Monday, November 11, 2013

DAP dan PKR sama sekali tidak bersetuju sekiranya Ulama menerajui PAS



Sepertimana UMNO, PAS kini ikut tergoyang akibat sentuhan tangan hitam. Apatah lagi ianya melibatkan parti politik Melayu. Matlamat utamanya ialah membuka ruang baru, Orang Melayu mesti diperintah bukan memerintah. Apalagi jika ia mewakili Islam. Bukan PAS atau Melayu yang salah, tetapi telah dicatur sedemikian rupa. Tanpa disedari semuanya memihak kepada bukan Islam.

Itu yang akan berlaku. Tangan hitam hanya melakukan caturan di belakang tabir mengikut arahan dari atas, yang jelasnya CIA dan Yahudi Amerika. Tujuannya ialah melonggarkan kuasa Melayu dan mengerahkan sebilangan Melayu supaya bangun menderhaka.  

Siapakah tangan hitam tersebut? Saya yakin ramai yang berakal mengetahuinya. Kita akan lihat apa yang akan berlaku dalam sedikit waktu sahaja lagi. 

#

Menjelang Muktamar PAS 24 November ini, bukan sahaja politik dalaman PAS semakin bergolak, tetapi ia turut menyaksikan rakan sekutunya, DAP, sama-sama menyibuk, mengacah dan menjentik PAS agar menari mengikut rentak mereka.

Ini terbukti apabila Karpal Singh, dengan tidak semena-mena membuat kenyataan yang begitu ‘menyakitkan’ PAS dengan mengecam parti yang berasaskan kaum dan agama sebagai merbahaya. Karpal juga menyarankan parti seperti PAS dibubarkan sahaja atas alasan tidak menepati ‘sifat’ negara ini yang majmuk.

PAS menjadi bertambah kelam kabut apabila sebuah laman facebook melaporkan petikan kenyataan AJK Kerja PAS Pusat iaitu Dr. Siti Mariah Mahmud yang menyarankan agar Majlis Syura Ulama dibubarkan saja. Beliau juga dilaporkan berkata bahawa cadangan melantik Presiden dan Timbalan Presiden PAS di kalangan Ulama sebagai cadangan yang kurang bijak.

Bagaimanapun, Dr. Mariah kemudiannya dikatakan menafikan kenyataan tersebut. Sehingga kini, tiada siapa yang dapat mengesahkan kisah sebenar mengenai laporan facebook itu.

Benar atau tidak, kita semua tahu bahawa PAS telah lama membelakangkan Majlis Syura termasuk pemimpin dari kalangan Ulama sendiri. Antaranya, isu mengenai Kalimah Allah di mana PAS dilihat berada dalam keadaan kabur dan keliru, tidak tahu untuk berpegang kepada pendirian Majlis Syura atau keputusan Pakatan Rakyat.

Di kalangan akar umbi PAS, mereka menganggap Majlis Syura sebagai badan tertinggi mengatasi segala yang lain. Namun mereka lupa bahawa PAS tertakluk di bawah kerjasama dengan Pakatan Rakyat yang mana secara automatik meletakkan keseluruhan parti itu di bawah satu payung yang diketuai oleh Anwar Ibrahim.

Justeru, semua keputusan wajib mengambilkira pandangan sekutu PAS iaitu DAP dan PKR, serta wajib pula diluluskan oleh Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.

Umum tahu bahawa DAP dan PKR sama sekali tidak bersetuju sekiranya Ulama menerajui PAS.

Dengan kemasukan golongan Anwarinas secara meluas di dalam PAS, maka tidak mustahil bahawa PAS sedang dicatur dari dalam agar menepati pendirian PKR/Anwar Ibrahim.

Manakala, dari luar pula, PAS sedang dicatur oleh DAP. Contohnya, kenyataan Karpal sebenarnya hanyalah sebagai ujikaji terhadap reaksi PAS, mungkin untuk mengenalpasti secara tepat siapakah yang paling lantang menentang DAP dan siapa pula yang menyokong. Selain itu, kenyataan Karpal juga boleh dijadikan sebagai alat untuk menonjolkan mereka yang bakal bertanding dalam Muktamar nanti.

Inilah masanya bagi mereka untuk menunjuk ‘Islam’ dan ‘lantang’ menempelak Karpal. Inilah masanya untuk menunjuk sebagai pejuang tulin yang tidak gentar dengan kafir harbi.

Malangnya, percaturan PAS hanyalah sebahagian dari mainan politik DAP dan PKR yang jauh lebih besar dari sekadar pemilihan parti. Kita pasti, sepertimana kenyataan Karpal mengenai parti berasaskan agama, isu mengenai saranan pembubaran Majlis Syura adalah sebenarnya suara DAP dan PKR.

Percaya atau tidak, PAS kini sedang berhadapan dengan cabaran yang melibatkan akidah dan iman. PAS sedang diasak dari dalam dan dari luar agar menghumbankan saja golongan Ulama yang degil tidak dapat menerima pendekatan liberal dan plural DAP dan PKR.

Persoalannya, mampukah golongan Ulama PAS menolak asakan mereka? Apakah ahli-ahli PAS menyedari apa yang sedang berlaku di dalam parti mereka?

Apapun, hanya Muktamar PAS yang dapat memberikan jawapan kepada semua persoalan ini. Sekiranya golongan Anwarinas berjaya memegang jawatan penting, maka bersedialah untuk PAS yang hanya Islam pada nama. Sekiranya balaci DAP juga turut berjaya menduduki jawatan tinggi, maka bersedialah PAS untuk menghapuskan terus nama ‘Islam’ pada parti mereka. sumber

0 comments:

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan