Tuesday, September 30, 2014

KEMANAKAH NAJIB MAHU MEMBAWA MELAYU?


TAK MUSTAHIL NAJIB ADALAH PM TERAKHIR DARI UMNO.(teori RAHMAN)

SILAU?

Sikap Najib tetap mahu mansuh Akta Hasutan petanda PM terakhir BN.


Kali ini sikap Najib semakin mendapat kritikan yang hebat terutamanya dari kalangan penyokong kerajaan.. Apa tidaknya, Najib menyatakan akan tetap berpendirian mahu Akta Hasutan di Mansuhkan walaupun mendapat amaran dari Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri.

Penjelasan lanjut boleh dibaca disini: http://www.astroawani.com/news/show/najib-ulangi-pendirian-mansuh-akta-hasutan-43326

Sudah ku katakan kepada anda sekelian, Najib ini sudah lagi tidak releven untuk memimpin negara. Dia cuma tahu ingin menjadi glamor kerana mahu rakyat menyebut2 namanya walaupon sebutan bermotifkan kebencian.

Beberapa page yang berani menegur antaranya Kelab Chedet & Saya Sayang Tun Dr Mahathir antara yang lantang berani menegur sikap Najib serta membawa suara Tun mahathir, tidak seperti page Friend of BN kerana adminnya terdiri dari pada kaki pengampu dan kaki kuat membodek Najib. Sebab itu tidak langsung disentuh tentang sikap Najib yang degil ini.

Sokongan kepada UMNO dan BN juga jatuh merudum begitu teruk.Apa yang lebih menyedihkan, mereka juga tidak akan mengundi BN serta memberi kesan kepada pihak disekeliling termasuk sanak saudara serta rakan. Tun sudah menarik sokongannya dari Najib Razak kerana setiap teguran-teguran Tun sudah tidak bermakna.. Mungkin juga kerana Tun sudah tidak ada kuasa.. Inilah dia Pemimpin yang jenis tak reti nak hargai jasa orang lain dan jenis tak sedar diri...

Baca disini teguran Tun Mahathir mengenai kesan pemansuhan Akta Hasutan




Makin menyampah lak aku tengok muka dia ni....  baca selanjutnya di sini



Kawan Dalam Selimut

Anwar Ibrahim............ Kawan Dalam Selimut!


Artikel ini adalah dari sambungan dari penulisan bertajuk Anwar Ibrahim.......... Berita Baik untuk Orang Melayu?

Ramai yang ada melihat atau mungkin terlihat apakah kesan/akibat dari permainan politik Anwar yang menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim. Dari sudut umum, tujuan Langkah Kajang itu adalah untuk meletakkan Wan Azizah sebagai boneka Anwar. Tetapi, dari sudut yang lain pula, nampaknya ianya juga bermotifkan untuk memporak porandakan PAS. Alahai........ kesian PAS............. hingga kini masih kabur untuk memilih yang mana kawan dan yang mana pula lawan! Mungkin kerana terlalu taksub hendak memerintah negara ini, sampaikan Anwar pun dianggap berdaulat! Apabila Majlis Syura PAS sudah mula ditikam belakang oleh pihak Anwarinas, itu sudah cukup untuk kita menanti yang retak akan terbelah jua nanti.

Syabas Anwar.........kerana ini berita baik untuk orang Melayu!

Dan yang menariknya pula, ada pula susulan selepas peristiwa diatas. Apabila Tun Dr. Mahathir menegur dan menasihati Azmin agar mentadbir Selangor dengan pendekatan sendiri...........Tun Perak Moden ini nampaknya bercakap dengan makna yang cukup mendalam. Dalam erti kata lain, masa sudah sampai untuk Azmin meninggalkan Anwar dan Azizah! Sekiranya ini berlaku, pastinya PKR akan berpecah pula kerana Azmin juga akan membawa penyokongnya menentang Anwar.

HEBAT SUNGGUH ...........SEKIRANYA HELAH MELAYU INI BENAR...........!

Sekiranya ini berlaku, maka secara tidak langsung Pakatan akan terbubar dengan sendiri akhirnya.
Dari pendapat penulis, hanya inilah caranya untuk menyatupadukan orang Melayu. Hikmahnya, ikatan Melayu kembali bertaut diatas dasar bangsa, agama dan negara!

Dan, apa pula agaknya yang akan berlaku pada parti chauvinist DAP? Sudan pasti mereka juga akan goyang kerana pergabungan Melayu itu menandakan undi mereka tidak diperlukan lagi untuk memenangi pilihanraya PRU14. Majoriti Bumiputera itu sudah mencukupi. Sekiranya ini berlaku, pasti penyokong DAP akan goyang untuk keluar dari parti kerana mereka takut ..........  susah mau buat duit ma....... kalau tak sokong kerajaan!!! "Haiya, lu sama gua abang adik ma........."  Itulah ungkapan mereka apabila terdesak atau memerlukan sesuatu dari kita.

Akhir kata, dunia akan terkejut dengan kejutan yang amat perit. Dan si Zionis pun pasti menepuk dahi mereka berkali2............. Alahai, aku kena tipu lagi!!!!

Terimakasih Anwar............. Berita baik untuk Orang Melayu?

Nota:- Penulisan ini adalah semata2 pendapat penulis dan tidak berdasarkan pada mana2 fakta. Maybe betul, maybe tak betul!



Dari Shakespeare of Malaya.

Recent Posts

Entri di "King of the East"

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan