Wednesday, August 29, 2012

Mimpi Yang Disangka Indah



Sebalik mimpi yang amat membahagiakan terselit racun hebat yang bakal memusnahkan segalanya. Disinilah terletaknya kebijaksanaan kaum Muslimin yang diterajui oleh orang Melayu untuk menghidu racun yang tersembunyi disebalik kamanisan madu.

Seorang sahabat telah meluahkan pandangan yang cukup merimaskan.

Sesiapa yang berpelajaran tentu sahaja mengenali GESTAPO. Jika di Indonesia ia merupakan "sumpah berdarah" yang cukup mengerikan. Ia menjadi tunjang kewujudan PAP, father of DAP. Perlu diingat, sejarah lampau menunjukkan betapa dahsyatnya keperitan bangsa Melayu dibawah kekuasaan Bintang Tiga walaupun hanya dalam waktu yang sangat singkat. Kita tahu bangsa apakah yang menguasai Bintang Tiga. Berapa banyak kemusnahan yang mereka lakukan. Jenerasi kini mungkin tidak merasai keperitan seumpama ini malah ada yang tidak terjebak dalam kekacauan kaum 1969.

Kesedaran ini wajar diutarakan bagi menginsafi sebahagian dari anak bangsa agar tidak bertindak melampaui batasan yang mana nanti tentu sukar untuk berpatah balik untuk memperbetulkannya.

RENCANA DAP?

Terus terang dapat diperkatakan terhadap perkembangan politik semasa, jelas sekali jikalau dipandang sekali lalu, DAP akan berupaya menggugat kekebalan orang Melayu dalam arena politik tambahan pula mereka mendapat sokongan padu dari kaum Cina yang lebih bersifat berpura-pura. Kini kegelisahan orang Melayu semakin ketara kerana dari satu segi mereka mula muak dengan UMNO yang rata-rata pemimpinnya (dari bawah sampai ke atas) hanya mementingkan diri sendiri dan kroni.

Boleh sahaja jika ingin mempersalahkan UMNO yang berjaya mentadbir negara ini sejak merdeka, namun dari sudud kepentingan masa hadapan adakah ianya berbaloi? Lazimnya kelemahan pemerintah mudah ditelah kerana ia sering diperhatikan.

Suatu yang perlu diingat, berbanding mereka yang berkuasa dengan yang belum berkuasa siapakah dapat menelah mana yang lebih baik? Tidak mustahil apa yang ada disebalik gambaran menarik tersimpan beberapa unsur yang lebih dahsyat. Buat waktu ini, tergambar musibah yang bakal menanti kita, kaum Muslimin Malaysia.

DSAI menjadi taruhan yang terbaik untuk melahirkan rasa kurang senang kepada pemimpin UMNO dan diharap akan dapat memberi tekanan kepada pucuk pimpinan. Malangnya pemimpin UMNO yang baru dilantik dilihat kurang bermaya mengembalikan kekuatan dan gagal untuk "membersihkan" kecurangan para pemimpin UMNO dan para pegawai kerajaan.

Kali ini benar-benar meletakkan orang Melayu dan Umat Islam dalam delemma. Sementelah itu PAS pula berjaya mencuri undi melalui konsep Negara Islam yang dibawa dan kelihatan amat menarik perhatian.

Walaupun PAS menyedari hasrat mereka hanya sebuah ilusi semata. Kejutan telah berlaku. DSAI menerajui PKR setelah keluar dari penjara melonjakkan pengaruh parti itu ke satu tahap yang cukup mengejutkan. Kedudukan PKR sebelum itu amat lemah dan tak bermaya. Apakah DSAI akan berjaya menjadi PM selepas ini? Satu persoalan yang bermain diminda rakyat Malaysia. Apa yang menakutkan ialah dari mana sumber kewangan PKR membiayai kempen besar-besaran dalam Pilihan Raya yang lalu dan juga selepas itu?

Sebahagian pemikir Melayu sudah mencongak ia datang dari sumber masons atau jesuits yang juga menawarkan pekerjaan kepada DSAI sebaik sahaja keluar dari penjara. Mungkin PRU akan datang, keperluan dan sumber kewangan mereka akan lebih besar kerana peluang menang dilihat semakin cerah. DAP pula semestinya tidak akan melepaskan peluang keemasan ini.

Apa yang akan berlaku bila DAP mendesak DSAI mengubah peta pilihanraya kepada jumlah penduduk, kerana ia lebih realistik dalam keadilan sosial. Bayangkan jika KL dan Pulau Pinang serta beberapa bandar besar mendapat banyak kerusi, siapakah yang akan mendominasinya? Seterusnya DSAI sendiri boleh diketepikan (juga tidak mustahil menerima nasib seperti JF Kennedy, jika benar ia terlibat dengan illuminist). Bagaimana nasib orang Melayu ketika itu?

Jika di Singapura, mereka boleh lari ke Johor dan kini, Pulau Pinang mereka boleh lari ke Kedah dan Perak. Kalau Malaysia seluruhnya dikuasai mereka kemana orang Melayu akan lari? Terjun laut? Atau bakal hidup menjadi lanun diperairan?


Bila DAP dapat majoriti, amat mudah mereka melumpuhkan perjuangan orang Melayu amnya dan Islam khasnya. PAS akan terperangkap antara perjuangan Islam nya dengan kemabukan kuasa.

PKR tanpa DSAI dilihat tidak akan kemana-mana. Hanya mampu menawan 1 kerusi sahaja dalam PR11 ketika ketiadaan DSAI. Tanpa DSAI, PKR akan kembali usang dan terasing dan hanya hidup berharapkan simpati penyokong PAS. DAP tahu ini semua.

Nampak jelas halatuju DAP yang mendapat dokongan kuat dari abangnya atau sesuai dipanggil bapanya, PAP (Sin). Adakah akan berlaku huruhara selepas ini jika DAP mengambil alih kuasa? Dahulu terjadi 13 Mei akibat kemenangan Parti Gerakan (sama rentak dengan DAP - berlainan kulit tetapi sama isinya) dan tidak mustahil ia akan berlaku lagi. Namun kali ini tentu sahaja berbeza kerana apa yang terhasil dari pengalaman lalu, orang Cina tentu sudah bersiap sedia. Bagaimana halnya dengan orang Melayu/Islam?

Apakah orang Melayu/Islam akan ditarah sampai rata? Wujudkah sekelumit simpati kaum Cina terhadap orang Melayu? Orang Melayu tidak akan dibiarkan hidup senang dan kaya raya. Tidak sama sekali.

Kedudukan PAS yang terasa semakin kukuh hasil PRU12 lalu mendorong mereka terus menerus menyerang dan menghukum UMNO sebagai parti jahat yang memperjuangkan sistem politik kafir tetapi mereka lupa PKR juga berunsur yang sama. PKR adalah serpihan dari UMNO malah sebilangan dari mereka lebih ganas dari apa yang ada pada UMNO sekarang. Belang mereka hanya akan terburai apabila mendapat kuasa kelak. DAP sudah pasti faham mengenainya dan akan mempergunakan senjata ini untuk memerangkap pemimpin PKR. PKR bakal dihentak supaya sentiasa mengikut setiap kemahuan mereka. Siapa yang akan rugi?

Terbutakah mata mereka terhadap niat dan taktik DAP ini?

Agar ramai anak bangsa tersedar dari mimpi yang disangka indah itu.


Satu perkhabaran lagi untuk renungan kita bersama kemana halatuju DAP. Adakah ia kan menguntungkan bangsa Melayu apa lagi Penganut Islam?

Berikut adalah laporan akhbar the Star Mac lalu di bawah tajuk “Merging Will Make Us Stronger” (Penggabungan Akan Membuatkan Kita Lebih Kuat). Menurut PKR Bukit Bendera, Jason Ong, PKR dan DAP harus bergabung bagi menyukarkan PAS menubuhkan Negara Islam dan mengelakkan perebutan kerusi.
Katanya, “Ahli-ahli DAP kebanyakannya adalah dari kaum Cina dan PKR pula merupakan campuran Melayu dan India, jadi ia akan memberi keseimbangan jika kedua-dua parti ini bergabung. Lagipun DAP dan PKR punya banyak persamaan yang akan memudahkan penggabungan ini. Ia juga akan memudahkan kerana kita tidak perlu lagi melalui pemimpin-pemimpin parti yang berasingan.”
Tambahnya lagi, “adalah merupakan hak PAS untuk mempromosi ideologi Negara Islam tetapi sama ada ia akan dilaksana atau tidak adalah soal lain sama sekali”.
Tidak sabar kita menunggu respon PAS mengenai perkara ini. Antara respon yang dijangka ialah PAS akan menuduh UMNO memerintahkan akhbar the Star memutarbelitkan kata-kata Jason Ong untuk melaga-lagakan mereka dengan DAP dan PKR.
Apapun, rakyat tahu bahawa laporan tersebut benar dan tiada siapa memutarbelitkan apa-apa.
Kita setuju bahawa DAP dan PKR mempunyai banyak persamaan iaitu kedua-duanya tidak menginginkan Institusi Raja dan kedua-duanya menjulang konsep kesamarataan yakni ingin menghapuskan hak istimewa bumiputera.
Sebelum ini, PKR telah beberapa kali menguji sentimen orang Melayu terhadap Institusi Raja melalui beberapa tindakan mencabar dan memperlekeh titah Sultan dan PKR sedar bahawa majoriti masyarakat Melayu tidak boleh menerima sikap derhaka mereka.
Ini memaksa PKR berdolak dalih mengenai pendirian sebenar mereka dalam isu Raja-raja dan Hak Istimewa Bumiputera agar tidak dipinggirkan oleh pengundi Melayu. Beberapa kenyataan membela Melayu dibuat selepas itu sebagai ‘damage control’, antaranya oleh Nurul Izzah sendiri iaitu parti PKR akan tetap mempertahankan perlembagaan.
Namun, niat sebenar PKR kini terserlah apabila Jason Ong sendiri mengakui bahawa DAP dan PKR mempunyai banyak persamaan. Hakikatnya, PKR turut menyokong perjuangan DAP untuk mewujudkan Malaysian Malaysia asalkan Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai Perdana Menteri.
Jika gabungan ini menjadi kenyataan, di manakah kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat? Walhal, PAS telah pun bersetuju untuk menggugurkan Negara Islam dari perjuangan mereka, justeru kenapa isu Negara Islam masih membelenggu PR?
Ini membuktikan bahawa DAP dan PKR tidak pernah mempercayai PAS. Tetapi di masa yang sama, DAP dan PKR tahu bahawa PAS tidak serius untuk melaksanakan Negara Islam. Seperti kata Jason Ong, PAS boleh menggunakan Negara Islam sebagai bahan promosi tetapi itu tidak bermakna PAS ingin dan akan melaksanakannya. Pendek kata, PAS boleh mempromosinya sehingga hari kiamat tetapi tidak akan melaksanakannya.
Sebenarnya, DAP dan PKR tahu bahawa PAS tidak mungkin menentang perintah dan keinginan mereka yang menolak Negara Islam kerana pemimpin-pemimpin PAS semuanya tiada maruah belaka. PAS akan sanggup melakukan apa saja, hatta memperhambakan diri dan menerima cemuhan dan penghinaan PKR dan DAP asalkan mereka tidak dibuang dari Pakatan Rakyat dan terlepas peluang untuk ke Putrajaya.
Justeru, kenyataan Jason Ong itu perlu dilihat secara lebih luas dari sekadar masalah ideologi PAS. Kenyataan tersebut lebih menunjukkan ketidakyakinan PKR dalam menghadapi pilihanraya kali ini.
PKR sememangnya telah lama berada dalam keadaan nazak. Anwar Ibrahim sendiri khabarnya tidak yakin untuk bertanding di Permatang Pauh dan Nurul Izzah juga kemungkinan terbenam jika bertanding di Lembah Pantai.
Kita juga tidak boleh menolak desas-desus bahawa Anwar akan meninggalkan negara dalam masa terdekat kerana sedar yang dirinya sudah tidak lagi popular di sini. Dia dijangka hanya akan melancarkan serangan dari luar di samping menghulurkan bantuan kepada sahabat-sahabat zionisnya dalam misi ‘menjajah’ Malaysia.
Tanpa Anwar, akan lebih memudahkan PKR dan DAP bergabung kerana tidak mungkin gabungan itu boleh menerima dua tiga orang ketua sekali gus. Apatah lagi dengan semua calon-calon ketua yang ada iaitu Anwar, Kit Siang, Karpal, semuanya gila kuasa dan mempunyai sikap diktator.
Mana mungkin para diktator ini sanggup mengalah menjadi No. 2 atau No. 3.
Namun, dengan segala rahsia Anwar di dalam genggaman Karpal dan Kit Siang, kita tidak boleh menolak bahawa gabungan ini akan direalisasikan walaupun jika Anwar tidak lari keluar negara. Ini kerana, walaupun Anwar berada di atas, dia akan terpaksa akur kepada Karpal dan Kit Siang selama-lamanya. Pendek kata, gabungan PKR dan DAP hanya akan menguntungkan DAP sahaja.

Jika takdir menyebelahi bangsa Melayu dan Islam (semoga diizinkanNya), akan ramai diantara mereka tersedar dari khayalan dan mimpi yang bakal memusnahkan mereka kelak. Menghalang kemaraan DAP dan niat tersembunyi mereka bukan bermakna mengiakan kebejatan yang UMNO lakukan. Tidak sama sekali. Cumanya amat diharapkan agar orang Melayu dapat membuka minda dan bertindak mengikut akal waras bukan gelojak nafsu serta dendam. Dalam lain maksud, Islam mesti bersatu jika inginkan kejayaan.

Andaikata tiada ancaman DAP (kini berjangkit pula kepada MCA) serta sekutu mereka atau yang memihak serta sedia melaksana agenda tersembunyi mason/jesuits, kita bebas memilih sesiapa sahaja asalkan Islam untuk mentadbir negara. Siapa sahaja tetapi bukanlah yang besifat munafik dan hipokrit. Sementara menanti kebangkitan sebenar Islam akhir zaman. Dalam masa yang sama wajib kita berusaha agar dapat menghalang niat Zionis/Amerika menghuru harakan negara sebagaimana di Timur Tengah dan Asia Tengah. Ini adalah harapan jenerasi akan datang untuk membina kelompok dinamik berstatus pejuang tulin seiring dengan matlamat alMahdi. Kita wajar membina landasan untuk memudahkan urusan mereka. Bantulah mereka.

Teruskan berfikir.

Recent Posts

Entri di "King of the East"

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan