Monday, October 24, 2016

kata DEPA


Kata depa lah.....  Betoi ka? 




NAJIB TAKUT BINI? cakap tu belapik la sikit


Menurut sumber dari LHDN - Malaysia sebenarnya tidak berhadapan dengan masalah untuk mendapat sumber pendapatan negara tetapi sebenarnya negara bermasalah dalam menguruskan perbelanjaan.

Kegagalan pengurusan perbelanjaan oleh kerajaan Barisan Nasional memangsakan rakyat hari ini dirompak oleh cukai barangan dan perkhidmatan (GST) zalim yang dikenakan secara paksa ke atas diri mereka untuk menambah hasil negara.

Seawal penubuhan Malaysia, pelbagai cukai dikenakan kepada golongan berkemampuan untuk menjadi sumber kepada negara sama ada menerusi cukai langsung korporat dan individu dan cukai tak langsung menerusi duti eksais dan cukai jualan dan perkhidmatan bagi sebahagian barangan dan perkhidmatan.

Malaysia juga memperolehi hasil lumayan dan mewah menerusi hasil bumi khususnya minyak sehingga menjangkau antara RM70-RM80 bilion setahun.

Sekiranya kerajaan Barisan Nasional mengamalkan konsep perbelanjaan berhemah, tidak boros dan mengelakkan ketirisan maka pendapatan daripada sumber cukai sedia ada dan hasil bumi sudah cukup untuk menguruskan sebuah negara dengan penduduk seramai 28 juta.

Namun, ternyata kerajaan untuk tempoh yang panjang telah gagal menguruskan perbelanjaan negara menurut panduan Islam dalam berekonomi. Ia dapat dilihat menerusi fakta-fakta berikut:

a. Belanjawan Tahunan
Kerajaan Barisan Nasional membentangkan belanjawan defisit selama 18 tahun berturut-turut sejak 1998. Belanjawan defisit bermaksud perbelanjaan yang dirancang melebihi pendapatan yang dijangka akan diperolehi.

Kerajaan hanya menjangka akan membentangkan belanjawan berimbang iaitu pendapatan seimbang dengan perbelanjaan pada 2020. Ertinya negara bakal menyaksikan belanjawan defisit untuk lagi 4 tahun mendatang.

Secara ringkas boleh dilihat perbezaan rancangan perbelanjaan kerajaan berbanding hasil yang dijangka sebagaimana tahun-tahun berikut:
Perbelanjaan (P) Hasil (H)

2008 (P) 176 bilion (H) 148 bilion
2009 (P) 207 bilion (H) 161 bilion
2010 (P) 191 bilion (H)148 bilion
2011 (P) 212 bilion (H) 165 bilion
2012 (P) 232 bilion (H) 186 bilion
2013 (P) 251 bilion (H) 208 bilion
2014 (P) 264 bilion (H) 224 bilion
2015 (P) 273 bilion (H) 235 bilion

b. Hutang Negara
Belanjawan defisit menyumbang untuk negara meningkatkan hutang negara daripada setahun ke setahun.

Pada 2006 hutang negara hanyalah 247 bilion. Tetapi pada 2013 hutang negara telah meningkat kepada 546 bilion dengan peningkatan 299 bilion. Laporan terakhir 2015 hutang negara telah menjangkau 847 bilion.

Perhatikan jadual Hutang Negara sebagaimana berikut mengikut tahun:

1997 RM90 bilion
1998 RM103 bilion
1999 RM112 bilion
2000 RM125 bilion
2001 RM145 bilion
2002 RM164 bilion
2003 RM188 bilion
2004 RM216 bilion
2005 RM232 bilion
2006 RM247 bilion
2007 RM274 bilion
2008 RM317 bilion
2009 RM376 bilion
2010 RM405 bilion 2011 RM465 bilion
2012 RM501 bilion
2013 RM546 bilion
(Sumber International Monetary Fund)
2014 RM677 bilion
2015 RM847 bilion
2016 RM847.9 bilion.
(Sumber The Economist)

Bayangkan, hutang kerajaan pada 1997 hanyalah RM90 bilion tetapi selepas 17 tahun pada tahun 2014 telah menjadi RM677 bilion.
Pada 2003 ketika Tun Abdullah Badawi mengambil alih negara hutang negara ialah RM188 bilion.

Selepas 6 tahun pada 2009 ketika beliau melepaskan jawatan kepada Najib ia meningkat sekali ganda sebanyak RM188 bilion kepada RM376 bilion.

Selepas 5 tahun Najib mengambil alih negara, hutang pada 2014 meningkat hampir sekali ganda sebanyak 301 bilion kepada RM677 bilion. Malangnya bagi rakyat Malaysia disebabkan Najib boros berbelanja maka hutang meningkat menjadi RM847Bilion

c. Ketirisan Perbelanjaan
Kajian yang dibuat oleh Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme terhadap laporan tahunan Ketua Audit Negara menunjukkan berlaku ketirisan dan salah urus perbelanjaan antara RM23 bilion hingga RM40 bilion. Sedangkan GST hanya dijangka menyumbang sebanyak RM23 bilion pada tahun 2015. dan RM36bilion pada 2016. Jika ketirisan ditangani maka GST tidak diperlukan.

Pada tahun 2008 perbelanjaan untuk mengurus negara hanyalah RM128 bilion tetapi untuk 2015 kerajaan merancang perbelanjaan mengurus sebanyak RM223 bilion.

Tidakkah ia merupakan peningkatan yang melampau untuk tempoh yang pendek iaitu 7 tahun dengan peningkatan hampir RM100 bilion?

Hasil daripada kegagalan menguruskan perbelanjaan inilah maka kerajaan mula berfikir untuk meluaskan lagi sumber kewangan negara sedangkan sebenarnya kerajaan tidak berhadapan dengan masalah sumber tetapi pada masalah berbelanja.

Penyelesaian mudah kerajaan ialah memperkenalkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST) kerana GST adalah cara paling mudah untuk mengutip sumber daripada rakyat termasuk golongan miskin dan Asnaf.

GST dikenakan pada semua barangan dan perkhidmatan melainkan yang dikecualikan. Ertinya kerajaan mendapat ruang yang sangat besar dan luas untuk mendapat hasil menerusi cukai.

Menteri Kewangan Kabinet Najib pernah berkata bahawa negara lain juga mengenakan GST kenapa Malaysia tidak boleh? Dengan memberi contoh Indonesia mengenakan GST sejumlah 10% kepada rakyatnya namun Menteri kabinet kayu Najib terlupa bagitau rakyat Malaysia bahawa Indonesia hanya mengenakan GST terhadap barang yang diimpot sahaja dan barangan tempatan tidak dikenakan GST.

GST kena kepada semua rakyat tanpa mengira kaya atau miskin yang berbelanja dan mendapat perkhidmatan. Ertinya GST mempunyai cakupan cukai sangat luas. Cara mudah kerajaan Najib mencari sumber kewangan tanpa perlu penasihat ekonomi yang profesional yang juga menghabiskan boras. Tetapi tidak bagi Najib penasihat kewangan bertaraf dan bergaji menteri lebihkurang 7 orang.

Jika sebelumnya hanya sekitar 1.7 juta terpaksa membayar cukai maka dengan GST berjuta-juta rakyat terpaksa membayar cukai setiap hari termasuk orang miskin. Suka atau tidak rakyat perlu lakukan jika tidak keluar dari Malaysia kata Ahli Parlimen Umno.

Apabila cukai dikenakan kepada si kaya dan si miskin maka di sinilah ketidakadilan sosial dan kezaliman berlaku. Kerana itulah cukai GST adalah zalim dan haram menurut kaedah percukaian Islam kerana cukai sepatutnya hanya kena kepada orang yang berkemampuan sahaja.

Data 2012 menunjukkan 31.7% isi rumah Malaysia berpendapatan kurang daripada rm2500 dan 23.8% lagi berpendapatan antara RM2,500 - RM4,000. Ertinya lebih separuh rakyat Malaysia mempunyai pendapatan di bawah RM4,000 iaitu di bawah paras kemiskinan.

MUNGKIN ANDA MASIH KABUR, DARI MANA DATANG NYA DANA UNTUK MEMBAYAR HUTANG SEBANYAK RM 847 BILION DAN FAEDAH NYA, TENTUNYA DARI RAKYAT YAKNI CUKAI.

CUBA KITA KIRA - 847 BILION/30 JUTA RAKYAT MALAYSIA: 847000,000,000/30= RM28233.3 JUTA, JADI SETIAP RAKYAT MALAYSIA MEMPUNYAI HUTANG SEBANYAK RM 28.23 BILION.

JADI JIKA PENGURUSAN KEEWANGAN NEGARA TIDAK DIUBAH MALAYSIA AKAN MENGHADAPI SITUASI CUKUPSUKAR/BENGKRAP, ITU SEBAB MENGAPA PENGURUSAN NAJIB SENTIASA MAHU MENAIKKAN SEMUA CUKAI BARANGAN DAN PERHIDMATAN, SUDAH BEGITU PUN NAJIB MASIH MENGEKALKAN HIDUP BERMEWAH2......

UNTUK MENGELAK DARIPADA RAKYAT
/ORANG KAMPUNG MEMARAHI NAJIB/UMNO DENGAN KENAIKAN KOS SARA HIDUP MAKA NAJIB MEMBUAT KEPUTUSAN MENAIKKAN NILAI BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA( BR1M)

SEBENARNYA PEMBERIAN BR1M HANYALAH UMPAN SUPAYA MULUT RAKYAT MARHEIN DITUTUP DAN DENGAN KENAIKAN BRIM MAKA MAK BEDAH DAN SUKU SAKATNYA DIKAMPUNG AKAN TERUS MENGUNDI UMNO/BN UNTUK MEMBERI NAJIB/ROSMAH BERKUASA 5 TAHUN LAGI

PEGAWAI PRIHATIN
LHDN

9 comments:

enrike said...

terbaik... analisa yang mudah difahami...

Anonymous said...

Lebih 95% negara di dunia mengamalkan cukai gst termasuk negara kita.Tiada yg terkecuali.Cuma kita msh beruntung krn TIDAK semua barangan dikenakan gst khasnya keperluan asas.
Dulu ada beruk lgbt dan babi dap syorkan kita ikut cara singapore kutip cukai yg telus dan adil.Isunya bila restoran2 mamak(bukan mamak kerala) dikatakan memperolehi pendapatan antara rm50k hingga rm150k sebulan.Bayangkan klu setahun..Tiada kaedah cukai yg sesuai utk restoran2 tersebut dan jika mrk isytihar rm30k setahun cukai pon tiada pengesahan mampu dilakukan.
Maka melalak puak lgbt dan babi dap agar diadakan gst bagi setiap resit pembayaran.Barulah diketahui perolehan mrk.
Bila dh dilaksanakan gst...beruk2 ini masih melalak krn kaum kerabat mrk yg pernah menipu cukai dah tak dpt guna cara lama krn setiap resit perolehan mrk dpt dikesan oleh lhdn dan kdpnkk.Dulu dpt rm3juta tapi korner kiri kanan boleh isytihar rm100k jer.Skrg dpt rm3juta...kena isytihar jumlah yg sama.Tu yg buat mrk melalak tolak gst.
Dulu nak sorok gula bulan2 tak apa krn tiada rekod secara online.Skrg cubalah sorok?Pihak kdpnkk tahu siapa beli dan pegang stok berlebihan krn semuanya online.
Ttg hutang...kena ingat bukan shj hutang kerajaan ttp syarikat2 besar di malysia pun dikira khasnya glc.Selagi msh mampu bayar tak menjadi masalah.Org gaji rm3k beli rmh rm250k.Selagi mampu bayar..bayarlah wlpun nampak besar jumlahnya.Yang penting..kena ada disiplin dan berhemah.
Jika penulis rasa indonesia mengamal gst dgn baik...boleh berhijrah ke sana.Mgkin penulis dapat menyelami rasa menjadi PATI bekerja di mana2 sektor di negara malaysia.

enrike said...

wah .... bagus pandangan anonymous.... kalau semua negara amalkan gst.... kita jugak mesti laksanakan gst.... semua negara guna demokarasi .... kita juga mesti ikut demoskrasi.... semua negara terima riba... kita juga mesti amalkan riba.... semua negara masuk lubang biawak kita juga mesti masuk lubang biawak... semua negara ikut telujuk Dajjal .... kita mesti ikut Dajjal.... bagus ... bagus.... ikut la telunjuk Dajjal... dan mesti pertahankan.... pandangan lain semua salah dan jumut....ketinggalan zaman.... ikut la Dajjal tu sampai semua bertelanjang macam binatang...

Cahaya Al Majid said...

Satu perkara yg perlu rakyat tahu..kompeni besar yg berolih turnover 500k keatas dia orang bolih dapat rebate dari kerajaan tetapi kompeni kecik melayu yg kurang dari 500k..tak dapat claim rebate.macam rakyst biasa..gst belanja hangus. Siapa untung..kompeni besar atau sykt kecil melayu..adakah gst membantu sykt melayu atau rakyat??? Lu fikirlah...

Anonymous said...

Yang suka telanjang puak lgbt jer cai...
Raspussy aka pendekar langkah kejang juga setuju dgn gst tapi dia minta agar hasilnya digunakan dgn sebaiknya.
Sebelum nie kita ditipu dgn mrk yg dpt untung besar krn sistem percukaian yg tak telus sehingga hasil cukai yg sepatutnya diterima dan dinikmati rakyat gagal diperolehi.
Tak heranlah puak yg lama menipu cukai dan kaya luar biasa melalak menolak gst.
Cai...negara terdekat yg tak mengamal gst ialah brunei ds.Boleh memohon sbg warganegara cai.Tapi tak pasti puak lgbt boleh mohon ker tak...

Anonymous said...

Jika benar...tuan dn yg berkenaan hantar wakil utk berbincang.Kita percaya kerajaan skrg mampu mendengarnya.

blurr em said...

yes aku stuju kejaan kita waras dan mampu mendengar. harap bukan hanya mampu mendengar semata. apa yang tuan anon ckp tu crita lama anwar brahim marin, tak ada kena mengena dengan rosmah mansur, anaknya riza dan jholow. betul tak? gst yang dikatakan telus dan baik itu mengapa tak mampu pertahankan kenaikan harga narang yang dahsat kalaupun tak mampu turunkannya. dlm pada itu, subsidi dihapuskan? makin meroketlah. cukai yang diperkenalkan ini amat menyakitkan. mungkin anda orang kaya yang tak terjejas dengan dasar kejaan sekarang.

Anonymous said...

Chai anonymus...lu pikir pakai fakta bro...lu tgk hutang bertambah baek ka burok...pakai fakta bro..gua pun org umno..tp kita kena tgk sekarang pada rakyat...senang ke susah

Anonymous said...

Rakyat makin susah, angkara siapa? Orang Arab? Hadoi otak mana otak?

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

Recent Posts

Entri di "King of the East"

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan