Wednesday, January 13, 2016

Ekonomi Dunia Semakin Meruntuh Menuju Kemelesetan Mega.





Sejarah Petrodollar


Bermula pada tahun 1971, dolar tidak lagi disandarkan dengan emas. Amerika mencetak kertas hijau yang dipanggil dolar untuk membayar hutang Perang Vietnam. Untuk ganti emas, Amerika membuat perjanjian dengan Saudi – pengeluar utama minyak – untuk memaksa supaya jual beli minyak petrol wajib menggunakan kertas hijau ini. Amerika menjadi pengeksport kertas hijau. Maka muncul apa yang dipanggil Petrodollar.

Kertas Hijau (dollar)

Semakin ramai negara telah berani meminggirkan dolar dalam urus niaga mereka – sama ada jual beli minyak atau jual beli bahan yang lain.Hari-hari akhir dolar ini pasti akan sampai. Tentang ini saya cukup yakin. Dalam masa yang sama saya memberi ingatan bahawa bencana besar akan sampai untuk kita semua. Jangan lupa Saddam Hussein dan Gadaffi menjadi arwah kerana mereka mahu membawa Iraq dan Libya meninggalkan dolar dalam hal jual beli minyak. Lihat apa yang sedang terjadi kepada Libya dan Iraq.

2016 Dunia Bakal Huruhara?

Tahun 2016 baru sahaja masuk hari yang ke-13. Kali ini saya akan membawa ayat songsang kepada para pembaca. Saya bukan berniat untuk menakut-nakutkan pembaca. Saya juga tidak ada niat untuk menyesatkan pembaca. Tulisan saya hanya bertujuan untuk memberi ingatan dan pencerahan.

Kita lalui tahun 2015 dengan penuh keperitan – harga barang melambung, perbelanjaan harian untuk hidup mendadak naik. Pada tahun 2015 dahulu apa sahaja yang kita usik - semua harganya terus berubah-ubah menjadi lebih tinggi.

Walaupun harga bahan bakar petrol turun tapi ianya tidak membawa apa-apa makna hakiki. Ini kerana tangga gaji dan pendapatan kita masih di tahap lama.

Awas, tahun 2016 ini tidak akan menjanjikan keselesaan hidup. Tahun 2016 ini akan dirasai lebih perit dari perit. Akan dirasai lebih susah dari susah. Kos untuk hidup akan terus naik. Harga bahan makanan akan mendadak naik. Satu demi satu subsidi ditarik. Justeru tahun 2015 dan tahun-tahun sebelumnya akan dilihat dengan nostalgia, penuh dengan kemeriahan saperti musim buah yang lumayan.

Untuk memahami apa yang akan terjadi kepada Malaysia kita wajib memahami apa yang sedang berlaku di luar Malaysia.

Babak-babak politik luar negara sama pentingnya dengan babak-babak politik yang berlaku di hadapan mata kita. Malah kadang kala apa yang berlaku di luar negara lebih penting dari apa yang berlaku di parlimen kita.

Gagal memahami hakikat ini maka kita akan gagal memahami apa yang sedang menampar muka kita. Jika kita tidak memahami politik dunia maka bacaan politik dalam negara kita akan tersasul dan salah baca.

Dunia hari ini ikat mengikat, kait mengait. Ini bukan bermakna dunia kini tanpa sempadan. Wilayah masih ada - sempadan negara masih wujud.

Yang semakin tidak ada sempadan ialah modal. Sempadan kini dikoyak dan dilanggar oleh modal tanpa tentangan. Modal kini bergerak ke sana sini tanpa sempadan.

Modal milik kaum kapitalis dan syarikat antarabangsa tidak ada agama, tidak ada negara, tidak ada bangsa, tidak ada kesetiaan, tidak ada bahasa. Kiblat modal ialah keuntungan maksimum.

Hukum dan watak modal tidak ada perbezaan sama ada di London, New York, di Mekah atau di Senaling. Modal dari permulaan sejarah dunia bertujuan untuk mencari keuntungan.

Iklim ekonomi menjadi semakin tidak menentu

Ketika ekonomi kita tidak menentu, tiba-tiba Najib tmengumumkan bahawa bajet yang baru diluluskan akan disemak kembali. Ini belum pernah berlaku. Seharusnya berita ini menjadi perbincangan berterusan.

Tapi seperti biasa media mandul negara kita tidak melihat tanda dan makna dari kenyataan Najib ini. Tuan dan Encik Kang Kong dari fakulti ekonomi universiti tempatan tidak memahami makna dan tanda kenyataan ini.

Untuk saya apabila Najib membuat kenyataan sedemikian bermakna Malaysia sedang menuju ke ruang krisis ekonomi yang maha sangat. Kenyataan itu memberi makna pendapatan negara makin merosot. Hutang negara makin meninggi. Bunga hutang makin bertambah. Nilai ringgit makin jatuh.

Pendapatan merosot kerana harga dua jenis minyak makin menurun. Harga minyak sawit dan minyak petrol yang menjadi asas pendapatan negara semakin murah.

Jelas, pendapatan negara merosot kerana harga minyak mentah sedang turun dalam pasaran dunia. Lambakan bahan bakar petrol di pasaran dunia menjadikan harga minyak mentah mendadak jatuh. Kini harganya di bawah AS$40 untuk satu tong.

Harga minyak sawit juga jatuh. Ini kerana minyak sawit bukan lagi bahan mentah monopoli Malaysia. Zaman kita menjadi jurupandu telah tamat. Indonesia kini menjadi pengeluar utama. Maknanya apabila pengeluaran bertambah tapi permintaan masih di tahap lama, maka harga pasti akan jatuh.

Dalam masa yang sama barang eksport buatan Malaysia tidak diperlukan dalam pasaran dunia. Permintaan dunia semakin menguncup. Kilang pembuatan bahan eksport kita kini tergugat.

PTPTN dan mahasiswa lapar

Dari sini kita mula terbaca tentang berita bagaimana anak mahasiswa sedang mengikat perut. Duit pinjaman PTPTN mereka dihantar pulang untuk menampung keluarga.

Kita juga mula terdengar bagaimana ada ura-ura untuk menjadikan semua duit PTPTN sebagai hutang tidak mengira dapat 4 pointer atau sarjana kelas pertama.

Kita mula terdengar bagaimana tidak ada lagi pengambilan pekerjaan di jabatan kerajaan. Kita juga mula mendengar bahawa semakin ramai graduan dengan ijazah perguruan tidak mendapat kerja. Jumlah graduan pelbagai ijazah tanpa kerja semakin bertambah.

Dalam masa yang sama kita juga terbaca tahun lalu 25,000 orang pekerja dari pelbagai jurusan telah diberhentikan. Paling memeranjatkan adalah berita 250 juruterbang MAS hilang kerja.

Tiba-tiba kita terbaca bagaimana Najib memberi ingatan kepada jabatan kerajaan agar berbelanja dengan berhemah. Ramai melihat kenyataan Najib ini sebagai lawak. Tetapi hakikatnya Najib tahu data yang lebih lengkap dan lebih terperinci, justeru Najib membuat seruan itu.

Untuk saya semua ini adalah tanda-tanda bahawa ledakan ekonomi akan sampai.

Perang

Di luar negara perang berterusan di Timur Tengah. Kuasa imperialis yang dikepalai oleh Amerika telah menyerang Syria selama empat tahun. Rancangan Amerika bersama Arab Saudi dan Turki kelihatan gagal.

Perang Syria ini sedang mengancam bukan hanya negara Arab malah menggoyang kestabilan politik Eropah dengan kesampaian warga pelarian perang. Yaman sebuah negara paling miskin dalam dunia sedang diserang dan dibom oleh Arab Saudi dan kuncu-kuncu dari Negara Teluk.

Dalam masa yang sama perang masih berterusan di Iraq dan Afghanistan. Di Pakistan, Somalia dan Nigeria, ledakan demi ledakan terus berlaku. Pertempuran antara pihak yang berkuasa dengan yang dirampas kuasa berterusan. Mayat kedua-dua belah pihak terus bergelimpangan.

Fenomena ini bakal membawa kepada satu perang besar WW3 atau perang nukliar. Mungkin juga ianya adalah peperangan akhir zaman yang disebut sebagai armageddon.



Apa akan terjadi pada tahun 2016 ini?

Saya dengan penuh keyakinan melihat tahun 2016 ini sebagai permulaan zaman meleset yang lebih buruk dari zaman The Great Depression tahun 1929.

Dari pengamatan saya, apa yang sedang berlaku dalam negara kita ini sedang berlaku juga di negara-negara lain di Asia, Afrika dan Amerika Latin. Pada hemat saya tidak banyak perbezaan antara kita dengan negara Dunia Ketiga yang lain.

Kacau bilau ekonomi ini bukan hanya dalam negara kita sahaja. Di mana-mana pun dalam dunia yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis kekacauan ekonomi sedang berlaku.

Hutang

Di Eropah - kita telah melihat apa yang telah berlaku di Greece. Kini wabak Greece sedang menjangkiti Itali, Sepanyol dan Portugal. Di Amerika Latin kita melihat negara Argentina dan Mexico tidak ada keupayaan untuk membayar hutang.

Secara ilmiah – sama saperti kiraan algebra dalam ilmu hisab – empayar Amerika yang berasaskan kertas hijau yang dipanggil dolar akan runtuh. Ini hukum ekonomi, tak kira ekonomi sosialis atau kapitalis. Jika hutang negara bertapuk-tapuk maka hutang ini akan menenggelamkan negara.

Amerika yang terus mencetak kertas hijau yang dipanggil dolar telah sampai ke satu tahap di mana dolar ini tidak diyakini lagi. Hilangnya keyakinan terhadap dolar adalah permulaan tahap keruntuhan empayar Amerika.

Sejarah dolar begini: Sesudah Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat mengambil tempat Britain sebagai juara utama kuasa imperialis dunia. Selama dua puluh tahun sesudah perang, Amerika menjadi jurumudi ekonomi kapitalis dunia.

Ekonomi berkembang. Dolar berkuasa di mana-mana. Pasaran baru dibuka. Produk baru dicipta. Dunia kapitalis Amerika dan Eropah berpesta seperti tidak ada kelmarin dan esok. Ini ketika dunia diperintah oleh empayar Pax Americana.

Bermula pada tahun 1971, dolar tidak lagi disandarkan dengan emas. Amerika mencetak kertas hijau yang dipanggil dolar untuk membayar hutang Perang Vietnam. Untuk ganti emas, Amerika membuat perjanjian dengan Saudi – pengeluar utama minyak – untuk memaksa supaya jual beli minyak petrol wajib menggunakan kertas hijau ini. Amerika menjadi pengeksport kertas hijau. Maka muncul apa yang dipanggil Petrodollar.

Tujuh puluh tahun sesudah perang dunia tamat, era Pax Americana sedang berakhir. Zaman tepu telah masuk. Kong kalikong Amerika bersama Saudi dalam hal jual beli petrol ini telah sampai ke tahap akhir. Semakin ramai negara telah berani meminggirkan dolar dalam urus niaga mereka – sama ada jual beli minyak atau jual beli bahan yang lain.

Semua ini adalah tanda hari-hari akhir untuk dolar dan Pax Americana

Hari-hari akhir dolar ini pasti akan sampai. Tentang ini saya cukup yakin. Dalam masa yang sama saya memberi ingatan bahawa bencana besar akan sampai untuk kita semua. Jangan lupa Saddam Hussein dan Gadaffi menjadi arwah kerana mereka mahu membawa Iraq dan Libya meninggalkan dolar dalam hal jual beli minyak. Lihat apa yang sedang terjadi kepada Libya dan Iraq.

Ini hukum modal. Ini hukum ekonomi kapitalis. Ianya tidak mudah disingkir dan tidak mudah diketepikan. Kaum pemodal antarabangsa sedang menyusun dan sedang mengatur.

Pada ketika ini warga Malaysia sedang berhadapan dengan Najib dan panglimanya dari United Malays National Organisation. Mereka ini secara sedar dan mungkin secara tidak sedar adalah bidak catur dalam kerangka kuasa imperial Amerika.

Ketika kita berhadapan dengan Najib dan kuncu-kuncunya kita juga wajib sedar bahawa kuasa imperial Amerika sedang mengatur strategi dan membuat persediaan. Justeru kita sendiri sedang berhadapan dengan TPPA yang menjadi sebahagian dari strategi kaum pemodal.

Ada satu lagi perancangan yang sedang diatur dan disusun. Kaum pemodal antarabangsa sedang menyediakan perang. Untuk kaum kapitalis, perang ialah perniagaan yang amat menguntungkan.

Justeru saya ingin bertanya, apakah kita semua sedar bahawa perang dunia sedang dirancang?




Monday, January 11, 2016

Jangan Harap Malaysia Akan Selamat.. Betulkan saya jika saya silap.

Rothschild..  siapa dia manusia ini? Dajjalkah dia? Dia bakal merajai dunia.. teruskan berfikir.


Berbeza bentuk, berbeza cara, berbeza keadaan. Islam tetap menjadi musuh mereka. Apakah nasib Malaysia?

Bangsa yang hidup harmoni dan diperakui sebagai bangsa yang paling lembut bertoleransi diragut dengan ganas atas kerakusan pengikut Dajjal. Malangnya ia didalangi oleh pengkhianat dari bangsa sendiri.

Kita toleh ke arah negara Arab seketika untuk cuba memahami situasi tersebut. Arab didorong untuk berbunuhan sesama sendiri, begitu juga Melayu akan dihasut untuk berbunuhan sesama Melayu. Fakta terbaik, kita boleh renungkan peristiwa Libya. Kesudahannya hampir pasti. Apa perasaan anda? Mungkin ada yang tidak pernah ambil peduli kerana ia masalah negara Arab. Ada sedikit yang rasa gembira kerana tumbangnya seorang pemimpin zalim (adakah benar?). Betapa hebat ''mind control'' dari media yang dikawal oleh Dajjal.

Pendokong sekular bersorak kerana demokrasi sekular bakal menerajui Libya. Ada pula telah melupakannya atau menganggap ia hanyalah krisis biasa. Namun kita sebagai umat Islam sepatutnya memikirkannya kembali sebagai iktibar.

~''MIND CONTROL'' OLEH MEDIA DAJJAL

LIBYA SEBENAR bukanlah seperti yang dilaporkan oleh media.
Tangan Ghaib (The Hidden Hand) telah menjadikan Gaddafi sebagai sasaran melalui perancangan yang cukup rapi. Membangunkan emosi orang Arab untuk membenci pemimpin mereka. Media antara bangsa dikerah untuk membuat liputan berat sebelah.

Seluruh negara Arab bergolak (digolakkan) untuk memudahkan penipuan atau menyembunyikan "Hakikat Sebenar" matlamat mereka dari diketahui dunia. Perencanaan mereka untuk menghapus dua lagi musuh yang sangat menyusahkan mereka. Pemimpin Libya dan Syria. Musuh pertama telah pun dikuburkan iaitu Saddam Hussein.

Untuk mengelabui mata dunia, perancangan ini tidak menjurus terus kepada Libya dan Syria sebaliknya mengucar kacirkan beberapa negara lain terlebih dahulu termasuk juga kerajaan beraja. Ia sengaja diatur supaya kelihatan seperti gerakan revolusi rakyat menuntut kebebasan. Namun tindakan terhadap negara selain dari Libya dan Syria kelihatan amatlah berbeza. Kerajaan beraja Arab telah diselamatkan melalui beberapa kaedah yang pelik diterajui oleh kerajaan Wahhabiah Saud Arabia.

Setelah Tunisia, kekacauan meletus di Mesir pula. Semua ini adalah gimik dan Hosni Mubarak dijadikan "kambing Hitam" untuk menutup niat mereka sebenar. Tak perlu NATO atau boss mereka USA membuat serangan tentera menjatuhkan Hosni Mubarak. Cukup dengan peranan beberapa proksi sahaja.

Dalam waktu yang sama rakyat Libya dihasut melalui sentimen dan keghairahan untuk menukar kerajaan. Peristiwa di Mesir dijadikan contoh dan ikutan. Mereka dipacu oleh agen-agen rahsia CIA dan MOSSAD meniupkan sentimen anti pemerintah.

Kaedah yang digunakan seiras dengan apa yang telah digariskan dalam protokol zionis dan perancangan rahsia Illuminati. Malangnya rakyat Libya telah dikeliru malah begitu mudah dihasut melalui pelbagai maklumat palsu yang dibangunkan secara sistematik supaya membenci Gaddafi.

Peranan Facebook dan media alternatif dipergunakan secara maksimum sebagai alat propaganda terbaik bagi menutup suara kerajaan. Media lain telah dilabel sebagai alat kerajaan dan hanya memuatkan berita yang memihak pemerintah atau alat propaganda pemerintah. Rakyat Libya disaran supaya mengabaikannya. Hal yang sama sedang menular di negara ini.

Senjata utama siri kejatuhan negara Islam ini ialah "PEMBOHONGAN". Pembohongan bermaksud "Dusta" itu adalah gelaran yang senonim dengan Dajjal Laknatullah. Fitnahnya berpaksikan pendustaan yang hebat sehingga orang beriman pun akan hilang kewarasannya.


Apabila terpengaruh dengan janji manis untuk hidup bebas (tanpa had) seperti masyarakat Barat, Demokrasi dimomokkan sebagai sesuatu yang amat indah, untuk itu rakyat Libya sanggup mengorbankan segalanya.

Seperti mana Iraq. Barat membina helah, membantu mempercepatkan kemusnahan dengan pelbagai sekatan dan ugutan. Bertujuan untuk melemahkan Gaddafi. Akibatnya rakyat menjadi mangsa. Hidup menderita dan mengalami kesusahan. Pada waktu ini terhamburlah janji "Gunung Roti" bakal dinikmati dan ia ditawarkan sebagai ganjaran jika membuang pemerintah sedia ada.

Ingatlah mereka mencipta masalah diikuti tawaran penyelesaian. Bagi sesiapa yang sudah memahami perancangan zionis " The Protocols of the Elders of Zion" perkara ini bukanlan sesuatu yang ganjil.

Itulah keadaan sebenar yang berlaku yang tidak disedari oleh kebanyakan orang. Nasib yang sama bakal dilalui oleh semua negara Islam. Tidak terkecuali Malaysia dan Indonesia. Dajjal tidak akan membenarkan Islam dan segala sistemnya diketengahkan. Para pemimpin negara Islam yang degil haruslah bersedia untuk mati atau hidup dalam penjara kerana dunia kini milik Dajjal.

The illuminati Exposed By Muammar Gaddafi

https://www.youtube.com/watch?v=THlaMUq6MKU

~DINAR EMAS VS US DOLLAR

Keburukan demi keburukan ditonjolkan bagi menutup setiap kebaikan yang dilakukannya untuk rakyat Libya. Begitulah kejahatan yang dilakukan oleh proksi Dajjal ini. Perkara yang paling digeruni ialah hasratnya memaksa Barat membeli minyak dan berurusan perdagangan dengan matawang baru yang bakal diperkenalkannya iaitu Dinar Emas.

Usahanya hampir nerjaya dan diterima oleh sebahagian besar negara Afrika dan sebahagian dari negara Arab. Dinar emas akan menjadi nilai tukaran baru perdagangan menggantikan USD dan Euro.

Dari saat inilah Barat terdesak untuk mempercepatkan usaha membunuh Gaddafi, namun usaha tersebut gagal. Proksinya yang sekian lama tidak sealiran dengan Gaddafi diangkat sebagai pejuang dan dibantu secara rahsia. Perancangan diatur untuk melakukan sabotaj dan menabur peropaganda. Berita sebenar ditutup dari pengetahuan dunia.

~SIAPA GADDAFI SEBENARNYA?

Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, adalah satu nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!

~Cuba lihat apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:

1. Di Libya,rumah adalah dianggap hak asasi manusia.Setiap pasangan yang baru berkahwin akan menerima $50,000 untuk membeli dan memiliki rumah sendiri

2. Bekalan elektrik adalah percuma kepada semua rakyat dan Gadaffi berjanji untuk memastikan setiap penduduk nya memilik rumah. Gaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Gaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Gaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;

3. Satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mewujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;

4. Sebelum pemerintahan Gaddafi,kurang dari 1/5 rakyat Libya tidak mempunyai pendidikan.Semasa pemerintahan Gaddafi,pendidikan percuma dan berkualiti malah tahap celik ilmu adalah 90%.

5. Penjagaan kesihatan juga adalah percuma dan berkualiti tinggi.Jika keperluan pendidikan dan kesihatan tidak dapat dimiliki di Libya,kerajaan akan memberikan dana kepada mereka untuk mendapatkan nya di luar negara.

6. Semua bentuk pinjaman adalah 0% interest

7. Jika seseorang rakyat Libya membeli kereta,kerajaan akan membayar 50% daripada harga keseluruhannya.

8. Harga bahan api hanya $0.14 sen

9. Jika seseorang rakyat Libya ingin menjadi pekebun,mereka akan diberikan kegunaan tanah ,sebuah rumah,peralatan,stok simpanan, dan benih secara percuma.

10. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan.

11. Skim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

12. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;

13. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;

14. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;

15.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;

16. Tidak ada bil elektrik di Libya;

17. Pendidikan adalah percuma

18. Kemudahan perubatan adalah percuma

19. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

Sebenarnya Gaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Gaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na'am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!

Malahan Gaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.

Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Gaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!

Begitulah peranan yang dimainkan oleh kaum kafir harbi la'natullah, sentiasa tidak redho dengan umat Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghancurkan umat Islam. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan memperkudakan segelintir umat Islam untuk melakukan khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri.

Amat malang apabila ada umat Islam yang rela diperkudakan, malahan sanggup mati demi untuk kafir harbi! Na'zubillah min zalik.

Semua media merujuk Gaddafi sebagai "Pemimpin besar dan Pengasas Revolusi."

Tidak seperti pemimpin diktator tentera yang lain, Gaddafi mendakwa dirinya sebagai putera mahkota atau mendakwa sebagai pemimpin tentera yang memonopoli kuasa politik. Sebaliknya, beliau hanya kekal sebagai kolonel dan pangkat itu kekal hingga ke hari ini.

Gaddafi sering melaungkan Libya "diperintah oleh rakyat" .Presiden Mesir Gamal Abdel Nasser kekal sebagai kolonel selepas merampas kuasa manakala Jerry Rawlings, bekas Presiden Ghana, tidak memegang pangkat tentera tinggi daripada leftenan udara.

Rejim tentera Gaddafi memiliki campuran semangat kebangsaan Arab , nasionalisme dansosialisme berteraskan Islam.
Gaddafi memanggil negara Libya sebagai negara kebajikan dengan sistem pemerintahan secara "langsung, popular demokrasi" dan lebih sesuai dikenali sebagai "Sosialisme Islam" . Libya kini membenarkan ekonomi dikawal oleh syarikat-syarikat kecil dengan kawalan minimum daripada kerajaan.

Gaddafi juga memperkenalkan sistem moral Islam yang melarang minuman alkohol dan berjudi kalangan rakyatnya. Falsafah politik beliau direncakan dalam sebuah buku rasmi Libya yang dinamakan 'Buku Hijau'. Buku Hijau ini merangkumi 3 jilid dan dicetak di antara 1975 dan 1979.

Bagaimanapun, dalam praktik pemerintahan , sistem politik yang dilaksanakan tidaklah idealis sebagaimana sepatutnya. Ini kerana Presiden Gaddafi berhadapan dengan kekangan dalam negeri dan terpaksa berhadapan dengan tekanan antarabangsa.

Tidak mustahil rakyat Libya akan menderita sebagaimana nasib saudara mereka di Iraq. Itulah kebebasan dan keindahan demokrasi yang diidam oleh rakyat Libya. Mereka tidak belajar dari peristiwa Saddam Hussein dahulu malah bersedia dibutakan mata hanya dengan khayalan umpama filem Hollywood. Segala hasil negara bakal dipunggah keluar dan rakyat Libya dipaksa membayar kos perang NATO.

Bahagiakah mereka? Kesah ini umpama hikayat Melayu, "Lebai Malang".

Demokrasi adalah Syaitan paling kejam yang nyata memanipulasi manusia di akhir zaman ini.

Kita bernasib baik kerana kita diantara mangsa mereka yang terakhir, bukan yang terawal seperti Asia Tengah dan Asia Barat. Mungkin sememangnya Allah merencanakan begitu agar kita dapat bersedia sebelum terlambat. Pastinya doa para Aulia diperkenankan Allah SWT.

Segala kemelut politik dan sosial yang berlaku mutakhir ini sepatutnya segera mematangkan kita bukan sebaliknya.

Muammar Gaddafi telah ditusuk (pada duburnya) dengan pisau sebelum dibunuh. Siapakah yang mengajar manusia Arab (Islam) memperlakukan perkara sebegitu zalim kepada musuhnya?

Inilah perancangan hebat Dajjal melalui orang suruhannya, Rothschild.

Keluarga Rothschild mempunyai ramai Agen-agen Untuk melaksanakan Rancangan Untuk Mereka, Supaya Keluarga Rothschild dapat berada dibelakang tabir.

Wallahualam

"Mana-mana penulis,guru,pensyarah atau ahli politik yang cuba menyembunyikan nama Rothschild boleh dianggap menipu,hipokrit atau melakukan jenayah"

Recent Posts

Entri di "King of the East"

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan