Wednesday, May 13, 2015

Kenapa Rahsiakan.. Peristiwa Sebalik Tirai?


Anak Rosmah
Ada sesuatu yang cuba disembunyikan.
Anak tiri yang kaya secara tiba2 terkait
1MDB. Rosmah pula ikut terbeban. 

Oleh kerana ada “backup” sebesar kerajaan Malaysia, maka ramai yang sudi meminjam duit kepada 1MDB sebelum ini sehinggalah hutang ditimbunkan menjadi RM42 bilion.
Hutang membesar dengan penuh bergaya. Atas alasan apa Najib berjanji akan selesaikannya?

Apa yang jelas, ternampak halangan besar di hadapan.

Semakin lama semakin suram. Kerajaan Melayu Islam akan tumbang dalam masa terdekat (3tahun lagi)? Ini antara masalah dalaman kaum Melayu yang terus menerus mengelungsur ke dalam perangkap Cina Komunis (Bintang Tiga) Moden. Wayang diatur dengan kemas membawa Melayu ke arah masalah yang tidak akan ada penghujungnya.

Islam kah Najib, bila puluhan ribu juta wang negara jadi sandaran hutang? Mazhab mana jadi ikutannya? UMNO satu waktu dulu menjadi penyelamat bangsa dan agama kini menjadi beban yang merimaskan. PAS dan PKR asalnya adalah serpihan UMNO kini berperanan sebagai kudis2 tokak yang semakin besar kepada bangsa ini. Apa yang pasti mereka tidak akan berupaya menyembuhkan apa2 penyakit sebaliknya bertindak menjadi barah baru setiap masalah atau isu baru muncul dalam UMNO. UMNO bukan pasukan yang baik namun pasukan lain lebih buruk terutama apabila sanggup bersama musuh Islam Dogs and Pigs itu.

Mungkinkah isu semasa akan menjadi titik tolak sejarah kejatuhan bangsa ini dalam PRU nanti? Mungkinkah Melayu akan lenyap dalam sejarah akibat kegelojohan dan kebodohan pemimpinnya? Samaada yang pegang kuasa gagal menjaga amanah atau kumpulan berbajukan Islam tetapi berselimut dalam gebar Cina DAP. Kesemuanya jadi penyebab yang menghilangkan identiti negara Melayu Islam. 

Pemimpin bawahan (sebahagian dari mereka) diangkat oleh Najib, tentu sekali tidak akan melawan bossnya walaupun mereka tahu boss lakukan kesilapan. Mereka rela terus lakukan kerosakan demi keselamatan boss mereka. Mereka tidak akan peduli jika Melayu musnah atau Islam ranap, asalkan habuan mereka dipenuhi Najib. Baik Menteri atau pengerusi GLC terutama penjaga berita sensasi seperti akhbar dan TV1,2,3.

Najib akan memomokkan masalah kejatuhan UMNO/BN jika beliau ditentang berterusan. Padahal apa yang dia lakukan dengan 1MDB dan Cukai Baru cukup membebankan rakyat dan negara. Hal ini cuba disembunyikan dan rakyat dipaksa bercakap bahawa ia bukanlah masalah. Sesiapa yang berkata songsang akan dicop sebagai pembangkang. Rosmah tak boleh disentuh, anak tirinya tak boleh disentuh serta akawan2 Rosmah juga perlu disembunyikan. 

Rakyat amat ingin tahu "kenapa?" Malangnga Najib ambil sikap sebaliknya, tidak memberitahu kepada publik apa sebenarnya berlaku. Sekarang, memberi tentangan keras kepada sesiapa yang tidak menyokongnya. Jika ia berterusan dan Najib bertindak di luar kawalan, akan berlaku perkara yang tidak diingini. Semakin hari semakin kencang serangan keatas Najib oleh musuh2nya yang sekian lama diam membisu.

PM pecat saya kerana 1MDB cuba cagarkan hasil gas dan minyak Terengganu : Mantan MB

Benarkah kenyataan di atas? Kenyataan ini membuatkan pemikir upahan Najib meroyan sekejap dalam mencari alasan terbaik menangkisnya. Termasuk memburuk-burukkan Mantan MB tersebut.

Soal GST dan perkara semudah pre-paid pun gagal diselesaikan bagaimana hendak selesaikan hutang berpuluh ribu juta ringgit itu?

Jual negara kepada taikun Ananda Krishnan yang sememangnya dah kaya raya, akan bertambah kaya... Melayu akan ke mana?

Demi menjaga JhoLow dan Riza Aziz Malaysia terpaksa menelan air liur basi. 



IMDB ADALAH BARAH YANG PALING PARAH BUAT NEGARA DAN RAKYAT MALAYSIA.

Hutang 1MDB RM42 bilion perlu dibayar – sama ada Najib terus menjadi perdana menteri mahupun tidak – kerana yang menjamin hutang 1MDB ialah kerajaan bukannya Najib.

Najib selaku menteri kewangan dan juga penasihat 1MDB melalui satu jawapan bertulis 12 Mac 2015 mengaku yang “surat sokongan” yang dikeluarkan kerajaan kepada 1MDB Global Investment Ltd untuk membuat pinjaman berjumlah AS$3 bilion (RM9.6 bilion).

“1MDB Global Investment Limited perlu menggunakan dana dalaman syarikat termasuk kesemua asetnya terlebih dulu. Jika semua langkah tersebut diambil dan syarikat masih kekurangan dana untuk menyelesaikan pinjaman berkenaan, barulah surat sokongan kerajaan menjadi efektif,” kata Najib.

Apa maksudnya secara mudah? 1MDB perlu menjual aset-asetnya terlebih dahulu untuk bayar hutang. Jika tidak mampu membayarnya, maka kerajaan Malaysia (bukan Najib) perlu membayarnya.

Oleh kerana ada “backup” sebesar kerajaan Malaysia, maka ramai yang sudi meminjam duit kepada 1MDB sebelum ini sehinggalah hutang ditimbunkan menjadi RM42 bilion.

Untuk membayar hutang, 1MDB mencuba pelbagai cara. 1MDB pernah merancang IPO bagi mencari dana, tapi gagal. Bukan itu sahaja, 1MDB juga menerbitkan sukuk Bandar Malaysia bernilai RM2.4 bilion untuk mencari dana dan kini timbul ura-ura Lembaga Tabung Haji membeli RM1.6 bilion atau 66% sukuk tersebut berdasarkan dokumen yang diledakkan di blog mengenai pembelian tanah TRX.

Di Parlimen, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah juga mengaku Tanjong Public Limited Company milik Tan Sri Ananda Krishnan membantu 1MDB mencari RM2 bilion dana untuk membayar hutang.

Selain daripada sukuk, rancangan IPO yang gagal, meminta bantuan Tanjong, 1MDB perlu mencari pembeli untuk aset-asetnya untuk membayar bunga hutang.

Antara aset-aset bernilai yang ada di tanah TRX dan Lapangan Terbang Sungai Besi yang diperolehnya secara murah oleh kerajaan Malaysia. Namun, tugas mencari pembeli menjadi semakin susah bagi 1MDB apabila kerajaan sendiri mengarah agar audit forensik dijalankan terhadap akaunnya.

Namun, ia tetap dapat mencari pembeli seperti Tabung Haji, yang sanggup membeli sekeping tanah kecil daripada 1MDB pada harga yang hampir 43 kali (RM2,773 sekaki persegi) daripada nilai yang diperoleh 1MDB (RM64 kaki persegi) daripada kerajaan secara tunai.

Meskipun rakyat marah, 1MDB tetap tidak membatalkan penjualan itu kepada Tabung Haji. Penasihat 1MDB Najib meminta Tabung Haji menjual tanah itu kepada pihak lain. Dalam erti kata lain, carilah pihak ketiga (yang tidak mampu dicari 1MDB) untuk membeli tanah tersebut tetapi duit RM188 juta yang dibayar Tabung Haji kekal di tangan 1MDB.

Kontroversi TH-1MDB kini membentuk satu cabaran besar bagi 1MDB untuk menjual aset-asetnya bagi membayar hutang. Jika penjualan sekeping tanah 0.63 hektar boleh mencetus kontroversi sebegini rupa, siapa lagi yang akan berurusan dengan 1MDB selepas ini?

Bagaimana 1MDB akan mencari dana pula selepas ini? Antara aset lain yang boleh membantu 1MDB menjana duit ialah dua penjana kuasa bebas (IPP) yang dibelinya pada 2012 iaitu Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd daripada Ananda dan Mastika Lagenda Sdn Bhd daripada Genting Sanyen.

Akan tetapi, kedua-dua IPP ini dibeli pada harga yang jauh tinggi daripada harga pasaran.
Apakah tarif elektrik akan dinaikkan selepas ini kerana TNB terpaksa membeli sumber elektrik yang mahal daripada 1MDB demi membantu 1MDB menjana keuntungan?
Jika tidak, lubuk dan tabung mana 1MDB akan mencari dana seterusnya untuk membayar hutang? Apakah nasihat penasihat 1MDB?

Jika segala usahanya mencari dana gagal, maka 1MDB tidak dapat membayar hutangnya. Dengan itu, surat sokongan kerajaan akan berkuat kuasa dan kerajaan yang perlu menanggung beban hutang 1MDB.

Sesiapa yang menggantikan Najib akan juga berdepan dengan masalah 1MDB ini. 1MDB tidak boleh ditutup begitu sahaja. 1MDB sudah membesar menjadi masalah negara dan rakyatnya. Ia bukan sahaja setakat masalah yang berkait dengan Najib.

Ada sesiapa di Umno yang sanggup mengambil alih bom jangka jika Najib diturunkan buat masa ini? Jaga-jaga kerana kemoterapi pun tidak dapat membunuh kanser ini tanpa membunuh jasadnya. Kontroversi 1MDB-TH ini hanyalah isu kecil jika dibandingkan dengan isu 1MDB sebenarnya.


MAKLUMAT ASAS IMDB
Started in 2009
Address
Level 8, Menara IMC, No. 8, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia
Short Description
1MDB is a strategic development company leading market-driven initiative to help transform Malaysia into a thriving economy – one that is highly competitive, inclusive and sustainable.
Company Overview
The Government of Malaysia wholly owns 1MDB as a strategic enabler for new ideas and new sources of growth to propel economic transformation. 1MDB seeks to identify and unlock strategic value to fully unleash new growth potentials.
Long Description
1MDB has a unique concept in driving economic growth. It creates high-impact business opportunities to forge international partnerships through equal-capital joint ventures in game-changing projects. It leverages on the partners’ expertise to build capacity and translate their capital into foreign direct investment.
The company focuses on investments with strategic value and high multiplier effects on the economy, particularly in energy, real estate, tourism and agribusiness. Every investment undergoes a rigorous process of best global practices, supported by local and international experts as well as state-of-the-art infrastructure.
"Be bold and daring...to break new ground and do things differently" - Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Prime Minister of Malaysia, instructs the 1MDB team
Phone
+603-2730 8288


..


Jom kita baca  pula ulasan seorang Pengulas Muda yang tahu selok belok rumit kemelut 1MDB. Sukar untuk orang awam seperti kita memahami secara mendalam isu ini selain yang muncul dipermukaan. 

Tidak mustahil TDM sebenarnya amat faham apa yang berlaku tetapi buat2 tak faham untuk memberi ruang kepada Najib menjawabnya. Perlu diketahui TDM ada pakarnya sendiri yang mampu memberi maklumat terperinci kepadanya. (Harus diketahui semasa era pemerintahan TDM beliau banyak menaja budak2 ginius Melayu secara rahsia dan menjadikan mereka sebagai anak angkat.  Mereka akan dirai dan dikumpulkan dan yang terpilih dihantar ke luar negara untuk mendapat pendedahan. Balik mereka akan ditempatkan di satu2 lokasi strategik. Ada yang tak balik dan terus berkerja dengan agensi USA seperti NASA dan sebagainya).

Hanya untuk pengetahuan bagi yang tak tahu. Rahsia ini terus terpendam dan hanya diketahui oleh mereka yang terlibat. Tiada siapa yang akan membukanya. Memang handal TDM ini. Selain bukan kaki mabuk, atau kaki pompuan atau kaki sosial... TDM adalah seorang pemikir yang hebat dan mampu menyerang sesiapa sahaja termasuk Yahudi yang sedang menguasai dunia.

Ulasan Wan Ahmad Fayhsal ini memang agak berat namun cubalah untuk fahaminya.


Wan Ahmad Fayhsal 

GOLDMAN SACHS DAN 1MDB: BUKAN "PLAIN VANILLA"

Ini kupasan terakhir saya tentang 1MDB. Dan sebenarnya ini hal yang teknikal, bak kata orang Perak "renyah" untuk orang awam nak faham.

Ada yang tanya (baca: persoalkan kredibiliti) saya macam mana anda graduan Chemical Engineering tahu pasal corporate finance, etc.?

Disamping saya ada "brief stint" di PETRONAS sebagai Business and Strategic Planner dan di Jabatan Perdana Menteri (TERAJU), saya ada sedikit "exposure" tentang penstrukturan dunia korporat. Saya masuk PETRONAS pun ketika era peralihan kuasa Tan Sri Hassan Merican kepada Tan Sri Shamsul Azhar. Banyak saya belajar di Technology and Engineering Division selaku planner. Juga di TERAJU.

Saya bukan pakar Corporate Finance. Tak pernah saya mengaku pakar tapi saya seorang Felo di PUTRA Business School. Dan saya tulis berkenaan 1MDB dalam The Malaysian Reserve dan kupasan di MOBTV bukan sebagai graduan Chemical Engineering atau pelajar MA di CASIS UTM tetapi sebagai Felo di PUTRA Business School. Saya diberi izin dan pengesahan oleh majikan saya untuk bercakap dan ulas bagi pihak mereka.

Sudah tentu saya ilmu yang saya dapat tentang nak selamatkan aset 1MDB ini bukan bersifat "bookish". Kalau Puan Ainon Mohd. ada jaringan (network), saya pun ada jaringan juga terdiri daripada peguam, investment banker, sejarawan, banker, fund manager, regulator sekuriti etc.

Sebelum saya tulis dan berhujah saya akan rujuk pakar-pakar dalam pelbagai bidang ini untuk sahkan apa yang saya ingin panjangkan kepada umum.

Niat saya bukan untuk tulis sesuatu yang teknikal tetapi sesuatu yang bersifat "helicopter view" atau dalam adage Inggeris: "don't mistake the forest for the trees" tentang 1MDB dan cabaran Kedaulatan Negara.

Adalah hamba Allah, pelajar ekonomi UM persoalkan fobia dan paranoia saya terhadap Goldman Sachs dan juga persoalkan cadangan saya untuk meminta Kementerian Kewangan untuk buat rundingan semula dengan "bookrunner" dan "underwriter" 1MDB iaitu Goldman Sachs berkenaan hutang tertunggak yang saya kata berisiko tinggi untuk aset-aset strategik negara jatuh ke tangan asing.

Apa yang dilakukan oleh Goldman Sachs kepada 1MDB - bak kata orang-orang investment banker bukan "plain vanilla". Ianya sesuatu yang "unik" dan jarang dibuat.

Malah banyak penganalisa yang lebih wibawa daripada saya dalam Bloomberg dan Financial Times melihat perkhidmatan yang dilakukan oleh Goldman Sachs kepada 1MDB adalah sesuatu yang ganjil dan mirip kepada skandal Goldman Sachs di Greece yang akhirnya meletus kepada krisis ekonomi besar-besaran kini yang dipanggil "Grexit" (Greece mungkin keluar dari EU).

Cara bon (kertas hutang) yang disusun dan dikeluarkan oleh Goldman Sachs untuk 1MDB dalam jumlah yang besar sehingga mereka mendapat komisyen yang amat "masyuk" ($500 juta) bak kata investment bankers adalah sebenarnya bersifat "best efforts underwriting" yang membawa maksud Goldman tak janji boleh pastikan bon tersebut dilanggan sampai habis kesemuanya dan selalunya ianya bersifat risiko tinggi dan jarang-jarang berlaku.

Ini yang kita risau sebab jenis kontrak apa yang dimeterai antara 1MDB dan Goldman Sachs yang entah dari mana mereka dapat cari pelanggan dan pemiutang yang memberikan $6 bilion USD kepada 1MDB.

Kononnya komisyen yang mahal itu sebab nak kejar satu joint venture dengan PetroSaudi. Maka sebab itu Goldman Sachs minta upah lebih daripada upah "underwriting" yang biasa.

Kita tak tahu secara tuntas apa sebenarnya kerana hal ini hanya Lembaga Pengarah 1MDB yang perlu "come clean" kepada forensic audit. Kita tak mahu tengok-tengok dengan "high gearing/leverage" yang Goldman Sachs buat ini nanti jadi macam kes "currency swap" seperti Goldman buat untuk Greece. Kalau macam itu wassalam Malaysia. Balik kampung lah kita tanam jagung dan UMNO boleh bungkus.

Maka adalah mustahak untuk Kementerian Kewangan melalui Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) berunding semula kontrak apa yang diistilah secara teknikal sebagai "NOVATION" dengan pihak Goldman Sachs selaku kepala kepada "Club Deal" dengan "sub-underwriters" yang lain yang terdiri daripada entah bank mana, kot-kot ada hedge funds dan institutional investors mana entah yang terdiri daripada orang asing yang sedang menangguk di air yang keruh.

Mereka dah keluarkan pinjaman kepada 1MDB dalam jumlah yang banyak dan dah masuk dalam rekod mereka sekian-sekian tempoh, riba' yang mereka ambil adalah sebanyak ini.

Kalau kita buat rudingan semula (novation) ke atas kontrak, sudah tentulah kita kena bagi pampasan kepada Goldman Sachs (dalam bentuk apa itu terpulang kepada kebijaksanaan KSP, Tan Sri Dr Mohd Irwan Siregar) yang mana Goldman Sachs kena runding balik kontrak yang Goldman tanda tangani dengan underwriters lain.

Jangan fikir bila Goldman buat kerja yang bukan "plain vanilla" ini seolah-olah lepas kutip $6 billion USD untuk 1MDB mereka cuci tangan. Ini bukan bon biasa, dan para peminjam dan pelanggan bon 1MDB ini sanggup langgan bon yang tidak ada rating sebab mereka percaya kepada nama GOLDMAN SACHS. Ya, pelik sekali, bon 1MDB hanya diberi rating selepas dipungut nilai $6 bilion yang mana dilakukan dengan penuh RAHSIA.

Masalah sekarang KSP duduk dalam 1MDB dan juga MOF Inc. Ada "conflict of interest". Sebab itu saya kata DS Najib kena "step aside" agar ada entiti lain yang bukan daripada MOF untuk ambil alih tugas novation dan saya cadangkan dalam tulisan saya guna entiti seperti Danaharta yang merupakan badan berkanun yang lahir daripda akta parlimen untuk operasi selamatkan Malaysia pada awal 2000 dulu oleh Tun M.

Kini entiti itu sudah berada di bawa PROKHAS.

Baiklah, saya berundur diri dulu daripada 1MDB.

Terima kasih kerana sudi membaca dan mendengar pandangan saya yang tak seberapa ini.

---

Wan Fayhsal,
Putra Business School




Selamat mengkaji, bukan sekadar berpolitik mudah dan ringkas. Bukan politik bodoh hina menghina dan kutuk mengutuk. Najib mampu melahirkan manusia pendendam tetapi bukan manusia pemikir. Bloger upahan Najib mampu berkerja 24jam tanpa rasa penat. TDM ada blogger upahan?? jawabnya TIADA selain dari mereka yang benar2 sayangkan bangsa Melayu dan Agama Islam tercinta. 

Teruskan mengkaji...


11 comments:

Anonymous said...

Selepas dikaji2 ada yg kata sedara dajjal dah muncul. Mata satu, mungkin mcm kapten jack sparrow tu kot. Tapi taktau la kalau dia bugis amaricana ke. Mata satu je pdg dunia, akhirat tak nampak. Yakjuj makjuj pulak tak paham bahasa, suka buat kerosakan. Org suruh berenti tanak berenti ikut sedap dia je. Firaun sah2 gila kuasa, kejam, suka menindas rakyat tamak loba. Pertimbangan pun byk dah tak balance. Benar jadi salah halal jadi haram. 
Tapi ikut kajian org terdahulu org2 macam ni lebih dekat pada binasa. Di kala mrk tgh peak and high ni la dtg saat kebinasaan yg depa sendiri tak sangka. Adat dunia ni belum ada umat yg lepas dan menang bertanding ngan Allah Taala. Kluar lah pun ilmu byk2 dlm dada tu. Diorang hari ni banyak underestimate Allah tu sendiri. Apa tak jelas ke bagi diorang bumi bergoncang kat Nepal tuh? Nak tunggu kene kat Bachok lak ke?

Anonymous said...

Apa citer ygvkau dok meroyan, merapu, merangkak nie mangkok....


Eeesh eessh Jangan kau menongeng sudah lah, nnt datang nuar brahim kat blakang kasi kote bengkok dia noooh!!!

Baghru hang tau...

krenggge said...

Beginilah.. pda pendapat saya senang jer.
Najib tak dapat menjawab kerana dia perlukan lebih masa untuk menutup bangkai (hutang dah melambak2x) kes 1MDB ni.

Pada asalnya, dia pikir, 1MDB boleh buat untung gedabak punya, tapi dia rupanya kena kencing dgn punahsihat dan taikun2 besar.

Untuk membolehkan banker2 percaya pada reputasi 1MDB kukuh dan boleh dipercayai, Najib dengan beraninya dan bergayanya gunakan nama KERAJAAN MALAYSIA (bercagaran dan jaminan) supaya 1MDB mudah mendapat dana pelaburan dari pelusuk dunia (taikun-taikun seluruh dunia)

Tapi malangnya, Najib memang betul2x kena tipu hidup2x. Dia sekarang sakit paler mcmana nak setelkan hutang 1MDB. Satu cara, dia pun serupa perangai melayu cikai kita, alibabakan lah 1MDB last jalan citer. Jual aset sana dan sini untuk kambus hutang. Jadik moralnya, najib xdak beza mcm orag kita suka berhutang ceti kunun nak wat meniaga tapi perniagaan x berapa menjadik, bunga makin tambah, pokok pun x setel lagi.

Itu sahaja kisah 1MDB. Buat hutang, gali lubang, tutup lubang...
Akhirnya aset2 1MDB kena pulun taikun asing. Kita kalah dengan permainan orang asing (seperti sebuah pakatan) hendak membeli negara kita.Satu lagi kes kegagalan bangsa melayu (PEMERINTAH) - ada tanah ada harta ada aset akhirnya dpt kat orang asing.

Dulu PNB guna startegik rampas Guthrie daripada britain, sekarang diaorang main plak kat kita (Najib) yang lemah longlai dengan tawaran dan iklan taikun2 dunia. Najib terlalu megah dan takbur dengan pakaian PMnya.

Itu jer pandangan saya.



Org Johor said...

JIKA NAJIB HANYA MENGGUNAKAN PETUNJUK SOKONGAN DARIPADA MT, KB DAN TKB BAHAWA DIA MASIH DISOKONG, DIA BENAR BENAR DITIPU, TERTIPU DAN MENIPU DIRI SENDIRI LAGI.

SEKARANG KITA FAHAM, KENAPA TEORI RAHMAN ITU DIJADIKAN BUAH MULUT ORANG.
MUNGKIN BENARLAH, DIA PM TERAKHIR DARIPADA UMNO.
NAJIB TELAH DIPERANGKAP DAN TERPERANGKAP (KERANA SIFATNYA YANG SUKA DIPUJI PUJI TAK SEDAR DIA JADIK TARGET PALING SENANG DIPERANGKAP).

BIARLAH MASA MENENTUKAN. SIAPAKAH DAJAL SEBENAR DI MALAYSIA (MENGHANCURKAN ISLAM DAN MELAYU).

SAMA-SAMALAH KITA SAKSIKAN GAME DEMI GAME INI SEHINGGA 2017 UNTUK MENDAPAT JAWAPAN.

Anonymous said...

Aku tgk Najib ngan Nuar dah lebih kurang sama je. Najib vs Tun M, Nuar vs Daim. Mungkin kontol je la beza sikit. Nuar kapet merah Najib golfing hawaii. Tapi 2 2 proksi barat dan nafsu lebih kurang sama. Ko tak tgk muka anak tiri dia ambik gambar kat majlis gala mana tu? 
Mana dia cekau duit byk2 gi njoi kat US? Ko penah baca kesah firon sihir org macamana? Kalau org mcm kau boleh kene tipu itulah dianya sihirnya. Ko je tak perasan. Tapi ko ni org Bachok ke?
Ko nak kenal dajjal laknat senang je kot perangai suka nipu, niaya, mengenakan org tu dia lah tu.

myQalb said...

Salam,
Artikel yg bagus. Mohon share tuan...;-)

Anonymous said...

Hang kene paham boy, mistik dan alam melayu mmg tak dpt dipisahkan. Walau dah sampai jd PM ke, bini PM hingga kerani cabuk pun org main sihir. Ada ilmu penunduk sekampung, buluh perindu, tanam besi kuning, santau angin, pedang cyber, bela toyol pakai kot dan mcm2 lg. kalau ada sihir pelangsing dgn peninggi badan pun diorang pakai. Ini mandrem kita nak kene hati2 baq ang.
Nanti kita ramai2 suruh bomoh Coconut Flying Carpet tangkap toyol ajaib tu. Byk dah dia pulun duit baq ang. Mh370 dia berjaya kesan. Tapi taktau awat MAS duk pi bayaq lg kos cari kapal tu. Ingat nak pi panggil jaguh2 layar bugis turun sendiri la cari kat Indian ocean sana. 
Tapi takpe aku dah tawaq sikit bisa2 sihir kat hang. Paih ni hang tak kena tipu dah. Ghaplah jinggay punya pharaoh. 

Anonymous said...

Kita amat2 perlukan seorang penyelamat. Penyelamat bangsa dan agama. Bukan umno, bukan pas dan bukan pkr. Masanya dah makin dekat. PBT atau SP

Anonymous said...

Mungkin mbah koboireng boleh jadi penyelamat.
Selamatkan MOF dari koboi2 liar tak reti bahasa. Memperjudikan duit negara kami pada melabur skim pak man telo.
Kemon bah klik 3d,4d,6d, dah ma chai, 1mdb.

Anonymous said...

Apa kata kita buat kajian baru pulak. Kita siasat siapa culprit sebenar di sebalik tabir rahsia sindiket seludup dagang manusia di sempadan. Kalau dikaji siasat dari jauh tanpa satelite, mengikut operasi dan modus operandi sindiket tu mcm perbuatan bekas ajen2 kuomintang yg penah ditempatkan kat sempadan Thailand. Buktinya kita boleh tgk camp2 dan penjara kayu yg dibina. Jual org, pelacur, arak, rokok seludup, dadah mmg amalan biasa bagi mereka.
Kalau dulu masa arwah Rashid Maidin hidup jarang berlaku kegiatan sebegini. Tp sekarang dah jadi duri dlm daging. 
Siapakah Ko Tong yg dikatakan ketua sindiket terbabit? 
Knp polis tak cari bukti dan tangkap? 
Knp polis sempadan balik kena tangkap? Adakah pendatang2 ni mengikut laluan tikus yg penah digunakan oleh kominis?
Adakah pihak berkuasa nasional mendapat habuan dari kepala2 kuomintang yg jd tycoon kongsi gelap?
Ini sekadar teori syak wasangka. Bukan tuduhan membabi buta. Kalau betul2 siasat mesti jumpa siapa sebenar punya angkara. Teruskan menyiasat. 

ibu mustika said...

Saya ingin menyampaikan kepada seluruh TKW yang bekerja di negeri orang saya ibu mustika seorang TKW DI HONGKONG pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan susah gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka internet mendapatkan nomor KI WARA katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi KI WARA dan minta angka ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negeri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi KI WARA di nomor (_082_322_214-888_) ini asli bukan rekayasa atau silahkan buktikan sendiri. KLIK BOCORAN TOGEL JITU DISINI

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

Recent Posts

Entri di "King of the East"

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan