Tuesday, August 12, 2014

FOKUS: TSKI memukau Rakyat Malaysia


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
TSKI menjadi semakin popular. Mampukah dia melumpuhkan bekas 
partinya  (PKR)? Khalid makin disayangi oleh rakyat Selangor yang
juga enggan ber 'MB' kan seorang wanita.

Apa yang lebih menarik UMNO istiharkan secara terbuka akan menyokong TSKI termasuk jika berlaku undi kepercayaan dalam DUN Selangor. Ini secara tidak langsung memberi sokongan moral kepadanya dalam usaha melawan bekas bossnya. Andainya PAS tidak mengubah pendirian (U-turn), tentu ia menambah kekuatan TSKI dalam mengharungi peperangan sengit dengan PKR dan DAP. Sekiranya berlaku di luar jangkaan, ditakdirkan TSKI menang dalam kegawatan ini, ia akan menjadi detik kegagalan yang amat memalukan DSAI. Namanya akan tercatat dalam sejarah Selangor.

Hanya kerana berkehendakkan isteri sendiri menjawat jawatan MB, boss PKR kini terpaksa menghadapi kekalutan luar jangka. Wajarkah tidakannya ???


kesihan.. wajah kecewa seorang pemimpin apabila gagal (menguasai PAS)


Apa akan berlaku esok, esok esok dan hari2 ke hadapan amat mengujakan seluruh rakyat Malaysia

Tiba2 TSKI menjadi figur hebat dan secara tidak disangka mampu mencabar DSAI setelah DSAI dengan angkuh memecatnya tanpa mengikut saluran yang wajar. PAS pula tiba2 menjadi sangat penting. Akan tetapi secara tidak langsung, PAS sedang dinilai oleh sebahagian ahlinya yang waras samaada parti itu masih kekal menjadi pakturut DSAI ataupun telah kembali pulih dalam tindak tanduknya. Cukuplah PAS dimalukan DSAI/PKR berulang kali sebelum ini.

Kini PAS menjadi faktor penentu samaada akan berlaku perubahan atau tidak dalam politik Malaysia. PAS bakal kembali berdiri megah membawa wadah perjuangan sebenar tanpa gangguan PKR dan DAP. Tidak mustahil, jika berjuang bersendirian PAS bakal menyapu bersih semua kerusi yang kini dipegang PKR. UMNO Selangor masih lemah dan tiada kekuatan untuk memenanginya.

Mungkinkah faktor TSKI ini akan menjadi titilk perubahan yang tidak dijangka, Penganut Islam kembali bersatu dan berjuang mengikut lunas sewajarnya sebagaimana ysng dituntut agama (setiap mukmin itu bersaudara). Apa pula nasib Anwarinas dalam PAS? Sama2 kita tonton episod seterusnya.

DAP pun menjadi rimas dan seram sejuk. LKS mula ragu terhadap masa depan PR yang terhasil dari kemelut ini.  Persoalan yang muncul ialah kenapa mereka hendak sangat TSKI disingkir? Adakah DAP mula bimbang akan bercerai dengan PAS (selama ini hanya jadi bahan buli). Mungkin mereka ada ikhtiar untuk halang penceraiaan ini. Apa yang peliknya kenapa DAP tak pernah sayangkan PAS!

Perkara paling menarik dan amat dibenci olek PKR dan juga DAP ialah kemungkinan TSKI akan beralih kem menjadi ahki PAS dan seterusnya menjadi MB pertama daripada PAS di Selangor. Tentu sekali ia amat menyakiti dan menyumbang keruntuhan PR. Mustahil DAP dan rakan karibnya PKR akan sanggup menelan semua ini. Orang Melayu pula dilihat mempunyai peluang untuk bersatu semula setelah sekian lama dipisahkan. Orang Melayu mesti bersatu hati menyokong persefahaman UMNO/PAS ini jika berlaku demi masa depan Islam. 

Realitinya masalah di Selangor ini disebabkan kedegilan DSAI yang mahu terus melantik isterinya menjadi MB perempuan pertama dalam negara ini walaupun ia agak ganjil pada pandangan agama. Beragamakah DSAI? Ia menjadi perhatian ramai phak. Ia bukan disebabkan Khalid tetapi disebabkan Anwar dan orang sekelilingnya. Hakikatnya ia adalah ketentuan Allah jua.

Adakah PAS sudi berketuakan seorang wanita? Jika jawapannya ialah "YA", ia menunjukkan PAS telah jauh berubah meninggalkan perinsip agama dan utamakan kepentingan politik. Penyokong2 PAS akan memikirkan semula sokongan terhadap sikap pemimpin mereka.

Begitu juga dengan Sultan Selangor, sudikah Baginda Sultan menerima wanita sebagai Menteri Besar? Adakah Anwar (DSAI) pernah memikirkannya sebelum ini?

Apa pula pandangan ahli PKR terhadap nepotisma setelah berlaku perkara ini?

Pastinya ia akan menelan kos yang besar untuk selesaikan krisis ini.



Anwar jumpa Hadi bincang isu MB Selangor?
Mampukah DSAI ubah pendirian DSHH, ia bakal menentukan senario baru 
Pakatan Rakyat yang sememangnya sangat rapuh



3 comments:

Anonymous said...

kerja ALLAH tiada siapa yang tahu. siapakah si munafik yang TG Nik Aziz katakan?

Kutukan Dewata said...

blog tuan telah saya link kan ke blog saya.selamat berkarya!

http://kutukandewata.blogspot.com

Anonymous said...

ya teruskan menonton drama epik abad ini.
Adakah Pas akan terus mengikut telunjuk puak gereja?
Wajarkah pusat2 dan kilang2 beer terus dibuka seperti mana satu ketika dulu Pas bersungguh sungguh mahu menutupnya?
Relakah para doktor dan alim ulamak Pas membiarkan hiburan rumah urut dan seks bebas oleh wanita asing terus menerus beroperasi di Selangor?
Sanggup tak Pas membiarkan masyarakat menghabiskan duit di pusat2 mesin judi dan stable kuda?
Adakah Pas suka melihat persekitaran Selangor dikotori dgn najis2 babi?
Hakikatnya PKR DAP bukannya mahukan Azizah untuk Selangor. Mereka sudah lama melaungkan slogan ''Jesus for Selangor".
Sudikah para pejuang Pas menerima slogan ini?

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

Recent Posts

Entri di "King of the East"

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan