Saturday, November 29, 2014

Perangai Cina Malaysia dan Virus Liberalisma Melayu




Apa Penulis Buku "The Chinese Dilemma" Kata Pasal Perangai Cina Malaysia...

1.Pandangan ini adalah dari Ye Lin-Sheng yang berasal dari negara china tetapi seorang ahli perniagaan di Malaysia, Hong Kong dan Australia, Thailand, Singapura, Britain dan Amerika Syarikat. Beliau mempunyai banyak pengalaman yang melibatkan orang Cina di negara yang disenaraikan itu. Tetapi orang Cina di Malaysialah yang paling tidak bersyukur, kejam, serta mengkhianati perjanjian ataupun dipanggil perlembagaan. Dalam buku Ye Lin-Sheng The Chinese Dilemma (East West Publishing, Australia, 2003),

Ye Lin-Sheng menulis:
2.Pengiktirafan orang cina: "Orang Cina Malaysia mendapati mereka lebih mudah untuk menerima dominasi oleh orang-orang putih kerana mereka dapat memberi pengiktirafan terhadap kehebatan orang Barat. Tetapi Orang Cina Malaysia amat susah untuk menerima kehebatan orang Melayu kerana perasaan iri hati dan hasad dengki mereka bahawa Malaysia ini milik orang Melayu. Mana mana orang Cina Malaysia sama sekali tidak boleh menerima tentang konsep ketuanan Melayu, mereka percaya bahawa mereka adalah lebih baik" - (Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng) 

3.Keangkuhan orang cina: "Keangkuhan orang cina Malaysia telah membuatkan mereka sentiasa memandang rendah terhadap keupayaan orang Melayu, walhal ramai orang Melayu sebenarnya bekerja atau belajar lebih pandai dari kaum cina Malaysia ini. Perkara ini sudah lama saya perhatikan, kerana saya memiliki perniagaan di Malaysia dan telah bercampur dengan orang Cina Malaysia ini. Sikap mereka suka cakap belakang dan tekan orang Melayu adalah menjadi tabiat dan budaya mereka. Mana mana orang Cina Malaysia yang tidak menghina orang Melayu dikatakan kolot dan membelot bangsa cina" - (Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng) 

4.Perkauman orang cina: "Kejayaan orang Cina Malaysia hanya tercapai jika mereka dapat menindas orang Melayu dalam masa yang sama menggunakan kudrat dan kelebihan orang Melayu. Mereka juga tidak akan mengakui bahawa kepimpinan Melayu adalah sangat mahir, cekap serta bagus dalam pengurusan politik, ekonomi dan sosial. Cina jarang menyifatkan kejayaan Malaysia kepada orang Melayu. Apa yang ada diminda mereka adalah semua kejayaan di Malaysia ini kerana orang Cina. Sebab itu orang cina yang asal dari China tidak suka bergaul dengan cina Malaysia kerana sikap mereka yang ekstrim ini. Mereka masih lagi mengamalkan ideologi komunis" - (Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng) 

5.Penghinaan orang cina: "Sampai hari ini, sesetengah orang Cina Malaysia masih menggunakan istilah menghina terhadap orang Melayu. Dalam dialek tertentu, orang Melayu dipanggil dengan nama yang bermakna ‘orang hutan’ atau ‘orang liar’. Maknanya, bangsa yang tidak bertamadun. Orang Cina yang memeluk Islam dikatakan ‘masuk Melayu’. Jarang ibu bapa Cina membenarkan anak mereka menjadi askar atau polis kerana anggap itu kerja kotor dan eksklusif kepada kaum Melayu. Mereka sentiasa percaya bahawa budaya dan tamadun Cina lebih tinggi berbanding budaya dan tamadun Melayu termasuklah penggunaan membersihkan diri menggunakan tisu dianggap lebih bertamadun. Umumnya, orang Cina boleh menerima ‘ketuanan orang putih’ kerana menganggap tamadun dan budaya Barat lebih bagus, tapi tidak terhadap orang Melayu-Bumiputera." - (Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng) 

6.Sikap negatif orang cina: "Kejayaan orang Melayu turut dipandang sinis. Ia biasanya dikaitkan dengan bantuan kerajaan atau hak istimewa yang diberi kepada mereka. Kebanyakan Cina Malaysia sukar menerima hakikat kejayaan usahawan atau syarikat Melayu dimana mereka berniaga secara jujur dan bukan seperti orang cina berniaga. Jadi sebenarnya majoriti orang Melayu ada peniaga tulen yang jujur dan dicapai menerusi kerja keras mereka. Sikap sebegini sebahagiannya berpunca daripada kesukaran menerima hakikat orang Melayu lebih pandai daripada mereka dan sebahagian lagi bertujuan menunjukkan pencapaian mereka sebagai lebih hebat" - (Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)



Ada kaitan: Pejuang Islam Liberal berusaha menguasai Umat Islam yang lemah iman. Kekacauan minda memberi ruang kepada DAP dan kristian mengasak dan menghina agama ini.

7 Nov – Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman menjangkakan bahawa parti DAP akan terjejas jika sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara.

Bercakap kepada ISMAweb, jelasnya ini berikutan perjuangan liberalisme dan pluralisme Anwar selama ini memberi kelebihan kepada golongan minoriti bukan Islam.

“Tema-tema kebebasan, kesamarataan telah memberi ruang yang luas kepada puak cauvinis dan ultra kiasu untuk membuat tuntutan-tuntutan yang melampau dan tidak munasabah.

“Begitu juga dengan pluralisme dan hak asasi, ianya telah memberikan ruang kepada agenda Kristian, Yahudi atau Evangelis mengembangkan amalan songsang, gerakan kristianisasi dan kegiatan anti agama dalam masyarakat di Malaysia,” katanya di sini, hari ini.

Justeru tambah Ustaz Abdullah, dengan ketiadaan Anwar sebagai ikon Islam liberal atau muslim moderat kelak, ia turut akan memberi kesan kepada puak-puak Islam liberal yang menyokong DAP Evangelis ini.

Beliau berkata demikian memberi respon kepada kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini bahawa Pakatan Rakyat hidup atau mati bukan kerana Anwar, tetapi bergantung kepada ketiga-tiga parti iaitu DAP, PKR dan PAS dalam berpegang kepada janji dan komitmen.

SIS sememangnya bukan sebahagian dari Islam sebaliknya parasit dalam masyarakat Islam. Ia sengaja diaturkan sedemikian rupa. Anwar jelas menjadi pemimpin tertinggi yang menyokong SIS. Kini bertambah lagi manusia yang mengaku Islam memberi sokongan agenda libralisasi ini.

Antara perjuangan SIS yang disokong oleh 2 orang pemimpin PAS (Khalid Samad dan Mujahid Rawa) serta seorang pemimpin UMNO (Saifuddin Abdullah) :

(1) Murtad diizinkan Allah melalui firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 256.

(2) Semua bayi yang baru lahir, termasuk bayi-bayi pasangan suami isteri Muslim, hendaklah diistihar tiada mempunyai agama sehingga dia mencapai umur 18 tahun untuk bebas pilih agama anutan..

(3) Poligami adalah haram dalam Islam dan wajib dihapuskan..

(4) Isteri boleh ceraikan suami, dan suami boleh disabitkan dengan nusyuz.

Islam semakin tegar dihimpit oleh munafikun. Bagaimana nasib anak cucu nanti sukar diramal. 

Sunday, November 9, 2014

KEBENCIAN DAP




DAP menyedari bahawa PAS sebenarnya tidak boleh dipercayai langsung walaupun mereka kelihatan bermusuhan dengan UMNO di arena politik. Ini kerana UMNO dan PAS dari 1 bangsa, 1 agama, 1 kaum yang sama. Bahkan dikalangan mereka adalah terdiri dari saudara mara terdekat.

Ini ditambah lagi apabila Ustaz Nasharudin mantan Timbalan Presiden PAS yang kelihatan amat rapat dengan pemimpin-pemimpin UMNO. Apatah lagi apabila golongan ulama PAS seperti Dato Dr. Harun Din Al-Haafiz, Ustaz Nasarudin Hassan, Ustaz Nik Abduh dan kepimpinan Ahli Syura PAS yang sering memberi kenyataan yang sama dengan pendirian UMNO.

Bagi DAP yang dikuasai oleh ramai pemimpin kristian, Kuasa Islam ini tidak boleh dibiarkan bersatu. Umat dan Pemimpin-pemimpin Islam perlu dihasut agar berpecah belah. Selagi umat Islam bersatu padu, agenda mereka untuk menguasai negara tidak akan tercapai.

Oleh itu DAP perlukan pemimpin Melayu liberal yang boleh menerima agenda mereka. Maka kita tidak hairan beberapa orang pemimpin Melayu Pas, Umno dan pemimpin NGO Melayu yang menyokong agenda Pluralisme dan Liberalisme yang didokong oleh mereka.

DAP cukup sedar bahawa di Malaysia, UMNO adalah kekuatan tunjang agama Islam dan Raja-Raja Melayu. Untuk melemahkan Islam, UMNO terlebih dahulu perlu dilemahkan. Mereka cukup bimbang apabila ada golongan Ulama dan cerdik pandai Islam menyertai UMNO. Mereka sedar UMNO secara senyap mengunakan ustaz-ustaz non-politician di media electronik, media sosial dan di masjid-masjid membawa agenda Islam. 

Sebab itulah mereka tidak percaya langsung dengan PAS. Masakan begitu Mudah ustaz-ustaz Pas dan non-politician berada didalam rancangan TV Islam seperti Al-Hijrah dan Tv9 sedang stesen TV itu milik pro kerajaan Barisan Nasional. 

DAP sedar pekara ini dan pernah menyindir Pas bahawa dalam pakatan ada rakan yang tidak boleh dipercayai.



Mohammad Firdaus Hasnel II

Recent Posts

Entri di "King of the East"

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan