Wednesday, June 29, 2016

MAMPUKAH TUN MAHATHIR BERTAHAN DARI SERANGAN NAJIB?


TUN MAHATHIR MOHAMAD, MUSUH UTAMA NAJIB RAZAK KINI SATU DEMI SATU SEDANG DITARIK KEMUDAHAN DAN KEISTIMEWAANNYA HANYA KERANA BERSIKAP KRITIKAL TERHADAP PERDANA MENTERI.

Bermula dengan kedudukannya sebagai Penasihat Petronas dilucutkan, desakan berterusan yang akhirnya membuatkan Tun Mahathir sendiri memilih berundur sebagai Pengerusi Proton kerana tidak mahu menyusahkan syarikat kereta nasional itu dan kemudahan polis pengiring disekat kecuali untuk program rasmi, minggu lalu bantuan kerajaan terhadap Yayasan Kepimpinan Perdana pula diumumkan ditarik balik oleh Najib.

Dengan penarikan bantuan kerajaan itu yang antaranya melibatkan pembayaran gaji kakitangan dan bil ulitili, kedudukan Yayasan Kepimpinan Perdana berada dalam keadaan tidak menentu, kecuali jika ia memiliki dana sumbangam korporat yang masih mencukupi untuk terus bertahan untuk beberapa tahun akan datang.

Jika akhirnya Yayasan Kepimpinan Perdana tidak mampu membiayai kos bulanannya dan terpaksa ditutup, Tun Mahathir hanya mempunyai satu saja lagi kemudahan pejabat untuknya iaitu di Yayasan Al Bukhary berhampiran Masjid Negara.

Namun demikian, oleh kerana Syed Mokhtar Al Bukhary mempunyai banyak urusan perniagaan dengan kerajaan, tidak mustahil beliau juga sedang ditekan agar berhenti daripada menyediakan kemudahan itu kepada Tun Mahathir.

Najib tentunya akan menjadi paling gembira jika berjaya membuatkan Tun Mahathir tidak mempunyai satu pun kemudahan pejabat dan akhinya terpaksa mengeluarkan pembiayaan sendiri bagi tujuan tersebut.

Tidak disangsikan bahawa penarikan balik bantuan dan semua kemudahan itu ialah dengan tujuan untuk menyekat kelancaran Tun Mahathir daripada bergerak dan menjalankan aktiviti yang dirasakan boleh menggugat kedudukannya.

Penulis buku dan pengalisis politik yang juga merupakan ahli UMNO Shahbudin Husin – Foto ihsan Free Malaysia Today

Bersama Muhyiddin Yassin, Mukhriz turut dipecat daripada UMNO. Ini menjadikan Tun Mahathir dan satu-satu anaknya yang aktif dalam UMNO tidak lagi berada dalam parti yang sedang dipimpin Najib.

Seorang lagi anak Tun Mahathir, Mokhzani yang kini menjadi Pengerusi Litar Sepang, barangkali turut dalam perhatian untuk diambil tindakan juga oleh Najib.

Dalam masa yang sama, berikutan beberapa ucapan dan tulisan Tun Mahathir yang dianggap menghasut serta membahayakan kedudukan Najib, lima kertas siasatan telah dibuka dan sedang berada dalam pertimbangan pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Apakah, selain satu demi satu kemudahan dan bantuan kerajaan ditarik balik, Najib juga akan mengheret Tun Mahathir sehingga ke mahkamah dan kemudian terpaksa menghuni penjara?

Melihat kepada gerak laku dan kecenderungan Najib dalam bertindak terhadap musuh-musuh politiknya, segala tindakannya adalah serba mungkin terhadap Tun Mahathir.

Tanpa menghiraukan sumbangan dan jasa besar Tun Mahathir kepada negara, kedudukannya sebagai negarawan dan peranan melatih serta memberi ruang sehingga berjaya menjadi Perdana Menteri, pertimbangan utama Najib tidak lain ialah mempertahankan kedudukannya semampu yang mungkin.

Yang paling dibimbangi Najib, berikutan skandal 1MDB, dana SRC International dan caca-marba kenyataan berhubung wang RM2,600 juta dalam akaun peribadinya, jika beliau disingkirkan ia mungkin boleh membawa dirinya kepada proses pendakwaan dan pengadilan di mahkamah juga.

Sebab itu, bertahan sedaya yang mungkin di samping mengepung segala kuasa dalam negara menjadi pilihannya.

Berbeza dengan Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj yang juga aktif mengkritik dan mahu menjatuhkan Perdana Menteri ketika Tun Mahathir berkuasa, tetapi Bapa Kemerdekaan itu tidak pernah diperlakukan seburuk ini.

Ini kerana ketika itu, penentangan terhadap Tun Mahathir lebih bersifat politik, kepimpinan dan pengurusan negara semata-mata. Tidak pernah Tun Mahathir dituduh, apatah lagi disiasat, berkaitan pemilikan harta curi atau wang dijumpai dalam akaun peribadi.

Tetapi, berdasarkan rekod Tun Mahathir yang tidak pernah kalah dalam menjatuhkan beberapa pemimpin sebelum ini, adalah dipercayai segala apa yang dilakukan Najib ini akan merangsangnya untuk bertindak dengan lebih aktif selepas ini.

Cuma, apakah sebagai tindakan melawan, Najib juga akan menjadi lebih keras lagi? –


Shahbudin Husin

3 comments:

Carol Jones said...

Perhatian !!! Perhatian !!!!
Adakah anda memerlukan pinjaman? Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membersihkan hutang anda atau anda memerlukan pinjaman modal untuk meningkatkan perniagaan anda? Adakah anda pernah ditolak oleh bank dan agensi kewangan yang lain? Cuma perlu, kerana kita berada di sini untuk semua masalah kewangan anda. Kami memberi pinjaman pada kadar faedah sebanyak 2% kepada orang ramai, syarikat dan masyarakat dengan cara yang jelas dan mudah difahami, terma dan syarat ini.
Tiada pemeriksaan kredit diperlukan, 100% dijamin. Sila memohon sekarang melalui e-mel kami dan anda akan gembira anda lakukan kerana kami akan membuat semua masalah kewangan anda satu perkara yang telah lalu.
 
Emel kami di: (Caroljonesloanfirm@gmail.com)

Anggraeni said...

Saya ucapkan kepada allah karna atas kehendaknya melalui Dana Ghaib KI WARA saya sekarang sudah bisa bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencara ingin buka bengkel mobil dan itu semua berkat bantuan KI WARA saya tidak perna menyanka kalau saya sudah bisa sukses ini atas bantuan KI WARA yang telah bantu saya Dana Ghaib dan alhamdulillah itu semuaya terbukti bahkan beliau juga membantu saya minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti siapa tau ada teman mau di bantu dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi KI WARA di 085242894584.DANA GHAIB KI WARA

pak sunang said...

DARI PAK SUNANG Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui AKI DARMO saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan AKI DARMO,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan AKI DARMO yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti, AKI DARMO juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penglaris jualang silahkan hubungi AKI DARMO di 082-310-142-255 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya –ATAU KTIK ALAMAT BLOG AKI -http://pendidikan-merangin.blogspot.co.id

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

Recent Posts

Entri di "King of the East"

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan