Friday, February 22, 2013

Bahaya Semakin Dekat - Apa akan terjadi pada bangsa Melayu?




1985 – Lim Kit Siang di dalam bukunya “Malaysia Crisis Of Identity” mengulangi cita-cita DAP mahu mewujudkan “Malaysian Malaysia”dengan menghapuskan hak istimewa orang Melayu.



Kita sedia maklum bahawa DAP adalah parti oppurtunis dalam apa keadaan sekali pun. Hasrat mereka untuk meneraju negara dengan mempergunakan PKR & Pas. Mereka tahu sokongan ahli PKR kian merosot dan PKR akan terkubur akhirnya. Mereka juga tahu ahli-ahli Pas kini sudah mencurigai parti yang TIDAK LAGI berlandaskan Islam seperti dulu atau boleh dikatakan Pas sekarang adalah parti SEKULAR dan bukan parti ISLAM lagi. Mereka-mereka inilah sasaran untuk menjadi ahli-ahli baru DAP.

Kita maklum apa yang diperkatakan dalam blog-blog yang anti-kerajaan hampir kesemuanya tidak benar belaka tetapi harus kita ingat apa yang diperkatakan amat menarik minat para pembenci kerajaan BN/UMNO kerana memang itulah angapan mereka selama ini. Persoalannya apakah mereka mampu menambat hati bangsa Melayu. Rasanya agak mustahil selagi PERKASA masih wujud di Malaysia dan selagi perisiwa 13 Mei masih segar di ingatan bangsa Melayu. Yang pasti ia akan mendapat sambutan dari generasi muda yang sudah lupa sejarah bangsanya dan terlalu tebal dengan toleransi kaumnya hingga menidakkan hakikat peristiwa 13 Mei dan menidakkan apa yang termaktub dalam al-Quran bahawa musuh-musuh Islam sentiasa wujud sehingga akhir zaman.

Pastinya yang merasa bahang adalah PKR dan Pas kerana penghijrahan akan berlaku dari golongan yang menjadi target group DAP. Nampaknya DAP akan bertambah kukuh sedangkan PKR & Pas akan bertambah lemah. Begitulah liciknya DAP. DAP umpama gergagi 2 mata. Mendapat kelebihan dari kedua-dua pihak disamping meneruskan agenda nasionalnya untuk menguasai Putrajaya melalui mandat yang diberikan oleh bangsa Melayu di tiap-tiap negeri.

Akhirnya apa akan terjadi pada bangsa Melayu? Jika ia benar-benar berlaku maka akan bermulalah era yang sering diperkatakan, era akhir seumpama Yakjud & Makjud. Kita akan lihat di mana bangsa Melayu yang berkiblatkan DAP akan berkubu dan berlindung seandainya ini terjadi.

Adakah berlindung di sebalik bayang puak pelampau yang memerangi Islam atau bersatu dengan puak-puak Islam yang lain. Sesungguhnya akan ada Dajjal-dajjal kecil dari kalangan orang-orang Islam.

petikan fb nurul nizam

DAP adalah lebih berbahaya dari Parti Komunis Malaya (PKM). Taktik DAP amat halus dan licik. Tidak mudah untuk menghadapi strategi DAP ini tanpa jati diri yg kukuh dan kebijaksanaan dalam berpolitik. Jika PKM, semua mengetahui yg mereka menggunakan taktik kekerasan untuk merampas negara ini. Dan tidak sukar untuk kerajaan menanganinya. Hantarkan saja askar-askar untuk menghapuskan mereka.

Tapi bagaimana untuk menumbangkan DAP ini? Bolehkah kerajaan menghantar askar untuk mengalahkan mereka. Sudah pastilah tidak. Ini kerana DAP adalah komunis dalam bentuk yg baru iaitu satu organisasi politik yg berjuang mengikut perlembagaan. Cara untuk menumpaskan mereka mestilah juga melalui perlembagaan iaitu pilihanraya.

Baca juga disini: dap-teruskan-perjuangan-komunis

Sudah berapa ramai umat Melayu Islam yg telah tertipu dan terpesona dengan pelbagai helah yg disajikan oleh penganut komunis itu. Dan setiap kali itulah maruah Melayu Islam diinjak-injak dan dipermainkan sewenang-wenangnya oleh parti rasis itu.

Dengan memakai songkok dan lengkap berbaju Melayu semasa berkempen di kawasan Melayu, menggunakan ayat al-Quran dan hadis sebagai modal politik serta berceramah ala ulama agung di dalam masjid adalah strategi licik yg mampu mengkhayalkan umat Melayu.

Sikap org Melayu yg mudah tertarik dengan individu bukan Melayu/Islam yg mesra ajaran Islam @ budaya Melayu turut menyumbang kepada 'kehebatan' DAP ini. Percayalah DAP tidaklah sekuat mana. Sebenarnya sikap umat Melayu Islam lah yg menyebabkan DAP merasakan yg mereka mampu menakluk Malaysia ini.

Jadi apakah penyelesaian kepada masalah ini? Untuk menumbangkan ideologi DAP ini, selain perpaduan umat Melayu Islam yg sering diperkatakan, cara lain ialah dengan memiliki pengamatan politik yg tajam dan dapat membaca dengan baik segala strategi politik parti komunis ini. Jangan bersangka baik sangat dengan segala tindak-tanduk DAP.

Mereka bukannya ikhlas mahu membela nasib Melayu dan bumiputera. DAP hanya mahu memusnahkan pemerintahan Melayu Islam/peribumi di negara ini dan menggantikannya dengan kerajaan Cina. Peganglah satu perkara - DAP atau org Cina sama sekali tidak akan senang duduk selagi mereka tidak dapat menguasai Malaysia. Mereka kini sedang giat berusaha ke arah itu. Persoalannya apakah satu hari nanti mereka mampu menduduki tampuk pemerintahan negara? Hanya masa yang mampu menjawabnya.

Apakah peranan kita sebagai umat Melayu Islam? Perhatikan siapa yg mampu menjaga kestabilan negara dan memastikan Malaysia terus aman. Mungkin ada yg akan mengatakan bahawa BN pun banyak melakukan kesalahan. Ya, BN diterajui oleh manusia yg tidak lari dari kesilapan. Tapi tidak semua yg melakukan penyelewengan. Hanya segelintir saja yg melakukannya. Sesiapa sahaja yang memegang kuasa tidak akan dapat melepaskan diri dari godaan syaitan termasuk alim ulama. Tak perlulah buat bandingan.

Sekurang-kurangnya BN tidak membuatkan satu-satu kaum @ penganut agama di negara ini berasa terancam di bawah pemerintahannya. BN juga tidak mengamalkan politik rasis seperti DAP yg sering memperlekehkan org Melayu dan Islam. BN juga tidak seperti DAP yg sanggup memecahbelahkan perpaduan sesama rakyat Malaysia demi meraih undi. Dan yg penting BN bukan komunis seperti DAP!

57 comments:

Anonymous said...

hahaha DAP komunis... DAP jahat... PAS kena tunggang... hahahhaa... sorry bro... org atas UMNO hanya perjuangkan duit je... takyahlah nak pusing.... tengoklah betapa kaya raya mereka... kikikiki... nama pun DEMOKRASI...bukan sistem KHALIFAH... semua pasal projek... takyahlah nak pusing... bahayalah.. apalah... aku tengok BN memerintah berseah bayai kena buang... berzina sana sini... berpeluk secara terang dlm TV "berlakon"... kekekekek sorry brooo... jgn pusing lagi...

Anonymous said...

Pilihan yang ada sekarang ialah BURUK,LEBIH BURUK,HANCUR.Jadi pilih la mana yang sepatutnya berpandukan Sunnah dan Al Quran.Wallahu'alam.

Anonymous said...

Si anonymous 10.48AM bangga nyerr menyebelahi Dap..entah2 org dap...kot..org melyu kat msia tak kan dok diam ...tengoklah nanti pru 13 akan terjadinya swing vote dr pas ke umno...

Anonymous said...

anonymous 10.48AM

ok... silakan tidur bawah ketiak guang eng... sedappp.

Anonymous said...

Karpal punya kangkang juga wokey, bau ada mangi.. he he he. langkah my body..!! huh?

PAS? sian ditipu Anwar.

Anonymous said...

anwar?!!!! dia bukankah keluaran INIted Malay Natiomal Organisatipn, pewaris british zioist. Kalaulah UNIted mno lahir utk memerinta malayu tak jdi sebagaimana hari ini. Umdi UNOted mno berertti mrelakanalayu terpilih utk menghalalkan arak, judi, zina malah bunuh juga dibolehlan, asal pegang kuasa.

Anonymous said...

anon 7.08

xper nanti kalipah guang eng bantu ek? omno jht, dap baik. sokong kpal bawa bagia. hik hik hik.. dah tau anwar x btul.. apsal angkat jadi raja? teranggok anggok.. produk ni memang yang x ok, ambik kao buat tuan heh. zionist? hehe anwar dah lama jadi tbarut yahudi, masih x tahu? atau buat2 xtahu.. sokong nuar = sokong yahudi heh.. belengaslah kao

AruL.AriffieN said...

bagusnye ahli nujum negara ni. pandai tilik masa depan negara ekk? mmg kalah kuasa ALLAH SWT. Astagfirullahal'azim...
kalau betul xpe, tapi kalau x betul jatuh FITNAH tau. ingat dosa fitnah tu. hal politik mmg xbleh nk jangka siapa betul siapa salah, tapi apa2 pn kalau dah demokrasi tu mmg dh ikut acuan puak dajjal, makanya orang2 yg terlibat pn diacu sama oleh puak dajjal.
~ saya bercakap bagi pihak atas pagar.

EngkuSyed said...

hmmm.... entahlah tak tau saya nak kata apa, kita orang melayu ni dalam situasi yang amat terhimpit, umno salah pas pon salah. pas nampaknya masih tak sedar yang mereka sisit2 masuk ke perangkap dap. melalui ceramah2 mereka, saya lihat mereka menganggap bahawa kaum cina dap ini tidak salah dan tidak tahu menahu tentang ketidakseimbangan kaum di malaysia.seolah-olah dap ini perlu dibimbing ke arah islam. padahal kita sedia maklumbahawa dap ini kebanyakkannya adalah musuh melayu yang sangat bahaya.

di pihak umno pulak, saya lihat umno ini tak bertanggungjawab. mereka kata mereka bela melayu tapi mereka sendiri yang memperdajalkan orang melayu sendiri. mereka ini seoalh-olah menjadi barua cina untuk merampas hak-hak dan milikan oerang melayu lalu diberikan kepada cina. cuba lihat, di mana sahaja kawasan umno tentu orang cina kuat disitu manakala orang melayu semakin mengecil dan hilang penguasaannya.

jadi dua-dua tak boleh pakai. solution nya kita orang melayu kena bersatu. jangan taksub sangat dengan parti politik. jadilah mereka yang teguh peribadi dan luas pemikiran.
\
sekian wassalam

Anonymous said...

orang melayu nih, kebanyakannya bodoh sombong. nak buat camana, lepas kena hentak atas kepala sendiri, baru percaya. tapi dah terlambat. fikiran macam bebudak, dah hilang barang baru nak nyesal. kata orang tua2, kita boleh agak melalui tanda2, ... dalam keadaan ni pun masih nak eksen.

Unknown said...

Yang pasti hak kita tak terusik sebelum nasi jadi bubur palau kan dap

Unknown said...

singapore jadi saksi ape yang terjadi...pikir2 lah anak melayu

hassan said...

asku sedia berperang pada bila2 masa demi negara ini,bangsa dan agama..................perkara buruk dalam negara ini telah dicipta oleh seorang manusia bernama anwar ibrahim

Anonymous said...

DAP menyembunyikan niat sebenar. PAS terpesona kemenangan 2008 dan PKR bersangka lebih maju dan peluang anuar jadi PM.

Inikah dunia pilihan hati?

Orang muda ghairah kan perubahan tapi lupa berfikir... apa guna perubahan jika segala hak milik tergadai?

DEB mansuh, tiada sekolah asrama penuh untuk Melayu, Maktab MARA akan lenyap, UITM dipenuhi bangsa asing dipaksa melayu akur secara merit..

Niat asal DAP tak pernah berubah. Hapuskan Melayu

Rampas Perkhimatan Awam, tentera dan polis. Negara akan jadi milik cina.

Selamat tinggal politik melayu.. politik islam..

Akibat sikap ikut membabi buta.

Anonymous said...

Terbayang zaman sebelum merdeka....budaya islam malayu cara hidup secara syumul...yang ditentang adalah penjajah berlainan bangsa, warna kulit, budaya dan aqidah. Sangat jelas siapa musuh di segi fizikal.
Cara hidup ketika itu dlm naungan quran dan sunnah...jawi adalh kesinambungan persuratan..wanitanya penuh sifat sopan, bermaruah...arak, judi, penzinaan jadi bahana besar sbb aqidah yang di sanubari meletakkan perkara2 spt itu perkara besar seiring hukum islam yg dosa2 besar boleh bawa kpd pembinasaan ummah...

Itu dulu...bila merdeka ingatkan bangsa sendiri sbg pemerintah meneruskan cara hidup islam...rupanya keadaan berlaku semakin menyimpang waktu di bawah penjajahan...inilah bermulanya kekeliruan malayu...yang dulu haram kini halal malah dilakukan secara terbuka...
Arak, judi, zina, bunuh dihalalkan . Bagaimana boleh terjadi...akibat rasuah...matlamat hidup dipesongkan dgn tema pembangunan...tp bukan yg dituntut islam krn malayu mula beralih kpd kebendaan,

pedi bila mengenangkan apa yg tlh dihilangkan oleh waris penjajah...bwnarlah telah disihirkan pada nama waris penjajah ...UNI...jadi langkah umat malayu ialah memerdekakan jiwa dr UNIted ini..
Langkah telah dimulakan.......bg yg belum maka tolaklh UNIted waris zionist...memang di peringkat awal ada kesukaran dan keperitan..asal jiwa yang merdeka dr belenggu zionist UNIted...akan terbit kelak kekuatan mengembalikan apa yg di musnahkan oleh UNIted mno lebih 56 tahun....

Anonymous said...

Simple flow..

1948 -PKM menjadi anak tidak sah taraf.
-Pimpinan PKM berdedai ke singapura..
maka lahirlah PAP.
1966 -DAP dilahirkan hasil kelaminan PAP dari
seberang tambak ke tanah tumpah darahku.
1969 -'13 mei' MASTER PIECE DAP yg pertama.
....

Kepada sekalian saudara-saudaraku pimpinan serta jentera akar umbi PAS,marilah kita bersama-sama mempertahankan kerjasa erat antara kita dengan DAP...kerana DAP lebih islamik berbanding UMNO!
UMNO lebih kafir daripada DAP!!

Aku berbunyi...Kepala bapak kau lah!!!!!

Anonymous said...

Hehehe...Banyak sungguh yang kita tahu sekarang nie...(1) so apa pilihan yang kita ada?...pasti ada...bila di persimpangan, kita akan ambil masa dan buat penelitian sedalamnya walau pun gelap menanti di kedua-dua jalan...hakikatnya salah satu dari jalan tersebut ade cahaya menanti...(2) Adakah jalan yg berliku/payah tidak boleh membawa kepada cahaya tersebut dan jalan yang mudah/lurus pasti penghujungnya bahagia? Bila sentimen Melayu di mainkan...sape yang dapat membelanya dihari mendatang? Sejarah telah membukti/bercerita...bila kita berkuasa untuk tempoh yang lama, Allah akan menguji kita dan banyak tamadun jatuh bila agama tidak dihati...dan akan kembali ke pangkal bila diberi pengajaran...MAKSUDNYA...Pemerintah sekarang setuju atau tidak dah jauh tersasar kerna ditenggelamkan keindahan duniawi...dan Allah akan memperingatkan kita sedia atau tidak untuk kesekian kalinya...Selepas itu akan bangkit gerombolan baru dengan semangat baru...SO kite kene jatuh skali (lagi) untuk memastikan kite bangun dengan jati diri...(3) tika jatuh nati, dimanakah kita? bersama sapa kah kita?...dengan tahap pemikiran/pemahan kita sekarang yang senang bersangka buruk dan mudah termakan dengan fitnah kita pasti tidak dapat membuat pemerhatian dan memilih dengan sempurna kerna tika itu IMAN yang memandu kita - Harap kita bersama mereka yang Allah beri perlindungan...Berbalik pada soklan pertama...apa yang kita ada sekarang? - pastikan anda memilih gerombolan yang Allah janjikan perlindungan dan yang sangat pasti gerombolan yang akan menggantikan pimpinan baru nati adalah mereka yang mendokong KALIMAH TAUHID...tika itu...tiada lagi fahaman/idealogi, perkauman...bla...bla...TUAN ADMIN, saya lihat tuan masih cenderung merumus/menyimpulkan sesuatu topik....tidakkan ilmu dan pemahaman yang di PINJAM kan kepada tuan sapatutnya mendorong pembaca mencari hanya DIA setelah di fahamkan hakikat keadaan sekarang...nampaknya tuan sendiri di dalam kitaran mereka, bermain dengan hasad dan fitnah akher zaman...dengan kata laen TUAN adalah agen mereka yang tidak dilantik merealisasikan FITNAH AKHER ZAMAN...setuju atau tidak...ia sedang belaku...

Anonymous said...

KOMUNIS DULU DAN KINI

‎1. DULU komunis berpusat di hutan belantara KINI mereka berpusat di bandar-bandar...‎

‎2. DULU komunis bersenapang, bom, bayonet KINI mereka selindung selingkuh dgn ‎dollar, lowyar, lgbt, human-right, pluralisme...‎

‎3. DULU komunis bertindak zalim penuh ganas menyeksa membunuh melayu KINI dgn ‎zahir penuh licik merekalah umpama juara menghulur bantuan sehingga sebahagian ‎melayu terpesona langsung bertakbir...‎

‎4. DULU komunis menghalang melayu beribadat di surau-surau KINI dgn lagak umpama ‎tok guru, berbaju melayu, berkopiah bahkan memetik ayat alquran dan hadis utk ‎mengula-gulakan sehingga sebahagian melayu terkhayal langsung bertakbir...‎

‎5. DULU komunis didepan menyeksa, memeras, mengugut melayu KINI dgn duduk ‎selesa di meja-lowyar di kelab elit mereka memainkan mencaturkan sebahagian melayu ‎yang kecanduan untuk berdemontrasi berganas-ganasan langsung bertakbir...‎

‎6. DULU komunis itu "kafir" KINI DAN SELAMANYA tetaplah mereka itu "kafir"...

yakni komunis itu antara musuh melayu islam yang nyata Dulu, Kini dan Selamanya... ‎

c&p
abigist

Anonymous said...

saja dok dengar pembangkang punya ceramah, tanpa disedari ahli -ahli DAP ini sebenarnya memperlaga-lagakan orang melayu dan islam tanpa kita sedar... dan paling sedih ramai melayu dok sedar siap tepuk tangan sokong... harap lihat dan dengar apa yang tersirat ucapan mereka itu ... sedikit pun tiada kecaman kepada parti bangsa lain..hanya dituju kepada parti yang berbangsa Melayu dan Islam ...

Anonymous said...

anon 2.42
saya tidak bersetuju ngan komen tuan terhdp admin. ini adalah kerana tuan lebih rela menyerah nasib diri kepada Dap drpd org melayu sendiri. sejahat2 melayu, saat nafas terakhir pasti akan menyebut syahadah dan kalimah ALLAH.

Anonymous said...

anon 1:48..

Hehehe...

"saya tidak bersetuju ngan komen tuan terhdp admin. ini adalah kerana tuan lebih rela menyerah nasib diri kepada Dap drpd org melayu sendiri. sejahat2 melayu, saat nafas terakhir pasti akan menyebut syahadah dan kalimah ALLAH..."

Saya tidak akan membawa pembaca/pengkomen untuk berdiskus lanjut tentang sapa itu "Melayu"...saya yakin di kalangan kita sangat banyak membuat homework dan sepatutnya kita akan mentafsirkannya kepada satu definisi yang sama...pada saya, saya suka penulisan yang membawa kepada pembaca untuk melihat diri sendiri dan cenderong kepada kembali ke fitrah...bila satu-satu isu itu di mainkan...di akher penulisan simpulkanlah HAKIKAT kejadian itu dalam perseptif KITA UMAT AKHIR ZAMAN dan Persediaan pemantapan rohani...kerna peperangan akhir zaman nati adalah tuntutan keatas kita semua atas jalan/tiket tauhid...maksudnya, ALLAH maha berkuasa, ISLAM itu sejahtera, ALQURAN & HADIS itu benar...Maka dengan itu, isu DAP, MELAYU, bla...bla...tidak relevan tika masa ia terjadi nati...

Jika tuan sudah berjaya memahami sedikit (Kerna ALLAH lah yg maha mengetahui) peranan "mereka" dan akibat daripada percaturan "mereka" untuk merealisasikan rancangan mereka...topik seterusnya adalah berkisar secara amnya "KITA ADALAH KHALIFAH DI BUMI INI..." "PERSIAPAN KITA/INDIVIDU UNTUK MENGADAPTASIKAN BAHAWA TIADA TUHAN SELAIN ALLAH..." khususnya...maka isu-isu kebelakangan ini adalah umpama butiran pasir di pantai...begitu kecil namun banyak...itulah sebaik-baik gambaran fitnah akhir zaman...jangan belenggukan diri dengan topik2 seumpama ini kerna tidak satu pun mentafsirkan HAKIKAT kejadian kita...TUAN ADMIN, saya yakin tuan memahaminya dan bimbinglah/cenderungkanlah pembaca kearah fitrah...atau kita berterusan menjayakan rancangan "mereka"...menjadi agen tak di lantik dan akhernya tiada penghargaan...Kupaskanlah...

hehehe...

AruL.AriffieN said...

Saudara2 jgnlah terlalu taksub dgn apa jua parti politik. kita sendiri tahu bahawa sistem demokrasi sekarang adalah ciptaan barat dr pengikut dajjal. kemudian disebarkan melalui penjajahan baraat ke seluruh dunia. Pemerintahan di Malaysia juga tidak terlepas drpd sistem dajjal ini. Apa yg saya perhatikan seperti ada talian & hubungkait antara parti pemerintah & parti pembangkang yg semestinya melalui ketua mereka 'The Hidden Hand' mereka menyusun strategi utk membawa segala umat di negara kita ke One World Order. Maka terciptalah 1Malaysia sama seperti One Israel, maka diciptakan pula isu Kalimah ALLAH utk semua penganut agama. Adakah anda saudara2 tidak nampak permainan politik ini? Jika kita menyokong sesuatu yg terang2 bertentangan dgn Islam, maka saudara2 kaji balik, perbetulkan & sentiasa perbaharui Kalimah Syahadah saudara2. Kita umat Nabi Muhammad sentiasa saling ingat-mengingati antara satu sama lain.

Anonymous said...

Totok.......totok

Anonymous said...

umno = melayu penakut. hahaha...

Anonymous said...

pastikah kita menolak waris zionis dan balik kepada islam.... ataupun kita masuk kepada zionisme yg berbeza bentuk???

Van Nathan said...

Dalam islam tiada pas dan umno...
Para melayu bangsaku yg beragama islam dibumi bertuah ini,jika kita buang kedua-duanya diatas itu apakah kita akan kehilangan rezeki?..atau apakah juga kita akan kehilangan islam?..atau juga hilang kehidupan yang indah ini?

Kita adalah hamba yang esa..

Am said...

Dapat berita saudara abatasa masuk wad. Macamana dengan perkembangan beliau? Doakan beliau cepat sembuh ok..

Anonymous said...

pemimpin melayu yg khianati melayu..yg admin mahukan..melahirkan juara penagih dadah..melahirkan juara banduan..melahairkan masyarakat yg benci islam..spt mn admin sendiri yg bencikan kebangkitan islam..insya allah golongan spt admin ini akan hancur

Anonymous said...

admin merupakan golongan yg benci kepada kebangkitan islam..bagi kumpulan yg sealiran dgn admin..golongan masyarakat yg jauh dr pegangan agama yg admin mahukan..sudah sekian lama..islam runtuh di negara kita..admin mahu kite semua kekalkan keruntuhan akhlak ini..jgn kite ikut admin ini..jauhi..jauhi ..jauhi kumpulan ini

Anonymous said...

admin 3.55

apa yang anda sedang katakan kpd admin samalah mcm fitnah akhir zaman........awk memfitnah tp awak xsedar ........kalau Malaysia dah jatuh ke tangan bukan Melayu..........macam mana kita nak tegak kan Islam..................ketika itu kita perlu tunggu 5 tahun lagi........namun bagi saya itu semua sia2......Malaysia akan diubahkan mengikut agenda laknatullah......maka ketika itu jadilah kita mcm minoriti Islam di luar negara..walau kita sebenarnya majoriti....hak kita dan suara kita akan hilang...........kita akan mengemis di negara sendiri............masyallah.......sedarlah ketika Allah memberi ruang dan peluang......bersatulah 2 parti Melayu.....amin...

Badrol said...

As salam..
Tak perlu fitnah memfitnah, tak perlu menunding jari.. tanpa disedari komen2 kita juga mengundang dosa dan perpecahan. Kenapa perlu kita meletakkan bangsa dan ugama di tangan sistem dunia.. 'demokrasi' hanyalah istilah untuk kemenangan dunia, sedangkan tanah melayu ini sudah ada asas selari dgn sistem khalifah.. untuk apa Yang DiPertuan Agung itu? Hanya untuk digambarkan pada wang kertas...
Bersatulah wahai mukminin mukminat, dikala parlimen bubar.. biarkan ia kekal bubar dan terkubur. Angkatlah 'Agung' kita menjadi khalifah, memimpin berlandaskan Al-Quran.

Anonymous said...

adalah amat malang sekali anda semua membaca tertapi tidak faham, admin abatasa hanya copypaste sahaja posting dari blog lain, kemudian disusun sahaja baik baik

Anonymous said...

kebejatan admin....bodoh dan bengap..

panjihitam said...

kami hanya menantikan pemerintahan khalifah islam,,yang sebenar2 islam..barlandaskn al-quran dan sunnah..membawa kembali kegemilangan islam sebagai fitrah yg sempurna dlm tamadun dunia..

. said...

Peace 2 u bra...

tutup pintu rumah rapat-rapat
orgkan dtg dgn salam dan rezqi
maka bukalah pintu itu dan terimalah seadanya....
dan seandainyanya yg dtg itu hanyalah anjing kurap yg kurus lg kering
menggonggong tulang busuk dan menyalak bingit tanpa adabnya
bg terajang maut jer sama itu anjing!

gua tujukan khas buat 'Anon' March 28, 2013 at 2:42 PM..
p/s-mak bapak lu tak ajar adab aper?

Anonymous said...

Salam,

Dengan situasi terkini, penyokong BN 40% dan Pakatan 40% yg sama kuat
maka dua-dua pihak sedang bekerja keras untuk meraih pengundi atas pagar 20%.

Memandangkan bagi kita atas pagar ini tiada jentera penggerak yang khusus, maka
kita kongsikan maklumat bersama daripada hanya bertindak secara kecil/individu.
Kita memang terkeluar dari rahsia/strategi kedua-dua belah pihak sedangkan kita
lah kekuatan penentu kemenangan. Maka bertindak bijaksanalah walau kita tiada
apa-apa kepentingan, hanya ingin melihat keindahan Islam dan keadilannya. Jangan
sampai keluar dari mulut buaya masuk ke mulut naga. Kini yang tulus ikhlas
sudah terlalu kurang, dan kita tidak dapat lari dari yang ramai pura-pura ini.

Oleh itu berstrategilah. Pada aku pilihan yang paling baik ialah gunakan kuasa
kita untuk menyatukan mereka secara paksa. Jika kita mengambil pendekatan mereka
ini dua pihak, satu BN dan satu Pakatan maka kita akan memenangkan keduanya
kerusi parlimen secara samarata 111:111 untuk 222 kerusi sediada. Mana pihak
yang berkelebihan sebagai contoh 112:110 akan mendapat mandat memerintah. Bahaya
di sini ialah yang kalah akan membeli kerusi pihak lawan utuk menang.

Oleh itu cara yang paling baik ialah pendekatan 3 pihak. Setakat ini kelebihan
bagi kita Melayu/Islam ialah kita ada tiga tonggak parti yang majoriti
calon-calonnya Melayu/Islam. Setakat hari ini PAS 68 calon, PKR 70 dan UMNO
masih belum ada laporan. Jadi kita tetapkan kemenangan kerusi bagi mereka, iaitu
secara samarata iaitu 50:50:50. Secara dasar BN (UMNO 50 + MCA + MIC) kalah
PAKATAN (PAS 50 + PKR 50 + DAP) menang majoriti mudah. Tapi dengan cara terpaksa
sahaja PAS 50 + PKR 50 + UMNO 50 ini kita dapat pemerintahan majoriti besar
Melayu/Islam yang semestinya bukan UMNO BARU. Jika UMNO BARU menolak, kita masih
tetap di bawah PAKATAN yang hanya majoriti mudah tanpa takut apa-apa pindaan
yang merugikan Islam.

Jika ramai yang bersetuju maka kita tetapkan mana 50 calon terbaik dari ketiga
tiga parti tersebut untuk gerakan kita semua. Ketetapan 60:60:60 tidak memberi
kesan sama kerana dua parti sahaja sudah cukup memberi majoriti mudah dan risiko
PAKATAN memperolehi majoriti besar harus difikir kerana masih ada baki 222-60-60
-60=42 kerusi yang jika di campur dua parti besar 42+60+60=162.

Ikhlas,
HA


Anonymous said...

It's actually very complicated in this full of activity life to listen news on TV, thus I just use internet for that purpose, and get the most recent news.

My page ... coconut Oil for hair

Anonymous said...

Someone necessarily assist to make significantly articles I might state.
That is the very first time I frequented your web page and
up to now? I surprised with the analysis you made to create
this actual publish extraordinary. Fantastic
job!

Feel free to surf to my weblog Diarrhea Remedies

Anonymous said...

Excellent beat ! I wish to apprentice whilst you
amend your web site, how can i subscribe for a blog website?

The account aided me a appropriate deal. I had been a little bit acquainted of this your broadcast provided bright clear concept

Also visit my weblog :: Dry Scalp treatments

Anonymous said...

Why users still make use of to read news papers
when in this technological globe the whole thing is available on net?



Here is my site - permanent hair straightening

Anonymous said...

Howdy just wanted to give you a quick heads up. The text in your
content seem to be running off the screen in Chrome.
I'm not sure if this is a formatting issue or something to do with browser compatibility but I figured I'd post to let you know.

The layout look great though! Hope you get the problem fixed soon.
Many thanks

my web blog :: diarrhea remedies

Anonymous said...

What you said made a lot of sense. But, what about this?
what if you were to create a awesome title? I am not saying your information isn't solid, however suppose you added a post title that makes people want more? I mean "Bahaya Semakin Dekat - Apa akan terjadi pada bangsa Melayu?" is kinda boring. You ought to look at Yahoo's
home page and watch how they create news headlines to grab viewers
interested. You might add a related video or a related pic or two to grab people excited about what you've got to say. In my opinion, it might bring your blog a little livelier.

Visit my page; refinishing hardwood floors

MfR said...

Orang Melayu dah berpecah 3....PAkatan Rakyat, Barisan Nasional dan juga atas pagar...Kebanyakan yang menyokong Pakatan disebabkan sikap Ahli politik Umno dan Barisan Nasional sendiri...bersihkan Barisan Nasional dari gejala rasuah,kronism, budaya porno dan ketirisan duit rakyat dlu. Bersihkan dari dalam Parti dlu.Jika sekiranya masalah ketirisan wang rakyat dapat dihapuskan dalam kerajaan, pentadbiran elok. InsyaAllah ramai golongan muda akan sokong Barisan Nasional. Kalau dalam jangkamasa 5 tahun sistem pentadbiran masih kotor dengan salah guna duit rakyat, bersedia untuk tukar kerajaan.

Anonymous said...

Raja-raja Melayu tak ada kena mengena dengan permainan politik UMNO. UMNO adalah pendukung secularism yang ditaja oleh penjajah British. Manakala Raja-Raja Melayu pula adalah pelindung bagi Ugama Islam. Kerajaan Raja-raja Melayu sendiri tahu siapa talibarut Inggeris.

Buat sementara ini Raja-Raja Melayu terpaksa diamkan diri dahulu. Akan tiba masanya nanti Raja-Raja Melayu dan Rakyat Malaysia yang berbilang bangsa akan tibai UMNO habis-habisan. Raja-Raja Melayu memang tengah geram dengan Kerajaan Pusat dibawah UMNO-BN yang telah banyak mencuri blue-print rancangan pembangunan yang diusahakan oleh pihak kerajaan Raja-Raja Melayu.

Yang sebenarnya kerajaan Pusat di bawah UMNO-BN bukanlah kerajaan yang sama yang diperintah oleh Raja-Raja Melayu. Itu sebab Islam masih dapat dipertahankan di Malaysia kerana hanya Jabatan Ugama Islam bagi setiap negeri sampai sekarang masih tidak diletakkan dibawah kelolaan kerajaan Pusat di atas perintah titah Raja-Raja Melayu. Jabata Ugama Islam masih lagi di bawah kelolaan kuasa Raja-Raja Melayu. Jabatan Tanah dan Perhutanan juga tidak diletakan dibawah kerajaan Pusat. Kalau lah Jabatan Ugama Islam diletak dibawah Kerajaan Pusat, mungkin Malaysia sudah bukan negara Islam ASWJ, lagi.

Kerajaan Pusat dibawah UMNO-BN adalah kerajaan Secular manakala kerajaan dibawah Raja-Raja Melayu adalah Kerajaan Islam.

Sebenarnya ramai rakyat Malaysia tidak tahu akan hal ini. Hanya siapa yang mempunyai perhubungan rapat dengan pihak Raja-Raja Melayu sahaja yang mengetahuinya.

Anonymous said...

Percayalah manusia tak kira apa bangsa sekali pun semuanya adalah dijadikan dan dimiliki oleh Allah SWT. Allah jadikan manusia berbangsa-bangsa untuk mengenali antara satu sama lain. Tetapi manusia engkar dan tak mahu menerimanya seperti yang diperintahkan Allah SWT. Sifat mereka seperti Iblis laknatullah yang engkar tak mahu sujud kepada Nabi Adam AS apabila diperintahkan oleh Allah SWT. Ia bertindak seolah-olah Allah SWT tak tahu apa yang dia buat. Begitulah bodoh dan angkuhnya sifat Iblis. Jadi sesiapa yang bersikap begitu, sama lah dia dengan sifat Iblis laknatullah.

Semua ada hak masing-masing, ada yang satu hak, ada yang dua hak dan ada yang tiga hak. Sebagai seorang Islam kita tidak boleh abai hak-hak yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Hak-hak ini mestilah diletakkan pada tempat yang betul.

Ingatlah Ar-Rahman itu adalah sifat Allah bagi semua makhluknya dan Ar-rahim itu sifat Allah hanya untuk ummat Islam.

Berhati-hatilah dengan syak-wasangka kerana ia adalah bisikan Syaitan.

Jadi, janganlah kita bertindak sampai melampaui batas, kerana Allah SWT tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.

Anonymous said...

Penulis perlu buat pembetulan. Penulis tak tahu apa makna secular. PAS bukan parti yang mendukung secularism. Parti yang mendukung Seculrism ialah UMNO-BN.

Orang UMNO-BN bukan tak bagus, mereka mungkin pandai dalam bidang ekonomi tapi orang UMNO-BN suka buat fitnah, rasuah, merompak duit negara, menyusahkan hidup rakyat, dsb. Dari satu segi mereka nampak baik saja tapi dari segi yang lain mereka seperti tak tahu batasan halal dan haram. Itulah contoh gambaran produk keluaran dari sistem secularism yang didukung oleh UMNO-BN. Mereka buat sesuatu seolah-olah Allah tak wujud, ikut sedap mereka saja. Yang mereka tahu dunia ... dunia .... dunia. Itu aje.

Unknown said...

Ad Daulatul Islamiyah Melayu
Khilafah Islam Akhir Zaman

Kami mengundang Kaum Mukminin-Mukminat
Dari seluruh Dunia untuk bergabung bersama kami
Menjadi Tentara Islam The Man from The East of Imam Mahdi
as A New World Religion Bangsa Islam Akhir Zaman.

Kami mengundang Anda Menjadi Bagian Bangsa Islam berdasar Aqidah Islam
Bukan Menjadi bagian dari Bangsa-bangsa berdasarkan Suku ataupun wilayah

Kunjungi Undangan kami Kehadiran anda kami tunggu di
di http://khilafahislam.de.pl

Anonymous said...

Saya dulu ahli UMNO. Tapi saya lihat tak ada apa-apa pembangunan akhlak islamiyah yang diterapkan kepada ahli-ahli. Yang ada cuma, cara untuk menipu mengaut keuntungan, memacing undi, lebih bersikap materialistik dan kebanyakannya hanya menerapkan nilai-nilai munafiq. Bila buat majlis tahlil dan bacaan yaasin, tak seorang pun yang berani kedepan untuk mengetuai. Bila solat jemaah, tak ada seorang pun yang berani kedepan nak jadi Iman lebih-lebih lagi waktu Subuh, Maghrib dan Isyak. Bila suruh buat tazkirah, pun tak berani. Belum lagi suruh jadi khatib pada hari jumaat. Pasti mereka tak berani punya. Jadi macam mana nak jadi pemimpin. Nak jadi pemimpin kena pandai berdakwah, boleh jadi Imam dan boleh baca Quran. Baru lah boleh jadi pemimpin yang bertanggungjawab, tegas dan dihormati. Ini tidak, asyik nak mengata orang aje. Asyik nak menjatuhkan orang aja. Menyalahkan sana, menyalahkan sini, asyik nak menyalahkan orang aje. Salah diri sendiri tak nak mengaku. Itulah typical sifat UMNO-BN.

Anonymous said...

dengar sini..BN Umno akan meraih simpati dan sokongan majoriti Melayu termasuk Melayu Pas, jika lebih serius menjalankan Agama.Isteri2 bertudung, tidak bermewah2,tidak amal skandal rasuah.Isytihar je penubuhan panle kajian Jenayah Syariah bebas.PASTI ramai Melayu PAS,UMNO sokong. PAS,memang kena kelentong dgn Anwar dlm PRU 13.calon PAS pd PRU lalu ditukar pd saat akhir oleh pro dlm PAS.Menyebabkan pemimpin Ulama berang dgnnya, dan tunjukkan sikap melalui kurang sokong Rali 505.PKR pula, tiada kekuatan grass root,brgantung kpd aktivis PAS shj.PAS sebenarnya kuat dari PKR, tetapi sebab ada 'kebodohan' membaca,menganalisa dan menyelami taktik politik,PAS jadi pak turut je. DAP? PRU 14,DAP sudah tahu, PAS, PKR jadi lemah.itu realiti.Itu yg diharap oleh DAP.lemahkan Umno dgn perkudakan PAS,PKR,dan lemahkan PAS, PKR dgn isu yg dibenci oleh orang Melayu, Islam spt KALIMAH ALLAH,persepakatan politik,keadilan, kesamarataan.Akhirnya apa jadi? Parti politik Melayu, Islam pasti hancus. Yang dominan ialah kuasa mata kecil di bawah 1 DAP.orang yg sanggup menipu dlm bisnes,nak harap x menipu belit dalam politik?Satu2 kekuatan yg ada, sistem Raja yg masih ada kuasa legislatif.Ini yg cuba dilemahkan habis habisan sekarang..Kalau Kerajaan setuju kaji hudud, kalau Kedah tuntut kembali Pulau Pinang, kalau ahli politik tidak dibeli mata kecil, kalau Sultan2sedar dan guna kuasa dengan penuh hikmah dan berani atas tanah Melayu..maka, Insyaallah tanah ini tidak akan berjaya ditakluk oleh si mata kecil proksi simata 1.apapun,ini pandangan..terserah.

Anonymous said...

This is my first time pay a visit at here and i am really pleassant to read everthing at single
place.

Here is my page: twitter followers free

Anonymous said...

Hi, Neat post. There's an issue along with your web site in internet explorer, may check this? IE nonetheless is the market leader and a big portion of other people will pass over your wonderful writing due to this problem.

My page :: twitter followers free

Anonymous said...

Its like you read my mind! You seem to know a lot about this, like you wrote the
book in it or something. I think that you can do with
a few pics to drive the message home a little bit, but instead of that, this
is great blog. An excellent read. I'll certainly be back.

My web page - place to buy twitter

Anonymous said...

Hey, I think your blog might be having browser compatibility issues.
When I look at your blog site in Firefox, it looks fine but when opening in Internet Explorer, it has some overlapping.
I just wanted to give you a quick heads up! Other then that,
fantastic blog!

Also visit my web blog :: place to buy twitter

Anonymous said...

Hello! This is my first visit to your blog! We are a team of volunteers and starting a new initiative in a community in
the same niche. Your blog provided us useful information to work on.
You have done a wonderful job!

my site; twitter followers free

Anonymous said...

That is really interesting, You are a very skilled blogger.
I've joined your rss feed and stay up for looking for more of your magnificent post. Additionally, I have shared your site in my social networks

my blog - how to get more followers on twitter fast

Anonymous said...

I've been exploring for a bit for any high quality articles or blog posts on this kind of house . Exploring in Yahoo I finally stumbled upon this website. Studying this information So i am glad to show that I have an incredibly just right uncanny feeling I discovered just what I needed. I such a lot unquestionably will make sure to don?t forget this web site and provides it a look on a relentless basis.

Feel free to visit my webpage - twitter

Anonymous said...

kerat 18 pun den tk sokong umporno

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan