Wednesday, June 29, 2016

MAMPUKAH TUN MAHATHIR BERTAHAN DARI SERANGAN NAJIB?


TUN MAHATHIR MOHAMAD, MUSUH UTAMA NAJIB RAZAK KINI SATU DEMI SATU SEDANG DITARIK KEMUDAHAN DAN KEISTIMEWAANNYA HANYA KERANA BERSIKAP KRITIKAL TERHADAP PERDANA MENTERI.

Bermula dengan kedudukannya sebagai Penasihat Petronas dilucutkan, desakan berterusan yang akhirnya membuatkan Tun Mahathir sendiri memilih berundur sebagai Pengerusi Proton kerana tidak mahu menyusahkan syarikat kereta nasional itu dan kemudahan polis pengiring disekat kecuali untuk program rasmi, minggu lalu bantuan kerajaan terhadap Yayasan Kepimpinan Perdana pula diumumkan ditarik balik oleh Najib.

Dengan penarikan bantuan kerajaan itu yang antaranya melibatkan pembayaran gaji kakitangan dan bil ulitili, kedudukan Yayasan Kepimpinan Perdana berada dalam keadaan tidak menentu, kecuali jika ia memiliki dana sumbangam korporat yang masih mencukupi untuk terus bertahan untuk beberapa tahun akan datang.

Jika akhirnya Yayasan Kepimpinan Perdana tidak mampu membiayai kos bulanannya dan terpaksa ditutup, Tun Mahathir hanya mempunyai satu saja lagi kemudahan pejabat untuknya iaitu di Yayasan Al Bukhary berhampiran Masjid Negara.

Namun demikian, oleh kerana Syed Mokhtar Al Bukhary mempunyai banyak urusan perniagaan dengan kerajaan, tidak mustahil beliau juga sedang ditekan agar berhenti daripada menyediakan kemudahan itu kepada Tun Mahathir.

Najib tentunya akan menjadi paling gembira jika berjaya membuatkan Tun Mahathir tidak mempunyai satu pun kemudahan pejabat dan akhinya terpaksa mengeluarkan pembiayaan sendiri bagi tujuan tersebut.

Tidak disangsikan bahawa penarikan balik bantuan dan semua kemudahan itu ialah dengan tujuan untuk menyekat kelancaran Tun Mahathir daripada bergerak dan menjalankan aktiviti yang dirasakan boleh menggugat kedudukannya.

Penulis buku dan pengalisis politik yang juga merupakan ahli UMNO Shahbudin Husin – Foto ihsan Free Malaysia Today

Bersama Muhyiddin Yassin, Mukhriz turut dipecat daripada UMNO. Ini menjadikan Tun Mahathir dan satu-satu anaknya yang aktif dalam UMNO tidak lagi berada dalam parti yang sedang dipimpin Najib.

Seorang lagi anak Tun Mahathir, Mokhzani yang kini menjadi Pengerusi Litar Sepang, barangkali turut dalam perhatian untuk diambil tindakan juga oleh Najib.

Dalam masa yang sama, berikutan beberapa ucapan dan tulisan Tun Mahathir yang dianggap menghasut serta membahayakan kedudukan Najib, lima kertas siasatan telah dibuka dan sedang berada dalam pertimbangan pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Apakah, selain satu demi satu kemudahan dan bantuan kerajaan ditarik balik, Najib juga akan mengheret Tun Mahathir sehingga ke mahkamah dan kemudian terpaksa menghuni penjara?

Melihat kepada gerak laku dan kecenderungan Najib dalam bertindak terhadap musuh-musuh politiknya, segala tindakannya adalah serba mungkin terhadap Tun Mahathir.

Tanpa menghiraukan sumbangan dan jasa besar Tun Mahathir kepada negara, kedudukannya sebagai negarawan dan peranan melatih serta memberi ruang sehingga berjaya menjadi Perdana Menteri, pertimbangan utama Najib tidak lain ialah mempertahankan kedudukannya semampu yang mungkin.

Yang paling dibimbangi Najib, berikutan skandal 1MDB, dana SRC International dan caca-marba kenyataan berhubung wang RM2,600 juta dalam akaun peribadinya, jika beliau disingkirkan ia mungkin boleh membawa dirinya kepada proses pendakwaan dan pengadilan di mahkamah juga.

Sebab itu, bertahan sedaya yang mungkin di samping mengepung segala kuasa dalam negara menjadi pilihannya.

Berbeza dengan Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj yang juga aktif mengkritik dan mahu menjatuhkan Perdana Menteri ketika Tun Mahathir berkuasa, tetapi Bapa Kemerdekaan itu tidak pernah diperlakukan seburuk ini.

Ini kerana ketika itu, penentangan terhadap Tun Mahathir lebih bersifat politik, kepimpinan dan pengurusan negara semata-mata. Tidak pernah Tun Mahathir dituduh, apatah lagi disiasat, berkaitan pemilikan harta curi atau wang dijumpai dalam akaun peribadi.

Tetapi, berdasarkan rekod Tun Mahathir yang tidak pernah kalah dalam menjatuhkan beberapa pemimpin sebelum ini, adalah dipercayai segala apa yang dilakukan Najib ini akan merangsangnya untuk bertindak dengan lebih aktif selepas ini.

Cuma, apakah sebagai tindakan melawan, Najib juga akan menjadi lebih keras lagi? –


Shahbudin Husin

Tuesday, June 7, 2016

Next target

Russia akan menyerang Libya selepas Syria


Russia akan menyerang semua terorrist USA-NATO-ISRAEL diseluruh timur tengah.

Dalam perbincangan sulit Putin dan Genaral Haftar 4hb. Jun 2016 kod:139410 Russia bersedia menyerang Kerajaan Tripoli talibarut puppet USA-NATO-ISRAEL-PBB.

Russia dibawah pentadbiran Putin tidak mengiktiraf kerajaan Tripoli Libya sekarang yang dirampas secara paksaan oleh sekutu USA-NATO-ISRAEL. PBB yang juga menjadi talibarut Obama memusnahkan kerajaan Libya dibawah pentadbiran Gaddafi.

Putin akan bekerjasama dengan General Haftar yang mengawal timur Libya yang kaya dengan telaga minyak untuk menyerang pentadbiran Tripoli Libya puppet talibarut terorrist USA-NATO-ISRAEL-PBB.

Russia secara senyap sudah menghantar $4 billion untuk Genaral Haftar untuk memperkuatkan ketenteraan mereka sebelum kedatangan Russia membantu General Haftar untuk menyerang Tripoli Libya menghapuskan kerajaan puppet USA-NATO-ISRAEL-PBB di Libya.

Seterusnya kerajaan baru Libya akan ditubuhkan dibawah General Haftar. Putin mengarahkan General Haftar meneruskan idea dan rancangan arwah Gaddafi untuk memperkenalkan matawang baru dinar emas sebagai matawang tunggal Afrika.

Matawang baru dinar emas Libya ini untuk urusan jual-beli minyak dan dan sumber lain. Dollar USA diharamkan dan tidak digunakan lagi dalam semua urusniaga global.

Arwah Gaddafi masih mempunyai 144 tan jongkong emas yang disembunyikan di satu tempat yang dirahsiakan. Semua Jongkong emas ini Russia akan pulangkan kepada kerajaan baru dibawah General Haftar selepas berjaya menghalau semua sekutu terorrist USA-NATO-ISRAEL-PBB di Libya.

Russia bersumpah akan mengambil-alih timur tengah membebaskan tanah arab dan Afrika dari cengkaman diktaktor ketenteraan USA-NATO-ISRAEL-PBB. Russia mencabar mana-mana negara yang berani berperang menentang Russia di timur tengah. Silakankan...

Menurut Putin: Jika anda membenci Gaddafi Libya, saya akan bersama sahabat sejati saya selamanya

Friday, June 3, 2016

Semua yang dijangka dan didakwa Mahathir menjadi kenyataan




Mission Impossible Mahathir

1) 1997-1998- Pembongkaran serangan matawang global didalangi George Soros IMF

2) 2014-2016- Pembongkaran Penipuan TPPA/ TTIP


Semua yang dijangka dan didakwa Mahathir menjadi kenyataan.

Pada 1997-1998 Mahathir telah membongkar krisis matawang dan kejatuhan ekonomi dunia didalangi George Soros dan kambing hitam IMF USA-ISRAEL. Ini telah membuka mata dunia seiapakah sebenarnya penjenayah ekonomi global.

Pada 2014-2016 sekali lagi menjadi kejutan dunia apa yang didakwa Mahathir ujudnya penipuan TPPA/ TTIP juga menjadi kenyataan.

Dunia akan menyaksikan ramai dikalangan pemimpin negara-negara di dunia yang ada sekarang akan kalah dalam pilihanraya akan datang. Ini akibat dari kemarahan rakyat seluruh dunia ujudnya penipuan dalam perjanjian TPPA di Asia (Trans-Pacific Partnership Agreement). TTIP di Eropah (The Transatlantik Trade and Investment Partnership).

Senarai pembongkaran penipuan dan kegagalan perjanjian sulit TPPA/ TTIP ditaja USA-ISRAEL:

1- Misteri 41 tahun perjanjian sulit Petrodollar Richard Nixon dengan Arab Saudi terbongkar. Ekonomi USA sebenarnya bergantung pada Arab Saudi. Negara Arab Saudi memegang $ 116 billion hutang USA.

Pergaduhan USA dan Arab Saudi kes 9/11 yang membolehkan ahli keluarga menyaman Arab saudi menyebabkan Arab Saudi menjual $750 billion treasures dan aset Saudi di USA. Perjanjian sulit Petrodollar selama 41 tahun akan dibatalkan. Hutang USA akan meningkat menuju bangkrupsi.

Persoalan sekarang Bagaimana sebuah negara menuju bangkrupsi seperti USA boleh menjana ekonomi membantu negara-negara TPPA / TTIP ?.

2- Arab Saudi di bawah Raja Salman akan melompat kerjasama menyertai Russia dalam dagangan minyak dunia meninggalkan Petrodollar USA.

Pengeluaran minyak Arab Saudi sebanyak 10.12.000 setong sehari + Russia sebanyak 10.920.000 setong sehari = 21.04.0000 setong sehari. Ini secara automatik meningkat 2 x ganda kuasa ekonomi BRICS berbanding TPPA/TTIP yang menuju bangkrup ditaja penipu USA-ISRAEL.

3- Pembongkaran saintis Jerman ujudnya penipuan dan jenayah dalam produk TPPA / TTIP USA. Sayuran dan buahan yang dieksport oleh USA untuk negara-negara anggota TPPA / TTIP mempunyai racun toksid menyebabkan penyakit cancer, kecacatan bayi dan seliak. Ini bertujuan untuk melariskan ubat-ubatan gentik yang dibekalkan oleh USA.

Sayuran dan buahan beracun toksid dijual murah oleh USA untuk menarik perhatian pembeli agar terperangkap dengan penyakit. Manakala ubat-ubatan genatik USA dijual 10 x ganda mahal untuk anggota negara TPPA / TTIP untuk mengubat penyakit yang dicipta sendiri oleh penjenayah USA-ISRAEL.

Pemimpin yang bijak lahirnya dari pengundi yang pintar.

Pemimpin yang bodoh tandatangan TPPA/TTIP lahirnya dari pengundi yang bangang akhirnya membunuh Negara, bangsa, keluarga dan diri sendiri.

Fikir-fikirkanlah - Azhar Fans

http://m.sputniknews.com/…/europe-obama-ttip-brexit-politic…

https://www.rt.com/business/344910-russia-saudi-oil-output/




Mahathir telah disingkir oleh bangsanya sendiri. Bangsa lain masih lagi mengangkatnya sebagai salah seorang pemimpin yang berjaya. 

Apa yang bakal terjadi kepada Malaysia nanti?, Sama2lah kita tunggu sebab kita telah menjadi rakan seiring USA/Yahudi .. TPPA itu.



Recent Posts

Entri di "King of the East"

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan