Monday, August 24, 2015

Krisis Minyak: dunia semakin dekat dengan Armageddon





Alang Pelikat: SAYA RASA HARGA MINYAK SENGAJA DIJATUHKAN OLEH AMERIKA BAGI MELUMPUHKAN EKONOMI RUSSIA GARA2 TINDAKAN RUSSIA DI UKRAINE..

Amerika tak suka campurtangan dan gangguan Russia dalam agenda Amerika untuk Ukraine..

Ukraine sangat penting bagi US untuk persiapan perang masa depan dengan Russia (dan China) yang US harap dia akan menang..

Amerika mahu Ukraine diserap dalam EU dan NATO, dan lepas itu pangkalan tentera US-NATO akan ditempatkan di Ukraine yang turut menampung tentera US-NATO dan senjata termasuk senjata nuklear yang akan ditalakan ke Moscow dan seluruh Russia..

Amerika amat berharap untuk ambil alih pangkalan tentera laut Russia di Crimea, tapi Russia sudah nampak niat jahat US, lantaran dia jelapak masuk dan merampas Crimea serta menaja pemberontakan etnis Russia di timur Ukraine.

Russia terpaksa kucar-kacirkan Ukraine supaya ia tak boleh masuk NATO dan EU. Ukraine adalah "underbelly" (bahagian bawah perut) Russia, sebagaimana Canada atau Mexico kepada US maka ia sanggup perang nuklear dengan US bagi mencegah Ukraine masuk NATO..

Maka US sangat marah tapi tak mampu perang dengan Russia yang memiliki 10,000 bom nuklear, Russia merupakan satu2 negara dunia yang mampu lunyaikan US dan menjadikannya satu longgokan besar abu termonuklear..

Maka jalan lebih selamat bagi Amerika ialah melumpuhkan ekonomi Russia yang sangat bergantung pada eksport minyak.

Semua negara Eropah dan Turki kini dipaksa US membatalkan projek usahasama dengan Russia bagi membina paip minyak melalui Turki, Greece, Georgia dan negara Eropah lain untuk eksport minyak secara langsung dari Russia ke Eropah..

Saudi Arabia, boneka terbesar US, dipaksa mengepam keluar seberapa banyak minyak melebihi had bagi melimpahi pasaran dari sepatutnya..

KESANNYA KINI KITA DAPATI HARGA MINYAK TURUN KE PARAS SANGAT RENDAH, SEKITAR USD38 PER TONG..

Pendapatan Russia kini sangat terjejas, maka usaha perangnya di Ukraine juga akan terjejas. Juga usahanya untuk kembali ke status kuasa besar seperti Soviet Union dulu. Oleh kerana kejatuhan harga minyak adalah universal, maka bukan saja Russia yang terkesan, tapi semua negara dunia, termasuk MALAYSIA..

Semua ini adalah caturan Amerika untuk tundukkan Russia (lepas tu China), satu2 negara yang ia tak mampu tundukkan melalui peluru, senapang dan bom.

Tapi Russia tak akan tunduk, bermakna dunia akan semakin dekat dengan Armageddon..

Wallahualam.


Mainan Dajjal
Apa yang menakutkan: Ia juga ada kaitan denganTPPA, MH370, MH17, China, Spratlys, Sulu-Sabah, lawatan Presiden US ke Malaysia dll...


Thursday, August 13, 2015

PELAN INDUK SINDIKET JENAYAH JHO LOW & 1MDB




Berdasarkan Acuan Goldman Sachs & Bank-Bank Besar Global

Oleh Matthias Chang – Pengarang Future Fast-Forward (Dalam 4 Bahagian)

BAHAGIAN 1: PENGENALAN KAEDAH PENIPUAN MELALUI BANK BESAR GLOBAL

BAHAGIAN 2: BAGAIMANA 1MDB MELAKUKAN PENIPUAN ALA BANK BESAR GLOBAL

BAHAGIAN 3: BAGAIMANA 1MDB MELAKUKAN PENIPUAN ALA BANK BESAR GLOBAL

BAHAGIAN 4: PEROLEHAN KEUNTUNGAN PARA PENYANGAK PENIPUAN 1MDB



BAHAGIAN 1: PENGENALAN KAEDAH PENIPUAN MELALUI BANK-BANK BESAR

Semua perompak dan penyangak mempunyai kaedah atau pelan induk mengenai bagaimana untuk merompak sebuah bank atau memecah masuk ke dalam bilik kebal bank tempat simpanan wang tunai dan jongkong emas. Dalam mana-mana siasatan jenayah, pihak polis umumnya akan menganalisis bukti-bukti yang ditinggalkan bagi menentukan, sebagai contoh, bagaimana si perompak berjaya melepasi sistem keselamatan, cara mereka menembusi suatu yang disering dianggap sebagai bilik kebal yang tidak mampu dipecah masuk langsung dan kemudiannya berjaya mendapatkan jongkong emas serta wang tunai dan perancangan mereka untuk melarikan diri dan lain-lain.

Kes Sindiket Jenayah Jho Low & 1MDB turut mempunyai pelan induk – master-plan. Tetapi, disebabkan ahli-ahli Sindiket ini tidak cukup cerdik dan asli, mereka bertindak meminjam acuan - template rompakan kewangan yang telah digunakan pada masa lalu (contohnya, pelan induk) dari bank-bank besar global seperti Goldman Sachs, J.P. Morgan, Deutsche Bank, UBS dan sebagainya.

Acuan tersebut ternyata mudah. Penggunaan perundangan, instrumen dan saluran yang diterimapakai peringkat antarabangsa untuk secara haram menggerakkan sejumlah wang sekaligus dapat mengelakkan undang-undang antarabangsa berkenaan pengubahan wang haram.

Namun begitu, setakat ini belum pernah ada pelan induk yang kalis siasatan and tidak dapat dikesan. Sentiasa terdapat kelompongan dalam perisai gah pelan induk itu yang mana pada akhirnya mendedahkan perompak dan penyangak untuk dikesan dan didakwa. Kadang kala, mereka secara tidak sengaja meninggalkan petunjuk-petunjuk yang mendedahkan kepada perancangan paling rumit dalam pelan induk mereka.

Sebagai pembuktian kepada hujah-hujah diatas, marilah kita menganalisis transaksi pertama antara Usahasama 1MDB dengan para penyangak Arab tersebut.


Ini adalah acuan klasik dalam kerja-kerja menipu atau penyelewengan kewangan yang begitu cemerlang dan berkepentingan tinggi melibatkan pula sebuah kerajaan ataupun sebuah badan kawalan kerajaan. Apabila ia melibatkan sebuah kerajaan mahupun badan kawalan kerajaan, selalunya ia bertujuan untuk secara kewangan memusnahkan negara yang menjadi sasaran (kaedah yang digemari oleh diktator, kerajaan yang rasuah ataupun institusi kewangan) dan ini amatlah sukar untuk dibongkar atas sebab sumber-sumber yang ditugaskan untuk melindungi jenayah tersebut dilaksanakan melalui pelbagai agensi penguatkuasaan dengan menyalahgunakan kuasa yang mereka miliki. Bagaimanapun Tuhan Maha Pencipta Segala Perancangan mengatur dan menentukan sesuatu dengan cara yang tidak disangka-sangka oleh kita sebagai manusia.

Kadang-kadang, ia melibatkan kerjasama antara dua buah kerajaan yang rasuah yang mempunyai agenda yang sama. Pemerintahan diktator tentera Amerika Selatan dan kerajaan monarki mutlak Timur Tengah serta aktiviti perisikan mereka menggunakan acuan sebegini untuk menaja peperangan selain memperkayakan ahli-ahi dalam pemerintahan oligarki mereka. Ia turut melibatkan kartel dadah antarabangsa dan dalam jenayah rompakan kewangan sadis semacam ini, trillion USD berjaya dilesapkan. Setiap pilihan yang keji akan digunakan bagi menjayakan muslihat jahat ini.

Namun begitu, kesemua pelaku-pelaku yang disebut diatas tidak mampu untuk merancang penyelewengan sebegitu rupa atau membolot harta negara tanpa adanya penglibatan aktif dan khusus oleh bank-bank global, firma akaun antarabangsa dan juga peguam yang mempunyai kepakaran dalam perjanjian merentasi sempadan menggunakan sumber syarikat-syarikat pelindung yang didaftarkan di syurga-syurga cukai.

Ini bukanlah sekadar putar belit ataupun cerita dongeng!

Misalnya sila google “financial fraud and manipulation of markets by global banks” (penipuan kewangan dan manipulasi pasaran oleh bank-bank global) dan anda semua akan mendapati penjelasan yang lengkap. Nama-nama besar seperti Goldman Sachs, HSBC, Deutsche Bank, JP Morgan dan sebagainya akan tersenarai. Dan nama-nama ini yang digelar bank-bank besar global yang mempunyai reputasi. Tetapi, mereka semua adalah syarikat penjenayah! Penulis telah menjalankan kajian yang mendalam tentang semua jenis penipuan ini bahkan telah menulis sebuah buku tentang ini berjudul ‘The Shadow Money-Lenders’!

Penulis sanggup membayar 1 Juta USD kepada sesiapa yang dapat menunjukkan kepada penulis bahawa bank-bank besar global yang disebutkan tadi tidak terlibat dengan aktiviti jenayah seperti menjual produk kewangan yang penuh penipuan dan pengubahan wang haram dan juga manipulasi terang-terangan ke atas LIBOR (kadar faedah), matawang, komoditi, pasaran emas dan sebagainya. Tetapi, sekiranya sesiapa berani untuk menyahut cabaran dan gagal untuk membuktikan bahawa penulis silap maka dia harus membayar kepada penulis 250,000 USD. Andainya sesiapa merasakan cabaran ini berbaloi, maka sahutlah pertaruhan ini.

Manusia yang jujur seperti anda dan penulis tidak akan melakukan penipuan sebegini dan andainya berani memikirkannya sekalipun, ia pasti hampir kepada mustahil

sekiranya tiada akses kepada orang-orang yang menggunakan kuasa politik atau orang-orang disekeliling mereka. Kedua-dua pihak perompak dan penyangak dan juga bank-bank besar global bertanggungjawab ke atasnya! / It takes two to tango!


BAHAGIAN 2: BAGAIMANA 1MDB MELAKUKAN PENIPUAN ALA BANK BESAR GLOBAL

Sekarang, mari kita menelusuri semula Projek Usahasama 1MDB-PetroSaudi Ltd. Keseluruhan penipuan ini telah dilaksanakan oleh Jho Low dan “rakan kongsi Malaysia” beliau dalam 1MDB dan rakan kongsi Arab dalam kumpulan syarikat PetroSaudi diketuai oleh “Ketua Penyangak Arab”, Tarek Obaid, dengan pengetahuan dan kelulusan yang diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan.

LANGKAH 1: Pada 18 September, 2009 sebuah Syarikat Usahasama bernama 1MDB-PetroSaudi Ltd, telah secara rasmi ditubuh-daftarkan di Pulau British Virgin oleh Sindiket Jenayah Jho Low & 1MDB. Malah penubuhan syarikat ini dibuat sebelum perjanjian dan persetujuan Usahasama ditandatangani oleh 1MDB.

Usahasama adalah sah dan diperakukan dari segi undang-undang dan transaksi perniagaan sekiranya kedua rakan kongsi tersebut mahu berurusan bersama. Namun begitu, apa yang memeranjatkan dalam kes ini, Usahasama ini telah ditubuh-daftarkan di lokasi syurga cukai, iaitu Pulau British Virgin. Tidak semua perniagaan yang didaftarkan di sini merupakan syarikat bersangkut paut jenayah tetapi semua syarikat tersebut cuba untuk mengelak dari membayar cukai dan bertujuan memastikan selamat dari pemantauan agensi-agensi kerajaan yang dengan bertanggungjawab melihat secara lebih mendalam syarat dan perlaksanaan amalan syarikat-syarikat tersebut.

LANGKAH 2: Pada 25 September, 2009, satu pinjaman telah diberikan oleh sebuah syarikat bergelar PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd, berjumlah 700 Juta USD kepada Syarikat Usahasama 1MDB-PetroSaudi Ltd. Pinjaman ini dinyatakan dibuat untuk Syarikat Usahasama bagi memperolehi keseluruhan modal berbayar sebuah syarikat bernama PetroSaudi International Ltd (didaftarkan di Pulau Cayman) yang telah didakwa memiliki aset minyak dan gas. Walhal pada masa yang sama, tidak terdapat pun sebarang asset oleh syarikat ini, PetroSaudi International Ltd ataupun mana-mana syarikat PetroSaudi yang lain. Hakikatnya modal berbayar syarikat ini hanyalah sejumlah 1 USD. Gila! Sebuah syarikat yang bernilai hanya 1 Dollar Amerika! Sememangnya suatu yang gila meminjam 700 Juta USD untuk membeli sebuah syarikat bernilai hanya 1 USD! Kesemua ini dilakukan sebelum perjanjian Usahasama dimeterai. Namun, pinjaman tersebut merupakan pinjaman palsu atau rekaan semata-mata.

Memberikan pinjaman merupakan satu bentuk perniagaan yang sah, bagaimanapun dalam kes ini, pinjaman tersebut diada-adakan untuk melindungi satu transaksi yang tidak wujud, contohnya tentang Syarikat PetroSaudi International Ltd (Cayman) mempunyai aset dan mahu menjual aset tersebut kepada Syarikat Usahasamanya. Fakta bahawa aset tersebut tidak wujud tidak pernah dipersoalkan oleh pihak pengurusan 1MDB begitu juga Lembaga Pengarah 1MDB yang boleh menunjukkan bahawa sebahagian pengurusan 1MDB menyedari penipuan tersebut iaitu tentang ketiadaan aset seperti yang didakwa. Terdapat laporan penilaian tentang aset-aset tersebut namun tiada sebarang petunjuk atau bukti bahawa PetroSaudi International Ltd memiliki aset-aset itu.

Sebagai contoh, apakah tujuan memperolehi nilai sesuatu hartanah sekiranya anda tidak mengenali tuan sebenar tanah tersebut sama seperti yang ditunjukkan pada geran dan pada pendaftaran di Pejabat Tanah? Adakah anda sanggup membeli hartanah dari seorang Arab sekiranya anda tidak memeriksa terlebih dahulu adakah orang Arab tersebut adalah tuan yang berdaftar secara sah? Hanya seorang yang bodoh yang akan membeli hartanah tanpa pemeriksaan rapi. Tetapi inilah perkara yang dilakukan oleh pengurusan 1MDB. Dan ini juga telah diluluskan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Persoalannya, mengapakah Perdana Menteri meluluskan transaksi yang sebegitu?


LANGKAH 3: Pada 28 September, 2009, persetujuan Usahasama telah ditandatangani antara 1MDB dan PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd. 1MDB telah diwajibkan membayar 1 Billion USD untuk menjana 1 Billion saham dalam Syarikat Usahasama ini. Penyangak Arab yang keji itu sepatutnya menyuntik apa yang digelar aset bernilai kira-kira 2.5 Billion USD untuk mendapat 2.5 Billion saham kerana mereka mahukan pemilikan majoriti.

Disebabkan ketiadaan aset berjumlah 2.5 Billion USD telah disuntik ke dalam Syarikat Usahasama, 1MDB-PetroSaudi Ltd, penyangak Arab tersebut bersama dengan Jho Low dan rakan-rakannya akan mendapat 2.5 Billion saham secara percuma. Walaubagaimanapun, 1MDB tetap perlu membayar 1 Billion USD secara tunai sebagai saham palsu dalam syarikat yang tidak mempunyai aset.

Inilah cara bagaimana si perompak dan penyangak dalam 1MDB bersama rakan kongsi Arab mereka menggunakan undang-undang dan pelindungan untuk membawa keluar dari Malaysia wang 1 Billion USD berdasarkan alasan palsu satu pelaburan luar negara melalui sebuah Syarikat Usahasama.

LANGKAH 4: Dengan tiba-tiba, pada 29 September, 2009, sebuah Syarikat Usahasama telah diminta untuk menyelesaikan hutang yang disebutkan hanya selepas 4 hari diluluskan. Ia bukanlah sesuatu yang pelik bahawa tiada siapa yang bertanya, mengapakah sebuah pinjaman yang diberikan pada 25 September, 2009 harus dibayar secara serta-merta. Mengikut perjanjian Usahasama, pinjaman tersebut mestilah dibayar pada atau sebelum 30 September 2009.

Oleh itu, tanpa penglibatan dan pengetahuan langsung pada semua peringkat pengurusan 1MDB dan juga Kementerian Kewangan, pinjaman yang direka yang bernilai 700 Juta USD tersebut tidak mungkin boleh dibayar. Sekiranya pihak pengurusan 1MDB memeriksa tentang kewujudan asset yang dimilik oleh PetroSaudi International Ltd, sudah pasti mereka akan mengetahui perihal sebenar bahawa ia merupakan penipuan dan tiada sebarang aset bagi syarikat tersebut. Bagaimanapun mereka tidak memeriksa kerana mereka adalah sebahagian dari rancangan penipuan untuk menipu Malaysia dan semua ini telah dilakukan dibawah pengetahuan dan kelulusan Perdana Menteri.

BAHAGIAN 3: Sambungan BAGAIMANA 1MDB MELAKUKAN PENIPUAN ALA BANK BESAR GLOBAL

LANGKAH 5: 1MDB telah membayar semula pinjaman kira-kira 700 Juta USD pada 30 September 2009. Wang tersebut tidak dibayar secara terus kepada akaun bank Syarikat Usahasama tetapi telah diarahkan oleh penyangak dan perompak Arab kepada bank Amerika Syarikat, JP Morgan Chase yang mana akhirnya 700 Juta USD tersebut dibayar ke RBS Coutts di Zurich atas nama akaun Good Star Ltd, sebuah syarikat yang dikawal oleh Jho Low dan rakanrakannya.

Mengikut prosedur biasa dan betul, sekiranya Syarikat Usahasama benar-benar meminjam wang 700 Juta USD tersebut untuk membeli aset, wang tersebut (700 Juta USD) hendaklah dibayar terus ke dalam akaun bank Syarikat Usahasama bagi menunjukkan bahawa 1MDB sudahpun membayar untuk sebahagian dari saham 1 Billion. 1MDB sepatutnya membayar 1 Billion USD untuk saham bernilai 1 Billion. Setelah itu, Syarikat Usahasama boleh menunjukkan bahawa mereka telah menggunakan sebahagian modal perkongsian (wang) bagi menjelaskan hutang-hutang tertunggak. Sebaliknya ia telah dibayar terus ke syarikat yang tidak mempunyai kaitan dengan Syarikat Usahasama. Bayaran ini telah disalurkan ke syarikat yang dikawal oleh Jho Low dan rakan-rakannya.

Oleh yang demikian, kita dapat melihat dengan jelas sekarang bagaimana sejumlah wang bersih dari Malaysia telah disonglap untuk tujuan pelaburan sebagai pelindung cerita tetapi berakhir dalam akaun Jho Low & Sindiket Jenayah 1MDB. Baki dari jumlah 1 Billion USD, iaitu 300 Juta USD telah dibayar ke dalam Syarikat Usahasama untuk membiayai perbelanjaan Syarikat Usahasama dan lain-lain. Sekali lagi, hal ini tidak disemak dengan betul dan tidak dimasukkan ke dalam kira-kira Syarikat. Sebahagian dari jumlah 300 Juta USD ini telah dibahagikan kepada sesama ahli Sindiket Jenayah tersebut.

LANGKAH 6: Para penyangak Arab tersebut tidak menyalurkan aset 2.5 Billion USD kerana mereka sebenarnya bukanlah tuan kepada aset-aset tersebut. Ini merupakan satu penipuan besar. Keseluruhan Usahasama merupakan kegiatan penipuan untuk memastikan 1 Billion USD keluar dari Malaysia bagi memenuhi agenda tersembunyi.

Oleh itu keseluruhan 1 Billion USD telah disonglap keluar dari Malaysia bagi tujuan perniagaan yang sah tetapi kemudiannya wang tersebut lesap untuk tujuan yang tidak sah. Langkah 1 hingga 6 menggambarkan betapa acuan dan kaedah penipuan telah dipraktikkan oleh para penipu antarabangsa yang sofistikated! Pengurusan 1MDB turut menjadi sebahagian dari skema penipuan. Manakala Perdana Menteri pula meluluskan semua transaksi.

Sejak hari pertama idea penubuhan 1MDB hingga ke peringkat perlaksanaan, objektif keseluruhan perlaksanaannya adalah jenayah. 1MDB adalah sebuah syarikat jenayah untuk melesapkan 1 Billion USD dari Malaysia.

LANGKAH 7: Perjanjian Usahasama telah ditamatkan pada Mac 2010, hanya 6 bulan selepas 1 Billion USD dibayar sepenuh oleh 1MDB. Apakah namanya Usahasama sebegini? Pernahkah anda mendengar Usahasama yang diluluskan oleh Perdana Menteri Malaysia (contohnya 5 Perdana Menteri sebelum ini) dan kemudian ditamatkan dalam tempoh 6 bulan gara-gara rakan kongsi Usahasama tidak mempunyai aset bernilai 2.5 Billion USD untuk dimasukkan ke dalam Syarikat Usahasama?

PM Najib merupakan Perdana Menteri pertama yang melakukan perjanjian seperti ini. Mengapakah ini boleh berlaku?

Apabila semua wang telah dilesapkan oleh penyangak, perniagaan yang sah ditutup bagi mengelakkan dari dikesan segala perkara yang menyalahi undang-undang dan juga kesankesan wang tersebut.

LANGKAH 8: Para penyangak kemudiannya membuat transaksi kewangan sah yang lain bagi menutup transaksi sebelumnya. Di dalam kes Usahasama 1MDB-Petrosaudi, mereka menggunakan pelindungan menggunakan Pinjaman Kewangan Islam yang dipanggil Murabahah Facility bernilai 2.5 Billion USD (meliputi dua kelompok, yang pertama 1 Billion USD dan yang kedua, 1.5 Billion USD) yang mana 1.83 Billion USD telah disonglapkan pula sebagai pelindungan untuk menyembunyikan penipuan terdahulu bernilai 1 Billion USD.

Setelah menipu 1 Billion USD sebelumnya, 1MDB bersetuju untuk meluluskan pinjaman melalui ‘Murabahah’ kepada para penyangak Arab yang didakwa mahu membayar semula 1 Billion USD dan tambahan 1.5 Billion USD bagi tujuan “pelaburan” yang lain-lain dimana dari jumlah tersebut 830 Juta USD telah dikeluarkan.

Oleh itu, jumlah keseluruhan wang yang disonglap adalah 1.83 Billion USD.

Atas logik apakah yang membenarkan sebuah syarikat dikawal oleh Perdana Menteri yang membayar 1 Billion USD kepada syarikat yang tidak mempunyai aset dan kemudian meminjamkan pula 1.5 Billion USD (Keseluruhan 2.5 Billion USD) melainkan bagi menutup penipuan seperti yang dijelaskan di atas? Pihak Murabahah Financial Facility menggantikan Usahasama tersebut. Sungguh penuh dengan skandal!

BAHAGIAN 4: PEROLEHAN KEUNTUNGAN PENYANGAK-PENYANGAK PENIPUAN 1MDB

Kita tidak perlu menganalisis bahagian kedua penipuan ini kerana tidak ramai dari kalangan kita yang memahami perbankan Islam tetapi perkara-perkara diatas sudah memadai bagi tujuan penulisan untuk mendedahkan kepada anda semua perkara yang harus difahami sebagai bahagian pertama penipuan dalam Pelan Induk Sindiket Jenayah Jho Low & 1MDB – iaitu bagaimana para penyangak dan perompak ini bertindak atas pengetahuan dan kelulusan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan melesapkan wang 1 Billion USD dari Malaysia sejak transaksi pertama 1MDB lagi.

Mustahak untuk kita fahami tentang acuan atau kaedah dari jenayah ini supaya kita tidak ditipu oleh pasukan propaganda Perdana Menteri dan para pembodek beliau kononya tiada wang yang hilang manakala Perdana Menteri serta Sindiket Jenayah Jho Low & 1MDB tidak bersalah dalam semua hal ini.

Mereka sebenarnya telah melakukan jenayah yang kejam dan sadis dengan merampok kewangan negara! Dan mereka sepatutnya dihantar ke penjara atas jenayah-jenayah yang mereka lakukan.

Bagaimana pula 1.83 Billion USD dikongsi sesama penyangak dan perompak?

Setakat yang kita ketahui!

1. TAREK OBAID ‘CHIEF ARAB CROOK’ – KETUA PENYANGAK ARAB

Daripada 1.83 Billion USD, Ketua Penyangak Arab ini telah dibayar mengikut jumlah dibawah pada tarikh berbeza;

USD 85 Million pada 5 Oktober 2009 “brokerage fees” – masuk ke dalam saku beliau;
USD 10 Million pada 28 Oktober 2009- masuk ke dalam saku beliau;
USD 5 Million pada 18 November 2009- masuk ke dalam saku beliau.
USD 68 Million pada 13 Januari 2010- saluran untuk penghantaran seterusnya;
USD 6 Million pada 4 Mac 2010- saluran untuk penghantaran seterusnya;
USD 5 Million pada 14 Mac 2010- masuk ke dalam saku beliau.
USD 50 Million pada 5 May 2010- saluran untuk penghantaran seterusnya;
USD 5.5 Million pada 9 Ogos 2010- saluran untuk penghantaran seterusnya;
USD 25 Million pada 13 September 2010 -saluran untuk penghantaran seterusnya; dan
USD 300 Million pada 16 September 2010-saluran untuk penghantaran seterusnya.

Jumlah keseluruhan- 559.5 Juta USD. Walaubagaimanapun, 105 Juta USD telah masuk secara spesifik ke dalam saku Ketua Penyangak Arab. Bakinya telah digunakan untuk melaksanakan skema-skema rakan jenayah mereka, Jho Low, yang lebih dahsyat.

2. PUTERA TURKI

77 Juta USD pada tarikh yang berbeza-beza dalam jumlah yang berbeza telah masuk ke dalam saku beliau.

Putera Turki Bin Abdullah Al Saud (dilahirkan pada 21 Oktober 1971) adalah ahli Keluarga Saud dan anak ke tujuh almarhum King Abdullah, pemerintah Arab Saudi pada sebelum ini. Beliau kemudian berkhidmat sebagai timbalan gabenor provinsi Riyadh sejak dari 14 May 2014 sehingga 29 Januari 2015.

Mengapakah beliau dibayar 77 Juta USD?

3. PATRICK MAHONEY

33 Juta USD pada 20 Oktober, 2009 telah masuk ke dalam sakunya sendiri. Mengapakah beliau dibayar sejumlah wang ini?

4. JHO LOW

Baki dari 1.83 Billion USD berjumlah kira-kira 1.160 Billion USD telah masuk ke dalam dua syarikat dikawal oleh Jho Low dan rakan-rakannya, yang bernama Good Star Ltd (Seychelles) dan Abu Dhabi Kuwait Malaysia Investment Corporation (British Virgin Islands) yang mana pada ketika itu terbabit dalam pelbagai bentuk pelaburan di Malaysia dan luar negara di bawah pelbagai syarikat untuk dirinya sendiri dan akhirnya untuk Tuan kepada segala jenayah. Sebahagian daripada jumlah baki telah dikeluarkan melalui Syarikat Usahasama 1MDB-PetroSaudi Ltd, walaupun Usahasama ini telah ditamatkan. 830 Juta USD melalui Murabahah Islamic Facility telah diagihkan melalui saluran korporat yang ada.

Perdana Menteri wajib menjelaskan kepada seluruh negara tentang keterlibatan beliau dalam skandal yang jijik ini! Penjelasan di atas adalah ringkasan tentang bagaimana jenayah ini telah dimulakan sejak dari awal agar perspektif yang lebih makro dapat digarap dalam merungkai keseluruhan penipuan yang terjadi.

Jumlah keseluruhan wang 1.83 Billion USD telah tercemar apabila ia digunakan untuk tujuan selain daripada yang diluluskan oleh Bank Negara. Apabila ia dikeluarkan dan diagihkan melalui pelbagai jaringan hasil dari bentuk-bentuk saluran (melalui individu dan juga syarikat), dalam erti kata mudah ia adalah pengubahan wang haram dan sebarang keuntungan atau faedah yang diperoleh dari aktiviti pengubahan ini adalah turut sama tercemar.

Perdana Menteri dengan kuasa membenar dan meluluskan semua transaksi berkaitan dengan Syarikat Usahasama 1MDB-PetroSaudi dan kemudiannnya, Murabahah Financing telah terlibat dalam pengubahan wang haram.

Jenayah ini adalah lebih serius jika dibandingkan dengan resit RM2.6 Billion yang didakwa didermakan ke dalam akaun peribadi beliau.


Perdana Menteri telah menjatuhkan maruah bukan sahaja Pejabat Perdana Menteri bahkan Negara Malaysia sendiri.



BERITA DALAM NEGARA

Sayang sungguh Najib pada Jho Low, sehingga sanggup beliau buang Gani Patail


Rahim TambyChik added a post from August 12 to his timeline.


Bila 2 akaun bank Jho Low dibekukan di Singapura, langkah seterusnya ialah Republik ini akan mendakwa Jho Low atas kesalahan "money laundering".

Saya sempat temui Tan Sri Gani Patail sebelum beliau diberhentikan di pejabatnya & bertanya bagaimana nak siasat dan cara huraikan masalah 1MDB.


TS Gani beritahu hanya satu cara saja untuk tahu semuanya berkaitan 1MDB iaitu dengan bawa pulang Jho Low ke Malaysia dan diinterogasi secukupnya.

TS Gani juga beritahu saya sebagai anak Malaysia yang patriotik, beliau akan pastikan Jho Low dibawa balik walaupun terpaksa cara warrant of arrest.

Mendengar determinasi yang jitu dari seorang Peguam Negara, saya terus bangun & bersalam dengan beliau lalu menyatakan" Syabas..Allah bless you".

Tak lama salepas itu saya terpegun bila tersiar berita Peguam Negara diberhentikan. Hasrat untuk berbakti kepada negara dan rakyat turut tersadai.

Tidak hairanlah dalang raksaksa ini Jho Low hilang tak dapat dikesan apabila PAC arahkan beliau datang ke Parlimen untuk disoal selidik.

Rakyat khuatir apa pun badan siasatan yang telah dan akan ditubuhkan tanpa bawa pulang Jho Low " The Dirtiest Mastermind" segala usaha akan sia-sia!

Tuesday, August 4, 2015

APA YANG BERLAKU ada kita kisah?


Jho Low tidak didakwa?
Atau dia sememangngnya tidak akan didakwa?
Sebaliknya siapa yang bertanya mengenai mamat
 ini akan dianggap sebagai musuh negara.

Malaysia semakin terkenal di seluruh dunia. Dimana2 sahaja masyarakat dunia memberi tumpuan kesah PM kita yang hebat dan semakin terkenal - Datok Sri Jibby.

2 KISAH BESAR

1. 1MDB

2. Derma 2 billion

2 kisah besar ini nampaknya semakin panas. Berpusing2 ligat macam gasing. Bila didesak PM segera arahkan Audit Negara, SPRM dan PAC siasat. Tup tup menteri kabinet yang tak berapa nak faham kesah 1MDB dan betanya beberapa soalan telah dipecat atas alasan rombakan kebinet.

akhbar Utusan Melayu Singapura



KISAH AKAUN PM DAN PENYOKONGNYA
MatRodi

Penyokong 1MDB dan PM mula-mula kata mustahil wang sebanyak USD700 juta boleh masuk ke akaun peribadi tanpa dikesan oleh Bank Negara.


Lepas itu kata takkanlah bodoh sangat PM nak songlap duit dengan guna akaun sendiri di dalam negara.

Bila kena kritik, penyokong ini jawab kita tunggulah hasil siasatan pihak berkuasa.

Semalam pihak berkuasa sahkan wang sebanyak USD700 juta memang masuk ke akaun PM kesayangan mereka.

Maka skrip baru diguna pakai iaitu tak salah untuk Presiden parti terima wang derma kerana beliau adalah pemegang amanah.

Tetapi semalam juga bekas Presiden UMNO berkata sepanjang 22 tahun beliau memimpin UMNO, wang derma tidak masuk ke akaun peribadi pemegang amanah.

Jadinya.....

Hari ini skrip mereka adalah- PM kesayangan mereka terpaksa pegang duit derma sebanyak itu di dalam akaun sendiri kerana tak percaya pemegang amanah atau mana-mana 'proksi' harta UMNO.

Tidak mustahil esok lusa golongan IM4U ini akan berkata wang tersebut digunakan untuk bayar BR1M atau turunkan tarif elektrik.

Sesungguhnya mereka ini ibarat gerombolan agas-agas yang bergelumang dalam penipuan, ketuanya berjerebu dengan skandal, kemarau dengan idea, bergentayangan ke hulu ke hilir menabur dusta dan nista.

https://www.facebook.com/matrodi.my/posts/409446472596592?fref=nf


HIKAYAT PENYOKONG 1MDB




HIKAYAT PENYOKONG 1MDB

Adapun hikayat ini terlalu amat lanjut. Jika dihikayatkan lagi, jemu orang yang membacanya. Maka asalnya disimpankan juga, kerana hikayat yang amat lanjut itu tiada gemar bagi orang yang berakal adanya.

Syahadan maka setelah melihat kesungguhan akan sekumpulan penyokong, yang siangnya berkata, malamnya bertinta akan sebuah syarikat pelaburan strategik bernama 1MDB, hikayat ini diriwayatkan kembali.

Disebutlah akan penyokong ini yang begitu hebat dalam menangkis sebarang tohmahan ke mana wang pinjaman RM42,000,000,000 telah pergi.

Menurut hikayat dari komen ke komen, apabila diasak dan didesak dengan timbunan soalan, diberikanlah jawapan bahawa ‘tunggulah laporan audit dan PAC dahulu’.

Disebutlah juga bahawa butiran perbelanjaan tidak boleh didedahkan kerana terikat dengan perjanjian kewangan.

Kendatipun begitu, sang Menteri Kewangan 2 serta Presiden 1MDB tidaklah perlu menunggu laporan siasatan atau disekat dengan sebarang perjanjian rahsia.

Arakian maka diadakan sesi soal jawab di TV dan ringkasan perbelanjaan disebarkan ke pelusuk media.

Amatlah kasihan melihat akan nasib penyokong-penyokong ini. Tuan sendiri telah ingkar hatta tidak menurut apa yang telah dikarut.

Adapun hikayat penyokong 1MDB ini terlalu jauh lanjutnya, tidak bernoktah setakat itu.

Kerana kebijaksanaan akal sang penyokong 1MDB, dikatakanlah akan perkara yang tidak terjangkau dek akal fikiran orang kebanyakan.

Setelah itu maka segera dikeluarkan cerita sesungguhnya rakyat jelata beruntung membayar bil elektrik murah. Dikisahkan bahawa bayaran elektrik hanya berjaya dikurangkan hasil pembelian IPP oleh 1MDB.

Syahadan apabila didengar oleh orang ramai akan hal-ehwal itu, bertambah hairanlah mereka dan lalu bertanya- tidakkah keuntungan pemilik-pemilik IPP sudah semakin berkurangan lamanya sebelum kewujudan 1MDB?

Tidakkah sebermula rundingan perjanjian IPP telah lama dilakukan sebelum tarikh 2012 yakni tahun 1MDB menjadi IPP?

Adapun dilondehkan pembohongan akan kisah elektrik ini, si penyokong 1MDB seraya berkata ‘1MDB ini baktinya pada masyarakat tidak kurang Lima Ratus juta ringgit’.

Gegak gempitalah sekalian negara terdengar hal tersebut. Apakah mungkin belanja menaja 2,300 jemaah haji, menukar tayar 67,740 teksi dan memberi 314 pelajar cermin mata adalah separuh belanja urus negeri Johor?

Hatta adanya syarikat gergasi seperti Maybank dan CIMB pun hanyalah melakukan kerja-kerja bakti tidak lebih RM22.7 juta dan RM11.1 juta setahun.

Wujudnya kisah kebaikan 1MDB ini, ianya hanya diketahui melalui hebahan sang penyokong. Tidak terlihat walau sekali pun akan kisah ini dihebah hebohkan oleh pihak pengurusan 1MDB. Tidak jua ia disebut oleh Tuan Presiden sendiri di dalam rumusan perbelanjaan.

Demikianlah betapa hebatnya sang penyokong 1MDB. Ilmunya melebihi pihak 1MDB sendiri. Cerdiknya tidak boleh diikut dan dungunya tidak boleh diajar.

Benarlah kata pujangga:

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.


Bisikkanlah kepada penyokong 1MDB akan petua orang tua-tua, bahawa kiambang adalah kiambang, biduk berlalu bertautlah ia.

Pesankanlah, jangan terlalu cepat menyokong kerana zaman berzaman, terlalu banyak musang yang berbulu ayam, yang banyak menyokong membawa rebah.

MatRodi






SKANDAL RM2.6 BILION
SPRM NAK KELENTONG RAKYAT?

Terkejut segala beruk, siamang dan babi montel di hutan bila SPRM menyatakan duit RM2.6 bilion dalam dua akaun pribadi Najib di Ambank Private itu hasil sumbangan derma dari para dermawan. Apakah SPRM sudah siasat dengan teliti siapakah para dermawan yang bermurah hati itu? Apakah SPRM sudah mengelidah dan menyiasat dua akaun itu dari Ambank Private? Apakah bukti-bukti tentang kemasukan wang dari berbagai dermawan itu diperolehi dari Ambank Private? Atau dari BNM yang monitor kemasukan wang yang terlalu banyak dalam akaun Najib yang boleh menimbulkan syak wasangka?

Apakah SPRM kaji dengan teliti fasal 117 M&A 1MDB itu yang memberi kuasa mutlak kepada Najib selaku PM merangkap menteri kewangan merangkap lagi sebagai pengerusi lembaga penasihat 1MDB dalam semua kegiatan dan urusan 1MDB?

Apakah SPRM tidak mensyakki kemasukan wang RM2.6 bilion sebagai luarbiasa memandangkan gaji PM tidak sampai pun RM500 ribu setahun? Apakah SPRM tidak mensyakki bahawa wang itu sebagai rasuah? Kalau SPRM boleh menyiasat dan mengheret pegawai2 kerajaan yang rasuah apakah kemasukan RM2.6 bilion dalam akaun Najib itu ditafsirkan sebagai hasil derma dari para dermawan?

Tak ada manusia yang tidak gila boleh menerima pendapat SPRM ini. Jangan memperbodohkan rakyat. Jangan cuba melindungi perbuatan mungkar sebagai sesuatu yang halal di mata rakyat dan Allah.

Akhbar WSJ telah mendedahkan USD681 juta datang dari syarikat Tanora Finance, sebuah syarikat dari British Virgin islands dan RM42 milion lagi datangnya dari syarikat SRC International Sdn Bhd yang dulunya menjadi anak syarikat 1MDB tetapi selepas tahun 2012 dimasukkan sebagai syarikat di bawah Kemneterian Kewangan. Wang dari kedua syarikat ini yang dikatakan masuk dalam dua akaun pribadi Najib di Ambank Private. Najib dalam kenyataan akhbarnya secara tidak langsung mengakui dia punya dua akaun di bank tersebut tetapi menafikan menggunakan wang itu untuk kepentingan dirinya.

Apakah SPRM dalam siasatannya tidak tahu sumber kemasukan wang itu? Juga buat-buat lupa atau tidak faham kenyataan Najib yang mengakui dua akaun itu kepunyaannya, dan dia kononnya tidak menggunakan wang itu untuk dirinya? Apakah SPRM sudah menyiasat dengan teliti siapakah yang mengendalikanTanora Finance dari British Virgin island itu? Apakah Djo Low? Bagaimanakah SPRM boleh membuat kesimpulan wang itu datangnya dari dermawan-dermawan untuk Najib walhal, menurut WSJ, wang itu datangnya dari dua sumber syarikat saja?.

Reputasi SPRM sebagai agensi yang memerangi rasuah dan penyelewengan sudah tercemar teruk. Kalau PM boleh memiliki RM2.6 bilion dalam dua akaun pribadinya dianggap bukan rasuah tetapi sumbangan "super ikhlas" dari para "dermawan" (mengikut WSJ dari dua sysrikat saja) maka tidaklah hairan mengapa rakyat mempertikaikan pasukan petugas khas "Empat Abdul" yang dipilih Najib!

Najib seperti singa tua yang luka terperangkap cuba mencari jalan untuk melepaskan siksaan batinnya akibat bala 1MDB ini. Falsafah politiknya "Tunai itu raja" akhirnya membawa duka nestapa dan kehilangan kuasa dan jawatan kelak. Maruahnya, hargadirinya dan keyakinan rakyat terhadapnya sudah pupus akibat tindakannya yang tdak bijaksana sebagai pemimpin parti dan kerajaan. Dia boleh memperalatkan siapa saja untuk menyelamatkannya dari kehilangan kuasa. Tapi dia tidak boleh menipu Allah Yang Maha Kuasa. Tali hayat politiknya tidak lama akan putus sebelum akhir tahun ini menurut berbagai pendapat para pemerhati politik. SPRM boleh kelentong tapi rakyat hanya berkata poooorrrraaaaahhhhhh!

Recent Posts

Entri di "King of the East"

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan