muslim berperang

Hadis riwayat Abu Bakrah ra., ia berkata:

Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: Apabila dua orang muslim saling bertarung dengan menghunus pedang mereka, maka pembunuh dan yang terbunuh, keduanya akan masuk neraka. Aku (Abu Bakrah) bertanya atau beliau ditanya: Wahai Rasulullah, kalau yang membunuh itu sudah jelas berdosa, tetapi bagaimana dengan yang terbunuh? Beliau menjawab: Karena sesungguhnya ia juga ingin membunuh saudaranya. (Shahih Muslim No.5139)



Panduan Baginda Rasul saw bila seorang Muslim berperang sesama sendiri maka sudah jelas yang membunuh melakukan dosa dan masuk neraka. Namun paduka baginda rasul juga mengingatkan bahawa jika kita berniat hendak membunuh Muslim lain walau apapun alasan kita dan kita terbunuh maka kita juga akan dicampakkan ke dalam neraka.

Apa yang berlaku di Mesir itu? adakah pihak tentera Mesir sahaja yang membunuh? ada atau tidak pihak yang menggelar diri mereka mujahidin itu berniat membunuh saudara Muslim di pihak tentera? Jika demikian yang berlaku tidak takutkah jika mereka ini tidak mendapat pahala syahid bahkan  dimasukkan ke dalam neraka?


Kenapa hendak menjual nyawa sendiri untuk berdepan dengan pasukan tentera yang jelas bersenjata. Terdengar berita kanak-kanak dan wanita terbunuh. Jika kanak-kanak dan wanita terbunuh di dalam rumah mereka atau tempat persembunyian mereka maka mereka boleh dikira syahid.


Tapi jika mereka mendedahkan diri kepada pasukan tentera zalim yang  takkan mengira sesiapa saja  bukankah mereka telah menjual nyawa dengan harga yang murah padahal Allah dah Rasul amat menghargai nyawa seorang muslim.


Peperangan ini sudah menjadi fitnah buat umat Islam. Rasulullah saw memberi amaran bahawa


"Fitnah itu sedang tidur. Kutukan Allah ke atas orang yang menggerakkannya."


Paduka Rasul saw yang mulia itu memberi panduan kepada kita


Paduka Baginda saw bersabda



"Pada masa begini keadaannya hendaklah kamu menjadi sebagai tikar di dalam rumahmu. Jangan pergi ke pasar atau mungkin kamu akan terbabit dengannya."


Khabar Gembira 

Namun dibalik kekacauan dan huru hara ada khabar gembira dari Nabi kita, Rasul kita Paduka Baginda Muhammad saw

“Daripada Mukkil bin Yasar r.a. 
Rasulullah SAW. bersabda, “Beribadat dalam keadaan kekacauan (huruhara/malapetaka) sama kelebihannya dengan berhijrah kepadaku.”
(HR Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda : "Fitnah-fitnah pasti muncul tetapi hanyalah orang-orang yang dipelihara Allah yang selamat daripadanya. Seseorang itu perlulah memohon doa kepada Allah seperti seorang yang sedang tenggelam lemas berdoa kepada-Nya."
(Baihaqi)

Paduka Baginda Rasulullah saw memberi khabar gembira akan ganjaran besar bagi orang yang beribadat kepada Allah swt. 

Ganjaran pertama ialah pahala berhijrah kepada baginda saw yang tidak boleh didapati melainkan oleh para sahabat dari kalangan Muhajirin.

Ganjaran kedua ialah mereka dapat memohon perlindungan Allah dan diselamatkan dari fitnah yang melanda.

Kesimpulan

Begitulah pandangan saya berdasarkan perspektif baginda Rasul saw, peringatan baginda akan fitnah akhir zaman. Saya yang jahil lagi lemah memohon maaf jika apa yang saya tulis ini salah hingga menjadi fitnah buat Allah dan RasulNya.

Saya menulis dalam keadaan serba dhaif yang sebenarnya terlalu takut untuk menulis hal ini jika apa yang saya tulis ini hanya akan menjadi fitnah kepada Allah dan RasulNya


Ampun Ya Ghafar, Ampun Ya Afuw, Ampun Ya Tawwab


Ampun Ya Rasulallah, Ampun Ya Nabiyallah, Ampun Ya Habiballah


Sekian saja wabillahi taufiq wal hidayah


Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

11 comments:

  1. 'alaikumussalam

    fitnah itu sudah merata dan melata. Beruntunglah mereka yang asing, beruntunglah mereka yang asing, beruntunglah mereka yang asing

    ReplyDelete
  2. benar wahai saudaraku. kita sedang berada dalam suasana itu.

    ReplyDelete
  3. Kegelapan malam tak kan selamanya
    Fajar subuh datang bersama sinaran mentari
    Begitulah kegelapan pada dunia Islam kini
    Sinarannya pasti kembali
    Kegelapan itu tak kan berpanjangan
    Sinaran iman dan Islam terangi kehidupan
    Ia pasti kan datang membawa tamadun
    Yang mengembirakan
    Yang kita nantikan
    Di zaman itu
    Yang hak pasti terbela
    Yang palsu kan musnah
    Kebenaran pasti terjadi
    Yakinlah kita pembela akan tiba
    Tak siapa dapat menghalangnya

    dr PBT

    ReplyDelete
  4. ada tgn syiah dgn restu israel dalam konflik mesir.

    syiah selama2nya musuh islam.

    ReplyDelete
  5. Salam saya nak minta izin buat iklan.saya ambil upah pasang plaster siling.barang baranf owner beli sendi.jalau 10 kaki kali 10 kaki peesegi upah saya ambil 100 ringgit.itu bagi yang rata sahaja dan tak ada patern.kalau lebih keluasan dari itu kiraan berdasarkan lump sam.azman 010 2756599.

    ReplyDelete
  6. Bro, dah nak akhir zaman dah , lu asyik promosi plaster siling. Gua nak tanya ..Pasang cornice tepi , barang gua beli berapa upah lu ambik , kira keping lah bro jangan kira kaki.....
    Akhir zaman akhir zaman jugak...perut dan bawah perut perlu di isi...
    hehehehe............

    ReplyDelete
  7. Bro kalau kiamat sekalipun wa apa peduli.tuhan punya kerja wa tak mau masuk campur.bila lu jual wa beli.atas bawah wa sapu.yang penting senang hati.tak ikut dajjal sistem lari.lu call wa mari

    ReplyDelete
  8. Lu sana wa sini.sejengkal sehasta itulah duniawi.sifat wahan selubungi diri.itu produksi karya seni hasil ikut dajjal iblis lari.wa tinggal jalan sehari bagaimana kita bersua mari.orang sana orang sini semua sama darjat diri tiada beza wa sama lu walau kita lain bulu.dari dulu wa sulu hingga sekarang wa malu.tak bertempat wa tuju andai itu halatuju.

    ReplyDelete
  9. Tas Selempang memang harus dan wajib perbanyak amal . .

    ReplyDelete
  10. Nak buat rumah versi akhir zaman sila hubungi 0163655234 ADI

    ReplyDelete
  11. Gua rsa bersalah pulak laa sbb ambil tahu psal politik nie.. gua rsa gua ade buat fitnah laa sbb politik malaysia nie xkira dri pihak kerajaan dan pembangkang.. dua2 ada buat fitnah.. gua xtahu yg mane gua nk caye.. abestu yg kerajaan seleweng duit rakyat tuu fitnah kerr? gua skrg dh jdi pening nk bezakn tuduhn fitnah ngn yg btul.. skrg mmg susah nk percya berita yg sahih.. abistu skrg.. cenne nie? minx nasihat skitt :'(

    ~Pejuang_Kebenaran~

    ReplyDelete

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.