Monday, October 20, 2014

Akibat Jahil, acara Yahudi diwujudkan dalam negara: ANJING


Ratusan hadirin hari ini hadir pada acara “I Want to Touch a Dog” – sebuah acara bagi membantu orang ramai terutamanya yang beragama Islam untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing.

Nampak tak niat mereka? Ya kenapa acara ini untuk orang Islam?





Ingat, inilah salah satu agenda Islam Liberal untuk rosakkan mental umat Islam Malaysia yang selama ini menolak kehadiran mereka di bumi bertuah ini. Siapa dalang ajaran sesat ini di Malaysia? Cari sendiri.. hehe

Setiap umat Islam sepatutnya tahu hukum menyentuh anjing dan dalam keadaan mana ia diharus atau diharamkan. Jangan pakai borong semua sama.... jangan terlalu liberal sehingga mengenepikan hukum hakam agama.
Apa matlamat sebenar penganjuran pesta sentuh anjing - 'I want to touch a dog' ni? Adakah untuk menjauhkan lagi umat Islam daripada hukum2 Islam secara halus? Dimulai dengan mengurangkan rasa jijik, rasa najis, dan rasa takut kepada binatang tersebut.

Ini bukan sentuh dan pegang lagi dah tapi sudah peluk-peluk. Lepas ni bolehlah tidur dengan anjing pulak..
.
 Khalijah AS

KEJAHILAN PROGRAM 'I WANT TO TOUCH A DOG'

I want to touch a dog. Sebuah program yang dilaksanakan oleh mereka yang jahil agama. Jahil ilmu fiqh mazhab Syafie. Jahil ilmu 'uruf. Jahil ilmu fitnah khilafatul 'uruf. Jahil ilmu fiqh Aulawiyat. Dan segala kejahilan yang terkandung di dalamnya.

Program yang mampu mencipta fitnah (kekacauan dan kekeliruan) di kalangan orang awam yang kurang ilmu fiqh. Contoh fitnahnya, akan wujud mereka yang ingin sesuka hati menyentuh dan membelai anjing tanpa sebab, akan wujud mereka yang berniat untuk membela anjing sebagai haiwan dalam rumah untuk bermanja (asalkan boleh sertu lepas pegang, kononnya), dan bermacam fitnah lagi.

Kita menghormati pendapat mazhab lain yang menyatakan tubuh anjing bukan najis jika tiada didapati najis mughallazah (air liur dan tahi) pada tubuhnya. Namun kita juga harus menghormati pegangan 'uruf masyarakat setempat di mana Malaysia berpegang pada pendapat mazhab Syafie. Bila anda ada di rumah orang, anda tak boleh buat rumah dia macam rumah sendiri, tak gitu? Walaupun tuan rumah tu hormati perilaku dan perbuatan anda, namun tak bermakna dia redha anda melakukannya di dalam rumahnya.

Di sini saya menjelaskan kembali hukum mengenai anjing. Program bodoh itu telah melanggar dua point yang saya berikan di bawah, iaitu point pertama dan kedua:

Hukum menyentuh anjing

1. Memang wujud khilaf di kalangan ulama mazhab-mazhab dalam bab tubuh anjing itu najis mughallazah atau tidak. Secara ringkasnya, dalam mazhab syafie menyatakan seluruh tubuh anjing adalah najis mughallazah (Imam nawawi, Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini), selain mazhab syafie (yakni mazhab hanbali, maliki, hanafi) menyatakan hanya air liurnya sahaja najis. Ini berdasarkan hadis:

“Sucinya bejana (bekas) salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama dicampur dengan tanah.”
[Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad]

Jadi, hukum menyentuh anjing memang ada khilaf. Yang pasti, haram SENGAJA menyentuh sesuatu yang akan menyebabkan perpindahan najis keatas tubuh kita. Jadi, menyentuh anjing dalam keadaan anjing itu atau tubuh kita basah/lembap/berair, maka haramlah menurut mazhab syafie kerana najis boleh berpindah.

Kenapa seluruh tubuhnya dianggap najis berat menurut mazhab syafie? Kerana pastinya anjing membersihkan dirinya dengan menjilat. Maka kemungkinan besar air liurnya ada di tubuhnya.

**Dalam program tersebut, adakah peserta dan trainer yakin sepenuh jiwa anjing tersebut tidak menjilat tubuhnya? Dan adakah semua mereka yakin benar anjing atau tangan mereka dalam keadaan kering? Jika tak yakin, bodoh namanya. Jika pegang pada "alaaa.. lepas pegang boleh sertu (samak ikut sesetengah pemahaman orang)", ikut hukum fiqh, sengaja meletakkan diri dalam keadaan menyusahkan juga dibenci agama.

Hukum membela anjing

2. Namun tiada khilaf dan telah ijmak (sepakat) antara semua ulama-ulama muktabar muttaqaddimin dan mutaakhirin bahawa, tidak dibenarkan seorang Islam untuk membela anjing menjadi haiwan belaan, sebagaimana kita bela kucing, yang kita peluk, cium, belai dan sebagainya, KECUALI membela atas 5 sebab yang dibenarkan, iaitu:

i. Untuk menjaga harta
ii. untuk menjaga tanaman
iii. untuk menjaga ternakan
iv. sebagai anjing untuk memburu
v. menjaga keselamatan keluarga

"Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath." [Hadis Muttafaq 'Alaih]

Daripada Abdullah bin Umar dia berkata: "Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya."
[Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940]

Juga daripada Ibnu Umar berkata: "Rasulullah SAW memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga haiwan ternak."
[riwayat Muslim no. 1571]

"Barangsiapa memelihara anjing tidak untuk keperluan berburu atau penjagaan (harta/keluarga/diri/ternakan/ternakan), maka pahalanya akan berkurang sebanyak satu qirath bagi setiap hari"
[Hadis Muttafaq 'Alaih]

Daripada Aisyah r.a beliau berkata: “Telah berjanji Jibril dengan Rasulullah akan datang dalam suatu waktu, pada ketika janji itu telah tiba waktunya, Jibril tidak datang. Di tangan Nabi ada sebatang tongkat, maka baginda buang tongkat itu sambil berkata: “Tuhan dan RasulNya tidak akan menyalahi janji”. Kemudian Nabi melihat ke sebelahnya, maka baginda melihat ada anak anjing di bawah tempat tidurnya. Maka baginda bertanya: “Bila masuknya anjing ini?” Siti Aisyah menjawab: “Saya tidak tahu”. Lalu disuruh usir keluar anjing itu. Setelah anjing itu keluar datanglah Jibril dan Nabi terus bertanya: “Engkau berjanji denganku akan datang dan aku menunggu tetapi engkau tidak datang”. Jawab Jibril: “anjing yang berada di rumahmu yg menghalangi aku, kerana Kami (Malaikat) tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar" [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Syaratnya:
1) HARAM bela anjing di dalam rumah
2) WAJIB beri makan minumnya
3) HARAM mendera atau mencederakannya
4) HANYA atas 5 sebab di atas sahaja

**Peserta-peserta program tu dah peluk, sentuh, belai anjing. Adakah ia dibenarkan? Tidak sama sekali.

3. Walaubagaimanapun, anjing tetap bukanlah haiwan yang wajar dicaci, dihina, dibelasah, dibunuh sewenangnya, dipukul, diseksa atau apa sahaja salah laku. Anjing tetap haiwan yang wajar diberi kasih sayang dan belas ihsan, kerana ia tetap makhluk Allah. Telah ada hadis panjang mengisahkan tentang seorang yang banyak dosa, yang memberi anjing minum, dimasukkan ke syurga kerana pahalanya memberi minum kepada anjing itu. Namun dalam hadis tu takde pun kata si pemberi minum tu peluk cium belai anjing tu. Cukup sekadar memberi keperluan kepada anjing kita dah dapat pahala.

Rujukan:
Halal wa Haram fi al-Islam (Prof Dr Yusof al-Qaradhawi)
Mughni Al-Muhtaj (Imam Nawawi)
Haza Halal wa Haza Haram (Abdul Qadir Ahmad 'Ata)


Maklumat tambahan : KEBENARAN ISLAM

Setiap yang Allah haramkan itu mesti ada sebabnya

KENAPA PERLU SAMAK ??

1) Persatuan Doktor Kesihatan Pediatrik di Munich - Jerman, mengatakan bahawa air liur anjing mengandungi pelbagai bakteria pembawa penyakit. Bakteria tersebut dapat menyerang organ dalaman manusia melalui sistem terbuka. Risiko penyebaran penyakit jika terkena gigitan anjing.

2) Dr. al-Isma'lawi al-Muhajir mengatakan anjing dapat menyebarkan virus Tocks Characins, yang mengakibatkan penglihatan kabur dan buta.

Tanah mengandungi dua bahan yang dapat membunuh bakteia/ virus iaitu Tetracyline dan Tetarolite. Dua unsur ini digunakan untuk proses pembasmian (sterilisasi) beberapa jenis bakteria.

Tanah merupakan bahan yang efektif dalam membunuh bakteria/ virus. Tanah kubur orang yang meninggal disebabkan sakit aneh tidak mengandungi sebarang bakteria/ virus di dalamnya.


Hal ini kerana molekul yang terkandung di dalam tanah bertindakbalas dengan bakteria/ virus tersebut sehingga memudahkan proses penguraiannya secara keseluruhan.

ADA AGENDA
Pendapat Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani tentang Pesta Pegang Anjing ni... saya sangat setuju dengan pendapatnya... semua ni agenda untuk merosakkan umat Islam.


Kempen sentuh anjing yang kononnya untuk membuang stigma dan mengatasi persepsi negatif orang Islam dan Melayu terhadap haiwan itu sebenarnya adalah 'jarum halus' bagi menyuburkan fahaman liberal dan pluralisme di negara.


SATU HAL LAIN....
Sedang semua sibuk kisah "anjing", semakin PUDAR plak citer "Octoberfest", "Wanita" ini & Road to Sg Buloh"... salah satu kepakaran Anwar Ibrahim & the gang - DIVERSION...

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengucapkan tahniah kepada penganjur dan orang ramai yang hadir pada satu acara yang membolehkan pengunjung, termasuk umat Islam, menyentuh anjing. Macam ada kaitan dengan PKR pula. Apa agama mereka semua? wajah bagai ajaran sesat Islam Liberal anutan tuan penasihat.

lepas kempen arak, mai anjing pula, lepas ni apa pula?
"Jangan lepas ini buat kempen babi pula dengan alasan bahawa babi sekarang sudah bersih dah diternak dalam aircond, yang mengamalkan tahap kebersihan mematuhi piawaian antarabangsa," tegas ust Mohd Kazim Elias.

Ianya gerakan yang cukup halus dan dimulakan dengan satu kempen secara kecil-kecilan yang akhirnya akan merubah dan menidakkan hukum dan itulah tujuan asalnya.

12 comments:

Anonymous said...

jom SOKONG pkr hahaha. aku tau lama dah anwar tu agen USA dan ketua Islam Libeeral di Malaysia. Telah dia cuba liberalkan PAS dan hampir berjaya... muncullah pula kes MB Selangor, pecah tembelang. Kalau PAS boleh terima Islam Liberal **(macam Khalid Gereja) rasanya Anwar tentu lebih berani persendakan agama. Malangnya dia gagal, Allah bongkar rahsia dia melalui kemelut MB Selangor. Masih ramai yang belum faham, dok angkat dia sebagai hero. hero kejadah apa orang macam tu.

Nasihat aku tinggalkan anwar sebelum terlambat.

Anonymous said...

Nasihat Patek yg hina ni...lebih Aula tinggalkan Sistem Demokrasi Yg tiada punca dalm islam ni,...Dah 57 tahun umat islam Di Anjingkan kan sistem laknatullah ini,..dulu2 sultan yg menjaga Agama tapi disebabkan Demokrasi Sultan dah tiada Power lagi,.

Demokrasi Racun merosakan Kepala otak masyarakat Islam,.Disebabkn gatal nk merdeka habis keling dan cina kapir Diborong dan diberi I.c, dan boleh Duduk mahrajalela sehinggakn melayu sendiri dihalau dari tanah nenek moyang,.apa lagi nk diharapkan pada Ahli2 Demokrasi sedangkan urusan hidup mereka juga tungang langang. Lintang pukang..

lihat lah Negara Brunai tiada Masalah berkongsi tanah dengan kapir2 harbi...Merdeka juga Akhirnya..Apalah erti merdeka jika Bangsa Dan Agama ditindas serta dijajah,.Anda banga punyai banggunan tinggi dan mewah...tapi siapa yg empunya bangunan itu?..bangsa kita kah??..berapa anda kena bayar dgn hasil pembangunan negara?.fikir2kanlah masa sudah terlambat inilah hasilnya kerja tangan Manusia yg inginkan kemerdekaan!..

sitem ini hidup 5 tahun sekali selama itulah anda dan anak2 cucu anda berada dlm kepompong DAJJAL.

E.T.

Anonymous said...

Pesan sahabat hamba, islamkan la diri2 yg ada dalam diri kita. Itu la tugas kita walau dalam apa jua bentuk dan cara pemrintahan. Dengan izin Allah, Al Mahdi pasti tiba.

Rajendra

Anonymous said...

Jika kita lihat fitrah semulajadi anjing, ia bukanlah binatang seperti kucing yang sewenang wenangnya akan datang menjilat atau menggesel badannya ke badan sesiapa saja. Contoh mudah adalah sifat dua binatang ini jika meminta makan daripada orang asing. Kucing akan mengiau manja minta makan dan malahan akan sengaja datang menggesel badannya di kaki manusia yang asing kepadanya. Anjing pula walaupun woof woof tapi akan mengekalkan lokasinya beberapa meter dari kita tanpa cuba mendatangi kita. Oleh itu ramai mengaatakan anjing ini binatang "lebih tau diri" berbanding kucing kerana anjing hanya datang menyentuh manusia apabila setelah manusia itu terlebih dahulu menyentuhnya. Bukan sifat semulajadi anjing datang tergedik gedik macam kucing yang selalu lebih dulu menyentuh manusia walau belum diberi green light.
Jika difikirkan semula, sifat semulajadi anjing ini adalah sesuai sekali dengan tugasnya di dunia ini iaitu menjadi ujian kepada orang Islam. Seolah olah anjing tahu bahawa ada sesuatu pada dirinya yang boleh menghalang manusia islam dari bersolat. Oleh itu demi tidak mahu melakukan sesuatu yang bisa merosakkan solat manusia itu maka anjing akan sengaja menjarakkan dirinya daripada manusia yang belum begitu dikenalinya. Seolah olah anjing enggan mendatangi seseorang jika belum diketahui manusia itu "touchable" (non muslim) atau "untouchable" (muslim).
Namun anjing tidak tahu siapakah manusia yang Islam dan siapakah yang kafir. Anjing tidak mampu membezakan kita berdasarkan pakaian, percakapan atau kelakuan kita. Di mata anjing semua manusia sama saja. Oleh itu anjing telah dikurniakan fitrah untuk membiarkan manusia yang memperkenalkan identiti dirinya. Anjing akan mengandaikan bahawa jika manusia didepannya itu adalah Islam maka sudah tentu manusia itu - demi menjaga solatnya - akan mengelak menyentuh si anjing kecuali jika ada keperluam mendesak. Oleh itu jika selagimana manusia tersebut tidak menyentuhnya, maka anjing akan menganggap manusia itu adalah Islam kerana seharusnya adalah fitrah seorang manusia Islam untuk sangat mementingkan solatnya. Menggunakan logik yang ringkas ini, anjing juga akan mengelak menyentuh manusia tersebut sewenang wenangnya.
Tapi apabila berlaku kejadian dimana si manusia pula yang tergedik gedik nak menyentuh anjing. Maka logik anjing tu senang saja. Manusia ini sudah tentunya bukan Islam kerana para manusia ini kelihatannya tidak risau langsung akan risiko kepada solat mereka. So tak apalah jika anjing membiarkan "kafir kafir" ini menyentuhnya. Lagipun bukannya anjing yang start dulu. Anjing tahu bahawa mereka di dunia ini adalah sebahagian dari ujian pada orang islam.
Mungkin juga maksud wof wof wof tu ialah "celakalah kamu orang yang tidak memberatkan solat. Rupanya kamu adalah sehina hina makhluk di muka bumi ini kerana tidak mampu menggunakan akalmu".

Anonymous said...

Pada mazhab maliki,air liur anjing bukan najis..
http://islamqa.info/id/69840
Soalan kedua,adakah ditanya soalan siapa mazhab kamu didalam kubur?
Soalan ketiga,mengapa ketika tawaf,org yg berasa dia mazhab shafie bertaklik pada mazhab hambali?tetapi dalam hal anjing,org mazhab shafie tidak boleh bertaklik pada mazhab lain?

Anonymous said...

Jawapan kpd soalan ketiga. Soalan ini adalah soalan yang kurang cerdik kerana menyamakan urusan ibadah haji dengan perkara najis anjing.
Ibadah haji adalah ibadah rukun manakala sentuh anjing bukannya ibadah.
Kedua keadaan di Mekah yg penuh sesak ialah dharurah. Manakala keadaan Malaysia yg tiada langsung keperluan dharurah untuk sentuh anjing dalam keadaan seharian.

Anonymous said...

Untuk jawapan yang lebih terperinci.. google search topik
KEJAHILAN PROGRAM 'I WANT TO TOUCH A DOG'

Anonymous said...

simpan-simpanlah kebodohan yg ade tuh..
usah ditunjuk zahir segala...
jadilah manusia yg bodoh boley diajar bukannya pandai tetapi bodoh sombong...

joki baba said...

Setuju sangat sangat...

Pakcu Rantau Panjang said...

Satu program yang terancang dari musuh Islam demi memcah belahkan penyatuan ummah melalui masalah khilafiah......dan pandangan mazhab.

Anonymous said...

"Mazhab Maliki kata boleh sentuh anjing. Nak peluk atau nak cium pun boleh. Air liurnya pun harus dan suci. Kita bukan nak suruh tapi nak bagi toleransi," kata Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman dalam temubual eksklusif bersama Sinar Harian Online pada Konvensyen Fiqh Rasulullah SAW, di sini, hari ini. BILA DAN USTAZ MANA YANG NAK BERTOLERANSI DENGAN BERGAMBAR PELUK DAN CIUM ANJING NI?

Anonymous said...

rahmat tuhan itu luas...jgn sempitkan diri dgn bcakap spt orang yang tidak mempunyai ilmu dan jahil...isu anjing nak diperbesarkan..byk lagi perkara lain yang perlu ditumpukan untuk memajukan ummah...seperti katak dibawah tempurung ..isu ini sepatutmya tidak menjadi isu...

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

Recent Posts

Entri di "King of the East"

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan