Thursday, August 13, 2015

PELAN INDUK SINDIKET JENAYAH JHO LOW & 1MDB




Berdasarkan Acuan Goldman Sachs & Bank-Bank Besar Global

Oleh Matthias Chang – Pengarang Future Fast-Forward (Dalam 4 Bahagian)

BAHAGIAN 1: PENGENALAN KAEDAH PENIPUAN MELALUI BANK BESAR GLOBAL

BAHAGIAN 2: BAGAIMANA 1MDB MELAKUKAN PENIPUAN ALA BANK BESAR GLOBAL

BAHAGIAN 3: BAGAIMANA 1MDB MELAKUKAN PENIPUAN ALA BANK BESAR GLOBAL

BAHAGIAN 4: PEROLEHAN KEUNTUNGAN PARA PENYANGAK PENIPUAN 1MDB



BAHAGIAN 1: PENGENALAN KAEDAH PENIPUAN MELALUI BANK-BANK BESAR

Semua perompak dan penyangak mempunyai kaedah atau pelan induk mengenai bagaimana untuk merompak sebuah bank atau memecah masuk ke dalam bilik kebal bank tempat simpanan wang tunai dan jongkong emas. Dalam mana-mana siasatan jenayah, pihak polis umumnya akan menganalisis bukti-bukti yang ditinggalkan bagi menentukan, sebagai contoh, bagaimana si perompak berjaya melepasi sistem keselamatan, cara mereka menembusi suatu yang disering dianggap sebagai bilik kebal yang tidak mampu dipecah masuk langsung dan kemudiannya berjaya mendapatkan jongkong emas serta wang tunai dan perancangan mereka untuk melarikan diri dan lain-lain.

Kes Sindiket Jenayah Jho Low & 1MDB turut mempunyai pelan induk – master-plan. Tetapi, disebabkan ahli-ahli Sindiket ini tidak cukup cerdik dan asli, mereka bertindak meminjam acuan - template rompakan kewangan yang telah digunakan pada masa lalu (contohnya, pelan induk) dari bank-bank besar global seperti Goldman Sachs, J.P. Morgan, Deutsche Bank, UBS dan sebagainya.

Acuan tersebut ternyata mudah. Penggunaan perundangan, instrumen dan saluran yang diterimapakai peringkat antarabangsa untuk secara haram menggerakkan sejumlah wang sekaligus dapat mengelakkan undang-undang antarabangsa berkenaan pengubahan wang haram.

Namun begitu, setakat ini belum pernah ada pelan induk yang kalis siasatan and tidak dapat dikesan. Sentiasa terdapat kelompongan dalam perisai gah pelan induk itu yang mana pada akhirnya mendedahkan perompak dan penyangak untuk dikesan dan didakwa. Kadang kala, mereka secara tidak sengaja meninggalkan petunjuk-petunjuk yang mendedahkan kepada perancangan paling rumit dalam pelan induk mereka.

Sebagai pembuktian kepada hujah-hujah diatas, marilah kita menganalisis transaksi pertama antara Usahasama 1MDB dengan para penyangak Arab tersebut.


Ini adalah acuan klasik dalam kerja-kerja menipu atau penyelewengan kewangan yang begitu cemerlang dan berkepentingan tinggi melibatkan pula sebuah kerajaan ataupun sebuah badan kawalan kerajaan. Apabila ia melibatkan sebuah kerajaan mahupun badan kawalan kerajaan, selalunya ia bertujuan untuk secara kewangan memusnahkan negara yang menjadi sasaran (kaedah yang digemari oleh diktator, kerajaan yang rasuah ataupun institusi kewangan) dan ini amatlah sukar untuk dibongkar atas sebab sumber-sumber yang ditugaskan untuk melindungi jenayah tersebut dilaksanakan melalui pelbagai agensi penguatkuasaan dengan menyalahgunakan kuasa yang mereka miliki. Bagaimanapun Tuhan Maha Pencipta Segala Perancangan mengatur dan menentukan sesuatu dengan cara yang tidak disangka-sangka oleh kita sebagai manusia.

Kadang-kadang, ia melibatkan kerjasama antara dua buah kerajaan yang rasuah yang mempunyai agenda yang sama. Pemerintahan diktator tentera Amerika Selatan dan kerajaan monarki mutlak Timur Tengah serta aktiviti perisikan mereka menggunakan acuan sebegini untuk menaja peperangan selain memperkayakan ahli-ahi dalam pemerintahan oligarki mereka. Ia turut melibatkan kartel dadah antarabangsa dan dalam jenayah rompakan kewangan sadis semacam ini, trillion USD berjaya dilesapkan. Setiap pilihan yang keji akan digunakan bagi menjayakan muslihat jahat ini.

Namun begitu, kesemua pelaku-pelaku yang disebut diatas tidak mampu untuk merancang penyelewengan sebegitu rupa atau membolot harta negara tanpa adanya penglibatan aktif dan khusus oleh bank-bank global, firma akaun antarabangsa dan juga peguam yang mempunyai kepakaran dalam perjanjian merentasi sempadan menggunakan sumber syarikat-syarikat pelindung yang didaftarkan di syurga-syurga cukai.

Ini bukanlah sekadar putar belit ataupun cerita dongeng!

Misalnya sila google “financial fraud and manipulation of markets by global banks” (penipuan kewangan dan manipulasi pasaran oleh bank-bank global) dan anda semua akan mendapati penjelasan yang lengkap. Nama-nama besar seperti Goldman Sachs, HSBC, Deutsche Bank, JP Morgan dan sebagainya akan tersenarai. Dan nama-nama ini yang digelar bank-bank besar global yang mempunyai reputasi. Tetapi, mereka semua adalah syarikat penjenayah! Penulis telah menjalankan kajian yang mendalam tentang semua jenis penipuan ini bahkan telah menulis sebuah buku tentang ini berjudul ‘The Shadow Money-Lenders’!

Penulis sanggup membayar 1 Juta USD kepada sesiapa yang dapat menunjukkan kepada penulis bahawa bank-bank besar global yang disebutkan tadi tidak terlibat dengan aktiviti jenayah seperti menjual produk kewangan yang penuh penipuan dan pengubahan wang haram dan juga manipulasi terang-terangan ke atas LIBOR (kadar faedah), matawang, komoditi, pasaran emas dan sebagainya. Tetapi, sekiranya sesiapa berani untuk menyahut cabaran dan gagal untuk membuktikan bahawa penulis silap maka dia harus membayar kepada penulis 250,000 USD. Andainya sesiapa merasakan cabaran ini berbaloi, maka sahutlah pertaruhan ini.

Manusia yang jujur seperti anda dan penulis tidak akan melakukan penipuan sebegini dan andainya berani memikirkannya sekalipun, ia pasti hampir kepada mustahil

sekiranya tiada akses kepada orang-orang yang menggunakan kuasa politik atau orang-orang disekeliling mereka. Kedua-dua pihak perompak dan penyangak dan juga bank-bank besar global bertanggungjawab ke atasnya! / It takes two to tango!


BAHAGIAN 2: BAGAIMANA 1MDB MELAKUKAN PENIPUAN ALA BANK BESAR GLOBAL

Sekarang, mari kita menelusuri semula Projek Usahasama 1MDB-PetroSaudi Ltd. Keseluruhan penipuan ini telah dilaksanakan oleh Jho Low dan “rakan kongsi Malaysia” beliau dalam 1MDB dan rakan kongsi Arab dalam kumpulan syarikat PetroSaudi diketuai oleh “Ketua Penyangak Arab”, Tarek Obaid, dengan pengetahuan dan kelulusan yang diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan.

LANGKAH 1: Pada 18 September, 2009 sebuah Syarikat Usahasama bernama 1MDB-PetroSaudi Ltd, telah secara rasmi ditubuh-daftarkan di Pulau British Virgin oleh Sindiket Jenayah Jho Low & 1MDB. Malah penubuhan syarikat ini dibuat sebelum perjanjian dan persetujuan Usahasama ditandatangani oleh 1MDB.

Usahasama adalah sah dan diperakukan dari segi undang-undang dan transaksi perniagaan sekiranya kedua rakan kongsi tersebut mahu berurusan bersama. Namun begitu, apa yang memeranjatkan dalam kes ini, Usahasama ini telah ditubuh-daftarkan di lokasi syurga cukai, iaitu Pulau British Virgin. Tidak semua perniagaan yang didaftarkan di sini merupakan syarikat bersangkut paut jenayah tetapi semua syarikat tersebut cuba untuk mengelak dari membayar cukai dan bertujuan memastikan selamat dari pemantauan agensi-agensi kerajaan yang dengan bertanggungjawab melihat secara lebih mendalam syarat dan perlaksanaan amalan syarikat-syarikat tersebut.

LANGKAH 2: Pada 25 September, 2009, satu pinjaman telah diberikan oleh sebuah syarikat bergelar PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd, berjumlah 700 Juta USD kepada Syarikat Usahasama 1MDB-PetroSaudi Ltd. Pinjaman ini dinyatakan dibuat untuk Syarikat Usahasama bagi memperolehi keseluruhan modal berbayar sebuah syarikat bernama PetroSaudi International Ltd (didaftarkan di Pulau Cayman) yang telah didakwa memiliki aset minyak dan gas. Walhal pada masa yang sama, tidak terdapat pun sebarang asset oleh syarikat ini, PetroSaudi International Ltd ataupun mana-mana syarikat PetroSaudi yang lain. Hakikatnya modal berbayar syarikat ini hanyalah sejumlah 1 USD. Gila! Sebuah syarikat yang bernilai hanya 1 Dollar Amerika! Sememangnya suatu yang gila meminjam 700 Juta USD untuk membeli sebuah syarikat bernilai hanya 1 USD! Kesemua ini dilakukan sebelum perjanjian Usahasama dimeterai. Namun, pinjaman tersebut merupakan pinjaman palsu atau rekaan semata-mata.

Memberikan pinjaman merupakan satu bentuk perniagaan yang sah, bagaimanapun dalam kes ini, pinjaman tersebut diada-adakan untuk melindungi satu transaksi yang tidak wujud, contohnya tentang Syarikat PetroSaudi International Ltd (Cayman) mempunyai aset dan mahu menjual aset tersebut kepada Syarikat Usahasamanya. Fakta bahawa aset tersebut tidak wujud tidak pernah dipersoalkan oleh pihak pengurusan 1MDB begitu juga Lembaga Pengarah 1MDB yang boleh menunjukkan bahawa sebahagian pengurusan 1MDB menyedari penipuan tersebut iaitu tentang ketiadaan aset seperti yang didakwa. Terdapat laporan penilaian tentang aset-aset tersebut namun tiada sebarang petunjuk atau bukti bahawa PetroSaudi International Ltd memiliki aset-aset itu.

Sebagai contoh, apakah tujuan memperolehi nilai sesuatu hartanah sekiranya anda tidak mengenali tuan sebenar tanah tersebut sama seperti yang ditunjukkan pada geran dan pada pendaftaran di Pejabat Tanah? Adakah anda sanggup membeli hartanah dari seorang Arab sekiranya anda tidak memeriksa terlebih dahulu adakah orang Arab tersebut adalah tuan yang berdaftar secara sah? Hanya seorang yang bodoh yang akan membeli hartanah tanpa pemeriksaan rapi. Tetapi inilah perkara yang dilakukan oleh pengurusan 1MDB. Dan ini juga telah diluluskan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Persoalannya, mengapakah Perdana Menteri meluluskan transaksi yang sebegitu?


LANGKAH 3: Pada 28 September, 2009, persetujuan Usahasama telah ditandatangani antara 1MDB dan PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd. 1MDB telah diwajibkan membayar 1 Billion USD untuk menjana 1 Billion saham dalam Syarikat Usahasama ini. Penyangak Arab yang keji itu sepatutnya menyuntik apa yang digelar aset bernilai kira-kira 2.5 Billion USD untuk mendapat 2.5 Billion saham kerana mereka mahukan pemilikan majoriti.

Disebabkan ketiadaan aset berjumlah 2.5 Billion USD telah disuntik ke dalam Syarikat Usahasama, 1MDB-PetroSaudi Ltd, penyangak Arab tersebut bersama dengan Jho Low dan rakan-rakannya akan mendapat 2.5 Billion saham secara percuma. Walaubagaimanapun, 1MDB tetap perlu membayar 1 Billion USD secara tunai sebagai saham palsu dalam syarikat yang tidak mempunyai aset.

Inilah cara bagaimana si perompak dan penyangak dalam 1MDB bersama rakan kongsi Arab mereka menggunakan undang-undang dan pelindungan untuk membawa keluar dari Malaysia wang 1 Billion USD berdasarkan alasan palsu satu pelaburan luar negara melalui sebuah Syarikat Usahasama.

LANGKAH 4: Dengan tiba-tiba, pada 29 September, 2009, sebuah Syarikat Usahasama telah diminta untuk menyelesaikan hutang yang disebutkan hanya selepas 4 hari diluluskan. Ia bukanlah sesuatu yang pelik bahawa tiada siapa yang bertanya, mengapakah sebuah pinjaman yang diberikan pada 25 September, 2009 harus dibayar secara serta-merta. Mengikut perjanjian Usahasama, pinjaman tersebut mestilah dibayar pada atau sebelum 30 September 2009.

Oleh itu, tanpa penglibatan dan pengetahuan langsung pada semua peringkat pengurusan 1MDB dan juga Kementerian Kewangan, pinjaman yang direka yang bernilai 700 Juta USD tersebut tidak mungkin boleh dibayar. Sekiranya pihak pengurusan 1MDB memeriksa tentang kewujudan asset yang dimilik oleh PetroSaudi International Ltd, sudah pasti mereka akan mengetahui perihal sebenar bahawa ia merupakan penipuan dan tiada sebarang aset bagi syarikat tersebut. Bagaimanapun mereka tidak memeriksa kerana mereka adalah sebahagian dari rancangan penipuan untuk menipu Malaysia dan semua ini telah dilakukan dibawah pengetahuan dan kelulusan Perdana Menteri.

BAHAGIAN 3: Sambungan BAGAIMANA 1MDB MELAKUKAN PENIPUAN ALA BANK BESAR GLOBAL

LANGKAH 5: 1MDB telah membayar semula pinjaman kira-kira 700 Juta USD pada 30 September 2009. Wang tersebut tidak dibayar secara terus kepada akaun bank Syarikat Usahasama tetapi telah diarahkan oleh penyangak dan perompak Arab kepada bank Amerika Syarikat, JP Morgan Chase yang mana akhirnya 700 Juta USD tersebut dibayar ke RBS Coutts di Zurich atas nama akaun Good Star Ltd, sebuah syarikat yang dikawal oleh Jho Low dan rakanrakannya.

Mengikut prosedur biasa dan betul, sekiranya Syarikat Usahasama benar-benar meminjam wang 700 Juta USD tersebut untuk membeli aset, wang tersebut (700 Juta USD) hendaklah dibayar terus ke dalam akaun bank Syarikat Usahasama bagi menunjukkan bahawa 1MDB sudahpun membayar untuk sebahagian dari saham 1 Billion. 1MDB sepatutnya membayar 1 Billion USD untuk saham bernilai 1 Billion. Setelah itu, Syarikat Usahasama boleh menunjukkan bahawa mereka telah menggunakan sebahagian modal perkongsian (wang) bagi menjelaskan hutang-hutang tertunggak. Sebaliknya ia telah dibayar terus ke syarikat yang tidak mempunyai kaitan dengan Syarikat Usahasama. Bayaran ini telah disalurkan ke syarikat yang dikawal oleh Jho Low dan rakan-rakannya.

Oleh yang demikian, kita dapat melihat dengan jelas sekarang bagaimana sejumlah wang bersih dari Malaysia telah disonglap untuk tujuan pelaburan sebagai pelindung cerita tetapi berakhir dalam akaun Jho Low & Sindiket Jenayah 1MDB. Baki dari jumlah 1 Billion USD, iaitu 300 Juta USD telah dibayar ke dalam Syarikat Usahasama untuk membiayai perbelanjaan Syarikat Usahasama dan lain-lain. Sekali lagi, hal ini tidak disemak dengan betul dan tidak dimasukkan ke dalam kira-kira Syarikat. Sebahagian dari jumlah 300 Juta USD ini telah dibahagikan kepada sesama ahli Sindiket Jenayah tersebut.

LANGKAH 6: Para penyangak Arab tersebut tidak menyalurkan aset 2.5 Billion USD kerana mereka sebenarnya bukanlah tuan kepada aset-aset tersebut. Ini merupakan satu penipuan besar. Keseluruhan Usahasama merupakan kegiatan penipuan untuk memastikan 1 Billion USD keluar dari Malaysia bagi memenuhi agenda tersembunyi.

Oleh itu keseluruhan 1 Billion USD telah disonglap keluar dari Malaysia bagi tujuan perniagaan yang sah tetapi kemudiannya wang tersebut lesap untuk tujuan yang tidak sah. Langkah 1 hingga 6 menggambarkan betapa acuan dan kaedah penipuan telah dipraktikkan oleh para penipu antarabangsa yang sofistikated! Pengurusan 1MDB turut menjadi sebahagian dari skema penipuan. Manakala Perdana Menteri pula meluluskan semua transaksi.

Sejak hari pertama idea penubuhan 1MDB hingga ke peringkat perlaksanaan, objektif keseluruhan perlaksanaannya adalah jenayah. 1MDB adalah sebuah syarikat jenayah untuk melesapkan 1 Billion USD dari Malaysia.

LANGKAH 7: Perjanjian Usahasama telah ditamatkan pada Mac 2010, hanya 6 bulan selepas 1 Billion USD dibayar sepenuh oleh 1MDB. Apakah namanya Usahasama sebegini? Pernahkah anda mendengar Usahasama yang diluluskan oleh Perdana Menteri Malaysia (contohnya 5 Perdana Menteri sebelum ini) dan kemudian ditamatkan dalam tempoh 6 bulan gara-gara rakan kongsi Usahasama tidak mempunyai aset bernilai 2.5 Billion USD untuk dimasukkan ke dalam Syarikat Usahasama?

PM Najib merupakan Perdana Menteri pertama yang melakukan perjanjian seperti ini. Mengapakah ini boleh berlaku?

Apabila semua wang telah dilesapkan oleh penyangak, perniagaan yang sah ditutup bagi mengelakkan dari dikesan segala perkara yang menyalahi undang-undang dan juga kesankesan wang tersebut.

LANGKAH 8: Para penyangak kemudiannya membuat transaksi kewangan sah yang lain bagi menutup transaksi sebelumnya. Di dalam kes Usahasama 1MDB-Petrosaudi, mereka menggunakan pelindungan menggunakan Pinjaman Kewangan Islam yang dipanggil Murabahah Facility bernilai 2.5 Billion USD (meliputi dua kelompok, yang pertama 1 Billion USD dan yang kedua, 1.5 Billion USD) yang mana 1.83 Billion USD telah disonglapkan pula sebagai pelindungan untuk menyembunyikan penipuan terdahulu bernilai 1 Billion USD.

Setelah menipu 1 Billion USD sebelumnya, 1MDB bersetuju untuk meluluskan pinjaman melalui ‘Murabahah’ kepada para penyangak Arab yang didakwa mahu membayar semula 1 Billion USD dan tambahan 1.5 Billion USD bagi tujuan “pelaburan” yang lain-lain dimana dari jumlah tersebut 830 Juta USD telah dikeluarkan.

Oleh itu, jumlah keseluruhan wang yang disonglap adalah 1.83 Billion USD.

Atas logik apakah yang membenarkan sebuah syarikat dikawal oleh Perdana Menteri yang membayar 1 Billion USD kepada syarikat yang tidak mempunyai aset dan kemudian meminjamkan pula 1.5 Billion USD (Keseluruhan 2.5 Billion USD) melainkan bagi menutup penipuan seperti yang dijelaskan di atas? Pihak Murabahah Financial Facility menggantikan Usahasama tersebut. Sungguh penuh dengan skandal!

BAHAGIAN 4: PEROLEHAN KEUNTUNGAN PENYANGAK-PENYANGAK PENIPUAN 1MDB

Kita tidak perlu menganalisis bahagian kedua penipuan ini kerana tidak ramai dari kalangan kita yang memahami perbankan Islam tetapi perkara-perkara diatas sudah memadai bagi tujuan penulisan untuk mendedahkan kepada anda semua perkara yang harus difahami sebagai bahagian pertama penipuan dalam Pelan Induk Sindiket Jenayah Jho Low & 1MDB – iaitu bagaimana para penyangak dan perompak ini bertindak atas pengetahuan dan kelulusan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan melesapkan wang 1 Billion USD dari Malaysia sejak transaksi pertama 1MDB lagi.

Mustahak untuk kita fahami tentang acuan atau kaedah dari jenayah ini supaya kita tidak ditipu oleh pasukan propaganda Perdana Menteri dan para pembodek beliau kononya tiada wang yang hilang manakala Perdana Menteri serta Sindiket Jenayah Jho Low & 1MDB tidak bersalah dalam semua hal ini.

Mereka sebenarnya telah melakukan jenayah yang kejam dan sadis dengan merampok kewangan negara! Dan mereka sepatutnya dihantar ke penjara atas jenayah-jenayah yang mereka lakukan.

Bagaimana pula 1.83 Billion USD dikongsi sesama penyangak dan perompak?

Setakat yang kita ketahui!

1. TAREK OBAID ‘CHIEF ARAB CROOK’ – KETUA PENYANGAK ARAB

Daripada 1.83 Billion USD, Ketua Penyangak Arab ini telah dibayar mengikut jumlah dibawah pada tarikh berbeza;

USD 85 Million pada 5 Oktober 2009 “brokerage fees” – masuk ke dalam saku beliau;
USD 10 Million pada 28 Oktober 2009- masuk ke dalam saku beliau;
USD 5 Million pada 18 November 2009- masuk ke dalam saku beliau.
USD 68 Million pada 13 Januari 2010- saluran untuk penghantaran seterusnya;
USD 6 Million pada 4 Mac 2010- saluran untuk penghantaran seterusnya;
USD 5 Million pada 14 Mac 2010- masuk ke dalam saku beliau.
USD 50 Million pada 5 May 2010- saluran untuk penghantaran seterusnya;
USD 5.5 Million pada 9 Ogos 2010- saluran untuk penghantaran seterusnya;
USD 25 Million pada 13 September 2010 -saluran untuk penghantaran seterusnya; dan
USD 300 Million pada 16 September 2010-saluran untuk penghantaran seterusnya.

Jumlah keseluruhan- 559.5 Juta USD. Walaubagaimanapun, 105 Juta USD telah masuk secara spesifik ke dalam saku Ketua Penyangak Arab. Bakinya telah digunakan untuk melaksanakan skema-skema rakan jenayah mereka, Jho Low, yang lebih dahsyat.

2. PUTERA TURKI

77 Juta USD pada tarikh yang berbeza-beza dalam jumlah yang berbeza telah masuk ke dalam saku beliau.

Putera Turki Bin Abdullah Al Saud (dilahirkan pada 21 Oktober 1971) adalah ahli Keluarga Saud dan anak ke tujuh almarhum King Abdullah, pemerintah Arab Saudi pada sebelum ini. Beliau kemudian berkhidmat sebagai timbalan gabenor provinsi Riyadh sejak dari 14 May 2014 sehingga 29 Januari 2015.

Mengapakah beliau dibayar 77 Juta USD?

3. PATRICK MAHONEY

33 Juta USD pada 20 Oktober, 2009 telah masuk ke dalam sakunya sendiri. Mengapakah beliau dibayar sejumlah wang ini?

4. JHO LOW

Baki dari 1.83 Billion USD berjumlah kira-kira 1.160 Billion USD telah masuk ke dalam dua syarikat dikawal oleh Jho Low dan rakan-rakannya, yang bernama Good Star Ltd (Seychelles) dan Abu Dhabi Kuwait Malaysia Investment Corporation (British Virgin Islands) yang mana pada ketika itu terbabit dalam pelbagai bentuk pelaburan di Malaysia dan luar negara di bawah pelbagai syarikat untuk dirinya sendiri dan akhirnya untuk Tuan kepada segala jenayah. Sebahagian daripada jumlah baki telah dikeluarkan melalui Syarikat Usahasama 1MDB-PetroSaudi Ltd, walaupun Usahasama ini telah ditamatkan. 830 Juta USD melalui Murabahah Islamic Facility telah diagihkan melalui saluran korporat yang ada.

Perdana Menteri wajib menjelaskan kepada seluruh negara tentang keterlibatan beliau dalam skandal yang jijik ini! Penjelasan di atas adalah ringkasan tentang bagaimana jenayah ini telah dimulakan sejak dari awal agar perspektif yang lebih makro dapat digarap dalam merungkai keseluruhan penipuan yang terjadi.

Jumlah keseluruhan wang 1.83 Billion USD telah tercemar apabila ia digunakan untuk tujuan selain daripada yang diluluskan oleh Bank Negara. Apabila ia dikeluarkan dan diagihkan melalui pelbagai jaringan hasil dari bentuk-bentuk saluran (melalui individu dan juga syarikat), dalam erti kata mudah ia adalah pengubahan wang haram dan sebarang keuntungan atau faedah yang diperoleh dari aktiviti pengubahan ini adalah turut sama tercemar.

Perdana Menteri dengan kuasa membenar dan meluluskan semua transaksi berkaitan dengan Syarikat Usahasama 1MDB-PetroSaudi dan kemudiannnya, Murabahah Financing telah terlibat dalam pengubahan wang haram.

Jenayah ini adalah lebih serius jika dibandingkan dengan resit RM2.6 Billion yang didakwa didermakan ke dalam akaun peribadi beliau.


Perdana Menteri telah menjatuhkan maruah bukan sahaja Pejabat Perdana Menteri bahkan Negara Malaysia sendiri.



BERITA DALAM NEGARA

Sayang sungguh Najib pada Jho Low, sehingga sanggup beliau buang Gani Patail


Rahim TambyChik added a post from August 12 to his timeline.


Bila 2 akaun bank Jho Low dibekukan di Singapura, langkah seterusnya ialah Republik ini akan mendakwa Jho Low atas kesalahan "money laundering".

Saya sempat temui Tan Sri Gani Patail sebelum beliau diberhentikan di pejabatnya & bertanya bagaimana nak siasat dan cara huraikan masalah 1MDB.


TS Gani beritahu hanya satu cara saja untuk tahu semuanya berkaitan 1MDB iaitu dengan bawa pulang Jho Low ke Malaysia dan diinterogasi secukupnya.

TS Gani juga beritahu saya sebagai anak Malaysia yang patriotik, beliau akan pastikan Jho Low dibawa balik walaupun terpaksa cara warrant of arrest.

Mendengar determinasi yang jitu dari seorang Peguam Negara, saya terus bangun & bersalam dengan beliau lalu menyatakan" Syabas..Allah bless you".

Tak lama salepas itu saya terpegun bila tersiar berita Peguam Negara diberhentikan. Hasrat untuk berbakti kepada negara dan rakyat turut tersadai.

Tidak hairanlah dalang raksaksa ini Jho Low hilang tak dapat dikesan apabila PAC arahkan beliau datang ke Parlimen untuk disoal selidik.

Rakyat khuatir apa pun badan siasatan yang telah dan akan ditubuhkan tanpa bawa pulang Jho Low " The Dirtiest Mastermind" segala usaha akan sia-sia!

18 comments:

megat panjialam said...

Lagi panjang lagi orang tak faham. Tak payah merapu meraban la

Anonymous said...

MERAPU KER? ATAU KO YG TAK FAHAM. isu ini memang rumit, itu sebab ia menjadi tidak faham, berbelit2. Walau apapun kita perhatikan bukti2 yang kita boleh faham, itu lagi bagus dari merungut hanya sebab kita tak faham. adios

Anonymous said...

Bagus lah tu. Tu yg hari ni negara arab datang segala macam bala. China meletup. Saudi diserang. Parlimen Pekan je masih dalam keadaan ok.
Tapi kalau dipikir pikir apa si gemok ni nak buat dgn duit banyak2 tu? Teman ingat dia beli balik tanah, rumah, shophouse yg ada kat Malaysia ni pakai duit tu. Cuci duit curik dgn melabur balik di sini. Pasal teman tgk rumah harga mahal macam mana pun mesti sold out. Sapa yg kaya sgt sangat beli rumah mcm beli sabun mandi ni?
Ada dgr citer ura2 diorang nak beli Penang. Ntah2 pakai duit camni lah kot. Hantar lagi pasukan penyiasat ttg perkara ni. Perang kominis belum tamat. Tanah melayu wajib dipertahankan. Pengkhianat tu tunggu masa je. Bakal jadi sejarah PM bugis pertama dilaknat hingga ke hari kiamat.
Kalau orang nak buat buku tulis pasal Dosa2 PM suami isteri takyah la guna penulis upahan. Collect je segala mcm sindiran, kutukan, puisi, pantun, gurindam, jenaka bergambar yg ada di blog, FB dan seluruh alam maya ni jilidkan. Silap2 boleh jadi ensiklopedia buat tatapan generasi akan datang.

Anonymous said...

sigemuk kesayangan kakmah. jangan cuba usik nanti kena penangan laki kakmah. kakmah terbaik, mana2 laki dia gi dia pasti membonceng kdg2 di bonceng laki dia.. hehe. mampos melayu dapat pm takoott bini. penyokong jibgor tolong citer siket pasal riza anak kakmah.. buat filem pakai duit mana????

Anonymous said...

Banyak makan duit haram ke????

Anonymous said...

Huhu SiGemuk kesayangan dsRM ke? Nilah punca masalah kalau nak tau.

MfR said...

Apabila duit yg seharusnya digunakan untuk pembangunan Negara disalah guna. Pembangunan Negara akan terjejas.

Andai Negara ni runtuh disebabkn skandal ni. Najib anda sbagai Perdana Menteri harus bertanggungjawab. Mati nanti kirimlah khabar gembira buat Tun Razak. Bahwa dibawah tangan andalah Malaysia jahanam.

Tataplah wajah2 kecil anak-anak kita,adik2 kita. Masih adakah harapan andai negara ini muflis seperti Greece. Dengan kemelesetan ekonomi yg bakal menjelma 2015-2017. Bunga2 kemelesetan ekonomi sudah terasa perit. Mampukah kita bertahan?

Anonymous said...

Kan dah jadi. Tengok camana Jho lo punya gang halau org melayu keluar kampung mutiara. Cuba halau cina kg baru kat perak yg dapat leasehold sampai 999 tahun tu? Melalak tak apek2 kat ipoh.

Anonymous said...

hahahaha ....
di tangan Gani lah Pulau Batu Putih jatuh ke tangan ......

Hmmm.... patutlah dibelanya warga "S" dalam pejabat AG dulu.

Gaji pulak ....wow .... belas2 riban ....

Anonymous said...

Bukan batu putih tu PakLah punya keje ke? Sama gak Malaysia as 2nd home. Dia gak punya projek. Senang pelabur china, taiwan, singapore beli property kat Jb, iskandar. Singapore dah buat platform minyak apa kat area batu putih. Tu yg sultan bising.

IBU TIJA said...

Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA

Theresa Theresa said...

Apakah Anda pikir untuk mendapatkan bantuan finansial, Apakah Anda serius yang memerlukan pinjaman langsung, di sana Anda berpikir untuk memulai Anda sendiri komersial, Anda berada di utang, ini adalah kesempatan Anda untuk Mencapai keinginan Anda Karena Kami menyediakan pinjaman pribadi, pinjaman komersial dan korporasi pinjaman, dan segala macam faedah pinjaman pada tingkat sebanyak 2%, kami menjamin semua pelanggan kami mengurus komersial transparan.
Untuk informasi lebih lanjut, silahkan hubungi kami sekarang melalui e-mail: Theresaloancompany@gmail.com

Isyarat peminjam:

Nama lengkap: _______________
Negara: __________________
Jenis Kelamin: ______________________
Umur: ______________________
Jumlah Pinjaman Diperlukan: _______
Periode pinjaman: ____________
Tujuan pinjaman: _____________
Nomor telepon Bimbit: ________

Theresaloancompany@gmail.com
Ibu Theresa

ibu mustika said...

Saya ingin menyampaikan kepada seluruh TKW yang bekerja di negeri orang saya ibu mustika seorang TKW DI HONGKONG pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan susah gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka internet mendapatkan nomor KI WARA katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi KI WARA dan minta angka ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negeri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi KI WARA di nomor (_082_322_214-888_) ini asli bukan rekayasa atau silahkan buktikan sendiri. KLIK BOCORAN TOGEL JITU DISINI

JUNAIDI said...

SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

Majid Vijah said...

Adakah anda memerlukan pinjaman peribadi?
Pinjaman tunai perniagaan?
Pinjaman tidak bercagar
Pinjaman yang cepat dan mudah?
Proses cepat permohonan?
Kelulusan dalam masa 24-72 jam?
Tiada pinjaman yuran tersembunyi?
Pembiayaan dalam kurang dari 1 minggu?
Mendapatkan tidak bercagar modal kerja?
Hubungi kami di:majidvijahlending@gmail.com

PERKHIDMATAN PINJAMAN YANG DISEDIAKAN TERMASUKLAH:
================================
* Komersil pinjaman.
* Pinjaman peribadi.
* Perniagaan pinjaman.
* Pelaburan pinjaman.
* Pembangunan pinjaman.
* Pengambilan pinjaman.
* Pembinaan pinjaman.
* Perniagaan pinjaman dan banyak lagi:

BORANG PERMOHONAN PINJAMAN:
=================
Nama penuh:...
Pinjaman amaun yang diperlukan:.
Tujuan pinjaman:...
Tempoh pinjaman:...
Jantina:...
Status perkahwinan:...
Lokasi:...
Alamat rumah:...
Bandar:...
Negara:...
Telefon:...
Bergerak / your:...
Pekerjaan:...
Pendapatan bulanan:...

Hubungi kami di:majidvijahlending@gmail.com

Majid Vijah said...

Do you need Personal Loan?
Business Cash Loan?
Unsecured Loan
Fast and Simple Loan?
Quick Application Process?
Approvals within 24-72 Hours?
No Hidden Fees Loan?
Funding in less than 1 Week?
Get unsecured working capital?
Contact Us At :majidvijahlending@gmail.com

LOAN SERVICES AVAILABLE INCLUDE:
================================
*Commercial Loans.
*Personal Loans.
*Business Loans.
*Investments Loans.
*Development Loans.
*Acquisition Loans .
*Construction loans.
*Business Loans And many More:

LOAN APPLICATION FORM:
=================
Full Name:................
Loan Amount Needed:.
Purpose of loan:.......
Loan Duration:..
Gender:.............
Marital status:....
Location:..........
Home Address:..
City:............
Country:......
Phone:..........
Mobile / Cell:....
Occupation:......
Monthly Income:....

Contact Us At :majidvijahlending@gmail.com

irawati dian said...

Nama saya Dian Irawati dari bandar usaha, indonesia. i mahu menggunakan media ini untuk memberi amaran kepada semua rakan-rakan saya dalam malaysia.Who akan di sekeliling untuk pinjaman, anda hanya perlu berhati-hati. satu-satunya tempat dan syarikat yang boleh menawarkan pinjaman adalah kewangan global syarikat pinjaman terhad. Saya mendapat pinjaman-Ku terhadap mereka melalui Puan Emiliana wilson, pemberi pinjaman global, seorang ibu yang memiliki hati dan pemahaman yang baik. dia adalah satu-satunya pemberi pinjaman sah di internet. Lain-lain adalah semua pendusta, saya menghabiskan hampir RM4350 di tangan pemberi pinjaman palsu. Tetapi Puan Emiliana memberikan saya mimpi saya kembali dengan jumlah pinjaman sebanyak RM62,000.

i dihubungi Mrs.Emiliana beberapa bulan yang lalu selepas pengalaman buruk saya dengan pemberi pinjaman palsu di phillippine, i hampir meninggal dunia ketika saya kehilangan jumlah wang yang besar untuk pemberi pinjaman palsu tanpa mendapat pinjaman daripada dia, perniagaan saya mendapat scrumbled dan dalam proses itu saya terpaksa penjualan beberapa aset saya.

supaya pada hari yang setia ini saya hanya akan melalui blog pinjaman dan saya mendapati satu iklan pinjaman mengenai Puan Emiliana yang telah menjadi bantuan yang baik kepada pelanggan lain, walaupun i thaught ia adalah satu penipuan, tetapi saya sumorned keberanian dan dihubungi Puan Emiliana dan memohon jumlah pinjaman RM62,000 dan selepas banyak pertimbangan dalam borang permohonan pinjaman saya diserahkan kepada Puan Emiliana, permintaan pinjaman saya telah diluluskan dan saya telah diminta oleh Puan Emiliana untuk mendapatkan sijil perjanjian pinjaman sebagai cagaran dan bukti bukti yang saya lakukan dan dalam kira-kira 2 jam, saya menerima amaran dari bank saya bahawa akaun bank saya telah dikreditkan dengan RM62,000, pada mulanya ia adalah seperti mimpi ketika saya mendapat berjaga-jaga, jadi saya terpaksa pergi ke bank saya untuk mengesahkan dan wang yang ada dalam akaun saya.

Jadi saya ingin menggunakan media ini untuk mengingatkan semua rakyat Malaysia bahawa Puan Emiliana adalah syarikat pinjaman yang tulen dan ibu yang baik kerana saya adalah seorang kesaksian hidup Puan Emiliana loan.so i nasihat faedah semua rakyat Malaysia yang memerlukan pinjaman untuk mendaftar dengan Puan Emiliana melalui email: emilianawilson111@gmail.com

sekali lagi nama saya Dian Irawati dari bandar usaha, di Indonesia, anda boleh juga menghubungi saya melalui e-mel: irawatidianna@gmail.com lebih infromation.

zalina dianto said...

KISAH KEJAYAAN
salamalakum, sila, saya mahu anda semua untuk berhati-hati dalam laman web ini adalah penuh dengan pemberi pinjaman palsu saya zalina Dianto, Indonesia telah menjadi mangsa penipuan di tangan pemiutang palsu, saya ditipu penipuan hampir Rp37,000 pada tahun ini saya semua kerana saya perlu Rp580, 000,000 yang besar, saya hampir mati, saya tidak mempunyai tempat untuk pergi, perniagaan saya hancur dalam proses saya kehilangan anak saya. i mearnt yang tennant yang memperkenalkan saya kepada ibu Aasimah Aadila, membantu saya mendapatkan pinjaman dalam syarikat itu, mereka memberi saya pinjaman sebanyak 1% kepada kos pendaftaran atau pemindahan yuran, ibu baik saya mahu menggunakan peluang untuk mengatakan terima kasih, jika anda memerlukan kenalan pinjaman, Aasimah Aadila melalui e-mel (aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com) e-mel di I (zalinadiato@gmail.com) boleh tuhan memberkati mereka

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

Recent Posts

Entri di "King of the East"

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan