Monday, May 28, 2012

Rahsia Terdedah: Kenapa Karpal Mengatakan PM Selepas Ini Bukannya Anwar Ibrahim Tetapi Lim Guan Eng


Karpal Tersasul?

Bakal PM dalam perjuangan Karpal

Karpal sudah tahu apa yang bakal berlaku nanti dan telah lama melakar peluang. Dia sudah bersedia  untuk menggerakkan satu komplot terhebat dalam sejarah politik Malaysia. Dia tahu dan sememangnya dia mahu Anwar jatuh sebaik sahaja melaksanakan tugasnya membantu mereka (DAP) menguasai politik negara. Dalam Pakatan Rakyat sekarang, DAP cukup mantap dan bakal mendominasi pakatan politik ini. Suara majoriti menentukan siapa yang akan menguasai pemerintahan. Hasrat DAP ini tidak boleh dipandang remeh.

Musuh Islam ini diangkat sebagai Imam?

Dilema Melayu kembali lagi. Kali ini kita terpaksa menonton sesuatu yang mungkin aneh jika dilihat pada kaca mata senerio semasa. PAS akan menjadi penentu sama ada akan terus bertuankan Lim Guang Eng (seperti kata Karpal Singh) atau beralih arah menyambut salam kaum Melayu dalam UMNO yang sangat dibenci oleh mereka.

Mereka kan lakukan apa yang mereka kehendaki


Semakin kuat desas desus kemungkinan terjadi nanti, Anwar bakal diketepikan oleh Pakatan Rakyat walaupun memenangi PRU nanti (?) Kita akan lihat nasibnya ditentukan oleh musuh Islam, DAP. Beliau masih bernasib baik jika dilantik untuk sementara waktu sehingga DAP mendapat lampu hijau dari PAP Singapura.

Tersasul atau Gila? Seorang peguam boleh tersasul?

Sebagai anggota rangkaian "DEMOKRASI" ciptaan Yahudi ini, Najib juga mungkin akan tewas dalam PRU nanti. Ini tak mustahil apabila sebahagian besar pengundi baru adalah anak muda yang cetek ilmu politik. Anak muda biasanya mempunyai darah panas dan suka memberontak, jadi mereka seringkali menuntut perubahan walaupun ianya tidak munasabah. Mereka hanya "suka" yang baru walaupun tidak faham apa akan berlaku jika tersalah pilih. Lazimnya mereka tidak mampu untuk berfikir jauh ke hadapan. Anwar telah berjaya mengeksploitasi kelebihan ini.

Sebab itu Islam menetapkan bahawa umur paling awal sesaorang berwatak matang ialah ketika mencapai umur 25 tahun (Nabi dilantik pada umur 25 tahun). Padanan ini amat munasabah. Sewajarnya hanya mereka yang berumur 25 tahun ke atas sahaja diberi keizinan untuk memilih. Demokrasi Dajjal telah mengubah fitrah manusia menyebabkan huru hara baik dalam pemikiran ataupun dalam kewarasan.

Sesuatu perkara pelik bakal tercipta. Bangsa Melayu yang terpecah kini berperanan menjadi penentu kejayaan Bukan Melayu menguasai negara. Walaupun telah berkurun menjadi milik mutlak mereka. Lebih mengaibkan, Bukan Islam dilantik menjadi pemerintah negara Islam. Tentu aneh bukan? 

Tidak terdapat tanda-tanda Umat Melayu (semestinya Islam, walaupun pernah difatwakan "kafir" oleh sebahagian dari mereka) akan kembali bersatu setelah wujud kebencian yang melebihi batas antara dua kelompok terbesar bangsa ini, iaitu PAS dan UMNO. Islam itu bersaudara, tetapi dalam politik ia diizinkan untuk bermusuh. Pelik bunyinya bukan? Tetapi itulah sebenarnya yang terjadi. Cuba renungi semula secara jujur, antara PAS dan UMNO ini siapa yang lebih membenci siapa?

Bertambah sukar difahami apabila para ulama yang diketahui lebih memahami Sunnah dan alQuran dengan rela mengizinkan berlakunya perseteruan yang tidak masuk akal ini.

Kemelut Anwar sebagai ketua pembangkang tentu akan semakin terhakis jika PKR alami kemerosotan pengaruh dalam PRU nanti. PKR dilihat semakin lemah akibat beberapa keadaan "luar biasa" yang melanda parti mereka. Isu LGBT dan Islam Liberal sangat menggusarkan orang Melayu yang tidak berparti politik. Perkara "luar biasa" dan kejadian amalan seks bebas amat tidak disukai oleh orang Melayu.

Layakkah Anwar menjadi Perdana Menteri sandai parti yang diketuainya hanya mampu menang beberapa kerusi sahaja? Jika dia tidak layak, siapakah yang lebih layak?

Ada lagi faktor lain yang wajar kita beri perhatian. Walaupun BERSIH 3.0 dianggap berjaya dan kerap dihebahkan oleh PKR bahawa ia disertai ratusan ribu penunjuk perasaan, namun perangkaan yang dilapor oleh BBC hanya cuma sekitar 25 ribu orang sahaja. Anwar dikatakan terpaksa menipu demi untuk menggambarkan kejayaan bantahan awam tersebut. Di sebalik itu, ramai diantara pendemo melahirkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan Anwar secara tiba-tiba mengambil alih (merampas) BERSIH 3.0 ini selepas Ambiga mengarahkan perhimpunan bersurai secara aman.

Siapa sebenarnya ketua BERSIH 3.0? Anwar atau Ambiga?


Fasa Kedua Kejatuhan Anwar selepas kegagalan 16 September:
- bila penyokong dan si cilik bersuara.

BERSIH 3.0 dianggap anti-klimak, di mana peranan Anwar Ibrahim dan Azmin Ali mula dipertikaikan di kalangan aktivis-aktivis BERSIH sendiri.

“Pembangkang, Keadilan tidak sepatutnya mengambil bahagian dalam perhimpunan ini, ianya telah dihijack,”kata Benji Lim, salah seorang penyokong BERSIH yang tidak berpuas hati dengan penglibatan Anwar Ibrahim dan Azmin Ali dalam perhimpunan BERSIH, 28 April.

Benji Lim, seorang aktivis pembikin filem mahu mendengar sendiri jawapan Anwar tentang penglibatannya ketika sidang media di ibu pejabat PKR, 30 April.

Ketika timbul soalan berkaitan dengan ‘bahasa isyarat tangan’ yang disifatkan ramai pihak sebagai bahasa isyarat supaya peserta BERSIH rempuh-masuk ke Dataran Merdeka, Anwar dan Azmin menafikannya.

Ketika itu Benji Lim mula bersuara dan meluahkan kekesalan yang terbuku di hatinya.

“Apa maksud anda (Anwar) bahawa anda tidak menghasut peserta ? Saya berada di sana. Ketika penghalang (ke Dataran Merdeka) dibuka, ia seperti rempuhan. Rakyat boleh terbunuh apabila mereka cuba untuk menyeberang ke Dataran Merdeka dan anda membiarkan sahaja apa yang dilakukan oleh orang ramai”, kata Lim.

Anwar cuba memenangkan Lim dengan berkata ini adalah sidang media untuk para wartawan dan dia akan diberi layanan berasingan selepas ini.

“Tidak, saya mempunyai hak untuk tahu, kenapa anda mendakwa PKR tidak menghasut peserta. Saya juga adalah seorang warganegara”, kata Lim yang cuba ditenteramkan oleh staf PKR lain.

Big Fan Meragui

Kenyataan Benji Lim disokong oleh ‘big fan‘ Anwar, Ahmad Ali Karim yang menulis di laman peribadinya, ahmadalikarim.wordpress.com.


Anwar Ibrahim memeluk Ahmad Ali dalam satu program pada 23 Mei 2010 


Apakah Datuk Seri Anwar Ibrahim benar-benar seorang yang baik dan pemimpin yang baik?"

“Mengapa Azmin tidak memberitahu lelaki India supaya berhenti membuka penghadang rintangan ke Dataran Merdeka?"

“Mengapa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menggunakan megafon untuk memerintahkan Peserta BERSIH supaya tidak memasuki Dataran Merdeka apabila beliau tahu penghadang rintangan telah dibuka?"

“Mengapa Datuk Seri Anwar Ibrahim melarian diri?"

“Mengapa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak membantu atau melindungi peserta Bersih 3,0 apabila mereka berada dalam bahaya?"

“Adakah Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap benar atau beliau berbohong apabila beliau menafikan memberi isyarat kepada Azmin untuk membiarkan lelaki India membuka penghadang rintangan ke Dataran Merdeka?,” itu soalan-soalan yang dikemukakan Ahmad Ali yang berumur 9 tahun.

Selalunya sentuhan deria kanak-kanak berumur 9 tahun seperti Ahmad Ali berpihak kepada kebenaran.

Kata orang, kanak-kanak tidak mungkin berkata bohong dan deria kanak-kanak amat sensitif untuk membezakan antara baik dan tidak baik.

Bahkan tiga orang lagi adik beradiknya, Aiman amani, Aeshah Adlina dan Anisah Afifah turut menyokong pandangan Ahmad itu.

Terima kasih kerana menulis tentang article saya dalam post ini. Saya rasa terkejut dan gembira melihat gambar saya. Ya, dulu saya memang suka Anwar Ibrahim. Saya rasa sangat gembira dan merasa seperti bermimpi bila dapat berjumpa dan ambil gambar dengan Anwar Ibrahim. Sebab itu saya sangat marah dan kecewa bila Anwar berubah. Saya juda marah, sedih dan kecewa bila tonton video Anwar signal untuk rempuh Dataran Merdeka sebab perbuatan itu melanggar undang-undang. Pemimpin yang baik tidak melanggar undang-undang. Anwar juga tidak betanggung jawab sebab dia lari setelah melihat orang merempuh Dataran Merdeka. Dia idak melindungi dan menolong orang ramai di situ. Anwar juga tidak hormat polis dan kerajaan. Parti pembangkang mesti adil dan menghormati kerajaan, polis dan undang-undang walaupun mereka tak suka kepada kerajaan. (komen adik Ahmad Ali dalam AIDC)


BERSIH berjaya ?

Seorang lagi penyokong BERSIH, Lydiawati Osman menyalahkan Anwar dan Azmin sebagai ‘pengacau’ yang menghasut peserta supaya merempuh ke Dataran Merdeka, meskipun Pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga memberi arahan supaya peserta bersurai.

“Saya berasa tertipu berarak untuk Bersih dan untuk Ambiga,”kata Lydiawati ketika meluahkan kekecewaan Anwar merampas perhimpunan tersebut untuk kepentingan politik peribadinya.

“Pengorbanan saya untuk menghadapi sebarang kemudaratan tubuh badan, bukannya murah untuk dibeli dengan propaganda pembangkang.

“Saya tidak akan berarak lagi jika Anwar dan pengacau-pengacaunya dibenarkan untuk mengambil alih apa yang sepatutnya dimiliki oleh masyarakat sivil.

“Kami telah mencipta kesedaran ini, kami berjuang untuk ini, kami telah ditangkap dan merasa tidak selesa untuk ini tetapi akhirnya Anwar dan pengikutnya telah mengutip ‘kejayaan’ dari Bersih 3.0.

“Anwar dan Pakatan Rakyat tidak demokrasi dalam mengutip ‘keuntungan’ daripada ini,” luahnya.

Menurutnya, jika tanpa penglibatan Anwar dan para pengikutnya, sudah pasti BERSIH 3.0 berakhir dengan aman dan damai.

Saat Kejatuhan Anwar



Lim Chee Wei “Huru-hara dan detik mula pengakhiran untuk Anwar,” 
kata Lim Chee Wei, Presiden Majlis Peguam.


Kenapa Lim Chee Wei yang sebelum ini dilihat sebagai antara penyokong utama Ketua Umum PKR berpendapat BERSIH 3.0 sebagai detik permulaan era kejatuhan Anwar ?

Puncanya, huru-hara dan keganasan yang berlaku semasa perhimpunan BERSIH 3.0 yang bermula dari bahasa isyarat tangan yang disifatkan arahan untuk merempuh ke Dataran Merdeka.

Menurutnya, tindakan Azmin itu merupakan paku terakhir dalam keranda politik mentornya, Anwar Ibrahim.

“Orang ramai melihat Anwar hilang kawalan dan menghantar askar-askar pengacaunya untuk memusnahkan segala-galanya,” katanya sambil menambah bahawa Anwar Ibrahim tidak mungkin dapat merealisasikan cita-cita menjadi PM, ekoran tindakannya yang desprado dan terdesak sudah dikesan oleh rakyat jelata dalam perhimpunan BERSIH 3.0.

Menurutnya, peserta-peserta BERSIH yang memecahkan kereta peronda polis tidak akan terdorong untuk melakukan perbuatan itu, jika tidak dihasut dan individu yang menghasutnya adalah Anwar Ibrahim.

“Anwar tahu jika mereka melakukan huru-hara di jalanan, polis akan bertindak. Hanya dengan itu, kawan-kawannya dalam media asing akan mendapat banyak liputan menarik tentang huru-hara lagi di negara majoriti Muslim yang lain”

Katanya, sebagai seorang berbangsa Cina, beliau melihat sejak dari tahun 2008, inilah saat Anwar tidak sesuai untuk menjadi PM kerana tidak menepati ciri-ciri pemimpin demokrasi.

“Saya dengan ini menulis, inilah detik mula pengakhira kerjaya politik Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu pada 28 April 2012,” tegasnya.


Sindrom Penafian

The Wall Street Journal (WSJ), berpendapat Anwar sepatut mengaku bersalah terhadap pertuduhan melanggar undang-undang ketika demonstrasi jalanan Bersih 3.0, 28 April lepas, sekiranya beliau percaya perubahan yang dilaksanakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak memadai.

Pada kejadian tersebut, Anwar, Azmin dan Ketua PKR Cabang Rembau Badrul Hisham Shaharin dikenakan pertuduhan menghasut Tangam Raju, Rajesh Kumar Gejinder dan Farhan Ibrahim supaya membuka sekatan di sekeliling Dataran Merdeka yang dilarang dimasuki peserta perhimpunan.

Menurut WSJ dalam rencananya bertajuk “‘Malaysian People’s Court, Anwar’s civil disobedience and the next election” berpendapat cara lebih kukuh untuk menyakinkan orang ramai bahawa undang-undang yang tidak adil adalah dengan mengaku bersalah dan membayar denda menjelang berlangsungnya pilihan raya umum.

Jika Anwar terus mengamalkan sindrom penafian dan menuduh pendakwaan bermotif motif ia akan meletakkan kes ini dengan kes pertuduhan liwat yang pernah dilaluinya.

“Bagaimanapun, kes ini berbeza. Anwar bertindak melanggar tuntutan sivil dan kini beliau perlu menanggung padahnya.

“Jika Anwar ingin melanggar tuntutan sivil, beliau tidak boleh berpura-pura tidak bersalah, pada waktu yang sama,” tulisnya.

Jika Anwar menang sekalipun di mahkamah dalam kes tersebut, bermakna beliau tidak mahu bertanggungjawab di atas insiden rempuhan di Dataran Merdeka pada 28 April dan meletakkan seratus-peratus kesalahannya kepada rakyat untuk melepaskan tengkuknya.

Dan inikah teladan pemimpin baik yang diwar-warkan oleh para pengikutnya sebagai bakal PM ?.

Kes ini sama seperti pada hari kejadian, di mana selepas beliau didakwa memberi arahan dan para peserta mula masuk untuk ‘bertempur’ dengan polis, Anwar mula menghilangkan diri.

Sekiranya Anwar mengaku salah dan memohon maaf, sekurang-kurang dapat meredakan kekecewaan individu-individu seperti Benji Lim, Ahmad Ali, Lydiawati Osman, Lim Chee Wei dan ramai lagi yang pro-BERSIH.

Sekaligus membuktikan Anwar Ibrahim masih lagi lelaki Melayu-Islam yang budiman sepertimana yang pernah disebut oleh bekas sahabat lamanya, Ustaz Ismail Mina.

Di kalangan blogger-blogger pro-pembangkang seperti ktemoc dan CT Ali sudah membahaskan tentang liabiliti hubungan akrab Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.

Malah, blogger Amenoworld merupakan antara individu yang menyalahkan Anwar dan Azmin dalam kejadiam melanggar perintah mahkamah memasuki Dataran Merdeka, 28 April itu.

Berikut kronologi foto-foto bahasa isyarat Azmin, Anwar yang bukan lagi menjadi rahsia umum.

Minit 00:01 - Kelihatan Anwar sedang memalingkan muka ke arah Azmin, ketika Chegu Bard sedang berucap. Anwar duduk di atas sebuah trak pikap, dihadapan Bank CIMB Masjid Jamek





Minit 00 : 06 - Kelihatan Anwar mula beri isyarat tangan kepada Azmin



Bermula minit 00 : 08 - Kelihatan tangan Anwar merewang-rewang di atas kepala seorang lelaki berbaju oren seorang aktivis PAS, Mazlan Aliman yang menunjukkan isyarat tangan berbentuk arahan kepada Azmin





Bermula minit 00 : 14 - Rakaman dari sisi Azmin pula. Azmin dikatakan berdiri di atas kereta supaya dapat melihat isyarat-isyarat Anwar. Turut kelihatan adalah orang kanannya, R Thangam yang juga dapat melihat isyarat-isyarat Anwar



Azmin berpaling kepada Thangam yang sedang menunjukkan ibu jari ke arah penghadang Dataran Merdeka


Thangam mengesahkan arahan Anwar itu daripada Azmin


Azmin menganguk-angukkan kepala sebagai mengesahkannya


Seorang lelaki lagi yang turut berada di samping Azmin tunjuk isyarat ibu jari yang mungkin membawa maksud 'OK' kepada Chegu Bard

Cuba dengar secara teliti apa yang diucapkan oleh Chegu Bard sebagai orang yang memegang loud speaker ketika itu..


Kedengaran suara..'masuk..masuk..masuk' ketika Azmin mula turun dari tempat tinggi


Mulai minit 00 : 30, Thangam mula buka penghadang Dataran Merdeka


sumber AIDC

Anwar Tidak Relevan?

Karpal sudah melihat Anwar tidak lagi relevan untuk diangkat sebagai Perdana Menteri jika PR berjaya kelak. Beliau terus mengalih arah dan perjuangkan agar Lim anak Kit Siang menjadi PM pertama keristian di Malaysia. Kita tidak tahu apa reaksi Anwar dan juga pegawai-pegawai PKR terhadap kata-kata Karpal ini. Lebih malang nama Hj Hadi selaku Presiden PAS tidak disentuh langsung. Ini membanyangkan hasrat yang terpendam dihatinya selama ini. Seolah-olah PAS langsung tidak dihormati oleh rakan sepakatannya. PAS hanya seperti melukut di tepi gantang.

Karpal sememangnya tidak pernah berhasrat mengangkat Anwar sebagai PM walaupun itu yang nyata dipermukaan. Anwar hanya dipergunakan untuk dapatkan sokongan undi dari penyokong PAS disamping PKR sendiri bagi membantu DAP menjadi juara. Karpal memang mengenali siapa sebenarnya Anwar, malah pernah membuat kenyataan bahawa Anwar sememangnya adalah seorang yang tidak bermoral dan pengamal seks songsang.

Itulah manusia Karpal yang tidak pernah mempunyai sedikit pun rasa belas dan kasihan kepada kaum Melayu dan masih tegas dan konsisten menentang Islam dalam apa jua bentuk. Bagaimamana PAS menilai perkara ini, terus menjadi tanda tanya.

Pastinya perubahan akan berlaku nanti bila DAP menuntut jawatan Perdana Menteri setelah mendomonasi kerusi dalam PR selepas PRU13. DAP pasti telah menduga PAS akan membelot jika bukan Islam dari DAP menjadi Perdana Menteri kelak.

Namun kita tidak tahu sejauh mana perancangan yang mereka sediakan bagi menghalang penyatuan  semula kaum Melayu (Islam) bila jawatan Perdana Menteri dirampas oleh kaum pendatang bukan Islam yang sisokong oleh Singapura.


Penglibatan Langsung Anwar dalam BERSIH 3.0

Kelihatan jelas Anwar terdesak setelah dipersoalkan bertubi-tubi mengenai peristiwa rempuhan Dataran Merdeka. Jawapan yang diberikannya ..........

Anwar dilihat gagal memberi jawapan memuaskan


Saturday, May 26, 2012

DAYUS - jika biarkan Bukan Melayu perintah Bumi Melayu


Masa depan Melayu semakin kritikal. Mereka mengasak dari pelbagai arah. Kalau dulu sebelum bersekutu dengan Melayu (?) mereka beranni mengungkapkan kata-kata hina dan persenda kepada Melayu (tuan tanah), maka kali ini dengan bantuan hebat sekumpulan pemberontak (jika kita dapat katakan begitu) mereka tentunya lebih berani dan menjadikan peluang ini istimewa untuk memalukan kaum peribumi sebagaimana pengalaman mereka di Singapura. Seterusnya mengawal keadaan untuk menjadi penguasa mutlak.


Dayuskah Melayu jika biarkan kerenah mereka menjadi "kurang ajar"? Berani mereka bermimpi sedemikian rupa setelah berjaya mengapikan Melayu supaya berpecah belah. Adakah Melayu semakin Dayus?
Hari ini mereka nampak lembut terhadap Islam dan Melayu sebab mereka inginkan kuasa. Apabila kuasa diperolehi nanti, rasalah akibatnya. Maklumlah mereka bukan sahaja mendapat sokongan dalaman, tetapi luaran terutama pulau kecil di selatan tanah air yang sentiasa mengikuti perkembangan politik di negara kita. Menunggu masa sahaja untuk bertindak. Apakah kita masih buta?
Pemimpin-pemimpin mereka (ultrakiasu) selalu berulang alik ke sana (Sin) mencari dan memberi maklumat. 


Wajarkah
Tanah Melayu
ber PM Bukan Melayu?

SAYA sebenarnya sudah malas untuk menulis dalam akhbar Utusan/Mingguan Malaysia. Keluar sahaja artikel, saya terus diserang. Tetapi bila akhbar ini diserang sedemikian rupa oleh ultra kiasu, malas atau tidak terpaksalah juga saya tampil, bukan membela tetapi berkata benar.

Isu bukan Melayu sebagai Perdana Menteri bukan hari ini dibangkitkan oleh parti ultra kiasu. Tetapi sejak dahulu lagi. Cuba pembaca buat kajian kenyataan demi kenyataan parti anti Melayu dan anti Islam ini sejak dahulu lagi.

Bermula daripada ucapan-ucapan mereka dalam kempen pilihan raya umum (PRU) 1969, sehingga berlangsungnya PRU 1969 pada 10 Mei, diikuti perarakan kemenangan ultra kiasu di Kuala Lumpur 12 Mei, seterusnya membawa tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969 dan selepas itu.

Saya tidak ingin mengungkap lagi apa yang telah berlaku. Biarkan sejarah berlalu. Tetapi provokasi mereka amat melampau. Saya menyeru kepada semua pembaca meluangkan masa membaca buku sejarah Peristiwa 13 Mei 1969 dalam pelbagai versi. Antaranya tulisan Goh Cheng Teik (1971), Leon Comber (1985), Tunku Abdul Rahman (2007) dan lain-lain lagi.

Kata-kata seperti "Melayu sudah jatuh", "Kuala Lumpur sekarang Cina punya", "Ini negeri bukan Melayu punya", "kita mahu halau orang Melayu" dan kata-kata seumpama itu adalah perkara biasa yang sering diulang-ulang sesama mereka hari ini. Saya bukan mahu mengapi-apikan. Tetapi inilah bukti bagaimana sikap ultra kiasu tidak pernah berubah.

Pada saya yang baik itu, baiklah. Perlu disokong. Namun, bila tiba bahagian mungkar, maka perlu ditolak.

Hari ini mereka nampak lembut terhadap Islam dan Melayu sebab mereka inginkan kuasa. Apabila kuasa diperolehi nanti, rasalah akibatnya. Maklumlah mereka bukan sahaja mendapat sokongan dalaman, tetapi luaran terutama pulau kecil di selatan tanah air yang sentiasa mengikuti perkembangan politik di negara kita.

Menunggu masa sahaja untuk bertindak. Apakah kita masih buta? Pemimpin-pemimpin mereka selalu berulang alik ke sana mencari dan memberi maklumat.

Ultra kiasu anak beranak itu cuba mempertahankan pengerusinya dengan merujuk kepada Perlembagaan yang menyatakan bahawa jawatan Perdana Menteri terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Namun, katanya, berdasarkan realiti politik selama ini, perdana menteri Malaysia akan tetap seorang Melayu.

Ya, saya tidak nafikan, tetapi jagalah adab-adab bila berbicara. Tidakkah kita tinggal di negara sebelah timur. Bila bercakap, berlapik kerana ini menyentuh sensitiviti orang lain.

Sama seperti isu perkataan 'pendatang'. Perkataan ini amat sensitif. Kenapa tidak ada lagi orang Melayu yang bercakap menggunakan perkataan ini? Kerana ingin menjaga hati orang lain. Inilah adab-adab yang perlu kita belajar.

Saya cadangkan parti ultra kiasu ini menganjurkan kursus kepada ahli-ahlinya. Kalaupun tidak ramai boleh berbahasa Melayu atau masih gagap, sekurang-kurangnya belajar menjaga sensitiviti kaum lain, terutama bangsa majoriti.

Isu bukan Melayu menjadi Perdana Menteri amat sensitif kepada Melayu kerana ini adalah tanah air tumpah darah mereka kerana setiap bangsa ada tempat tumpah darahnya. Apakah kita masih tidak sedar?

Kecualilah kalau kita masih terpengaruh dengan pemimpin ultra kiasu Singapura itu. Beliau pernah berkata: Mengikut sejarah katanya, orang Melayu telah mula berhijrah ke Malaysia dalam bilangan yang kecil, cuma kira-kira 700 tahun yang lalu. Daripada 39 peratus orang Melayu di Malaysia hari ini, kira-kira satu pertiga daripada mereka ialah pendatang-pendatang baru seperti Setiausaha Agung UMNO, Datuk Syed Jaafar Albar, yang telah datang ke Tanah Melayu dari Indonesia sebelum perang, ketika berusia lebih daripada 30 tahun.

"Dari itu, adalah salah dan tidak logik bagi sesuatu kumpulan yang tertentu itu memikirkan bahawa mereka adalah lebih adil dipanggil rakyat Malaysia, dan orang lain boleh menjadi rakyat Malaysia hanya dengan kegemaran mereka."

Utra kiasu itu berkata lagi, beliau dapat menyusun-galur nenek moyangnya sehingga 100 tahun di Singapura. Beliau menolak pendapat bahawa orang Melayu adalah Bumiputera Gugusan Pulau-Pulau Melayu (Lee Kuan Yew, 1965; Flether, 1969).

Saya yakin ramai ultra kiasu masih terpengaruh dengan kata-kata ultra kiasu itu. Saya tidak nampak Utusan Malaysia bersikap tidak beretika dan tidak bertanggungjawab dalam melaporkan berita. Utusan tidak boleh asyik nak mengalah sahaja di kala orang lain terus menyerang. Mereka juga harus bertindak seperti akhbar Rocket, Suara Keadilan dan Harakah.

Pemimpin ultra kiasu berkata, "Apabila DAP muncul di muka depan Utusan, ia pasti berita buruk/ masalah politik kerana ia gaya putar belit mereka." Persoalan saya, apakah UMNO atau Barisan Nasional mendapat liputan yang baik di muka hadapan akhbar-akhbar mereka? Tidak juga. Jadi, sebenarnya, mengata orang dia yang lebih.

Saya berpegang kepada prinsip, "kita tidak akan menyerang jika tidak diserang. Tetapi kita tidak akan menyerang, tanpa tentangan".

Menurut ultra kiasu itu, Utusan sengaja mencipta "isu yang tidak wujud" demi kepentingan politik dan berkempen menakut-nakutkan orang ramai, seperti "fitnah" bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa jika UMNO tumpas, Melayu akan hilang kuasa politik.

Pada saya, bukti sudah jelas di depan mata, apa yang terjadi kepada Melayu di Singapura apabila ultra kiasu memegang kuasa. Terbelakah orang Melayu? Ada atau tidak, Melayu menjadi presiden Singapura selepas itu? Begitu juga kedudukan Melayu dalam jawatan berkaitan strategik dan keselamatan seperti perkhidmatan polis, tentera, pilot, imigresen dan sebagainya. Janganlah buat tidak tahu. Perancangan ultra kiasu sudah termaktub dalam sejarah.

Lepas ini mungkin ada yang berkata dalam blog saya, ada yang terasa nak murtad apabila membaca pandangan saya. Saya tidak boleh berbuat apa-apa. Saya hanya berkata benar. Jika ada yang mahu murtad disebabkan pandangan dan hak saya untuk bersuara, saya serahkan kepada Allah SWT. Tetapi saya tidak boleh berdiam diri melihat sahaja perancangan jahat orang lain.

Kenyataan balas pengerusi ultra kiasu dibuat semata-mata strategi untuk menarik orang Melayu menyertai mereka setelah Tunku Abdul Aziz keluar parti.

Kepada orang Melayu berada dan yang menyertai parti ultra kiasu ini, insaflah. Banyak lagi parti lain yang matlamatnya lebih jelas daripada parti ini.

Pada saya, jika benar pun dari segi undang-undang, tidak perlu bercakap, kerana ia menyakitkan orang lain. Apakah mungkin Singapura berperdana menteri Melayu walaupun perlembagaan negara tersebut tidak menetapkan bangsa Cina sahaja yang akan menjadi perdana menteri? Apakah peluang tersebut akan diberikan kepada Melayu? Jauh panggang dari api.

Saya bukan membela Utusan atau membela UMNO. Ada beberapa perkara yang saya tidak boleh bersetuju. Tetapi itu bukan bermakna kita boleh biarkan sahaja mereka diserang.

Yang baik, sokonglah, yang salah, saya tolak. Tetapi ultra kiasu ini tidak sedemikian, termasuk ultra kiasu Melayu, buat baik - salah, buat jahat - lagi salah. Semua jadi serba salah. Inikah ciri orang bertamadun?

PROF. MADYA DR. MOHD. RIDHUAN TEE ABDULLAH
Ketua Jabatan, Jabatan Kenegaraan dan Ketamadunan, Universiti Pertahanan Nasional 
Malaysia



Wednesday, May 23, 2012

Tanda-tanda Kekacauan Awam

BEBAS, Malaysia akan menjadi negara bebas. Ini dibuktikan oleh PKR, mereka bebas lakukan apa sahaja walaupun mengingkari perintah mahkamah. 


siapa yang dominan?

Sebelum ini mereka mengangkat dan menyokong aktivis LGBT, sokongan kepada keselamatan Israel, menaja Islam Liberal, membenarkan aktiviti tajaan DAP untk kristiankan orang Melayu dan banyak lagi aktiviti songsang. Mereka bebas lakukannya. Sekiranya dibawa ke mahkamah, akan muncullah tuduhan bahawa mereka dianiaya dan difitnah.

Apa sahaja yang dilaksanakan pemerintah, bagi mereka adalah sesuatu yang zalim dan diluar batas kemanusiaan. Tetapi perlakuan brutal pengikut mereka akan dihalalkan walaupun merosakkan harta awam.

Inilah contoh negara bebas yang bakal dilaksanakan kelak bila memerintah. Dipercayai, selepas ini akan berlaku banyak kekecohan di Malaysia walau siapa pun yang menang pilihanraya nanti. Rakyat menjadi bebas melakukan apa sahaja termasuk rusuhan di jalanan. Bukankah ia menjadi dasar perjuangan cara baru iaitu "bebas"? Ia bakal merebak kepada melampiaskan dendam dan marah kepada kaum asing yang selama ini begitu giat menghina bangsa Melayu dan Islam. Ini menjurus kepada rusuhan kaum pula. Tanda-tanda ini semakin ketara.

Andaikata mereka (trio BERSIH) menang dalam kes mahkamah nanti (bukan disebabkan oleh UMNO harapnya), tindakan yang lebih dahsyat akan mereka lakukan. Mereka akan lebih berani dan sanggup melakukan lebih dari apa yang berlaku dalam BERSIH 3.0. Secara tidak langsung kerajaan sudah tidak lagi mempunyai kuasa dalam menegakkan undang-undang negara. Bawa senjata salah, tak bawa senjata pun salah. Setiap insiden akan dituduh sebagai khianat. Mahkamah pula dilabel sebagai alat kerajaan. Tuduhan ini masih dipakai walaupun terlepas dari hukuman penjara kerana kes liwat. Mahkamah tidak pula dipuji sebagai adil atau menarik balik tuduhan sebelumnya.

Kalau menang dalam perbicaraan, mereka akan kata mereka memang tidak bersalah dan yang bersalah ialah anggota keselamatan serta pegawai pendakwaraya, tetapi kalau kalah ia akan dikatakan sengaja dizalimi pemerintah. Dalam situasi ini apa yang mampu dilakukan? Biarkan sahaja apa yang mereka mahu walaupun nanti melibatkan senjata api dan bom? Kita tahu, USA sedang memerhati dengan penuh minat, bilakah masanya yang sesuai untuk mereka masuk campur. Perancangan telah berjalan dengan cukup baik walaupun sedikit gagal pada siri BERSIH terbaru (3.0). Ia akan diteruskan melalui plan baru.

Kita boleh bayangkan keadaan negara selepas mereka (PR) menang dalam PRU nanti. Berlaku berbagai kemelut baru. Mampukah PAS bangunkan model negara Islam dan laksanakan HUDUD? Hanya yang dapat kita harapkan ialah PAS lebih dominan kali ini dan dapat menguasai keletah DAP yang hanya berminat kepada kesejahteraan kaum Cina dan agama kristian. 

Jika Hudud hendak dilaksanakan (PKR pun tidak menyokongnya) ia bakal ditentang oleh kaum Cina dan sebahagian kaum India Kristian yang dikuasai oleh DAP. Jika melaksanakan juga, akan berlakulah "perang salib" di semenanjung Melayu ini. Satu lagi menjadi punca huruhara. Kecuali PAS membenamkan niat mereka untuk menjadikan Malaysia Negara Islam dan melaksanakan Hukum Hudud. Jika itu berlaku sia-sia sahaja mereka berkempen mendapatkan undi orang Islam dengan menjanjikan sesuatu yang tak pasti. Model undang-undang berkaitan jenayah dan kewangan pun belum ada. Berkata tidak disertai persediaan hanyalah dusta semata-mata.

PKR pasti akan hanyutkan Islam ASWJ dan menerapkan Islam Liberal sebagaimana yang berlaku di Indonesia sekarang. Percakaran antara penganut Islam akan bermula dan meruncing. Apakah nanti akan berlaku perselisihan dan pembunuhan sesama Islam pula? Mungkin juga tidak, kerana PAS sendiri sudah mula tercemar dengan Islam Liberal ini.

Apa yang membimbangkan ialah, ahli UMNO yang selama ini berdiam diri dan bersabar akan bertukar rupa menjadi harimau ganas. Kemungkinan ini tidak dapat diketepikan. Semangat kebangsaan yang wujud dalam UMNO cukup kuat dan bakal meletus bila diasak secara melampau terutama jika Islam dan Kesultanan Melayu tergugat.

Keadaan ini juga menarik minat USA dan Israel. Kenapa? Akan berlaku kekacauan yang tak berkesudahan memudahkan urusan mereka menguasai negara.

Dalam apa keadaan pun, huru hara tidak akan dapat dihalang dari muncul. Kecuali PAS dan UMNO bersetuju bersama. Ia akan menghalang semua musuh Islam termasuk PKR menjahanamkan negara ini. Namun seperti semua tahu, kenyataan Mursyidul Am PAS, Presiden PAS dan beberapa Naib Presiden mereka mencerminkan hala tuju yang bakal mereka lalui.

Syarat yang tidak masuk akal yang diketengahkan oleh ulama PAS jika mahu berkerjasama menyelamatkan ummah, cukup menghiba perasaan. Tentunya mereka yang sayangkan Islam akan terkesan dan kehairanan kerana ianya keluar dari mulut seorang yang bertaraf ulama yang dihormati.

Persoalan yang bakal timbul, umat Melayu semakin kecewa dengan gelagat ulama politik ini dan akhirnya, ulama akan dicampak ke tepi. Semakin hari semakin terhakis kercayaan terhadap ulama. Mereka tidak lagi mampu menjadi dahan untuk berteduh dan bergantung harap dalam menjaga kebajikan Islam. Bayangan hitam yang menakutkan umat Islam. Apakan daya kita sebagai rakyat marhain yang tiada sebarang kuasa dan pengaruh.

Jika ditinjau, syarat yang dikenakan kepada UMNO adalah sangat ganjil. Ia hanya bagi memulakan perbincangan mengenai nasib dan masa depan Islam dan Melayu, bukannya bergabung.

Adakah PAS pernah ajukan perkara yang sama kepada PKR sebelum berkerjasama dengan mereka? Apa syarat yang pernah dikenakan sebelum bersama dengan DAP, yang amat jelas menolak Islam dan Melayu. Mampukah PKR dan DAP mengubah dasar parti mereka dengan menerima Islam? Jika tidak, mengapa UMNO diberi syarat sedemikian? Tak ubah seperti satu mainan, selain dari hanya mahu mempersenda ianya bakal memerangkap. Amat malang bagi kaum Muslimin yang terpaksa berhadapan dengan saudara seagama mereka sendiri selepas ini.

Benarlah seperti kata sesetengah penulis "Demokrasi adalah tangan Iblis".

..........................

Tiga pemimpin PKR mengaku tidak bersalah
NORAWAZNI YUSOF
22 Mei 2012



KUALA LUMPUR - Tiga pemimpin PKR didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap tuduhan menyertai perhimpunan haram Bersih 3.0, pada 28 April lalu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin masing-masing mengaku tidak bersalah di luar kandang tertuduh di hadapan hakim Mahmud Abdullah.

Mereka juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan bersubahat dengan mengingkari perintah mahkamah majistret dan menghasut penyokong demontrasi membuka sekatan besi halangan.

Anwar, Azmin dan Badrul didakwa secara berasingan telah menyertai suatu protes jalanan bagi maksud membantah perintah Mahkamah Majistret di bawah Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah yang dibuat oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April 2012.

Zaki Asyraf adalah seorang penjawat awam yang mengeluarkan perintah melarang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka iaitu kesemua permukaan tanah disempadani Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab kecuali kawasan diduduki Kelab Diraja Selangor serta orang awam diberi amarab agar tidak hadir, berada atau mengambil bahagian dalam apa-apa perhimpunan dari 28 April hingga 1 Mei 2012.

Perbuatan itu didakwa dilakukan oleh mereka di sepanjang Jalan Tun Perak, di sini, antara 2.30 dan 3 petang, 28 April lalu.

Pendakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 4 (2) (c) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736)yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000.

Mahkamah membebaskan kesemua mereka dengan ikat jamin RM500 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Anwar, Azmin dan Badrul didakwa secara bersama- sama dengan penyokong demonstrasi melebihi 5 orang yang masih bebas telah bersubahat dengan Tangam Raju, Rajesh Kumar Gejinder, dan Farhan Ibrahim @ Alias untuk mengingkari perintah yang dibuat Zaki Asyraf Zubir.

Perintah itu ialah melarang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka ( iaitu semua permukaan tanah yang disempadani Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja, dan Jalan Kelab kecuali kawasan yang diduduki oleh Kelab Diraja Selangor di bawah hak milik tanah) dan orang awam diberi amaran agar tidak hadir, berada atau mengambil bahagian dalam apa-apa perhimpunan dari 28 April hingga 1 Me lalu.

Ini kerana keingkaran mereka bertiga dan penyokong bersih 3.0 mungkin menyebabkan rusuhan atau gaduh-gempar di kawasan tersebut, dan kamu pada hari dan tempat yang sama telah bersubahat dengan menghasut supaya ketiga-tiga mereka yang disebut di atas membuka sekatan beri halangan.

Kesalahan tersebut dilakukan oleh kesemua mereka pada jam 3 petang, tarikh dan tempat yang sama.

Ketiga-tiga mereka didakwa mengikut Seksyen 188 dibaca bersama Seksyen 109 dan 34 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan itu, mereka dibebaskan dengan bon peribadi RM500 tanpa jaminan wang tunai.

Mahkamah juga menetapkan 2 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yaakob, manakala peguam Karpal Singh Deo, Sivarasa mewakili Anwar, Azmin dan Bahrul Hisham.


KEJUTAN?

Akhirnya Terjawab Jua Kenapa Anwar Boleh Bebas Kes Liwat



Sewaktu kes liwat yang melibatkan Anwar dengan saiful hendak dibicarakan pada 2008 dan 2009, Anwar bermati-matian menolak Peguam Negara , Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai ketua pendakwaraya.

Akhirnya Peguam Negara menarik diri daripada mengendalikan kes berkenaan dan menyerahkannya kepada Peguamcara Negara , Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Sepanjang perbicaraan berjalan, banyak kerenah Anwar dilayan oleh pendakwaraya dan pihak pendakwaraya juga dilihat terlalu mengikut kerenah pihak peguam Anwar. Banyak suara-suara sumbang ketika itu yang menuduh Peguam Negara telah dibeli oleh Anwar dan Anwar akan bebas.

Akhirnya benar Anwar dibebaskan....

Dah bebas satu hal....kemudian nak failkan rayuan pun puas didesak. Setelah desakan demi desakan , dah sampai saat-saat akhir sebelum tempoh merayu tamat barulah rayuan dikemukakan oleh pihak pendakwaraya...

Kenapa kerenah Anwar dilayan ?

Kenapa Anwar bebas ?

Kenapa susah nak buat rayuan ?

Semuanya telah terjawab hari ini.....


Kemunculan bekas Peguamcara Negara , Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden sebagai peguambela Anwar dalam kes rusuhan bersih di Mahkamah Sesyen KL hari ini menjawab segala persoalan diatas.

Selamat maju jaya kepada Datuk Yusof. Nama dan khidmat Datuk selama berpuluh-puluh tahun akhirnya tercalar begitu sahaja. Jangan salahkan masyarakat jika mereka memandang Datuk sebagai api dalam sekam atau gunting dalam lipatan, kerana Datuk sendiri yang dedahkan pekung busuk Datuk selama ini.


SIAPA YANG BERKONSPIRASI? SIAPA YANG MENGATUR KEADAAN? 
Jika Anwar jadi Perdana Menteri, persoalan: berapa lama dia dapat bertahan? Mampukah dia pertahankan keamanan seperti sekarang? Mampukah dia menghalang musuhnya melakukan hal serupa dengan apa yang dia telah lakukan? 

Friday, May 18, 2012

Keruh Lumpur UMNO-PAS ... mencari jalan pulang


Secara tiba-tiba. Muncul dua perkara yang amat menarik perhatian saya pada hari ini. Setelah beberapa hari terkedu akibat terlalu memikirkan sesuatu yang tidak ada jawapan mutlak. Kemana hala tuju Bani Jawi selepas ini jika kemelut yang melanda masih memacu kearah bertentangan. Menjauhi nilai murni Muslim yang beriman kepada Tuhannya Allah Subhana Wa Ta'ala.


Dua perkara ini menjadikan pertanda bahawa dalam kekalutan yang membingitkan itu, masih ada momentum positif. Semoga langit akan menjadi semakin cerah. Juga diharap ia akan membuahkan hasil lumayan yang sewajarnya disyukuri oleh seluruh umat Islam negara ini kecuali mereka yang gagal memahami nikmat yang tercurah.

Pertama: "Kembali kepada matlamat asal kaum Muslimin" 

Ini adalah perkara terpenting dan utama dalam usaha mengangkat martabat setiap Insan ke sisi Tuhannya. Dapat dikesan kewujudan semangat baru iaitu rindu kepada syahadah. Semakin hari semakin memuncak. Kesedaran mengenainya akan membantu setiap insan budiman mencari jalan ke arah tersebut.

Dalam pada itu sebuah organisasi telah muncul. Mereka bersama beberapa ulama yang selama ini mengasing diri telah membangunkan usaha tarbiah secara mudah, tersusun dan moden. Namun konsepnya tidak lari dari tatacara ulama terdahulu. Berkumpul bermuzakarah dan menambah baik amalan harian sambil perkuatkan kefahaman Tauhid masing-masing. Ia berbentuk terbuka dan percuma, boleh disertai oleh semua golongan yang ingin menambah ilmu.

Organisasi ini tidak melibatkan diri dengan siasah-politik. Jemaah ini sentiasa merendah diri, menghormati insan lain dengan penuh kasih dan sayang (arRahman arRahim). Diwujudkan dalam bentuk NGO yang berdaftar dan mempunyai wakil di semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak. Mereka amat faham perjalanan demokrasi ini dan percaya bahawa politik membawa kepada kemusnahan ummah.

Setelah memahami selok belok dan asal usul DEMOKRASI, manusia Melayu (khususnya) mampu menilai semula hala tuju yang wajar. Semakin hari semakin ramai yang faham dan cuba untuk keluar dari sistem yang dipenuhi najis ini. Apa pilihan lain yang ada sekarang, jika kita mahu keluar darinya? Ada dan ianya sentiasa terbuka.

Iaitu kembali kepada Allah, baik semasa senang atau semasa susah. Niat untuk mendapatkan pertolongan Allah akan sentiasa dimakbulkan sekiranya diiringi dengan keikhlasan. Untuk mencapai keikhlasan pula kita wajib menjiwai "Tauhid" dan jadikannya sebagai asas dalam semua tindakan. 

Pernahkah kita terfikir bahawa Surah al Ikhlas itu tiada sepatah pun perkataan "ikhlas" di dalamnya? Kenapa ia dinamakan IKHLAS? Sebaliknya yang ada hanya merupakan pengucapan "tauhid" (pengakuan bahawa Allah itu Ahad). Dikiaskan bahawa membaca 3 kali surah ini sama seperti membaca seluruh alQuran. Betapa hebat surah pendek ini. Kita tidak pernah ambil peduli apa lagi mengkajinya menyebabkan kita terkial-kial mencari makna sebenar "ikhlas" itu. Pokoknya jika kita ber"tauhid" bermakna kita ber"ikhlas". Saya percaya ramai yang memahaminya lebih dari apa yang saya sendiri faham. Harap ada diantara para pembaca dapat membantu.

Setelah kita semua disyihir dan dimanipulasi oleh demokrasi kepartian (politik), kita telah kehilangan arah. Harus benar-benar dimengerti bahawa demi mencipta peluang menguasai muka bumi ini, Yahudi Zionis mencipta satu sistem yang tidak mudah kita melepaskan diri. Demokrasi, Kapitalisma dan kini Liberalisma telah berjaya menarik kita keluar dari paksi tauhid. Maka tenggelam lemaslah kita semua dan terus hidup dalam keliru.

Seorang sahabat (.) mengulas:
Demokrasi adalah sistem permainan yang paling licik dan kotor juga alat senjata rahsia Yahudi untuk memperkudakan dunia... Hasilnya, manusia.. Umat Islam.. Bani Jawi juga tak ketinggalan dan sentiasa menuding jari sesama... 
Siapa yang untung didalam kehanyiran sistem ini?..
Walau apa pun yang berlaku, Yahudi tetap untung. Itulah tujuan sistem ini diwujudkan.

"Mereka merencanakan makar.. tetapi ALLAH adalah sebaik-baik yang menjalankan makar..."
Apa gunanya saling tuding-menuding jari? 
Apa gunanya saling besengketa lantaran kerana politik.. parti? Semuanya sama, tak lebih sifatnya dari lubang najis khinzir.. Busuk lagi membusukkan. 
Apa tujuan kita dihantar oleh ALLAH ke planet bumi@dunia ini? Just for happy or make some fun?.. Or to be hanky panky?.. Just for nothing?.. Idont know? What da *#@&!!! Kalau lu orang tak tau apa jawapannya.... 
Kenal agama..... Kenal diri...... Cari jalan pulang...... 
Hidup ini untuk mati.. Untuk kembali kepada Sang Pencipta.

Kedua: "Kesatuan Jemaah di bawah Kalimah Agung, La Ilaha Illallah" 


Kembalilah kepadaNya jika mahu selamat. Tiada jalan pintas untuk "mencapai kejayaan" kecuali bersatu dan berjemaah serta rapatkan saf.

Jangan sesekali kita remehkan saudara kita sekalipun kita lebih berilmu darinya. Rasulullah saw tidak pernah meremehkan para sahabatnya walaupun baginda telah dijamin syurga. Mengapa kita meningalkan sunnahnya hanya mengejar mimpi Yahudi Laknatullah, iaitu pangkat dan harta?

Sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan akan menanggung akibatnya. Tak perlu kita mengambil tugas berat ini. Malaikat telahpun menjalankan tugasnya mencatit setiap geraknya, dia bakal dihakimi dan menerima balasan setimpal. Bertawakkallah kepadaNya dengan sebenar-benar tawakkal. Kita tak perlu menempelak dan menuduh sembarangan, ia amat dilarang. Jika kita lakukannya juga dengan sendirinya kita mengkhianati Ummah dan Jemaah, satu pesanan dari Rasulullah saw bahawa kita akan selamat jika berada dalam Sunnah dan Jemaah..

Seorang lagi sahabat, Aminuddin Yahya menulis dalam blognya:
Alhamdulillah, berita palimg gembira buat saya setelah pulang dari tanah suci Mekah ialah apabila membaca kenyataan TGNA dan TGHH yang menyatakan PAS bersedia untuk bermuzakarah dengan sesiapa saja baik NGO maupun UMNO. Ini kenyataan yang ditunggu-tunggu oleh semua umat islam yang sudah mual dengan statement2 politik yang menanamkan sifat benci membenci antara umat islam. Sebagai pemimpin kita harus mempunyai jiwa besar dan sanggup mengenepikan kepentingan peribadi demi menjaga maslahat ummah.
Inilah slogan yang cuba saya jelaskan tentang Melayu Sepakat Islam Berdaulat (MSIB). Walaupun ada yang mendakwa bahawa slogan ini bersifat rasis dan tidak islamik namun hakikatnya hanya orang Melayu saja yang berupaya untuk memastikan islam dibela ditanah air ini. 
Sejarah membuktikan bagaimana kesatuan bangsa Melayu ini telah berjaya melaksanakan hukum islam semenjak zaman kesultanan Melayu Melaka. Ianya hanya terungkai apabila penjajah masuk dan memecahkan umat islam disamping membawa bangsa-bangsa lain ke Tanah Melayu. Mana mungkin DAP, MCA, MIC atau Gerakan akan membela islam. Mungkin UMNO fasik tetapi mereka tidak pernah menolak islam sebagai agama. DAP, MCA, MIC dan Gerakan mungkin “baik” tetapi mereka tidak pernah menerima islam sebagai agama yang benar. Mana yang lebih mulia.
Apa salahnya duduk berbincang? Apa aibnya PAS dan UMNO bermuzakarah? Hanya yang buta dan tuli terhadap kebenaran akan mengatakan ia sesuatu yang mustahil dan tidak berfaedah. Kalau ada yang berkata begitu sila nyatakan nas dan dalilnya. Saya sejak dari awal lagi sangat optimis bahawa selepas PRU13 nanti akan terjadi satu penyatuan antara kedua2 parti ini. Bagaimana bentuknya; kita tunggu dan lihat.

Kenyataan ini telah disambut dengan baik oleh TPM TS Muhyidin yang menyatakan kesediaan UMNO untuk bermuzakarah dengan PAS asalkan dibuat demi kepentingan umat islam.
Nah, jalan kini sudah terbuka, apa ditunggu lagi. Jika kedua-dua pihak masih segan silu untuk bertemu saya dengan rasa rendah diri ingin menawarkan untuk menjadi orang tengah. Mungkin saya seorang yang kerdil namun jiwa saya besar dan membuak2 untuk melihat penyatuan ini.
Saya berdoa tidak ada lagi “tangan2″ dibelakang yang menggagalkan usaha murni TGNA dan TGHH ini.  dipetik dari Suara Dari Gunung: Jalan sudah terbuka


Semoga taboo demokrasi ini segera hilang. "Islam" dan "Melayu" dapat dibuang jauh-jauh. Mungkin ada yang tertanya-tanya ungkapan ini. Jika membuang Melayu, masih ada yang sanggup menerimanya tetapi amat sukar menerima cadangan untuk membuang Islam. Mana mungkin Islam dibuang. Jika begitulah jawapannya, saya ucapkan syukur tak terhingga dan terima kasih. Ini menunjukkan kita semua masih sayangkan Islam dan amat kasih kepada agama suci ini. Islam yang telah tercemar dengan najis demokrasi. Mungkin ada yang masih musykil dan kurang setuju.
Sheikh Maulana Imran Nazar Hossein berkata, memperjuangkan Islam melalui jalan demokrasi ialah satu langkah yang amat silap kerana kekotoran yang terdapat dalam demokrasi akan mengotorkan Islam itu sendiri. Katanya lagi, tidak wajar mengheret kesucian Islam untuk masuk ke dalam jalan politik demokrasi.
Walaupun kita kata membuang "Islam" dan "Melayu" (dari segi maknawi - sudud politik sahaja), kita semua akan berada dalam satu kepaduan baru, Islam dan Melayu tidak lagi dibaca secara terpisah kerana kita semua dari Bani Jawi. Masyarakat Jawi adalah satu rumpun bangsa di timur dunia yang memang terkenal dengan kehebatan ilmu keislamannya. Buang istilah "Islam", buang istilah "Melayu" dalam persekitaran politik demokrasi akan mengembalikan kita kepada "JAWI".

Jawi adalah satu perkataan khusus yang menggambarkan satu kesatuan Melayu dan Islam, tidak lagi berpisah dan bercerai berai. Islam murni dan gabungannya dengan galur agama Hanif telah wujud sekian lama dalam Jawi ini. Tiada lagi perlu dirisaukan dan dengan sendirinya kita dapat keluar dari perangkap assobiah yang memecah belah.

Bangsa Jawi tidak terikat dengan asal usul keturunan. Melayu, Banjar, Jawa, Minangkabau, Bugis, Mindanau, Acheh, Pathani dan sebagainya. Kita dalam satu keluarga besar dan bersedia menerima sesiapa sahaja dari mana kumpulan pun untuk menjadi ahli keluarga bangsa Jawi dengan syarat Islam dan "masuk jawi". Sanggup menerima pakai budaya bangsa ini dalam kehidupan seharian.

Bahasa Jawi berserta tulisannya wajar dikembalikan semula melalui gerak kerja dalam semua lapangan. Ia akan membantu menarik semula masyarakat untuk mudah membaca alQuran yang penuh mukjizat itu. Ia jua memberi ruang terbuka bagi membolehkan para penyelidik muda mengkaji ilmu dalam kitab-kitab lama yang kini berhabuk dalam gerobok. Pelajari pelbagai hikmah yang telah hilang dari persada untuk dijadikan panduan menuju Allah Subhana Wa Taala.

Dalam JAWI sudah tersedia ada Islam dan Melayu. Setelah menjadi sebahagian dari Bani Jawi ini, kita tidak memerlukan assobiah dalam bentuk "Islam" atau Melayu lagi. Pertikaian yang tercetus dan menyakitkan itu akan tamat dengan sendirinya. Islam tetap menjadi tonggak unggul dalam Bani Jawi. Sesiapa yang bukan Islam tidak tergolong dalam Bani Jawi ini walaupun dia mengaku sebagai Melayu.


Maklumat terbaru:

Nik Aziz meletakkan beberapa syarat ketat jika UMNO mahukan muzakarah. Keikhlasannya mula diragui. Semakin keruh semakin celaru...  Apakah niat dia yang sebenar?

???

Muzakarah: Nik Aziz Letak Syarat, Sebelum PRU


Muzakarah: Nik Aziz letak syarat, sebelum PRU

KUALA TERENGGANU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan muzakarah bersama Umno diadakan sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Bagaimanapun, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan Umno perlu mematuhi beberapa perkara yang akan ditentukan oleh Pas sekiranya ingin bersatu dan mencapai kesefahaman.
“Kalau Umno nak bersatu (dengan Pas), tukar dasar kebangsaan dia, bubuh (letak) Islam. Bukan buat keputusan secara berseorangan, tetapi perlu buat secara rasmi bahawa Umno tukar dasar kebangsaan kepada Islam.
“Umno kena terima Pas sekali dengan pakatan (pembangkang). Bila Umno dah ubah dasarnya, mereka kena bersama dengan pakatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-37 Pas Kawasan Kuala Terengganu di Markaz Tarbiyyah Pas di Kuala Ibai, dekat sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkara disebalik kesudian Pas untuk mengadakan muzakarah dengan Umno sebagai suatu permulaan kepada kerjasama parti demi penyatuan orang Melayu khususnya umat Islam.
Katanya, muzakarah diminta oleh agama Islam dan sepatutnya adalah untuk kebaikan semua pihak dengan niat yang benar-benar ikhlas.
Rabu lalu, Nik Aziz menyatakan persetujuannya agar Pas membuka pintu untuk bermuzakarah dengan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Umno.
Kenyataannya itu mendapat reaksi positif Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Umno bersedia untuk bermuzakarah dengan Pas asalkan tujuannya untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara. – Bernama

Sunday, May 13, 2012

Cina diangkat Melayu diikat. Ada mata tak dapat melihat..

TERASA MACAM DAH NAK CAIR ... "WOI MELAYU SAKAI BALIKLAH KE HUTAN INI NEGERI CINA YANG PUNYA...." Ingat tak lagi siapa yang berkata begitu? Sejarah sebelum tercetusnya peristiwa berdarah - dari rekod simpanan Bukit Aman. Zul Nordin pernah mengaum sakan dalam parlimen.. tiada jawapan dari ampunya diri.

"Mati Melayu" "Butoh Melayu" "Sakai"
Kini dapat sokongan padu orang Melayu? AJAIB!!

Namun dalam hatinya dia bersumpah, "Jagalah engkau satu hari nanti. Bangsa engkau akan digulai, masak asam pedas.. hmmm"

"Islam? Pergi jahanamlah dengan Islam. Kami berbaik pun hanya nakkan undi sahaja, taktik rahsia untuk dapat kuasa.. Kami sanggup mati dari serahkan negara kepada Pemerintahan Islam (langkah mayat  kami dahulu - macam pernah dengar kata-kata itu).. Nak Islam pergilah Arab!" Angan-angannya sambil tersengih pahit.

Tup tup .. menjadi pula JUDI kali ni. 

Cina berpakat, Melayu berkecai.... Haa baru betul.. 

"Mampos kauorang kali ni.. baru kauorang tau siapa kami!" Sluuurrp! Hidangan istimewa no. 13.


Agak-agaklah angkara siapa perkara ini terjadi? 

"Pemerintah barangkali, pemerintah sebelum ini tidak BERSIH" sampuk seorang sasterawan tua. Senyuman terperangkap dalam misai yang berserigai.

Bila semuanya selesai, terjagalah kita dari mimpi. "Eh ehh kenapa jadi begini?" "Aku tak mintak jadi begini!". "Kan dulu dah janji kita dapat yang lebih baik, apasal pula jadi lain?" "Mana negara Islam yang dijanjikan dalam ceramah yang berapi-api dulu?" "Mana dia HUDUD? Tak boleh buat? Kenapa dulu kata boleh?" Terlalu banyak, mencurah-curah soalan yang tiada jawaban.

Kita pun kata untuk lepaskan geram "WOI MELAYU. KENAPA BODOH SANGAT BAGI NEGERI SENDIRI KAT CINA TONGKANG?"

MELAYU JUGA YANG SALAH dan HANCUR BERKECAI. APA YANG BAKAL TERJADI?

Spontan muncul kata-kata indah:

"Tak mengapa, lebih baik Cina perintah dari beri kepada UMNO.." Pak Kaduk mula berkata-kata, malangnya dia terlupa bahawa dia telah kehilangan kampung halamannya. 

"Tak apa kita kan baik hati, biarlah Cina perintah pulak, kita tengok macam mana. Mungkin lebih baik.. mungkin nanti Cina akan laksanakan hudud setelah UMNO gagal lakukannya" - Kata Lebai Malang yang tak pernah tak malang. Kata orang Kelantan "male sokmo".

Pak Pandir pun ikut bersuara, "Eloklah cam tu, negara pasti akan bertambah kaya dan mewah. Hanya Cina yang mampu jadi kaya. Melayu tak pandai cari duit macam Cina. Orang Melayu lemah akal berbanding Cina" "Fikirkan secara positif!"

Tuu dia....

eh....  alahai Luncai mana kau mau terjun?

Apa pun Melayu memang hebat. Betuah mendapat pemimpin hebat bernama Anwar Ibrahim, Melayu pertama mendapat perlindungan Yahudi dan Melayu pertama istiharkan sokongan penuh terhadap keselamatan negara Israel. Kira OK kan?



Anwar bercita2 besar nak jadi Perdana Menteri. Akan lakukan apa sahaja yang dia mampu waimma bersekutu dengan musuh negara. Anak asuhan Soros dan IMF ini menjadikan dendam dan marah sebagai tapak untuk memberontak. Peristiwa ini cukup baik untuk menyergah dan mengembalikan UMNO (parti lama beliau) kepada landasan asal. Namun ia menjadi musibah pula apabila rakan sekelilingnya membawa mimpi berlainan dan mengintai peluang untuk merampas kuasa darinya pula.

Sudikah DAP bersetia kepadanya? Inilah persoalannya apabila sejarah lama dibuka kembali. Wajah DAP sebenar masih perpampang nyata di raut wajah Lim Lit Siang. Dia meneruskan cita-cita mentornya Lee Kuan Yew. Wajah hodoh ini makin ketara dengan kemunculan Karpal Singh yang sejak dari mula membenci Melayu dan lebih2 lagi Islam.

Untungkah bangsa ini jika menerima Lim Kit Siang, ultrakiasu sebagai pemimpin kita? Faktor ini semuanya terletak dibawah pengaruh Anwar Ibrahim. Jika PR berkuasa, siapakah pengganti Anwar jika Anwar tidak lagi wujud? Adakah pemimpin berwibawa dalam PKR yang mampu membawa legasinya atau hanya akan jadi hamba kepada DAP? Beruntungkah Melayu?

Melayu Rasis kerana UMNO rasis? Samakah rasis UMNO jika dibandingkan dengan rasis DAP? Jauh sangat perbezaannya. UMNO menjaga Melayu dan Islam sebagai lanjutan watikah nenek moyang bangsa yang ampunya negara ini. Rasisnya memang kena pada tempatnya tambahan pula setelah Melayu Islam dihambat oleh sikap rasis pendatang yang semakin biadap.

Sesuatu yang mengaibkab bila bangsa Melayu mengangkat musuh sebagai ketua. Ini adalah tanda2 kehancuran bangsa mulia ini.


Anwar sedia serah kuasa pada Cina untuk selamatkan diri!
Imbas kembali sejarah berdasarkan pos The Unspinners pada 5/27/2010



Diatas adalah kenyataan Anwar yang disiarkan Nanyang Siang Pau pada Mei 26 Jun, 2010 lalu. Maaf saya pasti anda tidak faham apa yang tertulis. Berikut adalah terjemahannya.


Pendek kata, Anwar sedia menawarkan pada Cina jawatan Timbalan Perdana Menteri Dua kepada DAP, jika Pakatan Rakyat memerintah. Siapa pula ditawarkan jawatan Perdana Menteri Pertama?

DAP yang mempunyai lebih kerusi dari PKR sekarang sedia terima jawatan TPM2? dan bukan jawatan PM itu sendiri atai TPM1? Dalam kepala Karpal dan Lim KS mungkin berdeza.

Mana dia tahu dia masih ada untuk PRU akan datang? Beberapa soalan Karpal di Mahkamah nampaknya sudah menjurus seolah-olah Anwar sudah bersalah. Nampaknya Anwar akan masuk kembali ke penjara melainkan kalau dia melarikan diri ke luar negara dan mendapatkan suaka politik dalam masa terdekat ini. (Anwar bernasib baik tidak dipenjarakan kerana kesilapan teknik peguam bela).

Kita terus dengan keratan akhbar mengenai Anwar lagi berikut:


Terjemahannya:


Nampaknya bunyi macam janji-janji Sepetember 16 2008.

Kalau ikut Anwar, PAS tidak akan dapat pegang apa-apa jawatan tinggi, kerana TPM1 akan diberikan kepada Sabah atau Sarawak. PAS akan jadi keldai yang digunakan tapi hanya dikasi makan rumput kering. Jentera mereka yang akan bekerja keras tapi PKR yang tidak ada jentera akan jadi PM dan DAP yang cucuk hidung mereka masih dapat jawatan dan pegang kuasa sebenar.

Apa hal pun, inilah yang dikatakan Anwar. Bertukar rupa menjadi pengkhianat bangsa. Lihatlah bila DAP memegang kuasa di Pulau Pinang, Perak dan Selangor yang mana majoriti masih orang Melayu. Bagaimanakah layanan yang dibuat ke atas orang Melayu dan minoriti seperti India?

Anwar sedia berjanji kerana dilihat pengundi Cina dah bersatu menyokong DAP dan dia sanggup apa saja asal dapat lepas dari merengkuk dalam penjara atas kesalahan sendiri.

Dia sanggup kaum bangsanya menjadi mangsa, bersetuju DAP menuntut demi kepentingan bangsa Cina saja tanpa mengira untuk berlaku adil pada bangsa2 lain, tak kira di Semenanjung atau Sabah/Sarawak.

Padanya asal dia jadi PM.

spinners


Kisah Pendatang
Di Malaysia ini, ada yang asal usulnya dari Tanah Arab, ada yang dari Tanah Jawa, Tanah Siam, Tanah India, Tanah Besar Negeri Cina dan dari segenap pelusuk dunia lagi. Hari ini mereka bukan lagi dikenali sebagai orang Arab, orang Indonesia, Orang Thai, Orang India, Orang Cina; tetapi mereka adalah orang Malaysia kerana mereka dan keturunan masing-masing telah berjaya berasilimisasi, mengamalkan budaya tempatan dan bertutur bahasa Kebangsaan tempatan.

Tetapi masih ada yang kekal sebagai 'Pendatang'. Sekalipun lahir di bumi asing, mereka tetap mengekalkan status 'Pendatang' mereka. Cuma mereka tidak gelarkan diri mereka 'Pendatang', walaupun pada hakikatnya mereka sememangnya 'Pendatang'. Mereka berada di bumi asing. Kaki mereka berpijak di bumi asing, langit negara asal jua yang mereka junjung.

"They came here to start a new life"
(Ini akuan mereka sendiri. Memang mereka ini 'Pendatang' pada asalnya mencari kehidupan baru di bumi asing yang jauh)

"They ended up starting a whole new culture"
(Inilah bukti mereka masih juga 'Pendatang', kerana membawa budaya mereka ke bumi asing. "Pendatang' sememangnya kekal 'Pendatang' kerana tidak mahu berasimilisasi. Mereka tetap dengan budaya mereka, bahasa mereka di bumi yang asing)




Pada mulanya mereka hanya datang untuk mencari rezeki dan kehidupan baru di bumi asing di lombong-lombong bijih. Malah mereka sendiri pun terperanjat apabila....


"RICHES OF GOLD

SILVER AND PRECIOUS STONES

Surprisingly all were gained
through mining tin"




Baik sungguh penduduk-penduduk asal Tanah Melayu. Memberi harapan kehidupan baru di bumi yang jauh kepada 'Pendatang'. Merelakan kekayaan bumi sendiri kepada 'Pendatang'. Berkongsi tanah tumpah darah dengan menganugerahkan taraf warga negara kepada 'Pendatang'.

Ucapan 'terima kasih' yang semacam mana dibalas kepada penduduk-penduduk asal Tanah Melayu? Memutarbelit makna sebenar 'Ketuanan Melayu' sehingga ungkapan tersebut menjadi begitu buruk? Mempersoalkan yang sememangnya sediaada pada penduduk-penduduk Tanah Melayu dengan mendakwa ianya tidak adil dan tidak sama rata? Lakukan jenayah sosial yang terancang dengan menakluki serta menghapuskan budaya tempatan lalu mahu diganti dengan budaya negaral asal mereka? 

Semuanya ini dilakukan dengan menidakkan kedaulatan Bahasa Kebangsaan, dan menjunjung bahasa asing mereka? 

What else Do They Want?

** Kedua-dua foto di atas dirakamkan pada bulan Mei 2010, dari gambar hiasan dinding yang terdapat di salah satu tangga bergerak (elevator) yang ada di pusat membelibelah 1-Utama, Petaling Jaya, Selangor. Sebagaimana yang ramai maklum, 1-Utama adalah salah sebuah pusat membelibelah terulung negara di mana ianya menjadi tumpuan bukan sahaja pelancong tempatan malah juga menjadi tumpuan pelancong-pelancong asing. Agaknya, itulah kenyataan yang ingin disebarkan oleh 'Pendatang' di mata dunia.



Congak-congaklah mana nak pakai, tak hendak pakai pun tak apa, boleh dikesali kemudian atau salahkan orang lain di kemudian hari. Bukankah itu yang selalu kita lakukan selama ini. Ya tak?. 

konklusi:
Apa yang kita nampak ada kemungknan Malaysia akan kehilangan system yang telah ujud selama lebih 50 tahun ini .

Sekiranya DAP mendapat sokongan dari seluruh kaum Cina dan sebahagian Melayu yang menyokong PKR dan PAS. Majority di Parlimen sudah di kuasai olih PAKATAN RAKYAT, perubahan demi perubahan akan berlaku sehinggalah hilang hak dan keistimewaan hak peribumi sepertimana dinikmati sekarang hilang satu demi satu. Masa itulah penyesalan dan kesedaran akan bangkit tapi nasi sudah menjadi bubur, menang sorak kampung tergadai, Islam dihujung tanduk menuju kemusnahan.

Menangis airmata darah pun takkan mengembalikan system yang sudah bertukar tangan, kecuali pertumpahan darah. Apakah ia bakal terjadi???

PAS yang masih lagi tidak menentu hala tuju sejak dipimpin olih kepimpinan yang kononnya untuk menegakkan Islam akan hanyut dan dipijak-pijak oleh komponen Pakatan yang berkiblat pada kuasa dan kepentingan diri dan kaumnya.

Sudah dibuktikan di Perak dan Selangor, DAP terpaksa akur pada kehendak dan sytem yang ada kerana mereka tidak dapat menukar system dan arah tuju sepertimana yang diinginkan kerana mereka tak berkuasa sepenuhnya mengikut system yang ada. Kalaulah mereka berjaya menguasai sepertimana yang dikehendaki, tak mustahil perlembagaan yang ada juga akan bertukar.

Jadi fikirkanlah sebelum segala kemungkinn yang buruk akan berlaku. Setiap Jumaat ada khutbah, setiap khutbah ada seruan, "wahai orang-orang yang beriman berpeganglah dengan tali Allah". "Setiap orang Islam adalah saudara kamu".

Apakah kita masih buta mata walaupun celik, pekak telinga wahal mendengar, bisu pada kebenaran walaupun kita bolih bercakap.Tanya IMAN kita sejauh mana benarnya tindakan yang kita ambil. Sejauh mana ia menjahanamkan agama sendiri. Sejauh mana ia menghancurkan ummah.

Masa untuk betulkan kesilapan lalu. Jangan ulangi lagi.





Saturday, May 12, 2012

Dokument Sulit FELDA - muflis dan tipu


Betulkah wujudnya dokumen sulit yang menceritakan rancangan FELDA menipu peneroka? Ada. Memang benar ianya wujud dalam pemikiran musuh FELDA sendiri. Pemusingan fakta.

Sebelum kita membincangkan mengenai dokumen tersebut kita harus menjelajah sekitar persoalan ini. FELDA sedang menghadapi serangan serius dari mereka yang tidak sukakannya. Pahit getir Tun Abdul Razak ini akan cuba ditelungkupkan demi sesuatu yang belum pasti. Apa yang ada di belakang usaha mensabotaj FELDA?

Menara FELDA

Kita harus terima kenyataan bahawa "dia" bukan seorang anak durhaka. Dia tidak akan mengkhianati usaha ayahandanya yang telah mengorbankan kehidupannya demi membangunkan bangsa ini. Apa yang mungkin berlaku, dia (DSNR) pastinya akan membawa gagasan ayahnya itu untuk menunjukkan kepada dunia bahawa tindakan yang diambil ayahnya itu adalah yang paling tepat. Mampu mengubah lanskap ekonomi negara walaupun tidak dapat mengubah segalanya. Rujuk sini.

anak durhaka?

Ayahnya seorang pemikir hebat. Tidak dapat dinafikan. Kini ada tangan hitam sedang cuba untuk mencalarnya. Memandangkan bangsa Melayu adalah satu bangsa termiskin ketika merdeka 60 tahun lalu, kini banyak perubahan telah berlaku melalui usaha Allayarham Tun Razak. FELDA yang dianggap satu tindakan mustahil pada mulanya kini berjaya diangkat sebagai satu sumber ekonomi Melayu yang amat berjaya. ITM juga satu usaha murni beliau menjadikan perkara mustahil bertukar gemilang menjadikan musuh Melayu tercengang. Ramai graduan jurutera, akauntan dan ahli ekonomi Melayu berasal dari pelajar tidak cemerlang (gred 3 SPM) yang terkatup minda di ceruk desa-desa kini bergaya menjadi orang yang berjaya. 

Wujudnya dasar mengutamakan bumiputra dalam DEB diserap dengan penuh tanggung jawab dalam membangunkan bangsa. Melalui Pusat Pengajian Tinggi ITK dan ITM (kini UTK dan UiTM) melahirkan beratus-ratus dan tidak mustahil bilangannya mencecah ribuan kini jurutera Melayu yang sebelumnya gagal untuk mendapat tempat di Universiti dalam atau luar negara. Ambil contoh berapa peratuskan pelajar Melayu yang berjaya menjadi jurutera keluaran Universiti Malaya (dikuasai bukan Melayu) ketika itu? Boleh dibilang dengan jari.

Beliau telah bertindak berani mengubah dasar yang mengekang kejayaan Melayu dalam bidang pelajaran penting terutama sains dan teknologi yang sebelumnya hanya dikuasai oleh bukan Melayu. Dari usahanya juga lahirnya UKM yang memberi ruang besar pelajar Melayu menjadi saintis dan doktor perubatan. Seorang rakan saya yang hanya mendapat 1 prinsipel  (fizik) dalam STPM telah diterima masuk ke UKM, kini dia adalah seorang professor dan saintis nuklier negara berkelulusan Phd.

Masih ingatkah lagi betapa benci dan dengkiya pengurus-pengurus Syarikat Swasta terhadap graduan UKM satu ketika dahulu? Mereka dianak tirikan. Kini segalanya berubah setelah anak Melayu berjaya membuktikan keupayaan menjadi juara.

bangunkan jenerasi FELDA yang berilmu

Bodohkah Melayu? Tidak sama sekali. Sistem pembelajaran yang dibawa British itulah menjadi puncanya. Tun Abdul Razak sudah dapat mengesannya sejak puluhan tahun lampau. 

Dasar memperkasakan bumiputra tidak mampu dicabar oleh sesiapa pada ketika itu. Lahirlah MARA, RIDA di ikuti oleh RISDA, FELCRA, KEJORA, DARA, KESEDAR dan sebagainya. Melalui DEB yang bertanggung jawab khusus terhadap kelansungan kehidupan bangsa Melayu di era selepas merdeka benar-benar memberi impak luar biasa. Kebijaksanaan pemerintah mengimbangi kekayaan negara kepada rakyatnya yang berbagai kaum menyebabkan ia dapat dilansungkan dengan jayanya. Andai tindakan ini tidak dilakukan, mustahil Malaysia akan terus dapat menjadi negara milik Melayu setelah ekomoninya dikuasai kaum pendatang sebagaimana negara Fiji.

susah payah akhirnya memberi hasil berbaloi

Tindakan Tun Abdul Razak ini telah mendapat kecaman dari sebahagian kaum Cina tertamanya yang bersikap melampau. Walaupun mereka juga mendapat menfaat yang bukan sedikit kerana mereka merupakan kumpulan peniaga dan pembekal. Sikap ini masih berterusan sehingga sekarang. Kini diambil alih oleh beberapa kerat Orang Melayu yang berkepentingan mengikut jejak langkah kaum pendatang ini dengan mengecam tindakan memperkasakan Melayu.

Tun Razak: Pengorbanan seorang PM

Sesuatu yang menghairankan bila orang Melayu sanggup ikut serta mengecam bangsa sendiri setelah dibantu berjaya dalam kehidupan. Jika bukan Melayu yang menentangnya, kita boleh faham kerana pegangan rasis mereka. Dasar DEB dikecam walaupun melaluinyalah wujudnya cerdik pandai Melayu (termasuk mereka yang mengecam). Inilah yang berlaku dan tidak mustahil ia akan meranapkan harapan untuk meletakkan orang Melayu setanding dengan bangsa asing.

Perjuangan dan pengorbanan pemimpin Melayu terdahulu tidak wajar dilupakan. Tanpa mereka, adakah Melayu akan jadi seperti sekarang? Tidak mustahil kaum Melayu masih lagi berada dalam keluarga miskin di pendalaman. Hanya bergantung kepada pekerjaan tradisi keluarga mereka menjadi petani, penoreh getah dan nelayan.

FELDA AKAN DIPERKASAKAN
Berbalik kepada FELDA. Runtuhan durian RM15,000.00 untuk satu keluarga FELDA telah menggegarkan Malaysia. Berbilion wang mengalir ke poket penduduk desa yang selama ini dipandang rendah. Untuk apa? Ini adalah tindakan berani DSNR membuktikan FELDA tidak berada dalam masalah terutamanya kewangan. FELDA amat berjaya mencipta peluang dan tidak akan muflis sebagaimana yang ditohmah oleh musuhnya (yang kurang cerdik?). 

Secara logiknya, apakah FELDA bersedia untuk menjadi muflis setelah mengambil langkah mengalirkan sebegitu banyak wang kepada peneroka? Sebagai sebuah badan yang tertubuh sejak era kemerdekaan, pastinya cukup berpengalaman dalam mentadbir sebuah badan besar seperti FELDA. Kejayaannya sudah terbukti sehingga dapat mengangkat negara sebagai pengekspot utama minyak sawit dunia.

Harus diingat dengan pengembangan FELDA ini ia bakal mencipta lebih banyak peluang pekerjaan. Dari sini akan terwujud kumpulan anak muda yang cemerlang di kalangan orang Melayu menjadi pentadbir korporat multinasional. Bukankah itu satu lagi kebanggaan yang sepatutnya disyukuri? Semakin ramai anak Melayu mendapat tempat dalam Syarikat-Syarikat baru yang bakal ditubuhkan oleh FELDA. Peluang ini seringkali dihalang oleh penguasa bangsa asing di negara sendiri.

Cuba fikirkan, kegagalan FELDA ini pastinya akan menyumbangkan kegagalan Melayu secara tidak langsung.  Siapakah yang untung?

1. tersebar khabar sepoi sepoi ganas
dari blog Demang - Waadat


Kelam kabut para blogger dan facebooker propembangkang menyebarkan satu dokumen yang difatwakan sebagai "sulit dan misteri".

Dek kerana tajuk yang sensasi maka saya pun baca lah satu posting beserta dokumen tersebut yang mendapat ratusan komen.

Buang masa!

Rupa-rupanya tak lebih daripada andaian semata-mata. Blogger buat andaian dan pembaca berdebat tentang andaian merapu tersebut.

Memang betul dokumen itu dokumen sebenar (bukan palsu) tetapi ia bukan dokumen rahsia, sulit, mahupun misteri. Ia adalah dokumen umum yang biasa dikeluarkan dan kandungannya pun merupakan perjanjian biasa sebagaimana perjanjian lain dengan pihak bank.

Samalah macam kita buat pinjaman peribadi atau pinjaman membeli kereta atau rumah.

Yang jelas, rata-rata orang ramai membuat kesimpulan bahawa peneroka felda "bodoh dan mudah ditipu".

Saya selaku anak Felda memang tersinggung dengan tuduhan tersebut. Anak peneroka lain tak tahu lah. Mungkin mereka tak kesah orang luar kutuk ibu bapa mereka.

Saya dah dengar sendiri penerangan daripada CEO Felda Global. Bukan melalui facebook tapi face to face beberapa bulan lalu di KL.

Sebenarnya yang perlu dipersoalkan ialah mampukah Felda membuat pelaburan ke peringkat global dan apakah risiko penglibatan pelabur (samada peneroka atau bukan peneroka)?

Dalam hal ini CEO Felda telah menjelaskan bahawa pihak pengurusan amat sedar perkara ini dan mempunyai Plan B bagi menghadapi kemungkinan lain.

Felda sudah mempunyai pengalaman amat luas dalam sektor perladangan. Sebagai syarikat perladangan kedua terbesar di dunia, adalah rugi membiarkan peluang ini dimonopoli syarikat asing sahaja.

Malaysia juga mempunyai pengalaman meneroka perniagaan global melalui Petronas. Jika Petronas mampu bersaing kenapa kita perlu risau sangat? Yang penting kita ada perancangan rapi.

Sebelum ini pun Tabung Haji yang tiada pengalaman perladangan pun dah buka ladang di luar negara.

Sepatutnya syarikat asing lah yang perlu risau dengan Felda. Ataukah terdapat suara ghaib agen asing dalam kekecohan ini?

Peneroka boleh dilibatkan (atau boleh juga tidak dilibatkan) dengan Felda Global kerana ia adalah entiti yang berasingan. Felda Global bukan sekali-kali milik peneroka Felda dan tidak melibatkan walau seincipun tanah peneroka.

Apabila disenaraikan, sesiapa sahaja boleh membeli saham. Mereka juga (semua pelabur) faham bahawa dalam pelaburan tentu ada risiko samada kecil atau besar. Keuntungan adalah imbuhan atas risiko.

Hal ini berbeza dengan riba iaitu pemberi pinjaman tidak perlu memikirkan sebarang risiko. Atau, inikah yang pembangkang mahukan? Pelaburan tanpa risiko.

Kerajaan menasihatkan Felda agar melibatkan peneroka kerana mereka yakin pelaburan tersebut berpotensi besar untuk meraih untung. Ini berdasarkan idea ekonomi.

Dari segi politiknya, risiko bukan sahaja pada peneroka tetapi pada kerajaan jika program ini gagal. Kerajaan akan tumbang dengan sendirinya.

Kenapa nak melatah?

Saya faham ramai yang baik hati dan tidak mahu peneroka ditipu.

Terima kasih lah kepada semua yang berniat baik itu. Saya percaya peneroka bukanlah bodoh sangat. Mereka sudah mengenal saham dan pelaburan jauh lebih lama sebelum kebanyakan daripada anda. Malah mungkin waktu itu anda pun belum lahir lagi.

Allahyarham Salleh Majid sudah memberi penerangan sekitar 1990an berkenaan saham dan risikonya.

Saya tidak nampak kerajaan ada sebab yang munasabah untuk menipu peneroka dengan 'penipuan' yang amat mudah dikesan di saat-saat hampir pilihanraya.

Kalaupun kerajaan nak menipu begini, adalah lebih cerdik dilakukan selepas menang pilihanraya.

Ataupun, ada banyak cara lagi untuk menipu yang sukar dikesan.

Inilah masalahnya apabila kita menyangka kerajaan itu bodoh. Kalau bodoh, mereka tak mungkin boleh menubuhkan kerajaan.

Atau kita menyangka orang dahulu bodoh sangat dan orang sekarang cerdik sangat?

Terima kasihlah kepada anda yang prihatin namun jangan membuat keputusan bagi pihak orang lain melainkan anda benar-benar yakin.

Rujuklah pada fakta dan sumber yang ada autoriti dan bukannya internet yang boleh ditulis oleh sesiapa sahaja!


2. Fakta Felda Global



Hari ini saya wajar berasa bangga kerana kampung saya dipilih sebagai tempat PM membuat satu pengumuman besar dan penting untul sekelian warga felda.

Ya. Hari ini Jengka 8 atau juga dikenali sebagai Felda Kesidang mendapat liputan secara langsung daripada media seluruh dunia. Saya bukan berlebih-lebih sebab sememangnya pengumuman tersebut bakal memberi impak yang besar pada ekonomi dunia!

Mungkin Felda Global agak sukar difahami sebahagian peneroka. Mungkin Mazlan Alimin terlalu naif untuk memahami hasrat sebenar pengurusan felda mengilhamkannya.

Sebenarnya langkah yang diambil felda ini hampir sama dengan Petronas. Bezanya hanyalah dari segi komoditi yang diceburi. Jika petronas mencari dan membuka telaga-telaga MINYAK PETROL di seluruh dunia maka felda pula akan mencari dan membuka 'telaga-telaga' MINYAK SAWIT, juga di seluruh dunia.

Itulah sebabnya felda tidak perlu mengambil walau sedikitpun tanah milik peneroka sebab asas penubuhan felda global ialah menambah ladang yang sedia ada bukannya bergantung pada keluasan yang ada sekarang.

Peneroka dilibatkan dengan felda global hanya kerana peneroka adalah pemilik undi yang berupaya mengangkat atau menolak kepimpinan UMNO.

Atas sebab itulah maka peneroka dijemput untuk bersama mengutip dan berkongsi keuntungan. Kerajaan berharap dengan cara itu peneroka dan kaum keluarga mereka akan kekal menyokong UMNO secara berterusan.

Kerajaan amat sedar bahawa sokongan tersebut hanya akan terus diperolehi selagi peneroka menikmati keuntungan. Jika peneroka rugi maka UMNO pasti akan gulung tikar!

Maka tuduhan pembangkang bahawa kerajaan cuba menipu peneroka menampakkan bahawa pemimpin pembangkang jahil dan tidak mampu hidup dalam iklim politik hari ini.

Jika pembangkang faham dan mahu bertanggung jawab, mereka tidak akan membawa cerita felda cuba menipu peneroka. Pembangkang sepatutnya mempersoalkan adakah felda mampu menjayakan felda global.

Maka dengan itu pihak pengurusan felda akan membentangkan strategi mereka termasuk Plan B jika Plan A menghadapi rintangan.

Jika pembangkang mahu lebih bertanggung jawab, mereka akan memberikan idea-idea tambahan bagi merealisasikan hasrat felda yang akan menguntungkan peneroka.

Jika ada ahli parlimen pembangkang yang begitu maka rakyat pasti akan memilih beliau lagi dalam pilihan raya walaupun beliau bukan daripada parti kerajaan.

Saya fikir jika Mazlan Alimin ilhlas mahu membantu, bantulah dengan membina bukannya bantu meruntuhkan.

Bagi saya, jika Petronas boleh, kenapa Felda tidak boleh? Kita sudah mengumpul banyak pengalaman melalui petronas dan sekarang adalah masa yang tepat untuk menggunakannya.

 waadat

ULASAN ABATASA2

Tahukah mereka FELDA telah lama meneroka bidang perkilangan sebelum ini? Ramai yang tidak sedar. Hasil dari kejayaan dan pengalaman yang diperolehi, FELDA semakin berkeyakinan bahawa mereka mampu membawa sesuatu yang baru kepada rakyat Malaysia. Terutamanya kaum Melayu yang menghuni FELDA sejak zaman Tun Abdul Razak Hussein.  Kita sepatutnya berbangga dengan usaha ini kerananya kini wujud kilang pengeluaran minyak masak milik bumiputra yang bakal menjadi kuasa baru menggantikan syarikat kaum Cina seperti Lam Soon dsb.

Perkara ini adalah sesuatu yang dianggap mustahil pada masa lalu (Melayu tidak akan mampu walaupun mengeluarkan sebatang jarum). Dari pengalaman lalu, kita dapati pengusaha Melayu tidak akan dapat bangun bersendirian untuk berjaya dan ia telah dibuktikan dengan kelumpuhan beberapa ramai pengusaha sebelum ini. Mereka sering ditindas dan disabotaj oleh pengusaha bukan Melayu yang menguasai pasaran selain sikap pentingkan diri dan beberapa kelemahan peribadi. Tindakan kerajaan menukar strategi ini memberi nafas baru kepada bangsa yang sering dianggap "bodoh dan malas" ini. Tindakan ini amat tidak disenangi, oleh Siapa?

Betulkah Melayu ini "bodoh dan malas"? Tanyalah diri anda sendiri.

FELDA melalui dana besar bakal mengambil alih beberapa perusahaan penting negara dari pengeluaran bahan asasi seperti beras, gula, tepung, susu, garam dan sebagainya hinggalah dalam bilang teknologi kimia atau kejuruteraan eletrik dan perladangan komersial. Kenapa usaha ini mesti dihalang? Tidak adakah sedetik di hati kita ingin melihat Melayu menjadi pendominasi perusahaan negara? 

Jika kita terhasut dengan hasutan beberapa Chauvinis terutamanya kaum Cina, ia mungkin sahaja berlaku. Melayu akan kembali mundur seperti zaman penjajahan. Tahukah anda Syarikat Gula milik raja gula (R. Kuok) telah menjadi milik FELDA? Bukalah mata anda sebelum menjadi musuh kepada bangsa sendiri.

Apabila kerajaan menolong pengusaha Cina, kita marah. Apabila kerajaan hendak mengakayakan orang Melayu pun kita marah? Apakah jenis akal yang dipakai? Apa sebenarnya yang kita hendak? Mungkin kita hanya senang hidup sebagai perosak melalui upah seringgit dua?

Pengusaha Cina tahu apa yang akan berlaku selepas ini. FELDA bakal bangun menjadi antara gergasi ekonomi baru negara dan mampu menelan banyak Syarikat milik mereka sebagaimana yang telah terjadi.

Para penganalisis ekonomi kaum Cina juga sedia maklum, Melayu tidak akan mampu bersaing apalagi membangun sebagai pengusaha persaorangan sebagaimana kaum mereka tetapi mereka takut apabila kerajaan membuat dasar baru ini. Kejayaan PETRONAS dan TABUNG HAJI telah membuka mata mereka, belum diambilkira kejayaan beberapa buah Syarikat milik PNB.

Apabila menjadi pengilang utama minyak masak, FELDA bakal memasuki beberapa bidang baru. Ia akan menjagkiti banyak perusahaan hiliran seperti pengeluaran baja, bahan kimia, bahan membasuh seperti sabun dan sebagainya. Mungkin juga akan keluarkan minyak diesel yang termurah dipasaran. Mereka nampak ini semua, jadi mereka akan cuba menghasut supaya ia digagalkan sebagaimana kejayaan mereka mengganggu perjalanan NFC. 

Apa logiknya FELDA ditentang? Siapa dalangnya?


Tiada sebarang logik kecuali menggagalkan usaha kerajaan, tidak kira sama ada menguntungkan rakyat atau tidak. Taktik komunis moden ini lebih halus dari taktik perang gerila. Ingatlah musuh Melayu tidak akan selesa jika Melayu membangun dan berupaya membuktikan diri sebagai tuan sebenar Tanah Melayu.




Recent Posts

Entri di "King of the East"

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan