Friday, September 11, 2015

Rahsia 2.63b

Hanya Najib dan penasihat tertentunya sahaja yang tahu apa yang sebenarnya terjadi, kemana perginya berpuluh bilion wang pinjaman 1MDB kerana ianya berjaya (sehingga ini) ditutup kemas oleh Najib. Ia kini menjadi rahsia besar pula. Sesiapa yang membongkarnya akan dikenakan tindakan. Bertanya pun tidak dibenarkan. Ramai yang terpecat semata2 kerana mempersoalkannya.




Kata seorang rakyat Malaysia....
betulkah apa yang cuba disampaikannya? 

Penulis ini seperti orang yang "tahu sesuatu" tetapi terpaksa bersembunyi di sebalik "anonymous" mungkin kerana takut disiasat. Inilah realiti Malaysia sekarang. Kita tidak tahu apa AKAN JADI dipenghujungnya.

Kita cuba teliti tulisan beliau yang dipetik dari Sungai Rapat Online:

Apa yang sepatutnya adalah Najib dipecat oleh MT UMNO, ini kerana skandal jenayah Najib yang diheret oleh Najib hingga menjadi skandal jenayah kepada UMNO pula adalah suatu yang amat keterlaluan.

Dalam isu RM 2.63 bilion, satu sen pun tak dimasukkan ke dalam akaun UMNO, semuanya dirembat masuk ke dalam akaun Najib, siap bawa lari ke Singapura lagi, apahal pula RM 2.63 bilion itu dituduh sebagai derma untuk UMNO dari kononnya oleh tok arab yang bukan ahli UMNO pun? RM 2.63 bilion itu bukan wang derma untuk UMNO, kerana tak ada pun tok arab yang berikan wang derma itu kepada UMNO, dipercayai wang RM 2.63 bilion itu adalah kegiatan pengubahan wang haram melibatkan wang hutang 1MDB yang diseleweng dengan alasan pelaburan yang entah apa-apa seperti pelaburan 1MDB di dalam syarikat joint venture dengan Petrosaudi yang hanya bertahan 6 bulan sahaja, kemudian joint venture itu dibubarkan, tapi wang pelaburan USD 700 juta @ RM 2.63 bilion yang 'dilaburkan' oleh 1MDB dalam joint venture itu tak dipulangkan pun. Dipercayai wang USD 700 juta itu adalah wang yang ada dalam akaun Najib tersebut.

Malahan dipercayai wang pinjaman oleh 1MDB kepada Petrosaudi melibakan dua kali pinjaman iaitu USD 500 juta dan USD 350 juta juga diselewengkan juga, kerana hingga kini tak diketahui dengan jelas apakah yang berlaku dengan wang itu.

Walaupun 1MDB kata wang USD 700 juta, USD 500 juta, dan USD 350 juta itu adalah pinjaman murabahah kepda Petrosaudi, tetapi 1MDB bukanlah bank komersil yang boleh memberi pinjam wang, malahan masa itu pun 1MDB bukanlah kukuh kedudukan kewangannya, pasal apa berhutang wang, lepas tu bagi orang lain hutang pula wang hutang itu?

Walaupun 1MDB kata dah dapat semula wang yang dipinjam oleh Petrosaudi itu dengan keuntungan lebih kurang RM 480 juta, tetapi di manakah wang itu? Mengapakah 1MDB perlu berhutang dengan Ananda Krishnan sebanyak RM 2 bilion untuk bayar faedah bank jika mereka dah dapatkan semula USD 1.55 bilion (USD 700 juta + USD 500 juta + USD 350 juta) + RM 480 juta itu?

Kini wang pelaburan 1MDB di dalam tiga buah syarikat pelaburan melibatkan RM 15.4 bilion tak diketahui apa dah jadi dengan wang itu, kemudian 1MDB kata dia pinjamkan USD 1.55 bilion kepada Petrosaudi, lepas tu kata dah dapat semula semua wang pinjaman pokok itu dan ditambah dengan keuntungan RM 480 juta, tetapi kesemuanya tak ada bukti pun, wang ini tak tahu ke mana lesapnya, jumlah yang sangat besar iaitu RM 15.4 bilion dan USD 1.55 bilion, USD 1.55 bilion itu kalau ditukarkan ke ringgit pada kadar sebelum kejatuhan ringgit iaiatu RM 3.00, nilainya mencecah RM 4.65 bilion, ditambah lagi keuntungan yang kononnya RM 480 juta itu, jumlahnya RM 5.13 bilion, ditambah lagi dengan RM 15.4 bilon itu maka jumlahnya menjadi RM 20.53 bilion yang kononnya pelaburan, kononnya pinjaman murabahah, tetapi lesap begitu sahaja.


Oleh itu Najib perlu ditangkap dan dihukum dengan sekerasnya kerana dipercayai wang RM 20.53 bilion itu dilesapkan secara salah dengan alasan 'pelaburan' dan 'pinjaman murabahah'.

Monday, September 7, 2015

Sindrom Bisu

Mengapa Najib masih membisu pasal dana RM2.6 bilion?

Meskipun Malaysia dan beliau sendiri dimalukan di Persidangan Antarabangsa Anti Rasuah (IACC) ke-16 2015, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih enggan tampil menjelaskan misteri-misteri di sebalik derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaunnya.

Ini menimbulkan lebih banyak persoalan dan spekulasi mengapa Najib memilih untuk membisu daripada menjawab soalan mengenai RM2.6 bilion. Berikut ialah lima teori yang paling hangat diperkatakan.



Teori 1: Apakah sebenarnya duit itu tidak digunakan untuk Umno?

Persoalan ini timbul kerana Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin pun tidak tahu berapa baki yang ada di akaun tersebut ketika ia ditutup. Jika benar duit itu telah digunakan untuk Umno dan pilihan raya, sudah tentu Najib akan berani menjawab Muhyiddin, dan Muhyiddin tidak akan berani bertanya begitu.

Teori 2: Apakah duit itu sebenarnya bukan derma?

Persoalan ini timbul kerana sehingga hari ini penderma yang berbesar hati ini masih misteri kepada rakyat Malaysia. Spekulasi ini lebih hangat apabila Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak berani menjawab cabaran Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mendedahkan nama penderma tersebut setelah Zahid mengaku telah berjumpa dengan wakil keluarga dari asia barat yang mendermakan RM2.6 bilion kepada Najib.

Jika penderma itu sanggup menderma RM2.6 bilion kepada Najib, mengapa beliau tidak sanggup tampil membersihkan nama Najib? Tidakkah penderma itu takut duit derma itu akan dibazirkan jika Najib jatuh nanti sedangkan derma itu untuk Umno bukan untuk Najib? Apakah betul dakwaan Tun Mahathir bahawa duit itu sebenarnya duit 1MDB?

Teori 3: Apakah ia satu kesilapan taktikal untuk mengelarkan RM2.6 bilion itu sebagai derma?

Dana RM2.6 bilion di akaun Najib didedahkan oleh WSJ (Wall Street Journal) pada 3 Julai 2015 yang disyaki duit 1MDB. Sebulan kemudian, barulah SPRM berkata duit itu ialah duit derma.

Sehingga kini, tidak kedengaran Najib menyaman WSJ meskipun derma cerita RM2.6 bilion ini sudah menjadi perbualan dan lawak antarabangsa.

Apakah ini satu kesilapan taktikal yang teruk? Oleh kerana itu, sehingga Najib tidak berani menjawab isu RM2.6 bilion ini secara berdepan meskipun menerima kritikan hebat di IACC di negara sendiri.

Teori 4: Apakah memang ada bukti salahlaku yang dijumpai mengenai RM2.6 bilion?

Spekulasi ini juga antara terhangat diperkatakan ekoran terbubarnya pasukan siasatan khas isu 1MDB, pemecatan Muhyiddin dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail secara mengejut, terbantutnya persidangan PAC, pemindahan pegawai Peguam Negara dan SPRM yang dilakukan secara mendadak, penahanan pegawai SPRM seperti penjenayah untuk disoalsiasat dan kebisuan Bank Negara dalam isu dana RM2.6 bilion.

Jika derma itu bersih dari segi tatatertib kewangan, mengapa Najib tidak menggalakkan siasatan diteruskan?

Malah, menurut Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan, Najib belum menjelaskan kepada pemimpin Umno mengenai wang RM42 juta yang dimasukkan ke akaun persendiriannya oleh anak syarikat SRC International.

Teori 5: Apakah antara orang yang dapat menikmati dana RM2.6 bilion itu ialah pemilik akaun atau warisnya?

Persoalan ini juga hangat diperkatakan berdasarkan gaya hidup pasangan ini, yang digelar mewah oleh Tun Dr Mahathir. Apakah disebabkan ini, Najib memilih untuk membisu kerana beliau tahu rakyat dan Umno akan lebih marah?

Tanpa jawapan yang memuaskan, lebih banyak spekulasi mengenai RM2.6 bilion di akaun Najib akan timbul dan hangat diperkatakan.

Bukan sahaja Najib yang kena pukul, Malaysia dan nilai ringgit turut dilanyak bersama kerana hilangnya integriti daripada pemimpin tertinggi dan kabinetnya.

Jika nilai ringgit terus turun, rakyat perlu bersedia untuk menghadapi kemelesetan ekonomi dan peningkatan inflasi secara mendadak di suku ke keempat 2015 kerana semua barangan import telah menjadi mahal.

Situasi dijangka akan diburukkan melalui risiko yang perlu diambil untuk mengekalkan kadar faedah semalaman (OPR) untuk tidak membebankan rakyat Malaysia yang mempunyai hutang isi rumah yang tinggi (melebihi 80% daripada KDNK) dan tekanan daripada GST apabila barang-barangan yang dikecualikan turut dikenakan GST bermula 2016.


DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN
 timbalan presiden PAS.

Recent Posts

Entri di "King of the East"

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan