Thursday, October 16, 2014

Suara Yahudi Dalam Negara



"SABOTAJ"



Apabila kerajaan mahu menguatkuasakan GST bermula 1 April 2015, Pakatan Rakyat tampil pula dengan cadangan supaya CGT digunapakai. Apa itu CGT?

CGT atau Cukai Keuntungan Modal atau Capital Gain Tax (CGT) adalah cukai yang dikenakan dan dipungut dari hasil keuntungan penjualan dan urusniaga (transaksi) saham-saham, bon-bon, emas dan opsyen saham seperti ESOS (Employee Share Option Scheme – Skim Saham Pilihan Pekerja) dan sebagainya.

ESOS secara mudahnya adalah skim insentif bukan berbentuk wang yang diberikan oleh majikan kepada pekerja mereka untuk berkongsi risiko syarikat. Jika untung dapat imbuhan, jika rugi tak dapat apa-apa. Dengan kata lain hasil keuntungan penjualan saham-saham individu atau syarikat yang diurusniagakan di Bursa Saham atau yang bertukar tangan akan dikenakan cukai yang ditetapkan peratusan tertentunya oleh kerajaan (Pakatan).

Ini termasuklah saham-saham amanah hasil inisiatif kerajaan bagi meningkatkan ekuiti dan aset terutamanya kaum bumiputera seperti ASN, ASB, ASW, ASM, ASD, ASG, AS1M dan lain-lain yang diperkenalkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Begitulah halnya dengan saham-saham amanah yang diwujudkan atau yang diurusniagakan oleh agensi- agensi atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di peringkat Pusat atau kerajaan-kerajaan negeri termasuklah juga urusniaga saham oleh KWSP, Tabung Haji, saham koperasi dan lain-lain.

Di mana selama ini keuntungan dari penjualan atau pemberian bonus dan dividen ke atas simpanan saham-saham amanah ini dikecualikan oleh kerajaan dari dikenakan sebarang cukai CGT.

Momokan dari pemimpin pembangkang bahawa GST akan membebankan rakyat bawahan hanyalah wayang semata-mata. Ini kerana jelas, CGT secara halusnya melemahkan pegangan ekuiti dan aset bumiputera dan juga menjauhkan pelabur asing.

Ini kerana pelabur asing hanya akan melabur di negara TANPA CGT. Malaysia sebagai negara membangun amat bergantung kepada perolehan dari pelaburan asing.

Mainan politiknya mudah. Pelabur asing lari, maka pendapatan negara berkurangan oleh itu amat mudah bagi pembangkang menyerang kerajaan kononnya tidak efisien menguruskan ekonomi dan bermain dengan emosi rakyat. Bagi chauvanist DAP pula, ini serampang dua mata. Melemahkan ekonomi bumiputera Melayu adalah agenda utama.

Apabila kedua ini berlaku, kerajaan dilihat sebagai lemah dan gagal membela nasib rakyat dan Melayu khususnya. Apabila ekonomi dalam keadaan lemah maka kerajaan harus menambahkan hutang. Apabila hutang bertambah, kerajaan dalam keadaan tersepit. Apabila tersepit, disinilah peranan yang akan diambil alih pembangkang.

Mengambil senarai ke – 5 dari 24 Protokol Yahudi;

Melemahkan semua kerajaan dan negara-negara yang ada sekarang sehingga mereka tidak mampu lagi untuk mempertahankan negara mereka dari musuh-musuh dengan melumpuhkan kekuatan ekonomi negara-negara tersebut dengan cara menggalakkan mereka berhutang dengan Bank Dunia yang dikuasai oleh Yahudi.

Penglibatan dalam peperangan atau berbelanja lebih daripada yang mereka mampu akan menyebabkan negara-negara tersebut terpaksa berhutang dengan Bank Dunia. Negara-negara yang berhutang itu kemudiannya akan terpaksa membayar balik hutang mereka dengan kadar faedah yang amat tinggi dan ini akan melemahkan kedudukan kewangan mereka.

Ini sudah tentunya akan menambahkan lagi kemarahan rakyat. Huru hara akan terjadi dan persoalan menarik untuk difikirkan :

SIAPA YANG BEROLEH KEUNTUNGAN POLITIK?

5 comments:

Anonymous said...

abis tu gst bagus sgt ke?. bukan ke sekarang ni pun negara kita dah berbilion hutang kat bank dunia?.

Anonymous said...

Bro d atas, bila masa lak malaysia hutang kat bank dunia? Kalau nk jadi kaya dan berpendapatan tinggi, perlu lah banyak hutang. Negara terkaya terkuat dunia punya hutang terbesar dalam sejarah manusia abad ni, juga negara negara eropah yang konon sangat hebat tu juga punya hutang yang banyak yang tak mungkin dibayar balik.

Apapun dua2 cgt gst celup idea yahudi. Dua2 sistem kapitalis yg nampak mcm menguntungkan rakyat tapi sebenarnya hanya menguntungkan golongan elit.

Anonymous said...

Ramai yg sokong PAS dan PKR tu Yahudi-ramai mereka ni dalam grup diskusi saya dan bila diterangkan mereka mengamuk dan marah marah.....cuba tanya kepala gila mereka-takkan mengaku party kesayangan mereka memeiliki suara Yahudi

wanrr said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

kalau dh tahu berbelanja mewah dan menyusahkan rakyat itu perangkap yahudi utk kita huru hara, kenapa pemimpin umno tidak kawal pembaziran gila itu?

so siapa yg merealisasikan agenda yahudi tutk cipta huru hara?

maka untunglah jadi pemimpin umno, rompaklah semahu2 nya, siapa lawan,, maka org itu agen yahudi. hihihiihih untungla jadi pemimpin umno.

sama mcm syiah syria bunuh umat islam syria, siapa lawan maka di label boneka Amerika utk menjatuhkan sebuah kerajaan.

so biarkan lah umat islam dibunuh di Mynmar, jika lawan nnti dikatakan boneka US utk jatuhkan kerajaan.

apa punca teori bodoh la mcm tu

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

Recent Posts

Entri di "King of the East"

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan