Saturday, May 9, 2015

Bagaimana Tabung Haji diseret ke dalam kemelut 1MDB?



Bukan soal sokong Tun M atau DSNR.  Persoalannya ialah untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Jauhi politik bertaraf rendah dan tidak akan dapat menyelesaikan sebarang konflik. Masa hadapan bangsa berpacukan kejujuran pimpinan, masihkah ada masa untuk bangsa ini menyelamatkan diri?


Tun M.....
Sumber - Chedet.cc

1. Tiada ada Negara yang begitu berjaya mengumpul wang dari orang Islam yang berhajat untuk mengerja haji dari Malaysia dengan Tabung Hajinya.

2. Wang yang ditabung sejak ditubuh Tabung Haji sudah meningkat sehingga ribuan juta Ringgit. Wang ini boleh dilabur supaya keuntungan dapat membantu pengurusan tabung haji dan subsidi kepada bakal haji.

3. Wang tabung haji adalah dari pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam. Wang ini bukan milik Tabung Haji.

4. Amatlah menyedihkan apabila wang ini diguna untuk bailout (pemulihan) hutang 1MDB.

5. Tanah Tun Razak Exchange seluas 70 ekar dibeli oleh 1MDB dengan harga RM194.1 million untuk 70 ekar.

6. Sekarang Tabung Haji membeli satu setengah ekar dengan harga 188.5 million Ringgit, hampir sama dengan harga 1MDB beli 70 ekar. Untung besarlah 1MDB. Sebenarnya tanah ini, asalnya untuk mengadakan pusat dagangan bumiputra. Tetapi 1MDB telah mengenepikan projek ini.

7. Inikah cara Tabung Haji mengguna duit orang ramai yang diamanahkan kepadanya. Pencarum berharap duit yang disimpan dengan Tabung Haji diurus untuk kebaikan mereka tetapi wang ini diguna untuk menyelamatkan 1MDB yang telah hilangkan berbillion Ringgit.

8. Rancangan ini perlu dibatal sekarang juga.

9. Tunku Aziz berkata dia sedia menyiasat Jho Low dan Riza Aziz jika saya buat laporan. Sebenarnya laporan telah dibuat oleh pihak lain tetapi tidak ada siasatan yang dibuat oleh sesiapa. Sebaliknya pihak yang melapor dimufliskan dan rumahnya telah digeledah.

10. Jika Tunku Aziz begitu prihatin terhadap gejala rasuah, siasatlah dan laporlah kes-kes berkenaan. Buktikan juga yang saya lesap duit kerajaan!!

Jika tidak dapat diam sajalah.




Yahaya Ismail
menulis....


ANTARA KEPENTINGAN UGAMA DENGAN KEPENTINGAN PRIBADI

Berjuta penyimpan Tabung Haji tidak puas hati dengan tindakan pihak TH membeli tanah 1MDB. Kata CEOnya hanya satu lot tanah saja yang dibeli dari 1MDB itu. Soal satua atau dua lot bukan isu. Kononnya TH membeli tanah itu dengan harga yang terlalu tinggi menggunakan wang berjuta penyimpan yang hanya mempunyai suatu destinasi dlm hidup mereka - menunaikan haji. Duit mereka bersih dari rasuah, dari putarbelit, dari perjudian, dan penipuan. Ia lahir dari keringat dan tulang belulang berjuta rakyat Melayu miskin yg hendak menunaikan seruan Allah. Prof Ungku Aziz yg mengasaskan TH juga mempunyai suatu matalamat yg unggul - memudahkan berjuta umat Islam meninaikan rukun lima perkara melalui TH.

Jangan siapa-siapa cuba memesongkan aspirasi berjuta umat Islam yg melabur dlm TH. Jangan memutarbelitkan berbagai muslihat dan nafsu serakah menggunakan duit bersih TH untuk kegunaan yg meragukan nawaitu mereka.

Perlu diingat para penyimpan TH dari golongan miskin pun tahu skandal 1MDB yang kerugian RM42 bilion yang Najib sendiri tidak mampu menjelaskan sepenuhnya soalan dari Tun M. Rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan jawapan sejuta liku dari Najib yang hanya menggilap egonya sebagai PM tetapi imejnya tercemar kerana ketidakmampuannya menjadi pemimpin yg bermaruah dan berkeliber seperti bapanya Tun Razak.

Walaupun CEO TH bersilat dengan kata2 kononnya TH bukan hendak "bail out" 1MDB tetapi para penyimpan TH bukan berjiwa kaldai yang boleh angguk dengan penuh taat setia kenyataannya itu.

Dari segi moral ugama TH sudah mencemar kepentingan berjuta penyimpannya yang tidak mahu sekali-kali TH terlibat dalam apa saja jenis rasuah, penyelewengan, keuntungan yang haram dari segi Islam. Tidak masuk akal dan boleh diterima oleh penyimpan2 TH bahawa tanah yg milik kerajaan dijual dengan harga RM64kp oleh 1MDB dari kerajaan yg dipimpin Najib selaku PM merangkap menteri kewangan.

Sekarang TH pula beli tanah 1MDB dengan harga antara RM2800 hingga RM3900 kp. Kata CEO TH yang baru dilantik, Johan Abdullah dengan :discount"!   Jangan perbodohkan berjuta para penyimpan TH. Ini bisnes kongkolikong namanya yang keduanya merupakan agensi kerajaan!

Tidak siapa yang siuman fikiran mengatakan TH mendapat keuntungan besar membeli tanah dari 1MDB dengan harga yang begitu mahal. Barangkali orang gila di Tg Rambutan akan ketawa berdekah-dekah sambil melompat dalam kamar betapa "gilanya" TH membeli tanah yg begitu tinggi harganya dengan "discount" kononnya! Beruk lutung dan babi hutan montel pun ketawa melihat ketololan pengurusan TH dalam isu ini.

Banyak orang berpendapat Najib gelabah kerana dia tidak dapat menjelaskan mengapakah 1MDB yang dia sendiri menjadi pengerusi lembaga penasihat kerugian RM42 bilion. Kononnya 1MDB simpan wang di Cayman Island. Lepas itu dikatakan duit itu dikeluarkan dan disimpan di Singapura pulak.

Kalau betul 1MDB itu untung dari simpanannya di Calyman Island mengapakah tak bawa masuk ke Malaysia? Alasan yang diberikan, Bank Negara Malaysia akan menimbulkan masalah. Masalah apa pulak kalau itu duit kerajaan yang untung dari pelaburan luar negara?

Ada pula laporan mengatakan pihak 1MDB memberi dokumen palsu kepada bank di Singapura mengenai syarikat itu! Apakah ini benar? Mengapa Najib selaku pengerusi lembaga pengarah penasihat 1MDB boleh membiarkan sebuah syarikat kepunyaan kerajaan Malaysia mencemarkan imej kepimpinannya dan juga negara? Dimanakah letak maruah dan integriti serta kredibiliti Najib sebagai PM meragkap Menteri Kewangan?

Para penyimpan TH tahu Najib meletakkan kroni-kroninya dalam berbagai agensi kerajaan termasuk TH. Najib tahu TH mempunyai aset lebih dari RM50 bilion dari simpanan lebih 15 juta umat Islam dari kalangan miskin, sederhana dan sedikit saja dari kalangan orang kaya. Banyak penyimpan berpendapat TH diarah membeli tanah 1MDB dengan harga yang terlalu tinggi untuk membantu 1MDB yang menghadapi krisis kewangan yang teruk itu. Tindakan ini dianggap pengkhianatan oleh berjuta penyimpan, dan Najib dengan pihak lembaga TH adalah bertanggungjawab.

Setiap penyimpan TH berhak mendesak pihak polis dan SPRM menyiasat skandal ini dengan segera. Setiap penyimpan TH boleh membuat laporan polis untuk menyiasat apakah berlaku penyelewengan dan kongkolikong dari penjualan tanah ini. Najib dan lembaga TH harus ngat, ini duit bersih dari berjuta umat Islam miskin yang menyimpan berpuluh tahun untuk menunaikan haji. Jangan sekali-kali menyalahgunakan duit mereka untuk tujuan mungkar membantu 1MDB yang banyak kongkolikongnya.

Para penyimpan TH bertanya apakah Najib tidak peka dengan aspirasi Islam berjuta penyimpan TH? Apakah dia fikir para penyimpan boleh mendiamkan diri melihat mainan kongkolikong dalam pembelian TH ini? Kalau GST Najib menggali kubur politiknya tapi dengan pembelian tanah 1MDB oleh TH ini membuat Najib sendiri menguburkan dirinya.

###


 'Conflict Of Interest'

“Pelantikan orang politik sebagai Pengerusi TH hanya menimbulkan situasi 'conflict of interest' di dalam pentadbiran dan hala tuju LUTH itu sendiri. Malah, kewujudan orang politik sebagai pengerusi TH akan hanya menimbulkan kesangsian dan keraguan para pencarum. “Adalah tidak wajar bagi sesebuah institusi kewangan Islam yang memegang amanah para jemaah haji dari seluruh negara dipengerusikan oleh orang politik yang dilantik,” - Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik


Image result for tabung haji 1mdb 


Ulasan: Tabung Haji dan "Bailout" 1MDB

Tabung Haji boleh memberi pelbagai justifikasi, tetapi orang ramai yang tahu mengenai perniagaan dan mengenali 1MDB akan menghidu ciri-ciri “bailout” (penyelamatan) dalam pembelian tanah di tapak Tun Razak Exchange (TRX) itu.

Kita semua tahu tidak ada banyak kegiatan yang berjalan di TRX. Jadi pembelian tanah oleh Tabung Haji itu amat diperlukan oleh 1MDB bagi meyakinkan pihak-pihak lain. Sebelum ini ia menjual 17 ekar di tapak yang sama kepada syarikat pemaju hartanah Australia, Land Lease, untuk tujuan usaha sama.

Dari sudut korporat, alasan yang diberikan oleh pengurusan tinggi Tabung Haji mungkin masuk akal. Tetapi cuba memisahkan urus niaga itu daripada penyelamatan 1MDB adalah mustahil.

Ini adalah kerana dalam tempoh tidak sampai dua bulan hampir RM3 bilion telah dibelanjakan untuk menyelamatkan 1MDB daripada mungkir janji kepada bank dan bagi memenuhi keperluan pembiayaan semasa.

Dalam operasi penyelamatan pertama, 1MDB akhirnya terpaksa mengaku yang ia menerima pinjaman RM2 bilion daripada usahawan T Ananda Krishnan (melalui Tanjong Energy) dan selepas itu sebanyak RM950 juta lagi daripada Kementerian Kewangan.

Serentak itu media massa juga melaporkan bahawa beberapa buah syarikat swasta, termasuk milik bukan Bumiputera, telah menyatakan minat untuk membeli aset-aset 1MDB.

Dalam tulisan saya dalam blog ini dan di tempat-tempat lain, saya berulang kali memberi amaran agar syarikat-syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) tidak dipaksa memberi hutang kepada 1MDB atau menyelamatkannya.

Kita telah lihat sebelum ini bagaimana dua institusi kewangan yang berkaitan GLIC memberi pinjaman kepada 1MDB, tetapi hampir-hampir tidak mendapat balik hutang mereka kerana 1MDB tidak mempunyai wang.

Institusi yang saya maksudkan adalah Maybank yang dimiliki oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan RHB Capital yang dipunyai oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Conflict of Interest" dalam Tabung Haji
Adalah sukar untuk mempercayai bahawa Tabung Haji secara sukarela mahu turut terjerumus ke dalam kontroversi dan krisis 1MDB jika tidak “dipujuk” atau “dipaksa” oleh sesiapa.

Seyogia diingatkan pengerusi Tabung Haji, (Datuk Seri Panglima) Abdul Azeez Abdul Rahim adalah wakil rakyat Barisan Nasional (Umno) dan Ahli Majlis Tertinggi Umno yang diketahui amat akrab dengan Perdana Menteri (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak. Mohd Najib adalah pengasas 1MDB dan pengerusi Lembaga Penasihatnya

.
Abdul Azeez Akrab Dengan Mohd Najib


Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, (Tan Sri) Ismee Ismail pula adalah ahli lembaga 1MDB.

Dalam situasi ini, adalah sukar untuk kita tidak mengesyaki wujudnya “conflict of interest” (percanggahan kepentingan) melibatkan ketiga-tiga watak berkenaan – Mohd Najib, Abdul Azeez dan Ismee.


Ismee Juga Ahli Lembaga 1MDB

Jadi tidaklah menghairankan apabila begitu banyak pihak, termasuk yang sebelum ini menyokong kuat Mohd Najib dan mengecam pengkritik 1MDB, mempertikaikan urus niaga Tabung Haji dengan 1MDB itu.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden Umno, (Tan Sri) Muhyiddin Mohd Yassin dipetik sebagai berkata bahawa isu 1MDB akan meletup di muka Umno.

Pemuda Umno turut mempertikaikan urus niaga itu. Ketuanya, Khairy Jamaluddin mahu Kementerian Kewangan (MOF) dan Tabung Haji menjawab enam soalan untuk memberi penjelasan kepada orang ramai, khususnya kepada pencarum Tabung Haji, mengenai pembelian itu. (Baca selanjutnya)

Saya tidak hairan jika lebih banyak urusan seperti ini dilakukan dalam masa terdekat dengan restu Perdana Menteri kerana 1MDB nyata kekeringan wang untuk menampung pembayaran balik hutang dan membiayai urus niaganya.

Hakikat bahawa 1MDB dalam keadaan terdesak diakui sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Datuk Seri) Abdul Wahid Omar yang baru-baru berkata urus niaga 1MDB tidak lestari kerana ia berhutang terlalu banyak dan pengaliran tunainya tidak cukup untuk membayar balik hutang.

baca selanjutnya "klik"
A Kadir Jasin

A KADIR JASIN said...
Salam para pembahas dan pembaca sekalian, Dalam posting bertajuk “Lima Puluh Tahun Tabung Haji” pada 2 Julai, 2013, saya, antara lain, menulis:
“Hari ini, dalam usaha memudahkan ibadat haji rakyat Malaysia dan memperkasakan ekonomi umat Islam Malaysia, LTH telah berjaya mengumpul dan menjanakan dana melebihi RM36 bilion (baca di sini).
Demi Allah dan demi masa depan umat Islam Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab dan perjuangan kita bersama mempertahankan LTH dan mengelak daripada berulang episod durjana yang beberapa kali menimpanya akibat perbuatan orang yang tidak amanah dan tidak cekap (baca di sini).”
Rencana disiarkan itu serentak dengan pelantikan Abdul Azeez oleh Mohd Najib untuk menjadi Pengerusi Tahung Haji. Saya rasa Mohd Najib tidak peduli lagi apa yang akan terjadi kepada Umno dan BN pada PRU akan datang.

Nampaknya dia dan pesekongkolnya lebih utamakan 1MDB kerana banyak lubang dan angkara yang perlu ditimbus dan disembunyikan demi menyelamatkan diri beliau dan orang-orang yang memegang kunci peti duit 1MDB.
Saya rasa 1MDB “is about to explode” macam Muhyiddin kata tapi dengan kesan yang lebih dahsyat. Cuba tanya Najib, Azeez dan Ismee berapa ringgit simpanan purata pencarum dalam Tahung Haji?
Ini duit orang miskin untuk ke Makkah bukan untuk “bailout” 1MDB! Berilah apa pun jaminan, orang tak akan percaya.  Wallahuaklam.

4 comments:

Anonymous said...

Huahuahaha...Baru hari tu tgk sorang pejuwang aswaja duk bersidang dgn ulamak 25 negara. Dgn cogankata bersemangat utk mempertahan dan memertabatkan aswaja. Ini sunnah mana diorang pakai ni duit2 org kumpul pegi haji pakai buat beli lot hartanah dgn 1mdb?
Dah lak hukum haji seleweng buat berniaga. Kemudian kau kelepet pulak duit tu buat beli lot tanah. Beli harga mahal lak tuh. Lot tanah kubur dah beli belum? Cuba mintak advice jho low lot tanah kat Nirwana tu brp sekaki? 
Ni semua hikmah la ni. Org2 yg menyeleweng hukum. Jual haji sesuka hati. Amal akhirat buat jadi untung dunia. Duit halal tukar jadi haram. Sampai tahap buat Mekah mcm Disneyland pun ada. 
Nak tanya sikit, ikut sunnah nak kene jadi ahli dulu ke? Kat mana nak register? Macam perpustakaan awam la pulak nak kene masuk ahli. Cuba pikir2 masuk neraka kene jadi ahli tak?
Perkara ni patut menteri agama pun kene jawap. 1 tuduhan sesat kau tuding ke orang berpuluh kesesatan awak Allah nyatakan.
Kalau budak phedopilia tu org takleh bagi 2nd chance, camna pulak halnya dgn laki orang yg buat skandal ngan artis2, awek2, jambu2? Budak tu hanya dituduh possesion camna pulak dgn orang yg buat full penetration? Apa kemaluan diorang suci sangat ke? Hukum wasatiyyah la. Apa lagi. 

Anonymous said...

Kembalikan jawatan pengerusi TH balik kepada orang Islam secepat boleh.

Anonymous said...

Semenjak Pak Lah mempromosikan Malaysia as 2nd home kita boleh perhatikan kebanjiran ramai kaum2 asing ke negara kita. Maka berduyun2 lah org kaya dr China dan Spore menunggu dan mencuri peluang utk membeli asset2 dan rumah sbg tapak di negara ini. Memandangkan Malaysia mengamal kebebasan beragama mudah bg pengikut fahaman katolik utk beramal di sini lebih dari kemudahan dan sekatan yg ada di China sendiri. Muncullah pelbagai property agencies sbg agen utk mrk membeli hartanah di sini sbg memenuhi syarat. Tu sebab kita boleh lihat walaupun harga rumah melambung mencecah 700k to 1m lebih skalipun rumah tetap sold out cuma pemaju tinggalkan sikit saje lot utk bumi. Boleh tak kerajaan buktikan yg semua lot2 hartanah mewah ni dimiliki sepenuhnya oleh org perseorangan rakyat Malaysia?
Seharusnya polisi pemilikan hartanah di Malaysia dikaji semula supaya tak jatuh dan dibeli dgn mudah oleh warga asing atau mana2 jiran atau mana2 agensi hartanah secara melampau. Struktur perancangan dan polisi perumahan tempatan juga mesti diperbaiki utk keseimbangan hidup rakyat biasa. Kaji juga lambakan dan kebanjiran kaum asing tanpa kawalan di Malaysia hari ini sesuai dgn prinsip negara kita yg bebas berkecuali raja berdaulat bukan pula negara bersatu atau kesatuan spt di blok barat. Demi utk kelansungan kuasa dan kesejahteraan generasi akan datang. 

IBU PUSPITA said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

Recent Posts

Entri di "King of the East"

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan