Sunday, April 15, 2012

Ranjau Getir PRU13 - Cahaya Samar Di Hujung Lorong


pertembungan bekas ketua pemuda umno 
dan timbalannya

Masa semakin suntuk untuk bebaskan diri dari pelbagai tekanan yang muncul bertali arus. Sesuatu yang tidak disangka telah berlaku. Menjadi persoalan sekarang, mampukah dibersihkan segala tohmahan dan sisa-sisa kotoran (fitnah?) yang melanda? Bagi seorang yang berkaliber dan berkarismatik seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, perkara ini sepatutnya tidak berlaku. Dimanakah silapnya beliau yang satu waktu dahulu amat disanjung tinggi dan bersih malah mempunyai watak mualim yang warak kini terpaksa berhadapan dengan persoalan yang bercanggahan dengan wibawa dirinya?

Bagi yang mengikuti perkembangan perjuangan DSAI, ramai yang menggelengkan kepala kehairanan. Pada awalnya ramai yang beranggapan bahawa ini semua disebabkan oleh tindakan mantan PM yang melakukan penganiayaan terhadapnya. Namun apabila mantan PM sudah tidak lagi menerajui negara, DSAI masih lagi menghadapi pelbagai tuduhan yang menakutkan. Amat malang bagi seorang pejuang agama dan pejuang bangsa yang disegani pada suatu waktu dahulu telah terperangkap dalam kancah kemelut sosial dan politik. Masihkah DSAI terus terusan bergantung harap dengan profail seorang mangsa yang teraniaya sedangkan TMD, mantan PM yang dikatakan punca kejatuhannya sudah lama meninggalkan politik negara. 

Jika pada peringkat awal, alasan ini masih relevan digunakan sebagai alasan, tetapi sekarang sudah tidak lagi mampu membantu meningkatkan karier politiknya. Kembali kepada mantan PM, TDM seorang yang sangat sayang kepadanya. Ramai pihak yang tahu episod hubungan TDM dengan DSAI sejak dari peristiwa Rusuhan 13 Mei 1969 lagi. Sejak itu, TDM memang berhasrat mengajak DSAI menganggotai UMNO dan bersama berjuang dengannya. Namun DSAI telah menolak ajakan ini kerana ingin berdikari sebagai pemaju Belia Islam melalui ABIM. 

Jika benar TDM seorang yang tidak jujur dan hanya mempergunakan DSAI sebagai alat politik, kenapa TDM begitu berusaha untuk menaikkan nama DSAI dalam politik sehingga menyinggung banyak pihak? DSAI melonjak begitu drastik mengalahkan banyak senior dalam UMNO ketika itu. Sehingga berjaya menjadi orang nombor dua pentadbiran negara dalam masa yang singkat. TDM sentiasa memberikan bantuan sokongan perjalanan politik beliau.

seperti masih ada rahsia tersembunyi

Secara logiknya, jika DSAI tidak lakukan sesuatu yang menyakiti, TDM tentu sahaja akan terus menyelamatkannya dari disingkir walaupun seluruh ahli UMNO semakin geram dan iri hati kepadanya. Niat TDM tidak lain hanya ingin menyerahkan jawatan nombor satu kepadanya apabila dia bersara. Masih menjadi tandatanya. TDM mungkin masih menyimpan rahsia lain yang tidak dimaklumkan kepada umum atas sebab-sebab tertentu atau memang menjadi prinsip peribadi beliau.

Namun tiada siapa yang menyangka apa yang berlaku, belum sampai dua bulan TDM bercuti di luar negara berlakulah kegawatan ekonomi Asia Tenggara dan TDM segera menamatkan percutiannya. Pada masa percutiannya itu, dia menyerahkan seluruh kuasa kepada timbalannya DSAI selaku pemangku jawatan PM, seolah-olah ingin melepaskannya kepada DSAI dalam masa terdekat. Ramai yang percaya begitu. Tak lama selepas itu, ramai yang terlopong apabila mendengar berita DSAI dipecat dari semua jawatannya dalam kerajaan dan parti. Seluruh Malaysia manjadi panik. Sejak itu bermulalah episod "REFORNASI" yang kita kenal pada hari ini. Di sebalik reformasi serta siri demonstrasi anjuran mantan TPM ini, kita tidak mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

Dari sinilah bermulanya sejarah baru Malaysia. Bertitik tolak menuju kemelut perpecahan bangsa Melayu dan kebangkitan parti rasis Cina (DAP). Kesannya sungguh dahsyat apabila kedua-dua pihak iaitu kerajaan dan kesatuan baru pembangkang yang diterajui oleh DSAI mula berbalas-balas serangan, satu demi satu. Bangsa Melayu mula hadapi sindrom hilang arah. Menjadi kecamuk dan keliru. Tidak jelas siapa yang benar dan siapa pula yang salah. Berarak ke hulu dan ke hilir dalam keadaan terpinga-pinga.

Kita tahu sejak dari awal DSAI telah menunjukkan keupayaan luar biasa, berkarismatik dan unggul. Pengaruhnya menonjol sejak dari zaman mudanya lagi. Kebolehannya berucap sejak zaman persekolahan dan Universiti (Malaya) menjadikan dia seorang yang sangat popular. Pada masa itu UM mempunyai Speaker Corner yang sentiasa dipenuhi para pelajar terutama yang tertarik dengan ucapan dan syarahan para pemimpin pelajar mengenai isu semasa. Dia mampu menarik perhatian pendengar dan bijak serta berkeupayaan mengolah sesuatu isu. Anwar Ibrahim adalah jaguh yang amat disegani disamping beberapa rakan baiknya seperti Hishamudin Rais dan juga pemimpin pelajar dari universiti lain, termasuk pemimpin kontroversi Melayu sekarang, Ibrahim Ali. 

Pada zaman itu semua golongan muda amat mengenali Anwar dan berdiri teguh di belakangnya. Dia amat terkenal ketika itu walaupun masih muda belia, ramai berharap dia akan menjadi PM satu masa nanti. Rakan-rakan yang berjuang bersamanya ketika itu sudah tidak lagi bersama dengannya pada hari ini termasuklah mantan PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Walaupun satu masa dahulu, Anwar dianggap amat hebat dan disanjung sebagai pemimpin pejuang rakyat teraniaya. Masa telah berubah dan halatuju perjuangan juga ikut berubah. 

Rupa-rupanya Anwar menjadi cepat dewasa disebabkan perhubungan dengan rakannya di Indonesia semasa masih lagi bergelar mahasiswa. Anwar terpengaruh dengan prinsip perjuangan politik Indonesia malah ikut terpengaruh dengan gaya hebat Sukarno. Sehingga kini Anwar masih berhubung dengan sahabat-sahabatnya di sana. Sayang sekali Anwar juga ikut terpengaruh dengan bawaan Islam Liberal yang semakin rancak di Indonesia. Pejuang rakyat Indonesia juga sangat dekat dengan para idealis pejuang komunis (sesuatu yang malang). 

Sukarno

Kebanyakan ahli Jaringan Islam Liberal Indonesia adalah bekas pejuang komunis yang gagal dalam cubaan merampas kuasa pada pertengan 60an lalu. Mereka diburu oleh tentera kerana dendam terhadap kematian 6 orang pemimpin kanan tentera yang dibunuh kejam oleh pihak komunis (peristiwa 30 september). 

Sebagai langkah untuk menyelamatkan diri dari diburu mereka menyelinap masuk ke dalam dua golongan kiri masyarakat awam. Ramai juga yang menyertai gereja sebagai penganut Kristian dan sebahagian lagi telah menyertai kumpulan pergerakan Islam Baru yang kini dikenali sebagai Islam Liberal Indonesia. Sebab itulah selepas kejatuhan Sukarno (yang telah mula menyukai komunis melalui Subandrio), secara tiba-tiba kristian Indonesia menjadi kuat dan brutal. Islam Liberal pula semakin ramai dan menonjol mencari populariti.

Secara tidak langsung Anwar telah terdedah kepada kedua-duanya secara senyap. Pertana Islam Liberal yang dianuti oleh ramai pejuang kaum marhain dan kedua, terhasut dengan beberapa halacara Sosialis komunisma. Perkara ini tidak didedahkan kerana situasi Malaysia, baik politik atau keagamaan sangat berbeza dengan Indonesia yang lebih rencam disebabkan dasar Pancasila.

Sosialisma tidak diterima oleh orang Melayu begitu juga komunisma. Islam Liberal pula tidak mampu menyerap ke dalam masyarakat kerana Malaysia menolak semula aliran selain dari ASWJ. Atas sebab itu, sehingga kini Anwar tidak bersedia mempamirkan pegangannya yang sebenar.

Dia seorang yang bijak berkomunikasi sehingga para pemikir pun akan terpukau. Eratnya Anwar dengan Indonesia amat terserlah. Gambaran negatif terhadap dirinya terluput mudah melalui cara dia mengajukan alasan. Diakui memang mengkagumkan.

Kata seorang rakannya: "Anwar kalau ke Jakarta disambut bukan sebagai narapiadana, tetapi sebagai VVIP bertaraf Perdana Menteri dan diberikan bilik penginapan suite malahan lebih besar dari bilik perdana menteri Najib,"

Rakyat Malaysia hanya tahu Anwar (DSAI) memiliki pola pemikiran sosialis apabila dia mula giat menganjurkan siri demostrai pelajar di pertengahan tahun 70an. Pembawaan sosialisma secara total masih diteruskan oleh sahabatnya Hishamudin Rais secara terbuka. Anwar bijak menyembunyikan identitinya. Perkara-perkara yang tidak serasi masyarakat akan dirahsiakan namun kebelakangan ini, bila dia berucap di luar negara, pola sedemikian mula terserlah. 

Secara tidak sengaja dia tersasul menyokong pluralisma agama yang pada dasarnya sejajar dengan kefahaman dan bawaan Islam Liberal (mungkin juga disengajakan?). Sejak itu pendedahan demi pendedahan telah merebak dengan cepat. Banyak bukti telah dikumpulkan oleh para pengkaji dalam dan luar negara.

Kini kedudukannya semakin terancam apabila beliau tersalah congak dan mengeluarkan kenyataan peribadi "mempertahankan keselamatan negara Israel" dan "akan meminda undang-undang kesalahan seks yang dianggap lapuk", semakin ramai penyokongnya mengambil keputusan untuk tidak bersamanya lagi.

Tidak disangka-sangka, sebahagian besar dari mereka yang bersamanya menubuhkan dan menjadi peneraju parti Keadilan sudah keluar meninggalkannya dan sebahagian besarnya bertindak menjadi ahli politik bebas. Dari kenyataan mereka ini muncul pula berbagai cerita baru. 

Agak mengejutkan bila DSAI dikaitkan dengan ramai pemimpin Yahudi Amerika. Rahsia perhubungannya dengan Penyangak mata Wang, George Soros dan Perasatuan Yahudi Amerika mula dibocorkan oleh bekas orang kuatnya. Amat sukar dipercayai. Namun memang itulah yang terjadi. Banyak bukti telah diketengahkan. Apa yang menghairankan, mengapa begitu ramai rakan yang berpaling?

Dengan alasan-alasan pelbagai, tetapi rata-rata kurang senang dengan hubungan baiknya dengan rangkaian Yahudi Antarabangsa. Seperti yang kita tahu Yahudi Amerika bertanggung jawab melaksanakan perancangan Yahudi yang digariskan dalam "protokol zionis", jadi secara tidak langsung DSAI sudah menjadi sebahagian dari jentera mereka. Mungkin dia telah diperangkap. Bagi orang Islam, penglibatan dengan Zionis amatlah mendukacitakan walau atas apa alasan sekalipun.

DSAI dan Al Gore


Selepas itu mencul pula perbincangan sensasi mengenai hubungan serasi antara DSAI dan Salman (Satanic Verses) Rushdie dalam satu sesi ceramah di India. Apa yang menarik, DSAI telah menghantar mesej  kepada rakan dan ahli PKR bahawa dia telah memboikot acara tersebut kerana kehadiran Salman. Sedangkan maklumat yang disahkan adalah sebaliknya. Kita tidak tahu apa tujuannya dia menghantar mesej tersebut. Salman adalah mimpi terburuk bagi orang Islam, dia sanggup menghina alQuran dan Rasulullah saw. Sesuatu yang sangat menjuijikkan. Namun Salman mendapat sanjungan Yahudi Zionis. Jika benar DSAI menerima Salman sebagai rakan, ia sesuatu yang amat menyedihkan.


Salman terselamat dari ancaman bunuh yang
diarahkan oleh Pemimpin Iran kerana bukunya
Satanic Verses yang menghina Islam

Secara kebetulan pula pendedahan beberapa insiden berkaitan seks telah diputar semula yang dikatakan melibatkan DSAI.  Beberapa bukti kukuh telah diketengahkan kepada umum termasuk analisa pakar di luar negara. Antara yang paling popular ialah mengenai "China Doll" yang pernah disiarkan dalam sebuah majalah porno di Jepun. DSAI amat bernasib baik atau memang seorang yang pandai mengatur strategi. Beliau masih mampu menafikan cerita itu semua dan membuat alasan ia adalah rekayasa pemerintah, sekaligus ia dianggap sebagai fitnah.

Dalam beberapa keadaan, DSAI sebagai manusia pasti tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan. Walaupun beliau terlepas dari tuduhan meliwat dalam dua kesnya di mahkamah, namun tindak tanduknya dalam mempertahankan diri telah menunjukkan kebenaran bahawa insiden ini memang berlaku cuma tidak dapat dibuktikan (syarat pembuktian yang ketat).

Terbaru muncul semula kisah hubungan sulitnya dengan isteri seorang daripada pembantu kanannya. Ia dikatakan akan dibongkar bersama beberapa bukti dan maklumat baru. DSAI juga dituduh mengamalkan biseksual. Ramai yang mendakwa tahu hal berkaitan aktiviti seks DSAI, mereka tidak berani ke hadapan kerana pada hemat mereka, pembuktian di mahkamah sangat rumit dan memerlukan bukti yang padu dan jitu. Tambahan pula ia berkaitan seorang kenamaan yang ada pengaruh politik. Ia bukanlah semudah yang dijangka. Namun kata mereka, kebenaran tidak akan dapat ditutup selamanya. Ia tetap akan muncul juga sama ada lambat atau cepat.

Cerita baru yang tidak kurang panasnya, DSAI dicabar supaya melakukan sumpah laknat sebagai seorang Islam bagi menafikan gejala seksual yang tertuju kepada dirinya. Jika dia tidak bersedia melakukannya bermakna dia sememangnya terlibat. Cabaran ini kelihatan sangat berat dan sekaligus menjadi satu tuduhan. DSAI sepatutnya segera mengambil kesempatan ini dan menyahut cabaran tersebut. Sekiranya dia benar-benar tidak bersalah, mengapa pula harus menolaknya? Satu tindakan yang cukup mudah, sekaligus membersihkan dirinya dan meningkatkan sokongan masyarakat terhadapnya. Kesan terhadap keengganannya pula akan memberi impak yang besar juga. Boleh melunturkan sokongan terhadap pasukan pimpinannya. Sebagai seorang Muslim yang bermaruah dia sepatutnya menyahut cabaran ini.

Satu lagi pendedahan muncul, sama ada benar atau tidak masih dalam perhatian. Dikatakan wujud sengketa dalaman pentadbiran Kerajaan Selangor. Jika benar, ia akan menambahkan lagi keruncingan. Anwar (DSAI) dikatakan ikut masuk campur dalam urusan pentadbiran Menteri Besar, TS Khalid. Ada maklumat tambahan (hal negatif) mengenai jentera kerajaan Selangor, dimana setiap pemimpin PR Selangor dikatakan sedang berlumba-lumba untuk mengkayakan diri sebelum tertutupnya peluang. Menggambarkan bahawa nasib PR di Selangor dalam PRU nanti adalah meragukan.

Sesungguhnya perjalanan perjuangan DSAI terutama dalam politik penuh dengan liku, dipenuhi ranjau. Kita wajar bersimpati kepadanya kerana dia telah berjuang dengan gigih pada peringkat awal dan hampir mencapai kemuncak, kini sedang bergelut dengan pelbagai skandal. 

Harapan bangsa ini untuk mendapat seorang pejuang tulin yang mampu menjaga agama dan bangsa tidak kesampaian. Kita perlu menanti lagi sehingga munculnya manusia ikhlas, jujur dan berkalibar seperti dihajatkan. Semoga Allah memelihara bangsa ini sehingga bangunnya pemimpin agung yang amat dinantikan itu.

berita semasa:

1. HASAN ALI CABAR ANWAR BERSUMPAH, BUKTI DIA BUKAN BISEKSUAL


Anwar Ibrahim dicabar bersumpah laknat bagi membuktikan dirinya bukan seorang biseksual seperti didakwa bekas rakan karibnya, Senator Datuk S Nallakaruppan.

Pengerusi Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) itu juga dituntut menjelaskan semua persoalan berhubung isu moral yang mengaitkan dirinya dengan beberapa individu termasuk Shamsidar Taharin, isteri Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Media sebelum ini menyiarkan kenyataan Nallakaruppan yang mendakwa Anwar seorang biseksual manakala adik Azmin, Ummi Hafilda pula mendakwa Anwar mempunyai hubungan sulit dengan Shamsidar.

“Kalau dia berani, dia mesti bersumpah laknat dengan menyebut ‘Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya, Anwar Ibrahim, menafikan tuduhan-tuduhan (disebutkan setiap tuduhan itu), dan jika saya menipu, saya akan dilaknat’.

“Anwar perlu jawab dakwaan ini dan jika tidak bersalah, buktikan. Saya menunggu jika dia mampu sumpah laknat dan lahir dari keikhlasan hatinya.

“Saya orang pertama akan ucap tahniah, berjabat tangan dan memeluk dia,” katanya pada Ceramah Umum di Taman Uda, kelmarin.

Hasan berkata, Anwar kini menghadapi masalah dan menyebabkannya semakin lemas, malah rakyat kini dilihat tidak lagi menghormati atau mengendahkan ucapan mahupun pandangannya.

“Bekas pemimpin PR termasuk orang kuat Anwar, Senator Ezam Mohd Nor (bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan) dan Datuk Zulkifli Noordin (Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu), turut meninggalkannya kerana tidak sanggup melihat moral Anwar,” katanya.

Menurutnya, beliau mengenali Anwar secara peribadi memandangkan kedua-duanya pernah belajar di universiti sama serta mengikuti kursus sama, malah sering berhubung sewaktu menjadi penjawat awam sebelum ini.

“Anwar perlu ‘membersihkan’ dirinya, saya sayang dia (Anwar), saya akui dia berkebolehan dan berkemampuan, memang saya kawannya tapi saya tidak berkompromi atas masalah moral,” katanya.

sumber:Sg Rapat


2. PAKATAN RAKYAT SELANGOR KUCAR KACIR, TUNGGU MERUDUM


Keadaan pentadbiran negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat yang dikuasai PKR semakin berkecamuk dan kelam kabut. Menteri Besar dan Penasihat Ekonomi sedang bertelagah kerana bercanggah pendapat. Abdul Khalid Ibrahim dan Anwar Ibrahim sering bergaduh besar dalam bilik mesyuarat mahu pun pertemuan empat mata.

Malah insiden maki hamun dan jerit menjerit dan tumbuk meja apabila mereka berdua bermesyuarat sudah menjadi perkara lumrah dan diketahui umum. Asas perselisihan faham ialah kerana Menteri Besar tidak mahu mengikut telunjuk Anwar dan mahu mentadbir negeri ikut cara ala korporat yang dipelajarinya semasa menerajui Kumpulan Guthrie dan PNB.

Malah ramai daripada kroni-kroninya yang sudah bersara diambil bekerja dan ditempatkan di jawatan-jawatan besar dalam anak-anak syarikat kerajaan negeri. Malah dengar khabar 'ex-girlfriend' Khalid pun diambil bekerja dipejabat Menteri Besar walaupun sudah lanjut usia (ini satu lagi cerita menarik!).

Khalid tidak mahu mendengar cakap Anwar yang meminta beliau menyalurkan dana untuk membantu aktiviti parti. Kerajaan lain dan parti lain kata Khalid, tetapi mahu tidak mahu dia terpaksa juga beri peruntukan, umpamanya bagi penubuhan Pikom, satu kumpulan dianggotai aktivis parti yang ditugaskan menyebarkan maklumat mengenai program serta dasar Pakatan Rakyat.

Pikom dikawal oleh Azmin Ali selaku Pengerusi PKR Selangor dan semua petugas kumpulan itu adalah daripada lantikannya. Berjuta ringgit peruntukan kerajaan negeri telah disalurkan namun Pikom gagal berfungsi seperti diharapkan. Menteri Besar amat marah kepada Azmin apabila mendapat tahu Timbalan Presiden PKR itu menyalahguna dana Pikom untuk tujuan kempennya sesama pemilihan parti dua tahun lalu.

Maklumat dalaman seperti ini membuktikan sikap hipokrit dan talam dua muka pemimpin-pemimpin PKR dan Pakatan Rakyat. Apabila berceramah kepada rakyat terutamanya kepada masyarakat kampung dan luar bandar, merekalah jaguh melawan rasuah, penyalahgunaan kuasa, telus dan adil, tetapi hakikat adalah sebaliknya. Masing-masing sibuk mengumpul harta dan mengaut kekayaan sebanyak mungkin.

Setelah Perdana Menteri datuk Seri Najib Tun Nazak mengumumkan kejayaan besar program transformasinya, GTP, Pakatan Rakyat Selangor mula gusar dan bimbang. Ini kerana Barisan Nasional telah membuktikan bahawa ia terus mampu membela rakyat dan membawa kemajuan ekonomi kepada negara berbanding pembangkang yang hanya pandai bercakap dan menabur janji.

Bermula dari Menteri Besar, Exco, wakil rakyat, ahli majlis termasuk juga pegawai-pegawai di pejabat Menteri Besar dan SUK, semuanya sedang sibuk 'buat duit'.

Mereka tahu nyawa politik mereka hanya tinggal beberapa hari lagi. Sebab itu suasana sana politik Pakatan Rakyat Selangor kini sudah lesu dan tidak bermaya.

Unit media dan komunikasi yang ditubuhkan di bawah sebuah anak syarikat bernama CCSB yang mengendalikan TV Selangor dan menerbitkan akhbar mingguan Selangorkini sudah pun tinggal nyawa ikan dan operasi hampir lumpur.

Ini bermakna jutaan ringgit dana awam telah dibazirkan begitu sahaja dan malah dengar khabar banyak yang masuk ke dalam poket pemimpin PKR dan pihak pengurusan!

Mereka tidak lagi berminat untuk membela nasib rakyat mahu pun membangunkan negeri, malah tidak lagi berdaya untuk mempertahankan benteng politik dalam menghadapi kekuatan BN.

Seperti seorang yang sedang nazak, Pakatan Rakyat Selangor hanya menunggu masa sahaja tamatnya hayat politik mereka menjelang PRU ke-13.


sumber:minda-hijrah

0 comments:

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan